Eksklusif:- Entry Permintaan Hati
Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi hati hambaMu ini.
Aku manusia lemah, dan untuk itu. Aku sangat mengharapkan keajaiban. Perasaan kali ini sangat kuat hingga aku sendiri hairan dari mana datangnya perasaan aneh sebegini. Tapi percayalah bahawa demi kamu, aku mahu menang, aku takkan mengalah sebelum berjuang.
Perut tegang, tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan.
Aku sebenarnya banyak bersusah. Tapi memang bukan aku jika diminta untuk mengalah. Aku menulis ini dengan tangisan. Ini sangat benar, bahawa perasaan ini adalah sangat sakit. Sakit kerana aku tidak dapat meramal masa depan. Aku bimbang.
Mereka menasihati aku supaya jangan cinta mati. Tapi aku sendiri tidak meminta ini, perasaan separuh nyawa.
Di saat orang lain mungkin berpisah kerana insan ketiga, pudar kasih sayang dan segala yang sewaktu dengannya. Kebimbangan aku bukan untuk masalah seperti itu. Aku benar-benar bimbang sekiranya walaupun tanpa orang ketiga, walaupun perasaan kita begitu kuat, tapi takdir tidak menyebelahi kita, di atas faktor lain.
Aku ngeri membayangkan itu.
Justeru, bolehkah kita sama-sama berjanji bahwa kita akan tetap mencuba? Sekurang-kurangnya kita mencuba sehingga di tahap tiada sebarang penyesalan lagi.
Berjanjilah.
Berjanjilah.
Comments
bila buat kptsan fkir sdlmnya ye~
Smile. :)
namun hidup ini tidak pernah lari dari risiko...
pilih...
untuk yg terbaik...
tanpa sesalan di kemudian hari...
dan percaya dengan apa yg kamu pilih...
itulah keajaiban dalam hidup yg sebenarnya...
jgn terlalu memberi kasih kerana takut nanti kita sendiri yg merana
:-)
Kisah Joyah Dan Bedah
setiap yang bercinta dgn makhluk akan terasa pedih dan lukanye..
koreksi semula diri kite..adakah sepanjang percintaan kita itu kite telah cemari dgn noda n dosa tanpa sengaja atau sengaja...
manusia selalu alpa..bila dah ditimpa dugaan baru ingat Allah kan. tapi di saat nikmatNya datang..kite lupa n lalai dan buat dosa..
semoga diri kita lebih baik dr sebelumnya..amin ya Rabb..
Dia akan sentiasa dengan kita.
=)
InsyaAllah
sesungguhnya DIA lbh mengetahui yang terbaik untuk hamba-NYA
aku suke gaya penulisan mcm ni =D
"saya percayakan awak, awak percayakan saya. Awak jaga diri awak,saya jaga diri saya. Ingat, kalau jodoh tak kemana.."