I heart You. Farid Kamil.




my love:- Farid Kamil.


ini entry santai je. saja release penat setelah 13 jam bekerja pada hari Jumaat. memang letih tapi puas hati. mungkin puas hati sebab berharapan apabila bekerja keras maka dapatlah membakar lemak-lemak degil. tambahan pula malamnya tak makan berat. cuma makan jemput-jemput bilis air tangan housemate baru. Khamdiah. nak harap aku masak memang ke laut lah. moga harapan menjadi kenyataan. nak kurangkan 1-2kg sebelum berakhirnya tahun ini. :p

oklah. kembali pada tajuk. sebenarnya nak dijadikan cerita. aku dah minat kat mamat ni sejak zaman sekolah lagi. masa tu dia hanya pegang watak pelakon tambahan dalam cerita apa tu. yang ada Khai AF dengan Zarina AF berlakon kat UM tu. walaupun masa tu tak bajet langsung mamat ni akan terus berlakon lebih banyak filem. ingatkan hanya akan kekal sebagai watak sampingan je. tapi sampai kini. banyak pegang antara hero jugak. tak semestinya filem romantis macam Lagenda Budak Setan. tapi citer-citer yang aksi. aku paling suka kalau dia berlakon bawak motor besar. konon-konon merempit. eii. caiiirrr lahh!

ada orang, hero malaya kesukaan nya adalah Fahrin Ahmad, atau mungkin Aaron Aziz, atau mungkin Awal Ashari. atau sesapa jelah pilihan you all. tapi aku tak minat sangat ah yang selain dari Farid Kamil. 

aku suka Farrid Kamil sebab aku nampak dia macam seorang jahat yang ada sifat romantik. mungkin ini sebab terpengaruh dengan lakonan-lakonan dia. tapi aku rasa Farid Kamil ni memang macam tu. bad boy.  bukan jenis yang kemas/skema tapi jenis serabut/macho. serabut macho pun boleh digilai perempuan. sebab lelaki sebenarnya tak perlukan wajah yang handsome dengan rambut mesti tersisir bergel. tak perlu. sebab banyak yang aku tengok, lelaki yang rambut dibiar panjang diikat pun cantik! tapi yes! tak semua lelaki sesuai. kalau rasa tak seswai jangan try. kalau buruk rupa jangan salahkan entry nih. :p

pernah gak akal gila aku ni berangan-angan one day dapat dating dengan Farid Kamil.kot la candle light dinner makan sate pun jadikla. Hahaha! andainya Farid Kamil tersesat membaca entry ni dan baik hati sudi grant my wish ni. bolehlah antarkan email maklumat lanjut. 


p/s: haa. memang mustahil aku tau. korang gelaklah kalau nak! :p





Comments

Anonymous said…
suke remy ishak. sgt! :)

btw,lbs memang sgt best sbnarnye.
cikNiarun said…
hehe..yep2..suke jgak sbb iye sangat cool!
Adziim said…
hahahaha~
ok dah gelak.
Eh.. Tak mustahil cik puteri.. Hehe.. :p

Tak lama lagi cite dia kuar wayang.. Ke dah kuar kot.. Cuti-cuti Cinta.. Ngan nora danish.. Hehe.. :p
OMO OMO!!! Kite pun suka FK jugak~ dari sekolah. kasak woooo~ ;D

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S