Bahaya Handphone kepada Anda.

bila zaman makin canggih, peratusan kita terdedah kepada bahaya semakin tinggi. makin banyak teknologi yang dicipta untuk kemudahan manusia, makin manusia terlalu bergantung kepada teknologi. sehingga kebergantungan tersebut, silap-silap boleh mengancam nyawa.


Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak.

Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

 
Soalan-soalan Lazim:
Apakah itu E.M.R?

E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.

 
Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?

Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.



Adakah telefon bimbit membahayakan?

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.






Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?


Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.


Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'


Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.


Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'


Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.


(Sumber dari BBC News)



Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik


Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.


(Sumber dari CNN, Dis 2008)


Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan


Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.


(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')




Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda



Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.



(Sumber dari 'Canwest News Service
Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)






Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak



Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.



(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden
Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)


handphone memang penting, ianya adalah keperluan. tapi menggunakan handphone 24/7 adalah bahaya. apa jua kemudahan teknologi, biar ianya bertujuan memudahkan kita, dan jangan sampai kita jadi 'hamba kepada teknologi'. sebenarnya penggunaan handphone (yang bergelombang halus dan pantas) mendedahkan kita kepada radiasi. radiasi sangat berbahaya kepada DNA. bila DNA gagal dikodkan sebagaimana ia harus dikodkan, maka mutasi boleh berlaku. sains panggil, mutasi gen. yang boleh menyebabkan tumor/ketumbuhan atau kecacatan kelahiran.


 video bagaimana Mutasi berlaku?

rasanya ibu bapa pun tak perlu memberikan handphone kepada anak mereka di usia yang muda. (18 tahun ke bawah adalah muda). sebab kanak-kanak memang daya rintangan mereka terhadap bahaya-bahaya dari teknologi ni sangat rendah. anda mungkin nampak mereka sihat hari ini. tapi belum tentu mereka bakal 'mewariskan' kesihatan kepada generasi seterusnya. bila kita cakap pasal DNA, kita juga bercerita tentang pewarisan genetik. atau jika memang benar-benar perlu, let ur children know. baik buruknya penggunaan handphone.



'Biarlah, Tak Apalah'!

dalam satu-satu situasi, demi kebaikan tertentu, usah katakan 'Biarlah'. This is your life, and your Life is precious!


p/s: syukur. merasa pegang handphone di usia 18 tahun.

Comments

beautiful_rose said…
nice entry...
trimass sara share benda nieh.
nasib baik aku mula menggunakan hp sendiri apabila berumur 19thn.

now kurang guna hp kecuali hal2 terpenting saja.makin canggih,makin bahaya.takut pula rasanya.
Fuz said…
okeyh. esok aku mahu jual hp.
Seimura said…
fuh aku mula pakai hp umur 21. haha.
ardinihumaira said…
dni guna henpon masa form 4.. kalo guna nokia, handphone cepat panas... skang dah tak guna nokia... lagipun sejak berinternet skang ni tak berapa nak sms call sangat. guna YM aje ;p hehe
Hasrol Nizam said…
ada 2 handfon..errr
avid said…
good read. buat research nampak?
Unknown said…
sbb tu jgn gayut lame2
bile da panas, kite pon x selesa kan?

ohoh
Farihah Ahmad said…
saya pegang hp umur 20 thn. wuuuh!
Faizalpj said…
bahaya tapi suka

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S