kalau aku bukan di bidang ini...

mengenali dunia sains sejak sekolah rendah..kalau tak silap masa darjah 4 baru ada subjek sains..sekarang beza, darjah 1 lg dah belajar subjek sains..bagus2..memang sangat jatuh cinta pada subjek sains, maaf dah lupa nama cikgu sains masa darjah 4..tp masih ingat lg wajah garang beliau..yg drjah 5 pun tak ingat namanya..betul2 mintak maaf cikgu..tp cikgu sains darjah 6 masih ingat nama n wajahnya.. cikgu mashitah...cikgu yg best tp berjiwa sensitif, pernah merajuk ngan budak kelas kitorang..kelas 6 harmoni..puncanya ada budak pempuan yg degil ngan dia, then cikgu terus merajuk taknak masuk kelas kami..semua org ramai2 kena g bilik guru demi untuk memujuk dia masuk kelas..sori2, cikgu mashitah tu cuma topik sampingan dalam entry ini..hihi, sebenarnya entry ni pasal subjek sains, harap2 jgn tersasar lari topik..pertama kali exam besar dalam hidup adalah peperiksaan UPSR...aku cuma dapat B untuk subjek sains..mmg sedih menangis takleh nak ingat..coz masa percubaan upsr aku dapat A subjek ni, tetiba exam yg sebenar dapat B, mmg sadis punya kisah..isk2, taknak ingat dah..

even cuma dapat B mse upsr, aku tetap amat meminati subjek sains..meneruskan perjuangan masa menengah rendah iaitu form 1 sampai form 3..alhamdulillah mendapat A untuk subjek sains dalam PMR, melayakkan aku mengambil jurusan sains tulen..tp bila ambik sains tulen, aku rasakan sains adalah subjek yg susah, mana taknya, sampai 3 subjek sains iaitu bio, kimia, n fizik.. asyik masuk lab.. (LAB bukan tempat yg aku suka)..suka belajar tp tak suka buat eksperimen..subjek kimia byk betul eksperimen..paling tak lupa eksperimen tentukan takat didih n takat beku naftalena..huhu..yg lain dah lupa sorry lah ye..

ambik ketiga2 subjek tersebut, aku dapat rasakan aku cuma cenderung menguasai subjek biologi kerana purata markah biologi adalah sangat baik malah pernah dapat high mark masa ujian form 5, chewah bukan nak berlagak tp itulah salah satu bukti bahawa aku tak cenderung pd fizik n kimia..mmg pulun baca bila kita ambik biologi.. aku paling suka tajuk digestive system..n aku suka segala tajuk anatomi manusia, bila bab tumbuhan macam fotosintesis mmg aku kureng sket..even minat biologi, SPM aku menunjukkan result yg berbeza..aku dapat B4 untuk bio n fizik, dan dapat B3 untuk subjek kimia...mmg aneh padahal kertas 3 untuk kimia aku tersalah buat eksperimen, soalan suruh buat ester aku pegi wat benda lain.. mmg sengal tp berjaya gak dapat B3..padahal aku bayangkan bahwa aku mybe dapat C..

Bila masuk matrikulasi, aku mmg nak lari dr fizik, kat kepala otak aku time tu cuma fikir sains fizikal adalah untuk jd engineer..dan aku rasa sains fizikal tak meluas macam sains hayat, maka dgn itu aku memilih sains hayat..bertemu semula dgn kimia n bio..tp aku masuk matrik cuma sebulan lbh je.. tak tahan sebab lecture lab bio tu garang macam singa betina nak beranak.. yes, jgn tak caya bahwa aku kuar dr matrik changlun hanya kerana tak mahu tengok muka singa betina tersebut..aku blah dr situ dan ambik asasi sains gunaan dengan pengajian Islam under universiti malaya...mmg mengimpikan untuk jd student u.m, n kebetulannya asasi ini hanya ada dua pengkhususan iaitu sains biologi n sains komputer..maka sudah tentu aku pilih sains biologi..

menghabiskan asasi selama 2 tahun di nilampuri kelantan dan menyambung sarjana muda sekarang di kampus utama universiti malaya kuala lumpur..masa 1st year penentuan utk memilih pengkhususan..ada 8pilihan, iaitu biokimia, ekologi, alam sekitar, genetik, bioteknologi, biokesihatan, mikrobiologi n bioinformatik..kitorang diberi pilihan untuk memilih, tetapi keputusan adalah berdasarkan kuota n result asasi..ntah kenapa aku memilih biotech sebagai pilihan pertama..dan sekarang inilah bidang aku..bioteknologi..

lecturer plant biotech aku bgtau dalam kuliah, bahwa bila grad nnti, jgn tanya pasaran kerja ttg pekerjaan di bidang ini..no specific job for biotech.. biotech job lebih kepada research..untuk hasilkan new product..so biotech is bisnes..research bukan setakat sebulan dua, malah makan masa bertahun2..sebabnya bukan mudah nak hasilkan produk baru yg selamat digunakan dan menepati kehendak pasaran..tak faham? sbagai contoh negara mungkin kekurangan beras pada masa ini hgga harga beras jd mahal. maka reseacher akan cari jalan bagaimana nak hasilkan beras sampai 4kali setahun dengan kualiti yg sama..lebih kurang macam tulah..n byk lg cth lain..

kalau aku bukan di bidang ini, aku mgkin berada di bidang penulisan..atau perniagaan..ini adalah dua bidang yg ingin aku ceburi dan akan juga aku ceburi suatu masa nanti..

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S