Posts

Rutin Ibu Bekerja

Image
  Assalamualaikum. Hai Julai 2017. Selamat Hari Raya. mood masih beraya sebab nak makan makan di open house raya minggu ini dan minggu depan. Tahun ni beraya pertama di rumah mertua. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja 5hari 4 malam berpuasa dan sambut awal Syawal di sana. Pertama kali beraya bersama anakanda teruna sulung kami. Azzam murah rezeki, siapa yang jumpa dia terus hulur angpau raya. kadang satu rumah tu sampai 4-5 orang hulur angpau.   diam tak diam dah 7 bulan ibu bekerja selepas cuti bersalin. Azzam pun dah nak masuk 10bulan. sekejap je masa berlalu. Anak ibu tak lama lagi masuk setahun umurnya. Rindu Azzam yang baby yang merah-merah lagi tu.     Azzam Ashraf umur 4 hari. tembam, mata sepet macam anak cina. merah lagi masa ni. Wangi sangat         Selama nak masuk 10 bulan ni, Azzam easy baby sangat-sangat. dia tahu ibunya bekerja tak dapat nak berkepit dengan Azzam 24jam. Azzam sangat mudah dijaga, jara...

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Image
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. throwback sikit pengalaman bersalin Muhammad Azzam Ashraf. Sebenarnya Azzam ni lahir dah terlepas due date. EDD 10/9/2016 and Azzam lahir pada 12/09/2016 iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji).   Plan awalnya masa awal pregnant ibu memang konon ada rancang nak bersalin kat Hospital Muar sebab memang rumah mak kat Muar. lepas tu masa ibu dah 7 bulan camtu atuk Azzam kata ala bersalin je kat Hospital Mersing, lepas bersalin baru balik Muar. Tapi nak dijadikan cerita sampai dah lepas due pun ibu tak bersalin lagi and dah nak Raya Haji pun kan jadi balik la kampong Muar and bila balik Kampung tu memang confirm lah akan bersalin di Muar.   Hari Jemaah haji wukuf di Arafah tu dikhabarkan waktunya doa kita dimakbulkan Allah. Ibu doa banyak-banyak yang ibu akan bersalin esoknya. Alhamdulillah, malam raya haji tu pecah ketuban di rumah and segera ke hospital sampai terlupa dah nak mandi dulu ke nak pakai pad ke semua tak inga...

Update Blog 2017

Assalamualaikum. Hai. Masih kah blog ini punya pembaca? Ok. Just nak update je sikit, sebab entry terakhir sebelum ni masih mengandung kan. Alhamdulillah penulis dah selamat bersalin seminggu selepas entry terakhir tersebut. Bersalin pada usia kandungan 40 minggu 2 hari istimewa bay lahir di pagi Hari Raya Haji. Alhamdulillah normal delivery +episiotomy, induce drip. Baby boy seberat 3.5kg yang diberi nama Muhammad Azzam Ashraf. Syukur pada Allah, esok genap lah 7 bulan penulis memegang jawatan sebagai seorang ibu.   Bercuti bersalin selama 3 bulan di rumah emak di Muar. Tempoh pantang dilalui dengan kejayaan dibantu oleh emak, abah dan adik-adik di kampung. Pengalaman bersalin dan berpantang sangat manis sebenarnya sentiasa diingati sampai bila-bila. Ibu bersalin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor. Semua doctor dan staf nurse sangat baik dan ibu tiada sebarang masalah langsung diuruskan sepanjang di LR. Terima kasih sangat membantu ibu melalui proses melahirkan...

9 bulan 10 hari?

Image
39 minggu 2 hari.  hai readers. penulis belum bersalin lagi hehehe. so confirm lah anak kami ini adalah Baby September. syukur ke hadrat Allah kerana telah memberiku nikmat mengandung hingga ke 39 minggu atau mungkin jejak 40 minggu. lebih 9 bulan dah kandungan ni dibawa ke mana-mana. Alhamdulillah atas nikmat ini, Allah sentiasa menjaga si ibu dan bayi. pernah banyak kali nak terjatuh atau tergelincir tapi setiap kali itu juga Allah selamatkan kami. terima kasih ya Allah, Dialah sebaik-baik pelindung. sebak pulak, pengalaman mengandung ini bakal berakhir tak lama lagi bila aku dah melahirkan. aku pasti tak dapat melupakan setiap suka duka susah senang membawa zuriat dalam perut selama lebih 9 bulan. rasa terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang melayan isteri mengandung dengan super tip top. begitu terharu bila dikenang.  dari awal mengandung yang diserang alahan dan emosi tak stabil. 2nd trimester yang berselera hebat. dan 3rd trimester yang sentiasa is...

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum. bertemu kembali. penulis masih belum bersalin dan sedang menunggu hari dengan penuh kesabaran dan perasaan berdebar. lagi 3 hari kandungan dah cukup 37 minggu, consider full term dan baby dah cukup matang untuk dilahirkan. Jadi sementara menunggu baby nak keluar, mari kita kongsikan sedikit pengalaman ibu mengandung ini tentang 'scan baby' sepanjang check up di Klinik Kesihatan.  Baru-baru ni masa kandungan dah genap 36 minggu, adalah kali terakhir ibu tengok baby melalui ultrasound. dan sebelum itu, Klinik Kesihatan scan baby pada usia kandungan 10 minggu dan 29 minggu. Jadi kita start dari scan minggu ke 10. Ibu mula buat buku pink masa kandungan 5 minggu 3 hari. buat awal sebab kandungan pertama, excited nak tau betul ke mengandung. lepas cek UPT +ve bila 10 hari lewat datang bulan. disebabkan ibu memang tak ada masalah period, kalau period datang lambat berbungalah harapan di dalam hati. InsyaAllah hamil. Klinik Kesihatan tak akan scan masa kandun...

Jurugambar Perkahwinan Muar EzyWedStudio

Image
Assalamualaikum. entry ni khas nak share gambar-gambar kawen sahaja. Ok. aku dapat harga yang sangat berpatutan dengan servis untuk hari nikah dan majlis sanding pada dua hari yang berbeza iaitu Jumaat dan Sabtu iaitu harga bawah RM1600.00, cover majlis nikah, majlis sanding dan outdoor. Fotografer ni aku memang tak kenal and dapat contact pun melalui Google je. aku booking 4 bulan awal dari majlis, kebetulan slot tarikh majlis kami masih kosong. kami cuma deal melalui wassap dan email sahaja. tak ada jumpa pun, aku konfiden dengan hasil kerja beliau melalui Facebook Page beliau iaitu EzyWedStudio.  Korang boleh search sendiri, dalam Intagram pun beliau guna nama yang sama jugak EzyWedStudio cuma mungkin beliau jarang post latest update sebab team diorang super busy tetiap minggu ada job. But seriously service sangat bagus, sporting sepanjang majlis dan hasil kerja boleh dapat lepas 2 bulan dari majlis. pantas bukan? customer akan dapat album glass cover, 1 frame gam...

Jodoh dan Rezeki.

Image
  Benarlah jodoh itu rahsia Allah. datanglah sejuta calon pun, kalau dah jodoh kita dengan seseorang, Allah telah sediakan episod pertemuan dan perjalanan menuju perkahwinan melalui jalan yang tidak kita sangka. Tak pernah terfikir akan kawen dengan orang yang berasal jauh dari bumi Kelantan. Tak pernah terfikir juga berjodoh dengan lelaki yang lebih muda 4 tahun. (Nasib baik aku ni awet muda kahkahkah). Kita mula kenal pada tahun 2013, masa tu umur aku dah 26 tahun. Actually dari umur 23 hingga 25 memang aku kerap fikirkan soal jodoh. Siapalah gerangannya kenapalah tak jumpa-jumpa lagi. Then bila aku stop fikir, tak semena-mena ia datang.  Berkahwin di usia 28 tahun pada tahun 2015. Aku panjat rasa syukur Alhamdulillah. Allah beri jodoh pada masa yang tepat, masa kita benar-benar dah sedia.  Allah kurniakan jodoh yang tepat, slow-slow hidup aku jadi tersusun.  Masa aku decide nak kawen tahun 2015, beberapa perkara juga Allah susun dalam hidu...