Posts

Barang Hantaran untuk lelaki.

Image
Assalamualaikum. berjumpa lagi. kali ni nak update pasal barang hantaran kawen. serius aku belum beli satu pun. kalau ikutkan hanya tinggal 50 hari saja lagi. tapi takpe aku yakin semuanya akan dipermudahkan oleh Allah InsyaAllah. foto di atas adalah contoh dari facebook. bukan hantaran for my wedding.  tapi rasanya barang yang aku pilih untuk hantaran kepada pihak lelaki tak lari jugak, sama macam dalam gambar kat atas ni.2 dulamg lagi tambah coklat and buah-buahan. gubahan pun buat simple je letak bunga-bunga. maybe pilih color white or cream jugak sebab warna camni boleh menonjolkan barang-barang yang kita bagi. if warna lain barang hantaran macam tenggelam pulak.  jadi projek weekend ini adalah mencari barang hantaran. aku tak beli sikit-sikit macam orang selalu suggest tu. takpelah beli je sekaligus semua. senang kan sekali jalan je. kami pilih jumlah dulang 5 berbalas 7 sahaja. itu pun dah bingung nak bagi apa. lagipun dulang girls tak ramai pun. t...

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Assalamualaikum, hi. kali ni nak share tentang pengalaman pergi klinik and ambik ujian saringan HIV untuk berkahwin. ok. ceritanya sebelum ni aku dengar dari orang yang ambik darah hanya cucuk dekat hujung jari. alahai. macam senang je macam tak sakit je. so tak kisah pun. then on the day aku pegi klinik dengan encik tunang, lepas serah ic, isi borang then nurse panggil encik tunang dulu. dan lepas tu, jeng jeng jeng. encik tunang duduk tepi nurse, then tetiba nurse keluarkan jarum picagari. wakaka. kalau dah pakai picagari tu apakah maksudnya. maknanya cucuk kat lengan lah kan. so lengan kita letaklah atas meja, and nurse pun carilah urat darah kat lengan tu, zasssss. half of picagari jugak darah yang diambil. tapi encik tunang relax je wakaka. sebab urat darah lelaki kan of course nampak jelas. lain kisahnya bila sampai turn aku. ok, ujian ni rapid test je. terus boleh tahu result on the spot lepas beberapa minit. if satu line sahaja maknanya negatif atau non reaktif. makn...

checklist persiapan kawen.

8 September 2015. pejam celik pejam celik, now tinggal 3 bulan sahaja lagi menjelang hari bahagia. so ini adalah catatan persiapan kawen untuk diri sendiri atau mungkin berguna juga untuk orang lain. jom cek progress persiapan perkahwinan. 1. Kursus Kawen done, aku ambik dah 3 tahun dah walaupun at that time belum jumpa lagi dengan en.tunang. nasib baik ambik awal. time tu rm80.00 je. masa tunang I kursus bulan Februari hari tu dah naik yuran rm120.00.tak rugi kursus awal sebab sijil valid forever. hehehe. 2. Fotografer Wedding dah booking sejak bulan lepas n dah bayar deposit.sebenarnya banyak pilihan untuk servis wedding fotografer ni tapi aku kena pilih yang ada team (lebih dari seorang) sebab majlis ni melibatkan 2 pasangan pengantin. n dua slot nikah dan sanding pada hari yang berbeza. so aku pilih   http://www.ezywedstudio.com/ yang biasa layan job kat Muar, Batu Pahat, Segamat. pakej wedding fotografer adalah below rm2000.00. 3 Kad Kawen/Bunting ...

Pelamin Pallet.

Image
Assalamualaikum. salam 10 akhir Ramadhan. dah dekat raya semua orang sibuk buat persiapan raya tapi aku sibuk mencari idea untuk wedding. hari-hari lawat web mudah.my kot boleh carik something rare, nice and cheap. haaaa. so bila surf anything yang related dengan wedding ni, one of the list yang mesti ada ialah pelamin. actually my sister dah book dah bridal yang ada pakej pelamin, baju, hiasan meja beradab dan lain-lain. walaupun kami sebenarnya masih berkira-kira nak bersanding ke tak sebab semuanya pemalu.  bila surf tentang pelamin ni, aku terjumpa something yang lain sikit dari yang selalu ada kat majlis perkahwinan which is pelamin pallet. kayu pallet ni kalau ada yang taktau sila tanya en.Google. tapi lately dah banyak dah orang yang gunakan kreativiti untuk menghasilkan something dari kayu pallet macam perabot rumah, meja. dan macam-macam.  I dont know lah taste orang but for me, pelamin pallet ni not bad jugak kalau kita pandai hiaskan dia jadi can...

Episod Jarak Jauh

Assalamualaikum. Alhamdulillah, 11 Ramadhan. dah nak berakhir bulan Jun bermakna dah 2 bulan setengah bekerja di Mersing. kenapa rasa macam dah lama?. maybe sebab dah berjauhan dengan famili and insan tersayang. jadi rasa macam dah lama padahal baru je. baru dua kali dapat gaji. dalam tempoh tersebut, aku dah mengalami apa itu percintaan jarak jauh. jika sebelum ini kat Putrajaya ke mana-mana untuk apa-apa urusan boleh harapkan si dia, tapi now berbeza. semuanya aku uruskan sendiri dari A to Z. mujur ada kawan-kawan yang baik dan banyak membantu. kalau dulu sebulan sekali cuma fikir nak balik kampung, sekarang dalam sebulan kena fikir nak balik kampung di Muar dan nak pergi Senawang untuk berjumpa dengan En.Tunang (uruskan hal persiapan kawen). akan datang kalau dah kawen pun akan berhadapan dengan perkara yang sama. so weekend memang masa aku untuk travel.  bab berjauhan ni sebenarnya tak ada apa sangat, just kena standby bajet untuk travel jelah. mersing ke senaw...

Bride To Be: Warna Tema Wedding

Image
Assalamualaikum readers. Alhamdulillah. walaupun berada di bulan Ramadhan, tetap nak story pasal planning untuk wedding. tak sampai 6 bulan pun lagi, memang dah tak lama untuk buat persiapan.  InsyaAllah majlis perkahwinan pada Disember ini akan melibatkan 3 pasangan pengantin iaitu aku dan 2 lagi adik aku yang akan kawen serentak. syukur pada Allah kerana telah menyusun atur hidup kami. tak plan pun pada awalnya nak kawen sama-sama tapi itulah kalau dah jodoh. tidak cepat dan tidak lambat. ianya tepat sampai pada masa yang paling sesuai menurut aturan Yang Maha Esa.  apabila dah setuju nak adakan majlis untuk 3 pasangan sekaligus, perkara pertama yang kami bincangkan adalah warna tema. nak warna apa untuk baju pengantin dan khemah dan pelamin segala. sebenarnya warna kegemaran aku adalah purple, tapi purple dah dipakai oleh kakak aku masa wedding dia 3 tahun lepas. so kami mestilah nak warna lain pulak. takkan nak warna sama lagi kan. berbincang dengan adik lelak...

Selamat Bertunang.

Image
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah kepada hambaNya. segalanya adalah atas aturan Allah. Allah sebaik-baik perancang. walaupun pada mulanya perancangan aku adalah tidak mahu mengadakan majlis pertunangan. sekadar rombongan merisik and then terus kawen InsyaAllah hujung tahun ini, tapi saat akhir keluarga pasangan bagitau lebih baik rombongan mereka tidak datang hanya untuk merisik tapi sekaligus bertunang. aku pun secara magiknya dalam tempoh 24 jam menjadi superwoman membuat persiapan barang hantaran and mencari baju tunang. disebabkan keputusan last minute. adik-adik aku yang kat KL ketiga-tiganya tak dapat balik maka aku survive lah seorang diri membuat persiapan.  ini adalah bajunya yang aku pakai on my E-Day. kebetulan aku dah beli baju ni 2 minggu sebelumnya. masa beli ni memang niat asalnya saja nak pakai untuk shoot saja-saja masa minggu wedding. baju tambahan konon-konon. aku beli dari satu butik kat Labis. Butik Sri Andaman Comel. masa b...