sebelum menyentuh tajuk entry, kita cerita sikit pasal rumah baru. Ahh. segalanya telah selamat. Alhamdulillah. berakhir proses perpindahan. makan masa dua hari iaitu semalam dan hari ini. setelah bertungkus-lumus membungkus, mengangkut. sampai sakit pinggang. sekarang masih lagi dalam episod mengemas. menyusun. oh! sungguh tidak mudah. sampai lambat update belog. kehkeh! rumah baru ni betul-betul depan masjid. kalau azan memang konfem dapat dengar begitu jelas. bila solat jemaah pun, sebutir-sebutir bacaan imam boleh dengar. ni tadi maghrib dapatla dengar ceramah agama. sejuk hati. selain mengemas. aktiviti hari ini adalah membuang-buang masa di depan laptop. bukak balik email lama. fuh, sudah beribu notification friendster. rupanya masih ada akaun friendster. tapi apa kabar kah akaun tersebut?. password apa agaknya?. Oh! lupa semuanya. alah. tak ada apa yang boleh dikenang tentang friendster, bukan ada jumpa pakwe handsome pun. kalau pun handsome. mesti sudah ...