Posts

Gathering GengBlogger Berbuka Puasa Shah Alam.

Image
hi semua, err. ni dah berapa hari aku lewat update pasal ni? mungkin aku orang last  kot cerita pasal nih. tapi tak apa. biar lambat asal selamat. sebelum tu, nak wish dulu lah. err,  Selamat Menyambut Kemerdekaan Tanah Air yg ke-53 kepada semua pembaca tersayang. kronologi kepada Gathering ni, semuanya atas plan  En.jOegrimjoe kita. atas sokongan, kita hadir sebagai ahli biasa sajalah. memeriahkan suasana. meramaikan majlis. mengeratkan silaturrahim. mudah-mudahan InsyaAllah. ok, cerita petang itu, (sabtu lalu), awal-awal aku dah bagitau en.Joe bahwa aku tak akan hadiri bowling time. aku direct ke dataran Shah Alam. bertolak lepas Asar dengan Jard. Jard ambik aku kat stesen LRT Universiti. sampai kat Masjid Shah Alam. tak jumpa sesiapa. malah tak jumpa pun Bazar Ramadhan yang kononnya berdekatan. Jard mesej Joe. bila tau Joe memang tengah beli juadah bukak puasa. maka kami pun tempah sekali lah. dekat Dataran S.Alam, orang pertama aku nampak da...

be a good elder sister.

kita tidak akan mendapat title kakak, kalau kita tak punya adik.  macam juga seorang wanita, tidak akan mendapat title ibu selagi dia tak punya anak. am I rite? bertuahnya aku, sebab aku adalah seorang kakak kepada adik-adik aku yang boleh tahan ramai jumlahnya. aku ada 5 orang adik perempuan. dan seorang adik lelaki. bertuahnya menjadi seorang kakak, hanya jika kau punya adik. kau boleh rasa macam mana menjalani kehidupan sebagai yang lebih tua in ur siblings. semalam, adik perempuanku yang belajar nursing di PPUM tiba-tiba call. masa tu jam menunjukkan pukul 11 pagi. dan aku sebenarnya baru saja nak kemas tempat tidur. aku ingatkan dia ada urgent case ke call. rupanya dia call aku sebab dia kata dia boring sangat. sejak hari Sabtu lagi tak buat apa-apa. dia kata nak datang rumah. Alamak!. kebetulan Ahad tu aku bekerja jam 12 tengah hari hingga 8malam. tapi aku cuma cakap. datang jela umah aku. kalau boring boleh lah surf internet. bila pk balik. alahai. umah aku yang saiz kot...

home alone menjelang raya..

Image
this coming Eid. aku memilih untuk tidak pulang awal ke kampung halaman. - Johor. aku hanya mahu pulang sehari sebelum Aidilfitri. entah kenapa. aku memilih untuk bekerja sehingga 8 September. bukan sebab aku mesti bekerja atau aku tak dapat cuti awal, tapi memang aku memilih untuk pulang ke kampung lewat. lewat dari biasa. aku nak rasa feel bekerja menjelang Hari Raya. lagipun, aku plan nak shopping raya last minute. tunggu jelah wahai Jalan Tunku Abdul Rahman/Sogo. semua housemate ku akan pulang seawal 4 September. maknanya aku akan berseorangan di rumah. not sure. patut mengajak siapa temani aku di rumah. risau jugak, kawasan perumahan aku ni kian sunyi sepi, sebab banyak yang dah pindah dari sini. kami serumah pun. bakal berpindah lepas raya nanti. bukannya aku tak berani sorang-sorang kat rumah. tapi... err. aku ni takut sunyi. sebab bila sunyi suka nak fikir yang bukan-bukan. eii, nak offer siapa temankan aku nih. huwaa! mungkin, zaman balik kampung awal-awal dah berakhir ...

hehe, you like me that much?

Image
syhhhh! bila seorang lelaki tiba-tiba tanya sedemikian. then what u expect me to say? aku hanya tergelak berdekah-dekah dalam hati. ceh! mamat ni berlagak macam cool la tu tanya direct camtu. dia ingat aku tak cool ke, chit! " hahaha!  glad you know..." now aku nak tanya. siapa lagi cool? aku ke dia?.. atau kami sama-sama cool? kadang-kadang. kita lebih suka bila seseorang itu tahu sendiri, tanpa kita bagitau dia apa-apa. that means. dia paham. mungkin sebab dia 'berpengalaman luas'. kita bagi hint begitu sedikit. tapi dia dah boleh tau. kalau semua orang macam ini. senang kan. ops! dia bukan mudah perasan, tapi 'perasaan' nya dia terhadap perasaan kita itu tepat!. lagi menyenangkan. bila dia jenis yang tak kisah. dia tetap macam bagaimana dia sebelumnya walaupun dia tahu kita berkenan kat dia. cool huh? err, mungkin dia macam Sasuke! hey guys! ini belum sampai tahap jatuh cinta. ini hanyalah jatuh suka. and he said, " its ok to li...

Mental Disorder- bagaimana bapa boleh sembelih anak.?

Image
Kosmo hari ini, berita muka depan memaparkan kisah tragis kanak-kanak berusia 3 tahun yang mati disembelih bapa sendiri. lebih sadis lagi. ianya berlaku di depan mata si ibu. sembelih anak macam sembelih seekor ayam. sungguh tak dapat dibayangkan. nak melenting tapi tak boleh, sebab pelakunya sakit mental. sedangkan dalam Islam mereka yang gila walaupun sekejap, batal puasa dan tak sah solatnya. orang yang dalam keadaan mental problem adalah bebas dari sebarang hukum. contohnya, kalau dia bogel pun. dia tak berdosa. sebab masa tu 'saraf otak putus'. dan sebenarnya, kes seumpama 'sembelih anak' ini bukan yang pertama, entah episod tragis yang ke berapa puluh kali kita dengar dalam tahun ini. kebanyakkannya yang melibatkan ahli keluarga sendiri yang menjadi 'pembunuh'. boleh bayangkan tak? bila mana sebenarnya dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk kita berlindung, tapi menjadi tempat paling bahaya hingga mengancam nyawa. dan kajian keat...

Berbuka Puasa Di McD mIDValleY

Image
kembali bersiaran di awal pagi. dan kita masih lagi ke udara dalam bulan Ramadhan. so cerita yang paling siuman adalah cerita berbuka puasa. cerita sahur tak payah kongsi. sebab time sahur bukankah kita semua tak mandi lagi. syhhh! penulis sahur pi basuh kaki je. OWh! tipu jeee.... sebelum sahur gosoklah gigi, dan selepas sahur gosok gigi lagi. jangan main tipu. masuk hari ini, dah 6 hari tidak berbuka puasa di rumah. sama ada berbuka dengan kawan kampus, kawan blog, atau kawan kerja. (owh sekarang saya punya berjenis-jenis kawan yang datang dari berbagai sumber cayalah!). rupanya ramai yang punya saya sebagai kawan. maka hargailah saya sebagai kawan sebaik-baiknya. (excuse me iklan apa ni annoying laaaa.. :p ceritanya bermula apabila tadi time tengah hari, tiba-tiba kami bertujuh sama-sama kempunan kan Mekdi secara serentak. Magic sungguh! boleh pada hari dan waktu sama semua orang pun mengidam Mekdi. dan kami taknak Mekdi Delivery. kami nak Mekdi yang tidak dibawa atas ...

because of you are my bestfriend, you could never be mine..

Image
A friend is someone who cares about you. The one that you can count on in times of troubles, pains, and sufferings that occur in your life. The one that you can trust with all the secrets of your life. A friend is someone who always finds time to listen to all the stories you tell and the one that is always concerned in everything that you do. These traits I found in you, that's why I really trusted you, and for all of these, I know nothing to repay you but to simply be your friend. And we share the laughter for years admitting to each other that we enjoy being with one another. But lately little changes are slowly taking place, I just woke up one morning that my feelings for you have changed. To describe it I don't know of a way, its just that I have this weird feeling that I always want to see your cute face, to hear your sweet voice. And when it's already my chance to see you, my knees began trembling, my heart pounding faster than ever, my mind began to mix up. ...