Posts

Showing posts from February, 2009

lirics..

Patri - Jinbara Andai hati ini sang kecapi perasaan jadi talinya engkau memetik jari jemari berlagu irama duka dan lara Andai tubuh ini boneka nalurinya benang sutera engkau dalang mengawalnya ketimur keutara kemana jua aku hanya menuruti mengikut apa saja hukuman Andai diri ini taman tasik sang kirana pula jiwa raganya engkau menjaring dengan senyuman dan mengurungkannya dari segala namun diri ini insani pasti ada kemahuannya Kerna aku terpanah arjuna sedikitpun tidakku menyesali ooo aku rela ditawanan aku rela terpatri cinta suci aku rela ditawanan aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo Cinta Tak Bersyarat- Element Tak ada sedikitpun sesalku Tak bertahan dengan setiaku Walau di akhir jalan Ku harus melepaskan dirimu Ternyata tak mampu kau melupa Dalamnya cintaku yg hebat Hingga ada alasan bagimu Tuk tinggalkan setiamu Demi nama cinta Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu Telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku Kerna demi cinta Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu Sebab kum

cinta di hati sara

Apabila bercakap soal cinta yg membabitkan diri aku sendiri, ianya sangat sukar ditafsirkan. Aku yakin di hati aku punya rasa cinta kepada ramai insan. Aku cintakan mereka yang selama ini berada di samping aku, menemani perjalanan hidup aku hingga ke saat ini. Aku cintakan mereka yang tak pernah jemu menjadi tulang belakang aku, menjadi dahan yang kukuh tempat aku berpaut tatkala diri sendiri berasa lemah dan goyah. Malah aku cintakan mereka yang pernah singgah dalam episod hidup aku, yang pernah memberi sinar menerangi jalan gelap yang aku lalui, sekalipun mereka mungkin datang dan pergi.Ingin sekali aku memberikan cinta aku kepada semua insan yang sentiasa memberikan kekuatan pada aku, sekalipun hanya dari kejauhan. Sesungguhnya aku amat cintakan kalian dan aku ingin mengucapkan terima kasih yang takkan berpenghujung kepada siapa jua insan yang pernah membuat hati aku bahagia, biar pun kadangkala kebahagiaan itu datang dengan sekelumit duka. Dan akhirnya, aku ingin sekali meluahkan k

puteri gunung ledang..

dari melaka ke gunung ledang.. sekalian kalinya, aku ingin menyentuh soal cinta. cerita cinta, hikayat cinta dari tanah air kita, tanah Melayu. Puteri Gunung Ledang dikatakan sangat cantik sehingga Sultan Melaka menghantar rombongan yg diketuai oleh Tun Mamat untuk meminangnya. namun sang Puteri meletakkan syarat yg cukup sukar untuk pihak Sultan memenuhinya. syarat2nya ialah: 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang. 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. 7 dulang hati nyamuk. 7 dulang hati kuman. 7 tempayan air mata anak dara. 7 tempayan air pinang muda. 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi. Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya. sebenarnya memang wujud ke Puteri Gunung Ledang? dan yang sebenarnya memang betul ke cerita di atas? betul ke Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah saling mencintai? sama ada cerita ni betul wujud atau tidak, inilah kisah cinta yang paling glamor kat ta

kuch kuch hota hai

siapa yg tak tau filem kuch kuch hota hai? tapi aku bukanlah nak cerita pasal filem yg pernah mencapai rating box office suatu ketika dulu, tapi sebenarnya ada yang tersirat di sebalik cerita ini. aku masih ingat lagi, filem ni ditayangkan masa aku darjah 6, semua orang minat cerita ni, tak terkecuali aku sendiri, aku tengok cerita ni berulang-ulang kali, pada aku cerita ni best sangat, dan macam biasalah bila kita menonton cerita hindustan, kita mesti berangan kononnya kita hero atau heroin cerita tuh, huhu.. dan aku? aku membayangkan aku memegang watak Tina, budak baru yang masuk kolej, anak kepada pengetua lagi, cantik menawan pulak tu, gadis yang berjaya memikat hati hero kolej/hero cerita..wow.. hebatkan angan2 aku? tapi mungkin sebab realiti zaman sekolah dulu, aku punya cerita sama macam watak Tina dalam kuch2 hota hai, aku adalah budak yang baru bertukar sekolah. dan dalam masa yang sama ada pulak seorang hero kat sekolah tu minat kat aku. biarlah aku gelar dia Rahul..(tp aku b

ci comel penyeri rumah..

Image
aishah bersama gemuk.. masa ni, gemuk sihat lg.. tp skg gemuk da takda.. Kucingku sayang.. Sebenarnya rumah aku tak bela kucing time dulu-dulu. Tapi kami mula bela kucing sejak tahun 2007. Mungkin sebab adik bongsu aku dah besar. Jadi mak dan abah tak kisah nak bela kucing. Balik hari tu 23 januari 09. Dua ekor anak kucing yang lahir bulan ogos tahun lepas dah semakin membesar. Si Oren dan Si Belang. Yang Oren tu bulunya warna oren semua. Yang Belang tu warnanya belang oren dan putih. Ibunya Si Hinata still garang macam dulu. Rupanya tinggal 3 ekor kucing ja yang masih hidup. Tak sangka Si Gemuk yang dibela sejak akhir tahun 2007 mati awal januari lalu. Sedih juga. Gemuk tu comel, datang rumah masa bulan syawal, masa tu dia kecil lagi. Comot dan hitam. Selang beberapa hari datang pula si Putih. Kucing remaja betina yang garang. Aku namakan dia Hinata sebab bulunya putih semua. Nama Hinata yang aku rasa sesuai. Aisyah (adikku yang bongsu berumur 7tahun) bagi nama si Hitam itu Winnie seb

kahwin muda.

Kahwin masa muda.. bukan under age ok.. dah melepasi 18 tahun. Tapi kurang dari 22 tahun. Kategori kahwin muda la tu. Sebab yang kahwin umur 23 dah ramai. Merata-rata malas nak cerita. Berapakah usia yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga? Berkahwin bukan perkara main-main. Itulah ayat yang selalu kita dengar. Mana ada orang berkahwin main-main. Ingat main pondok-pondok masa zaman tadika ke? Perkahwinan adalah perkara yang besar dalam hidup seseorang. Berapa pun usia bukan sesuatu hal yang perlu diperbesarkan. Apa yang penting adalah sejauh mana dan sedalam mana ilmu pengetahuan untuk menjayakan rumahtangga yang bakal dibina. Usia untuk berkahwin adalah sesuatu yang subjektif. Tepuk dada tanya selera. Sebenarnya ia banyak bergantung pada latar belakang individu dan persekitaran mereka. Apa hak kita nak sentuh hal peribadi orang lain. Sebelum seseorang itu berkahwin. Mestilah dia sudah fikir semasak-masaknya. Kalaupun kita kata kahwin muda banyak masalah, banyak tanggungjawab, lagi-l

kehidupan.

Hidup ini berlangsung dengan baik kerana kita menjalinkan hubungan dengan orang lain. Kita tidak keseorangan seperti tarzan yang hidup di dalam hutan. Tarzan tak tau dunia manusia. Dia hanya tahu dunia flora dan fauna. Wujud lagi ke tarzan abad ini? Atau sememangnya tarzan tak pernah wujud pun dalam dunia? Mungkin cerita tarzan ni hanya cerita dongeng. Yang pasti, kita bukan tarzan, kita perlukan orang lain untuk kelangsungan hidup. Hidup seorang diri? Pernah bayangkan ke? Pasti tak dapat dibayangkan. Jalinan hubungan dengan orang lain adalah sangat luas. Hubungan yang terjalin kerana pertalian darah adalah hubungan yang paling kuat dan dekat. Hubungan mak ayah dengan anak-anak adalah ikatan kuat dan hubungan ini adalah anugerah dari Allah. Jadi, macam mana pun. Kita mesti utamakan keluarga dari yang lain-lain. Hubungan tanpa pertalian darah juga adalah sesuatu yang perlu dihargai. Selepas keluarga biasanya kita akan merujuk kepada hubungan dengan rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat han