Posts

Pengalaman 1st trimester.

Alhamdulillah bertemu lagi. sedikit coretan pengalaman pertama menerima orang baru dalam hidup. this is my 1st baby InsyaAllah. kita mulakan dengan macam mana tahu aku pregnant. actually masa kawen hari tu aku memang baru habis period. and aku memang plan kalau boleh nak terus mengandung so kami berdua tak ada merancang ke apa. memang berharap kalau boleh nak terus ada baby.  bulan Januari patutnya aku period awal Januari tapi tak datang pun and delay sampai seminggu. aku still tak cek UPT and relax dulu. tapi masa ni dah rasa ada cramp kat perut macam nak period tu lebih kurang je rasa dia. bila dah lebih seminggu tak datang haid aku pun decide nak beli UPT. beli sampai dua sebab adik kat farmasi tu kata biasa orang cek lebih dari sekali. tak apa beli je. satu tu harga dalam rm11.  aku test urin awal pagi masa bangun tidur nak solat subuh. memang berdebar jugak hahahaha. Alhamdulillah naik double line. macam tak percaya dah boleh berangan jadi emak-emak. masa tu...

Setelah Bergelar Puan.

Image
Assalamualaikum readers. masihkah ada yang menunggu update dari tuan blog ni?. dah dekat setengah tahun tak update. lama jugak rupanya. taktau nak sambung update dari mana. tapi last hari tu cerita pasal nak kawen kan. so sekarang kita cerita pasal episod setelah berkahwin la ye.  Alhamdulillah majlis nikah dan kenduri walimatul urus kami adik beradik berjalan lancar. tak ada sebarang masalah syukur ke hadrat Ilahi. perasaan apabila segalanya selesai tak boleh digambarkan dengan kata-kata.setinggi penghargaan dan terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakan majlis kami terutama mak dan abah dan adik beradik serta keluarga mertua yang datang jauh dari Kelantan. sangat-sangat bersyukur. syukur kami 3 beradik selamat mendirikan rumahtangga. mak dan abah sekaligus dapat 3 menantu dari 3 negeri berbeza iaitu Kedah, Pahang dan Kelantan. oh ye menantu pertama iaitu suami kakak berasal dari Johor. abah ada 4 lagi anak perempuan agaknya dapat tak wakilkan satu negeri...

Barang Hantaran untuk lelaki.

Image
Assalamualaikum. berjumpa lagi. kali ni nak update pasal barang hantaran kawen. serius aku belum beli satu pun. kalau ikutkan hanya tinggal 50 hari saja lagi. tapi takpe aku yakin semuanya akan dipermudahkan oleh Allah InsyaAllah. foto di atas adalah contoh dari facebook. bukan hantaran for my wedding.  tapi rasanya barang yang aku pilih untuk hantaran kepada pihak lelaki tak lari jugak, sama macam dalam gambar kat atas ni.2 dulamg lagi tambah coklat and buah-buahan. gubahan pun buat simple je letak bunga-bunga. maybe pilih color white or cream jugak sebab warna camni boleh menonjolkan barang-barang yang kita bagi. if warna lain barang hantaran macam tenggelam pulak.  jadi projek weekend ini adalah mencari barang hantaran. aku tak beli sikit-sikit macam orang selalu suggest tu. takpelah beli je sekaligus semua. senang kan sekali jalan je. kami pilih jumlah dulang 5 berbalas 7 sahaja. itu pun dah bingung nak bagi apa. lagipun dulang girls tak ramai pun. t...

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Assalamualaikum, hi. kali ni nak share tentang pengalaman pergi klinik and ambik ujian saringan HIV untuk berkahwin. ok. ceritanya sebelum ni aku dengar dari orang yang ambik darah hanya cucuk dekat hujung jari. alahai. macam senang je macam tak sakit je. so tak kisah pun. then on the day aku pegi klinik dengan encik tunang, lepas serah ic, isi borang then nurse panggil encik tunang dulu. dan lepas tu, jeng jeng jeng. encik tunang duduk tepi nurse, then tetiba nurse keluarkan jarum picagari. wakaka. kalau dah pakai picagari tu apakah maksudnya. maknanya cucuk kat lengan lah kan. so lengan kita letaklah atas meja, and nurse pun carilah urat darah kat lengan tu, zasssss. half of picagari jugak darah yang diambil. tapi encik tunang relax je wakaka. sebab urat darah lelaki kan of course nampak jelas. lain kisahnya bila sampai turn aku. ok, ujian ni rapid test je. terus boleh tahu result on the spot lepas beberapa minit. if satu line sahaja maknanya negatif atau non reaktif. makn...

checklist persiapan kawen.

8 September 2015. pejam celik pejam celik, now tinggal 3 bulan sahaja lagi menjelang hari bahagia. so ini adalah catatan persiapan kawen untuk diri sendiri atau mungkin berguna juga untuk orang lain. jom cek progress persiapan perkahwinan. 1. Kursus Kawen done, aku ambik dah 3 tahun dah walaupun at that time belum jumpa lagi dengan en.tunang. nasib baik ambik awal. time tu rm80.00 je. masa tunang I kursus bulan Februari hari tu dah naik yuran rm120.00.tak rugi kursus awal sebab sijil valid forever. hehehe. 2. Fotografer Wedding dah booking sejak bulan lepas n dah bayar deposit.sebenarnya banyak pilihan untuk servis wedding fotografer ni tapi aku kena pilih yang ada team (lebih dari seorang) sebab majlis ni melibatkan 2 pasangan pengantin. n dua slot nikah dan sanding pada hari yang berbeza. so aku pilih   http://www.ezywedstudio.com/ yang biasa layan job kat Muar, Batu Pahat, Segamat. pakej wedding fotografer adalah below rm2000.00. 3 Kad Kawen/Bunting ...

Pelamin Pallet.

Image
Assalamualaikum. salam 10 akhir Ramadhan. dah dekat raya semua orang sibuk buat persiapan raya tapi aku sibuk mencari idea untuk wedding. hari-hari lawat web mudah.my kot boleh carik something rare, nice and cheap. haaaa. so bila surf anything yang related dengan wedding ni, one of the list yang mesti ada ialah pelamin. actually my sister dah book dah bridal yang ada pakej pelamin, baju, hiasan meja beradab dan lain-lain. walaupun kami sebenarnya masih berkira-kira nak bersanding ke tak sebab semuanya pemalu.  bila surf tentang pelamin ni, aku terjumpa something yang lain sikit dari yang selalu ada kat majlis perkahwinan which is pelamin pallet. kayu pallet ni kalau ada yang taktau sila tanya en.Google. tapi lately dah banyak dah orang yang gunakan kreativiti untuk menghasilkan something dari kayu pallet macam perabot rumah, meja. dan macam-macam.  I dont know lah taste orang but for me, pelamin pallet ni not bad jugak kalau kita pandai hiaskan dia jadi can...

Episod Jarak Jauh

Assalamualaikum. Alhamdulillah, 11 Ramadhan. dah nak berakhir bulan Jun bermakna dah 2 bulan setengah bekerja di Mersing. kenapa rasa macam dah lama?. maybe sebab dah berjauhan dengan famili and insan tersayang. jadi rasa macam dah lama padahal baru je. baru dua kali dapat gaji. dalam tempoh tersebut, aku dah mengalami apa itu percintaan jarak jauh. jika sebelum ini kat Putrajaya ke mana-mana untuk apa-apa urusan boleh harapkan si dia, tapi now berbeza. semuanya aku uruskan sendiri dari A to Z. mujur ada kawan-kawan yang baik dan banyak membantu. kalau dulu sebulan sekali cuma fikir nak balik kampung, sekarang dalam sebulan kena fikir nak balik kampung di Muar dan nak pergi Senawang untuk berjumpa dengan En.Tunang (uruskan hal persiapan kawen). akan datang kalau dah kawen pun akan berhadapan dengan perkara yang sama. so weekend memang masa aku untuk travel.  bab berjauhan ni sebenarnya tak ada apa sangat, just kena standby bajet untuk travel jelah. mersing ke senaw...