Posts

Showing posts from July, 2016

Perubahan Fizikal Ketika Mengandung.

Image
Assalamualaikum. lama dah kan tak nampak penulis?. this is me pada 33 minggu kehamilan. ada beza ke dengan sebelum pregnant? Sejujurnya aku ni memang dah mengembang sebelum kawen lagi. sejak plan nak kawen (a year b4 wedding date) hati memang riang kuat makan, hati senang lah orang cakap. dari 60kg ke 67kg. plan nak diet sebelum kawen pun kelaut sebab aku baru dapat kerja kerajaan (ofis hour) April 2015. faham-fahamlah kerja menghadap PC, duduk berjam-jam, menternak lemak lah jawabnya jadi perancangan untuk lose weight gagal sama sekali. aku memang kawen masa tengah gemuk. mujur baju wedding yang ditempah tu muat dengan badan. lepas kawen memang aku plan nak terus dapat baby. memandangkan umur aku masa kawen pun dah 28 tahun. beberapa bulan sebelum kawen lagi dah mintak kat Allah agar diperkenankan hasrat nak dapat baby secepat mungkin. Alhamdulillah Allah makbulkan doaku. kalau ikutkan usia kandungan aku sama dengan usia perkahwinan jugak. aku nikah 11/12/2016 and EDD a

Pregnancy: Cara Kira Gerakan Baby

Assalamualaikum.  Hari ni nak share sikit tentang info dan pengalaman mengandung dalam bab mengira pergerakan baby dalam kandungan. Ok. Biasanya bila dah pregnant 20 minggu dan keatas, mommy dah boleh rasa gerakan baby dalam perut. mula-mula akan rasa slow je macam kena sentuh-sentuh jentik jentik je camtu. tapi apabila kandungan makin membesar iaitu 24 weeks, mommy akan mula rasa kena kick dengan kuat sampai bergoyang-goyang perut.  Klinik Kesihatan akan minta mommy catat pergerakan baby apabila genap kandungan 28 minggu. Ramai yang konfius cara betul nak kira, ok, ini yang aku dapat kongsikan apa yang nurse kat KK tempat aku ajarkan. Cara kira adalah tetapkan waktu dalam sehari tu 12 jam, biasanya dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Gerak baby mesti lebih dari 10x gerakan kuat. So mommy jangan bangun lambat sangat. Hahaha. Let say start jam 9 pagi, fokus untuk rasa pergerakan baby yang paling kuat dan paling lama, kalau boleh yang lebih 20 saat gerakan. dan catatkan ia se

Selamat Hari Raya 2016.

Image
Alhamdulillah. tahun ini 1st time beraya sebagai isteri. dah lama berangan nak beraya dengan suami. Ecewaahhh. sebenarnya beraya bertiga, dengan my baby dalam perut dah 7 bulan kandungan. Kalau ikutkan macam dah sarat, tapi gagah je sambut raya. cuma tak ambik gambar je sebab gemuk. Kahkah, tak boleh terima kenyataan. Kami pulang beraya di Muar terlebih dahulu, sampai Muar malam Selasa. aku off day hari Selasa je. so sempatlah bersahur dan berbuka puasa kat rumah mak sehari sebelum raya. Raya pertama cuma husband aku je menantu lelaki yang ada kakak n adik yang dah kawen semua belum balik lagi. so husband dengan abah jela sama-sama pergi solat sunat Hari Raya kat masjid. ini kali pertama husband beraya di Johor.  Baju raya 2 tahun lepas. ada baju baru tapi taknak pakai. Songkok je baru beli kat Giant Muar time malam raya. Samping songket pinjam abah. hahaha. pakai baju raya ni bertahan sampai Zuhur je. lepas Zuhur dah tukar. hahaha. panas katanya. tapi memang agak panas