Posts

Showing posts from June, 2015

Episod Jarak Jauh

Assalamualaikum. Alhamdulillah, 11 Ramadhan. dah nak berakhir bulan Jun bermakna dah 2 bulan setengah bekerja di Mersing. kenapa rasa macam dah lama?. maybe sebab dah berjauhan dengan famili and insan tersayang. jadi rasa macam dah lama padahal baru je. baru dua kali dapat gaji. dalam tempoh tersebut, aku dah mengalami apa itu percintaan jarak jauh. jika sebelum ini kat Putrajaya ke mana-mana untuk apa-apa urusan boleh harapkan si dia, tapi now berbeza. semuanya aku uruskan sendiri dari A to Z. mujur ada kawan-kawan yang baik dan banyak membantu. kalau dulu sebulan sekali cuma fikir nak balik kampung, sekarang dalam sebulan kena fikir nak balik kampung di Muar dan nak pergi Senawang untuk berjumpa dengan En.Tunang (uruskan hal persiapan kawen). akan datang kalau dah kawen pun akan berhadapan dengan perkara yang sama. so weekend memang masa aku untuk travel.  bab berjauhan ni sebenarnya tak ada apa sangat, just kena standby bajet untuk travel jelah. mersing ke senawang/

Bride To Be: Warna Tema Wedding

Image
Assalamualaikum readers. Alhamdulillah. walaupun berada di bulan Ramadhan, tetap nak story pasal planning untuk wedding. tak sampai 6 bulan pun lagi, memang dah tak lama untuk buat persiapan.  InsyaAllah majlis perkahwinan pada Disember ini akan melibatkan 3 pasangan pengantin iaitu aku dan 2 lagi adik aku yang akan kawen serentak. syukur pada Allah kerana telah menyusun atur hidup kami. tak plan pun pada awalnya nak kawen sama-sama tapi itulah kalau dah jodoh. tidak cepat dan tidak lambat. ianya tepat sampai pada masa yang paling sesuai menurut aturan Yang Maha Esa.  apabila dah setuju nak adakan majlis untuk 3 pasangan sekaligus, perkara pertama yang kami bincangkan adalah warna tema. nak warna apa untuk baju pengantin dan khemah dan pelamin segala. sebenarnya warna kegemaran aku adalah purple, tapi purple dah dipakai oleh kakak aku masa wedding dia 3 tahun lepas. so kami mestilah nak warna lain pulak. takkan nak warna sama lagi kan. berbincang dengan adik lelaki dan per

Selamat Bertunang.

Image
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah kepada hambaNya. segalanya adalah atas aturan Allah. Allah sebaik-baik perancang. walaupun pada mulanya perancangan aku adalah tidak mahu mengadakan majlis pertunangan. sekadar rombongan merisik and then terus kawen InsyaAllah hujung tahun ini, tapi saat akhir keluarga pasangan bagitau lebih baik rombongan mereka tidak datang hanya untuk merisik tapi sekaligus bertunang. aku pun secara magiknya dalam tempoh 24 jam menjadi superwoman membuat persiapan barang hantaran and mencari baju tunang. disebabkan keputusan last minute. adik-adik aku yang kat KL ketiga-tiganya tak dapat balik maka aku survive lah seorang diri membuat persiapan.  ini adalah bajunya yang aku pakai on my E-Day. kebetulan aku dah beli baju ni 2 minggu sebelumnya. masa beli ni memang niat asalnya saja nak pakai untuk shoot saja-saja masa minggu wedding. baju tambahan konon-konon. aku beli dari satu butik kat Labis. Butik Sri Andaman Comel. masa beli