Saturday, March 21, 2015

Berkunjung ke LIMA'15 Langkawi



Assalamualaikum dan hi readers. Baru-baru ini telah berlangsungnya LIMA'15 Langkawi iaitu Langkawi International Maritime &Aero space Exhibition iaitu pada 17 Mac 2015 hingga 21 Mac 2015 di kawasan lapangan terbang Langkawi, Kedah.

Setelah beberapa kali LIMA diadakan di Malaysia, Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri show begini di depan mata. dan lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh ibu bapaku. Alhamdulillah rezeki. kebetulan diorang diajak oleh jiran kami. maka aku berpeluang turut serta memandangkan aku pun telah berhenti kerja dan bercuti panjang sementara menunggu surat panggilan dari SPA Johor.



Sedikit info berguna sekiranya anda ingin berkunjung ke LIMA Langkawi:-

  1. show bermula jam 11 pagi atau 12 tengah hari, bergantung kepada jadual penerbangan domestik flight di Langkawi. selesai semua penerbangan berlepas dan mendarat, maka barulah show LIMA dimulakan. 
  2. sekiranya ingin menonton show di kawasan sekitar lapangan terbang, sila datang awal untuk mengelakkan kesukaran mencari tapak letak kereta. datang pukul 10 pagi dah okay. carilah port yang sesuai. kami cari port berdekatan gerai jualan so boleh makan minum jika lapar dan haus. kalau dah bawa bekal sendiri, bolehlah lepak dimana-mana. lagi elok kalau bawa tikar. jika nak berkelah sekali.
  3. cuaca agak panas terik walaupun seawal 10 pagi, apatah lagi kalau dah tengah hari, disarankan bawa payung seorang satu, atau pakai topi dan sunglasses. bawa juga bekal air mineral. sebab show ni berjam-jam jugak. kalau nak tengok puas-puas, selesakan diri dengan membawa keperluan tersebut.
  4. pengunjung boleh solat Zuhur/Asar di Masjid Balai Polis berhadapan padang terdekat kawasan airport. boleh juga menggunakan toilet di masjid, tapi pastikan mendapat kebenaran polis yang menjaga gate balai polis tersebut.




ini adalah kawasan tempat kami parking dan tengok show. 


kami sarapan di area gerai lori 'Laksa Ikan Sekoq'. sini sangat redup dan berangin sebab terlindung pokok. meja dan kerusi disediakan. laksa sangat sedap. memang taste aku. kuah pekat dan tak pedas, kalau nak pedas boleh request extra cili potong. selain laksa, ada juga makanan lain seperti pasembor dan rojak mee. 


kami pergi masa hari pertama LIMA'15. Oleh sebab kami nak balik hari itu jugak, so tak berkesempatan nak tengok show maritim. untuk pengetahuan, terdapat pameran dan banyak lagi aktiviti lain di dalam kawasan airport, tapi tak semudahnya boleh masuk ke dalam, mungkin ada dikenakan bayaran dan sebagainya. untuk show aerospace ni memang dari jauh pun boleh nampak. Alhamdulillah seronok. tak sangka dapat jugak berkunjung ke LIMA'15. Sebelum ni tengok dalam tv je.


Untuk itu. sekian saja entry kali ini. semoga bermanfaat.

Wednesday, March 11, 2015

20 bulan bersama.



diam tak diam, hampir 20 bulan dah kita bersama. masa mula-mula kita berkenalan, aku masih tak dapat membiasakan diri. berbulan-bulan jugak ambik masa nak biasakan diri. tapi kau masih ada disisi dan diperlukan oleh kami, wahai Si Putih yang banyak berjasa.

kali pertama kita bersama adalah 20 bulan yang lalu. kalau ikut bulan, masa tu aku masih lagi di usia 25 tahun. jadi impian nak berkereta di usia 25 tahun Alhamdulillah tercapai. walaupun masa itu aku tak tau macam mana nak bawak kereta. tapi kalau tak ada kereta sendiri, macam mana nak biasakan bawak. so I dun care. Hahaha.

walaupun aku bukan owner pertama, mungkin owner ketiga. tapi aku macam memiliki kereta yang baru. tidak banyak ragam dan mampu pergi sehingga 140 km/j di atas highway tanpa masalah. yang pasti bukan aku lah tu yang drive selaju itu. itu dah tentu nya mr.kesayangan lah. beliau itu memang super power kalau memandu. ini baru kereta 2nd hand, kalau beli kereta baru seperti Honda HR-V, bagaimanalah agaknya tak dapat aku bayangkan.

walaupun dilahirkan pada tahun 2007, tapi Si Putih masih gagah. malah pernah 2 kali ia sampai ke Tanah Merah Kelantan. semoga jodoh kita terus berpanjangan walaupun suatu hari nanti kau akan dimadukan. usah risau kerana kau tetap menjadi favourite kami berdua sepanjang masa. 

kepada mr.kesayangan, terima kasih kerana menjadi cikgu memandu yang comel tetapi garang. terima kasih kerana bersabar dengan anak murid yang tak boleh dimarahi. asal kena marah terus taknak drive. terima kasih kerana selalu tolong cuci kereta, lap kereta, and hantar ia pergi check up bila tiba masanya. you two. I sayang sangat selalu dan tidak akan jemu.








Sunday, March 8, 2015

Nasi Goreng Special

Assalamualaikum. Hai readers. hai kawan-kawan. selamat berhujung minggu. hari ni kita update pasal story masak-masak di dapur. kali ini menu nasi goreng. nasi goreng memang menu terpaling simple and boleh di makan bila-bila masa tak kisahlah sarapan, lunch or dinner. sebenarnya memang nasi goreng lah benda paling kerap di makan tapi kadang sebab bosan kan takkan nak goreng nasi je so sometimes buatlah lauk sampingan untuk dimakan dengan nasi goreng.




waktu ni yang ada kat dapur cuma kentang, ikan bilis, bawang, and cili api. so terhasil idea nak masak tumis goreng bahan-bahan tersebut tapi make sure kentang dan ikan bilis tu digoreng terlebih dahulu. barulah kemudian menumis bawang and masukkan balik kentang dan ikan bilis yang dah digoreng. kalau nak pedas tambah cili padi. ini memang kegemaran. tak ada ayam pun tak apa. tak kisah tetap berselera. over tak siap hias sikit nasi goreng tu nak bagi nampak menarik padahal nak makan sendiri je. haha.




yang ini pulak nasik goreng udang. masak time my sister datang Putrajaya. kalau nak tau kat rumah aku tak ada pun lesung batu, so bahan nak tumis buat nasik goreng tu aku blend je pakai blender kecik untuk bahan kering. lagi senang tak payah susah-susah. telur tu jadi sebelah sebab share belah dua dengan adik. udang tu macam biasalah kita goreng dulu then baru masukkan dalam nasik goreng. Alhamdulillah mengenyangkan perut. tak payah pergi kedai membeli. lagipun memang nak ubah lifestyle nak jimat cermat demi masa depan yang lebih gemilang. Cewah. 

untuk itu, sekian saja update kali ini. Bai.



Tuesday, March 3, 2015

Menu Nasik Impit


Assalamualaikum. Hai readers. Percaya tak yang kita dah memasuki bulan March dan kurang 10 bulan lagi nak berakhir 2015. How time flies? bukankah terlalu pantas kan. 

Ok. entry kali ini nak kongsi hasil masakan orang bujang. Last Sunday my sister yang kursus kat Kelana Jaya datang Putrajaya. so aku excited nak masak lah untuk beliau. masak nasik macam biasa tapi tetiba nasik yang ku masak lembik. terlebih air. fikir punya fikir nak buat macam mana dengan nasik lembik ni. last-last terfikir yang kita boleh buat nasik impit dengan nasik lembik. terus cari bekas aluminium then letak nasik lembik and padatkan dengan sudu. tekan-tekan lah nasik tu and biarkan dia sejuk.



biarkan je dalam 2 jam. dalam masa dua jam menunggu tu bolehlah masak sup ayam. takkan nak makan nasik impit macam tu je kan. 



after sejuk. nasik tadi bolehlah dipotong-potong.



sup ayam pun dah masak, so terhasil lah soto ayam. sup ayam bolehlah letak kentang. kalau nak pedas letaklah cili padi sikit. sebenarnya saja letak cili padi sebab malas dah nak buat sambal kicap. so biar dia pedas sebab aku memang suka pedas.



sebab sup ayam masih ada. bila nasik impit dah habis, bolehlah celur bihun dengan air panas dan terhasil lah bihun sup. jadi idea nasik impit tadi telah menghasilkan dua menu yang cukup untuk dimakan dari pagi sehingga malam. Alhamdulillah tak payah makan kat luar. puas hati walaupun masak simple je. 

sejak my love berpindah tempat kerja dan tidak lagi bersamaku di Putrajaya, aku memang tak makan kat luar dah. masak je kat rumah, masak simple je. malas nak start kereta then pergi cari kedai sema-mata nak makan sorang-sorang. lagipun bila keluar pegi mana-mana aku macam ada drama sikit rasa macam sebak je bila drive tu kan. no jalan-jalan. selesai urusan terus balik rumah stay at home. Its okay I believe cinta jarak jauh ini ada hikmahnya untuk kami berdua. cuma kena biasakan diri je. sekian untuk entry kali ini. jumpa lagi.