Posts

Showing posts from December, 2012

Ujian Melalui Insan Sekeliling

Allah takdirkan sesuatu berlaku, tak pernah sia-sia, pasti ada sebab atau hikmah tertentu, Allah datangkan ujian kadangkala melalui insan-insan disekeliling kita, bila ada orang sakiti kita, memang kita nampak ianya adalah dari manusia, tapi hakikat sebenarnya manusia hanya perantara sahaja, mungkin kita sendiri sebenarnya ada silap dimana-mana, mungkin silap yang 5 tahun lepas misalnya, Allah balas balik dengan diujinya kita dengan masalah yang datang dari orang lain pada saat sekarang. Allah Maha Adil. Allah Maha Bijaksana.  sebab itu, jangan sesekali kita sombong, selalulah pupuk rasa rendah diri dan berserah kepada Allah, kita hanya hambaNya yang lemah. jangan rasa diri kita dah cukup baik, kita selalu buat silap sama ada silap dengan Allah, atau juga silap dengan makhlukNya. kita sentiasa perlukan Allah. dalam tidur dan jaga, mohon Allah kuatkan iman agar kita selalu redha atas setiap ujian. 

Penulis dan Farid Kamil

Image
Hi readers. dah lama sangat tak update blog. November langsung tak sempat update tup tup dah masuk bulan Disember. Its okay lah. entry ni cuma nak cerita sket yang penulis masih lagi stay di Putrajaya. rezeki masih disini. and. tentang gambar. diambil hari Jumaat baru-baru lepas. i follow fanpage Lagenda Budak Setan and dapat tahu FK turun GSC Alamanda untuk promo LBS2.  so aku yang sepatutnya bekerja at that night secara senyap telah curi keluar untuk jumpa pelakon pujaan. sebelum pergi GSC. I pergi Watson dulu touch up muka. nak nampak menarik kononnya. masa queue up pun aku potong line sebab nak cepat. ingatnya nak ambil gambar berdiri tapi tak boleh so dapat bergambar macam tu pun jadilah, serius FK ni senyap ja. aku cakap itu ini dia cuma balas dengan senyuman ja. mahal betul suara dia.  btw. Thanks Farid Kamil sebab sudi balas tweet dan bergambar dengan patik yang comot ni. n kredit kepada staf GSC Alamanda yang tolong ai snap this picture, snap sekali je you. aku