Saturday, June 30, 2012

Herbalife & Me


macam mana nak bancuh shake Herbalife supaya sedap sangat-sangat?.. mudah saja. jadikan ia ice blended. tak kisah nak guna air biasa atau susu rendah lemak atau pun susu soya. tapi hasil dia memang sedap gila. kalah ice blended dekat starbucks. hehe
bila dah di blend dgn ais kiub. mmg wow sangat tengok je cawan ni terus cant wait untuk habiskan dia. sedapnya... why herbalife? * sebab saya sayangkan tubuh badan saya yang Allah pinjamkan untuk sementara. tubuh badan yang sihat akan mudahkan kita untuk buat macam-macam kerja. bila kita sakit yang macam-macam, duit berjuta pun tak boleh beli kesihatan. tapi masa tengah sihat. kesihatan kita ni boleh dipelihara dengan pelaburan yang sedikit. saya pilih Herbalife untuk kesihatan saya. anda bagaimana?

Diet Bukan Hanya Untuk XXL.







for me, diet maksudnya usaha untuk jaga kesihatan tubuh badan melalui pemakanan. kita adalah apa yang kita makan. diet sebenarnya bukan hanya untuk si gemuk yang nak kurus. sebab ada orang yang kurus tapi tubuh dia dalaman tak sihat pun. bezanya mereka makan macam-macam tapi tak jadi gemuk. bila buat body scan. lemak dalam badan tinggi juga. lain pula bagi sesetengah orang yang bila makan over sikit terus badan pun naik. aku sendiri tak pernah ada sejarah gemuk pun in my life. tapi cuma pernah terlebih berat beberapa kilogram. tinggi 153cm. berat yang sesuai adalah 50-51kg.. tapi ada time, pernah capai berat 55kg.

yes! sebab aku suka makan. try tanya mr.teddy aku makan macam mana. lagi banyak dari dia. tapi dalam pada suka makan tu, aku tetap concern pasal ideal weight sebab aku ni belum kawen lagi. bayangkan kalau dah kawen, beranak. ntah ke berat jadi 60-70kg. serius aku tak dapat bayangkan itu. aku nak cegah benda tu awal-awal lagi. biasalah perempuan mesti kena concern tentang ni semua. *jangan bagi peluang untuk suami cari lain. kahkahkah. macam mr.teddy pun, walaupun dia saiz xxl ( dia tengah consume Herbalife, coaching by his gf *me ), dia tak suka perempuan xxl. dia nak aku slim-slim even lepas kawen dan beranak.

ok. kemain dah plan kawen-kawen. tettt! masa mula-mula kenal mr.teddy. tiap malam aku asyik ajak dia makan-makan-makan. aku memang pemakan yang gembira. duit pun mengalir laju je. biasalah makan berdua paling murah pun RM15! paling mahal? RM40! n mungkin lebih lagi, tapi sejak ambik Herbalife. kami sama-sama dah tak beli makan kat kedai sebab makan malam kami digantikan dengan shake Herbalife. so cuma beli makan lunch sahaja. duit poket dia pun boleh jimat 40% dari biasa. *sebab dia je yang selalu belanja makan. harga shake Herbalife sebenarnya jauh lebih murah dari order makan kat kedai. tak percaya? email me nursarahputeri@gmail.com or contact me 0177137389!.. NOW!

Tuesday, June 26, 2012

kenapa diet sering gagal? #1

Ramai di kalangan kita yang ada usaha untuk diet, ada usaha untuk kurangkan makan, malah ada yang sehingga ikat perut untuk slim, tapi dalam kebanyakkan kes. diet sedemikian tetap tidak berhasil. malah ada yang sampai dapat sakit pulak. badan jadi lemah, selalu sakit perut, gastrik dan kurang zat dalam tubuh. tadi lunch hour, ada seorang kakak ni badan dia besar. so aku expect dia akan makan banyak. pinggan penuh. but guest what?.. masa beratur kat cashier. aku tengok pinggan dia cuma ada sayuran dan daging goreng. TIADA NASI.

tiba- tiba teringatkan pengalaman aku sendiri tahun lepas. macam itulah aku try diet. ambik lauk sahaja tanpa nasik. sebulan kot tak makan nasik. tapi hasilnya.. memang berat turun 1-2kg. tapi tubuh jadi lemah. metabolisma badan jadi rendah. cepat penat sebab asyik tahan lapar. sistem tubuh jadi tak stabil. seksa sebenarnya. tapi usaha nak diet tak stop kat situ. aku try jugak cari solution lain. sebab at that time memang rasa dah gemuk. sehinggalah one day terbuka pintu hati nak try Herbalife.

sangat ramai yang cakap benda ni boleh turunkan berat badan. so why not aku cuba. mana tau it works? dan sememangnya fikiran skeptikal orang biasa akan cakap Herbalife ni mahal. yes! tapi kalau di kira-kira nak bandingkan bila makan kat kedai. sumpah makan kat kedai lagi mahal. sepinggan lunch biasanya 5-6ringgit. air paling murah pun seringgit. kalau makan Herbalife. sekali shake lebih kurang 5.50sen. haa. bezanya kita tak bayar makan lunch/dinner tu lumpsum sebulan.

actually kalau nak dikirakan kos makan sebulan. pun 300-400 jugak kan. padahal makan yang entah apa-apa. nasik lemak, roti canai, aneka gulai. kuih muih manis-manis. itu belum masuk fast food. kepsi mekdi pizza bagai. memang sangat sedap kat tekak tapi langsung tak menyihatkan badan. tinggi kalori and lifestyle kita normally mmg tak boleh burn semua kalori yang kita ambik. consume Herbalife adalah pilihan yang sangat tepat terutama untuk kesihatan diri. ambik progrm sebulan with Herbalife sure akan jatuh cinta. email me nursarahputeri@gmail.com jika anda berminat untuk pilih hidup yang lebih baik, lebih sihat.

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday

Sofea, her parents were waiting about 5 years for Sofea, their 1st child.

Tuesday, June 12, 2012

usah pertikai.


kadangkala hairan dengan pemikiran manusia yang bukan lagi tahap cetek, tapi akalnya tandus. kalau tahap cetek tu kira ada la jugak takungan air boleh bagi sang burung yang kehausan singgah minum. tapi kalau tandus. sudahlah kontang tiada air, ditabur benih emas sekalipun sudah tentu sia-sia. begitulah diibaratkan.

banyak orang. suka pertikai benda yang dia bodoh tentangnya. bukan bodoh tidak boleh diajar. masalahnya sekalipun diajar, dia tetap mahu bodoh juga. 

'Membazir Amalan Syaitan'.

bila ada no plat kereta dibida hingga setengah juta. keluar lah ayat 'membazir amalan syaitan'. tapi tahukah anda. perkara pembaziran yang paling dibenci Allah dan Rasulullah adalah apabila kamu makan, kamu tidak habiskan makanan di pinggan kamu. 

perkara yang kecil-kecil memang kita tak nampak. kita cuma akan nampak perkara yang besar-besar, seperti hal duit RM520,000. memang besar lah dimata kita yang baki akaun bank bulan-bulan kurang dari RM520. yang hairannya. sekalipun sedar dalam akaun cuma ada ringgit malaysia lima ratus, tetap jugak beli beg tangan harga dua ratus

habis kau ingat, orang yang beli no plate setengah juta tu, dalam bank dia cuma ada sejuta RM?.. jangan bengap sangat. 

If you guys have RM1000 in your bank account, spending RM50 for a pair of shoes would you call it a waste?

same goes to people who are rich. if they have multi million RM in their account, why bother if they spend half of million once in a decade on what they like. 

Alaaa. 500ribu lebih baik buat jariah. ramai lagi yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

well, bila kat bahu orang lain pandai sebut jariah, padahal kalau kat dompet sendiri ada rm100, nak derma seringgit pun kedekut.

jangan sewenangnya pertikai harta orang yg kaya raya. mereka mungkin berzakat dan bayar cukai hgga jutaan ringgit. kamu yg mengata tu?. zero!


tak salah pun tak jadi orang kaya, tapi orang yang kaya pun tak salah kalau mereka itu kaya. apatah lagi jika mereka dilahirkan dalam keturunan yang dah ratusan tahun kaya raya. kalau ratusan tahun dulu kekayaan raja-raja mungkin dari hasil dalam negara, tapi zaman dah berubah, sekarang kita dizaman semua orang mahukan kebebasan kewangan. orang tak simpan duit dalam peti besi dah. sekarang kita dizaman kalau ada peluang je, sambar, ada modal sikit sekalipun, pilih bisnes, ada modal tak berapa ribu pun,  invest. so, usah pertikailah kalau mereka yang ada modal jejuta, nak dapat balik setengah juta macam petik jari je. 





Saturday, June 9, 2012

I met his mother.


Salam Rejab. Selamat datang Jun. hari ni dah 9 Jun. time is running fast. pejam celik je. kan?. cuti sekolah dah nak habis. sebut pasal cuti sekolah. musim kenduri kendara sangat rancak setiap kali cuti sekolah. I am happy tengok update rakan-rakan sekolah mahupun ipt yang dah selamat mendirikan rumahtangga. Congratulations to all of you guys. maaf sebab tak dapat nak datang. 




ini, Ahad lepas. kami menemani emak mr.teddy ke Jalan TAR. this time. both of us poket kering gila. so. only his mom did shopping. dan ini adalah pertama kali bertemu mama beliau. kelihatannya, mama dia okay-okay sahaja. macam sporting sama macam emak saya. tapi my mom jauh lebih sporting agaknya. ya. i know my mom very well. 




ini gambar curi. mama mr.teddy sembang kencang pasal harga kain. macam beliau nak bisnes. but Im not so sure. dah nak puasa ni sempat lagi ke nak bisnes kain?.. 




2 jenis kain yang sedang HOT di Jalan TAR. iaitu kain Ombak Rindu dan Sutera Digital. tell me apa yang digital nak dikaitkan dengan kain pasang?.. Oho. Kain nama Blackberry pun ada. sungguh canggih.




lepas pulang dari Jalan TAR. melawat adik mr.teddy yang bekerja sebagai supervisor di al-Ikhsan. nanti aku nak beli sport shoes kat cni harapnya boleh diskaun lebih sikit. kahkah.




yang ini. Monday 4 Jun. time tengah hari pergi ushar handphone paling latest Samsung Galaxy S3. retail price RM2499. lebih nipis, ringan. tapi sumpah aku tak mampu nak beli cash. 2.5k dah boleh buat beli 7 hantaran tunang. Muahaha!

baiklah. sekian sahaja entry kali ini. jumpa lagi next entry minggu hadapan. :p