Friday, November 25, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran.


Happy Birthday to me.

Happy Birthday to me.

Happy Birthday to me myself.

Happy Birthday to me.


-yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti-

peluang yang pernah terlepas, kita tak dapat undur semula, tapi Allah sentiasa beri kita peluang yang lainnya. kita sentiasa punya pilihan. 

terima kasih hidup. kerana banyak memberi pengajaran kepada diri. terima kasih ibu bapa dan keluarga kerana tiap saat tetap disisi, terima kasih teman, atas episod datang dan pergi. akan datang, terima kasih untuk episod-episod baru kehidupan.



#Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada diri sendiri. #Salam MaalHijrah 1433 kepada semua.


-Love:- Sara-

Wednesday, November 16, 2011

Badai Facebook.

Hi readers,

bukan teater Badai Semalam. tapi memang boleh kira badai semalam jugak lah sebab memang semalam lah Facebook mula dilanda badai. HAHA paham ke badai apa yang dimaksudkan?

hairan macam mana news feed Facebook aku pun boleh dijangkiti. agaknya dalam friendlist Facebook, memang ada senarai yang suka mencemar. nampak nya kena buat sesi 'pembersihan' berkali-kali lagi. 

actually semalam, masa Home Facebook terselit gambar yang buat sakit mata tu, aku pun try la view kejap album dari mana foto tu datang, yang tajuk dia 'bohsia murahan' apa ke benda ntah. and aku rasa owner album tersebut bukanlah perempuan, mungkin lelaki gila kot. sebab banyak sangat gambar perempuan yang berbeza-beza. yang free hair and yang pakai litup berbaju kurung yang sopan yang tak sopan semua pun ada. actually a lot of photos yang mungkin gambar dalam tu terdiri daripada gambar rakan Facebook anda tapi di download dan upload semula dalam album tersebut. and komen-komen di setiap foto banyak berunsur negatif. they were talking about size and dot.dot.dot. pfft!

kebanyakan gambar adalah jenis yang camwhore (jenis ambik gambar sendiri) yang di upload dalam album tu. memang unsur eksploitasi dalam Facebook semakin-makin memburuk. bukan gambar artis je kena eksploitasi tapi gambar sesiapa sahaja. SESIAPA. pun sengaja diletakkan dalam album yang tajuk album adalah Bohsia Murahan. WTH.

jadi ada baiknya aktiviti meng'upload' foto ke jaringan sosial perlu dikurangkan. sebab sedang anda suka-suka mengupload foto baru anda setiap hari, ada  dikalangan kita yang psiko tak ada life tak ada kerja pergi create page-page yang ada album letak tajuk lucah sikit and terselit jugak foto-foto lain, dicampur adukkan foto yang O.K dengan yang K.O dalam satu album. even gambar yang di upload ada watermark ke apa. they can edit, they can crop. tetap juga masih berisiko. 

tapi kalau masih anggap, Facebook aku suka hati aku. maka. tak dapatlah den nak nolong nyeww. yaw!


Sekian. Tata.

Monday, November 14, 2011

Hi November and....

Salam readers.

Wah, sekejap je dah melepasi setengah bulan dari November 2011, another one and a half month je nak melangkah ke 2012. 

Hari ni 14 Nov. Good Luck kepada semua calon SPM 2011. Semoga adik-adik (termasuk adik penulis) dapat menjawab peperiksaan dengan baik. diberi kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan. study smart. tidur awal, banyak kan berdoa and serahkan segala usaha selama ini kepada Allah Taala. 

and dah nak start cuti sekolah, ramailah yang kawen. berbahagialah anda semua yang nak melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah. Tahniah. Tahniah. tapi kawen bukanlah semestinya kemuncak kebahagiaan. ingat. BAHAGIA haruslah tanpa SYARAT. yang belum kawen pun anda sebenarnya boleh berbahagia. bahagia adalah anugerah Allah untuk semua.

untuk yang melangkah ke alam baru. tahniah kerana anda selangkah ke 'medium menggandakan ibadah'. dengan menjadi suami/isteri setiap amal ibadah yang dilakukan dengan ikhlas akan digandakan pahala. Maha Pemurah Allah swt. so para suami dan isteri sekalian. rebutlah peluang yang datang.


Selamat Menjalani Peperiksaan, dan Selamat Melangkah ke Alam Perkahwinan kepada yang berkenaan. =)


Sekian, Salam sayang dari penulis.