Monday, October 31, 2011

bye bye trouble October.

Assalamualaikum.

Hi readers dan sayang-sayang semua. 

Maaf, penulis taktau adakah blog ini akan terbiar sahaja begini dengan update seminggu sekali. apapun. thanks kepada yang masih sudi singgah ke blog yang bukan apa-apa ni. Thanks kerana sudi. 

Banyak yang berlaku. tapi tak tercerita. tapi Oktober ini berlalu dengan banyak kepahitan yang harus aku tempuhi. Hari ini Oktober terakhir di tahun 2011. Welcome November bulan kelahiranku, and welcome Zulhijjah. antara bulan yang mulia dalam kalendar Islam. bulan pengorbanan. mengingati kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

#Tazkirah :- 1-9 Zulhijjah disunatkan berpuasa.

p/s:- agaknya dalam hidup yang singkat ini, pengorbanan apa yang dapat kita lakukan, demi meraih redha Allah s.w.t?


Tuesday, October 25, 2011

dan Demi Aku..

untuk yang entah berapa kalinya. tekad dibulatkan. semoga kali ini. tiada lagi kecundang. cukup kali ini saja, pecahnya empangan airmata. aku sebenarnya letih mengorbankan perasaan. kerana selalu pada akhirnya. pengorbanan adalah sia-sia. kesal aku menaruh harapan tinggi ke langit, sedangkan aku tahu, sandaran pada manusia tidak akan kemana-mana. aku ibarat terhantuk di palang besi. tersedar dan mendapat pengajaran, bahwa sandaran pada Allah. mengatasi segala-galanya.

---------------------------------

dua hari lepas adalah hari bertemu teman lama, teman sekampus. sejak zaman asasi hingga ke universiti. rupanya sudah lebih 6 tahun juga tempoh sejak kenal. perkenalan sejak kali pertama menjejak zaman asasi. pernah sebilik, pernah solat raya haji bersama, pernah bergaduh, pernah masam muka. pernah salah faham. senang cakap. jatuh bangun masam manis masin semua ada. tapi InsyaAllah. busuk hati tak pernah ada. terima kasih teman kerana membantu memudahkan semuanya. Allah jua yang Maha Kaya untuk membalas segala kebaikan jiwa manusia.

----------------------------------

and what next, what you expect?..


-
-
-
-
-


He said, Its over. and only Allah knows best. 



Tuesday, October 18, 2011

8 hari berlalu..


Salam sejahtera, Hi readers.

Apa khabar semua?.. lama tak jumpa kan.. *ceh macamlah pernah jumpa. 

Ok. janggal nak menaip post ini sebab dah lama rasanya meninggalkan blog. dah 8 hari.. padahal penulis bukannya sibuk sangat pun. bukan ada suami, bukan ada anak-anak jugak. :p

sebenarnya aku tengah praktis untuk tidak menjadikan internet sebagai agenda utama sehari-harian. internet memang keperluan. tapi setakat keperluan 2-3jam menghadap satu hari pun dah cukup. cek email penting. bersosial sikit-sikit. google benda-benda yang boleh gain knowledge. itu saja. kalau sampai kau kena nak hadap internet 24/7, makan hadap tenet, tengok tv ngadap tenet, drive ngadap tenet. kau sebenarnya dah jadi hamba internet. nanti kat akhirat Allah tanya, mana dia amal ibadah yang nak dipersembahkan padaNya, takkan kau nak jawab. "internet adalah ibadah saya..".

menghadap internet kalau kita boleh tambah pahala, sebar dakwah. Alhamdulillah. tapi kalau cuma buat benda lagha semata-mata. esok lusa mati, amal sikit. yang banyaknya membuang waktu menghadap internet. lu fikirlah sendiri.  untuk yang 'cari makan' dengan internet. pastikan yang halal. jangan kaut income dengan cerita fitnah. nanti dapat saham dosa. tanggung sendiri. #nasihat kepada diri sendiri jugak. 

sebenarnya penulis belum ada mood yang baik untuk menulis ataupun bercerita panjang. tapi cukuplah dengan short update kali ini. buat syarat jelah ye.


sekian dulu. Bye.

Monday, October 10, 2011

Happy Monday


Assalamualaikum.

Hi readers. Pagi Isnin ni, penulis tidak ada mood monday blues. sorry, blues-blues aku tak main ah. ini hari Isnin yang penuh semangat untuk berjuang. Hahaha. 

today, aku ada urusan penting. jadi semangat untuk melepasi cabaran hari ini adalah berkobar-kobar dan tak sabar-sabar. jadi sebelum Subuh lagi aku dah bangun. ambik berkat bangun pagi-pagi mandi di Subuh hari. sambil laundry baju. *tenkiu washing machine.

*jarang mandi Subuh sebab aku masuk kerja pukul 10 pagi. Muehehe. *tasuke masuk kerja pukul 8 sebab tasuke bersesak dengan orang ramai. pepagi dah stress sebab crowded ai dun like.

Sabtu dan Ahad lepas, ada story yang aku nak share. story B.E.N.G.A.N.G. siapa follow Twitter aku tau la kenapa aku hangin Sabtu lepas. well. aku dah lama tak hangin sebenarnya tau. angin aku selalunya elok je sesepoi bahasa. tak percaya tanya my housemate, ai tak penah hempas pintu der. tapi feeling macam nak curah lime juice kat muka orang ada pernah. feeling je la. tak buat pun. tapi........ better jangan cabar.

so story BENGANG tu aku akan ceritakan malam ni InsyaAllah. 

untuk urusan ku hari ini, doakan cemerlang!.. Amin.



Friday, October 7, 2011

kenapa ingatan diciptakan?


*supaya kau seperti selalu ada, disaat kau tiada.


ok. mood jiwang ke?.. hell. No!

ok. esok adalah hari cuti. belum tahu lagi nak kemana. harap boleh jumpa kawan lama. kalau terperap dirumah boleh menyebabkan ingatan melayang-layang. lalu merudumkan emosi. 

aku mahukan environment yang boleh menjana minda kreatif. contohnya. berjalan-jalan. *melancong kalau ada duit. tapi duit belum ada. so. jalan-jalan berharap kome belanja. boleh?

ok. sebenarnya aku malas nak update blog. tapi update jugak sebab hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran adik perempuan aku yang merupakan anak ke-5 dalam keluarga. Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayang. all The Best untuk ur SPM yang tidak lama saja lagi.




Selamat Hari Lahir yang ke -17. Semoga kamu berjaya dalam kehidupan, di dunia dan akhirat. Amin.



p/s:- ok, entry habis. 

Wednesday, October 5, 2011

siapa tahu akan rezeki hari esok?

Hi readers,

"Kita Merancang, Allah juga Merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang."


hari ini aku berkesempatan bersembang sikit dengan seorang fotografer atas dasar kerja. aku macam selalunya. suka bertanya. well, sikap suka bertanya bukan bererti suka menyibuk, bab bertanya ni, tanyalah sekadar yang tak sampai tahap menyibuk. maksudnya. bukan tahap soalan peribadi. be profesional. sebab apa yang kau tanya, akan menunjukkan kat mana kau letak otak kau.

ok. apa yang kami bualkan? let see.


Aku:- berapa umur you?

Mr.F:- tahun ni 28..

Aku:- Owh. dah lama ke jadi fotografer?

Mr.F:- Seriously, start buat photoshoot, dalam setahun. tapi pegang kamera, main-main shoot sesaja, dalam 3 tahun.

Aku:- Oh. jadi now you are fulltime photographer?

Mr.F:- InsyaAllah lepas habis study bulan 11 ni, akan buat fulltime.

Aku:- you tengah study? study apa?

Mr.F:- Architechture. I buat degree. 3 tahun. 

Aku:- before ni u kerja arkitek la ek? then macam mana boleh nak tukar profesion, jadi fotografer plak.

Mr.F:- Haah. dulu kerja arkitek, pakai diploma je. then sambung la degree ni. masa tu tak expose dengan dunia fotografi. actually. fotografi ni, ermm. I baru discover la senang kata.

 Aku:- so dah habis blaja degree ni, you tak ada plan nak jadi arkitek?

Mr.F:- nope. tanak. I memang nak serius dalam fotografi. I mean, buat freelance. I tak suka kerja under orang. kerja arkitek ni stress. and kalau kita jadi arkitek tahap kuli. takkan boleh kaya.

Aku:- Oh. yeke. bukan semua kuli tak boleh kaya ke?

Mr.F:- tak jugak, kalau engineer, even makan gaji, income masyuk jugak.

Aku:- Owhhh. habis kerja fotografer kaya ke?

Mr.F:- actually, bukan target nak kaya. tapi nak bebas. tanak kerja dengan orang. and. tanak stress. Huhu.



itu antara isi perbualan. then now aku nak you all nilaikan sesuatu. bahwa hidup ni, unpredictable kan?. 3 tahun lepas kau punya perancangan yang lain. tapi sekarang Allah aturkan sesuatu yang lain pula? 

masa mula-mula ambik course tertentu kat Universiti. memang kononnya after habis belajar nak cari kerja bidang yang ada kaitan dengan pelajaran. tapi end up. kau discover bakat lain dalam diri. walaupun bakat tu tak ada sebarang sijil kelayakan. tapi bakat tu 'ada market'. and kau boleh buat duit. 

kepada pembaca yang mungkin lingkungan umur 30 ke atas. mungkin you all 'selalu' jumpa dengan situasi macam ni. jumpa balik kawan lama, yang dulu belajar course lain, tapi now sukses dalam bidang lain. you can see. bahwa rezeki hari esok tak siapa pun tahu. sebab kalau Allah kata, 'jadi'.. maka 'jadilah'. 

so readers, tak kira yang masih belajar, yang dah kawen, yang dah jadi parents. jangan bimbang bila mana setelah berusaha, anda atau anak-anak anda mungkin tak dapat jadi seperti mana yang anda mahukan. kerana mungkin Allah telah aturkan sesuatu yang lebih baik yang kita tidak tahu.


p/s:- selalulah fikir yang baik-baik. yang positif.


Monday, October 3, 2011

Happiness is a Choice


Hi readers.

Alhamdulillah. Penulis sudah pulih. Eh. bilakah penulis tidak sihat?.. Hikhikhik.

orang cakap sakit fizikal okey lagi, mudah diubati, dan sakit emosi adalah lebih parah, kerana sukar diubat. apapun. bab sakit ni jangan kita mintak-mintak. sebab kalau dimintak, ia datang. kita sihat fizikal. syukur. kita sihat mental. syukur. tang emosi?.. sendiri kawal. orang putih cakap, happiness is a choice.


No matter how hard things may seem, there is always something good coming around the corner.

macam mana nak rasa happy?. 

kita akan happy bila kita merasa cukup dengan nikmat Allah sekalipun sedang diuji dengan dugaan, kerana nikmat Allah yang lainnya masih segunung kita kecapi, maka bersyukurlah jika hari ini anda masih punya kesihatan yang baik, makan yang masih cukup zat. tidur yang masih beralas bantal, minum yang masih air bersih, dan.... siap boleh online lagi tu haaa sambil ada masa baca blog ni. maknanya anda semua masih berasa selesa dengan kehidupan masing-masing. syukur Alhamdulillah.

p/s:- hidup memang banyak yang pahit. tapi marilah kita pilih yang manis-manis. kawan yang manis. pembaca yang manis. Hehehe.

Saturday, October 1, 2011

selaut kasih buat dua jiwa..



Demi dua jiwa yang selamanya membentangkan kasih yang seluas lautan, juga cinta yang setinggi gunung.

Menjunjung kasih ibu, ibu, ibu dan ayah.


Semoga hidup seorang anak akan sentiasa dirahmati Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin.