Friday, September 30, 2011

why I read them.







p/s: 1) dare to find out their similarity?... becoz the answer is also a clue.
2) drop ur comment, what clue Im talking about.. 
3) hey. this is serious game..



Saturday, September 24, 2011

review Samsung Galaxy Tab 10.1:- berbaloi atau tidak?

Hi readers.

seperti yang dijanjikan semalam. penulis nak buat sedikit review pasal Samsung Galaxy Tab 10.1.. tapi ini review bukan dari penggemar gajet atau iklan berbayar. aku buat review ni selepas beberapa hari try guna Samsung Galaxy Tab 10.1. so aku akan cerita sikit cool dan tak cool nya gajet ni. and siapa yang berbaloi milikinya. 

boleh tengok link ni untuk tengok iklan Samsung Galaxy Tab 10.1. iklan memang cool ah sebab Samsung kan berniaga. Hehehe. http://www.youtube.com/watch?v=x1X_q1DM8s8




soalan-soalan tentang Galaxy Tab 10.1:-


1) Tab ni boleh buat call ke?... ada fungsi handphone ke?

- tak boleh. dia tak ada fungsi phone macam Galaxy Tab pertama dulu. Tab kedua ni memang untuk internet surfing sahaja. yelah. kegunaan lain tu macam biasalah, boleh main games, boleh snap picture, boleh rakam video. boleh simpan beratus lagu, movie and so on. 

2) dengan Tab ni boleh layari internet bila-bila dimana-mana ke?

-dah tentu Tab ni tidak datang dengan internet free. boleh online free kalau anda berada di kawasan free wifi. tapi kalau tak ada free wifi, connect lah dengan internet berbayar seperti broadband. broadband apa-apapun boleh. just masukkan simcard data plan (internet) dalam Tab ni. and boleh lah online sampai lebam.

3) ok ke berblog/main facebook guna Tab ni?

-kalau you all suka menaip. suka berkicau di twitter, atau jenis update blog 10-15kali sehari. Tab ni tak sesuai untuk anda. sebab Tab ni bab menaip just macam handphone touchscreen yang lain. tapi saiz dia besar, so a bit difficult la. macam leceh. kalau i-phone or samsung galaxy S. memang touch jugak tapi ianya kecik and boleh letak elok kat tangan and taip laju-laju. so Tab ni macam ipad 2 jugak la. agak leceh. tapi praktis makes perfect kot. tapi aku bet kalau korang ada Tab n laptop. mesti akan update blog guna laptop gak. melainkan kalau jenis update blog 2-3 baris je satu entry. Tab ni memang sesuai ah untuk korang.

4) ok ke blogwalking guna Tab ni?

hah. siap ada soalan pasal blogwalking kemain. ok. bila guna Tab ni. aku rasa Tab ni sangat sesuai untuk yang gemar membaca blog or bacaan apapun dari internet. kalau gemar peruntukkan masa membaca. Tab ni memang best. boleh leka membaca macam baca sebijik novel. baca dimana-mana. and membaca sambil swipe-swipe guna jari tu yang nampak cool tu. nak besarkan nak kecikkan skrin. ikut keperluan mata. Muahaha!

semalam banyak gak blog yang aku baca melalui Tab ni. tapi aku tak leave komen. sebab macam aku cakap. so leceh nak menaip. (bertatih lagi) maka terus malas nak leave komen. baca je. best ah membaca untuk siapa yang suka membaca. err, tapi kalau korang jenis datang blog orang cari shoutbox je. Tab ni memang tak sesuai untuk korang. LOL

5) games Tab ni best ke?.. sound best? kamera?

actually. aku bukan gamers. aku tak main games langsung. tapi Tab ni memang cool ah kalau buat main games. sound dia pun memuaskan hati. but for parents, takyah ah beli Tab ni semata-mata nak entertain anak untuk main games. membazir Oh.. kamera dia 3.0 Megapixel. not bad lah.

6) bateri Tab ni tahan ke?...

ok. macam mana korang guna Tab ni akan mempengaruhi jam ketahanan bateri. kalau guna internet/ games/ video memang makan bateri. tapi.. untuk 7-8 jam tu no hal la. tapi sebenarnya dia save bateri gak. sebab kalau korang tinggalkan dia untuk beberapa minit (tak sentuh skrin). dia akan hibernasi mode. 

7) aksesori apa yang ada?

well. selain 'book cover' case (RM219) sebenarnya ada gak aksesori keyboard untuk Galaxy Tab ni. keyboard dia harga RM299. (semua aksesori tidak datang percuma dengan Tab) tapi keyboard dia tak ada bateri. dan bila kau letak Tab ni atas keyboard. ianya tak boleh dicaj. sebab plug in charger Tab ni kat bahagian nak dirikan dia atas keyboard. so bab keyboard dia tak boleh mengalahkan laptop/netbook. muahaha. nama pun Tablet. kalau asyik ngan keyboard je baik takyah beli tablet. ada aksesori lain macam USB adapter (RM109). so bolehlah plug in pendrive bila perlu. ada gak aksesori lain tapi aku rasa tak penting pun. muehehe.

8) harga Tab ni berapa.. berapa?

original price RM1899.00 sahaja. tapi kalau pakej dengan Celcom boleh dapat dengan harga RM1728. I mean, pakej dengan internet broadband bulanan RM68 sahaja. maklumat lanjut bolehlah rujuk link ini http://www.celcom.com.my/smartphones/tablets.php#tablet3.


again. aku bukan promote (bukan iklan berbayar tak ada komisyen dari Celcom pun). , ini cuma penceritaan daripada apa yang aku dah try guna. ini bukan review detail blog gajet yang biasa. sebab kalau nak tau detail pasal Tab ni dah banyak pun orang buat review. korang boleh Google sendiri.

kesimpulannya, Galaxy Tab ni sesuai ah untuk yang nak berlagak cool dekat public. macam dalam iklan kat You Tube tu. boleh bawak kemana-mana. ringan, nipis. tapi untuk student. Galaxy Tab tak boleh gantikan laptop pun okeyh. dia tak ada Microsoft Office. bukan boleh buat assignment jugak. tapi macam aku cakap tadi. Galaxy Tab ni sangat sesuai untuk ulat buku (gemar membaca secara senyap). atau yang suka tonton movie/drama senyap-senyap sorang-sorang. Hehehe.

sekian saja review gajet kali ini. babai!


Friday, September 23, 2011

update guna Samsung galaxy tab 10.1

hi guys my readers yg comel,

ehemmm..jenuh aih nak taip kat skrin sentuh ni hah. den ni orang kampung jew..relax2..ni bukan tab ai okey. mana ai mampu nak beli tab ni sesaja..

tapi ini kita try guna..try je..try test..so esok lusa kalau rajin ai buat aa review gajet plak..haha.kemain skang.. tak main ah review filem je..ai generasi moden..

samsung tab ni cool..boleh aa nak pakai kalau rasa mampu n duit terlebih..tapi..tang tapi tu kita cerita kat review kelak.. actually aku dah try tab ni 2-3 hari gak..dah try guna internet..dah try ambik gambar, rakam video dan sebagainya..so jauh mana dia cool.. very2 soon ai story..ok..

oklah..itu saja sesi mengetest untuk entry ni..daaa..

Wednesday, September 21, 2011

What to Do If You Dont Like It

hi readers,


baiklah. kalau mereka yang mengenali aku di alam realiti. mesti tahu yang aku ni jenis 'muka sombong'. tapi bila dah kenal banyak je modal nak bercakap. aku mudah didekati. actually, Im quite flexible. and I can easily adapt to surrounding. be it good people, or bad one. younger or older than me, alim pakai purdah, or free hair rambut karat, I can talk to you nicely and I wont bother your background or your past life.

dalam berkawan, aku tak pilih kawan. kawan semua sama sahaja. dan aku selalunya akan 'layan' seorang kawan bagaimana dia adanya. prinsip sama kalau orang lain berkawan dengan aku, terima aku apa adanya. kalau aku rasa aku tak boleh nak get along. then aku blah jauh-jauh. aku takkan ambik port pasal orang yang aku tak boleh nak get along. and Im not that type yang tak suka, lepas tu pergi hasut orang lain supaya tak suka apa yang aku tak suka. come on. perangai macam itu budak tadika je layak buat. 

siapa pernah jadi kawan aku, mesti tahu yang aku tak pernah mempengaruhi orang lain dalam berkawan. (ini memang dari zaman sekolah punya perangai). bila somebody tak puas hati dengan aku, or buat taik dengan aku. aku tak pernah mintak kawan-kawan aku supaya simpati dekat aku, then mintak dia supaya benci somebody tersebut. prinsip aku mudah je, itu hal aku dengan dia. orang lain tak payah campur. sama jugak bila kawan aku ada masalah dengan someone and I know that person. aku takkan menyebelahi sesiapa, prinsip yang sama, itu hal engkau dengan dia. apa pula jadi urusan aku bukan?

well, the negative side of mine. hurmm. actually people use to judge it as bad character, walaupun bagi aku. Its not that bad lah. walaupun aku senang adapt dengan orang, tapi macam mana rapatnya aku dengan sesiapa pun. aku adalah seorang yang perahsia dan sukar berterus terang. senang cakap, orang sekeliling susah nak tahu sama ada aku okay ke, tak okay ke. aku suka ke, tak suka ke, aku tak pandai untuk ekspreskan perasaan. dan aku macam kalau boleh nak bagitau orang sekeliling aku supaya 'please dun bother me'. Im okay. Im fine. aku akan cakap kalau aku rasa nak cakap. aku akan bagitau bila aku rasa nak bagitau. but please dun force me. understand?

bila aku keep on silent, keep on freezing. ada orang anggap aku menyusahkan. I cant help. sebab kalau pun kau jenis bad temper, jenis mulut puaka, aku pun tak pernah terdetik nak suruh kau berubah. everytime bila aku tak selesa dengan sesiapa pun, aku akan usaha selesakan diri dengan cuba menjauh. so could you do me a favor?.. berhenti menganggap aku menyusahkan engkau. sebab aku sikit pun tak pernah suruh kau menyenangkan aku. 

well readers, fahamkan ini. 

kita tak boleh paksa orang untuk menyukai kita, untuk terima kita. kita selalu nak pertahankan diri bahwa kita adalah kita. tapi hairannya kenapa kita tak boleh nak biarkan orang lain jadi diri dia?. 


hidup ini semua dari kita diberi pilihan. pilihan untuk suka atau tak suka, dan juga pilihan untuk bertindak. 


bertindak bijak dengan menjauhkan diri dari apa yang bukan pilihan kita, atau bertindak bodoh untuk stay still and keep complaining about the things you dont like. and the funniest thing is. you keep following the things you hate the most. Are you stupid or what?

for example:- you hate ur ex-bf/gf but you stalk his/her FB and Twitter every single day.?


p/s:- pilihan di tangan anda. anda pilih, anda tentukan.

Sunday, September 18, 2011

Sabtu pesta makan, Ahad tersadai akibat perut meragam

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi semua. 

malam tadi kami (aku dan roomate) dah kembali ke rumah. meninggalkan acara open house @ pesta makan di Sg.Buloh. awalnya memang nak tidur sana jugak last nite. tapi aku and roomate tukar plan. nak balik jugak rumah kami walaupun rumah bukan ada apa-apa sangat. 

di Sg.Buloh semalam, perut berpesta makan. walaupun badan aku macam tak sihat sangat sebab selsema dan batuk, tapi sebab dah lama tak jumpa makanan best-best. semalam aku balun semua makanan. bercampur-campur menjadi satu adunan baru dalam perut.

pagi dalam jam 8 sarapan nasik himpit dengan sambal ikan bilis. sarapan pagi-pagi la sebab after that nak kemas-kemas sebab makcik roomate buat open house that day. tak ada pun tolong berkemas sangat, menyapu sikit-sikit je.

jam 12 tengah hari beraya makan di rumah kawan kepada sepupu roomate, aku makan pasta bolognaise, kentang putar, sate, sosej dan ayam bakar. jam 3petang makan pulak di rumah makcik roomate (rumah yang kami tidur la) makan laksam and roti john. sumpah laksam dia sedap gila, letak cili sikit dekat kuah santan laksam tu pergh power sangat. terbaik!

dekat pukul 6 petang makan pulak nasik lemak, sambal sotong makcik roomate buat pun sedap sesangat. wah. berpedas jugak la perut den semalam. mahgrib tu dah start dah sakit perut. tapi boleh hold lagi. rumah orang buat openhouse tak selesa kot nak menbuang-buang. 

tapi malam tu seorang lagi sepupu roomate ajak pergi rumah kawan kerja dia, lepas isyak, makan pulak nasik tomato. pun sedap, tapi aku makan sikit je sebab rasa perut dah tak boleh go on. perut dah sendat. tapi dah pergi rumah orang mana boleh tak makan. so makan jugak walaupun sikit.

aku rasa semalam aku dah jarak-jarakkan masa untuk melantak supaya konon macam perut ada ruang. tapi agaknya sebab makan yang pedas-pedas and ada unsur santan pulak, pagi ni bangun Subuh perut aku meragam gila-gila. walaupun dah membuang perut still jugak sakit. 

hari ni 3-4 kali jugak pergi toilet. konon plan hari ni nak pergi Low Yat pun batal sebab perut tak habis meragam satu hari. dan hari ni aku takut gila nak mengadap makanan. minum air and makan biskut je. tersadai atas katil and sofa depan tv satu kerja pun aku tak boleh buat. 

aku macam regret sebab telah menyiksa sistem pencernaan dan usus besar secara ekstrem semalam. tak pernah rasa sakit perut yang dahsyat macam hari ni. lemah longlai badan aku. masa raya 1 Syawal hari tu makan banyak jugak tapi tak ada sakit perut sebab makan menu yang lebih kurang sama je. lontong pagi tengah hari malam.

ini semalam menu memang bercampur-campur. itu yang perut  macam "What the heck...nak kena tuan badan ni hah...!". plus semalam minumnya pulak air berkarbonat (lemonade) je satu hari. lagilah perut aku jadi stress. terus mengamuk dia hari ni. serik aku. memang betul lah semua penyakit berpunca daripada perut. inilah akibatnya makan tak ingat dunia.

Malaysia memang syurga makanan sedap. tapi makan kena beringat. kang jatuh sakit susah. nasib gak hari ni cuti, kalau kerja. mampuih aku. lepas ni aku tak mau dah menyiksa perut. makan sejenis dua menu je dalam sehari.

hari ni perut direhatkan. no more heavy food. kesian.

Saturday, September 17, 2011

ber'weekend' di Sg Buloh..


Hi readers,

hari ni penulis bangun pagi-pagi, sebab tidur rumah orang takkan nak buat perangai bangun siang hari. *kau gila?nak jadi diri sendiri pun biar bertempat. berperangai biar elok jangan urban sangat, nanti bakal mak mertua reject. Hi-Hi apa khabar mummy mr.kingkong (mother in law to be) di Pantai Hillpark sana, harap ceria selalu #okfinepenulispoyo

sejak malam tadi sudah berada di Sg Buloh. rumah makcik kepada my roomate. beliau buat open house hari ni. so kami datangla awal supaya boleh tolong apa yang patut. tapi tak ada pun aku tolong masak, sebab makcik roomate telah memasak lewat malam tadi hingga pukul 5 pagi. *aku tidur awal sebab penat kan semalam kerja. plus badan aku tak sihat. selsema batuk hasil jangkitan rakan sekerja. Isk. antibodi lemah kot aku ni.

cerita sikitlah ek, roomate aku suka sangat ajak aku ke sana ke mari. menjadikan hidup aku sangatlah tidak bosan. maklumlah nak diajak dating oleh mr.kingkong memang jarang sekali, dia asyik dating dengan emak dia sahaja. (anak mithali or anak emak??)

but still Im feeling lucky sesangat sebab di'hadiah'kan oleh Allah roomate yang sudahlah baik hati, tidak berkira, tidak pernah menyusahkan malah selalu mengajak jalan-jalan secara percuma. kau hado? atau kau cuma ada roomate yang tahu buat halaqah mengumpat sahaja OmaiGod tak fun langsung. 

sebenarnya aku pun sejenis yang tak suka memerap di rumah. aku sebenarnya suka berjalan. then dapat pulak kawan yang sama kesukaan, memang teman berteman lah kami berdua ke sana ke mari sampai dah bosan dengan KL. siap nak jalan luar KL pulak. plan hujung tahun roomate dengan emak dia ajak pergi Bukit Tinggi Indonesia. hah. sampai plan nak melancong habaq ang. tapi itu plan sahaja. belum confirm pun. macam aku ada duit banyak

bab gambar untuk open house hari ni, tengok nanti macam mana yep. harap-harap ada. kazen roomate baru 14 tahun aku tengok duk usung ke sana sini DSLR Nikon tu haa. harap ada gambar cantek, gambar ehsan beliau. HeHeHe.


Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia


Malaysia bumi bertuah, tanah tempat tumpahnya darahku. tanah kelahiranku. Selamat Hari Malaysia dan Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54 kepada tanah airku tercinta.

Akan datang sekiranya anak-anakku meskipun bukan 100% berdarah Melayu Malaysia. tetap akan aku terapkan dalam diri mereka supaya tetap berbangga, kerana yang mengalir dalam darah  mereka, adalah darahnya bangsa Melayu, darah bangsa Malaysia.



Aku Melayu yang tidak layu dek keji, juga tidak lupa dek puji. 

Aku Melayu yang meskipun dimaki dan dihurung caci, membuah dendam tidak sesekali.

Aku Melayu yang biarpun tidak molek dipandang orang, Aku teguh di tapak sendiri.

Aku Melayu yang mungkin acapkali gagal dalam episod kehidupan ini. 

Namun Akulah Melayu yang bangun kembali, mencuba lagi dan lagi.


(nursarahputeri, 16 Sept '11)






Selamat Hari Malaysia to all Malaysian.


Tuesday, September 13, 2011

kes pecah rumah pecah kereta jumaat lepas.


ini cerita yang berlaku jumaat lepas. salah seorang housemate aku, kereta dia (Myvi) pakai belum sampai setahun pun kena pecah. cermin belah driver habis. and penyamun ambik radio and meter kereta. memang sebenarnya kawasan Sentul ni agak 'panas' dengan kes samun kereta. bukan semestinya kalau tinggal kereta semalaman, kalau berhenti makan kat area Sentul ni pun ada peluang kereta kena pecah jugak. 

kesannya, housemate aku plan nak pindah rumah. then kalau sorang pindah maknanya lagi 2 orang housemates pun akan pindah jugak. sebab mereka bertiga kawan baik dari zaman kampus. sebenarnya ketiga-tiga mereka pernah kena pecah kereta dalam jangka masa 3 bulan duduk area Sentul ni. salah satu kesnya adalah kereta boyfriend salah seorang mereka kena pecah masa tinggal makan kat kedai. 

menurut housemate aku. kerja pecah kereta ni orang profesional yang buat. sebab elok je set radio n meter kereta dia samun. macam kerja orang expert lah senang kata. nasib baik Perodua kata boleh claim insurans. kalau tak dalam 3ribu lebih gak 'terbang'. tapi kawasan pangsapuri memang high risk pun. lagi-lagi yang tak ada security. rasanya kalau aku ada kereta aku pun tak berani nak stay sini. 

kes pecah rumah pulak, ofismate kepada my roomate yang kena, kat Segambut, jumaat lepas jugak. di siang hari masa lunch hour. roomate and ofismate dia saja nak balik tengah hari tu, tetiba tengok mangga kunci rumah dah tak ada. sekali tengok bilik tombol pintu dah kena pecah. bilik bersepah gila. laptop, handphone kamera digital semua hilang. spare key kereta and rumah pun lesap. terpaksa tukar semua kunci kereta. mampus la kalau kereta pulak lesap kan.

dua-dua kes pecah ni memang buat laporan polis, tapi bab nak tangkap tukang samunnya entah bilalah boleh tangkap kan?. yes, mungkin laporan tu untuk rekod jenayah satu-satu tempat, and next time kalau si penyamun tu masih bebas maka akan adalah pula mangsa seterusnya. penyamun pun bukan bodoh. expert kot. kat TV banyak tunjuk skill menyamun yang selamat. kan? 

so macam mana sebenarnya nak 'selamatkan diri' dari insiden yang macam ni. rumah tak selamat, kereta tak selamat, kedai mamak (seksyen 15 shah alam) pun tak selamat. yelah, kalau orang yang mampu, dah tentu akan menyewa tempat yang security bagus. apartment/teres yang security tip-top. yang mampu memang setel la masalah, maka yang kurang mampu?.. yang golongan tak ada pilihan melainkan menyewa kawasan perumahan yang murah. memang terdedah la dengan kemungkinan kes-kes pecah/samun bagai ni.

kesian kawan-kawan aku yang berkereta, tiap malam tidur tak lena sebab fikirkan takut kereta kena pecah. and entah kenapa aku teringatkan BERSIH 2.0, sebenarnya kalau nak. pihak polis boleh turun padang untuk kekang sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku kan?. so then untuk kes-kes kat area 'panas' yang boleh berlaku jenayah dah tentu pihak berkuasa pun boleh sangat 'turun padang' untuk buat kerja. yelah daripada asyik buat sekatan jalanraya saman-menyaman sahaja (taulah dapat duit). tapi kenapa tak boleh buat rondaan berkala kat area yang pernah direport ada kes pecah rumah pecah kereta.

aku taktau kalau pendapat aku salah ke betul tentang apa yang pihak berkuasa boleh buat, mungkin ada yang akan kata pihak polis banyak kerja and so on. tapi just aku nak you all fikir-fikirkanlah. macam mana nak tingkatkan tahap keselamatan kat negara kita sendiri. bayangkan kedai mamak pun kena samun, laptop customer kena cekau. nasib baik tak ada yang mati kena pukul?.. kalau bab 'kuasa' kalau bab 'duit'. apa pun boleh dikuatkuasakan. tapi kalau bab kebajikan/keselamatan rakyat. yang mungkin tak ada untung material ni. macam susah sangat nak terbantu. 

p/s:- agak-agak suara kami rakyat jelata ni, didengar ke tidak eh?


Monday, September 12, 2011

jangan terlalu terhegeh-hegeh.

hai pembaca blog..

hurm, pagi Isnin kembali. macam-macam yang berlaku minggu lepas. tapi yang macam-macam tu next time aku cerita. kali ni nak cerita sikit pasal my roomate punya cerita. Sabtu lepas keluar dengan roomate jalan-jalan kat Sunway Pyramid. hari tersebut ada rakaman Art Attack Disney yang dihoskan oleh Qi Qushairy (hos Jalan-jalan Cari Makan/pelakon utama Blogger Boy). ampun sumpah Qi sebenarnya sangat handsome berbanding dalam TV. muka dia macam mat saleh pun ada tak nampak macam malay sangat. yang penting suara dia best I loike! 

*tak dinafikan aku memang minat Qi sejak dia belum famous pun. masa tu dia cuma keluar kat rancangan Destinasi Bajet. well, selalu aku ditakdirkan terjumpa secara dekat dengan orang yang aku minat tanpa dirancang. #KFCM, #FaridKamil, #AmirulHadi, and #Qi Qushairy as well. *nahh, lucky me?!

oklah. tutup kes Qi Qushairy now kita nak cerita pasal tajuk entry. yes, ini berkenaan my roomate. Sabtu lepas masa keluar dengan beliau. handphone dia ayik bunyi and banyak mesej masuk. yang peliknya dia sekalipun tak angkat pun call or reply mesej-mesej yang masuk tu so aku tanyalah dia kenapa. and siapa gerangan yang asyik call and text tu. then roomate pun tunjukkan mesej-mesej kat phone dia yang dihantar oleh seorang perempuan 'paranoid'.

kenapa aku katakan 'that gurl' paranoid?..

sebab perempuan tersebut tak kenal pun my roomate. tak pernah pun jumpa. tapi dia 'mengacau' sebab meroyan. ceritanya, dia adalah exmakwe kepada expakwe my roomate. *paham ke?..

roomate aku pernah couple dengan one guy, then break up, pastu that guy pun couple dengan this gurl yang paranoid ni.. now dorang (that guy and his paranoid gf) pun dah break up jugak.. and now that guy berkawan semula dengan my roomate. tapi perempuan paranoid tu cemburu dengki jeles ke apatah, asyik hantar mesej 'puaka' dekat roomate aku. 

tak paham aku dengan sejenis perempuan yang biadap dan terhegeh-hegeh kacau life orang yang tak ada kaitan dengan dia sebab dia rasa dia konon nak fight demi cinta dia padahal kalau lelaki tu dah taknak dekat engkau, buat cara macam mana pun dia tetap tanak jugak. orang putih kata, "If you cant save the relationship, at least save ur pride". malulah sikit jangan terhegeh-hegeh secara melampau. buruk sangat ok.

siap ancam nak santau roomate guwa.. kan ke perempuan tersebut dasar GILA?

berbakul mesej yang my roomate terima, last nyer roomate aku balas dengan mesej berbunyi. "jangan buang masa, aku takkan gaduh dengan kau melainkan aku dapat duit dengan bergaduh ni"..

betul. roomate aku memang 'sefikiran' dengan aku. aku pun jenis yang akan bagi ayat serupa kalau aku yang kena. yes memang kadang-kadang dalam dunia ni ada spesis yang suka buang masa nak bermusuh dengan kita, nak bergaduh dengan kita, walaupun kita sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan hidup mati dia. 

kalau kau nak kau punya jantan sekalipun, pergilah dekat jantan tersebut, merayu kat dia what so ever. kenapa mesti kau nak kacau somebody yang tak pernah berhutang dengan kau?..my roomate pun langsung tak pernah nak berebutkan lelaki tu, just diorang berkawan biasa. tak adalah nak musuh/gaduh ke apa. tapi perempuan paranoid tersebut tetap rasa diri tergugat lantas terhegeh-hegeh secara extreme. LOL.

come on gurls. kumbang bukan seekor. lelaki memang 'manis' saat bercinta bahagia. tapi yang 'manis' itu tidak selalunya kekal. kau bersedia lalui saat manis maka kau kena bersedia lalui saat pahit juga. kau ready untuk bercinta maka kau sepatutnya kena ready putus cinta juga. jangan setkan dalam kepala otak, boyfriend/tunang/suami kau milik kau forever maka kalau dia tinggalkan kau maka kau kena hancurkan dia dan pasangan baru dia. 

dan duhai perempuan, janganlah terlalu skeptikal bahwa break up bermakna mesti bermusuhan. kalau hidup dengan membenci/berdendam, hati tak akan rasa tenang. pakailah jubah berkelubung berpurdah bagai tapi kalau hati asyik taruh tak puas hati, marahkan orang, dendamkan orang, doakan yang buruk berlaku pada orang. adakah kau rasa kau boleh bergembira senang hati?.. boleh?.. kalau perasaan marah/dendam boleh membahagiakan kau, maka kau teruskanlah berdendam.

orang selalunya bila ditegur akan cakap, *bukan kau yang kena, bolehlah kau cakap. #HahaHa. mana kau tau aku tak pernah kena?.. bezanya kalau aku kena, aku tak bertindak macam engkau lah.

aku cuma nak cakap, dalam hidup ni kita kena sentiasa bersiap sedia. bersedia untuk apa saja yang mendatang. yang baik kau ambik, yang buruk kau kena redha. orang suka engkau, orang benci engkau. orang sayang engkau, orang tinggalkan engkau. semua tu kau kena terima dengan lapang dada. 

*then kalau flow hidup kau sentiasa best, selalu berlaku benda-benda yang kau suka/kau mahu saja maka mudahlah kau lupa akan zat yang Di Atas sana.. 

p/s:- orang dah tanak, cari lainlah. tak yah terhegeh sangat ok?

Friday, September 9, 2011

malas topup..

prepaid internet celcom beroadband dah tamat tempoh. so diam-diam je. malas nak topup. ni online kat tempat kerja..

err, beli prepaid topup kena caj 6% dah kuatkuasa ek?..  pfftt!


nampaknya semangat aku nak beli BlackBerry and ambik pakej postpaid semakin membara. jom semua pakat guna Blackberry, kita BBM je k. ambik pakej Bis then kita main tenet je takyah sms/call. nasib baik ai dengan mr.kingkong selalu pakai email je. tax bagai ni tak effect hubungan kami pun. bluekk! topup pun dah ada cukai, so jadilah pengguna bijak. pandai-pandailah jimat cermat.

kepada kerajaan, hah, sekarang tang cukai budak 5 tahun pun bayar kot. dulunya tang cukai ni orang dewasa dah kerja je bayar (cukai pendapatan yang gaji RM 2500 ke atas). now cukai topup untuk semua tak mengira usia. kalau sebulan sorang individu topup RM30, cukai topup sebulan dah RM1.80 sen, so setahun cukai topup minima pun RM21.60sen seorang. try darab ngan pengguna handphone yang dari usia 5 tahun hingga 65 tahun (dah tentu berjuta). rasanya kerajaan kita cukup kaya untuk bangunkan negara dan bebaskan kelompok penduduk miskin tegar. Alhamdulillah, moga negara kita dapat dibangunkan dengan 'sedekah rakyat' dari cukai 6% tu yep.

p/s:- jangan pulak cukai topup tu mengalir ke cincin berlian/penerbangan percuma seisi keluarga para menteri pulak ye.


Wednesday, September 7, 2011

mr.kingkong vs ciri lelaki idaman -->rujuk entry tahun 2009


hi blog, hi readers.

maaf blog sedang di musim bunga so entry selaut jiwang je yang boleh dikongsi. benci ke suka ke anda tentukan. Muahaha!


semalam sedang aku godek-godek blog, godek-godek entry lama. maka terjumpalah dengan entry tentang ciri-ciri lelaki idaman, entry dipublish pada 25 Oktober 2009. hampir dua tahun lepas. masa tu kiter single lagi.. :p


klik link Ciri-ciri Lelaki Idaman untuk bacaan lanjut.


but kat sini nak share sikitlah. agaknya mr.kingkong menepati citarasa ke tak. citarasa yang aku statekan 2 tahun lalu. jom tengok.


#pertama sekali, sy mahukan lelaki yg beragama Islam. dan sy tak kisah sekiranya dia bukan berbangsa melayu.(ada impian nak kawin mat salleh or jejaka korea). lebih baik  kalau sy pilih lelaki yg bukan perokok.


#keduanya sy mahukan lelaki yg tidak handsome di mata org lain. memang tak apa jika org lain kata dia tak handsome tapi sy tetap akan kata dia adalah handsome di mata sy. 


#ketiganya sy mahukan lelaki yg boleh berbual dengan sy tentang segala macam perkara. kerana sy adalah sejenis yg macam banyak sangat cerita nak diberitahu dan dikhabarkan dan sejenis yg juga mahu dengar segala perkhabaran dr dia. sy mahu dia tidak lokek suara untuk bercerita tentang masa kecilnya malah cerita sedih dan kelakar pun sy mahu dengar juga.


#keempatnya, sy mahukan lelaki yg tidak akan berdiam apabila sy melakukan kesalahan dan akan menegur sy dengan bijaksana. bukan memarahi dengan cara menjerkah, menengking, memukul dan yg sewaktu dengannya. sesuatu tentang sy adalah, sy akan menengking kamu kembali apabila sy ditengking!


#kelimanya, sy mahukan lelaki yg lebih suka duduk di rumah time cuti, macam abah sy. bukan bermakna 24 jam sentiasa duduk di rumah tapi berpada-pada apabila keluar rumah


dan mr.Kingkong punya characteristics. jom kita compare kan dengan ciri-ciri idaman yang 2 tahun lalu tersebut.


# mr.Kingkong memang Islam sejak dilahirkan. dan tentang bangsanya Melayu atau bukan, itu rahsiaaaaa. dan beliau seorang perokok. tapi tak begitu tegar. sekotak rokok for 2-3 days. 


# dah tentu dia handsome di mata aku. tapi di mata orang lain aku taktau.  tapi rasanya orang lain tak akan kata dia handsome. Haha. *kenapa aku begitu yakin dengan pendapat ini. :p


# point no 3 memang sangat menggambarkan diri beliau. dia memang rakan berbual yang best. bukan terlalu talkative like mak nenek yang cakap bukan-bukan. tapi perbualan kami selalu menyeronokkan sebab aku macam boleh gain knowledge. perbualan dua hala. selalu pertanyaan aku adalah tentang something yang aku taktau dan dia tak segan terangkan panjang lebar. sebab itulah kami boleh lepak minum kat Starbucks sampai 1-2 jam. kalau dalam kereta pun, tak pernah sunyi. 


# point no 4. dia memang pernah 'membetulkan' kesalahan aku. 'meluruskan' pemikiran aku. sebab aku ini watak degil yang selalu bertindak ikut perasaan. dia banyak mengajar aku tentang rasional dalam membuat keputusan, mengatur hidup. setakat lebih 7 bulan ini, dia tak pernah tinggikan suara. cara dia tunjuk dia tak setuju senang je. pandang aku sambil ketap bibir and geleng kepala. then magiknya aku terus akur tak protes.


# point no 5 ni... tak sure sangat. tapi dia jenis tak ada masa nak hang out dengan member2.. mungkin sebab umur dah melepasi 30an. so lebih fokus  pada karier and future. point ini aku tak sure selagi aku tak hidup serumah dengan dia. dah kawen baru boleh tau laki kau lekat kat rumah ke tak kan?


dan yang terakhirnya... nak statekan jugak point yang last di entry 2 tahun lalu iaitu tentang ciri fizikal lelaki idaman.


#mahu yg ukuran pinggang 29 inches..haha..


mr.kingkong? dah tentu bukan 29 inci.. he is 180cm tall, and his weight is around 95kg... guess what number of his waist? kahkahkah!


p/s: nasib baik ada blog, ada juga catatan yang boleh di compare. muehehe!

Friday, September 2, 2011

kembali menjalani rutin hidup

Salam Aidilfitri to all,

hari ni sudah Syawal 4, penulis sudah kembali ke Kuala Lumpur sejak semalam. mungkin kali ini adalah Hari Raya yang paling sekejap pernah diraikan dalam hidup. Yes. hari ini sudah masuk kerja. 

Alhamdulillah raya tetap meriah dan aku hanya bersederhana memandangkan ekonomi tidak berapa bagus. bab makan-makan raya tak payah cerita kot. semua orang pun tahu hari raya orang johor akan makan apa kalau bukan lontong. memang menu default. semua orang tahu. dan pastinya aku makan banyak sekali tak peduli diet kejadah semua. muahaha!

err, nak cerita sikit pengalaman raya kali ini yang sebenarnya punya kelainan dari sudut pandangan mata aku. berbeza apabila melihat bapa saudara dan sepupu lelaki yang dulunya di zaman kanak-kanak adalah teman comot-comot main tepi paya (konon-konon tangkap ikan) pada tahun ini sudah menjadi cool daddy.

tahun ini masing-masing dah gendong baby, gendong beg baby, buat susu anak, mandikan anak, layan anak bagi dia gelak. dan sebagainya. muahaha. rupanya teman sepermainan kanak-kanak saya kini sudah menjadi cool daddy. sumpah Ohsemm!

yes, zaman berubah, tanggungjawab juga berubah bila kita semakin dewasa dan berubah status. bukan lagi kerjanya melepak atas motor sambil ngorat anak dara. sungguh nampak nilai kedewasaan apabila melihat life progress teman-teman comot waktu kecil. 


p/s:- dan anda, apa pemandangan berbeza yang dapat dilihat di hari raya kali ini?...