Monday, August 29, 2011

my hometown ada free wifi.. gila maju!


Hi readers, untuk yang masih ada masa online (macam Ai) so boring-boring boleh baca belog. yes I know mungkin ramai yang dah sibuk-sibuk nak raya, tapi aku masih ada masa membuang masa di sini. kehkeh. tak banyak benda pun nak dibuat. my mom and sisters dah ready untuk semuanya. so ai balik kampung boleh makan tidur je bhahaha. best sangat.

penulis selamat sampai ke halaman rumah petang semalam. lepas sampai adik eksaited bagitahu yang Felda kami dah ada free wifi. lepas berbuka pun kami try la laju-laju test power. Peh!.. mmg betul boleh connect free wifi. akses internet pun laju je siap boleh tengok You Tube tanpa buffering. OMG. sangat boleh dibanggakan lah bukan?.. kampung kome hado?

my hometown jugak dikhabarkan akan dapat netbook untuk setiap rumah. felda bagi peruntukan satu rumah satu netbook. ampun apsal maju sangat felda guwa?... *tak abis bangga lagi. so my sister sangat beruntung kowt. dah la handset memasing pun boleh akses internet, free wifi, then dapat pulak netbook. peh sangat cool tahu?

nasib baik plan nak pasang streamyx selama ni tak terpasang pun. sekali now dah ada free wifi kau. hah. free je. free je. tak payah bayar weehoooo! maybe sebab kat sini pun tak ramai guna wifi, so internet akses menderum je laju. 

tapi petang ni guwa akan balik Muar pulak. kat sana memang tak ada free wifi. line 3G pun tak da. sebab kat sana nenek-nenek je yang tinggal. yang pakai smartphone, android semua balik kampung setahun sekali rugi je kalau nak ada line 3G, bukankah?.. err, dulu lagi teruklah line maxis pun tak ada macam hampeh je. sekarang semua line ada nasib baik. so kat kampung my parents kat Muar nanti boleh la gigit jari je. no internet, so semua boleh beraya depan TV. muahaha!

tak apa pun nyer. bukankah bagus di hari raya kita fokuskan raya je, takyah layan sangat dunia online Facebook Twitter blog bagai nih. raya setahun sekali, so raikan raya dengan cara tradisional. kunjung mengunjung sanak saudara. 


so. sekali lagi diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN  kepada semua pembaca blog yang disayangi. 



Sunday, August 28, 2011

Selamat Balik Kampung!



hi readers. sebenarnya sangat malas nak menaip entry. so this is just short update jelah ye. esok penulis balik kampung, (Segamat&Muar), then Khamis depan balik KL. Jumaat dah kerja. Sabtu n Ahad ada meeting. so.so.so. 

blog belum tau lagi akan update ke tak kat kampung, sebab broadband memang lah ada tapi line tenet kat kampung macam korang tak paham plak kan kesiputbabiannya.

untuk itu. ambiklah satu gambar raya tahun lepas buat lepas rindu. #muntah!


teknik gambar yang mengkartunkan muka. wajah saya bukan begini sebenarnya. pedehal, yang penting gambar no editing, and no kopipesting, and ofkoz real not fake. wakaka!



kbai, wish you all Happy Eid, have a great Hari Raya with bless!




Saturday, August 27, 2011

Always..

 


semoga Cinta ini membawa sang pencinta ke suluhan jalan yang terang, iaitu jalan yang diredhai. Ya Allah Ya Rahman. sesungguhnya perancanganMu adalah yang sebaik-baiknya. bahkan pada jiwa yang alpa. perancanganMu tetap tidak pernah khilaf, kerana Engkau Maha Adil dan saksama.



p/s:- rindu si dia..? ingatlah Allah. hati akan menjadi tenang.


Friday, August 26, 2011

terjumpa AmirulHadiZainal, kali ni aku sure itu memang dia..

Hi readers. Salam Ramadhan.

Aaaaa. gempak tak tajuk?.. tapi tajuk bukan sekadar bikin gempak. tapi ini kenyataan bukan khayalan. hari ini 25 Ogos 2011 memang penulis ditakdirkan terserempak dengan Amirul Hadi Zainal pemain bola sepak skuad Harimau Malaya dan Selangor. dah nama pun terserempak dah tentunya bukan dirancang kan?.. kejadian berlaku lebih kurang pukul 3 petang dekat The Mall sebelah PWTC. Amirul Hadi sangat dekat dengan aku. bayangkan dia withdraw duit kat ATM, and aku cuma selang satu dari dia. dekat gila?...

tapi ternampak dia kat mesin ATM kot so teruja dalam hati je then dia pun blah. then lepas tu aku macam gatal carik dia balik kot-kot masih ada dekat The Mall kan. lepas dia withdraw rupanya dia pergi ushar kasut sukan dekat kedai kasut, masa ni memang boleh sangat-sangat kalau nak pergi dekat dengan dia and say Hi-Hi ke nak bergambar ke apa. tapi itulah, sebab fikir sampai 3 kali.so tak pergi pun dekat dia. tengok dari jauh je sampai dia blah, sambil dalam hati cakap. Woi kenapa aku bangang sangat pemalu sangat kenapa kenapa kan dah rugi tak tego... *nanges nyesal hentak-hentak kaki. 

Amirul hadi kurus je, tinggi. hari ni dia pakai tshirt light blue n jeans. rambut dia style Kim Hyun Joong dalam BOF (tapi panjang sket). lepas aku menyesal tengok dia blah and hilang dari pandangan, kedengaran gak gegurls yang berdekatan pun berbunyi sama.. "Eh tadi tu Amirul Hadi la... Amirul Hadi...". well. aku memang selalu bernasib macam ni. asyik fikirkan malu je sampai bila pun takkan boleh tegur orang yang aku minat. kes sebijik macam Khairul Fahmi and Farid Kamil sebelum ni. dapat peluang tegur tapi tak tegur pun, then meroyan cerita kat belog. pfftt!

siapa yang dah ikuti blog ni dengan lama, mesti tahu yang aku memang minat bola sepak dan aku bukan minat player handsome je walaupun kebetulan player yang aku selalu minat agak handsome la gak macam Miroslav Klose and Fernando Torres. tapi Oliver Kahn muka macam the Lion pencen pun aku minat gak ok. aku dah minat bola sepak sejak 9 tahun yang lalu kot. ai bukan perempuan jenis gediks-gediks kenal muka player je tapi tak layan match. lepas tu bila player yang dia kenal got personal problem terus nak butthurt. boooo!! nampak sangat kau bukan jiwa bola sepak tapi jiwengs je lebih. LOL

err, Amirul Hadi. kalaulah awak baca ni..kalaulah awak baca... Eh awak ke abang nak panggil ni?..abang? wawawa gatal je bunyi dia.


ehermm. saya nak cakap, awak nampak sangat nice dengan tshirt biru laut. awak pun nampak cool je muka tak berlagak langsung, steady je mesti awak tak sombong orangnya kan?.. menyesal gila tak tego awak tadi. then bilalah agaknya boleh terserempak lagi seperti hari ni. btw, Selamat Hari Raya ye awak. =)


p/s:- dan korang pasti dah tahu malam ni aku nak jumpa siapa dalam mimpi. kahkahkah. okbai!

thanks sudi baca. =)

Thursday, August 25, 2011

seyesLOL at FukkenLOL


Hi readers. kali ni aku nak share kat uolss satu blog yang sangat menarik untuk dikunjungi tanpa jemu. blog yang masih baru, baru saja diwujudkan pada pertengahan bulan Ogos tahun 2011, tapi sudah mula mendapat tempat di arena blog tempatan. tak sampai sebulan followers dah lebih 100.. mungkin sebab blog ni memang menarik, dan tuan blog dia rajin menghupdate belog. 

yes. itulah dia namanya usaha tangga kejayaan, kreatif pun kunci kejayaan gak. bak kata satu quotes omputih.. key to succes, dont do different things, just do things differently. yeah.

so sebelum aku bagi link blog tersebut, boleh try test tengok salah satu karya dari entry dari blog beliau di bawah ini. kasi hangat sikit la kan. biar uolss tertarik nak pergi terjah tengok blog dia apa yang best sangat..! haaa..




Kah. Kah. Kah!
 Apsal Jun Pyo punya gelak sangat real macam gelakkan  Max 24/7?



dan yang kat bawah ni siapa tak gelak memang ah dia...!


Bhahaha, LOL or not LOL?..

konsep blog ni senang je, hasilkan dialog yang LOL pada scene2 filem atau drama yang boleh buat pembaca rasa nak laugh out loud. simple kan?


so apa tunggu lagi, jom layan seyesLOL at FukkenLOL






 bak kata Nabil Raja Lawak. "This is Best bro!!!"


p/s: kepada FukkenLol blog, selamat maju jaya!!


Wednesday, August 24, 2011

entry pembetulan.


*guwa dapat balik raya!!!!!!



tapi mungkin balik malam raya...! phewwwww!


nak raya kat KL? gila betol.! 




pffttt!


okbai. 



p/s: kus semangat.*ketupat*rendang*lemang, wait for me ok! 

11 perkara..


1. hari ni 24 Ramadhan. next week Raya?.. 

2. jangan fikirkan raya sebelum waktunya. raikan Ramadhan selagi masih ada. 

3. tapi fikir tak fikir pun. tetap akan fikir jugak pasal raya. what for raya, what for raya. muahaha!

4. ok. I can honestly say that I dun have kasut raya untuk raya kali ni. tak beli sebab tak ada bajet. tapi tak sedih. sebab raya zaman sekarang bukan style show off kasut. bukankah sekarang zaman show off handphone time raya? smartphone, android, blackberry?

5. hahaha. btw,  I dun have any new phone for raya pun lah. handphone cap ayam sudah. kat kampung bukan ada line tenet pun!

6. what else. ok. I can honestly say that I do have baju raya tapi cuma satu pasang. wadefish? fish cake letak kat dalam mee kari pun sedap!

7. yang sebenarnya. guwa tak dapat cuti raya pun. so nak buat apa ada baju raya lebih dari satu? guwa hari raya ke-3 baru cuti. so guwa raya kat KL masak rendang makan sorang-sorang. sedih siottt!

8. guwa terpaksa kerja sebab guwa kesempitan hidup. hari raya orang bercuti guwa gantilah.  lagipun dah janji raya kali ni nak bagi angpow kat adik-adik kesayangan yang kiut-miut. so kena kerja lebih. guwa memang kakak mithali. baru tau ke?

9. tak dapat cuti raya bukan benda luarbiasa. biasalah hidup orang dah bekerja memang macam ni kan.?.. bukan macam zaman belajar. asyik countdown cuti je. dah kerja kena countdown bab nak bayar sewa rumah, bil api, bil air, bil astro, bil telefon, barang dapur. gas, minyak masak, beras bla.bla.bla kau ingat senang ke? 

10. tapi yang masalah sekarang adalah.... guwa belum bagitau mak guwa lagi yang guwa tak dapat balik raya. acane?

11. guwa tak sedih pun la. Eh. rilex laa. nak hidup kenalah survive. ye dak? so sesapa yang beraya kat KL, antar le lemang ketupat rendang ke kuih tunjuk ke eh. guwa balun je semuaaa.


#tazkirah sempena AidilFitri, 1 Syawal adalah Hari Kemenangan bagi seluruh umat Islam. so no matter how sad, how bad, and how tough the current chapter in your life, just put a smile on your face and enjoy ur 1st of Syawal with bless. be Happy!. Allah bersamamu... =)


Monday, August 22, 2011

I Only Have One




-Your Smile-



He's having a hard time lately. And it makes me worry..I text him just now. sound like this. "Honey, dont forget to put a smile on your face".  And he replied me one smiley smile.


p/s: perasaan bimbang ni, memedihkan hati. hope that everything will be allrite.

weekend yang di pukul ombak.


Life is not about Me.. Its about You and Me. yeah, We.



tajuk bukan nak cerita yang aku pergi bercuti tepi pantai. yang itu belum eh. InsyaAllah lepas raya. tajuk begitu kerana my weekend kali ini yang disaster. err, sebenarnya mood yang disaster. dipukul ombak. moody memanjang. nasib tak ada sesiapa kat rumah. so boleh moody sorang-sorang. roomate pergi rumah makcik dia. housemates lain macam biasa lepas isyak baru ada. but sometimes aku memang sukakan 'kekosongan'. ada time aku memang nak layan moody ini dengan hanya berbaring atas katil menghadap syiling sorang-sorang sambil kebil-kebil mata. aku tanak dengar suara sesiapa. tanak dengar bunyi apa-apa. tanak reply mesej sesiapa, tanak update belog, tanak blogwalking dan paling penting tanak tengok muka sesiapa pun. hey dun bother me k! *tapi kalau tetiba mr.Kingkong ajak date dah tentu tak tolak! HAHA! menyampah bukan?

but seriously weekend kali ini tersangat messy. sampai tahap bermalasan secara super. imagine eh. cuti tapi tak pergi mana-mana pun, cuti tapi tak memasak langsung. cuti tapi tak laundry baju. cuti tapi tak kemas bilik. cuti tapi diri tak terurus. siap terlepas sahur pagi semalam. cuti yang macam cuti secuti-cutinya. *patutlah masih belum ditakdirkan menikah lagi. jika tidak, sudah tentu terpaksa berasingan bilik dengan suami. "err, honey. weekend ni mood ai disaster so you pergi main jauh-jauh eh. bilik ai pun disaster so you tidur bilik lain". HAHAHA! gila ke nak cakap macam ni dengan suami?. ok. sedar diri. aku memang belum layak nak jaga anak orang, apatah lagi anak sendiri. so berkahwinlah bila dah bersedia. jika tidak, disaster lah rumahtangga. :p

so weekend ni apa je aktiviti aku?... haha. aku layan you tube 48jam. dari OST korean drama hingga ke OST hindustan mak aiiii. tengok video klip sountrack korean drama and cerita hindustan memang layan gila sampai terabai segala benda. sebab lakonan diorang, memek muka, tang sedih tang romantik memang ohsemm. bila agaknya industri seni Malaysia nak ada bakat lakonan macam diorang. lakonan pelakon Malaysia tak feel ah bab cinta-cinta. cerita cinta kat Malaysia ni asyikla scene termenung. termenung muka facepalm. harap muka je cute. jual cute jelah. lakonan? tak feel apa-apa. kosong. tak ada jiwa. eceh mulalah aku nak kritik lebih. macam aku pandai berlakon je Muahaha!

tapi Farid Kamil walau apapun ai tetap minat kat you Okeyh. you memang Ohsemm.

baiklah. itu saja bebelan yang dapat dicoretkan. jangan dilayankan sangat blog yang lagha ni. very-very soon nanti aku nak ada blog baru pulak. yang bukan berkonsepkan blog personal. blog personal ini je satu yang akan diupdate di waktu-waktu terbuang. *ke update hingga membuang waktu?.. Haha. ok. cukup bebel. kbai. selamat berpuasa semuaaaaa.!

p/s: well, pembawakan mood disaster ni sebulan sekali je. berpunca dari hormon apa ntah yang super power. LOL


thanks sudi baca. =)

Saturday, August 20, 2011

terjumpa Zain Ruffedge. macam ya macam bukan.


malam tadi lepas isyak aku dengan roomate pergi merewang kat Chow Kit, cari aksesori raya konon-konon, aku beli shawl dua helai. murah gila 2 helai RM15. lawa pulak tu. roomate beli baju kurung cotton. pun murah je RM55. kalau tak tau Chow Kit duk tang mana tapi ang tau pulak Lorong Haji Taib baik tampar pipi ang laju-laju. bulan puasa ni Chow Kit sangat meriah macam Jalan TAR juga. tapi kesesakan adalah tak berapa sesak. tapi meriah. ok. cukuplah mukadimah entry.

aku sebenarnya nak cerita yang aku macam terjumpa Zain Ruffedge, (wujud lagi ke Ruffedge?).tapi aku macam tak pasti betul ke tu dia sebab macam handsome sangat. serius handsome. aku nampak dia kat laluan bersempit-sempit di tengah-tengah deretan kedai, tapi kami dari arah bertentangan, bila nak dekat selisih bahu aku pun pandang mamat ni tepat kat mata dia, lepas tu aku macam terfikir-fikir, Eh macam Zain Ruffedge lah. dah pulak tu boleh dia senyum kat aku. alamakkk!

sebab aku macam tak percaya betul ke dia memang Zain Ruffedge, aku pun toleh balik ke belakang nak tengok dia lagi sekali. guess what, dia pun toleh belakang gak tengok aku. Perghhhh! boleh pulak kami bertentang mata lagi sekali. macam dalam drama wa cakap lu. dalam hati siap tak sangka. eh. dia toleh sebab nak tengok aku again. woweeee. lompat dalam hati. 

aku memang pernah je berselisih dekat dengan artis, macam kes dengan Farid Kamil dulu. pelakon Riezman pun pernah, diorang memang akan senyum. then aku assume agaknya memang betul kot Zain Ruffedge sebab itu dia senyum kan. kalau dia entah siapa-siapa kenapa pulak dia nak senyum. tapi entahlah. aku serius tak pasti betul ke tak itu dia ataukah cuma pelanduk dua serupa. tapi kalau pelanduk pun. bagus gak sebab Zain kan dah kawen. tak maulah sayaaaa. Hahaha.

masa kumpulan Ruffedge glamour dulu aku memang minat gila kat Zain, masa tu pun dia handsome. single. but lepas-lepas Ruffedge macam berkubur, aku macam dah tak minat sangat pun. cumanya. cumanya. bila berlaku situasi tadi. alamak. macam nak minat balik lah kat dia. tssk.tssk! sorry Farid Kamil ai bukan nak curang dengan you. pfffttt!


oklah. ntah apa-apa bebelan aku ni. selamat berhujung minggu semuaaaa.!

thanks sudi baca.. =)


Thursday, August 18, 2011

pelajaran/pengajaran dari dunia blog dewasa ini.

Hi readers. Salam Ramadhan. 


hari ni aku nak kongsi sikit lah pandangan aku dari pemerhatian terhadap dunia blog sekarang ni. boleh ambik kalau rasa point aku boleh pakai. dan jangan sentap kalau terkena batang hidung. tapi kalau ada yang sentap. macamlah aku peduli sangat, bhahaha.!

aku lebih kepada nak cakap pasal personal blog, blog SEO and gosip bagai aku tolak tepi dulu. kita kupaslah satu-persatu. supaya senang scan. 

sebenarnya dunia blog sudah semakin suram. keaslian menulis blog semakin kurang mendapat tempat disebabkan suasana blogsphere yang semakin berubah. adakah disebabkan semakin ramai blogger yang malas membaca blog dan lebih suka menempel di blog-blog? 

menjadi pembaca blog dan menempel di blog-blog adalah dua perkara yang berbeza. kalau kau ikhlas jadi pembaca, kau rasa tak apa pun kalau blogger tu tak tau 'kehadiran' kau. tapi kalau menempel. kau bukan sahaja nak blogger tu sedar akan kehadiran kau, tapi kau macam nak perhatian dari pembaca lain juga. ewah. tamaknya kau nih.

antara yang dapat diperhatikan dalam dunia blog, dewasa ini.

*terlalu ramai yang suka akan dunia glamour/famous. suka hingga terkinja-kinja. errr, kalau pun mungkin kau kata kau tak suka diri kau famous, (kononnyalah) tapi kau tetap akan suka si famous-amos bukan?.. habis tu balik-balik muka kau je yang komen entry blogger famous. dah tu komen mesti nak kipas-kipas-kipas. tak pernah nak argue. betul semua lah blogger pujaan kau.

*macam lelaki pun, gila famous jugak. well. setikus mana pun lelaki nak sorok muka dia (konon taknak dikenali sebab rupa). tapi dia tetap suka dekat Lisa Surihani. bukannya nak suka diam-diam, buktinya, asyik-asyik tulis pasal Lisa Surihani. bukankah gila ramai yang minat Lisa Surihani. kau pun nak tumpang famous la tu kan. supaya boleh mention entry pasal Lisa dekat twitter dia. phui. 

*bukan setakat perempuan yang boleh famous dengan rupa cantik body slim. lelaki pun banyak yang jual rupa untuk famous. buktinya. begitu banyak gambar-gambar mereka bersidaian dalam blog. setakat dekat header blog memang tak payah cakaplah. yang dekat sidebar pun bersusun. err, paling hebat, kat entry blog orang pun ada header muka kau. aikkk! hey, aku ada rupa. so what?.. kau hado..!

*lelaki yang tak boleh nak famous sebab kurang kacak/atau memang rupa hancur stok sedih. tetap boleh famous dengan bikin kecoh. buat penulisan yang berbaur condemn/sinis/perli perempuan. lepas tu mesti perempuan akan hebahkan kat perempuan lain. hey.hey. baca tulisan mamat anon ni. kerja condemn perempuan. nak famous lah tu. mesti muka hancur. sebab tu taknak tunjuk. haha. haters pun boleh famous kan engkau. terima kasihlah kepada haters. 

*then bila masing-masing dah kian famous disebabkan faktor-faktor di atas. akan tiba waktunya mereka akan slow down dan kembali ke pangkal jalan. sebab mereka tahu bahwa dunia menempel/mengkondem/menyidai muka untuk famous ni bukanlah seronok sangat pun. tapi selepas itu, musim-musim ini akan berulang semula. dengan muka-muka baru. dengan isu condemn yang baru. 

yes, memang entry ni aku nak tekankan pasal isu nak famous/terlalu kejarkan famous. dan apa sahaja yang boleh bikin blog jadi famous. sebab memang isu ni sungguh terang-terangan kelihatan di mana-mana. well, aku pun tujukan entry ni untuk diri sendiri gak. frankly speaking. aku pun pernah terjebak dengan kancah masin berblog yang sebegini. aku mengaku. KahKahKah.


dan kepada yang menulis dengan originality, di saat majoriti gilakan trafik/famous bagai. Tahniah. Anda memang terbaekk!


p/s: korang pernah terjebak dengan point-point di atas? siapa makan kicap dia terasa masin.  peace no war.!


thanks sudi baca.. =)

Wednesday, August 17, 2011

menu berbuka puasa 17 Ramadhan.



Hi readers. Salam Ramadhan. thanks untuk komen-komen korang kat entry sebelum ni. aku hargai sangat. Big TQ! dah 17 hari kita umat Islam menjalani ibadah puasa. kalau cerita bab menu berbuka, setiap hari aku makan juadah yang sederhana ja. tak baik membazir. Allah marah. biar sederhana tapi puas hati. nak puas hati, kena masak sendiri. walaupun puasa tak dapat nak rasa masakan sedap ke tak, tapi kalau masak dengan ikhlas mesti rasa pun tak akan fail punya. percayalah.! dan menu berbuka aku pada hari ini ialah:-






nasik putih, kari ayam dan hirisan tomato yang dimasak sendiri. aku memang suka memasak, aku suka kelentang-kelentung didapur. rasa macam terapi, ceh bajet chef wan pui. aku masak ni dengan begitu gigih tau. carik ayam , carik asam jawa, cari kentang kat kedai runcit padahal badan dah lemau je. masak kari ayam senang je. 30minit dah siap. nak apa, karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat semua ada lengkap nutrisi. Alhamdulillah. mengenyangkan. makan berdua ja dengan roomate. 

housemates lain jarang sangat berbuka puasa di rumah, boleh dikira dengan jari kalau diorang berbuka di rumah serius tak sampai pun 7 kali. rumah ni pun macam kami berdua je yang menghuni, pukul 5 petang sampai lepas isyak sunyi ja. housemate lain semua panjang langkah agaknya jarang ada dirumah. nampak diorang ada bila time dekat nak tido pukul 12-1 pagi. and bangun subuh and nak pergi kerja. memang masa-masa yang tak sesuai nak say hi-hi pun. 

oklah. setakat itu saja entry hari ini. jumpa lagi esok. kbai.


p/s: esok nak masak apa pula yep. ada cadangan?.


thanks sudi baca. =)

Words Of Wednesday





-

-

-




-

-

-






p/s: kadang-kadang, aku harap tak ada pembaca blog ini yang kenal aku di dunia nyata. then bolehlah aku luahkan semuanya di sini. aku begitu sakit, bila rasa hati tidak terluah, ibaratnya macam makan ikan, tulangnya tersengkak di tekak. 




thanks sudi baca.. =)

Monday, August 15, 2011

cendol yang tak ada cendol



cendol bukan milo.


cendol yang dibeli di bazaar Ramadhan Sentul. sebungkus 1.50 sen, mee hijau dalam cendol yang dijumpai cuma 2 helaian pendek. well beginilah perniagaan orang kita.  bak kata trademark bebudak sekarang. Untunglahhhhhh!!


p/s:- cendol kat tempat korang cane?. berbaloi ke idak?


thanks sudi baca =)

semanis kuih kole kacang.


Hi readers. salam nisfu Ramadhan. sudah setengah bulan.  lagi setengah bulan. aku bukan counting hari raya lah. sebab kemeriahan raya semakin tidak mendapat tempat dalam jiwa aku. dewasa ini, aku memikirkan lebih banyakkkk hal lain yang lebih utama dari persiapan raya. cuma hari raya memang menjadi hari ulangtahun berkumpul sanak saudara. yang itu best. 




kuih kole kacang.


siapa tak pernah makan kuih ini dia rugi. sebab kuih ini adalah sangat sedap. walaupun manis, tapi bila kita makan, paling banyak pun kita akan makan 3 ketul sahaja. sebab kuih ini tidak sesuai dimakan banyak-banyak sampai satu dulang, kuih ini tak sama macam makan kuih karipap yang boleh dimakan sampai 10ketul selamba. kuih ini hanya makan tahap secukup rasa, tapi biarpun makan ia cuma sedikit tapi sangat memuaskan perasaan. kuih ini sweet sangat. kuih paling sweet dalam hidup aku. 

nak ceritanya, my mom tak pernah pun buat kuih ni. jadi aku berkenalan dengan kuih ni sebab jiran masa darjah 5 dulu jual kuih kat pasar malam. and kuih ni salah satunya yang dia buat dan sedap gila. sampai sekarang terkenang. aku beli kuih ni dekat rumah dia je. kejap ingat balik apa nama jiran aku tu ya. haaa. Cik Nab nama dia. suaminya nama Encik Halim. anak bongsu dia nama Nani. selalu Nani datang rumah kami lepas tu berceloteh kat tangga dengan adik aku. celoteh macam mak nenek. tapi fasih walaupun baru umur 3 tahun. (pada tahun 1998). comel sangat.!

aku memang tak tau macam mana nak buat kuih ni. everytime teringin memang aku beli je. dulu di tahun 1998, kuih ni aku beli dengan harga 20sen. sekarang aku duk KL, kuih ni aku beli dengan harga 50 sen. mujur kuih ini sweet, makan sikit dah rasa puas. jadi beli 3 pun dah cukup. mahal nya kuih kat KL 50 sen. rasa macam bila nak beli kuih tu kan, nak cakap kat peniaga tu, "saya nak beli seketul je kuih ni..." pastu pegi kat peniaga kuih lain beli pulak lagi seketul, dan begitulah seterusnya. biar diorang rugi plastik. wakaka!



p/s:- my mr.kingkong sebenarnya sweet macam kuih kole kacang. tak banyak pun yang dia lakukan dalam perhubungan kami, tapi setiap apa yang dia lakukan, adalah begitu manis. kekal dalam ingatan.


thanks sudi baca. =)

Sunday, August 14, 2011

masak-masak:- my first rendang and kuah kacang


Hi readers, Salam Ramadhan. 


seperti yang dirancang, semalam, penulis telah berjaya menghasilkan rendang ayam dan kuah kacang yang pertama dalam hidup. disebabkan ianya adalah pertama kali, maka wajib kita catatkan pengalaman tersebut dalam blog. akan datang boleh tunjukkan dekat my kids, "mama sebelum kawen lagi dah pernah masak rendang and kuah kacang sendiri, percubaan di bulan puasa pulak tu. ingat tak terer?"

cikgu memasak, dah tentulah my mom. sebelum ni pun memang banyak kali tolong-tolong emak memasak rendang and kuah kacang. tapi kalau dekat rumah emak biasalah, 50-50. mak masak 50%, anak sudahkan masak 50%. macam tak boleh dibanggakan kalau cuma tolong-tolong. nak kena masak sendiri. baru tau senang ke susah. kan?

so malam Sabtu aku pun gigih call emak mintak resipi.  alah. resipi dia bukan susah sangat pun. cuma step masak yang aku nak tau. aku ambik resipi asas je. tak accurate sangat bab berapa bijik bawang, berapa tangkai cili merah, semua ingredients memang ada, tapi sukatan dia tak accurate, sebab ini adalah percubaan pertama. apa yang penting, tahu basic.

dan mari kita lihat apakah rupa rendang ayam dan kuah kacang tersebut. lulus atau tidak?




rendang ayam

tadaaaa, inilah rendang ayam pertama yang berjaya aku masak. setelah post mortem dijalankan, rendang ini berupa begini kerana kurangnya santan, dan kurang cili kering. sebab aku letak cili kering blender and cili api tumbuk. so kaler dia tak merah. and aku guna kerisik yang in packet siap. akan datang kalau masak rendang aku tau dah apa yang patut aku buat, supaya bahan dia balance. dan rendang ini dah cukup bagus untuk orang yang baru 1st time try masak rendang, sila percaya.





kuah kacang

kuah kacang yang mendapat pujian my sister, dia cakap sedap. bangga weh. bangga. orang puasa dapat masak kuah kacang pertama dengan sukses. mulanya nervous gak takut tak sedap sebab aku main agak-agak je letak air asam jawa, gula and garam then nasib baiklah rasa dia balance. (secukup rasa). tak perlu banyak kali letak-letak garam gula. sekali je letak. haaaa. kan terer tu. *kredit to my sister sebab tolong tumbuk sepinggan kacang goreng. tugas my sister tumbuk-tumbuk je semalam, yang lain aku handle seorang.





dan inilah dia menu buka puasa semalam, dimasak dengan kegigihan selepas pulang dari Jalan TAR. bab rebus nasik impit tak payah story lah. budak darjah 6 pun terer rebus nasik impit. memang aku sengaja masak ala-ala menu raya sebab teringin gila. teringin sangat nak makan, tapi nak makan puas-puas. so kenalah masak sendiri. kalau beli dah tentu tak puas. lagipun mana nak order nasik impit kuah kacang kat kedai makan?.. ada ke jual? bazaar Ramadhan pun aku tak sure ada ke tak menu ni. Hehe




bila dah hadap sepinggan ini, dalam hati cakap kalau ada sayur lodeh dah tentu best. memang real punya juadah raya bagi kami orang negeri Johor. kalau hari raya mengadap juadah begini sampai raya ke-5 pun aku tak jemu. sebab ini memang juadah paling favret dalam hidup. kalah Kepsi Mekdi semua. tak boleh lawan punya. 


*semalam lepas Isya' emak call, beliau tanya jadi ke rendang ayam and kuah kacang tu?.. haha. mestilah jadi. anak mak kan terer! cuma hasilnya memang tak boleh lawan tauke lah kan. mesti emak masak lagi sedap.

*gambar guna handphone my sister, gambar dari kamera ada tapi malas nak transfer. 


p/s: rendang ayam and kuah kacang masih ada dalam peti. so maknanya petang ni aku boleh goyang kaki. panaskan je. 


Saturday, August 13, 2011

ber'Jalan TAR' menjelang 1/2 Ramadhan



Hi readers, Sabtu kali ini, 13 Ramadhan, penulis berjalan-jalan di Jalan TAR. ala, yang dekat ngan Masjid India dan Sogo tu, alaaa. yang itulah. memang Jalan TAR ada satu je kat KL. tak ada dua tiga. 

berita baik untuk yang malas membaca tapi suka tengok gambar, mulai hari ini aku akan belog seperti dulu-dulu. aku akan sedaya snap n kongsi gambar dengan readers. tapi jangan harapkan sangat gambar  muka aku.  *padahal mana ada orang berharap nak tengok aku. haih. tolong lah Sara!!.



inilah penulis belog. (macam dah dekat setahun tiada meletak gambar sendiri dalam belog). pic diambil selepas bersiap-siap untuk ke Jalan TAR. maaf gambar dikecilkan. penulis letak gambar dengan perasaan macam taknak letak pun. I know lah. Im not slim, but Im happy, coz Im not fat. no more diet, tapi berpuasa dapat menjaga kesihatan tubuh. itu pasti.!




and my sister yang InsyaAllah cerah masa depan kalau kawen dengan dia. bakal jururawat PPUM tak sampai 2 tahun lagi. starting salary 1.8k, tidak termasuk elaun/OT. kan ke banyak lelaki suka perempuan yang keja gomen? so, pilihlah jururawat jadi temanmu. HAHA. bukan iklanlah. aku mengarut saja petang-petang.





baju kurung moden di zaman moden. baju ini tidak lucah, sebab boleh dipakai dengan inner putih/hitam belah dalam. tapi kalau tak pakai inner, ianya bukan setakat lucah. malah lebih teruk dari itu. harga RM98,  ada macam-macam color yang sangat mencuit hati. boleh dapatkan di Jalan TAR sebelum raya menjelang. again, bukan iklan. aku bagitau je.





dan brooch 1 Malaysia sementara Najib masih berkuasa. murah je, 3 bijik RM5, bukan RM24 jutalah. gila apa kau. ini bukan cincin. ini cuma brooch ala-ala kaler jalur gemilang, pakailah sempena Hari Kemerdekaan. cintakan negara tak?.. *tapi aku tak beli, 1 Malaysia? tolonglah!




dan ini adalah shawl anting-anting. tak payah pakai anting-anting dekat telinga sebab shawl zaman moden dah ada anting-anting. tidak perlu proses tindik, hanya lilit-lilit sesuka hati. boleh letak hiasan reben jika mahu. pasti hari raya menjadi lebih bermakna. *aku memang ada talent untuk promote sampai orang makan hati, kan?.




dan tudung belang-belang bertingkat-tingkat pun sesuai digayakan untuk hari raya. comel digantung begini buat aku tertarik nak snap gambar. *sedang aku snap, peniaga tudung ini perli aku baik punya. dia cakap. "hah, nak tengok, nak ambik gambar, nak jadik model semua pun boleh...". alah peniaga. aku ni blogger tahu. promosi tudung kau dalam blog secara percuma pun taknak ke. kang aku promote muka kau kang....!






brooch berupa pin, cantik dan gebu, dan murah, 7 bijik RM10.. pelbagai warna mengikut citarasa. memang berbaloi-baloi.


apa yang aku beli? baju raya?.. tudung raya?.non hado. aku cuma beli memory card baru untuk my digital camera. siap bateri RM50 terbang begitu sahaja. *nanges. but I love my digital camera. dah 4 tahun pakai masih elok di dalam genggaman. walaupun dah 8 bulan kamera tersebut 'bercuti' dari tugas, tetap elok ai sayang sangatttt.!

*my sister berhabis RM127, untuk sepasang baju, sehelai shawl, dan brooch-brooch comel tersebut.



oklah, cukup sekadar itu, harap terhibur dengan paparan hari ini. selamat berbuka puasa semuaaaaaa. kbai!



Friday, August 12, 2011

menu berbuka puasa 12 Ramadhan.


Hi readers,

ini adalah kali pertama (untuk Ramadhan tahun ini) penulis tunjukkan gambar menu buka puasa dalam belog. masak sendiri dah tentunya. 12 hari berpuasa, tidak pernah menjejaki bazaar Ramadhan pun, setiap hari pun akan masak sendiri di rumah. power tak. power tak? 

*ada dua kali berbuka secara free, dibelanja oleh rakan so tenkiu!

hari ni macam rajin nak masak best *walaupun tak adalah best mana. sebab my sister is here, bermalam di rumah aku untuk dua malam, coz kami plan esok nak ke Jalan TAR, dia nak beli baju raya. bersedialah nak hadap Jalan TAR yang sesak dalam keadaan berpuasa, sungguh membencikan tapi tak ada pilihan. betul?

jom lihat apa yang kami dah telan masuk perut, pada petang tadi. 




makaroni goreng sotong.




nasik goreng biasa.




keropok goreng.


juadah home made yang sederhana dan tahap biasa-biasa saja. kualiti gambar agak kureng sebab guna phone 2.0 mp jek. sebenarnya juadah utama adalah makaroni goreng, nasik goreng tersebut menjadi nasik goreng sebab pagi tadi aku terlepas bangun sahur, *menangis bila bangun dah azan subuh, so nasik tu aku simpan dalam peti ais dan digorenglah petang tadi. tak baik membazir. peti ais sangat berguna. tenkiu peti ais. we love you. :p

*jangan tanya resipi makaroni goreng, sebab aku suka hentam-hentam je memasak ni, tak ada ikut resipi mana-mana. dan everytime masak, selalunya menghentam dengan cara berbeza. tak skema sangat, janji sedap. sedap ke?.. errr.

aku harap esok aku berupaya untuk masak nasik impit dan sambal kacang, juga rendang ayam mana tahu? kalau memang berjaya masak, maka entry esok akan buktikannya. dan kalau tak ada, faham-faham sajalah. mungkin rendang ayam dimasak dalam mimpi saja. HAHAHA.


p/s: malam ni kena call emak mintak resipi. kbai


dan... yang tertinggal adalah memori




Friendship End?
 But Memories last Forever. In my Heart, In my Mind.


percayalah bahwa dalam perjalanan hidup, ada ketikanya semua benda yang terjadi seakan bersatu di dalam angin puting beliung. dalam satu masa. kita kehilangan banyak benda. 

angin puting beliung tersebut bawak pergi segala kekuatan dan sandaran yang ada. dan bila dibuka genggaman tangan. kosong. 


tapi selagi nafas terhela, kaki harus melangkah jua. hidup terus hidup. segala macam beban di bahu kanan dan kiri, aku cukup dewasa untuk hadapi. 

dan Alhamdulillah. Allah aturkan yang baik-baik. kaliankah yang mendoakan aku?. terima kasih jika Ya.


aku mungkin bukan kawan/teman yang baik. yang boleh selalu bersama-sama menghimpun cerita memburai gelak tawa. 

aku memang jiwa misteri yang mendambakan ruang peribadi, semakin kau cuba fahami, maka aku mungkin semakin menyakitkan engkau. 

aku memang jiwa keras yang bukan sebarangan watak boleh melentur aku. usah fahami aku. doakanlah yang baik-baik untuk aku dari kejauhan. doa ikhlas engkau, moga Allah kabulkan.


*terima kasih kerana masih baca aku*



Tuesday, August 9, 2011

what my heart says...


















p/s: hey Sara, It's just a matter of time. Believe in your dreams.



woman with brain.


Hi readers. jam menunjukkan pukul 1.16am. ketika entry ini mula ditaip.



pic dari enjin carian Google.


penulis menggigil dan menahan lapar. dah dua hari tak jamah nasik. semalam berbuka dan sahur makan spagheti goreng. hari ini berbuka kuih kole kacang dan karipap. itupun makan ia jam 9 malam. jam 7.30 petang berbuka dengan sebotol air mineral kat 7 Eleven LRT Kelana Jaya. hari ni (Isnin) busy sikit sebab lepas kerja aku ada urusan kat Kelana Jaya. settle kan hal my only brother. baru 3 minggu duduk KL. tiap-tiap minggu aku pergi jenguk dia. memang pun dia dah besar, dah 22 tahun, tapi dia kat situ macam duduk asrama. tak boleh keluar lebih pukul 7malam. apa yang dia kurang, aku kena kasi setel. 

dah dua kali ke sana sebelum ni my bestfriend yang duduk Subang akan fetch me kat LRT Kelana Jaya. then bawak aku jumpa adik aku. kebetulan everytime aku datang Kelana Jaya pun memang lepas waktu kerja. around 5-6pm. lepas jumpa my bro kejap then kami pergilah makan and he will send me home. but this time dah puasa kan, dia nak berbuka puasa dengan his mom. pukul 6 lebih kau bayangkanlah jalanraya kat KL ni harus bagaimana. semua pakat carik bazaar Ramadhan, carik bandung cincau, carik nasik dagang. huh. maka my bestfriend cuma boleh call me and cakap jalan baik-baik sorry tak dapat teman dan sebagainya. so thats it. today was tiring! fenat.fenat.fenat! 

*hirup milo panas jap. tahan perut tunggu sahur baru makan nasik.

dan ceritanya masa balik tadi, kat LRT Masjid Jamek time aku tukar Putra ke Star untuk ke Sentul, ada seorang ibu muda tegur aku. *mulanya aku taktau pun dia dah jadi ibu nampak muda je. dia sebenarnya nak make sure LRT Sentul kena naik kat mana. and kebetulan destinasi kami sama maka ramah tamahlah aku jadinya. dia cakap hari ni 1st time dia naik LRT, selalunya dia naik kereta. tapi kereta rosak. so dia taktau sangat. dia kerja kat UM. actually, kerja dan belajar. kat Pusat Perubatan Universiti Malaya. further study untuk dapatkan title Doktor Pakar. Wowww!

*bunyi Wowww tu dalam hati je okeyh.

dan aku pun tanya satu-satu and dia pun jawab satu-satu. asal Johor. #Ehsama. dah berkahwin dan ada anak sorang. #Ehtaksama. pfftt! she is only 29 years old beb. dah pernah berkhidmat sebagai doktor selama 5 tahun. baru je masuk PPUM bulan Jun lepas. katanya mungkin ambik masa 4-5 tahun untuk dapat title Doktor Pakar. Pediatric Specialist. bertuah suami beliau dapat isteri gigih belajar. yang pasti suami dia tentunya suami yang baik, support isteri sambung belajar peringkat tinggi. banyak cabaran. nak belajar, bekerja, nak exam, jaga suami, jaga anak. 

*aku baru jaga adik dua orang kat KL pun dah pening.

then dia cerita yang anak and husband dia belum pindah KL lagi. and tidak lah aku bertanya husband dia kerja apa. anak dia umur berapa, tahun bila dia kawen, heh. kau ingat semua soalan boleh nak tanya sesedap rasa je ke. hormat sikit. but seriously this young lady yang pada mulanya aku ingat dia kerja kerani je kat UM. LoL. rupanya profession doktor and nak up ke doktor pakar hambik kau jangan pandang sebelah mata. 29 tahun memang dianggap masih muda untuk apa yang dia dah capai, isteri, ibu, doktor, and doktor pakar soon. rasa impress terjumpa woman with brilliant brain secara accidentally macam ni. 

*my bestfriend cakap kalau ada girl yang nak further study oversea boleh jadi calon isteri dia. dia nak sangat duk oversea bersama isteri yang sambung study. Australia, New Zealand. anyone?


p/s: perempuan bijak adalah lebih menarik daripada perempuan seksi. kan?



Monday, August 8, 2011

Make Up Monday #3



Hi readers, Hi Haters. Salam Ramadhan. Slot Make Up Monday kembali. kali ini quotes tidak ditaip. penulis put much effort cari gambar. Heh. layan!






























*lately guwa busy banyak benda nak setel. guwa tak ada masa nak memahami/meratapi kepedihan hidup orang. lagi-lagi pedih putus cinta. baik guwa layan Bersamamu TV3. lagi real punya perit.

*lu tak kenal guwa tapi benci guwa. guwa syak ada dua kategori je, sama ada low class IQ, atau tekanan jiwa. kategori dua penyakit ni memang tak ada ubat dan selalunya melarat. jaga-jaga.!


p/: ai tak ganas. ai baik je. fyi, anda berada di zon bebas carutan dan sebarang komen mencarut akan di delete serta merta. 



Saturday, August 6, 2011

Troll:- Khairul Fahmi terima tawaran jadi model/pelakon.

Hi readers. 



Khairul Fahmi Che Mat


"kebelakangan ini karier saya sebagai penjaga gol utama team kebangsaan semakin dilupakan, rakyat Malaysia nampaknya lebih fokus kepada kehidupan peribadi saya, kerapkali saya diekori paparazzi dan setiap gerak langkah saya menjadi buruan media. maka saya memutuskan wajar dan mungkin lebih lumayan jika saya terima saja tawaran menjadi model dan pelakon filem. kemungkinan besar saya bakal bergandingan dengan Aaron Aziz sebagai Abang Ngah dalam sequel KL Gangster. pihak Skop Production sedang berbincang tentang perkara ini.





Nora Danish


sebenarnya sudah acapkali saya ditawarkan untuk berlakon, dan kali ini sudah tentu saya tidak akan menolak, penerbit percaya saya dapat memberikan kutipan/rating tinggi jika saya diambil berlakon. khabarnya para penerbit telah terlebih dahulu melakukan research melalui blog Beautiful Nara dan Oh Bulan. selain mungkin  ditawarkan dalam sequel KL Gangster, saya juga ditawarkan berlakon  berdampingan dengan Nora Danish untuk sebuah filem bertajuk Cuti-Cuti Bola Sepak." ujar Khairul Fahmi Che Mat 22.




p/s:- click here to know what is Troll all about. LOL



If someone....






p/s: mood malas menaip. weekend pertama di bulan puasa. apa aktiviti anda?

Friday, August 5, 2011

bercerita tentang Ramadhan.

hi readers, Salam Jumaat. 5 Ramadhan 1432 H.

Alhamdulillah. 1st time update blog selepas bersahur dan Subuh. selalunya update blog time dah nak waktu lunch. dan selalunya entry akan berada dalam draft berjam-jam. entry separuh jalan dan mulalah blur. asyik edit again and again. hari ni aku tak masuk ofis. meeting luar lepas orang solat Jumaat.

Ramadhan kali ini tidak seperti tahun-tahun sudah. sebab Ramadhan ini diraikan dengan teman-teman serumah yang baru dikenali sejak 2 bulan lalu. semua housemates punya rasa hormat yang tinggi antara satu sama lain. ada nilai kesopanan dan kesusilaan. dan ini adalah satu hal yang menggembirakan hidup. boleh bersenyum setiap hari. 

nilai kesopanan dan kesusilaan sangat penting, sebab itu dia tersenarai dalam rukun negara. siapa tak sopan dengan aku, aku sangat berkuasa untuk remove dia dari hidup dengan tanpa toleransi. kerana hidup terlalu singkat untuk dibazirkan dengan melayan manusia yang tidak sopan. apatah lagi yang biadap. bai.bai.

4 hari sudah, aku hanya berbuka puasa dirumah. bersama roomate tentunya. dan semalam, emak roomate (ibu tunggal) datang dari Perak, dan kami berbuka puasa bersama. emak roomate kehilangan suami sejak 12 tahun lalu. tapi beliau seorang yang survive. baru bersara jururawat tahun lalu. lepas berbuka kami sempat juga berbual panjang. 

1-3 Ramadhan, aku masak sendiri untuk makan buka puasa. masak untuk 2 orang tentunya, masak yang simple je, then masak lebih sikit untuk bawak ke sahur. tapi semalam roomate cakap tak payah masak, dia belanja beli makanan buka puasa. sebab dia baru dapat gaji. dan Allah jualah yang melimpah rahmat keatas kebaikan anak yatim ini. Amin.

duduk dengan anak yatim menyejukkan perasaan. sebab dalam diam-diam status dia mengajar aku berbuat bakti. langsung aku tidak mahu berkira, dan kebetulan roomate pun jenis sama. kadang-kadang dia cakap, minggu ni dia beli barang basah, so next week aku pulak. kurang lebih dia mintak halal. sebab malas nak kira-kira and divide. beli sikit je pun untuk 2 orang, kat kedai runcit je. tak ada resit bagai. tapi kalau beli kat supermarket secara pukal kami divide secara adil.

kalau ada peluang, berbuat baiklah kepada anak yatim. buat baik yang sedikit kepadanya ganjaran Allah sangat besar. alang usap kepala anak yatim pun beroleh pahala, apatah lagi kalau buat baik dalam perkara lain. dan bila tinggal dengan anak yatim, selalulah bertanyakan keizinan beliau dalam kes yang melibatkan harta benda. *jangan 'makan' harta anak yatim berdosa besar tahu.

rasanya cukuplah cerita Ramadhan setakat ini. Selamat menjalani ibadah puasa, and happy weekend to all. 


p/s: mengantuk.!


Thursday, August 4, 2011

respon terhadap entry lepas dan beberapa perkara.


hi readers, Salam Ramadhan. diharap anda semua berada dalam kesejahteraan dan kerahmatan. Amin. Ramadhan ke-4, Khamis, 4 Ogos. esok sudah Jumaat, dan kembali weekend. dan begitulah seterusnya putaran masa. sengaja entry ini dibuat sebab hakikatnya tak ramai orang boleh faham Wordless Wednesday. sebab itu selalunya aku buntu nak letak gambar apa without any caption. kelak slot Wordless Wednesday aku letak gambar diri sendiri mungkin. LoL.



dan inilah dia gambar WW semalam.





memang betul lah. masa tetap berjalan dan takkan tunggu kita. apa yang kita dah terlepas semalam, mana boleh kita dapat semula hari ni. aje boleh ke nak qada' tarawih yang semalam kepada malam ini?..see, you will never get that chance back. past is past, apa yang kita pernah miliki tahun lalu. mungkin bukan lagi milik kita tahun ini. masa lalu adalah perkara yang kita sudah terlepas. tak ada mesin masa untuk berpatah semula. kita sekarang hanya memiliki hari ini. dan hari esok juga belum tentu milik kita.





semestinya bukan tunggu waktu berbuka puasa. apa you all ingat aku baru belajar berpuasa kot?. maksud yang tersirat disebalik gambar jam di entry semalam sudah ada tertulis di ruangan (p/s) tetapi ramai yang tidak faham. *komen anda menunjukkan anda tidak faham. well. its ok. 

to James Alexander, dun put the word 'andai' in ur sentence because it doesnt suit my case. sudah semestinya aku ini lebih memerhatikan diri sendiri. memang sudah pasti, tidak perlu diandaikan, aku memang hidup sendiri, survive sendiri. jatuh bangun sendiri. yes, banyak yang berlaku dalam hidup aku, bertukar kerja dan berpindah rumah 3 kali dalam 8 bulan. cukup banyak bukan?

dan tidaklah aku perhatikan hidup orang lain setiap hari. tetapi aku ambik tahu juga sekali-sekala. dan ayat yang aku maksudkan dalam entry semalam. bila mana aku tengok life orang lain secara sekali sekala. aku rasa macam aku ada skip setahun dalam hidup. sebabnya. baru je hari tu aku hantar mesej tak dapat hadir ke majlis perkahwinan, tiba-tiba hari ini aku nampak gambar baby mereka berusia 3 minggu dalam Facebook. look at them. dah jadi mommy and daddy.

and... look at me....Im not a mommy. not yet a wife. so you got what I mean?. heh.

melihat hidup orang lain secara sekali-sekala itulah buat aku rasa...Hey,how time flies??..dan sebab aku memang melihat kehidupan aku secara hari-hari. maka aku macam rasa masa seakan berhenti, sebab apa yang aku buat hari ini adalah sama macam apa yang aku buat bulan lepas, you know. bangun pagi. pergi kerja, balik kerja, online, memasak, makan, tengok tv, bersembang dengan housemate tentang hal dunia, dan... dan tidur malam sendirian. Hahaha!. macam itulah lebih kurang yang tersiratnya.

but Hey, dun get me wrong. wihout any changes/progress of marital status, I am fine! I am happy. 

walaupun status sekarang adalah belum bertunang, sekurang-kurangnya aku sudah punya calon tunang. mind you. title calon tunang adalah much better daripada title bekas tunang. dan tak boleh nak cakap calon suami. bukan sebab belum layak, tapi bimbang dicerca para pembaca. lalu di brain wash slot nasihat percuma berbunyi janganlah yakin sangat, janganlah bercinta sangat. Yes. I know lahhhh. I know better than anyone else. 

tidak pernah lagi aku me'reveal' siapakah my mr.KingKong. juga tidak pernah di upload sebarang gambar beliau dimana-mana ruangan blog, atau laman sosial peribadi aku. anda tidak tahu namanya, juga tidak kenal bagaimanakah rupa beliau. jadi sepatutnya tidak timbul lah isu 'jangan yakin sangat, kalau tak jadik maluuu..' bukankah nasihat sedemikian lebih sesuai ditujukan kepada mereka yang meletakkan gambar calon tunang di sidebar blog dan album muka buku masing-masing.?

Ops. jangan pulak you all kata aku suruh you all ikut macam aku, dah tentu bukan. blog masing-masing suka hati masing-masinglah. cinta hati masing-masing terpulanglah. but what happen next. tertanggung di bahu masing-masing juga. baik, cukuplah tentang isu cinta hati ni.

kepada pembaca yang baru saja mengikuti blog ini (in case kalau ada...) anda sedang melayari blog bergenrekan peribadi, cerita peribadi, tetapi bukan semua hal peribadi diceritakan. pendapat peribadi yang tidak apa jika tidak bersetuju. dan.. sebenarnya penulis blog ini adalah peramah, tak percaya pergi tanya rakan blogger yang pernah jumpa aku secara personal. ya, Ramadhan tahun lalu banyak berjumpa bloggers. setahun sudah rupanya ya?



p/s: Hi Ariff Shah bila nak balik Malaysia. Hi Joegrimjow bila nak belanja buka puasa. Hi ZackZukhairi.... ok. Zack aku belum jumpa lagi.. errr. selain Zack ada sorang lagi blogger lelaki (anonymous blogger) yang aku teringin nak jumpa. tapi tak boleh reveal siapa. hah. ok. bai.