Saturday, July 30, 2011

terima kasih kepada jiwa-jiwa murni.




" Sara, kalau you susah, you jangan segan carik I.. ok?"

my friend cakap macam ni, on the way dia hantar aku balik rumah lepas tengok wayang midnite malam tadi. masa tu jalan raya kat KL pun agak lengang. tambah dengan hujan turun, mahu tak tacing aku dibuatnya. 

aku harap aku jugak boleh cakap macam ni kepada jiwa-jiwa murni yang hadir dalam hidup aku. tapi aku belum boleh. cuma dalam hati aku doa banyak-banyak, moga Allah balas hanya kebaikan pada setiap mereka yang berbuat baik, dan bersangka baik kepadaku.

my friend pun cakap, selalunya kawan-kawan yang faham kita bukanlah kawan yang kita kenal lepas umur 20an. tapi kawan yang kita kenal dia sejak zaman sekolah. walaupun lost contact lama, kawan sekolah akan selalu jadi kawan kita. 

*manusia akan selalu diuji oleh Allah, dan kita tidak akan melalui tahap ujian yang sama. Alkisah orang lain, jangan mudah menilainya dengan sebelah mata, apatah lagi dijadikan bahan mengata dan gelak tawa. sebab bukan engkau yang lalui jalan hidup dia.


review filem:- Captain America.

hi readers.

dah lama blog ni menyepi daripada sebarang review filem. sebenarnya banyak filem yang ditonton tidak direview kerana selalunya penulis macam dah terlambat tengok, so malu nak buat review bila semua orang pun dah buat review. 

kali ini, macam tercepat sikit lah menonton filem ini. so. buat lah review. kot la ada yang rindu slot review penulis pinggiran ini.

review filem Captain America:-

diadaptasikan dari kartun bergenrekan superhero. penyelamat Amerika sekitar tahun 1940. dimana ketika ini style rambut sang heroin adalah blonde, ikal, berkulit putih, dan lipstik mesti merah gelap. alaaa. zaman dulu-dulu.

Steve, seorang lelaki muda, yang berjiwa murni mahu menyertai pasukan askar demi cintakan negara, tetapi secara fizikalnya beliau tidak layak, kerana kurang ketinggian, kurang berat badan, dan...beliau juga penghidap asma.

nasib beliau berubah apabila perbualan beliau dengan rakan baiknya tentang mengapa beliau ingin menyertai askar didengari oleh seorang saintis. lalu beliau diberi peluang. menjalani latihan ketenteraan, dan disinilah beliau bertemu... sang heroin.

Steve dijadikan bahan eksperimen beberapa serum tertentu, dan hasilnya beliau 100% berubah secara fizikal. lebih tinggi, tegap, handsome, dan gagah. malah kelihatan lebih hebat dari kesemua askar yang sedia ada. dan apalagi, pastilah heroin jatuh cinta. Lol

Steve tidak terus menjalani hidup sebagai askar, akan tetapi terpaksa menjalani hidup sebagai watak superhero dalam persembahan pentas, memakai kostum, menyanyi sambil diiringi penari-penari. dan disinilah watak Captain America bermula.

perkhabaran tentang rakan baiknya mungkin mati didalam tahanan Hydra (organisasi gila kuasa yang mahu menguasai dunia), Steve bertekad meninggalkan pementasan dan kembali kepada cita-cita asal beliau, berjuang di dalam peperangan, menumpaskan Hydra dan membebaskan rakan-rakan askar yang menjadi tawanan. dan bermulalah kehidupan sebenar Captain America di dunia realiti. 

dapatkah Hydra ditumpaskan? apakah kesudahan kisah cinta Captain America bersama heroinnya? Jeng.jeng.jeng. haaa. yang itu kenalah tonton sendiri.


overall, Captain America bukanlah filem yang gempak macam Transformers. tapi filem aksi yang boleh tahan menghiburkan. ada banyak humor, dan Captain America sebenarnya berwatak comel. (bukan sahaja handsome macho). comel sebab kelakar bersahaja. boleh bagi 7/10. 

*nak tau tak, Captain America punya watak bersahaja beserta mimik muka dia tu ada macam reaksi my mr.kingkong sikit-sikit. selalu spontan, dan gaya bercakap pun ada sama. aduh. serius terbayang mr.kingkong masa tengok citer ni. Lol.

*aku tengok citer ni dengan my friend, kat Summit USJ, time nak balik, tiket parking hilang walaupun kami dah bayar. and my friend selamba cilok jalan kereta depan. oleh sebab kereta depan slow je gerak. makanya time kami cilok, gedegang jugaklah penghadang tu kena bumbung kereta. my friend cakap, peduli apa cctv ada ke apa. Lol.


p/s: musim puasa, turut berpuasa dari tengok wayang. =)

Friday, July 29, 2011

disebalik Malaysia vs Singapura


Hi readers,

game over. Malaysia gagal ke peringkat seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. apapun, mari kita lihat apa yang ada disebalik perlawanan Malaysia vs Singapura. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 


*bola sepak kembali menyatukan rakyat Malaysia. begitu hebat sokongan jutaan rakyat yang tidak berbelah bahagi. lebih 90 ribu penyokong membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. teruskan sokong harimau malaya. kita masih ada peluang untuk Olimpik 2012 London.

*persembahan terbaik dari Khairul Fahmi Che Mat. tak payah ulas panjang, semua orang pun nampak kehebatan beliau. memang semangat harimau paling sejati bila urusan peribadi tak jejaskan prestasi.

*harimaumalaya pamer aksi yang jauh lebih baik dari 1st leg di Singapura 23 Julai lalu. tapi sayang, setiap kali ada momentum, setiap itu juga ada player Singapura yang nazak macam nak mati. kalau dah nazak sangat pegi matilah. buat apa masuk padang. 

*walaupun tewas, jutaan tahniah untuk skuad harimau malaya. mereka sudah berjuang. tahniah untuk the whole team, terutama Safee Sali, Kunalan, Amar Rohidan, dan Amirul Hadi. dan semua penyokong tidak kira dimana jua anda semua menonton perlawanan malam tadi.



pengajaran yang dapat diambil dari match semalam.


*kalau rasa tulang lembik, jatuh sikit terbaring 5 minit, jangan main bola sepak, bagus kau pergi main guli je kat laman rumah. sure sampai jadi atuk pun terpelihara tulang. bebas osteoperosis.

*kalau ada migrain atau barah otak, jangan jadi penjaga gol. bungkus je kepala kau, then pergi cari doktor untuk dapatkan rawatan laser.

*gadis-gadis sekalian, tak payah jadi pelakon depan kamera. pasti rugi. sebab jadi gadis paramedik atas padang mungkin income lebih lumayan. tak susah. tugasnya lari-lari anak bawak ais je. sesiapa pun boleh buat.




p/s: aku rasa rules bola sepak kena tukar lah. masa kecederaan perlu setimpal dengan masa player pura-pura cedera. kalau total lakonan kecederaan boleh sampai 30 minit. tapi masa kecederaan cuma 5 minit. mana keadilan bai. mana?


Thursday, July 28, 2011

Profail Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagopal

hi readers, hi gosipers... 

kepada yang demam bola sepak, jom baca entry ini, 

udah-udah ler bergosip pasal goalkeeper berskandal bagai, game malam ni lagi penting wo. hidup mati nasib dan maruah bola sepak Malaysia ni. sayang Malaysia.

jom, kenali lebih dekat siapakah para pemain bola sepak dalam skuad Harimau Malaya bimbingan jurulatih Datuk K.Rajagopal. tak kenal maka tak cinta. kalau bukan kita yang sokong skuad bola sepak tanah air, siapa lagi. 

jom lihat satu persatu siapakah tunggak utama pasukan Harimau Malaya yang diantaranya mungkin beraksi malam ini:-




Mohd Safiq Rahim
5 Julai 1987
Selangor
Pemain Tengah (Kapten Harimau Malaya)
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai, tidak beraksi malam ini disebabkan kad merah).



Sharbinie Alawie
7 Disember 1986
Terengganu
Penjaga Gol Kedua Harimau Malaya
(Penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)



Khairul Fahmi Che Mat
7 Januari 1989
Kelantan
Penjaga Gol Utama Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Liverpool)



Mohd Safee Sali
29 Januari 1984
Selangor
Penyerang Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai, menjaringkan 2 gol minit '1,'72)


Aidil Zafuan
3 Ogos 1987
Negeri Sembilan
Pertahanan Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Taiwan)



Abdul Hadi Yahya
6 Mac 1985
Terengganu
Penyerang Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai, menjaring gol minit '70)



Amirul Hadi Zainal
27 Mei 1986
Selangor
Pemain Tengah Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)


Ismail Faruqi Ashari
15 Oktober 1986
Terengganu
Pemain Tengah Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)




S.Kunalan
22 Ogos 1986
Negeri Sembilan
Pemain Tengah Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)



Mohd Fadhli Mohd Shas
21 Januari 1991
Pertahanan Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)



Mohd Muslim Ahmad
25 April 1989
Terengganu
Pertahanan Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)


Mohd Ashari Samsudin
7 Jun 1985
Terengganu
Penyerang Harimau Malaya



Mahali Jasuli
2 April 1989
Selangor
Pertahanan Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)



Asrarudin Putra
26 Mac 1988
Selangor
Pertahanan Harimau Malaya


Izzaq Faris Ramlan 
18 April 1990
Terengganu
Penyerang Harimau Malaya
(penampilan terakhir Malaysia vs Singapura 23 Julai)


Amar Rohidan
23 April 1987
Kedah
Pemain Tengah Harimau Malaya


sumber adalah dari internet melalui carian Google. sekiranya terdapat fakta yang silap, atau pemain yang tidak tersenarai, harap dimaafkan.



dan, kesebelasan utama yang bakal diturunkan mungkin adalah seperti berikut:-



PENJAGA GOL: 
Khairul Fahmi

PERTAHANAN:
Mahali Jasuli, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Asraruddin

TENGAH:
Amar Rohidan, Kunalan, Amirulhadi ,Ismail​ Faruqi

PENYERANG:
Safee Sali, Hadi Yahya





selamat maju jaya kepada pasukan harimau malaya, dan untuk semua peminat bola sepak tanah air, semarakkan semangat bola sepak Malaysia walau dimana jua anda menontonnya malam ini, sama ada di stadium, mahupun di rumah. siapa tak ada astro, perlawanan juga ditayangkan di RTM1.

pesanan untuk skuad harimau malaya:-
*fokus.fokus.fokus

pesanan untuk skuad Singa import:-
*jangan banyak berdrama atas padang ok.


p/s: draft entry ni dari semalam, jenuh nak cari pasal player satu-satu. dan anda, menonton dimana malam ini?



Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #6 Hari Mau Mengaum





p/s:- Harimau Malaya, jadikanlah Sang Singa import lauk anda malam esok. 



Tuesday, July 26, 2011

Slot Selasa:- SerbaSerbiDuit #1

hi readers. hi friends...and..... hi enemies.

lately bila aku bangun dari tidur, time nak kemas katil. ada benda yang aku cukup menyampah nak buat. iaitu kutip helaian rambut aku yang berguguran. rasanya kalau dihitung boleh dapat 20-25 helai. yes. rambut gugur setiap hari. itu belum campur gugurnya ia ketika take shower. apatah lagi apabila disisir. cuba kau bayangkan kalau 60-70 helai ia gugur dalam sehari, cukup tahun besok time aku nak kawen silap-silap kena pakai rambut palsu untuk suami.

*tapi fakta dari internet cakap rambut wanita gugur antara 50-100 helai dalam sehari. ok fine lah.

spoil lah fakta dari internet ni. baru ingat nak kaitkan masalah keguguran rambut dengan zaman #SerbaSerbiDuit. rupanya tak boleh nak dikaitkan. Cis. potong ah. 

tapi tak apa. topik tetap akan dibincangkan. sebabkan zaman sekarang adalah zaman #serbaserbiduit, maka semakin banyaklah orang yang guna bermacam inisiatif untuk cari duit, paling utama, tentulah bisnes. orang kampung sebut, #meniaga. jadi marilah kita mulakan dengan cerita bab meniaga yang pertama.

semalam my roomate beli karipap segera dekat bazar area ofis beliau. alah, karipap ni yang bila kita beli, balik rumah kita cuma perlu goreng saja ia. dan kemudian bolehlah dimakan. tapi bila dikira-kira, sebijik karipap dijual dengan harga 30sen. kalau beli yang dah digoreng pun 40 sen. minyak masak 25sen 100gram. gas lagi?.. tak ke lebih kurang je sama ada beli yang belum digoreng mahupun yang sedia dimakan. psikologinya macam murah sikit. padahal sama je. kan.

macam jugak kalau beli Perfume mini bottle jenama O** D*** misalnya. kalau beli satu set ada 8 botol harga dia RM40. tapi kalau beli sebotol je kat pasar malam depa jual RM6 sebotol. sebotol 2.75ml.  let say kalau beli sebotol 2.75ml dengan harga 6ringgit. memang 6ringgit bunyi macam murah. tapi try kau guna formula matematik tahap Upsr untuk dapatkan harga perfume tersebut untuk 100ml. mari aku tolong calculate. 

2.75ml = RM 6
1ml = RM 2.18
100ml = RM 218

haih. macam lagi berbaloi beli minyak wangi 100ml yang harga RM200? kan. memang semua ni permainan psikologi je. orang meniaga nak nampak macam murah. dan memang murah bagi mereka yang tidak mahu mengira. tidak mahu bukan tidak tahu. atau mungkin tahu tapi tidak ambil tahu. serangan psikologi berhasil. syabas O** D*** perfume dan segala perfume mini bottle yang seangkatan dengannya. patutlah stokis depa boleh masuk TV cakap hidup dah berubah bagai. HeHehE.

contoh ketiga bab #meniaga. masih lagi tentang harga. my roomate beli coffee 3in1 yang harga rm8.90sen untuk 30 paket kecil. dia cakap, murah. aku pulak beli Milo 3in1 30paket kecil dengan harga rm12.90sen. dia bancuh coffee dia, aku bancuh Milo 3in1 aku. bezanya. dia bancuh coffee 3in1 tersebut dengan sesudu teh susu pekat.  aku plak cuma bancuh my milo dengan air panas. my roomate cakap, kalau tak letak susu pekat tak sedap coffee tersebut.

dah kalau everytime bancuh nak kena ada susu pekat sebab nak sedap, tak ke sama je nilai dengan beli Milo 3in1 macam aku yang dah sedia sedap tak payah tambah susu pekat bagai. psikologi kan?. benda murah yang kurang sedap kau kena add on benda lain untuk bagi dia sedap. atau kau beli mahal sikit lebih 3-4ringgit tapi kau tak payah add on apa-apa adalah sebenarnya sama nilainya.

itu tak masuk lagi bab harga barang-barang kat pasaraya. semua tag harga mesti ada 95sen kat belakang. 9.95sen, 19.95sen. 99.95sen. psikologinya macam still murah. padahal, baki 5sen tu banyak orang taknak lalu ditinggalkan saja diatas kaunter cashier. kehkehkeh

dan sebenarnya bab #meniaga ni ada banyak lagi contoh lain, yang mungkin you all sendiri ada pengalaman. tak dinafikanlah, kita memang mudah 'diserang' secara psikologi oleh peniaga yang meniaga. tapi peniaga tetap meniaga, dan pembeli tetap membeli. berurusniagalah selagi ada money, berbelanjalah selagi ada gaji. yang belum bergaji macam aku. diam-diam je update entry. Lol.


p/s: penulis mengada-ngada buat Slot Selasa untuk topik SerbaSerbiDuit pulak. konon macam Financial Advisor bertauliah lah.  Hi Ambank Group tumpang lalu. :p



Monday, July 25, 2011

Make Up Monday #1



Make Up Monday:-

Because of every Monday people tend to have Monday Blues, so I create this slot (Make Up Monday) present to you 7 Quotes. I hope these quotes will help make your day better.



1. Don't stay in bed, unless you can make money in bed. 
(GeorgeBurns)

2. Be thankful for what you have,you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have,you will never,ever have enough. 
(Oprah Winfrey)

3. There are only 2 primary choices in life,to accept conditions as they exist,or accept the responsibility for changing them. 
(DenisWaitley)

4. Treat everyone with politeness, even those who are rude to you — not because they are nice, but because you are. 
(Unknown)

5. Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people. (Eleanor Roosevelt)

6. Ordinary people think merely of spending time. Great people think of using it. 
(Unknown)

7. Be not afraid of going slowly, be afraid only of standing still. 
(Unknown)



p/s:- 


#kenapa 7? sebab seminggu ada 7 hari. Source of Quotes adalah terpulang. mungkin dari emak anda siapa tahu. 


#boleh tiru slot ini. sila-sila. suka hati nak kredit ke tak. =)

Saturday, July 23, 2011

depa menang 5-3, apa ada heran dengan player import.



Heh, bila kaki bola mula menaip. bukan sebarang kaki bola. ini kaki bola penyokong sejati Harimau Malaya. Sang Singa setakat menang dengan player mata biru hijau, jangan nak bangga lah!..

--------------------------------------------------------------------

malam tadi lepas maghrib terus terpacak depan Astro Arena. terlepas gol pertama Safie Sali saat ke 29 sebab time tu aku tengah solat maghrib. tapi gol balas dari Singapore minit ke-8 aku sempat tengok. tapi sebab player import yang score. macam takda heranlah. 

1st half punya game berkeputusan 4-1. Malaysia nampak stress. passing tak kemas, asyik tersasar. plus dua free kick dari Singapore macam menghasilkan 'gol mudah' sebab keeper Malaysia macam tergamam tak ada effort untuk cuba halang/tangkap bola. serius weh. hampa dengan kedua-dua gol awal Singapura.

bila Singapura menambah gol ketiga. Malaysia makin tertekan carik gol. sebab terlalu stress nak rapatkan kedudukan, selang bape minit sebelum tamat 1st half, Singapore tambah lagi gol keempat.  jurang beza 3 gol. siapa tak stress tengok. Malaysia bukan tak boleh main. tapi diorang sebenarnya hilang fokus. Harimau Malaya sebenarnya kuat!

baru je start 2nd half, kapten Malaysia Safiq Rahim diperintah keluar padang. kena kad merah sebab tendang pihak lawan, walaupun macam tak sengaja tendang, tapi tendangan beliau memang nampak agak melampau. Safiq Rahim tak salah. dia cuma terOver. tapi game kira fair jugaklah sebab tak sampai 10 minit kemudian player Singapura pun terpaksa bermain 10 orang.

walaupun tak ada Safiq Rahim, semangat Malaysia sangat wajar dipuji. pertambahan dua gol dalam masa selang kurang dari 5minit memang penyelamat besar untuk skuad Harimau Malaya malam tadi. Safie Sali, Amirul, Hadi dan Gunalan memang hero untuk match nih. terbaik!

mintak maaf cakap, komen negatif aku untuk match nih, player Singapura Jumaat Jantan boleh dapat anugerah pelakon terbaik dalam padang. serius macam nak lempang mamat drama ni laju-laju. Que Li walaupun buncit tapi kuat lari, lepas tu mulut dia asyik menceceh tak puas hati. nasib baik pengadil tak layan dia. padan muka.

sebenarnya aku harap Malaysia boleh maintain kan 4-3. tapi gol ke-5 Singapura memang spoil kan keadaan. tambah plak Safie Sali pun dah 'pancit' sebab dia je yang asyik buat serangan. memang harapan lah nak tambah gol untuk Malaysia. 

apapun yang malam ni tutup kes. kita tunggu next game kat Bukit Jalil Khamis ni. aku harap Shahrul Idlan Talaha akan main untuk game 28 Julai nanti. kenapa eh tadi dia tak main?.. injured ke?...Aidil Zafuan pun. injured gak ke?.. ahh. ini semua kena salahkan kes Kelab-Kelab besar datang Malaysia tempoh hari. macam tak worth langsung injured sebab lawan diorang. Erghh!

walaupun Sharbini bermain kurang bagus malam ni, tapi jangan lupa jasa beliau masa games dengan Taiwan dulu. and aku tetap harap dia yang jaga gawang Malaysia kat Bukit Jalil nanti. entah kenapa aku tak yakin dengan Khairul Fahmi. hari tu si Apex tak perform well pun masa game ngan Liverpool. errr, masalah peribadi jejaskan mutu permainan beliau ke eh?... (tengok status FB cik tunang dia lain macam je sejak seminggu dua nih..)

kalaulah aku ni lelaki, memang aku turun stadium Bukit Jalil tu gamble jek. ke ada sesiapa gentleman yang volunteer nak bawak aku turun stadium 28Julai ni?... bukan apa. volunteer jadi guard jek. sebab aku ni bukan berani. geng perempuan yang minat bola memang tak ada. takat sorak depan TV itu jelah yang ada. HuaHuahUa.



Friday, July 22, 2011

Lisa Surihani*Farid Kamil*Diana Danielle*Yusry KRU





ini bukan blog gosip artis. ini cuma entry dari blog penulis pinggiran yang tidak perlu diambil serius akan isinya. cuma entry tepi pagar. jangan ambik kisah ok. JANGAN. siapa kisah, dia parah. hahahah!

siapa masih taktau bahwa penulis sangat gilakan Farid Kamil memanglah dia bukan pembaca setia, hey aku pernah jumpa tau beliau. memang accidentally macam ditakdirkan ewah. Farid Kamil depan mata aku siap kami turun satu lift kat Pavilion malam minggu pertama launch KL Gangster, aku dengan beliau jarak tubuh 1 meter je ok. (ini tak tipu...sumpah benar). abang Farid you tak ingat I ke, kan ke I sorang je gurl dalam lift time tu.???

Farid Kamil memang handsome. kalah Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari. apatah lagi Shamsul Yusof.? apa?Seth Tan?.. sorry, laki orang memang tak akan masuk list ai. babai!

*sekali lagi diingatkan, jangan serius dengan entry ini. peh-lis eh..!

aku tau Farid Kamil bercinta dengan Diana Danielle. dan Lisa Surihani bercinta dengan Yusry KRU. bukan aku je tau. you all mesti tau jugak kan jangan nak membongak.


tapi aku tak suka Diana Danielle. (pastu kau nak cakap macamlah Farid Kamil suka aku..?)


haih aku GERAM nih bila orang banyak kali kata jangan ambik seyes. dia nak jugak gaduh dengan aku. ni blog siapa ni aku ke kau...(maaflah sebab kena feeling diktator dekat blog sendiri..)

aku penulis disini. kau yang lain baca je diam-diam. siapa dengar arahan dia pasti faham. jangan ambik serius dengan isi entry kali ini. adoi penatlah nak ulang amaran banyak kali.

aku kalau boleh nak Farid Kamil pilih Fazura. sebab aku sukakan Fazura (tapi bukan untuk lakonan dia dalam Tahajud Cinta...). sorry to say. aku tak suka drama Tahajud Cinta. tapi tak semestinya aku tak suka Erma Fatima. hahah, pasti kau semua pening. kan aku cakap, jangan serius. Heh.

but kalau Farid Kamil balik semula kat Irma Hasmie aku sokong gak. lama gak apa diorang berdua ni bercinta dulu. haih aku tak fahamlah kenapa Farid Kamil nakkan ex si Syamsul Yusof ni. yelah siapalah aku ni. bukan siapa-siapa nak masuk campur urusan cinta orang. tapi aku mana ada masuk campur, aku beleber je dalam blog. janganla serius sangat. 

tapi-tapi-tapi...



aku setuju dan suka bila Lisa Surihani pilih Yusry KRU. aku rasa Lisa memang pilihan tepat Yusry. dan Yusry pilihan tepat Lisa. bayangkan seorang Pengarah/Penerbit/Pemuzik yang run entertainment company sendiri couple dengan artis wanita muda paling popular di Malaysia. tak ke perfect?... duda terhangat oklah tu. sedangkan Tok Ti pun pilih duda berhias 4. Lisa pilih duda Erra Fazira kot. ingat apa. :p

apapun. aku doakan yang baik-baik je untuk semua orang yang sedang hangat bercinta dan plan ke arah perkahwinan. tak kiralah Lisa ke, Yusry ke, Farid Kamil ke..... dan semua anda juga. semoga pilihan anda semua adalah tepat dan bakal bersatu di atas pelamin.


*aku tak suka DD sebab aku rasa dia terlalu muda untuk Farid Kamil, aku bimbang dia akan mengecewakan hero pujaan hatiku TIDAKKKKK!

*oleh itu, tidak ada pic DD dalam entry ini. kahkah. feeling bahwa penulis pinggiran ini menang jugak. menang bikin sakit hati. padahal macamlah artis baca blog aku. kehkeh


p/s: entah apa-apa je entry ni. 






Thursday, July 21, 2011

ada indah pada setiap yang Allah aturkan.


salam 10 akhir Syaaban kepada semua readers. ~Im counting the days before Ramadhan~. 


sebenarnya entry ini nak cerita pasal behind the story of pemilihan roomate. Naaah. ingat apa. nak pilih calon  roomate pun ada special story jugak. apatah lagi bab nak pilih calon suami. akan tetapi, soal jodoh ni, Allah yang tentukan. aku tak gusar, aku tak bimbang. Allah knows best!

haa, jangan buat spekulasi, jangan berteka-teki. 'kami' KingKong and his Queen baik-baik saja. =)

23tahun 8bulan. masih muda. masih cantik. masih laku. :p

anda percayakan takdir? percayakan aturan Allah?..

percayalah bahwa pada setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya. setiap aturan Allah itu, ada keindahannya. pada setiap kelukaan, Allah tunjukkan yang mana kaca yang mana permata. pada setiap kebencian, Allah tunjukkan yang mana kawan, yang mana lawan. dan pada setiap episod hijrah hidup, Allah sentiasa pertemukan dengan pendamping yang lebih baik. Alhamdulillah.

berbalik kepada cerita sesi pemilihan roomate akhir Jun lalu. sebenarnya ada 3 orang calon. dua calon pertama, mereka datang dulu tengok rumah. dan kemudian, salah seorang dari mereka bersetuju. akan tetapi, at that time. I was like... macam belum berpuas hati, dan macam mengharapkan ada calon roomate yang lain yang akan view our house. tak puas hati bersebab.

calon yang bersetuju tersebut, budaknya nampak baik. tudung agak labuh. tapi mengejutkan bila mana aku mintak dia tengok hall, kitchen, and my room tapi dia boleh pulak sengaja bukak pintu bilik my other housemate. gulp! you have no right to view others room babe. aku pun takkan jejak bilik my other housemate macam mana pulak this gurl berani berbuat demikian.

yes, dalam rumah ni. walaupun kami semua adalah rakan serumah, walaupun hubungan kami semua baik. tapi masing-masing tahu bahwa hak individu lain MESTI dihormati. kau tak boleh tetiba nak makan cekedis dalam bilik orang lain sambil intai orang tu tengah berTweet pasal apa. ianya bukan larangan. tetapi ianya adalah pandai-pandai kepala otak kau nak behave. 

dan, mungkin memang calon kedua itu tidak ditakdirkan tinggal di rumah ini, sebab magiknya aku boleh pulak bersetuju dengan calon ketiga, which is my current roomate. walhal, semasa bersetuju. aku tak pernah kenal pun this gurl. dan dia pun tak view pun our house. sebab masa tu dia ada di Perak. dia call sekali then aku boleh terus setuju. MAGIC!

memang berdebar nak tunggu kehadiran this roomate. sebab dia bukan datang untuk view rumah, tetapi datang dengan mandat sebagai roomate. yang tak mungkin aku boleh berdolak dalih kalau aku 'tak berkenan' dengan beliau. aku kena terima beliau bagaimana dia seadanya. this is really rare decision. kau bawak masuk stranger dalam hidup. macam-macam boleh jadi. mungkin dia kerek, mungkin dia pengotor, mungkin dia....macam-macam.

but, Alhamdulillah, Allah aturkan semuanya dengan begitu cantik sekali. syukur. 

setakat 3 minggu 'hidup bersama'. belum muncul sebarang masalah. zero problem. roomate tidak ada sebarang perangai  yang boleh termunculnya rasa menyampah di hati aku malah housemates lain. malahan beliau juga mempunyai tahap toleransi yang tinggi for every single thing. (hari ni nampak I buang sampah, esoknya terus dia pulak buang sampah...)

sentiasa cool, tak pernah nampak dia hangin dengan apa-apa pun. tak ada lah macam tetiba nak hempas-hempas pintu ke apa. mungkin kalau dia stress ke apa, dia tetap cool. sebab dia respect others. Haih langsung hodoh kalau bila stress je terus nak masam muka hempas barang tunjuk emo dekat orang lain yang tak bersalah. ingat cantik ke perangai camtu?

ingat tak pasal entry khas aku buat pasal welcome teman baru which is my roomate? sebenarnya masa buat entry tu memang I have no idea macam manalah agaknya bakal roomate aku. but now memang aku rasa she deserves a very welcome wish from me.

other things, memang banyak sangat nak cerita lenguh dah jari menaip ni. siapa yang follow my twitter tahu kot every single thing pasal my roomate ni sebab aku banyak tweet pasal dia kat sana. yelah. kang tweet pasal cintan-cintun ada pulak yang menyampah. so just entry ni nak state kan my point kat tajuk entry. Alhamdulillah atas segala aturan Allah. sekarang ni tak sabar-sabar nak masuk bulan Ramadhan. pasti lebih manis InsyaAllah.


p/s: roomate cakap petang ni dia nak masak since yesterday im the one yang bersilat di dapur. see. cool tak beliau?



Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #5 Jiwengs




p/s: It's been one and a half months I didnt see you. Kingkong of my heart.


Sunday, July 17, 2011

cerita balik kampung

hi readers. salam nisfu Syaaban.

haih. bila lama sket tinggalkan belog, memang terasa malas nak menaip entry. super malas sebenarnya. tapi sentap bila tengok jumlah visitor menjunam. justeru. harus update jugak walaupun malas. ok. belog update jom baca.!

ini bukan pasal email. ini cerita balik kampung. cerita email tunggu next entry. boleh?

baiklah, aku sebenarnya tidak kemana-mana pun. bukan menghilang pergi bertunang. tapi menghilang sebab balik kampung. balik rumah emak abah di Johor. balik ke dapur emak di rumah kami di Johor. lebih tepat lagi. balik kampung untuk melayan nafsu makan dari celik mata sampai tidur semula. sebab nafsu makan tidak dilayan di Kuala Lumpur. santap maggi goreng 3-4 kali seminggu kesian ke tak kesian?

emak, abah dan adik-adik sihat semuanya. Hinata si emak kucing baru lepas melahirkan 3 ekor anak kucing yang belum lagi diberi nama, malas nak beri nama awal-awal sebab anak-anak kucing kelahiran Hinata selalunya mati selepas 2 bulan. rasanya ini dah kali ke-4 Hinata beranak. tapi anak dia yang hidup sihat cuma dua ekor saja. Si Oren dan Si Belang. tapi Si Belang dah lari dari rumah sejak terpikat dengan kucing betina jiran kejauhan. cuma Si Oren yang terus menyerikan rumah kami. Eceh!

bab kucing memang tidak penting. macamlah kucing boleh baca belog lalu terharu dengan perenggan ini. :p

jap aku nak ingat balik apebenda yang aku makan masa balik kampung 3 hari tersebut:-

Khamis:- 

petang makan nasik, mak masak gulai lemak pisang muda, dengan sambal goreng (yang ada tempe, tauhu, kentang, bilis, lada di masak kicap). ada ikan goreng tapi tak pasti ikan apa. malam tu abah beli sate ayam dan daging 120 cucuk. aku rasa aku makan dalam 30 cucuk. aku lebih suka sate daging. abah memang suka nak beli sate everytime anak dia balik. mungkin sebab abah taktau masak, tapi abah boleh ganti dengan membeli. btw, sate is always my favourite. dan malam itu, mak pun ada masak bihun goreng. 

Jumaat:-

emak masak sup tulang. nasik himpit. kerang rebus. dan begedil. (ye, mestilah aku bantu mak di dapur. aku bukanlah pemalas nak turun dapur, siapa tak percaya pergi tanya my mom sekarang, call no dia 016795****). petang pula, makan jemput-jemput pisang.  

Sabtu:-

sarapan kuey teaw kerang, tengah hari abah suruh aku pergi kenduri kawen. aku pergi dengan my only bro. pekena nasik minyak ngan ayam masak merah ngan kari daging. air asam boi. petang masak karipap untuk abah bukak puasa, malam pulak makan apa yang mak masak, nasik dengan sayur pecal, ayam goreng, udang goreng. dan petang tu mak buat kerepek pisang untuk bekalkan aku balik KL, ampun sumpah terharu dengan emak!


Ahad:-

sebenarnya abah plan nak emak masak nasik lemak supaya aku boleh bawak bekal balik KL, tapi plan bertukar sebab aku berpuasa hari ini. jadi emak bawakkan lauk je. (ayam goreng). nanti nasik aku boleh masak sendiri kat rumah. tapi lepas Subuh tadi emak sempat masakkan sambal tumis and bawakkan aku mi siput. mi siput makan dengan sambal tumis memang kalah semua jajan di supermarket. sedap gila. sumpah terharu lagi~.

semalam petang abah petikkan cili api dari pokok cili sekitar rumah, suruh aku bawak bekal cili api balik KL. maknanya suruh aku rajin masak di rumah, jangan asyik beli makanan kat luar. nasib baik abah tak suruh bawak bekal sayur kangkung yang dia tanam. :p 

sepanjang di rumah, perut tak sempat berasa lapar. Alhamdulillah. walaupun dah besar, tetap terasa macam masih kecil bila sesekali balik kampung. abah siap tanya kalau nak makan ubi abah boleh ambikkkan ubi tepi rumah. sayangnya tak sempat pun nak masak ubi. macam sibuk sangat di dapur. :p

penulis sudah selamat tiba di KL semula  jam 12.30 tgh hari tadi. sampai saja di bilik, tengok semua baju yang dijemur sebelum balik kampung sudah dilipat kemas dan di letak elok di atas katil. OMG. roomate pun nak buat aku terharu. 




p/s: dengan keberkatan nisfu Syaaban ini Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa emak.emak.emak dan abahku jua. dan Kau balaslah sejuta kebaikan pada setiap jiwa yang berbuat baik kepadaku. Amin.

Thursday, July 14, 2011

kronologi short email


p/s: seperti yang diberitahu pada entry lepas, untuk menjadikan setiap perkataan adalah bermakna dalam simpanan masa depan supaya boleh dibaca-baca di zaman tua, maka medium email dilihat paling berkesan. walaupun cuma short email, tetap manis untuk dikenang. Haha. muntahlah!




------------------------------------------------------------------------------------------

Honey,

I met you in my dream last nite, and you said that we will only see each other after 3months..

is it true?

I hope it was just a dream..




---------------------------------------------------------------------------------------------


huh ?????

I wish it was a dream only ;)

but after 3 months something will happen and this is that question I wanted to ask you about, but WAIT ;)




-------------------------------------------------------------------------------------------


still I have to wait for the question?... OMG Im so curious lah.




------------------------------------------------------------------------------------------


u don't know it and wait is much much much more better than know it and wait and think about it :P

believe me ;)




---------------------------------------------------------------------------------------------


 so now If you let me know, then I have to wait and think about it?... 


Oh my dear, you are now 'killing' me... can you give me any clue? Hahaha..!



---------------------------------------------------------------------------------------------



hmmmm ... 

the clue would be your dream ;)


----------------------------------------------------------------------------------------------



my dream???...


so clueless....Arghhh!


-----------------------------------------------------------------------------------------------


I can tell you but I know what will happen, so u decide :P

you like to hear it now or you gonna wait ;)


--------------------------------------------------------------------------------------------------


plez tell me now, I cant wait any longer.



----------------------------------------------------------------------------------




berani mr.Kingkong main-main dengan aku,  kejap nak tanya sekarang kejap suruh aku tunggu. memang tak boleh bersabarlah.! masalahnya beliau belum balas lagi email terakhir tersebut. aku macam meroyan tunggu. so then aku pun nak korang meroyan gak tunggu apa agaknya dia akan balas. Hahaha!

macam suprise sangat ke apa ntah. pffttt!!


Tuesday, July 12, 2011

R.A.N.D.O.M

hi readers, ini adalah penulisan random entah kali yang ke berapa. well, blog pun peribadi, so... sikit-sikit ceritalah pasal hal hidup yang serba serbi nak kena survive ni.


my new roomate:-

orang Kuala Kangsar, muda setahun dari girlfriend mr.Kingkong. government servant (kontrak 6 bulan), so mungkin dalam 6 bulan ini dia akan tinggal bersama girlfriend mr.Kingkong ini. anak keempat dari empat beradik. manja tapi sporting. tak berkira dan tak kedekut. kami berkongsi beli tempat penyidai dan iron board, err. maaf housemate I yang lain kurang bersifat pemurah. rice cooker pun simpan dalam bilik sentap mak! mereka tak mahu berkongsi sangat then itulah sebab aku perlukan roomate. dan my roomate adalah seorang anak yatim sudah kehilangan bapa sejak 13 tahun yang lalu. 

Sabtu lepas dikala Kuala Lumpur sedang BERSIH, kami dari Sentul mengadakan first dating. cik roomate drive Satria Neo dia ke Jusco Maluri. -kami tidak menghadapi sebarang sekatan- dia tak bagi aku share tuang minyak kereta maka, tengah hari itu, our lunch was paid by me. orang berbudi kita berbahasa. petang tadi before dia balik dari kerja sempat lagi mesej aku tanya kalau ada nak pesan makanan ke tak sebab dia ada kat kedai makan. Oh terharu ai. bak tisu nak kesat air hingus. :p

my roomate sungguh menyenangkan, tidak kerek, lemah lembut dan sangat sesuai berkawan dengan girlfriend mr.Kingkong yang hati tisu nih, kehkehkeh!

siapa tu girlfriend mr.Kingkong?.. siapa taktau pergilah selak entry lepas-lepas.


my diet plan:-

masih lagi ON. food intake masih dikawal even though mr.Kingkong said that I dun have to lose any gram. 1 gram pun jangan hilang. sebab kalau aku hilang 1gram, dia nak kena hilang 1kg. Hahaha! tapi... tapi dia cakap  jangan lose and jangan gain weight. kena maintain 51kg macam sekarang. untuk itu, aku cuma makan nasik sekali-sekala. mungkin 3 hari sekali, atau seminggu sekali. sebenarnya aku ni jenis yang senang untuk gain weight. kalau makan tak ingat dunia memang badan pun macam kena pam.

pengetahuan tambahan, aku plan nak makan kambing sebulan sekali. bulan ini belum makan kambing lagi. makan kambing sebulan sekali adalah kehendak peribadi, jangan cakap itu sebagai menu diet. mestilah bukan. plus, aku tak makan kambing sebarangan like kari kambing mamak stall.... aku makan lamb chop je. :p


my career:-

environment yang selesa kerana mendapat bos, supervisor and rakan staf yang sangat membantu. aku tak stress dalam ofis. tapi kerja as financial advisor ni stress bila nak deal dengan klien. bukan senang nak close file. lagipun AmLink ni boleh dikatakan baru and orang tak familiar sangat. banyak orang tanya aku pasal AmCash. sedangkan AmCash dah stop dah. sekarang banyak bank more to Investment Link Product. bukan kat ASB je boleh melabur, bank pun boleh. dan selain Ambank, Maybank pun ada buat ILP ni. tapi aku rasa Ambank punya investment lagi menguntungkan. Haha. bukanlah sebab nak 'kipas' company sendiri tetapi hakikatnya memang sedemikian. I dah buat research dah sila percaya. 


my mr.Kingkong:-

tumpang lalu, nak masukkan jugak watak beliau pedulilah kalau ada yang meluat ke apa.

kami lately banyak menggunakan medium e-mail sebagai perantara komunikasi. tahukah bahwa menulis email feel dia sama macam menulis surat cinta. sungguh bertatabahasa. tetapi tidak sampai tahap berpujangga. mr.Kingkong jarang sekali bercakap tentang perasaan. sebab lelaki matang ini menganggap bahwa setiap perkataannya adalah sesuatu yang perlu diambil serius. untuk itu, dia tidak pernah berjanji manis.  

macam pertama kali dia belikan aku hadiah sepasang kasut Tropicana Life Mac lepas, a week before that dia cuma bertanya macam nih. " Kalau ada orang nak hadiahkan you something, apa yang you nak...." tapi sebelum aku jawab yang aku suka orang bagi kasut, dia cakap dulu kat aku supaya jangan salah faham dia cuma nak tau aku ini perempuan yang minatkan barang apa.. beg tangan ke baju ke kasut ke... aku pun balas, mana ada aku salah faham. aku jawab je soalan.

tup,tup a week after dia cakap macam nih. "I rasa nak belikan you kasutlahhh....." Elehh.

berbalik pada hal email. semalam dia email cakap nak tanya aku sesuatu. ni dah 24jam aku tunggu email dia. Ish. tertanya-tanya apa benda agaknya yang dia nak tanya. grrr! seksa.seksa!


my family:-

I miss my family. minggu ni balik kampung. so lepas dari balik kampung kita cerita pasal family pulak. okay?