Posts

Showing posts from May, 2011

Opss! terkadang termain mata..

boleh pandang-pandang.... ~lirik lagu sambung sendiri~ kejadian ini pernah berlaku tak berapa lama dulu . masa tu minggu-minggu cik adik sedang krisis dengan cik abang . lalu kononnya pergilah membawa diri sendiri menikmati 'zaman bujang' secara sementara.  so satu weekend ni, aku pergi online kat Starbucks. sambil-sambil online dengan menghirup americano, sambil tengok orang sekeliling. ya. hari itu hari Sabtu.  handphone tidak diendahkan. ~lantak kau sana~ Eh. tetiba ada sorang mamat yang agak good looking duduk table berdepan dengan aku. Eherm. pandangan pertama bertentang. Ops. cepat-cepat tengok laptop. buat-buat macam busy. padahal menghadap Facebook yang boring. ceh. dalam hati kata. kenapa mamat ni mesti nak pilih table tu. ~perasan perasaan~ selepas beberapa minit.  curi tengok-tengok lagi. eherm. sempat menganalisa. mamat ni mungkin umur dalam 27 tahun. tinggi dalam 170cm. tak gemuk. fit la bolehlah. minum ice blended. ohh. banyak kalori tu. errr, dan lagi.

Wordless Wednesday #1

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

entry tentang apa aku makan.

taktau kenapa lately macam gilakan ayam goreng. 3 hari lepas makan ayam goreng Mekdi, hari ni makan ayam goreng A&W. macam sedap sangatlah ayam goreng cicah sos cili. macam tak boleh tahan nafsu dan tak jemu. esok macam nak makan ayam goreng lagi. Aish. nafsu. nafsu. cabaran 30 hari tanpa nasik berakhir dengan penurunan berat sebanyak 2.7kg.~alahai sikitnya~ tapi rasanya selepas itu macam dah nak kembali lebih 1.7kg. mana taknya, sejak 2 minggu ni asyik bedal nasik ayam, nasik goreng kampung. nasik berlauk.   sejak dua bulan lepas, aku suka makan kambing. padahal dulu-dulu benci gila ngan kambing. sekarang kalau orang offer nak makan western. mesti order lamb chop. ada time tu, sampai dua hari berturut-turut makan lamb chop. sedapnya kambing import. eauww! sebenarnya ada hasrat besar nak kembali berdiet. hai. bilalah nak tercapai berat idaman 47kg. :(

kalau baik mudah di buli..?

orang kata, dalam hidup ni, kita kena bersedang-sedang saja. kalau bodoh pun janganlah bodoh sangat. kalau pandai pun jangan tunjuk pandai sangat. kalau miskin jangan terlampau miskin, kalau kaya jangan tunjukkan kekayaan. peribahasa kata buat baik berpada-pada. buat jahat sekali pun jangan. ada orang kata peribahasa ni salah, sepatutnya tukar kepada 'buat jahat biar berpada-pada. buat baik buatlah banyak-banyak'. sebab manusia ni memang jahat. tapi kalau nak jahat biarlah berpada-pada. sebab manusia ni jahat, kena cover balik dengan banyak buat baik juga. dalam hubungan sesama manusia. kalau percaya jangan 100%. nanti kelak makan diri. kalau cinta jangan 100%. nanti kecewa makan hati. kalau benci jangan 100%, nanti jatuh suka malu sendiri. kalau marah jangan sampai berdendam. tak ada untung menyimpan sekam. perlahan-lahan terbakar diri. kalau baik mudah dibuli... apa lagi, bulilah balik!!! p/s: jangan terpedaya dengan entry luahan perasaan. segala kesan buruk sila tan

wish me luck on my 1st trial:- 'English tutor to be'.

tugas yang diberi adalah mengajar English kepada seorang budak lelaki Melayu berusia 14 tahun. tempoh diberi hanya 10-11 hari. 4 jam dalam sehari. bukan mengajar macam mana buat karangan dalam Bahasa Inggeris. tapi mengajar beliau untuk berbahasa Inggeris dalam percakapan harian. sebab selepas 10 hari beliau akan terbang ke luar negara atas urusan karier. bertemu dengan this kid and his dad two days ago. diorang duduk kat Ampang. akan tetapi sesi tuition akan berlangsung di rumah aku di Wangsa Maju. ayah kepada this kid memang taknak cari seorang yang bergelar Cikgu untuk mengajar anak dia. sebab bukan nak anak dia belajar macam silibus sekolah. tapi more kepada nak anak dia  practice English conversation. so dalam masa 10 hari yang diberi, aku kena pastikan this kid lebih yakin untuk bercakap bahasa omputih. masa jumpa dia hari tu, nampak dia macam pemalu. tapi nasib baik comel.  aku masih terkejut yang aku bakal mengajar seseorang berbahasa Inggeris. aku sendiri tak pasti aku mam

Sayang, Im Sorry.

"sayang, u cek kan, kereta I kemek tak?" "tak kemek, tapi ada calar sket la yang.." "Hah. calar?.. "Sorry la. I taktau kenapa dengan pagar rumah I. 1st time dia jadi macam tu." sambil buat muka kesian..... beliau keluar dari kereta, cek sendiri kesan calar. senyap sunyi. aku dah gigit jari. kereta beliau mana pernah ada calar. aku memang risau gila nak mampus. hukhuk. " tak ada apalah ni, sikit je. I risau kalau kemek je tadi." " You tak marah ke yang...?..sori sangat-sangat.." " tak ada apalah, sikit je... dah you janganlah masam muka... takde benda lah." geram je dengan pagar ni hah. baru 2 minggu lepas baiki dah buat hal. aishh.! ni cerita nak pergi picnic ahad lepas dengan my housemate. tapi naik kereta boyfriend my housemate so kereta Encik sayang kena masuk dalam pagar rumah. belum sempat kereta dia masuk, pagar sebelah kiri dah nak tertutup. Dangg! terkena sket kat pintu belakang kereta. meni

kerjaya pilihan jiwa

sebenarnya dalam apa jua pilihan hidup kita untuk jangka masa panjang, kita perlu ada 'jiwa' padanya. dua contoh paling besar yang mesti ada 'jiwa' adalah pasangan hidup, dan juga kerjaya dalam hidup. mesti ada 'jiwa' sebab kita nak membangun bersamanya untuk saban tahun yang mendatang. bertahun-tahun sehinggalah kita sukses. sukses dalam kerjaya, juga sukses dalam rumahtangga. entry ini fokus kepada 'kerjaya pilihan jiwa'. pilihan yang kita tentukan, kita sendiri tidak sedar bilakah masa yang tepat untuk kita membuat pilihan. semasa kita kecil, kita memilih untuk jadi seorang doktor. tetapi perjalanan ke arah cita-cita itu tidak semudah kita membuat pilihan, masa kita kecil, kita nampak segalanya boleh dicapai. semakin kita besar, apa yang kita harungi menyebabkan kita terpaksa mempunyai pilihan kedua, mungkin ketiga. its ok. tak apa kalau tak dapat jadi seorang doktor, maka jadilah seorang jururawat.  contohnya my sister, masa kecil nak jadi doktor

mulut orang takkan habis mengata..

manusia kan. ada mata. ada mulut. lepas memandang, mengata. hari ini macam itu. hari esok macam itu. sampai ke tua macam itu. tak habis-habis mengata melata.  manusia kan, bila dia tidak ada kerja, dia suka ambil tahu hal orang, stalk sana sini. yela, zaman berteknologi. manusia kan. bila dia sudah tahu. dia mustahil akan simpan seorang. selagi boleh dihebah. hebah kalau boleh sampai ke negeri China agaknya. oh tak. now dah canggih. boleh jadi sampai ke angkasa. manusia kan, bila tak puas hati.  mati kalau simpan sendiri. mesti nak menghasut. cucuk sana cucuk sini. kumpul sekapal dua geng tak puas hati.  walhal perkara yang buat dia tak puas hati itu langsung tak ada kaitan dengan hidup dia. manusia kan, dia selalu lupa untuk berdoa yang baik-baik tentang apa jua keburukan yang mata dia lihat. sedang Allah tak pernah lupa memerhatikan baik buruk hati hambaNya.

Unifi (High Speed Broadband up to 20Mbps) SUBSCRIBE NOW!!!

Image
ok. ini adalah dunia saya sekarang, dan saya mahu jadikan ianya dunia anda juga.  UNIFI - internet wifi terbaru dan terpantas dari TM . *dengan yuran langganan serendah RM149 sebulan , semua orang mampu milikinya. RM149 adalah sangat berbaloi untuk kelajuan muat naik dan muat turun sehingga 5Mbps, ( masih laju untuk lebih dari 1 pengguna 'laptop/pc' mungkin 4,5 atau lebih), percuma siaran HyppTV, panggilan percuma untuk talian tetap dan caj 10sen seminit untuk talian mudah alih. Free HyypTV :-  TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Bernama TV, Hikmah, Channel News Asia, EuroNews, Australia Network, Travel Channel. boleh add on channel lain yang berbayar, mungkin filem atau drama bersiri pilihan. terpulang anda. yang pasti siaran TV anda tidak akan terganggu dek hujan/kilat. ^_^ buat masa ini, Unifi hanya available di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, dan Selangor sahaja. akan datang, TM akan perluaskan area Unifi ke negeri-negeri lain. anda di negeri lain diharap b

marahku amarah..

minggu depan nak jalan-jalan dengan my housemates. yea! tapi duit tak berapa nak ada. :( susahnya perasaan bila bengang dengan orang yang kita sayang. aku sebenarnya tak suka bergaduh dengan beliau. rasa masa terbuang kalau bergaduh. rasa tak best. tapi geram sangat sometimes dia tak fikir perasaan aku. aku tak suka marah. sebab kalau aku marah kangggggg. singa pun  kalah. Aghhh~ sabar. sabar. Erghhhhh!

terima kasih Mudah.My, format laptop hanya RM20

siapakah pengasas Mudah.my?.. terima kasih banyak kepada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan web Mudah.My. segala urusan ternyata mudah disetelkan.  well, ceritanya tentang semalam. memang ada plan nak format laptop. tapi kat Wangsa Maju ni sungguh taktau nak format kat mana. lagipun takut kat kedai diorang caj mahal. dari situlah try cari kat Mudah.My. kat bahagian servis, taip keyword laptop. cuma RM20. and dia boleh datang buat kat rumah kita. maknanya dia buat depan mata kita. so tidaklah dia godam laptop kita lebih-lebih. rumah yang aku duduk sekarang memang sangat mudah dijejaki. tak payah GPS pun takkan sesat. rumah teres lagi mudah. orang tak payah nak cari blok mana, tingkat berapa, tunggu lift. lift penuh. lift rosak. cuma kena tau landmark dia apa. Ting! terus jumpa. memang senang jumpa sebab orang tu nampak aku tunggu kat pagar rumah. Hahah. dia berkhidmat untuk kita. tanpa kita menyusahkan dia. budak melayu. student lagi tapi buat part time cari duit lebih. suda

kerana blog:- kamu di sana masih baca aku

suatu hari di suatu malam. on the way dalam kereta. sambil beliau drive, kami sambil berbual. beliau bertanya. apa yang sering aku lakukan di waktu lapang. " I suka baca blog...... " " blog tu menatang apa.... " " medium penulisan yang sesiapa boleh baca.... " " kenapa tulis blog, kenapa baca blog... dapat apa? " " ermm. just for fun. kadang-kadang boleh dapat ilmu, info... atau apa saja..." " dapat duit ke dengan blog...? " " dapatla duit sikit. tapi tak boleh kaya sampai boleh beli sebijik BMW..... " " Hahaha! you perli I eh..." " mana ada.. kita masing-masing ada reason kenapa kita suka lakukan itu. lakukan ini.. i bukan berblog sebab nak kaya raya..." " I rasa I takda sebab untuk tulis blog, atau baca blog, banyak lagi benda I nak fikir....." blog ini akan terus hidup, selagi ada mereka yang membacanya. tak kisahlah siapa pun orang itu. mungkin stalker b

gambar kahwin 1 Mei.

Image
sepupu perempuan '22 tahun', bersama suami dan kedua orang tua. maaf kualiti gambar di tahap sederhana, sebab ambil gambar guna handphone S.E Spiro 2Mp je. sebenarnya ada dua pengantin di hari kejadian. tapi sempat sambar satu gambar je guna handphone. gambar-gambar lain ada dalam kamera. tapi tak boleh upload sebab kabel kamera tak dapat dijejaki. p/s: entry habis

takdir yang membawa kita..

Image
aku selalu yakin. setiap perancangan yang menemui kegagalan, itu bermakna Allah punya rencana yang jauh lebih baik buat aku.  aku selalu percaya bahwa pada setiap jiwa yang menanam benci, masih banyak jiwa yang berbesar hati melapangkan dada, memberi pelukan buat aku. aku rasa bertuah, dan syukur kerana di'hadiah'kan teman-teman yang baik. yang mahu bertanyakan apa jua kisahku. alasan tangisku.  mereka bertanya, bagaimana tercetusnya perkenalan kita. percayakah mereka, bahawa perkenalan yang tidak terancang itu adalah takdir yang membawa kita ke tahap persaudaraan yang sebegini.  aku panjatkan setulus doa, moga kita tidak akan bersengketa.  p/s: terima kasih, atas takdir yang membawa kita.