Wednesday, April 27, 2011

Konsert di Kuala Lumpur:- Justin Bieber seperti tomato.






semua orang tahu tentang kehadiran Justin Bieber ke Malaysia untuk konsert Live Tour beliau. banyak sangat liputan melalui akhbar, berita mahupun video-video yang di upload di You Tube. jangan tak tahu. Justin Bieber merupakan artis 'keluaran' You Tube. mula menyanyi dan bermain alat muzik seperti drum dan gitar seusia 4 tahun. hingga menarik minat penyanyi terkenal Usher untuk melatih beliau menjadi seorang penyanyi yang hebat. aku rasa Justin Bieber memang seorang genius muzik yang cuma 1 dalam sebilion.





malam semalam, my sister ajak tengok filem Justin Bieber Never Say Never in 3D. kami tengok kat Mid Valley lepas maghrib. semuanya berkisarkan bagaimana Justin Bieber menjadi Justin Bieber yang sekarang. dari penyanyi dan pemuzik jalanan akhirnya berjaya membina nama yang mustahil masih ada manusia normal yang tak kenal siapa beliau. He is somebody from nobody before. awesome.! actually aku bukan die hard fan Justin Bieber. tengok filem ni just for fun. tak rasa membazir sebab my sister yang belanja. 

kebetulan pulak konsert Live Tour Justin Bieber 21 April sama dengan tayangan filem beliau so kita pun tengok filem just nak menghangatkan suasana jelah. nak tengok konsert tak mampu. tapi tengok jugak some videos yang orang upload kat You Tube. kesian muka Justin Bieber merah padam dah macam tomato masa persembahan konsert. mungkin sebab Malaysia ni panas sangat. actually filem Justin Bieber Never Say Never tak ada apa sangat yang nak direview. cuma sejenis kisah biografi mungkin khas untuk peminat-peminatnya sahaja.


You Go Justin Bieber.!



Sunday, April 24, 2011

Will you grant my wish?





The cold air gently wraps itself around my body


Soon the faraway sky will start to grow light


Every day, in the mornings when no one's there, I stand in the street


I try breathing deeply for a bit


The empty sky resembles me greatly


Why does the night make people lonely?


Nobody understands


Lost, I don't have a destination today either


But still, I start moving down the street


Leaving myself behind


That time, were you also lonely?


Thinking of my small self, I can't sleep today either


If we could at least meet in dreams...





p/s: Eventhough You are the cause of my pain, I wish that I could see You again.

Saturday, April 23, 2011

cerita si kecil yang cacat pendengaran.


ini kisah berlaku dalam LRT Khamis lalu. masa tu on the way pergi kerja pagi-pagi. around 7am. dari stesen lrt Wangsa Maju. aku nampak budak lelaki sekitar umur 7 tahun berbaju sekolah bersama mak dia. nampak kat dua-dua belah telinga dia memakai alat bantu pendengaran. 

dalam LRT budak lelaki ni sangat bising. bising bukan bercakap. tapi dengan bunyi-bunyi yang tidak dapat diterjemahkan dia sedang bercerita apa. mungkin dia excited naik lrt.  sepanjang perjalanan, memang suara dia saja memecahkan kesunyian pagi. nyaring dan terus berbunyi tak henti-henti.

one thing dalam fikiran aku. budak ini tak tahu bercakap. dia tak boleh menghasilkan perkataan atau ayat. dia punya suara. tapi dia sendiri tak tahu apa dia cakap. mungkin sebab parents dia lewat sedar yang anak mereka ada kecacatan pendengaran.

anak kecil, baby, kanak-kanak, mahupun kita sehingga dewasa kini. kita semua belajar bercakap melalui apa yang kita dengar. otak kita terima maklumat melalui bunyi, kita proses dan menyebutnya semula. macam contoh kita ajar budak umur 10 bulan sebut 'Mama...'. mustahil dia boleh ajuk apa yang kita ajar kalau dia tak dengar.

kita paling cepat belajar bercakap masa umur seusia 2-4 tahun. masa tu apa saja mak ayah kita ajar sebut perkataan, kita cepat tangkap. kalau masa tu mak ayah kita kat rumah cakap bahasa melayu maka kita akan fasih bahasa melayu. kalau mak ayah speaking London, kita akan fasih cakap omputih. umur 2-4 tahun adalah masa genting ibu-bapa ajarkan anak-anak mereka berkomunikasi.

tak pasti kalau kecacatan pendengaran ni boleh diwarisi atau berpunca daripada apa. mungkin gegendang telinga boleh rosak akibat jangkitan atau sebab-sebab lain yang aku sendiri tak tahu. tapi untuk kes budak lelaki umur 7 tahun ni. sebenarnya kasihan sebab fasa genting untuk dia belajar bercakap dah berlalu. dia boleh belajar, tapi makan masa. 

moral of the story, perhatikan bagaimana anak-anak kecil menjalani proses membesar. try test uji macam mana si kecil respon terhadap bunyi, begitu juga aspek penglihatan. aku ada dua pupu yang rabun sejak kecil. umur 5tahun dah pakai spek mata. mak ayah dia perasan anak dia kecilkan mata bila tengok tv. bila cek rupanya rabun.

kepada yang sudah bergelar ibu bapa, jangan degil berpendapat hanya mereka yang ada anak sahaja boleh bersuara tentang apa yang baik untuk si kecil. sebab ada orang lain yang mungkin belum ada anak, tapi boleh jadi mereka lebih tahu kerana mereka lebih prihatin.


p/s: tak faham kenapa jadi parents pun ego dengan status parenthood. kemonlah.




Monday, April 18, 2011

lagi penulisan random.


* berbulu tengok mat saleh hensem beromantikus macam sesi meluahkan perasaan dengan perempuan yang tak dapat dipastikan bangsa apa kulit agak gelap, nampak mereka itu tak sesuai berpacaran. perempuan itu kelihatan tak siaplah. 'ok tak baik mengata orang, mind ur own business plez Sara'!

* i try to recheck back my diet. macam ada yang tak kena. tapi at least ada improvement berbanding style makan terdahulu. apapun, nasik, fast food, roti canai. minuman berkarbonat sudah di banned sama sekali. i try Americano Starbucks tanpa gula. boleh tahan. lupakan Latte sebab kalori Latte lebih tinggi. 

* weekend lalu berlalu secara rugi. terperap dirumah saja menonton Astro. 24jam menonton CSI and Criminal Mind. Sabtu malam menonton AF9, AF takde yang menarik. macam tonton nyanyian di kampung-kampung saja. Ahad malam menonton Mentor5.  err, protege Sharifah Aini memang mantap. ada kelassss! 

* agak bosan dengan penjual keychain yang dikatakan kita membeli sambil menderma. datang sejam sekali. pasti keuntungan harian masyuk. keychain RM2 dijual dengan harga RM10. Opsss. aku pernah dua kali membelinya. dululah masa zaman-zaman berjiwa rakyat. sekarang sudah berjiwa nafsi-nafsi. jiwa nafsi-nafsi ni seiring dengan zaman. ingat! kalau kau tak ada apa-apa orang tak akan pandang kau langsung. 

* akan datang akan ada rancangan realiti MasterChef Malaysia. err, kalau Malaysia punya masakan pun kena ala carte jugak ke. or  akan ada gak menu lauk bergulai tu semua? tapi restoran ala carte kat Malaysia ni bukannya ada sangat kan.  errr. i wonder how.

* berlegar di sekitar KLCC dengan berbaju kurung lebih menjadi perhatian jika dibandingkan dengan  memakai tshirt dan jeans. kemonlah. ingat berbaju kurung tak sesuai ke dengan KLCC.

* ada beberapa barang such as clothes and shoes yang I nak let it go. nak jual sebab beli tapi tak pakai. or cuma pakai beberapa kali tapi dah tak berkenan. kalau jual kat blog ada orang nak beli ke? or better jual kat mudah.my? cadangan please.





Friday, April 15, 2011

cerita diet:- cabaran 30 hari tanpa nasi/mee/roti !!



Friday, 15Apr 2011, 12.40pm, at Starbucks KLCC.


hai semua. hai blog. jangan terkejut sangat tengok perempuan murung berbaju kurung di atas. and tolong jangan cakap aku dah kurus. belum lagilah weh. hahahah!

*pipi masih tembam sebab itu memang aset. diet macam manapun pipi mantain gak. lol.

ok. ini adalah story pasal diet yang sedang dijalani penulis. iaitu cabaran 30 hari tanpa nasi/mee/roti. sebenarnya bukanlah diet untuk kurus. sebab aku tak sesuai kurus. tapi diet untuk lose weight, lose fat. nak fit, and stay healthy. dengan berat 53kg and ketinggian 153cm sebelum ini masih dalam fasa BMI yang ideal. tapi lagi cun kalau boleh turunkan 6kg. yea. misi diet adalah untuk turunkan 6kg. and maintain berat 47kg.

agak-agak berjaya ke turunkan 6kg dalam tempoh 30 hari?

hari ini adalah hari ke-11. sepatutnya dah berjaya turunkan 2kg. tapi aku belum pergi ke mesin penimbang lagi. berjaya atau gagal sebenarnya no hal sangat. cuma cabaran ini perlu diteruskan. kerja keras tahan diri dari ambik nasi/mee/roti ni anggap sebagai satu bentuk displin. displin kecil sebagai latihan untuk displin yang lebih besar.

ok. apa yang aku makan untuk overcome rasa lapar.?

aku tak ada ambik pil kurus. or apa-apa produk langsing, teh ke herbalife ke apa. memang tak ada. sebab now focus on diet tanpa kos mahupun apa-apa kesan sampingan. so everyday mesti ambik breakfast around 8am. selalunya makan kuih je. kadang ambik milo panas. milo O. 

lunch mesti, tapi lewat. dalam selepas pukul 2 petang. pergi warung beli lauk. lauk sahaja. selalunya ayam dan sayur. atau daging and sayur. sometimes tauhu or tempe. memang cabaran sebab orang sekeliling akan pandang pelik bila pinggan aku tak ada sebutir nasik pun. lepas tu yang ringan mulut mesti tanya diet ke diet ke. aku senyum je bagi jawapan aku memang tak makan nasik.

lewat petang dalam pukul 6pm biasanya akan beli goreng pisang. dan sebelah malam biasanya tak makan. tapi selalu ambik fresh milk, susu soya or. buah and biskut kadang-kadang. sesekali ada gak makan tomyam campur. tak ada nasik tak ada mee, tak ada kuey teaw or bihun. tomyam sahaja. 

bila dah usaha tak makan nasik/mee/roti. automatik tak akan ambik fast food. sebab tau apa guna diet nasik kalau melantak pizza burger, fries tu semua. so cabaran ini sekali pakej dengan cabaran tanpa fast food, tanpa minuman berkarbonat. kita fokus on the power of protein. protein intake penting sebab daripada proteinlah menjana semula pertumbuhan sel-sel dan kitaran hormon.

tak ambik nasi/ mee dan roti sebab nak minimakan pengambilan karbohidrat. so tenaga untuk bekerja akan diperoleh dari lemak-lemak. karbohidrat/glukosa ni tenaga pantas sebab dia mudah dimetabolisma. tapi kalau karbohidrat tak ada. badan akan pilih lemak untuk jana tenaga. satu lagi hal. bila on diet. waktu rehat and tidur kena jaga. mesti cukup rehat dan cukup tidur kalau tak badan akan jadi lemah. tapi jangan terlebih tidur. yang itu tak elok jugak.

bab exercise. aku tak peruntukkan masa untuk latihan tertentu. takde jogging or cycling ke apa. sebab now kerja aku memang perlu jalan banyak and sure berpeluh. satu hari jalan kaki more than 5km. 

walau macam manapun. badan masing-masing sebenarnya berbeza. ada orang tak boleh diet drastik dengan cara macam ni. so kalau anda nak diet. pastikan anda tak terima kesan buruk macam gastrik dan sebagainya. sebelum ni aku ada terima nasihat dari seorang blogger supaya ambik jugak nasik once in 3 days supaya badan tak terkejut. tapi mungkin sebab aku nak lose weight dalam masa singkat. so aku pilih untuk skip nasik/mee/ roti untuk 30hari terus.


"the true secret to weight loss is this:- Make small changes each and everyday and you will slowly (but surely) lose those extra pounds. The key is to forget about instant result and settle in for the long run."


oleh sebab aku pilih diet yang agak drastik, so after sukses turunkan 6kg aku kena kerja keras untuk maintain weight. maknanya after that aku still tak boleh riang gembira makan nasik everyday. sebab itu akan mensia-siakan usaha lose weight sebelum ini. kena jaga food intake sesuai dengan penggunaan kalori. kalau makan banyak kena exercise banyak. maybe ambik nasik 3 hari sekali. tergantung keadaan. dan walau macam manapun, yang paling penting adalah tubuh badan maintain sihat. 




p/s: ada orang tanya, kenapa diet dah nak kawen ke....? Hahaha. gelak je dengar komen macam ni. :p

penulisan random.



p/s: terima kasih kepada yang wish selamat atas perpindahan penulis ke Wangsa Maju. setakat ini my life is wonderful. terima kasih rakan-rakan serumah yang jernih hati. moga kita semua aman selalu InsyaAllah.


* biasa tak jumpa orang pelik-pelik?. pakaian pelik and suka cakap macam berceramah secara tiba-tiba. mengaku genius macam Albert Enstein. you all percaya ke apa diorang cakap?.

* lelaki kaya biasanya tak hensem. tapi kalau jumpa lelaki kaya yang handsome. biasanya bukan diorang yang kaya, tapi bapak dia yang kaya.

* orang melayu biasanya cukup pantang besar dengan babi. tapi tonggak botol arak selamba badak aje. bukan ke sama benda haram jadi darah daging?

* orang busuk hati ada di mana-mana. ignore aje. diorang tu bukan apa. cemburu tapi tak mengaku.

* kebanyakan mereka yang sukses jadi jutawan hartawan, mereka berjaya di dalam bidang yang sebenarnya bukan bidang mereka. jadi apedehal kalau gagal dalam exam. rezeki ada dimana-mana.

Sunday, April 10, 2011

selesai proses pindah rumah.


Alhamdulillah. selesai semuanya urusan pindah rumah. selamat tinggal Kg.Kerinchi. selamat berhidup di tempat baru Wangsa Maju. semuanya serba berbeza, suasana yang baru. sebab kali ini aku menyewa sebuah bilik untuk aku seorang. dan kali ini juga memilih untuk tinggal di rumah teres. rumah sudah sedia lengkap. ada internet, ada astro (semalam siap tengok konsert pertama AF9). rumah sudah ada peti sejuk, mesin basuh, meja makan, sofa, katil beserta tilam, kipas dan paling penting kitchen berkabinet.

kami serumah cuma 4 orang. and rumah ni ada 4 bilik. so satu bilik satu orang. aku duduk bilik bawah, and  tingkat bawah memang ada bilik air so boleh kira bilik air tu macam aku punya soranglah hehe. tak payah nak rebut-rebut dengan sesiapa. =) pengangkutan ke tempat kerja, bas dan lrt. area umah ni dekat je dengan tempat tunggu bas. mungkin kalau keluar rumah pukul 6.50 pagi still sempat sampai ofis before pukul 8pagi.

apa lagi nak cerita. ermm. kemudahan macam kedai makan and kedai runcit pun dekat sangat boleh jalan kaki. kedai makan dia ada yang bukak sampai pukul 2pagi. kalau nak pergi mall, Wangsa Walk paling dekat.  naik bas 80sen je. yelah. 80sen kalau guna kad rabbit bas Rapid KL. bertukarlah kepada kad rabbit. jimat 20%. ceh promote pulak tumpang lalu. 

oklah. setakat ini sahaja perkembangan peribadi penulis. jumpa lagi di lain waktu.


p/s: sayang, janganlah menyebarkan fitnah kerana dosanya lebih berat daripada membunuh. dan berhentilah bersangka buruk serta berbusuk hati sesama manusia. sesungguhnya hati yang berpenyakit itu tempat bersarangnya syaitan durjana.


Saturday, April 9, 2011

review filem:- World Invasion. Battle Los Angeles.


ini cerita bulan lepas. cerita dah expired. taktau ada tayang kat panggung lagi ke tak. maaf semua lambat buat review. siapa belum tengok boleh download lah kat mana-mana. kalau internet anda slow boleh bertukar kepada Unifi.


klik sini untuk tahu tentang UNiFi

ok. pasal tengok wayang kali itu adalah sebab dapat tiket free dari rakan blogger bom321 melalui syarikat pengiklanan Mangga Ads. sebelum ni aku dah pernah tengok wayang dengan Mr.Bom, kami dapat tiket free dari Kong atas nama web GengBlogger. dulu kami dengan Kong kamceng tauuuuuu.! :p

movie screening di TGV KLCC. tiket free orang offer kita grab jelah. mr.Bom offer dua tiket, so aku pergi tengok dengan housemate sorang. cerita ni. cerita berkisarkan ala peperangan. kemusnahan Los Angeles.






review filem World of Invasion. Battle Los Angeles.

cerita yang sangat patriotik. tentang pasukan army Los Angeles yang berjuang selamatkan tanah air dari musuh-musuh yang bukan berasal dari bumi. tapi rupa musuh-musuh ni tak macam alien. it was like... macam obor-obor dia punya desigh tapi berunsurkan besi. Aaaaa. lebih kurang macam tulah rupa musuh-musuh ni. walaupun rupa hodoh. tapi diorang ni kuat. tembak sekali tak mati. tembak dua kali pun hidup lagi. nak kena bom kan dorang semua baru mampus.!

malahan,. musuh-musuh ini sebenarnya macam sejenis robot yang sudah disetkan. dia taktau army tu semua duk tang mana. dia tak ada mata pun. otak apatah lagi. tapi diorang ada sistem yang boleh detect pancaran radio. so army tu semua kena matikan alat komunikasi diorang supaya kedudukan mereka tak dapat dikesan oleh robot bodoh tersebut. sebab tu ada scene seorang army ni pergi kumpul semua alat radio komunikasi diorang n kumpul satu tempat and then bom kawasan tu bila robot-robot beserta kapal diorang menghampiri tempat tu.

cerita ni sebenarnya memberi gambaran kepada kita. in case la kalau dunia ini diserang oleh golongan yang bukan dari planet bumi. tapi mungkin kalau ikutkan benda ni macam tak logik kan tapi just ambik cerita ni dari sudut perjuangan dalam peperangan lah. army yang isteri dia sedang sarat mengandung. and then dia tetap kena berjuang lepas tu sanggup mati demi rakan sepasukan yang lebih besar. tapi sempat tulis note yang dia sayang gila kat wife dia. nampak macam ada 'jiwa' di situ. sob.sob.

satu lagi nilai yang diterapkan adalah kepercayaan sesama anggota pasukan. kepercayaan kepada ketua bila mana situasi adalah sangat gawat, sebab kalau kita hilang percaya, pasukan boleh berpecah-belah and matlamat tak akan tercapai. jangan memberontak kepada pasukan sebab ianya akan memburukkan lagi keadaan. bersatu teguh, bercerai roboh. teamwork tu penting. bukan dalam army je. tapi dalam apa jua bidang kerja sekalipun ianya penting. taruh percaya dan jangan tuduh-menuduh.

oklah. dari 10, aku bagi 7 bintang.

Thursday, April 7, 2011

lelaki yang menyampah tapi I tak simpan dalam hati.


taktau kenapa nak ceritakan ini dalam blog. sebenarnya kisah yang tak ada apa sangat nak diambik port. tapi just nak cerita jelah. teruskan baca kalau nak tahu. 

golongan lelaki ni. adakala memang sungguh menyampah. oklah. taklah menyampah secara tersangat-sangat. tapi masih kategori menyampah untuk beberapa situasi. 

ermm. frankly speaking. aku sebenarnya tak suka lelaki yang over peramah (tapi tak kena cara). contoh macam suka berloyar buruk buat kelakar dengan harapan aku boleh gelak dengan loyar buruk dia,tapi dia akhirnya yang gelak sendiri. dan aku akan pamer muka bosan lalu dia tak puas hati dengan riak muka aku. kau nak buat lawak tu kau punya hal. kalau dah memang aku rasa kau tak kelakar. suka hati aku lah nak reaksi cam mana. kenapa kau pulak nak jengkel?. masalah mental 0.1%. ok. tak bahaya. tapi annoying.

situasi macam ni berlaku kat mana-mana. bukan semestinya dengan lelaki yang dikenali tapi termasuk jugak kes-kes dengan lelaki yang ntah sapa-sapa, mungkin cashier restaurant atau siapa sajalah yang nak tarik perhatian. yes. mereka ni usaha nak tarik perhatian sebab sedar diri bahwa perempuan tidak akan tertarik dengan mereka. Lol.

aku sebenarnya bukan kisah sangat. aku selalu cool je. dan walaupun kadang-kadang rasa perasaan aku tak best dengan lelaki-lelaki macam ini tapi aku still boleh senyum. gua bukan apa. malas nak ambik port sangat. cuma bila selalu terjadi. mual jugalahhhh!

ada satu situasi yang lebih kurang menepati point diatas, berlaku ditempat kerja:-


aku tengah bercakap dengan ketua aku. pasal tugas aku untuk hari itu. kau dahla tak bagi salam. datang-datang menyampuk. dan kemudian potong cakap aku dengan lawaknya sebab kau suruh aku tolong ambikkan kau kerusi.

"Sara you boleh setelkan untuk dua hari tak kerja ni..."

"Ala kak dua hari je ke. cepatnya. tapi takpelah InsyaAllah boleh.."

"sebab orang atas bising takut lambat setel..."

"Ok.ok. InsyaAllah.."

gua kalau bercakap ngan orang, gua pandang tepat muka beliau. tu namanya gua respect. kau yang entah sapa-sapa. datang dari planet mana, tetiba berbunyi.. "eh, yang InsyaAllah.InsyaAllah tu tolong pas kan kerusi...."

padahal tangan lu punya panjang dengan ketinggian lu yang 180cm tu. kerusi jarak semeter pun suruh gua pas kan kat lu. ini bukan masalah gua tanak pas kan kerusi tu. cara lu suruh gua tu. dahla gua tengah bercakap dengan orang lain lu potong. lu lebih suka nak kacau perbualan penting orang lain untuk mintak tolong benda bodoh macam tu. bai. dulu lu sekolah ada belajar Adab ke tak?.. 

gua tak panas... gua senyum je balas.

"eh. you tak boleh ambik sendiri ke kerusi ni bukan jauh pun..."

"Ek eleh budak ni tanak pahala plak... orang nak bagi dia pahala tanak..."


gua silent je malas bahas ngan orang macam lu. gua terus blah. lepas tu kawan lu datang, lu pun terus sindir gua.


" Ni tengok ni ada budak tanak pahala...."

" Mana-mana...?


then kau gelak gembira padahal tak kelakar.! cakap pasal nak bagi pahala. padahal kau tu berat bontot.!


hey guys. dengan perempuan ni. kau tak payah mulut manis sangat sebab perempuan tau semua tu bullshit. tapi walaupun kau lelaki kononnya kasar. tak ada perasaan ke apa. perempuan cuma mintak kau para lelaki show respect sikit. jangan layan perempuan macam kau layan member lelaki. takkan itu pun aku nak sekolahkan?!!!


nak kata bebal kang marah. BoDoH!


Wednesday, April 6, 2011

excuse me..err. Hai Handsome!




"Hai handsome. sudi tak awak jadi boyfriend saya? minggu depan kita DATE. tengok wayang filem epik Hikayat Merong Mahawangsa."

lelaki handsome terpinga-pinga......

"Ok. this is my phone number.." sambil mencapai handphone mamat handsome dan menyimpan data no phone ke dalam contact number.

"Ok. I got to go now, dun forget to give me a call ya!". seraya melambai tangan sambil  berlalu pergi, tak lupa melempar senyuman paling manis, menggoda. Eherm.


------------------------------------------------------------------------------------



malam telah pun tiba. TV terpasang walaupun tiada siapa yang menonton. sambil berbaring di sofa ruang tamu. di tangan, handphone tergenggam kemas.

dia akan call ke tak.?

call..

tidak..

call..

tidak..

call..

tidak..


akhirnya.....tertidur.



...............................................................................................................


kalaulah. kalaulah aku begitu berani bertindak sedemikian. apakah tanggapan lelaki handsome tersebut?.. cuba jawab jika anda adalah seorang lelaki.


* hari ini, berpeluang duduk sebelah lelaki handsome yang pemalu. ok. menyesal tidak meramahkan diri. lalu terhasil lah entry ini...........KahKahKah.

* tak apa. kalau ada jodoh. kita akan berjumpa lagi.



* gelaklah kalau nak!



p/s: Ops! entry ini recycle June tahun lalu. penulis sibuk harap maaf tiada entry baru. ok bye!

Tuesday, April 5, 2011

berangan menjadi seorang penulis




dah lama aku mengangankan ini. nak jadi penulis tersohor. nak jadi penullis buku. yang tulisannya dibaca oleh jutaan manusia di serata dunia. perkongsian tentang falsafah dan kehidupan, pengalaman diri dan orang sekitar. teringin untuk menulis secara bersungguh-sungguh. mungkin sebagai karier. 

menulis blog mungkin sejenis latihan secara tak langsung. setuju?

syhhh. bukan menulis untuk popular. kerana kelak kalau lahirnya buku dari karanganku. kamu tidak akan tahu siapa gerangan penulisnya. macam Hlovate. you all tau ke siapa dia?...



p/s: mungkin tulis novel. atau apa saja genre buku.

Sunday, April 3, 2011

with You around, I dont need to define LOVE.







Cinta itu kesakitan bila ia tiada. ketiadaan di ruang mata membuatkan minda kita berjuang. struggle to recall back every single thing, when we were together.

semuanya adalah manis. sekalipun di saat kamu lafaz rasa amarah. semua adalah manis asalkan ada kelibat kamu berlegar di ruang mata. 

jika ditanya akan Definisi Cinta? jawapannya adalah ada dan tiadanya kamu. 




p/s: rindu!





Friday, April 1, 2011

Bila Nuffnang bagi B.E.

Hi all. semua sihat?. dah gaji?. dah makan?.. dah kenyang?.. ok. say Alhamdulillahh.

lama dah rasanya tak berbelog pasal blog. dah lama tak ada entry pancing bloggers berlari masuk sini secara beramai-ramai berpusu-pusu berebut-rebut nak susu. Eh?!

okay guys. nak cerita sikitlah. kepada mereka yang baru mengikuti blog ini. anda sebenarnya sedang melayari blog peribadi penulis muda yang berceloteh tentang pengalaman hidup diri sendiri, nak percaya ke tak, nak menyampah ke tak. tiada paksaan, read this blog at your own risk. yang baik ambik, yang buruk jangan ikut. ok?

and, untuk yang tidak tahu, blog ini sudah berusia 2tahun sebulan. masih baru masih bertatih. tapi penulis pasang iklan Nuffnang selepas 10 bulan berblogging. bukan hari ni buat blog terus hari ni pasang Nuffnang. Alhamdulillah, lepas pasang Nuffnang 3-4 bulan, dah mula merasai B.E. ceh nostalgia bila mengenang 1st time dapat B.E. eksaited betul I time tu. refer entry INI

kalau ditanya pasal income berblog. adalah dalam 2-3ratus setahun. bukanlah datang dari income visitors datang main klik-klik. sebab income per click hanya paling tinggi pun RM1 seminggu. sumpah tak tipu. tapi blog ini masih boleh berhidup nyaman disebabkan adanya Buffered Earning yang comel-comel. selalunya dari DiGi dan Nokia. 




sebahagian B.E Nuffnang yang dah cash out dah pun.


B.E ni kategori comel lah sebab Nuffnang and company yang bagi B.E ni sekejap-sekejap je bagi iklan melekat. jadi bila dia metered takde la banyak sangat. tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye tak?. income B.E paling tinggi RM34.14sen. di zaman blog ni meriah dengan kerajinan penulis mengupdate entry. makin lama makin slow. berblog dah ikut mood. kalau mood terbang maka entry pun lemas. terperap dalam draft.

dalam draft, berhutang entry review filem, World Invasion Battle LA and The Ward. untuk pengetahuan, penulis blog ni memang kaki wayang. gila wayang. gila filem secara gila. sebab tu rajin buat review filem. kalau sesiapa nak ajak keluar, umpan tengok wayang selalu berkesan. tak caya. ce try. ce try.

ini sekarang ada dua B.E running. dari DiGi and Nokia. thank you atas kepercayaan. walaupun visitors blog dah menjunam sikit sebab jarang update entry or blogwalking. tapi macam apa yang selalu blogger-blogger lain bagi tips, once bila kita dapat B.E, kita haruslah berusaha mengupdate blog paling malas pun satu entry perday. itu kita panggil kerjasama antara blogger dan syarikat pengiklanan. ok?

esok. InsyaAllah akan publish iklan bisnes perfume berjenama. tunggu ya. =)

p/s: terima kasih Nuffnang. terima kasih my readers. sayang you all. mmuah.mmuah!