Thursday, March 31, 2011

Dosa Mengumpat


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). 

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. 

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. 

Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad). Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. 

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud). Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Source: Dosa Mengumpat http://ms.shvoong.com/books/1744583-dosa-mengumpat/#ixzz1IBPAktRt

Tuesday, March 29, 2011

bila si dia busy.


barang yang lepas usah dikenang. mengaku salah dan mendapat kemaafan itu indah. yang penting jangan diulang lagi. bukan kerana lafaz maaf itu mudah, tetapi meraih kepercayaan itu agak payah sebenarnya. hati manusia kita tak tahu. kita tak mungkin boleh pegang ia kemas-kemas.

semalam punya kisah, masuk-masuk kereta, dia tunjuk kat aku mineral water.


"tengok-tengok, dalam kereta I ada mineral water...."

"eh. bagusnya ikut cakap I... Haha."

hari Ahad hari tu duk mengadu mulut pecah, bibir sakit. mana taknya, dalam kereta pun tak ada mineral water. padahal cuaca sekarang memang sangat panas, KL dah jarang-jarang hujan. dia bagi alasan sakit mulut kejap je sembuh. klinik kan ada. tapi semalam dah bangga dengan pencapaian diri, letak mineral water dalam kereta. Good!

destinasi semalam?. tak berapa nak ada destinasi, sekejap ke sana, sekejap ke sini. mula kata nak makan kat Subang, tetiba patah balik makan kat PJ, tapi asyik pusing-pusing sebab tak ada parking, nak makan situ tak jadi, makan kat sini tak jadi. jalan jem. dalam kereta perut dah lapar, dekat sejam on the way. padahal pusing tempat sama.

"Yang, I lapar lahh..."

"sekejap la Yang, sabar kejap eh...."

dia dah mula lipat lengan sampai siku, biasanya dalam kereta smoking tapi semalam tak langsung. aku pandang muka dia yang nampak penat, kesian. pusing punya pusing. last-last pergi A&W PJ. itupun tapau je.

"Yang, I park luar you pergi beli eh. makan dalam kereta jelah. I tak banyak masa dengan you ni.... boleh eh?"

"Ok."


"Nanti dalam kul 3petang I ada hal, I tinggalkan you kat KL Central kejap, pukul 5 I ambik you eh?.."

"Ye...."

"Ok.Gud..."


bila dia busy camni, aku memang tak banyak songeh. apa keputusan dia I will say OK. dia luang masa jumpa aku pun dah kira bertuah dah, biasalah hari Isnin memang hari beliau busy, nak-nak akhir bulan macam ni, urusan bank lah apalah. dalam kereta pun asyik jawab call. tak. tak. mana ada bosan. dapat tengok kamu drive pun hati dah girang. Euwww!


ok. cerita tamatlahhhhh.


Sunday, March 27, 2011

bukan kerana deria ke tujuh dan lapan.


"...I frust sangat-sangat. I marah You sebab I frust, kenapa You tipu I....?"



pergi makan tapi tak makan. disoal siasat macam polis sampai tak tahu nak jawab apa then terpaksa menjawab dengan air mata. bila mana aku rasa serabut/tak sedap hati sebab aku menipu. aku tahu yang dia sebenarnya tahu yang aku sedang menipu. dia tak marah dengan bahasa kasar. tapi cara lembut yang memerangkap aku bahawa aku benar-benar harus mengaku bersalah. aku tahu airmata bukan jawapan. tapi aku harap dia tak anggap aku sengaja cipta alasan. memang silap aku. bukan kerana dia punya deria extra.



"Im sorry sebab I busy, tapi I harap.. you jaga diri baik-baik....I masih frust dengan You. take care..."


Saturday, March 26, 2011

lelaki 20-30-40an.

hai semua. =)

ok. ni anggap sebagai entry santai sahajalah. sembang Jumaat di akhir-akhir Mac. minggu depan dah April. pantasnya masa berlalu.




lelaki akan mengalami peringkat kematangan berbeza ketika usia lewat 20an, awal30an dan lewat40an. betul tak? berbeza mungkin dari segi perspektif mereka terhadap satu-satu perkara, dan berbeza tindakan dalam menangani sesuatu hal. ambik contoh mudah. memandu di jalan raya, jalan KL lah misalnya, jalan kampung toksah cerita. ok. biasanya lelaki lewat20an dan awal 30an ni pantang kalau orang selit nak potong jalan dia. lagi kalau perempuan yang buat, lagi dia macam hangin. tak puas hati. rasa nak menang. kan?

atau, sorang lelaki ni bawak BMW 5series misalnya. dia jadi excited bila jumpa geng se5series dengan dia, lagi-lagi kalau model sama warna pun sama. dia rasa seronok untuk perkara-perkara kecil macam itu. macam tulah dengan hal-hal lain. dia cepat panas dan kadang cepat excited untuk perkara-perkara kecil. mungkin sebab dia belum ada tanggungjawab yang lebih besar. so perkara kecil yang kadang-kadang ntah apa-apa, dia amik peduli. padahal kita perempuan akan kata. ek eleh, itu pun nak seronok. contohlah. 

kalau bab layan girlfriend, ianya berbeza ikut individu. kalau lelaki yang jenis ada geng. geng dia jadi no1. girlfriend jatuh no 2. kalau geng ajak main futsal. girlfriend ajak tengok wayang. dia akan pergi futsal. tapi memang ada jenis lelaki yang tak ada geng. dia suka berkepit dengan girlfriend je 24/7. tapi ini bukan taste aku. sebab aku bukan layan dating, mesej or call 24/7. *rimas. untuk masa muda-muda ni, silalah bergeng dengan geng anda. sebab nanti kalau dah kawen. haaa. masa tu kena insaf. keluarga mesti jadi no 1. ok ya lelaki-lelaki?




untuk lelaki-lelaki yang lewat 30an atau awal 40an pulak. kebanyakan mereka tak ambik port untuk perkara remeh macam perempuan potong jalan dia. tak amik port pasal kereta apa diorang drive sekarang. tak peduli sangat nak design kereta berlampu putih ke apa ke. mungkin sebab life dah berbeza. dah ada keluarga, dah ada anak. banyak tanggungjawab kena pikul. benda remeh dah tak jadi hal. orang lain pakai Apple Iphone ke Ipad ke Ipod segala bagai. walaupun diorang mampu nak beli tapi diorang tak beli. bukan sebab tak berjiwa muda. tapi sebab kalau setakat beli Ipod main game. memang dah tak musim bila usia dah meningkat. baik fikirkan tabungan anak nak further study ke apa. kan?

ada tak my readers yang dah lalui 20an, 30an and 40an. apa kata anda? komen jangan tak komen. =)



Wednesday, March 23, 2011

crazy girl met businessman!

hai semua..

ini cerita pasal one of my client lah. alahai yang temankan pergi KLIA last Saturday. asyik cerita pasal BF ada plak yang meluat. yang peliknya dah meluat-meluat tu, duk baca gak. tak tahu malu eh. eiii.

sedikit sebanyak pasal my client ni, dia nak pasang Unifi kat dia punya ofis. dia ada bisnes sendiri actually. dulu blaja bidang arkitek kat UIA, tapi buat bisnes. bisnes yang aku rasa boleh maintain sukses hingga akhir hayat.  sebab kat Malaysia ni semua orang makan nasik. so dia pilih bisnes beras. ada kilang sendiri, ada bendang sendiri. beras akan sentiasa ada permintaan. bisnes yang bijak. kan?

seusia 27 tahun, dah boleh berbangga dengan pencapaian peribadi. dah boleh drive BMW yang harga setengah juta. income hampir 100k sebulan. kelip-kelip mata tengok penyata akaun dia. gila tebal poket. then, aku tanya dia, dulu dia pernah susah tak. dia cerita zaman dia belajar, dia punya susah episod hidup sampai tahap makan tak bayar. lepas makan, buat-buat macam berdiri, smoking, then cabut lari. tak ada duit poket. taktau nak mintak tolong siapa. terpaksa.

dia bagi aku semangat. bidang bisnes ni memang mencabar. lagi-lagi untuk beginner, tapi jangan mengalah. 'bertindak sekarang'. now!. bukan nanti, bukan esok bukan lusa. dia pun masa mula-mula berhempas pulas nak bangunkan bisnes, buat loan bank juta-juta, kejar target untuk bayar loan bank. kerja mati-matian untuk sampai tahap sekarang. bukan senang. 

jarang sekali boleh jumpa orang busy. aku mulalah banyak tanya. 


" best tak jadi orang kaya?..."

" best pada bahagian tertentu, ada jugak yang tak bestnya..."

" apa yang tak bestnya?.."

" cuba you tengok cermin kereta I ni, retak sket kan?.. baru minggu lepas ada orang tembak.."

"...haaaa. dia nak tembak you ke?.."

" yelah nak tembak I, kalau kereta biasa dah tembus dah peluru tu..."

"..habis lepas dia tembak, you buat apa..?"

" I tembak dia balik, kena kat peha kot. I pun ada pistol la.. berlesen.."


pergh. kalau aku lah yang kena tembak macam tu, mau ketar lutut entah boleh tembak orang tu balik ntah tak. then aku cakap kat dia aku nak try pegang pistol tu, dia tak bagi. dia kata jangan carik pasal, kang aku try pegang tertembak ke apa. kan gila. jangan kan pegang, tengok pun dia tak bagi. alahai. baru nak berangan ala-ala gerak khas kejap. :p

balik dari KLIA, jalan macam agak lengang kat highway. then aku buat satu lagi permintaan gila. aku mintak dia drive selaju boleh, bape laju dia boleh drive. yep, dia cari peluang. tunaikan permintaan aku. dia bawak 220 km/j. tapi tak sampai pun 5minit. dia cakap ngan aku, kejap je boleh, you jangan cari pasal, you tak kawen lagi kan?. HaHaHa. aku gelak je. tapi best gila kot bila pecut. terasa macam tengah shoot filem pulak. KehKeh.

oklah, citer banyak-banyak kan you all boring pulak kan. next citer sambung bila-bila ok. malam ni nak tido awal, esok ada client penting. Hehe. wish me luck aaaaa. =)


Tuesday, March 22, 2011

Mr.S, masih ingat pada beliau?


hey readers, hai.hai. you all semua sihat?. ceria?. gembira?. Ok. Good kepada siapa yang angguk kepala. kepada sesiapa yang dah lama ikut blog ni, mesti you all tau siapa mr.S, and kepada siapa yang taktau. mr.S ini adalah teman tapi mesra penulis, sejak zaman berzaman. taktau dah berapa zaman. sejak 1999. cuba kira berapa lama?


nak cerita pasal kami, memang banyak sangat. but for now. beliau adalah sahabat ter'best' yang pernah aku ada. *tears. Ceh touching pulak tiba-tiba.

semalam aku call dia. belum pun cerita apa-apa, dia dah mintak aku supaya banyak bersabar. banyak bersabar. Haish. mana pulak dia tahu yang aku memang tengah fight supaya terus bersabar. mungkin sebab dari suara aku, dia dah tau kondisi aku macam mana. malam tadi kami sembang, dia macam tau aku mungkin ada problem, tapi tak pulak dia bertanya detail pasal apa. cuma direct bagi nasihat. banyak bersabar, hidup memang macam ni. biasalah. 

-"kita cuma ada satu hati, satu jiwa, hati kita dan jiwa kita, jaga ia baik-baik, jangan harapkan sesiapa"-

dia bagi ayat tu kat aku. mesej yang betul-betul sama macam entry aku yang INI

then aku jawab dia,

"ish. kerasnya hati you... "

"biasalah, banyak pengalaman...."


aku bercakap dengan dia macam pura-pura happy. padahal dalam hati sebak. banyak benda aku nak cerita tapi tak tercerita. mungkin jugak tak sesuai untuk diceritakan. tapi bila dia asyik cakap kat aku supaya banyak bersabar. yes.it help me a lot.sebenarnya kami jarang contact. mungkin dalam 2 minggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. masing-masing busy. dia cakap dia dah lama tak baca blog aku. kolej dia kat UTM takde wifi. tapi semalam dia kata dia nak baca balik. ceh. tak payah lah baca. buat segan je. 


p/s: mana ada love story yang smooth je kan?.. sabar.sabar.



Monday, March 21, 2011

Calling-Darling


semalam my sister yang kat PPUM datang rumah, beliau hantar kasut hitam, seluar hitam, dan sekeping duit belanja. yes, adik bagi kakak duit belanja. *adik yang bagi, bukan boyfriend. jangan fitnah! berdosa kamu sampai mati kalau aku tak maafkan. Alhamdulillah adik mewarisi kemurahan hati kakak dia. well, bila jumpa adik beradik. takda lain. mesti ada sesi meluahkan perasaan. my sister cerita pasal kawan dia ejek dia pelat huruf 'R'. alah, rilex lah. Lisa Surihani pun pelat 'R' jugak. kan.kan?

aku pulak cerita kat dia tentang malam semalamnya jumpa mak abah n adik beradik kat KLIA. yep. adik aku sorang je yang takde, dia tak dapat nak ikut aku sebab pagar hostel dia tutup pukul 10malam.  dan pagi Ahad pulak dia masuk kerja pukul 6.30pagi. sekarang dia dah berada di minggu praktikal penuh. yes, nurse pelatih. dia jadi ketua untuk group dia. Phew! gud job bebeh!

sebelum dia balik hostel, kami singgah makan di kedai makan Riang-Riang. makan dengan hati girang, tapi aku makan tak habis. perut lesu je nak makan banyak-banyak, sebab kakak aku kata aku dah gemuk, kena diet. aduhai, taktau nak on diet ke tak. tapi banyak kawan lelaki cakap, "you kalau gemuk hodoh". nampaknya bukan semua orang nampak comel bila gemuk. tapi kalau anda memang sedia gemuk, anda pasti sedia comel. =)

oklah. entry ini dah taip dari pagi tapi baru nak publish petang, busy make calls. Huhuhuhu!



p/s: calling darling:- calling customer lohh, they are my darling now.. $$$



Sunday, March 20, 2011

Hati Tong Sampah.


selamat berhujung minggu semua..

sebelum apa-apa. nak cerita sikit, semalam my sister dah kembali ke Mesir. naik flight di KLIA, so my family semua datang KLIA lah. mulanya rasa aku mungkin tak dapat datang sana. since I have no transport. tapi disebabkan semalam aku jumpa klien yang baik budi. and kebetulan dia ada masa nak tolong. so aku tersangatlah berbesar hati. sebenarnya klien dan kawan jugalah. 'ayat profesional'.

my dad tanya datang dengan siapa, aku jawab datang dengan kawan. padahal baru je jadi kawan atas urusan kerja. mampus kalau abah tau aku menyusahkan orang. aku bagi alasan, kawan aku tu segan so dia duduk dalam kereta je. hihi. aku diberi masa sejam, dari pukul 8 sampai 9 malam. sekadar lepaskan rindu kat famili. lagipun tak sampai hati nak biar kawan aku tunggu lama. sudahlah dapat free ride, free petrol, free tol. free dinner lagi. :p

Im so happy jumpa famili. walau macam mana pun, famili tetap no1 dalam hati. tengok muka emak tengok muka abah hati rasa girang sangat. aku tahu aku bukanlah seorang anak yang boleh dibanggakan, tapi aku sendiri ada azam, supaya satu hari nanti aku boleh bahagiakan mereka, meskipun bukan dalam bidang akademik, mungkin di bidang lain. 

aku akan sedaya be a good elder sis. supaya adik-adik aku ada guideline. jangan jadi macam aku, salah pilih bidang. bidang yang aku tak boleh perform. Alhamdulilah aku dah lakukan untuk my sister yang ambik nursing kat PPUM. aku yang daftarkan online untuk dia dulu. aku yang uruskan dia untuk banyak perkara sepanjang dia dari interview sampai sekarang dah semester kedua. semester lepas dia dapat cgpa 3.67, aku tahu dia dah usaha keras. tahniah moga semester ini dapat buat yang lebih baik.

aku ceritakan ini di blog, sebagai semangat kepada diri aku, dan my sister kalau dia membaca ini. dan sesiapa pun anda di luar sana yang bersangka negatif terhadap aku. cukup-cukuplah sebab aku ini tiada apa-apa untuk di hasad dengki. ditaruh rasa tak puas hati. jadi berhentilah mempertikaikan episod hidup aku. dan berhentilah mempersoalkan kisah aku dalam blog ini. kalau dah menyampah dengan aku, jangan baca blog ni. (aku tau saranan ini tak berguna pun. kau tetap akan terus baca blog ni kan?)

jam 9 malam aku pergi semula ke kereta. kawan aku pelik kenapa aku datang dengan linangan air mata. dia ingat aku sedih berpisah dengan famili, padahal aku sedih sebab terima sms puaka, sms puaka yang merosakkan mood aku yang tengah happy dengan my famili. aku tanya kawan aku, betul ke bila orang dah benci, dia lupa jasa baik kita? kawan aku jawab. mungkin YA. tapi jangan sesekali kita ungkit kebaikan kita pada orang macam tu. jangan benci dia, biarkan saja dia menang  tanpa bertanding.

*bagaimana kawan yang baru kenal sehari boleh jadi kawan sebenar. tapi yang dah kenal saban tahun...........berhati tong sampah?



Friday, March 18, 2011

"you dah ada BF ke?..."


"hey Sara, you dah ada BF ke?.."

soalan favret rakan staf, tidak kira dimana jua anda bekerja. bukankah.?

yelah.yelah. Im taken. perempuan memang jujur bila jawab soalan macam ni, tapi lelaki selalu nak mengaku single walaupun dah berpunya. eleh, jaga 'market' lah tu. padahal macamla high market sangat. :p 

soalan lanjut:-

" BF you duk mana?.. dia kerja apa...?" 

" ala, dia duk sini-sini je. bukan jauh sangat ngan rumah I, dia kerja baiki enjin je. "

" besar tak gaji dia?.."

" besar gak macam dia... HAHAHAHA! (gelak dalam hati, beliau memang besar. 40kg lebih berat dari aku..)

" macam mana you kenal dia...? cecite. cecite.."

" eh.eh.eh. adalah. mana boleh bagitau you all... " (keciwa semua orang yang tengah baca entry ni. kehkeh. :p)


* dia boleh habiskan Sprite large cup McD kurang dari 1minit. 
* dia boleh habiskan fries and Big Mac kurang dari 5minit.
* sebelum blah dari McD, dia refill Sprite, masih sama, boleh habis kurang dari 1minit.


BF I sebenarnya KingKong?

*Yup, I panggil dia KingKong kadang-kadang. KingKong KingKong pun, dia jugak yang aku rindu. Cis!



p/s: KingKong makan fries cicah sos tomato.*sumpah comel. ingatkan budak 5tahun je pilih sos tomato. 

Thursday, March 17, 2011

He said "I Am Sorry"


hari ni aku kena masuk kerja awal sikit, so kononnya malam tadi sebelum pukul 1 pagi aku dah tido. tiba-tiba pukul 1.30 pagi handphone bunyi. bila tengok siapa yang call, terus segar bijik mata aku, cepat-cepat aku bangun dari tempat tido.

apekehalnya dia ni call pagi-pagi buta.

rupanya dia nak tanya sama ada aku free ke tak hari ni, kalau free dia nak jumpa. no.no. aku tak free hari ni. aku dah cuti hari Isnin hari tu ajak dia jumpa tapi dia yang busy. then dia tanya bila plak aku free. dukacita dimaklumkan bahawa aku kerja sampai hari Ahad. dari pagi hingga ke malam. =(

then aku cakap, kalau ada apa-apa yang penting cakap je kat telefon pun takpe. tapi dia tak nak. dia nak jumpa aku face to face nak cakap depan aku. so we all kena tunggu hari Isnin depan. ntah apa yang dia nak cakapkan. sampai nak jugak jumpa face to face. Isnin depan janji nak jumpa pukul 9 pagi. kahkah. awalnya!

-kesiannya kami yang cuti pada hari yang tak sama-

sebelum letak telefon, dia asyik cakap sorry. sorry. aku pelik and tanya sorry for what. dia cakap dia macam dah mengabaikan aku 2-3 hari lepas. so dia mintak maaf sangat-sangat. yes. memang aku terasa terabai. sebab itulah lahirnya entry semalam tu. tapi even aku sentap dengan dia aku tak tunjuk pun. bila dia kata dia sibuk maka aku terus tak kacau. (padahal dalam hati SENTAP).

nasib baik dia tahu mintak maaf, kehkeh. terasa menang 1-0.

aku paham dia busy, kerja lagi, sambung master lagi. padahal malam tadi mood aku dah ok je. sangat ok sebab bos aku and kawan-kawan sekerja aku sangat membantu dan memahami. aku rasa life aku sangat terbantu. walaupun company ni company cina, tapi cara diorang layan staf melayu macam aku memang jauh beza dengan apa aku rasa masa aku kerja dengan company melayu.

ingat senang nak jumpa company nonmuslim yang bagi ruang untuk staf melayu dia yang cuma 2-3orang ni solat (Zuhur, Asar, Maghrib), yang tak berkira untuk belanja makan minum, malah hantar balik sampai rumah. malas nak citer banyak nanti ada orang kata aku dah makan budi pulak. tapi berbudi dan berbuat baik ni tak mengira bangsa dan agama. 

jangan sebab kita dah Islam sejak lahir, kita boleh kata kita ni dah cukup baik, bayangkan nonmuslim buat baik tak ada pahala tapi mereka boleh buat baik. tapi kalau yang namanya Islam, yang dah tentu buat baik dapat pahala pun tak buat baik juga malah berhati busuk tak habis-habis pentingkan diri, dengkikan orang, fitnah orang. jatuhkan orang. memang Nauzubillah. cuba fikirkan.


p/s: syukur pada Allah, dipermudahkan urusan.


Wednesday, March 16, 2011

kasih sayang dalam diri sendiri.






berpuluh juta mereka, satu pun engkau tak punya

sepekat darah sama yang mengalir, mereka bukan engkau jua

seerat genggam tangan berjanji bersama, hidup engkau hidup engkau semata

engkau hanya punya engkau, dan kasih sayang Yang Kuasa

dalam pejam lena, mimpi, terjaga dan bangkit semula

hati bersih itu temani engkau dengan sepenuh setia

siapa yang bisa engkau percaya, temani engkau dalam tangis dan tawa

engkau bercinta sesama manusia, entah kan utuh sampai bila

satu hari engkau angguk kepala

engkau hanya punya engkau dan kasih sayang Yang Kuasa





p/s: 'kau selalu ada' petikan lagu Dealova. nasib baik kau tak pernah nyanyikan ini. 


Tuesday, March 15, 2011

review Taiwan Drama:- Down With Love




sudah lama tidak menonton drama Taiwan secara bersungguh-sungguh. kali terakhir, mungkin adalah HanaKimi versi Taiwan. so kali ini penulis nak membawakan kepada anda satu siri drama Taiwan yang best-best-best. rasanya drama ni dah keluar sejak akhir tahun 2009. tapi kewujudannya hanya disedari dalam tempoh penulis menjadi penganggur sejak 3-4 minggu lepas. (memang lama menganggur ternak lemak saja dirumah, dan kini begitu gerun apabila melihat penimbang, ntah-ntah berat sudah cecah 55kg siapa tahu?).

ok. sekarang dah dapat kerja yang majikan pun best. syukur kepada Allah. =)

review Down With Love:-

mengisahkan persahabatan antara seorang peguam tersohor 'Yu Ping',seorang interior designer 'Ke Zhong' dan seorang pelakon popular 'Hui Fan' yang sudah bermula sejak zaman persekolahan. juga dua beradik perempuan, kakak 'Yang Duo' dan  adik 'Yang Guo'. mereka kesemuanya mempunyai karakter yang berbeza. 

Yu Ping seorang lelaki yang bossy, berlagak dan keras hati menjalin cinta dengan Hui Fan sejak 7 tahun. manakala 'Ke Zhong' seorang lelaki yang lebih cool dan bertimbang rasa. Yang Duo pula seorang gadis yang sangat berjimat dan kedekut, manakala adiknya Yang Guo seorang gadis yang langsung tidak berciri feminin tetapi sangat jujur dalam perwatakan.

konflik bermula apabila Hui Fan memutuskan hubungan dengan Yu Ping demi karier lakonannya namun dia menyesal dan mahu kembali kepada Yu Ping, percubaan Hui Fan untuk kembali bersama Yu Ping gagal kerana Yu Ping sudah mula menyukai Yang Guo (sejak Yang Guo menjadi 'nanny kepada sepasang anak saudaranya).  Ke Zhong yang menyukai Hui Fan dalam diam tidak sampai hati melihat Hui Fan bersedih dan sanggup berkorban berpura-pura menyukai Yang Guo supaya Yu Ping dan Yang Guo tidak dapat bersama.



Yu Ping (Jerry Yan) bersama anak buahnya, dan Yang Guo (Ella S.H.E).





Hui Fan cuba memujuk Yu Ping kembali.




Yu Ping dan Yang Guo masing-masing tidak tahu bahwa Ke Zhong hanya berpura-pura menyukai Yang Guo demi Hui Fan.



alolo. ciannya abang saya... :p



hero kedua, nampak baik tapi sampai hati menipu. Dush!



tak dapat jadi kekasih, jadilah kawan baik ketika tawa dan tangis. 





Hui Fan yang degil dan terdesak. pentingkan diri sendiri. 




Yang Guo terdengar perbualan Hui Fan dan pengurusnya.



ok. cukup setakat itu. apa jadi lepas kantoi tu you all kena tonton sendiri. layarilah Kimchidrama untuk 16 episod penuh drama ini. dan sebenarnya episod-episod selepas kantoi ni boleh dikatakan sweet-mueet jugak. sebab Yu Ping dah ada peluang untuk tackle Yang Guo. tapi bukan senang jugak nak tackle. siap kena beli gula-gula satu almari untuk buat Yang Guo ni terharu. Eceh. berlakon bolehla kan. realiti ado?

cerita ni best. sebenarnya susah nak jumpa drama Taiwan yang best. kelakar ada, romantik ada , geram pun ada. comel pun ada. selain cinta, unsur hubungan kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan yang diselitkan juga ada mesej tertentu. senang kata, macam-macam ada!. Jerry Yan memang terbaik, kacak, sweet. Ella SHE pun memang berbakat! Mmmuah.mmuah!




p/s: berbahagi masa untuk kerja dan blog. Chaiyok!


Sunday, March 13, 2011

cerita dating semalam.


* breakfast di Old Town White Coffee.

* aku makan nasik lemak special. RM7.90sen. sambal dia sedap.

* dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. sejam setengah rasa macam setengah jam je.

* makan sambil bersembang dan online. sebab tu akan pilih kedai ada Wifi.

* tanya dia pasal bidang kerja dia. (non-destructive testing/magnetic particle inspection).

* tak paham pun tapi buat-buat macam paham. padahal tengok gambar je. :p

* semalam dia senyum je bila aku tunjuk aku pakai kasut yang dia beli. -kehkeh.

* selepas setengah jam duduk, baru aku cakap sebenarnya aku kena masuk kerja tengah hari. (tak boleh bagitau selagi tak jumpa face to face demi menjana mood dating yang baik dan sejahtera. :p

* jam dah pukul 12, berat hati gila nak pergi kerja. tapi dia cakap. tak elok mintak excuse pada orang atasan padahal kita baru start kerja. sebab kalau dia pun. dia tak suka staff dia bagi excuse. lagipun, majikan aku begitu baik hati. sob.sob terharu.

* jumaat sabtu ahad depan kerja dari pagi sampai malam. harap boleh dating sebelum tarikh itu. =(




Saturday, March 12, 2011

my uncle sekeluarga di Jepun selamat.


Alhamdulillah. my uncle and his wife (japanese woman) dan anak-anak mereka selamat.



pulang kerja jam 9 malam tadi, semua orang cakap pasal gempa bumi dan tsunami di Jepun. Oh. tak ingat lain, terus teringatkan my uncle and his family. baru kejap tadi tengok Home Facebook, my aunt kat KL ni pose pic kat atas ni. khabarnya mereka sekeluarga selamat. syukur Alhamdulillah.

teringat kekalutan masa my sister kat Mesir bulan lepas. hari ini earthquake kat Jepun pulak. my grandmom mesti kalut bila dengar berita macam ni. yelah. orang tua mana nak tau apa sangat pasal kawasan-kawasan jauh ke dekat. dia tau Mesir adalah Mesir. Jepun adalah Jepun.

hari tu dengar pasal Mesir pun nenek bukan main takut kalau my sis terlibat. ni plak gempa bumi dan tsunami Jepun. my uncle ada sana. hati ibu mana tak risau kan. dulu masa my uncle balik sini, dia ada cerita yang berenang adalah perkara wajib dipelajari di sekolah-sekolah Jepun. semua orang mesti tahu berenang. sebab kebarangkalian earthquake adalah tinggi, dan negara mereka sebenarnya terdiri daripada pulau-pulau kecil.

bencana itu peringatan bukan sahaja bagi mereka yang berada di Jepun. tetapi kita juga walau dimana kita berada.



p/s:- penulis sedang menimba pengalaman baru. sibuk amat. menulis blog 5 hari sekali pun ok what?

Monday, March 7, 2011

hadiah pertama dari 'seseorang'.



aku rasa kasut ini nampak comel. mungkin sebab dia ada unsur kaler ungu, putih dan hitam. sudah lama tak pakai kasut jenis ini. kali terakhir mungkin 2-3 tahun lepas.? btw, kasut ini belum dirasmikan sebab belum ada stokin yang sesuai. :p

ya. kasut ini adalah hadiah pertama dari seseorang. seseorang yang penting dalam episod hidup ketika ini. dan  di masa akan datang juga InsyaAllah. 

peristiwa memilih kasut ini terdapat di ENTRY INI.


p/s: mood menulis blog berterbangan. 


Saturday, March 5, 2011

WE miss WE


"Do you miss me?" I asked.

"No. Im not"

"How come huh...."

"Its not I miss You... or You miss Me..change the term, try use 'We' instead of using I n You.. get it?"

"No.. I dun understand.."

"Let me send you one photo...."

"What photo?"






"so..?"

" We miss We...." he said.




dah 8 hari tak jumpa. he got an accident today and his car damaged. (thank God he is fine got no injury). actually he was on his way to pick me up. patutnya kami jumpa pukul 11 pagi. tapi dah tak jadi seperti sepatutnya. dia kena setel pasal accident, pergi balai polis n so on. pukul 2 petang he sent sms. dah setel semua. dia lepak kat Old Town White Coffee and we chat on YM. sebab dah tak seperti yang dirancang. kami plan jumpa esok je. 

yes. perbualan diatas adalah dalam YM. biasalah yang bertanya "U rindu I tak?". semestinya perempuan kan. 
sengaja aku share benda ni dalam blog, sebab aku rasa aku tak pernah jumpa 'We miss We' sebelum ni. anggap ini one more lesson in relationship. OK?


p/s: Kami Rindu Kami. sweet tak?.. sweet tak?.. :p


Thursday, March 3, 2011

salah satu sebab kenapa lelaki tinggi menjadi pilihan?


sekadar ilustrasi



CERITA 1




"Can you pass me that one...."

"Which one..?"

"The blue color.... yes. yes. that one... Thanks."

"You like it..?"

"Nope.. Can you please put it back...Thanks".


sebab tak berkenan, kita pergi cari section lain. dan dialog di atas berulang kembali. kadang-kadang memang taknak beli. tapi suka nak try. try je, bukan luak pun kan. tahulah terkadang promoter kat kedai ni lambat. atau mungkin tengah layan customer lain. so pakcik you all ni bolehla tolong kalau setakat nak ambikkan kasut ke baju ke yang cik adik dia ni tak tercapai nak mencapainya. useful boyfriend. dun u think so?

------------------------------------------------------------------------------------------

CERITA 2


satu hari dalam kul 3 petang, we all  makan kat Old Town White Coffee, sekitar Mont Kiara. lepas makan-makan suddenly hujan lebat. lebat gila macam tanak berhenti punya hujan. and at that time dia ada meeting pukul 5.30petang. sudahlah kereta di parking jauh dari situ. mula-mula macam nak tunggu reda. tapi sebenarnya tak boleh tunggu. hujan masih sederhana lebat. dan jalan akan jam sebab waktu orang balik kerja. 

takda pilihan, dia ajak aku lari pergi kereta redah hujan. damn. lama dah aku tinggal acara lari nih. ni nak kena lari dalam hujan plak tu.  dengan high heel lagi. mmg Cis!.. dia tak apalah pakai sport shoes selalu sebab tadi pun dia datang dari site. kami lari sama-sama tapi of course la dia akan sampai dulu kat kereta. 


" You know why I was faster than you?..."

" Err, because you are a guy..of course laaa.. "

" Nope...... becoz of my leg is longer than yours...."


Cis..!



p/s:-  eh, tapi janganlah jauh sangat beza tinggi macam gambar di atas. nanti pengsan plak abah aku!


Wednesday, March 2, 2011

review filem:- Sanctum 'Never Ever Give Up'









Executive Producer: James Cameroon. Ops.! beliau bukan Director filem Sanctum. banyak orang ingat beliau adalah Director filem ini lalu masing-masing expect too much on this movie. Ya. mungkin sebab pencapaian Titanic dan Avatar yang blockbuster sebelum ini.

SAnCtUm:-

adaptasi dari sebuah kisah benar, mengisahkan beberapa ahli geologi. para pengkaji untuk siri National Geography. yang meneroka sebuah gua yang sangat besar, dalam, luas dan misteri. penerokaan yang pada mulanya agak lancar menjadi begitu mencabar apabila kawasan tersebut dilanda ribut taufan kuat sehingga kan aras air di dalam gua terus meningkat dengan cepat. 6 daripada mereka terperangkap dalam gua di kedalaman yang mustahil untuk mendapatkan sebarang bantuan  dari luar.

ini adalah sebuah perjuangan untuk hidup. usaha yang bermati-matian untuk nyawa kau sendiri. perjuangan dan semangat berpasukan. kau tak tahu menyelam. tapi kau tak punya pilihan. kau mesti, jika tidak, kau mati. kau pilih untuk mengalah. kau mati. kau panik, degil dan melanggar arahan. kau mati. kau pentingkan diri sendiri, kau rugi. jika kau memilih untuk terus hidup. maka jangan sesekali  kau punya rasa PUTUS ASA.

over all, daripada penilaian peribadi aku, cerita ini boleh dapat 7/10. duration 1jam 55minit yang boleh mendatangkan boring bagi mereka yang tidak menontonnya dengan sepenuh hati. part paling sedih bila mana rakan pasukan cedera teruk dan tiada harapan untuk terus berjuang menyelamatkan diri, maka rakan pasukan lain terpaksa 'melemaskan' rakan tersebut. ianya memang seakan sebuah pembunuhan.  tapi inilah yang dinamakan survivor. kau tak punya banyak masa untuk buat keputusan. sama ada meninggalkan rakan sepasukan mati sendirian dan menderita lebih lama. atau 'mempercepatkan' kematian mereka.


--------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya filem ini mengingatkan aku kepada cerita abah. masa zaman dia muda-muda. masa tu abah belum kawin, dan abah pergi trip dengan kawan dia yang dah berkawin. somewhere kat Pahang. kawasan pantai. masa tu diorang mandi laut. dan tiba-tiba kawan abah terperangkap dalam kawasan air laut yang ada tarikan kuat. kawasan ni walau macam mana terror kau berenang, kau tetap takkan selamat. air tersebut seakan berpusar di dasarnya dan menarik kuat kawan abah. abah nampak kawan dia mintak tolong tapi abah tak tolong.malah abah bergaduh dengan kawan lain sama ada nak pergi ke arah kawan tersebut untuk beri bantuan.

abah cakap dengan kawan dia,  kalau kau ke sana sekalipun, kau akan sama-sama mati lemas. tapi kawan tu tak peduli. dia tetap berenang ke arah air yang berpusar dibawahnya. dan ya..! mereka berdua sama-sama gagal keluar dari tarikan kuat air tersebut dan mati lemas. kedua-dua mayat hanya dijumpai lebih 6 jam kemudian. salah seorang mangsa tersebut, isterinya sedang mengandung anak pertama. 7bulan usia kandungan.

abah bercerita, kalau dia sama-sama tolong mereka pada hari itu, kami pasti tidak akan lahir ke dunia ini. ya. itu semua adalah tentang takdir dan ajal maut kita manusia. ibarat hidup kita juga, walaubagaimana cabaran yang mendepani kita, kita sendiri yang harus membuat pilihan dan menerima baik buruk kesannya. selagi masih bernafas. jangan mengalah. jangan menyerah. perjuangkan apa yang kita putuskan terbaik untuk diri kita sendiri.

p/s:- Aja.Aja. Fighting!


Tuesday, March 1, 2011

our random episode






mode cerita:- awangan.


CERITA 1

satu pagi, keluar dari bilik air then nampak kat phone tertera '1 panggilan tidak dijawab'. cepat-cepat call balik. sebaik panggilan diangkat terus terjah soalan dengan bunyi yang agak nyaring.

"Hello..You kat mana?" macam dah terbiasa bila jawab call terus tanya you kat mana..

"Hello, Gud Morning...." alamak malu kejap. lupa nak greeting.

"aaa. Morning...Where are you?....". again, ask him the same question.

"Hey babe.. How are you?... ok. ok. fine. salah lagi.

"Owh, Im fine TQ..". lepas tu tak tanya dah dia duk kat mana. Lol.


sebab sebelum ni dah terbiasa. dengan member bila jawab call je terus tanya. "ko katne.. bz ke..." sumthing like that. tapi orang dah duduk kat oversea lama ni cara dia lain agaknya. jawab call, atau 1st jumpa. mesti greeting dulu. lepas tu nak borak apa nak tanya apa dipersila.

teringat dulu masa sekolah rendah, 1st time rumah mak pasang talian telefon. lepas tu pertama kali telefon berdering. makcik sebelah rumah yang try call. aku cepat-cepat angkat telefon lepas tu cakap.. "Hello ni sapa nak cakap ngan sapa?...". tak ada adab langsung jawab call macam tu. then jiran aku pun dengan tenang memberi salam. "Assalamualaikum..bagi salam dulu sayang..". Erkkk! malunya. malunya.


moral of the story:- greet people. its easy.

----------------------------------------------------------------------------



CERITA 2


pada satu malam. beliau mengajak keluar. bukan untuk dinner. bukan juga untuk tengok wayang. aku rasa ia boleh disebut sebagai jalan-jalan. atau nak jumpa saja-saja. mungkin sebab rindu. *boleh blah!

memang kami tak ke mana-mana pun malam tu. dia terus drive and kami berbual. sebenarnya dia suka bercerita and aku suka mendengar. aku suka bertanya. dan dia akan jawab bukan dengan satu ayat, selalunya boleh jadi satu perenggan atau lebih. mungkin juga boleh buat satu karangan. dia bukan membebel atau melalut. tapi jawapan dia selalunya memuaskan hati. sampai aku akan angguk banyak kali. dan buat bunyi 'Ohhhhhhhh' yang panjang harakatnya.

beliau ada bertanya. dulu masa aku kecik-kecik. aku nak jadi apa.

aku taktau nak jawab. sebab dulu kecik-kecik aku ada banyak cita-cita. tapi untuk jawab soalan dia. aku harus pilih satu. dan aku rasa jawapan aku tu tak tepat mana. macam hanya sekadar jawab.

"A good teacher....". tapi aku bukanlah seorang cikgu saat ini. akan datang?.. belum tahu.

"What of you?..." macam biasa aku akan tanya dia balik.

" An engineer...". he answered.

"Congratulations. that is what you are now." dan beliau senyum. dan kemudian bercerita macam mana perjalanan karier beliau, sejak 7 tahun.


---------------------------------------------------------------------------------


erk, ada dua je episod. episod lain sambung lain kali. OK!



p/s: baru 3 hari tak jumpa dah rindu... =(