Monday, February 28, 2011

TerFakTab: Definisi Cinta Infiniti


aku banyak berblogwalking sejak semalam. sebab semalam aku tak keluar dating. yelah. bila keluar dating aku akan lupa apa itu blog. Blog?.. what the heck is that?. errr, blog is a platform for bloggers. to share their briilliant opinion, so u can read their entries.. not to watch a video.... :p

tanak cerita sangat pasal vlogger felasyur dan yang sewaktu dengannya. pung-pang-pung-pang la you all pasal topik tu. sana bekap sini. situ bekap sinun. besh nyer la ada tukang bekap. kalau tanya aku bekap siapa? itu rahsia. hanya Hanafi Jaafar saja yang tahu. serius ini bukan entry feedback kepada isu-isu tersebut. dan jangan nak kata aku ni 'menumpang trafik'. ceh. apedehal dengan trafik. Nuffnang tetap bagi aku 75sen je seminggu. tak kaya jugak :p 

*try la wat vlog.. mana tau fans bertambah?
-aku tak perlukan kipas susah mati walaupun rumah aku tak ada air cond. lol


ok. berbalik pada tajuk.


TerFaKtAB:- dEfiNisi CinTa InfIniTi




gambar tanak kalah, erk!


semua orang suka bercerita tentang cinta. masalah cinta, keindahan cinta. air mata cinta dan yang sewaktu dengannya. kalau dalam hati anda ada cinta, aku kat sini nak kongsikan kat you all satu blog cinta yang boleh tahan best. dibangunkan oleh beberapa penulis handalan. ya, itulah blog TerFaKtab. aku tau kat dunia ni cuma ada 2 orientasi je iaitu lurus dan songsang. kalau memang you all berorientasikan lurus. blog TerFaKTab sangat sesuai dijadikan bahan bacaan. santai dan superb. tak meleret-leret. dan ada point. serius takkan jumpa blog lain yang macam ini kat Malaysia. kat London pun belum tentu ada. sumpah!

antara penulis yang menghasilkan karya mantap di blog ini adalah AlexiaAqram dan Mr.K. ada ramai penulis lain, tapi penulis yang dua ini aku dah ikuti dengan lama, penulis lain tak berapa nak follow sangat. act, belum sempat nak follow blog diorang. ok. antara entry yang menarik dari TerFakTAb adalah  entry Memahami Wanita, dan Buat Bodoh. nak katanya, point dia semua aku setuju.  untuk Mr.K plak, banyak sangat entry dia yang aku suka. dan baru-baru ini aku sedikit terkesan dengan entry Cara Memikat Hati Lelaki.

memetik sikit perenggan yang buat aku tertarik nak share:-




"macam mana nak tahu yang pasangan tu sesuai dengan kita dan tak akan rasa bosan?"

Actually, korang tak akan tahu. Tapi, andai kata masa bergayut pun korang berdua boleh rasa bosan, apa tah lagi bila masa tak bergayut, kan? Maksud aku, try ah cari someone yang kalau korang duduk berdua tanpa cakap apa pun, korang akan rasa.... indah. Err, ya, indah mungkin perkataan yang sesuai.

Cuba korang bayangkan. Duduk di atas bukit yang tinggi, di waktu malam sambil melihat bintang. Tak ada kata-kata yang keluar. Yang ada hanya bunyi angin dan suasana samar-samar sinar malam. Duduk di situ untuk menikmati suasana hening. Feeling beb. Korang tak pernah ke rasa macam ni? Ah korang. Tak romantik langsung.





so. yang ringan mata nak baca, sila-sila memuaskan nafsu membaca anda dengan berkunjung ke sana. baca pelan-pelan. baru ada feel. OK!




p/s: korang tau kenapa aku asyik baca TerFaktab lately?. you all memang brilliant kalau tau jawapannya.



Sunday, February 27, 2011

'today is not my day..' he said.


semalam, jam 11 pagi dia janji akan sampai untuk ambik aku.  dah janji nak pergi 1Utama. selalunya dia akan sampai 5 minit lebih awal. dan kali ini seperti selalunya aku terlambat 5 minit. kat situ dah bazir masa dia 10 minit. masih ok. malah lebih baik dari Khamis lepas, dimana aku lewat 15minit. 

hari ini dia tidak seperti selalunya. aku masuk dalam kereta, dia cuma diam. bukan dia marah sebab aku lewat. tapi aku rasa dia memang dalam keadaan mood yang kurang baik. radio juga tak dipasang, walhal selalunya dia akan bukak lagu dengan volume yang sangat kuat. suasana senyap sunyi. selepas 5minit, aku bersuara.

"Are you ok..?"

"Ya...."

dan perbualan mati di situ. senyap kembali. then aku taktau apa patut aku buat. aku tau mungkin ada something bad yang berlaku. tapi aku tanak tanya direct dengan mengeluarkan dialog berbunyi.."kenapa ni dear, ce cite. ce cite..".. ok. aku tau bukan masanya aku nak berdialog sedemikian rupa. lagipun aku tau yang dia tak pernah tengok movie 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. 

aku cuma diam, pandang luar tingkap. aku taknak burukkan emosi dia. takut nanti aku tersalah cakap. dan mungkin boleh bikin hari ini makin haru biru. and you know what, lepas dua-dua senyap, less than 10minutes.. dia sendiri bukak cerita.. Hehehe.! finally.. 

sebenarnya, takpa bagi kita perempuan ni sabar sikit. laki ni bila dia moody jangan kita plak nak moody sama. jangan keluarkan dialog berbunyi.. "You ni kenapa masam je.. kalau masam camni better takyah keluar kita balik jela!...". kalau kau keluarkan dialog macam ni silap-silap dan-dan tu jugak dia turunkan kau tepi highway lepas tu lantak kau p balik sendiri. -guys dun do this. its cruel-

*sebenarnya dalam hati ni kata, sabar Sara. bukankah hari ini beliau janji nak belikan kau sepasang kasut. maka demi sepasang kasut, sila bersabar sekejap. (^_^)

" Sorry dear, act today is not my day. I baru je kehilangan satu tender and it was my fault.." he said.

kemudian beliau bercerita tentang macam mana dia boleh gagal dapatkan tender tersebut dan amount yang sepatutnya company untung kalau dapat tender tu. "It's gone honey..".."like this..-sambil buat sign petik jari-".

aku tahu yang dia bukan jenis ambil kisah sangat pasal apa-apa. dia tak kisah bila aku selalu je lambat turun padahal dia dah tunggu lama dalam kereta. dia tak kisah bila aku buat syarat tak nak pergi MidValley kalau dating sebab taknak terserempak dengan sesiapa yang aku kenal. yes, tapi bila perkara tu bersangkutan dengan kerjaya dia. memang dia jadi super serious. sebab dia fikirkan sangat benda tu, dengan aku sekali pun macam feel lebih dengan story dia, kami sampai tersesat cari 1Utama.

"calm down sayang, meh kita tengok signboard."

bila tumpukan perhatian, macam petik jari jugak, terus sukses cari 1 Utama. aku cuba cari kedai kasut yang best. sebenarnya hasrat hati nak cari Sketchers. tapi jalan-jalan dah 20minit. tak jumpa. perut dah lapar. minum pun belum. plus pakcik u all ni dah la not in good mood. so aku macam sedikit tak selesa nak banyak-banyak kerenah. harus jadi cik adik yang menyenangkan dikala sedih  gembira. cewah!

ok. jalan lagi then jumpa Tropicana Life. ajak dia masuk. yep. ada satu kasut tu aku macam berkenan. act, dulu pun pernah berkenan. aku memang suka gak Tropicana Life ni. selalu pergi yang kat MV. so, lepas tanya saiz and try-try. I just grab a pair. cuma kasut ini tak boleh dipakai bila dating dengan beliau. sebab tapak dia flat. nanti nampak sangat jauh beza ketinggian. kehkehkeh. macam biasa, selepas itu kami lepak Starbucks. sambil online. dan dia dah calm down dan boleh bercerita banyak. plus boleh gelak jugak. so aku tak risau dah. 

dia antar aku sampai rumah dalam pukul 5petang. but sebelum turun kereta, aku tanya lagi, dia ok ke tak. and dia jawab:- "I am better now. TQ. and again sorry, I couldn't make a good day for you"...


p/s:- but for me, it is always a good day when we are together.

Saturday, February 26, 2011

misi mencari kasut..


gila excited sejak tahu akan dapat kasut baru sejak 3 hari lalu. malam tido pun tak lena. terbayang-bayang kasut di mana-mana. I nak kasut cantek dan selesa. plez.plez. tak apa kalau tak belanja Caffe Latte Starbucks hari ni. yang penting dapat kasut. tapi lagi best kalau nak belanja dua-dua. :p

beg atau kasut?.. aku akan pilih kasut. beg tak minat sangat. tapi kalau orang nak bagi free memang tak tolak. 

blog dah jarang update kan?.. serius taktau nak cerita apa kat you all. sebab dunia aku sekarang sangat boring untuk dicerita. aku tak boring dengan life aku sekarang tapi aku takut korang boring baca benda-benda layan perasaan bagai ni.

so aku prefer layan perasaan sorang-sorang jelah. tak nak share sangat. walaupun sebenarnya dah share sikit-sikit. kehkehkeh.

p/s: bosan gila jadi penganggur. cepat-cepatlah dapat kerja. Arghhhhh!

Wednesday, February 23, 2011

D.I.A

meh nak citer pasal dia..siapa rasa meluat, sila klik button X di penjuru skrin laptop anda.

ok. nak cite. beberapa perkara. ermm. ok. ok. ce cite. ce cite.. ;p


* dia tak makan ayam.
* dia tak makan ikan.
* dia bukan vegetarian. sebab dia makan daging. beef/lamb.
* dia suka makan nasi goreng paprik daging. juga beef prosperity.
* dia suka minum black coffee tanpa gula atau krimer.
* dia ajar saya minum coffee+fresh milk. starbucks panggil ia Caffe Latte. (no sugar).
* dia cute, lagi-lagi bila dia pakai sunglasses masa driving.
* kalau pergi starbucks n online, dia bagi saya tengok FB dia. tapi saya tak bagi dia add FB saya.
* bila spend time dengan dia. saya tak perasan bagaimana waktu berterbangan.
* saya harap saya boleh nampak dia setiap hari.
* saya taktau kenapa saya tulis ini di blog. sebenarnya saya bukan jiwang. sumpah tak!




p/s:- It's not like I miss 'you' so much, It's more like I miss 'us' being together..! esok kita dating. yea!

Monday, February 21, 2011

Happy 2nd Anniversary..







siapa sangka, pejam celik, pejam celik hari ini sudah genap 2 tahun. ulangtahun kedua yang bermakna buat seorang blogger cap ayam macam aku. Happy 2nd Anniversary to Deep In My Heart.  sudah dua tahun pung pang pung tulis blog. sudah dua tahun jadi tukang karut di kamar tulis ini. sudah dua tahun megumpul kenalan di alam maya. dari seorang blogger yang mula-mula cuma baca sorang-sorang entry sendiri. dan lama-lama dapat banyak kawan-kawan even banyaknya datang dan pergi. semua itu adalah manis buat aku. terima kasih untuk semua yang pernah menjadi sebahagian daripada ruang tulis ini. 




terima kasih kepada semua yang menjadi followers sama ada yang lama atau yang baru, yang aktif ataupun pasif. terima kasih. terima kasih dan terima kasih yang tidak berpenghujung kepada anda semua. tentang pencapaian pengunjung di blog ini, cuma sekadar biasa-biasa saja. ye. mungkin sebab aku memang jarang update blog. malah jarang gak blogwalking dan semua itu bergantung kepada mood aku. tapi dengan visitors yang tak sampai 100 UV sehari, still Nuffnang bagi B.E menari-nari dalam blog ni. Terima Kasih Nuffnang. 

untuk entry ulangtahun Deep In My Heart yang pertama, sila klik SINI..


p/s: bukan ulangtahun percintaan dengan boyfriend lohhhhh


Thursday, February 17, 2011

review filem:- The Green Hornet, mesti tonton!


percaya atau tidak, aku dah menonton The Green Hornet dua kali di panggung wayang. ini berikutan sempena chinese new year baru-baru ini, memang tak ada cerita di pawagam yang best lagi. semua duk tayang cerita kantonis lemau sungguh.

pada hari raya cina yang kedua awal Februari lepas, itu adalah kali pertama menonton Green Hornet. member dari Seremban datang KL, and dia yang belanja tengok wayang. kami tengok dekat 1Utama. kali kedua tengok Green Hornet, adalah Selasa lepas. Mr78 baru terhegeh-hegeh nak tengok. sebabkan cerita ni aku suka, so aku sanggup tengok sekali lagi. 


THE GREEN HORNET:-

hero pertama yang tak handsome, tapi muka dan dialognya selalu kelakar. hero kedua yang memang handsome, chinese guy yang genius, smart, menarik, tertarik dan sememangnya da bom. berlokasikan Los Angeles. watak The Green Hornet tercetus pada malam Brit dan Kato memotong kepala patung replika mendiang ayah Britt, mereka tidak puas hati bahwa lelaki itu harus disanjung hanya kerana kejayaannya menerajui sebuah syarikat akhbar miliknya, The Daily Sentinel. 

perbuatan mereka memotong kepala patung tersebut diketahui pihak media dan mereka digambarkan sebagai penjenayah yang mungkin berbahaya. dan oleh kerana beliau sendiri adalah pewaris kepada The Daily Sentinel, Britt mahu wataknya itu dihebahkan di akhbar. Britt mahu dirinya sebagai Green Hornet mendapat liputan secara besar-besaran. oleh itu, pada setiap malam, Britt dan rakan sekutunya Kato akan membuat kekacauan di bandar L.A.

dalam pada itu, bandar L.A sebenarnya 'dikuasai' oleh seorang taiko besar jenayah gangster dan dadah, ChodNofsky. dan Green Hornet berjaya menarik perhatian beliau. sehingga pada suatu hari, mereka berdua nyaris terbunuh dalam satu perjumpaan rahsia yang sebenarnya adalah perangkap. kekacauan yang pada mulanya hanya suka-suka menjadi rumit apabila Britt dan Kato menyebabkan kematian Chili, orang kanan kepada ChodNofsky.

adakah The Green Hornet dan sekutunya berjaya menentang taiko jenayah di bandar L.A? kesudahannya anda kena tonton sendiri.






over all, cerita ni sangat menghiburkan. banyak komedi, dan aksi-aksi yang seriously memuaskan hati. bukan saja enjoy untuk ditonton, malah ada mesej-mesej tertentu yang ingin ditonjolkan terutamanya, jangan pandang remeh terhadap kredibiliti seorang bapa. walaupun bapa dilihat macam tak memahami anak, tapi they are the best!

btw, memang berbaloi untuk ditonton lebih dari sekali. tapi pastikan orang yang belanja. Hehehe!. dari 10, boleh bagi 9 bintang. 


p/s: tengah tunggu filem Sanctum. pergh. tak sabar!

Wednesday, February 16, 2011

YOU TUBE:- some videos are really good to watch.


selamat pagi sayang-sayang sekalian. selamat kembali bekerja selepas semalam bercuti. 


so, entry dimulakan dengan pertanyaan.

*sejak bilakah anda mula melayari You Tube?..

*adakah anda akan melayari you tube everytime you guys come online?..

*what kind of video yang you all suka tengok?.. video Cikgu Shida? atau ujibakat Akademi Fantasia?


aku sendiri gemarkan You Tube. setiap kali online. selepas menghadap Facebook, cek email. baca blog-blog, dan kalau rajin baca berita online. mesti bukak You Tube. selalunya carik video klip lagu-lagu favret. atau video Siti Nurhaliza, perbezaan masa mula-mula beliau nyanyi pakai tudung, dengan yang sekarang. makin lama jambul makin kelihatan. Eh. Eh. itu contoh saja.

beberapa hari lalu. aku ada membaca satu entry di blog Ariffshah, klik SINI untuk baca lanjut. tentang penggunaan bahasa Inggeris. bukan nak puji entry tersebut menarik atau apa, tetapi dari entry itu aku mendapat idea untuk mencari video-video di You Tube yang boleh membantu menambah baik penggunaan bahasa Inggeris aku. frankly speaking. bab berbahasa Inggeris ni, kalau tulis ok. tapi kalau nak cakap memang tak berapa. sebab nak tulis kita sempat nak fikir, kalau cakap kena spontan lalu gagap di situ.


yelah. dah tua-tua begini, nak belajar dengan buku memang tak tertarik. nak belajar dengan text/article pun agak liat juga. jadinya aku hanya randomly search something good kat You Tube. any videos tentang English Conversation. sebenarnya banyak video yang bagus dan membantu.














video di atas merupakan antara simple video, but the simple thing can also gain our knowledge.


contoh:-


What nationality are you?
German.


Where you from?
Germany.




dalam bahasa kita, kita sebut negara Germany sebagai Jerman. but in English, 'Ger-Man' merujuk kepada nationality. sebutan yang sama tetapi makna yang berbeza.


contoh:-


Are you from London, originally?
No, Im Danish.


Danish merujuk kepada nationality negara Denmark.



dari apa yang aku tengok, bila kita berbahasa Inggeris, kita sangat menitik beratkan BETUL dan TEPAT. serius tak macam kita menitikberatkan bahasa sendiri. I dun know why. kalau menjahanamkan bahasa sendiri tak ada orang nak gelakkan kau. sama ada time cakap, atau pun tulis blog, tapi bila buat silap sket bila speaking, atau salah grammar bila menulis status di twitter, mesti kau kena bahan punya. 



'Ada lelaki yang mengaitkan rupa paras yang cantik dan gaya wanita yang sophisticated dengan kebolehan untuk bertutur dengan baik dan penggunaan bahasa yang betul. Bukanlah kita nak grammar tu perfect, cuma kalau maksud dia dah jadi lain, itu memang parah.'




                                                                                                          petikan dari entry di blog.Ariff.



anyway, aku harap, macam mana pun kita belajar menguasai bahasa asing. moga kita adil dengan bahasa ibunda kita juga. yes. aku tak sangkal bahasa Inggeris memang penting. sebab kalau kau boleh speaking berhabuk, memang senang kau nak apply position bagus di alam pekerjaan. dan mungkin senang naik pangkat juga. so itu memang bonus. 

dan pada yang selalu online lepas tu boring tak tau nak surf apa kat internet, daripada jadi sang anonymous yang mengganas kerjanya cari salah orang kutuk sana sini. ada baiknya anda cari video-video yang boleh tambah pengetahuan am. mana tau bila-bila kau jalan ada orang sua mikrofon and tanya kau. "What nationality are you?".. tolong jangan jawab "Malaysia". malu dowh.


Tuesday, February 15, 2011

cerita misi menyelamat pelajar Mesir. pengalaman my sister.

well. well. well.

Aku baru bangun tidur dari tidur tengah hari. 1.30pm-3.30pm. Oh! yesterday was tiring. malam tadi sangat tak cukup tidur. lelapkan mata jam 3 pagi dan kemudian bangun jam 6.30pagi. really-really berjaga-jaga dari peristiwa ketinggalan train. bukan aku yang balik kampung, tapi my elder sister. yang sampai KL semalam, penerbangan pesawat terakhir MAS dari Jeddah.

kami sampai KL Central tepat jam 8.30pagi. dan sempat bersarapan nasik lemak di La Cucur yang harga segelas Milo Ais gelas kecil adalah 3.80sen. pukul 9.20pagi seat release. my sis turun eskalator dan aku dengan selaju mungkin melangkah pulang. bukan melangkah pulang sampai ke rumah, tapi menapak ke tempat bas. terlalu laju sebab tak tahan mengantuk. letih badan. dalam bas pun tersengguk-sengguk malah sebenarnya tertidur nyenyak. sumpah tak tahan.

cerita semalam. bangun pagi sekitar jam 7pagi. mandi dan bersiap-siap ke KL Central. naik bas ke KLIA. bas dia sangat selesa. 18ringgit tiket pergi dan balik. sejam perjalanan, kurang dari 10 minit aku melihat pemandangan dari luar tingkap. selebihnya lebih kurang 50 minit, aku melihat pemandangan di alam mimpi. sebabkan terlalu selesa. maka tidur. sebaik saja terjaga. ok. dah sampai. phew..!

ini dah keempat kali aku landing kat KLIA. eceh. nak guna perkataan landing macam penerbangan la pulak. :p, sebelum ini dua kali melepak dekat departure. dan termasuk ini dua kali juga melepak di arrival. dan bila agaknya untuk tidak sekadar melepak tetapi terbang sekali bersama juruterbang. yeah. dengan 4 kali melepak di KLIA, InsyaAllah tidak akan mengalami kesesatan. sudah boleh hafal ia, macam hafal kedudukan kedai di sebuah mall.

semalam, sungguh ramai orang di KLIA. mungkin banyaknya adalah ahli keluarga pelajar-pelajar Mesir yang bakal sampai. sebab aku datang sendiri. sungguh boring menunggu. lalu mencuri-curi dengar perbualan orang lain. malah ada perbualan yang datang dari mulut student Mesir yang selamat sampai 3 hari sebelumnya. tapi datang untuk jemput cousin dia. paling aku ingat point dia kata bahwa memang tak ada pun student Malaysia di Mesir yang kena rogol. sungguh itu cumalah khabar angin yang terbang tanpa arah. 

lagi satu, ruang arrival turut dipenuhi dengan wartawan-wartawan dan jurukamera yang mungkin bertugas membuat liputan. dan persatuan-persatuan pelajar yang siap membawa banner. dan apa lagi ya?. eh, ada menteri-menteri juga. tapi sebaik saja jumpa my sister. kami terus pulang. bye.bye KLIA. next time jumpa lagi. Alhamdulillah, kakak aku sihat, masih kurus seperti dahulu. dan itu bukan kerana effect rusuhan di Mesir, tetapi dia memang kurang makan makanan berkhasiat. Bhahaha!

kami bersembang panjang dalam bas. soalan pertama aku pada dia adalah tentang bagaimana pengalaman terbang dari Alexandria ke Jeddah dengan menaiki Charlie TUDM. makan masa 3jam bukan saja tanpa aircond, malah duduk rapat-rapat dalam 300 pelajar macam dalam tin sardin. my sis kata memang pengalaman tak boleh lupa. but I told her, cuma mereka saja yang berpeluang naik Charlie. rasanya mustahil aku boleh ada pengalaman sama. anda juga kalau anda tiada dalam situasi darurat seperti itu. bukankah?

kakak aku berada 3 hari di Alexandria, dan 7 hari di Jeddah. katanya, penempatan di Alex sungguh sukar, tetapi penempatan mereka di Jeddah sangat selesa, tak berebut untuk mandi, malah makan juga disediakan malah boleh merasa kenyang setiap hari, sekalipun sebenarnya mereka berada dalam ala-ala pelarian. tapi masih boleh lena tidur. syukur kepada Allah dan terima kasih atas semua pihak yang memudahkan urusan semua pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang kini telah selamat kembali. sebenarnya semua urusan membawa pulang ribuan mereka bukan mudah. 

semalam petang. bawak my sister pergi jumpa adik kami yang belajar nursing di PPUM. sebab adik aku yang nurse ni mungkin lambat lagi nak cuti sebab baru hari tu cuti dua minggu. maghrib sampai pukul 10 malam berada di asrama jururawat. pukul 10.30 malam my auntie yang duduk Sg.Besi pulak nak jumpa. semalam adalah hari bercerita panjang sesama keluarga.  my aunt cerita yang sanak saudara semua tanyakan beliau apa jadi dengan my elder sis.. sampai nenek pun turut risau asyik tanya-tanya tak henti-henti.

untuk pengetahuan, my elder sis ni duduk kat Mansoura. sebuah negeri yang agak jauh dari Kaherah dan di sana suasana adalah terkawal dan tidak bahaya. sebenarnya penunjuk perasaan yang mengadakan rusuhan adalah tidak merbahaya kepada para pelajar, yang jadi bahaya adalah apabila warga Mesir yang mungkin penjenayah mengambil kesempatan atas keadaan. mungkin merompak, pecah masuk rumah dan sebagainya. yelah, bila keadaan huru-hara, polis pun tak berjaya kawal keadaan. dan jenayah senang berlaku.

sebab itulah keamanan itu paling penting dalam sebuah negara/komuniti. keadaan huru-hara, pergaduhan, persengketaan malah sebarang pertumpahan darah harus dielakkan kerana ia bakal mengundang perkara buruk yang lebih besar berlaku.  kini Mesir di bawah pemerintahan ketenteraan. dan belum tahu bilakah Mesir akan kembali aman seperti sediakala. so belum tahu apakah nasib pelajar-pelajar Malaysia yang masih ada pengajian di Mesir. 


p/s: tahukah anda, dalam perlembagaan Malaysia, sekiranya negara kita mengalami nasib sama seperti Mesir, pemerintahan negara juga akan jatuh ke tangan TENTERA. sehinggalah keadaan aman semula.


Sunday, February 13, 2011

my current situation..


*selsema sejak malam tadi. maka itu buat saya teringin makan sup ayam masakan emak. 

*sedang maraton tonton korean drama Secret Garden. dah episod 11, lagi 8 episod akan ditamatkan hari ini juga. so far cerita ni best, oh ya, dah tonton pun episod akhir cerita ni semalam. memang tak aci tengok ending dulu. oh, itu housemates saya punya pasal. dia yang sibuk nak tengok ending lepas tu blur tak paham lol. 

*jobless. dah dapat kerja baru tapi tak mula kerja lagi. poket kering, malah surat amaran PTPTN yang pertama pula sampai. this is bad, saya tanak kena blacklist sampai tak boleh ke luar negara. honestly teringin sangat pergi Singapore ni. tolong..!

*tak mula kerja lagi sebab nak setelkan my sister yang balik dari Mesir. tanak susahkan orang lain, dan tanak susahkan my new boss untuk apply cuti ke apa. so sejak balik dari Johor minggu lalu, I just stay at home makan tidur online menternak lemak OMG. 

*my sister akan terbang petang ini dan bakal sampai ke KLIA esok. and my dad suruh make sure I jemput my sis on my own. saya akan naik bas dari KL Central ke KLIA. naik bas cuma RM10, kalau naik ERL RM35. sumpah tak mampu. 

*duduk KL ni memang high cost. taktau macam mana saya boleh habiskan rm80 dalam masa 3 hari. bukannya ada belanja siapa-siapa. malah makan malam pun di rumah saja. cuma beli topup, tengok wayang sorang-sorang, makan chicken porridge 3.90sen kat merrybrown, beli ubat gigi, fresh milk, roti gardenia, choclate bar, mineral water. err, goreng pisang dan karipap di tepi jalan, tambang bas n lrt, what else?.. taktau ke mana wang itu mengalir. hell.

*dalam dompet tinggal 4ringgit. #PENGSAN!




Saturday, February 12, 2011

kesihatan:- kurangkan makan 'junk food'.


junk food:- no nutritional value



apabila kita menerjah masuk ke supermarket?.. section mana yang kita terjah dahulu?.. kalau dulu masa kanak-kanak, asal pergi kedai runcit je mesti carik jajan/cekedis. plus, aiskrim, gula-gula, coklat. senang kata yang nampak menarik dihati adalah junk food yang entah apa-apa. yang sudah tentu tak ada kebaikan untuk kesihatan. tak apalah itu dulu zaman kanak-kanak mana tahu sangat pasal kesihatan. baham asal sedap je. tapi sampai kini sudah besar, adakah perangai masih sama?..

yes, jajan memang sedap. makan sekali nak lagi. ianya sedap sebab banyak perisa tambahan yang boleh bikin botak kepala. twisties, mamee monster, potato crisp, roller coaster dan macam-macam jajan bukan anda saja suka malah saya juga. tak apa kalau kita makan 'menatang' tersebut sekali-sekala tetapi cuba jangan selalu. gantikan pengambilan jajan dengan sesuatu yang lain. pergilah ke section biskut, cuba gantikan junk food dengan jacobs crackers misalnya atau pergilah ke section dingin dimana terdapat yogurt, juice dan susu segar.

cuba amalkan untuk jangan beli junk food sebagai stok makanan di rumah. tapi minimakan pengambilannya dengan hanya memakannya sesekali jika berjalan-jalan seperti ke pantai, picnic, parti hari jadi, dan sebagainya. gantikan stok jajan dengan makanan lain seperti coklat bar, atau minuman bancuh yang lebih berkhasiat seperti Milo, Coffee, Horlicks dan sebagainya. apapun minuman terbaik adalah air suam. memang tak mengenyangkan tetapi InsyaAllah menyihatkan.


p/s: selamat mencuba dan selamat beramal. =)


Friday, February 11, 2011

review filem:- FASTER. aksi The Rock tidak pernah mengecewakan.


hari ini kita sambung lagi dengan review filem. sebenarnya saya memang suka me'review'. sebab susah-susah masuk panggung wayang tanpa bekalan popcorn. memang tak lengkap lah kalau tak buat review. saya tau ianya macam tak ada kaitan antara popcorn dengan entry ini. tapi tak apalah. saya memang tak ada idea lain nak update blog. maka terimalah review ini apa adanya. 






Faster:-

mengisahkan seorang banduan yang sudah tamat menjalani hukuman penjara, (dipenjara kerana sebuah rompakan). cerita bermula apabila beliau dibebaskan dan belum sempat pun beliau makan ke minum ke sempena celebrate 'kemerdekaan', beliau terus menjalankan misi penting, iaitu membalas dendam kerana saudaranya disembelih di depan mata beliau, iaitu sebelum beliau dipenjarakan. misi balas dendam adalah nyawa diganti dengan nyawa.

jalan cerita filem ini sebenarnya adalah biasa-biasa sahaja, tetapi aksi-aksi the rock memang boleh tahan. dan dalam masa yang sama beliau sendiri diburu oleh pembunuh upahan muda, dan yang mengupah pembunuh upahan tersebut tentunya 'mastermind' kepada geng yang 'menyembelih' saudaranya. geng yang dibunuh terdiri daripada beberapa orang dan kesemuanya berjaya dibunuh. dan cuma satu yang terselamat. seorang ahli mereka yang sudah menjadi ala-ala 'paderi' di sebuah perkampungan. 

cerita ini mempunyai scene-scene menarik, sebab pembunuh upahan adalah handsome. tapi bermasalah dalaman, agak psiko sebab The Rock tak anggap beliau sebagai saingan tetapi penyibuk yang menganggu misinya, maka pembunuh upahan ini merasa tercabar. set senjata seorang pembunuh upahan memang sangat canggih dan mestilah mahal, tapi cuma ambik upah yang murah iaitu 1dollar sahaja.

di akhir cerita, cuma membongkarkan siapakah mastermind dalam geng yang 'menyembelih' saudara the rock. which is, pegawai yang menyiasat kes tersebut. dan sebenarnya penonton memang dah boleh agak dah ending cerita ni. so, daripada 10, saya boleh bagi 7 untuk filem ini. memang filem yang biasa tapi untuk yang sukakan aksi. ianya memang not bad.  kebetulan pada minggu ia ditayangkan, memang tak ada pun filem lain yang best. so ini boleh dikira sebagai berbaloi. kenapa Faster?.. sebab heronya adalah sangat p.a.n.t.a.s!!


p/s: yang ni pun orang belanja, midnite at MidValley!




Thursday, February 10, 2011

review filem:- Khurafat. errrr, kutipan lebih 7 juta baiii.

agak susah nak remind balik plot cerita filem ni sebab aku dah menontonnya pada pertengahan bulan Januari lagi. jadi review ini kita jadikan sebagai slot pendapat peribadi sahajalah. ok?

Khurafat:-

dari pengarah muda Shamsul Yusof bersama percubaan pertama beliau membawa genre seram dalam sebuah filem. Khurafat mengisahkan sepasang suami isteri yang sering diganggu oleh 'gangguan' berbentuk hantu wanita. unsur seram adalah sama seperti yang kita tengok selalunya, di mana hantu datang di waktu malam (dari tingkap bahkan siapa suruh tak kunci tingkap malam-malam), ataupun datang di dalam gelap malap @ black out. apatah lagi jika bertempat di bilik mayat. lepas pejam mata then bukak mata semula muncul pulak perempuan tua yang bukanlah hantu tapi wajah tua dia memang berjaya bikin suspen. 

kenapa hantu wanita yang berdarah-darah tu kacau rumahtangga diorang?.. alah kalau tanya budak darjah 6 pun sure boleh jawab. mesti hantu tu ada kaitan dengan heroin kedua dan sudah tentu tak ada kaitan dengan kuih-muih pemberian makcik tua di hospital tersebut. apa daaa makan kuih pun nak bikin suspen. kesian la kuih tu tak bersalah. Bhahaha!

semasa menonton movie ini di Mid Valley, ianya adalah hari Ahad dan hari keempat ditayangkan di pawagam. dan panggung kami boleh tahan penuh dengan anak-anak melayu. sebab cerita macam banyak sangat bunyi sound efffect konon-konon macam. "ok. music suspen, sedia. hantu nak datang, hantu nak datang, jaga. jaga". bahkan sound effect tidaklah datang dari filem semata-mata tapi banyak sungguh pelakon tambahan yang nak sangat berlakon dalam panggung. siap mengilai bagai buat macam panggung tu bapak dia yang punya. sungguh annoying!

nak cerita markah seram. dari 10 boleh bagi 5. nak cerita markah suspen. dari 10 boleh bagi 6. nak cerita markah logik, dari 10 boleh bagi 4. dan keseluruhannya. average dapatla 5/10. itu hanya bab kualiti. kau jangan cerita pasal kutipan 7 juta ringgit yang Shamsul dapat. sebab 12 ringgit daripadanya adalah dari aku. padahal patutnya nilai filem ni cuma 6 ringgit je. tapi sebab adik aku yang belanja tengok cerita ni. apa aku nak keluh lagi. Hahaha!

apapun, Liyana Jasmay sangat comel la pakai tudung. dan watak Sabrina Ali memang sangat menjadi.. lakonan Shamsul Yusof?... lu pikirlah sendiri.. 



Wednesday, February 9, 2011

Chris Medina and his fiance..


hari ni saya telah melakukan penjelajahan blog secara rambang. banyak blog sebenarnya. antara blog-blog tersebut adalah blog Ariff Shah dan Carl Samsudin. belek previous entries and then jumpa entry pasal video yang sama. yes! video ujibakat peserta American Idol, Chris Medina. mereka masing-masing mengutarakan tentang 'keutuhan cinta'. bagaimana Chris Medina yang 2 bulan sebelum tarikh kawin, tunang beliau ditimpa kemalangan dan mengalami kecacatan akal yang kekal. akan tetapi Chris Medina tetap setia. yeah. semua orang boleh bercinta tapi tak semua orang boleh bertahan dengan ujian percintaan. 

video tersebut diupload di You Tube sekitar 28 january lalu. n that time I was in my hometown bersama arus banjir. yes. saya ketinggalan. tapi itu bukan soalnya. kerana saya tidak melihat video itu dari sudut percintaan semata-mata. Chris Medina and his fiance cuma salah satu dari mungkin beribu kisah yang sama di dunia ini. ujian percintaan memang tidak boleh diduga. maka siapa pun pasangan anda pada hari ini. bersyukurlah kerana anda masih boleh berjalan beriringan dengannya, berbual dengannya. sebab ada pasangan lain tidak dapat melakukan itu.

YM dengan seorang kenalan yang merupakan bakal doktor. saya copy link video Chris Medina and dia kata dia dah tengok sebelum ni. since dia memang dah tengok, saya terus menyoal..






my dad selalu pesan, hati-hati jangan sampai terlibat kemalangan. adik lelaki saya banyak kali kemalangan motor sebelum ni. syukur kerana dia tak pernah cedera teruk. paling hebat pun kulit koyak. and macam yang kita maklum, our skin cell can regenerate. tak macam brain cell. paling utama. jaga otak jangan sampai cedera. sebab tu orang tua-tua tak bagi budak-budak main kepala. nak bergusti ke nak main belasah-belasah ke apa. pukul tang lain tak apa. jangan dass kat kepala atau tengkuk. boleh rosakkan sistem otak dan saraf. bahaya okay!

barangsiapa yang blur dan masih belum tonton video Chris Medina, boleh layari You Tube dan search saja nama Chris Medina. pasti ketemu!. sudah hampir setengah juta viewers dalam jangka masa seminggu video tersebut di upload. ya saya tahu banyak dari kita jiwanya memang halus. oh ya. adik saya yang belajar nurse kat PPUM dah pernah praktikal di wad pesakit saraf. banyak yang dia cerita. mungkin next entry kita boleh kongsi. 


p/s: take care..


Monday, February 7, 2011

Liverpool dan jersi biru Torres.


*sesungguhnya Torres kurang bersinar dengan jersi biru. kurang handsome. aku berpendapat bahawa beliau tetap menyinar dengan kaler merah. kaler biru adalah malap untuk Torres. tapi peduli apa kan. nak sangat pergi Chelsea. pergilahhhh!

* Liverpool menang 1-0 ke atas Chelsea malam tadi biarpun Torres sudah tidak ada. aku dah agak dah.. kekuatan pasukan bola sepak bukanlah pada individu tetapi pada pasukan itu sendiri. lagipun bukan kah Torres ambik masa gak nak serasi dengan pasukan baru?.. biasalah tu kan.

* cukuplah pasal bola yang tak seberapa tu. aku tak tengok sangat match sebab ngantuk sangat-sangat. tapi bangun Subuh dapat mesej tahniah sebab team favret aku menang, ada orang rajin giler update kat aku keputusan dia tanpa diminta. thank u. thank u.!

* esok lusa aku akan kembali buat review filem yang aku dah tengok sepanjang 2 minggu lepas. yes. aku rindu nak buat entry review filem. macam konon-konon berharap pengarah filem akan baca review yang aku buat. Muahaha! yang pentingnya aku tak keluar sesen pun untuk tengok wayang. semua pun orang belanja. tee hee hee!

* baru aku tahu yang Bukit Belacan rupanya dekat Ampang. eh. tak. tak. tak sempat pun pergi Bukit Belacan. sempat tengok signboard dia je sejak beberapa hari lalu. 

* sudahlah tu, itu saja update untuk kali ini. bye.


Saturday, February 5, 2011

pening kepala...


Ouhhh! kepala macam terpusing-pusing..mungkin sebab kehujanan tadi siang. badan rasa melayang-leyang bila berdiri. ni update belog dengan mata berpinar-pinar. oh ya.. mungkin gak sakit kepala ni berpunca dari jerawat kat dahi. errr. dah lama muka aku free dari jerawat, tapi now taktau kenapa jerawat bercambah dengan riang ria sejak balik Johor. maybe sebab perubahan cuaca. ntahlah.

keadaan tak sihat ni diharap tidak berlarutan. errr, nak makan maggi kejap lagi. agrhh. update blog pun dengan fikiran yang bersepah-sepah. untuk pengetahuan, kampung aku memang dilanda banjir. tapi umah aku tidakla ditenggelami air. cuma ada banyak jalan keluar ke bandar yang ditutup. rasanya sekarang keadaan dah semakin baik. Alhamdulillah.

kakak aku di Mesir sedang tunggu giliran penerbangan ke Jeddah dan bakal pulang ke Malaysia tak berapa lama selepas itu. harap-harap semuanya selamat. aku memang tak henti ikut perkembangan krisis di Mesir ni dekat berita tv setiap hari. setakat hari ni mungkin hampir separuh dari pelajar mesia yang dah transfer ke Jeddah. 

bencana alam di kampung, bencana rusuhan di tempat kakak. semua itu ujian dari Allah. semoga kita semua tabah dengan ujian dariNya. 



p/s: Ampang boleh tahan indah. siapa ada sini. jum lepak sama.. Ehhh!. tadi kata penin palo..!