Sunday, January 16, 2011

berundur diri


manusia itu tidak sempurna. rela dalam terpaksa. aku berkeputusan berundur diri dari arena ini. suatu masa kita ketemu lagi. mungkin di ruang tulis yang lain.

maaf dan terima kasih menggunung tinggi.

salam sayang:- Alex Adriana.

Thursday, January 13, 2011

apsal cute sangat neyh?

tak dinafikan.. perangai mata keranjang aku ni belum tamat episod lagi. so macam mana plan nak kawen awal ni?.. err. ni bukan soal tak setia. ni soal sikit-sikit nak menaruh minat. adeshhh.

sebabkan sedar diri bahwa kawen awal itu tidak mudah. malah dek kerana banyak tanggungjawab ke atas itu dan ini. kita biarlah dulu. pusing 180 darjah. Im independent gurl. soal kawen nantilah. kalau dia nak tunggu dia akan tunggu. dan kalau dah jodoh takkan kemana-mana.

dan sekarang sedang bersikap tamak untuk membina kerjaya. moga Allah mudahkan bidang yang baru diceburi ni. Amin. sedang membina rangkaian rakan-rakan yang ramai juga. sebab now bidang kerjaya adalah bisnes. pelan-pelan kayuh. harus banyak belajar.

bisnes apa. update kemudian bila dah betul-betul profesional.

kembali pada tajuk. siapa pula yang cute?.. kecik je dunia. one of my friend through Friendster. I meet him yesterday. blind date?.. errr. kind of. Ceh. rupanya graduan UM konvokesyen 2007. ~ kawan je. kawan.



p/s: time is money..



Tuesday, January 11, 2011

keadaan memualkan yang berterusan di alam blog.

important reminder:-
keadaan ini mungkin dijumpai di mana-mana. tak terkecuali blog ini. tapi jangan ambil hati sangat lah eh. ini entry santai je. ok?



1. Isu Plagiat / Copycat

lagi-lagi nak kecoh pasal isu plagiat. one of my friend yang juga blogger told me, bahawa semua bloggers sebenarnya berharap entry mereka akan diplagiat dan kemudian bolehlah bikin kecoh. so barulah orang tahu bahwa dia tu blogger hebat lagi berpengaruh. mungkin entry best sangat. ada blogger yang diam je kalau diplagiat. ada jenis yang melenting. mana tak melenting, entry original dia kot. perah idea dari kepala otak lalu dipersembahkan dengan susah payah di dalam blog. lu orang copy bulat-bulat then blog korang dapat income lebih seringgit dua. panas weh, panas! then lepas tu kalau kantoi. habisla plagiator kena kutuk. blog pun kena tutup. ok la kan glamour gak sekejap.


2. Anonymous Blogger vs Famous Blogger.

anonymous blogger hentam blogger famous. then kes ini akan berlanjutan selama beberapa hari berikutan blogger famous yang sudah tentu ada peminat tersendiri akan mendapat pembelaan wajar dari peminat mereka. lepas tu bloggers yang setuju dengan hentaman anonymous blogger akan ramai-ramai menyamar sebagai anonymous commentators then hentam pulak entry-entry pembelaan tersebut. you all akan dapat lihat perdebatan hebat di ruangan komen entry antara yang sokong anonymous blogger atau famous blogger. sana kutuk sini. situ kutuk sana. bersambung pulak komentator mengutuk sesama sendiri. blogger anonymous pulak akan menerima trafik blog dengan mencurah-curah sebab banyak orang share link ke blog diorang. mungkin income Nuffnang akan naik juga. dari seringgit sehari kepada 10 ringgit sehari. berbaloi bukan?




# isu memualkan ini akan terus memualkan anda. sebab keadaan ini tidak akan berhenti. pasti akan berlaku. kalau tak setiap hari mungkin setiap bulan atau mungkin di setiap 6 bulan. dia macam ada musim-musim tertentu. kejap dia reda. kang bila-bila dia ada balik. menghangatkan suasana industri blog di Malaysia. cuma mereka yang terlibat mungkin silih berganti. ada yang ambik port. ada yang lebih suka berdiam. ada yang terkadang terlebih kuah walaupun dia tak ada kaitan. macam-macam ragam yang boleh dilihat. boleh bikin anda ketawa, dan geleng kepala. kelakar walaupun tak la lucu sangat. 



p/s: selagi tak muntah. industri blog masih okay. have fun!





Saturday, January 8, 2011

skill memuji orang..


semalam sebelum tengok wayang. pekena Kepsi dulu. errr. sebenarnya aku sampai awal petang semalam. Mr78 lewat sejam. pergi Kepsi tapi tak makan ayam goreng. cuma makan Cheezy Wedges. entah kenapa teringin sangat.


berikut sesi perbualan antara aku dan gadis cashier:-


cashier:- Hello hi, having here or take away?

miss87:- bagi saya cheezy wedges. err. makan sini eh.

cashier:- cheezy wedges sahaja ke?.. minum? kita ada minuman baru bla.bla.bla (apa ntah minuman harga RM3 tapi ada ais..)

miss87:- oh. saya tak minum ais la.

cashier:- tak apa kalau macam tu kita ada minuman panas, milo, coffee. tea?

miss87:- errr. kalau macam tu bagi saya milo panaslah.

cashier:- (sambil bagi cheezy wedges n hot milo letak atas dulang... tetiba dia cakap macam nih.." patutla kulit akak cantik. tak minum ais rupanya...")

miss87:- *senyum tawar.



sejam kemudian, lepas beli tiket wayang dengan mr.78,  kami beli lah jajan untuk masuk panggung. dia order Coke regular. of course la ada ais. then aku mintak mineral water je. yes. tambah popcornlah. tetiba mr78 tanya. mineral water je ke?.. aku jawab. Yes. I batuk ni dah 3 hari, so kena puasa dari minum sejuk.



p/s: habis kau ingat aku tak minum ais sebab jaga kulit ke?.. mimpilahhhh!


this is an entry..and review of 3 movies..


bila orang tanya. macam mana nak buat blog best?

- sonang ajo dik non. blog best ni tak ada kriteria sangat. paling penting adalah penghasilan entry. penghasilan sebuah penulisan. sama ada bergambar atau letak video atau sekadar huruf-huruf. tapi yang penting ianya adalah sebuah entry. macam yang anda sedang tengok dan baca sekarang ni. YA.. inilah entry. syarat entry. biarlah original dan benar belaka. :p

* tapi ini bukan entry tutorial blog. ini adalah sebuah entry biasa. teruskan baca kalau nak. =)

* semalam aku marathon tengok 3 movie. yes. semalam blog tak update sebab laptop mengalami proses transformasi menjadi transformers. so now sedang menaip guna keyboard lappy yang gila canggih. tetiba keyboard jadi canggih sebab lappy dah bertukar dari windows Vista ke Windows 7. macam tipu je keyboard manalah ada kaitan. errr, tapi feel dia rasa lain sungguh. lappy menjadi lebih ringan. errr, itu sebab dah buang segala 'sampah-sarap'. lalalalala.






* berbalik kepada cerita menonton wayang. jangan gelakkan aku sebab baru je semalam aku tengok cerita TRON in 3D. konon lah 3D macam excited nak tengok. for me cerita ni takde lah gempak sangat. just baju-baju bercahaya laser tu yang bikin menarik. plus kenderaan yang nampak rangka cahaya. actually as a woman aku tak suka sangat cerita yang tak ada logika ni. means cerita yang konon canggih gila. cerita tentang seorang manusia biasa tapi genius gila boleh masuk ke alam komputer then klon diri sendiri then his clone tu plak cipta sistem yang macam sebuah 'dunia' baru. bersama robot-robot baru yang dipanggil 'program'. end up clone dia tu lawan tauke pulak. mentang-mentang dia clone dia tak boleh tua. so dia buat kepala sendiri. then lastnyer kita bunuh la si clone ni maka musnahlah sebuah sistem besar yang maha canggih tu dengan sekelip mata. so Im sure budak-budak mesti suka tengok cerita macam ni. bapak budak mungkin suka gak. tapi aku yakin golongan mummy atau bakal mummy tak minat sangat flow cerita macam ni. macam nonsense. Bluekk!

-TRON:- 6/10 stars.





* filem kedua. The Tourist. lakonan Johnny Depp dan Angelina Jolie yang berbeza dari lakonan-lakonan mereka yang sebelumnya. cerita ni macam klasik. Angelina Jolie nampak sangat retro. dari segi solekan mahupun dress. bawak watak macam dia adalah seorang wanita yang gila vavi punya jelita. menawan. ayu. gojes. berkarisma dan so on sedangkan Jonnhy Depp punya watak macam lelaki yang gila blurr dan sometimes kelakar.  macam bangang pun ada. filem ni best!.. I loike. ada unsur tertanya-tanya dan macam tertipu pun ada. cuma ada gak part macam tak logik sangat konon nak tunjuk teknologi diorang macam canggih gila boleh detect mesej kat sehelai kertas yang dah jadi abu. bayangla kertas dah jadi abu then boleh konon dia susun balik macam susun puzzle so leh baca mesej dalam kertas tu. Hoh! tapi ending dia okay aku sangat suka.! tapi perkataan yang keluar dari mulut aku bila tengok ending dia adalah:- "macam celaka je Johnny Depp nih sebab berlakon dalam berlakon. Ceh!

- THE TOURIST:- 7/10 stars.





* filem ketiga, Season of The Witch. cerita ni baru launch jugak la kat panggung. Fuiyo tajuk dia ahli sihir beb. padahal tak ada sihir pun. untuk seorang Muslim. cerita ni nak tengok je bolehla. jangan bodoh sangat percaya sudah. cerita macam berkisarkan zaman dulu-dulu. epik gak kot. teraju utama adalah watak dua orang panglima perang beragama Kristian yang quit dari berperang sebab tak sanggup bunuh perempuan dan anak kecil, then pergi suatu negeri, negeri tu sedang diserang wabak yang kononnya datang dari sumpah seorang wanita sihir. so misi besar dua bekas panglima ni adalah untuk bawak perempuan sihir ni ke suatu gereja dan di sana perempuan sihir ni akan diadili. you all tau tak zaman epik dulu-dulu sihir adalah jenayah besar dan kalau kantoi memang hukuman berat. masa on the way pergi church tu makan masa berhari bermalam gak, so every nite macam ada je suspen dan menakutkan. cuma bila tiba part ending. iaitu bila dah sampai kat church tu. penonton akan rasa. gila vavi punya bangang ending dia ni cilake betul! seyesly karut sangat-sangat! apa ke hal tetiba perempuan sihir rupanya adalah syaitanirrajim yang kononnya boleh terhapus dengan holy water dan mantera kitab kat gereja tu. hek eleh. buang masa. buang masa.

- SEASON OF THE WITCH:- 5/10 stars.




p/s:  aku tak sarankan anda tengok filem-filem di atas kat panggung. tunggu DVD jelah. :p

Thursday, January 6, 2011

Miss 87 bingung... -macam mana nak bagitau emak?

* mungkin disebabkan memegang status anak kedua. aku ni agak perahsia. sedikit misteri. dan sedikit chubby. eh apahal plak ciri chubby mana ada kaitan. kahkah! 

* aku ni pemalu orangnya. lagi-lagi dengan emak abah. macam mana ni. macam mana nak mulakan cerita pun aku taktau. bukan drastik dan bukan tergesa-gesa punya pasal. tapi ini mungkin kerana Allah dengar doa hambaNya. rahmat Tuhan begitu besar ke atas diri ini. syukur Alhamdulillah. the next step. moga Allah mudahkan. Amin.

* mungkin aku terpaksa gunakan cara retro. tulis sepucuk surat untuk emak abah nak bagitau tentang hal ini. atau mintak Mr.78 sendiri tulis surat kepada abah. Ya Allah. memang sungguh retro since sungguh aku buntu macam mana nak mula. I know my dad very well. abah pun suka tulis surat kat anak dia nih. abah aku sangat comel sebenarnya. Hahah!

* Mr.78 tentunya sporting kalau di minta berbuat demikian. as introduction. rasanya ianya okay kan? sebab macam mustahil untuk aku sendiri sms/call emak bagitau. "Mak, ada seseorang nak datang rumah kita...". Ya Allah. sumpah malu. 


p/s: dah lama tak mengarang surat. nasib baik skill tu ada lagi. maklumlah. *penulis blog. kahkah!



bebel-bebel sikit... mungkin entry ini HOT!

10 perkara yang nak dibebelkan hari ini. randomly:-


1. saya tak pakai shawl cantik-cantik. beribon colorful bagai. mungkin sebab saya bukan fashionista. dan saya dah dua bulan berblog tanpa sebarang gambar dari kamera saya. errr. saya dah pencen dari 'share' gambar di internet. saya bukan sentaplah. saya okay!

2. keterangan lanjut untuk point no 1:- saya suka je tengok wanita-wanita gadis-gadis blogger-blogger cun semua pakai shawl cantik-cantik. saya tak rasa mereka buat salah. mereka okay!

3. sumpah saya memang minat gila kat KFCM@Apex. tapi I tak macam you alls yang baru minat dia sejak dia selamatkan penalti final AFF Suzuki. saya dah minat dia sejak saya menonton sendiri Suku Akhir Selangor-Kelantan Oktober lepas. errr. saya ni pembaca tegar blog awek dia sejak itu!

4. saya bakal berhenti kerja. tak berapa lama lagi. Hoorayyyy!

5. keterangan lanjut untuk point no 4:- mungkin sebab saya bakal menjadi seorang isteri tak berapa lama lagi. doakan saya ya semua. saya nak bina masjid. siapapun pilihan saya. sila restu. 

6. keterangan lanjut untuk point no 5:- kodnya adalah:- 87-78. cuba teka berapa beza?.. ok. pandainya matematik!

7. alamak. apa pulak point seterusnya nih....

8. oklah. itu aje. bertenang semua. ini bukan entry bergurau ya. saya serius.




Tuesday, January 4, 2011

it was an accident..

Im writing here. I know You will read this. soon. so this is for You.

imbas kembali. bila kita kenal. serius I tak dapat nak ingat bila. mungkin Mei atau June lepas. entahlah. semuanya macam sebuah 'kemalangan'. 

hari ni bila I tau siapa You sebenarnya. I macam tak dapat nak kenal diri You lagi. betul ke You ni orang yang I pernah kenal suatu masa dulu?..You kata You adalah orang yang sama. tapi kenapa I rasa macam ada beza?

imbas balik your dream you told me before. current status focus on carier n after few years married n honeymoon dekat Paris. phewitt!

mungkin You dah lupa, tapi I masih ingat. err, impian bina rumah atas bukit?. wow mesti mahal kan?..

So, macam mana sekarang. kita masih kawan lagi kah?.. mungkin ada masa kita akan jumpa lagi. banyak perkara yang I nak cerita kat You. but Ops!.. I tak pernah tipu You tauuu.

lucu kan, everytime meet up. macam ada je 'situasi' baru.


* I tatap gambar-gambar You banyak-banyak kali. Yes, Its You dear. no.no. I tak marah. anggap ni perkara biasa dalam hidup. lets meet again. Syyhhhhhhh!



R.I.N.D.U



~ Duhai dara kau manis jelita ~

*tetiba teringatkan bait lirik tersebut. Ala.. yang dalam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak si Lan Pet-Pet sebagai orang minyak nyanyi lagu tu lepas tu si anak dara pun pengsan. maka berlakulah adegan orang minyak ber*&*($#@&!..

~ Duhai dara kau manis jelita ~

* aku suka nak nyanyi bait lirik tu kat my sister. sambil buat gaya macam Lan Pet-Pet dalam filem tu. lepas tu my sis kata Im crazy. Hahaha!.. tak dapat dinafikan. rindu plak dengan my sis yang hari tu stay sini sebulan lebih. ni dia dah balik, aku macam rasa Alamak boringnya taktau nak buli sapa nak bebel kat sapa nak marah sapa nih. ~tension~

* serius. hari tu masa dia ada. sikit-sikit panggil dia. mintak tolong sidaikan bajulah. mintak tolong masakkan airlah, bancuhkan milo lah..marah dia main Facebook lama sangat kacau je aku nak blog. then pagi-pagi mesti tengok dia pergi kerja bukak kan pintu grill lepas tu cakap. " Hati-hati tau. kerja elok-elok tau..".

* semalam, kira hari pertama aku kerja tanpa dia kat kedai. macam aku rasa lain sangat. perasaan yang lain. berbeza dari biasa. aku taktau aku fokus ke tak. baru sejam kerja aku dah terhiris jari sendiri. luka dalam plak tu. darah mengalir tak henti-henti. aku panik kejap lepas tu air mata mulalah bergenang.

* terpaksa pegi klinik. sebab kat kedai semua orang tengah busy serve customer time lunch hour. takda siapa leh tolong aku. luka ni agak dalam gak tapi mujur tak sampai tahap kena jahit. tapi dia punya sakit. memang betul-betul sakit. sebenarnya pergi klinik macam nak dapat kan rawatan kecemasan. cuci n balut luka dengan proper.

* aku decide ambik injection anti-kuman since yang menghiris tangan aku adalah pisau kat kedai yang entah sebelum-sebelum itu sudah menghiris macam-macam maklumlah lunch hour kat time busy. main ambik je pisau yang memang sudah ada kat papan pemotong. injection, ubat antibiotik, rawatan. total kos 49.00ringgit. melayang duit begitu sahaja.

* cuai sangat. padan muka. then lepas ambik injection tu tangan aku lenguh gila nak mampus. aku limitkan penggunaan tangan kiri. tapi still sakit. aku kerja pun slow motion je semalam. memang actually aku boleh dapat m.c, tapi aku taknak susahkan staff lain sebab salah seorang staff pun dah balik awal semalam sebab sakit.

* dan hari ni, aku  mintak off kerja. lengan aku still lenguh tak hilang. harapnya dengan aku rehat kat rumah hari ni, esok condition aku benar-benar baik dan boleh kerja macam biasa. rehat kat rumah sorang-sorang macam ni pun buat aku teringatkan my sis. dia kalau cuti je mesti nak pinjam laptop aku nak ngadap Facebook. tak pun baca novel-novel yang ada kat umah ni.

* korang semua. doakan kejayaan  my sis eh. dia ambik SPM this year..



p/s:  kenapa begitu tersentap hari ini?... R.i.n.D.u !





Sunday, January 2, 2011

padahal suka baca kisah cinta.. lepas tu terkinja-kinja kata meluat..


Happy Sunday to all. Happy Weekend. and Happy Blogging. yang tak ada blog, wish you happy reading. dun sentap-sentap meh..!

dah lama dah tak buat entry terkinja-kinja begini. sebelum baca, jom lompat kijang. Hahaha!. not funny lahhh!

* aneh bila entry kisah cinta sebenarnya adalah entry paling HOT. maksudnya ramai yang suka baca. malah baca ulangkali sampai hafal. walaupun mungkin tujuan baca adalah supaya boleh bagi komen pedas *padahal jeles.  so very-very soon bolehlah bertepuk tangan kalau kisah cinta orang tu berakhir. * weh. try compare lori sampah ngan hati kau mana lagi busuk? pi cuci hati ngan tawas sana. berbau you!

(eleh kau yang duk geleng kepala tu pun baca gak kan?.haaa. geleng lagi aku lempang kang..*)

* jangan aneh sangat dengan ceritera kisah cinta manusia. jangan over excited untuk terus meluat dan menyampah. then macamlah diri tu bagus sangat tak ada salah silap langsung?.. come on. mereka nak bercerita kisah cinta ke, kisah sms ke, kisah teddy bear ke, kisah anniversary ke, share gambar photoshoot pre wedding ke pre engagement ke what so ever. adakah kau orang rasa terbeban lalu menangis terkinja-kinja seperti seekor kijang?

* aneh sangatlah. sumpah aneh bila mana rasa meluat je mesti nak terkinja-kinja tunjuk kat semua orang bahwa dia tengah meluat. habis macam orang heran sangat kalau kau meluat ke apa. orang akan lagi kata. pity you!.. mesti life kau ni tak best sampai busuk hati dengan life orang lain. dah la busuk hati lepas tu keep on reading the things yang boleh menyemarakkan kebusukan hati. bukankah macam takde kerja lain. dah meluat tu blah la jauh-jauh. aneh la!.. sumpah aneh.

* apa yang luar biasanya bila bercerita tentang someone yang kita suka. someone special in our life. tak luar biasa pun. everybody loves to read/ watch love stories. walaupun cerita tu cerita bohong. hey kalau tak kenapa novel cinta yang ternyata auta tu laris je di pasaran?. then when it comes to people who wrote their real stories (*perhaps), kenapa mesti meluat?.. pasangan mereka artis ke atlet ke army ke. mereka tu manusia jugak. kalaupun. (i said *kalau) mereka ada tujuan lain menulis tentang cinta. thats their own bussiness. who are you people nak judge diorang?.. esok lusa padahal diri sendiri pun sama terkinja-kinja cerita in details pasal partner dia. Eleh. 

* Hek Elehhh. meluat-meluat tapi baca gak. pity you!



Saturday, January 1, 2011

2011 huh! how time flies?


happy new year. happy new year to all of you. walaupun sebenarnya takdela happy sangat. but because of new year. I feel happy. selamat tinggal 2010. happy meninggalkan 2010. welcome 2011. 

seringkali aku ditanya. bagaimana sambutan malam tahun baru. bukankah sambutan di Kuala Lumpur adalah meriah?. sepanjang 4 tahun bermastautin di sini. aku tak pernah menyambut malam new year di luar rumah. apa yang pasti. hanya menanguk di kediaman sendiri sambil menunggu bunyi letupan dan percikan bunga api. okla tu. cukup indah. sebab aku pun sejenis yang tak suka bersesak-sesak dengan ramainya orang. plus jalan jem. no.no. jengkel.

hari ni my sister bakal pulang ke rumah (my hometown Johor). bukankah dia akan start sekolah semula Isnin ini. sekejap saja. dah 40 hari dia stay dengan aku kat KL ni, sambil buat part time work, dan dia dah dapat gaji dah pun. walaupun 1st day kerja sampai pengsan-pengsan. tapi dia boleh bertahan gak hampir sebulan. A big Congratz because she is only 16 years old. I hope she learned so many things n had great experience. kakak dia ni dapat dah habuan, makan KFC free semalam. =)

2 hari tak update blog sebab tak sihat. actually Khamis lalu aku dapat demam panas secara tiba-tiba. sehari suntuk hanya tidur dan bangun untuk telan ubat je. sakit kepala yang gila punya sakit. yesterday Im getting better. tapi semalam still telan ubat jugak. badan macam lemah. aku rasa aku dapat demam ni sebab tak jaga pemakanan. kadang-kadang skip makan nasik sampai dua hari. padahal bidang kerja aku sangat meletihkan.  F&B service kan. 

so ini adalah entry pertama untuk tahun 2011. ayuh clap. clap. bertambah tahun tuk usia blog ini. yeeha!