Wednesday, December 29, 2010

berkecil hati dengan hebatnya !!!

saya benar-benar berkecil hati. selagi saya tidak mendapat penjelasan kenapa saya tidak diberitahu tentang berita besar itu maka saya tidak mahu mengucapkan sebarang ucapan tahniah pun sempena perkahwinan beliau minggu lalu.

saya tak faham kenapa semua orang anggap. Facebook kan ada?? macam mana saya boleh taktau?.. Facebook memang ada. masalahnya saya bukan mengadap Facebook setiap masa. mungkin Facebook menyebabkan kita hilang nilai sentimental terhadap sesetengah perkara.

sebelum saya kawen. saya akan diactivate akaun Facebook.! saya benci Facebook. benci!!!!




p/s:- notis seminggu untuk 'kamu' mintak maaf.




Tuesday, December 28, 2010

anak Nogori berehi makan cili api?


entry ini imbas balik, masa trip ke Negeri 9 weekend lalu. masa tu aku lunch kat small food court kat pantai Blue Lagoon. aku pesan nasi goreng cili api. yep! aku ni suka sangat makan pedas terutama cili api. boleh gigit-gigit cili api begitu sahaja makan dengan nasik. lagi-lagi kalau ada budu. nasik putih ngan ikan goreng pun jadi. tapi kalau tak ada cili api memang kurang berkesan untuk tambah nasik. haaa. penangan cili api. walaupun pedas tapi  puas. 

that time aku makan, ada geng bebudak sekolah duduk bertiga sebelah kami. diorang order makan nasik putih lauk ayam masak merah. lepas tu diorang mintak cili api kat owner kedai. owner tu bagi sepiring kecil cili api yang dah dipotong kecil-kecil. kagum jap aku. aku tanya En.H, macam ni ke anak nogori makan nasik?.. siap ada cili api tu, phew!!

kalau kat tempat aku (Johor ke KL ke). macam mustahil la nak nampak bebudak yang bersekolah lagi dah selamba je makan cili api dengan nasik begitu sahaja. adik aku sendiri pun tak suka pedas. aku sendiri pun dah lepas sekolah baru suka makan pedas (cili api). actually aku tau makan cili api selalu ni tak elok sangat untuk sistem pembuangan. kesian je perut usus semua 'panas' je. 

kalau kat umah kat Johor. aku memang tak akan makan cili api style gigit-gigit ni. sebab kat umah, mak masak dah sedia sedap dah. kat KL ni aku suka makan ngan cili api sebab nak bagi puas bila makan. maklumla duk umah bujang ni selalu makan yang goreng-goreng je. ikan goreng, ayam pun goreng. macam nak tambah berselera tu cili api nak kena ada. baru puas makan. Hehe.

lately selera aku sangat buruk. tak bape nak lalu makan. everytime orang belanja makan aku mesti order roti canai je. masuk ni dah 3 kali dalam 3minggu. rasa macam rugi lak orang dah offer belanja makan tapi cuma order roti canai. taktau mana pegi selera piranha aku. tahun lepas seingat aku, kalau orang nak belanja makan je aku mintak prosperity burger or chicken mcdeluxe. skang ni macam dah muak nak makan fast food. last time aku makan fast food adalah pada tarikh 1/12/10.. masa hari aku gaji bulan lepas. itupun makan kat Popeye MidValley. saja gatal nak try.

apapun, bukan semua anak nogori suka makan pedas-pedas. masa aku kerja as krew yang conduct registration untuk beberapa exhibition dulu, krew kami ada gak orang nogori tapi tak makan pedas. tapi masak lomak cili api nogori 9 boleh dikatakan fames kot sampai boleh buat drama kat tv 2. ok. teringin lak nak makan masak lomak cili api emak den. bilalah boleh balik rumah nih..... pheww!


p/s: saya Johorian. saya suka makan pedas, saya okayyyy!.. (ek eleh trademark sekarang... lepas satu statement mesti nak disudahkan dengan 'saya okayyyy!'.. ek.eleh tiru ayat gay???



Monday, December 27, 2010

Trip to Seremban-Port Dickson-Blue Lagoon.


cuti-cuti Malaysia. memang rakyat kita benar-benar memanfaatkan cuti. kalau di Kuala Lumpur ni. kebanyakan warga kota hanya bercuti-cuti di mall. MidValley, Sunway Pyramid, Suria KLCC, 1 Utama, Times Square, The Mines, Sogo dan lain-lain dengan aktiviti kalau tak shopping mesti tengok wayang. lepas tu bila beli tiket wayang atau  nak bayar barang shopping sampai kena beratur hampir 40 minit.so, mulalah depress!.. nahhhh. maka sesekali. menghabiskan cuti hujung minggu harus ada kelainannya. tak perlu habis duit banyak untuk plan for trip. yang perlu kita ada cumalah seorang 'driver' merangkap 'teman jalan-jalan' dan mungkin 'pemandu pelancong'. Ops!.. janganlah pilih khidmat berbayar. pilihlah yang percuma. ia percuma bila dia adalah 'teman tapi mesra' yang berstatus 'single' malah suka berjalan macam saya... ^_^


'B.e.r.k.a.w.a.n.B.i.a.r.B.e.r.i.b.u.-.r.i.b.u'


memang trip ini trip untuk dua orang. tapi bukan acara dating sebab tak romantik pun. sebabkan trip ini berlangsung di hari Ahad. sedia maklum bahawa Port Dickson dijangka penuh dan bakal melebihi muatan. pantai yang landai mungkin akan tenggelam sedikit demi sedikit. Ok. itu tipu!. yang melebihi muatan sebenarnya adalah kereta-kereta di jalan raya, hingga boleh mendatangkan suasana sesak dan kesukaran mendapatkan parking. phew! mujur 'En.driver' hanya memandu sang kancil. lebih mudah menyelit. maka jimat masa di situ berbanding mereka yang membawa Toyota Harrier dan sebagainya.. jom gelakkan sang Harrier. Wakaka! :p

dah begitu lama tidak ke pantai. last pergi pantai sebelum ini adalah setahun lalu. masa tu trip Hari Keluarga bersama staf ofis abah. trip dari Johor ke Pengkalan Balak Melaka. saya sukakan pantai dan pemandangan laut yang saujana mata memandang. kalau boleh nak pergi selalu. tapi sure tak boleh. melainkan jika berumah di tepi pantai. tapi bimbang pula ancaman tsunami. tak apalah. duduk Pantai Dalam yang tak ada pun pantainya kira okla gak. dapat gak mancing ikan from pasar malam. 

walaupun begitu sukakan pantai. actually im not interested untuk mandi air laut. memang pergi pantai mana-mana pun. tak akan mandi laut. abah pernah cerita tentang betapa laut itu 'kejam'. sebab kawan abah pernah mati lemas di mana waktu tu abah pun tak berani tolong sebab kalau tolong maka abah pun akan lemas jugak. that time abah kata, air laut ni ada sesetengah bahagian walaupun tak begitu dalam, tapi ada tarikan kuat sampai yang boleh berenang pun boleh tenggelam. maka dengan diri sendiri yang tak pandai berenang ni, maka mandi-manda di laut adalah hampir mustahil. oleh itu, everytime turun pantai. akan menjadi seperti kanak-kanak. hanya main air di giginya sahaja. setakat basah sampai paras peha. dan kanak-kanak di sekitar turut gelakkan saya. Cis!

Port Dickson kalau orang luar yang datang, selalunya mereka akan pergi Pantai Teluk Kemang. atau pun Batu 2, dan lain-lain Batu. jarang orang luar dari Negeri 9 akan pergi Blue Lagoon atau nama localnya Tanjung Biru. pasir kat Blue Lagoon adalah sangat halus. pantai dia landai walaupun kita dah jalan kat air sekitar 30meter. tempat ni actually sesuai untuk famili yang nak bawak anak-anak kecil main air. tapi harus ada pengawasanlah. actually seronok tengok budak-budak happy gila main air. terus teringatkan my little sister kat kampung. kalau main air berjam-jam tak ingat daratan dah. sampai kecut semua kulit. 

what else.?

Oh ya. satu perkara about me. kalau keluar-keluar dengan 1 guy. n jalan-jalan camni. I will leave my camera. tak akan bawak kamera dan kalaupun bawak kamera tetap tak akan snap gambar. melainkan kalau bertiga-berempat ke berlima. yang itu ok kalau snap2 gambar. so update tentang trip ini adalah tanpa gambar. lagipun. memang dah berazam untuk tidak meletakkan gambar sendiri dalam blog. Hoccay?

ok. selain berjalan di pantai, sebelah petangnya di bawa bersiar-siar kat Seremban 2 Park. taman rekreasi yang sangat awesome. sesuai untuk jogging. sesuai untuk main layang-layang. (malah layang-layang turut dijual disini ) angin memang sangat kuat kat taman ni. dan taman ni jugak ada kolam ikan di tengah-tengahnya. pelik gak masa sampai tu ramai gila jual sebungkus roti kering. ingatkan nak jual untuk kita makan tapi apsal buruk benor roti dia. rupanya untuk bagi ikan makan. Bhahaha! tapi kami tak beli pun roti-roti tersebut. sebab sama je konsep dia dengan kita duduk sebelah orang yang excited bagi makan ikan. so nampak la ikan tu terkinja-kinja membaham roti dengan lahapnya. dan ikan-ikan dalam kolam ni adalah sangat banyak dan bersaiz besar-besar dan gemuk-gemuk. saiz paling besar lebih kurang 3/4 dari ketinggian saya. Wow!!!.. 

over all, sangat berpuas hati dengan trip semalam. walaupun anda mungkin tak puas hati sebab entry ni tak ada gambar. tapi bercuti tanpa kamera sebenarnya adalah lebih tenang dan tidak terganggu dengan aktiviti bergambar. Im so happy dapat bercuti-cuti macam ni sekali-sekala. next month konon-konon plan nak pergi Cameron Highland tapi mengenangkan kemalangan ngeri minggu lepas. mungkin terpaksa cancel. Ingat nak pergi Genting Highland jelah. lama dah kot tak pergi. last time adalah 3 tahun lepas. 



p/s: special thanks to En.H. awesome trip huh!

Friday, December 24, 2010

K.A.R.M.A





7 hari lagi.. bakal meninggalkan 2010. selamat tinggal segala tawa dan airmata sepanjang setahun lalu. untuk tahun 2011. aku masih disini. menulis di kamar catat ini. yang baca aku di kamar ini. yang seringkali baca aku dan walau apapun tanggapan dari apa yang anda baca dan mungkin jumpa dan kenali aku. sama ada betul dan salahnya. aku maafkan kalian dari hati kecil aku. 

sepanjang hayat ini. aku selalu yakin bahawa hidup yang kita lalui tidak dapat lari dari KARMA. buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas jahat. hari ni kau persendakan orang. esok lusa akan datang akan tiba waktunya. yang kau persendakan tu akan dapat kat kau. KARMA adalah pengajaran dalam hidup. supaya manusia ni walau macam  mana bagusnya. jangan suka bercakap besar. 

contoh:- 

1. seorang lelaki menyindir kawan dia. "weh bai! takkan kau jadi kawen dengan minah tu.?.. dia tu tua 10 tahun dari kau dowh... apahal teruk sangat taste kau ni. BHAHAHA!!"

tak sampai setahun dari tempoh dia perlekehkan orang. dia sendiri pun kawen dengan perempuan yang lebih tua 10 tahun.


2. seorang ibu pertengahan usia bertanyakan jiran dia. "Eh, menantu awak tu dah dua tahun kawen takkan tak ada apa-apa lagi.?.. takkan la merancang lama sangat. ntah-ntah mandul tak?.. "

lancang sungguh mulut. tengok-tengok dia sendiri anak dah taraf bujang terlajak tak kawen-kawen pun. tapi rupanya dah pernah buntingkan anak dara orang...


siapa pun kita, kita tidak mungkin tahu banyak tentang kehidupan orang lain. lalu kita tidak berhak mempersendakan sesiapa. meski mungkin dia itu seorang penjenayah sekalipun. kita tahu ke bagaimana susur jalan hidup dia?.. meski dia seorang gay. meski dia seorang pengkid. kita bukan di tempat dia maka kita tidak tahu. justeru berdoalah agar dia temui jalan yang baik dalam hidup dia. dan kita sendiri temui jalan baik dalam hidup kita. 


p/s: pandang langit cerah. pedulikan manusia. Allah Maha Tahu.



Thursday, December 23, 2010

macam mana nak halau kau nih ????


aishhh. kau ni  tak sesudah. orang dah halau lagi mau datang jugak. berambus boleh?.. tolongla pergi dan sila pergi untuk selama-lamanya. please la. please!

jangan ganggu hidup aku dan please mind ur own bussines! 

aku penatla nak halau kau banyak kali. tak paham bahasa melayu nak aku cakap perancis ke apa. ini aku merayu sangat-sangat dengan rasa sesungguhnya merayu. plez go!.. 

aku cuma nak kau blah. sebab aku ada hidup yang masih panjang untuk aku teruskan. jangan stalk aku. dan jangan lagi datang blog aku nih. jangan stalk siapa famili aku. siapa kawan-kawan aku. ish, aku pelik kenapa kau macam banyak masa sangat boleh kenal siapa adik dan kakak aku segala. 

ni last permintaan. tolong. tolong. tolongla pergi. PLEASE!!!


Wednesday, December 22, 2010

bila kali terakhir main basikal?




serasa macam dah tak ingat macam mana nak main basikal. agak-agak masih hebat macam dulu ke tak?... huish. dah sekian lama meninggalkan dunia berbasikal (bajet atlet). padahal dulu-dulu. berbasikal adalah kenangan paling indah. indah sebab lelaki kesayangan saya di zaman dahulu sangat macho bila dia berbasikal. Oh! sungguh macho macam dia adalah paling macho ketika itu maka kalah lah semua lelaki lain dalam dunia ini. Hahaha!.

dan pada ketika ini, beliau tetap macho. heh. bukankah beliau adalah kawan baik saya dari dahulu, kini dan akan datang. menjelang 2011.. nak masuk 13 tahun pun our friendship.. huaaa! oleh itu beliau tetap saya anggap paling macho sampai bila-bila. 

*ini entry pasal apa sebenarnya Excuse Me!!!!

hari-hari yang saya lalui, macam begitu pantas!.. tak terkejar walhal taktau apakah sebenarnya yang dikejarkan. dunia yang sementara. kenalan yang sementara. yes! ada sesetengah kenalan kita dalam hidup ni bersifat sementara. datang pergi sesuka hati. macam biskut. harap-harap perginya kali ini terus pergi selama-lamanya. Ah!. boring la dapat kenalan macam kau yang dahla annoying, berlagak dan $&*(^*&*!!! boleh tak lepas ni kau jangan datang balik dalam hidup aku?.. sungguh semak! ~


bukankah saya masih banyak kenalan lain yang jauh lebih berharga?.. syukur atas kurniaan itu. 


dan macam biasalah. entry blog ini memang carca marba begini. dari cerita basikal ke cerita emosi secara tiba-tiba. erm.. saya rindukan teman-teman jujur dizaman persekolahan. kerana teman di zaman dewasa ini. sungguh mensampahkan.!

p/s: hey. balik kampung nanti nak main basikal lah! boleh feeling remaja sket. :p

Tuesday, December 21, 2010

Bicara Tentang Lelaki.. Siri 1



lelaki Oh lelaki.. :p

bukan nak cerita pasal 'lelaki kesayangan saya'. tapi kita cerita pasal lelaki secara random. mungkin lelaki ini dan lelaki itu. mungkin lelaki anda. mungkin anda? si lelaki. dan para lelaki sekalian. 

lelaki. some of them. mentang-mentang anda lelaki. selalu buat hal sesuka suki. Im a man. so I boleh buat apa saja tapi You tak boleh. contoh, you are talking about be punctual on a date and always bubling yang perempuan leceh lambat siap bagai. but You are actually the worst bila janji dan berjanji. tapi hanya tahu berjanji. I think next time you have to write down all ur bloody stupid promises. and check them out. dari 18 janji. mungkin 1 saja yang tertunai. 

lelaki. some of them. selalu bercerita dan berlagak macam bagus. macam bagus tapi padahal tak bagus pun. cerita macam  Oh! you are the best and you are the perfect one. suka perlekeh orang itu orang ini. macamlah you tak pernah tengok cermin dan cermin diri. orang lama kata apa, cakap tak serupa bikin. but actually, you all tak sedar pun yang you all sedang bercerita macam bagus. dan pada akhirnya kantoi gak yang you sendiri pun buat apa yang you perlekehkan orang. OMG. sangat memalukan. dahla macam bagus lepas tu tak sedar diri dan takkan sedar-sedar. 

lelaki, some of them...........


 ok. nantikan siri 2 kelak...! Hahaha!


p/s: ruang komen dibuka semula. sila-sila. hentam saya!


Monday, December 20, 2010

untuk hari-hari terkemudian..


impian saya, saya mahu berjaya dan lebih berjaya. saya belum nampak lagi, apa saya akan jadi. I mean. kerjaya saya di masa depan. pengajian saya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang pekerjaan. bukan macam pengajian medic yang confirm akan jadi seorang doktor, bukan juga pengajian kejururawatan yang confirm akan berkhidmat sebagai jururawat. dan bukan juga pengajian alam perguruan yang confirm akan menjadi cikgu. saya dulunya hanya memilih pengajian secara semberono. Bioteknologi?. hurmm. saya main pilih saja, dan main belajar saja. saya tidak aim untuk after pengajian saya harus kerja bidang yang saya belajar. kerana pada akhirnya. saya rasa jiwa saya bukan dibidang ini. mungkin jiwa untuk belajar itu ada. sebab belajar bukanlah makan masa lama. macam pejam celik tup-tup dah habis. pasal kerjaya ni lain, satu perancangan untuk 'kerja dengan lama' tapi kalau jiwa tak ada dalam bidang ini? Oh! sungguh mintak maaf.

dan seterusnya.. selain kerjaya. mungkin adalah soal berumahtangga. haish. berdebar semacam bila bicara pasal ini. macam matang sangat plak rasa. huahua. tapi relax. semua orang pasti akan berumahtangga dengan izin Allah. jadi semua orang berhak bicara pasal ini. sebenarnya saya segan untuk mendirikan rumahtangga selagi saya belum ada kejayaan dalam kerjaya. haih. macam lah saya ini seorang lelaki. walaupun saya seorang perempuan. saya ada cita-cita tersebut. saya mahu berjaya dalam kerjaya/ekonomi sebelum saya berumahtangga. saya tahu ini bukan sebuah keperluan. sebab selalunya lelaki yang perlu berjaya ekonomi dan kerjaya sebelum berumahtangga. tapi now saya berbicara tentang kepuasan dan kesenangan di hari muka. saya suka berseronok dengan orang yang saya sayang. bab berseronok. saya perlukan ekonomi yang stabil. saya mahu berbulan madu lebih dari 2 minggu. dan lebih dari 2 destinasi. hahaha!

saya rasa ini semua bukan angan-angan, tapi sebuah harapan. saya dan anda. kita semua ada harapan dan impian. saya tidak berimpian besar sangat. tapi kalau ikutkan impian saya yang gila. saya nak honeymoon dalam sebuah Cruise mewah. tapi saya tahu. itu mustahil. mustahil kalau dengan usaha saya. tapi kalau anda sesiapa pembaca misteri blog ini yang rupa-rupanya seorang billionaire, bolehlah sponsorkan suit dalam Cruise barang sehari dua. sungguh lah saya akan berbesar hati. impian gila. impian berpada-pada. impian selalunya diluar batas kemampuan. tapi bayangkannya saja. dah boleh senyum sendirian. mungkin saya banyak membayangkan tentang hari-hari terkemudian kerana saya sedang di alam fana cinta. Hahaha. sudahlah!



p/s: saya masih mengantuk di saat saya menaip ini. harap-harap. saya bukan mimpi menaip. :p


Sunday, December 19, 2010

My Dear, sila cepat pulang...



" You buat apa tu?.. online ke? "

" Aah. tapi bukan online YM... "

" Habis tu?.."

" I ada depan PC, tapi I buat benda lain...."


" Takkan You buat assignment kot.. You dah habis blaja kan..? "

" Takla. I tengah mengarang ni... I menulis.."

" You tulis apa?..."

" Adalahhh......"

" Baik bagitau I, You tulis apa?.."

" Hahaha. nanti bila-bila You taulahhh..."

" Apa yang rahsia sangat?.. You tulis apa dear?.."

" I tulis blog.... I tulis pasal You..."

" Haaaaaa..?! "




----------------------------------------------------------------------------




p/s: nanti satu hari, I bagi You baca blog ni.. OK?.. You.. cepat-cepat pulang eh. =(





Friday, December 17, 2010

hidup Angah yang advanture..



my sister yang nurse ppum tu bercuti semester. dah 3 malam berkampung kat rumah sewa kami. hari ni sepatutnya dia balik kampung dnegan train. train jam 9 pagi. dia bercuti dalam 2 minggu. lebih kurang. 

semalam aku belikan tiket train tu untuk dia. pagi ini aku mintak adik aku yang form 4 tu temankan dia balik. since adik aku yang form 4 dah biasa dengan KL Central. sebab dah 2 minggu kerja sementara kat sana. 

jam 8 pagi they all masih terhegeh-hegeh bersiap-siap. 8.15 baru keluar rumah. aku dah membebel-bebel macam mak nenek. geram dengan budak berdua nih.

lepas diorang keluar rumah, aku sambung tido. dah pesan dah, kalau ada apa-apa mesej ke call ke. tapi sebab aku tido mati. tak dengar pun call, tiba-tiba aku bangun balik kul 9.15 baca mesej bahwa adik aku ketinggalan train. OMG!

dan tetiba dia kata dia dah beli tiket baru malam esok pukul 11 malam. terus darah aku naik sampai ke muka! aku terus call n tanya. macam mana boleh tertinggal train. diorg kata sebab tunggu bas lama. Ampunnnnnn! dah tau bas tu lama pegila tahan teksi ke apa. macam tak ada cara lain.....!

dah tu semberono je beli tiket esok pukul 11 malam. abis tu kalau aku antar dia pukul 11 malam aku ni nak balik rumah pukul berapa?. kalau train tu delay gerak dia kul 12 malam nak suruh aku menangis sorang-sorang kat KL Central tu?.

OMG. memang panas hati aku. aku suruh dia jual balik tiket tu. jangan nak cari susah. bila jual balik cuma dapat half price je. ok. kat situ dah rugi gak. campur rugi burn tiket tadi jumlah dia dah 35 ringgit. buang duit macam tu je....!

dia nilah beriya-iya tanak balik naik bas, susah nak pegi Bukit Jalil, barang banyak and so on. aku pun memang takleh nak antar dia since aku ni kerja. nak mintak tolong boyfriend pun memang tak boleh. boyfriend abis keje pukul 6 petang. dan paling menyedihkan, hari ni hari jumaat. Bukit Jalil haruslah sesakkkkkk!

tak ada cara. aku suruh dia ambik tiket komuter ke Seremban. nanti dari Seremban ambik bas ke Segamat. macam yang aku pernah buat dulu. dua kali aku balik cara camni sebab tak ada pilihan. balik Jumaat. memang susah. bas ke Segamat kalau dari KL ni tak banyak. cuma Cepat Express n Transnasional je.

tak apalah. jadikan pengalaman baru tuk dia. since aku pun pernah rasa pengalaman sama. tapi aku dulu lagi advanture. aku  main taram je. at least adik aku ni, aku guide dia. 

ni kang dia balik, mesti abah aku bebel panjang. pastu dengan nama aku pun naik sekali sebab tak pesanlah, biarkan adik lambat sampai tertinggal train lah apalah. atas nama kakak, memang aku mesti kena punya. ni kang kalau abah aku call memang mampus la aku kena bebel. 

maybe jadi anak kedua ni memamg advanture kot. ntahlah. itulah yang aku rasa. abah anak kedua tapi abang dia meninggal dia jadi anak sulung. mak pulak anak ketiga tapi abang dia meninggal dia jadi anak kedua. ermmm. tapi aku memang Angah. yang pagi ini geleng kepala dengan perangai adik-adik. 


Wednesday, December 15, 2010

suasana di jalanraya KL yang SHIT!


Oh. SHIT!

entry yang dimulakan dengan carutan. Ah. aku peduli apa..! 

tak HOT pun. mood ok je sebenarnya. cuma kengkadang kesal sikit dengan ke'BullShit'an sebuah suasana yang memang aku rasa 10-20 tahun lagi pun tak akan pernah berubah. 

bila fikirkan tentang kat mana aku nak hidup bila aku dah kawen nanti. agak 'pening' jugak. aku tak suka tinggal menetap di kampung. sebab bagi aku kampung adalah tempat untuk 'balik kampung' dan bukan tempat untuk menetap. sebab aku nak dalam life aku lepas kawen nanti aku dan suami dan anak-anak ada acara 'balik kampung' saban tahun.

cuti-cuti raya, cuti-cuti sekolah. aku nakkan tradisi balik kampung ini terus ada. sebab balik kampung adalah indah. cuti-cuti dan kemudian balik kampung lawat emak abah. disamping dapat tengok pokok kelapa yang pelepah dia melambai-lambai. tengok ibu ayam bersama 10 ekor anak-anak ayam yang comel-comel. ok. itu adalah keindahan.

untuk dapat moment indah yang sekali-sekala begitu, aku memilih untuk tinggal di bandar. macam KL nilah. I heart Kuala Lumpur. jiwa aku seperti ada disini. sebab disinilah aku belajar mematangkan diri. belajar menghadapi cabaran. belajar berdikari. belajar cari rezeki. belajar menghargai rasa rindu kepada orang tua. malahan belajar menjadi seorang suri rumah. HaHa! (tolong abaikan statement last sekali..)


AKAN TETAPI....


siapa kata KL ini begitu indah dihati?.. kita perlu sedar bahawa apa yang kita macam suka dan seronok   kadangkala memang ada jeleknya. KL sangat annoying bila mana kita berbicara tentang JALANRAYA. contohnya bila kita stuck dalam traffic jam. lagi-lagi kalau sebab eksiden yang tak seberapa tapi entah kenapa ramai yang slowkan kereta nak menyibuk tengok. 

KL juga sangat annoying bila mana begitu susah nak cari parking. kalau park semberono maka kereta anda akan ditarik. dan setelah bersusah payah mencari parking dan membayar parking. anda belum tentu selamat. lebih masa baru 20 minit automatik kena saman denda 50 ringgit. bukan sengaja nak lambat pun, tapi kalau dah parking kereta begitu jauh sebab tak dapat cari yang dekat. bukankah makan masa jugak nak berjalan ke tempat parking?. tak bayar saman dalam 14 hari, bunga dia naik jadi 100 ringgit. ok. DBKL kayo!!!

come on, yang pakai kereta kat KL ni begitu berjuta lemon. ingat semua tempat ada sedia parking yang proper?..patutnya selagi kita parking di tempat yang betul dan tak halang jalan orang, consider la sket dengan usaha kita tu kan. macam SHIT je orang yang tukang lekat kertas saman ni aku rasa. ikut peraturan kononnya. peraturan kepala taik ang! 

yes, memang salah kalau kita parking ikut sedap sebab nak cepat ke apa ke. sebab mungkin kita halang laluan orang, sampai mungkin jalan jadi sempit n tambah-tambah sesak. yang tu nak clamp ke tarik ke saman ke suka hati kau lah kan. tapi kalau dah park tempat yang betul just cuma lewat sket je pun kena gak. tak ke macam haram. come on der. ni KL kot. memang lumrah kalau kerata atas jalan banyak gila. dah nak park kat mana?.. kat batang hidung ang.?!

aku malas nak tambah bebelan. but this is real BullShit!


p/s: perlu fikirkan cadangan untuk tidak membina 'rumahtangga' di Kuala Lumpur. so mana lagi bandar best?





pilihlah yang pandai menjaga hatimu..


malam semalam ada sedikit episod sakit hati. sedang sakit hati dan sakit perut. terdetik untuk send mesej kepada beberapa orang. tengah malam sebenarnya. bukan mesej meminta simpati. tapi mesej berbentuk menguji. mari kita lihat siapa yang kena....!

benar-benar tidak sangka, dalam pada 4. memang hanya cuma 1 yang masih punya hati. entah kenapa hati aku macam begitu tersentuh. air mata mengalir. sebenarnya terharu. He is truely my bestfriend. forever and ever.  tidur semalam dengan airmata. airmata terima kasih.


mr.S, you are truely my bestfriend. even though we are far away, u'll always in my heart. 

Monday, December 13, 2010

kesinambungan..


banyaknya bermenung dua tiga empat hari ni. fikiran menerawang entah kemana-mana. perasaan yang serabut. makin termenung maka diri semakin sugul. nak menangis tapi tak ada airmata yang mengalir. makan dengan tak ada selera. makan sebab terpaksa makan sebab dikhuatiri pengsan. semua perkara dirasakan tidak menarik. sendiri tak faham. fenomena apakah yang melanda ini?

kawan aku kata, aku dilanda penyakit 'angau'. dia kata penyakit ini tiada ubatnya. ~KahKah~

dulu, aku pernah sampai 'angau' dengan sebuah watak kartun dalam anime Naruto. watak siapa lagi kalau bukan watak Sasuke. aku suka sangat watak Sasuke. sebab dia cool. sebab dia menyakitkan hati. sebab dia tak layan perempuan yang gilakan dia. sebab dia berlagak macho. sebab dia macam bagus. ok.ok. sudahlah tu.



p/s: mr.sasuke.. bila you nak tunaikan janji?


jangan dekat kerana kamu bakal tercedera



~gambar hiasan~



salam Isnin, selamat menjalani hari-hari kerja. dari Isnin ke Jumaat tak rasa macam lama kalau kita penat bekerja. ok. saya berkeputusan bekerja pada minggu ini. Eceh. rupanya kerja part time macam aku ni boleh pilih nak kerja ke tidak. 

itu cerita kerja part time. kalau ditanya tentang kerja tetap. aku masih belum ready. atau mungkin lambat lagi untuk ready. dan mungkin tak akan ready langsung. anggap saja masih awal untuk fikirkan tentang kerja tetap. masih awal. masih awal. 

menjalani weekend lalu dengan terperuk di rumah selama 48 jam. hanya keluar rumah untuk jemur basuhan. apa yang berlaku di luar sana pada Sabtu dan Ahad sungguh tidak tahu. dengar kata ada gathering bloggers bowling?. oh ya! sudah berkeputusan pencen dari bergathering maka keraskan hati untuk buat-buat tidak tahu.

kalau pun kita jumpa. (yang pastinya bukan beramai-ramai). tolong anggap aku bukan blogger. jangan tanya url blog atau berbual tentang dunia blog dengan aku. sudah tidak fun untuk berjumpa atas nama blogger. seperti kata-kata sesetengah respon semalam. jumpa atas nama kawan. syaratnya. dun ever mention about blog in front of me. nak kena tumbuk?!

kenapa bah kau berubah?

aku sendiri ada sebab yang kuat untuk menjawab persoalan kenapa. tapi aku rasa sebab itu terlalu peribadi untuk dikongsi.but i have my own reason. kadang-kadang anda tidak perlu tahu banyak-banyak. kerana jika tidak anda bakal tercedera. cedera yang tidak parah tapi makan masa untuk sembuh. 

aku sendiri macam tu. sekadar yang diberitahu. aku terima khabar itu bulat-bulat. tidak aku bertanya banyak. aku diamkan dalam percaya dan ragu. aku mahu tahu lebih banyak lagi dari apa yang dikhabarkan. tapi aku diam membisu. sekiranya aku tahu lebih lagi. aku akan tercedera.

tolong terima alasan ini. sebab ianya memang boleh pakai. ok?



p/s:  I met a man who wasn’t there....


Sunday, December 12, 2010

azam baru sebagai penulis blog

hai blog, hai semua..

Ahad yang sejahtera. ketika mencoret disini. aku ditemani sebuah lagu jiwang karat. Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu. asyik ulang dengar lagu ni puluh-puluh kali dalam seminggu ini. mood jiwang is On?

belum pun tahun baru, tapi sudah ada azam. jangan kagum sangat. kerana azam ini bukanlah sebuah azam yang bagus untuk dicontohi. so dun ever follow this bloody stupid 'azam'. Haha! it may harm you.. 


bakal menulis sahaja:-

aku semakin menganggap blog sebagai tempat aku membuat contengan/ catatan/ bebelan. aku tak rasa aku ada komitmen untuk membalas kunjungan bloggers lain. memang berbunyi arrogant di situ. tapi aku malas nak peduli sangat. aku baca blog yang mana aku nak baca. membaca dengan perasaan yang sungguh bebas. bukan komitmen. you all jangan percaya sangat dengan bloglist yang menyinari ruangan tepi blog ni. sebab itu mungkin sekadar bloglist yang mungkin aku baca dan mungkin tak. macam aku kata tadi. kebebasan mutlak di situ.


menulis yang baik-baik:-

puas sudah perli orang dalam blog?. sudahlah. aku sendiri banyak kurangnya. like sum1 said. "kau ni macam bagus sangat?". yeeha! bagus kalau kau tau bahwa aku ni macam bagus so kau boleh stop dari mengunjungi aku di sini. simple. kalau pun aku mungkin berbeza di luar alam blogsfera ini. itu tiada kaitan dengan siapa pun. aku makan nasik tak mintak sesen pun duit kau. bukankah?


menulis tentang diri sendiri:-

tentang siapa lagi kalau bukan tentang aku. bukan aku mintak supaya you all tau banyak pasal aku. tak perlu. now pun aku dah malas letak gambar sendiri dalam blog. entry lama yang ada muka aku pun. bakal aku delete sket-sket. yang dah kenal tu kenal lah. kalau boleh aku tanak dikenali dengan rupa. yang masih sudi baca aku di sini. terima kasih. bab terima komen. komen anda apa saja aku terima. tak komen pun tak apa. aku tau blog aku ni lebih ramai silent readers. kan?


tidak lagi menghadiri sebarang gathering:-

keputusan drastik mungkin. jangan keciwa please. happy mengenali sesetengah dari anda di dunia nyata. satu kenangan indah. terima kasih buat yang pernah sudi mengusung aku dalam kereta. especially to Jard dan Dr.Farhana. sorry tak bayar pun duit petrol anda berdua. and thanks untuk semua yang pernah aku jumpa, sama ada pernah terhutang budi atau tidak. special thanks to Hanafi Jaafar, Ariff Shah n Joegrimjow sebab pernah belanja aku makan. ok. kenangan bersama anda semua aku simpan kemas-kemas dalam ingatan. ok?


mungkin lepas baca ini, ada di kalangan anda akan berkata.. "Ada aku kisahh?? "..  



p/s: mungkin akan kerap update blog. biar orang bosan nak baca. H-A-H-A!



Saturday, December 11, 2010

izinkan hati ini gembira..





apabila kita memang sukakan seseorang. kita tidak kisah jika terpaksa menunggu dengan lama. malah menunggu dengan lapar dahaga. hari ini aku kenyang hanya kerana aku dapat melihat kamu lagi. kita tidak perlu fikirkan kesudahannya. andai juga kamu cuma setakat teman biasa. aku tetap gembira..!


p/s: macam gila bila sanggup tunggu seseorang sampai 8 jam tanpa makan dan minum. nasib baik dia datang. kalau tak mungkin bakal pengsan seorang diri.




Wednesday, December 8, 2010

status single:- jual mahal atau tak laku?


salam Rabu to all of you.. harap semua sihat-sihat dan ceria-ceria selalu, sambil-sambil melepak depan pc, sambil minum-minum kopi. sambil baca blog. errr, baca entry tau. jangan datang-datang cari shoutbox je. kang buang shoutbox tu kang...! :p

somebody ask me. my current status rite now. tak. tak. beliau tak tanya. "apakah status anda sekarang?..". nope. bukanlah soalan dia berbunyi se-skema itu. tapi dia tanya. "dah ada steady boyfriend ke?...". lebih kurang macam tulah bunyi dia. atau something like.. "dah ada calon suami ke?.."..eh. soalan tetiba berbunyi mulia jika title boyfriend ditukar kepada calon suami. Hahaha!

tidaklah aku menjawab. "Oh.Its Complicated..". padahal memang nak jawab seperti itu. ok. aku juga tak jawab dengan ayat begini " My boyfriend is on his way...". padahal memang berhasrat mahu menjawab sedemikian. baiklah. akhirnya menjawab dengan begini. " belum ada..../ tak ada lagi.)

dan jawapan naif itu dibalas dengan sedas soalan yang sentap hingga menyentuh jiwa raga.. " You ni jual mahal atau tak laku..?"


Oh.Oh.Oh.Tidakkkk!


p/s: baiklah. anggaplah saya ini tak laku.. tak apa saya redha.



Tuesday, December 7, 2010

food review:- Restoran Tasik Indah Shah Alam




ini cerita Sabtu yang lalu. cerita makan-makan. lebih kurang pukul 8 malam, aku keluar dengan seorang kawan. beliau janji nak belanja makan. actually tak tau nak makan kat mana. aku ni kalau orang offer nak belanja makan, memang aku tak tolak. tapi syarat nak belanja makan. mestilah bukan makan kat tempat yang  aku pernah makan. bukan Kepsi, bukan Mekdi. aku tak demand pun sebenarnya. tapi bosanlah kalau makan benda yang kita biasa makan. 

on that day, aku tak bawak pun kamera. tak tau plak kan kawan aku ni nak belanja kat tempat best. aku rasa memang tempat makan ni best. makanan dia best, suasana dia best. bab harga. paling best. tapi berbaloi-baloi. sebabkan aku pergi hari minggu, malam plak tu, memang penuh gak restoran ni. krew dia pun aku rasa macam tak cukup. lambat sket nak tunggu diorang ambik order. dan lepas order. dalam 25 minit gak tunggu order sampai. mungkin diorang perlu lebihkan staf untuk malam minggu. sebab customer memang ramai. 

aku bukan kisah sangat bab tunggu pesanan ni. aku sendiri kerja dalam F&B sector. jadi aku tau, sebagai customer kena gak pupuk rasa sabar. mungkin krew diorang dah buat yang terbaik. memang nampak, masing-masing buat kerja laju je. tapi kita manusia bukan robot. sebab tu aku geram kalau ada customer yang tak sabar-sabar. padahal duduk baru 10 minit. kepala dah terjengah-jengah. muka dah masam. tak kira lagi yang songeh dia macam mak nenek. kalau kirakan nak cepat, semua orang pun nak cepat. semua orang pun kejar masa. dah kalau tak ada masa sangat nak tunggu, beli jela roti kat 7eleven ke. kan senang..!

berbalik kepada restoran ni. macam yang anda lihat dalam gambar. restoran ni macam duduk atas tasik. macam terapung. restoran pun luas. bila kita datang, krew diorang akan pilihkan seat untuk kita. kalau ramai dapatlah meja bulat yang besar tu, kalau berdua je dapatlah meja tepi. tapi itu pun depend gak. aku sendiri dapat makan kat meja bulat. sebab meja area tepi diorang tak sempat clear kan. okla tak apa. macam aku cakap tadi. tak kisah sangat. diorang pun bijak. kita duduk-duduk je, terus dia hidang sepiring kecil kacang dan ikan bilis goreng. serta segelas teh cina untuk seorang. kat situ. dah di cas 6 ringgit.

menu restoran ni sangat banyak!.. kebanyakannya memang menu makan hidang. maksudnya bukanlah sesuai nak carik char kuey teaw atau mee goreng mamak kat sini. menunya nasik putih dan hidangan lauk. kebanyakan lauk utama dia adalah ikan. semua meja pun aku tengok ada order ikan. bukan ikan yang kecik-kecik. ikan dia saiz besar. adalah lebar macam saiz keyboard laptop anda. bila kita makan hidangan macam ni, memang sangat sesuai makan dalam 4 orang dan keatas. sebab portion dia sebenarnya tak sesuai untuk dua orang. kalau makan dua orang patut order dua lauk je. kalau order 4 lauk memang tak habis makan.

malam tu aku makan banyak dan kenyang tersangat-sangat. order siakap stim, udang harimau, onion chicken, kailan belacan dan dua nasik putih. air jus tembikai dan jus honeydew. semua pun sedap-sedap belaka. nasik dia seringgit je sepinggan. jus buah pun tak mahal. standard la 3.80sen segelas. tapi lauk dia boleh tahan mahal. ikan siakap stim tu 48 ringgit. sayur kailan 13 ringgit. udang harimau 25 ringgit. ayam 18 ringgit, including service charge and tax 5ringgit. so total kesemuanya adalah dalam 125 ringgit. nasib baik orang belanja. walhal aku memang tak pernah makan dua orang dengan harga begini. Pheww! tapi macam aku cakap tadi. sebenarnya hidangan kami ni lagi sesuai untuk 4 orang makan. baru berbaloi.





macam aku cakap tadi. aku tak bawak kamera. jadi aku bagi link kat you all blog yang review pasal restoran ni yang ada gambar. gambar diatas kredit to Miss Rara Joe dengan bantuan enjin carian Google. oh ya. restoran ni pun ada website dia. bolehlah melawat http://www.tasikindah.com.my untuk maklumat lanjut. untuk reservation pun boleh. mana tau nak buat reunion ke, gathering bloggers ke. sesuai. sesuai. hehe!

oklah. setakat itu cerita food review cuti-cuti begini. penulis baru sudah makan nasik lemak. panas dan segar dari kitchen rumah kami. owh. housemateku bercuti hari ini. rajin pagi-pagi bangun pi pasar cari bahan nak buat nasik lemak untuk dimakan seisi keluarga. eceh. bunyi macam sudah berumahtangga. ah, sudahlah!

Monday, December 6, 2010

setahun ini... bakal tinggalkan kita.

salam. moga sejahtera semua pembaca..

sudah Isnin semula. selamat bekerja dan selamat menjalani apa saja rutin anda pada hari ini. diam tak diam. dah berakhir pun tahun Hijrah kita. nak tutup dah buku amal untuk tahun ini. esok dah buka buku amalan baru pula. serius macam tak perasan begitu pantas masa berlalu. ya. setiap kali tahun baru memang akan cakap macam ini. ulang lagi. "begitu pantas masa berlalu..". anda pun ulang ayat ini juga kan?

setahun ini bakal melabuhkan tirainya. mari kenang semula. apakah setahun ini lebih banyak kejayaan dari kegagalan. adakah lebih banyak manfaat dari yang sia-sia. adakah setahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya?.. walau apapun, setahun ini sudah mahu meninggalkan kita. 

bersama lembaran baru dalam tahun Hijrah. petang ini sebelum maghrib jangan lupa baca doa akhir tahun. dan selepas maghrib, baca pula doa awal tahun. selamat datang tahun baru Hijrah.




doa akhir tahun, baca sebelum maghrib.






doa awal tahun, baca selepas solat maghrib.



p/s: sambil-sambil online tu, boleh baca gak doa ni kan.. sharing is caring. =). dan selamat bercuti kepada yang cuti esok.!




Saturday, December 4, 2010

cerita boring sang bujang vs berkahwin..


dalam hidup, bukan hari-hari kita rasa semua perkara adalah menarik. ada masa memang boring. lalu terkeluarlah cerita boring sebegini. cerita hanya sekadar contengan. mungkin ya. mungkin tidak. mungkin kena. mungkin tak. layanzzz!


kadang-kadang kan, yang ada paras rupa. yang dah ada kereta. dah ada rumah. yang dah pakej lebih dari mampu untuk mendirikan rumahtangga. mereka masih lagi sendiri. tak ada isteri. tak ada suami. tak ada boyfriend. tak ada girlfriend. setiap hari pergi kerja balik kerja. yang lelaki kalau boring-boring melepak kedai mamak. kalau ada game bola best gak. kalau tak. layan teh tarik sambil perfikir, "kalaulah aku ada bini..". kalau perempuan pulak, aktiviti layan drama. layan sinetron. paling advanture pun pegi berendam dalam tab mandi. dan kemudian berangan. "kalaulah aku ada laki..".

lain pula ceritanya bagi yang dah berkahwin. ada suami, ada isteri. suami kerja, isteri pun kerja. isteri bangun tidur suami dah pergi kerja. isteri balik kerja suami pulak dah masuk tidur. hujung minggu. selang-seli. minggu ni suami outstation. isteri melangut kat rumah sorang-sorang. yes. layan sinetron. next week suami ada masa kat rumah, isteri pulak sedara-mara datang. kena ajak round satu KL. bila plan nak pergi luang masa sama-sama. plan selalu cancel last minute. "alaa, I ada meeting la sayang..my bos la ni.. ermm. next week kita pergi ok..". duk ulang ayat tu sampai tahun depan. 

cerita sang couple jugak paling best. walaupun sengkek tak ada gaji tetap bulan-bulan. hari-hari boleh dating. hari-hari boleh luang masa sama-sama. maklumla, satu kampus, study sama-sama. makan sama-sama. tengok wayang sama-sama. shopping sama-sama. mengadap muka tu hari-hari pun tak apa. lapang dada. tak ada bebanan kerja, tak ada bebanan kena bayar kereta, kena bayar rumah, kena simpan duit untuk mak kat kampung. memang mendamaikan dan tak boring langsung. tapi kalau betul la tak boring. kenapa mesti break up? kurrrr.kurrrr


cerita boring lain:-





harga minyak naik lagi... memang boring ah!







Friday, December 3, 2010

cerita selepas 3 hari..


salam Jumaat. eh. dah Jumaat balik?.. macam baru saja merasai Jumaat baru-baru ini, alih-alih dah Jumaat semula. dan Jumaat kali ini. sudah Disember. sungguh pantas masa berlalu. macam. Bling.Bling!.. macam magic. macam. ah sudahlah tu!

dah 3 hari tanpa cerita baru. 3 hari blog terbiar. 3 hari tak jenguk Nuffnang. ek eleh. asal jenguk blog je mesti jenguk Nuffnang. ek.eleh. korang pun sama kan?.. 3 hari tak update kenaikan B.E jadi sangat sedikit. tapi tetap ada 5 B.E yang masih running. terima kasih Nuffnang. mmuah.mmuah!

sebenarnya tak update blog sebab tengah tumpukan perhatian untuk exam. haha!. memang mimpi nak pakai alasan macam ni. kahkah!.sebenarnya tak update sebab takde line internet. streamix nilah. janji punya janji punya janji. konon 3 hari selepas pasang telefon, tapi jadi 12 hari. haaaa. nasib baik hari ni mereka datang kasi setel problem. kalau tak. kalau tak. aku dah karang dah surat mengkritik streamix. nasib baik belum hantar ke Harian Metro.! rindunya nak pakai streamix selepas hampir sebulan pindah rumah. huh! macam tak percaya dengan kelajuannya.  sebulan sebelum ni pakai P1Wimax secara sementara. slow sangat untuk digunakan beramai-ramai. tak boleh bersabar. tunggu notification FB punya loading pun rasa macam nak mengamuk. tunggu loading blog orang pun.. memang failed!.. blog I je ringan. Phewww!

hari Rabu lepas. meluangkan masa pegi MAHA. siapa tak tahu Maha tu apa pi google sendiri. Maha kat Mardi Serdang. aku pegi dengan seorang kawan. naik kereta dia. masa tu hujan. so takde orang kutip duit parking. patutnya satu kereta RM3 tuk parking. banyak Hall yang terlibat, tapi aku tak jalan kat semua Hall pun. malas. malas jalan sebab pakai high heel. lenguh kaki. dan aku tak beli apa-apa pun. jalan-jalan tengok-tengok saja. at least nanti bila orang bercerita pasal Maha. oh. Yes! I pernah pegi. at least once in a lifetime. Eceh.

ok. sudahlah tu. tak banyak pun cerita tentang 3 hari lepas. apa?.. cerita cinta?.. gila.. mana ada!