Posts

Showing posts from November, 2010

kedekut selalunya pakej dengan berlagak!

semakin kaya raya, semakin liat menderma. semakin besar rumah, semakin jarang terima tetamu.  itu hanya secebis frasa. tak suruh terasa. kata-kata dari blogger hingusan ni bukanlah boleh pakai sangat. ya. saya tak punya harta melimpah-limpah. manalah saya nak tau perasaan begitu menyayangi harta. yelah. penat-penat meeting sana sini. sain kontrak sana-sini. arahkan staf itu ini. Aishh. sain kontrak pun penat apa. lenguh kot jari-jemari. mana setanding dengan kerja seorang eksekutif bersengkang mata siapkan proposal projek. style orang ala karporat. meeting. meeting. meeting. out station. out station. out station. aktiviti paling advanture adalah main golf. (pengaruh tengok drama..realitinya taktau betul ke tak macam tu. ops! mana nak tau, saya tak penah bergaul dengan ahli karporat.) entry ini bukan ulasan kepada drama tv. bukan juga harapan kepada ahli karporat. anggap saja ini entry meracau. just nak cakap satu je. kalau satu hari nanti anda kaya raya. jangan kedekut dan berlag

review film:- NGANGKUNG (lakonan yang hebat + jalan cerita yang superb).

Image
hari Ahad yang lain dari biasa. pertama kalinya tengok wayang dan makan-makan di MV bersama dua gadis muda. (my younger sisters). walaupun poket kosong. tetap nak pergi berhibur. sebab ini mungkin kali terakhir berhibur sebelum menghadapi paper final exam. maka tauke kita pada hari ini adalah adik aku yang pelatih nurse PPUM itulah. beliau kan kaya dengan elaun-elaun. tengok wayang dia bayar, makan-makan pun dia bayar. harga tiket 12 ringgit seorang. darab 3 dah jadi 36 ringgit. campur total makan di the Warung untuk tiga orang adalah 41 ringgit. semuanya 77 ringgit. pejam mata sahaja duit melayang-layang. bukan magic! nak berhibur tanpa guna duit adalah mustahil. mustahil bagi aku. sebab bila sebut berhibur maknanya duit mesti  melayang. itu fakta. kalau duduk diam di rumah menghadap blog. aku tak terhibur. boring. tapi save duit. kesian adik aku. kena layan kakak dia yang suka berhibur. kelak bila dah kawen, kesian kat laki aku plak. kena layan bini dia yang kaki wayang. kaki sho

andainya nilai kejujuran manusia itu terpapar di dahi masing-masing..

kalau memang nilai jujur setiap manusia itu dapat dilihat di dahinya. pasti tak ada sesiapa pun berani berbohong, berdusta, mengadu domba. bayangkan nilai jujur kat dahi anda adalah negatif. bermakna anda memang tidak jujur. banyak auta. penipu besar.   semakin jujur berkata-kata. semakin tinggi nilai yang tertera di dahi anda. sebab kan nilai itu terletak di dahi. pada ketika anda bercakap benar dan jujur. pertambahan nilai itu tidak dapat anda lihat sendiri. tetapi mampu dilihat oleh orang lain. berkata bohong dan menyebar fitnah adalah keseronokan buat yang busuk hati. p/s: dan kalaulah hati yang busuk itu benar-benar boleh mengeluarkan bau. jauh sebatu engkau sudah aku hindari. 

Ops! saya bukan peminat siri Harry Potter..

Image
sebenarnya sejak zaman sekolah lagi. aku pelik kenapa ramai sangat yang gilakan novel Harry Potter. cerita sihir ke apa ntah. dan sejak ia difilemkan. makin menjadi-jadi pulak kegilaan orang ramai terhadap siri Harry Potter nih. sejak dari pelakon utamanya tu masih belum baligh sampai la sekarang dah boleh jadi bapak budak aku agak..sana sini orang cerita Harry Potter ni best. now dah sampai siri ke-7. hebat. hebat!. kalau kat oversea lak. time nak launch novel dia, orang boleh  get ready nak beratur untuk beli seawal mungkin, sebelum muncul matahari lagi kot. biso bonar. ni pic siri HP yang ke bape ntah. mana lah aku nak tau. Hahaha! Errr. mesti penulis novel ni begitu kaya raya kan?..  aku memang lewat start baca novel English. masa sekolah dulu memang aku tak baca langsung novel English. bahana asyik layan novel cinta keluaran Alaf 21. alah. jalan cerita yang tak berkembang-kembang. pusing-pusing balik-balik kawen kontrak mula-mula benci pastu suka. Lol. tapi bila aku dah ma

begitu ramai blogger-blogger hebat!

salam sejahtera kepada pembaca. yang bloggers mahupun bukan, yang tua dan yang muda, teman dekat dan teman jauh. tak lupa juga, exboyfriend-exboyfriend ku sekaliannya. wow!.. bila diimbas balik. ramai gak ex-ex rupanya. HaHaHa! pelik tak entry ini tetiba ada pendahuluan. ok. tak pelik tak apa. sebab hari ini hari paling sejahtera buat aku. genap 23 tahun bernafas di muka bumi ini. syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rezeki. syukur atas redha kedua orang tua. redha suami belum lagi. InsyaAllah ulangtahun 24 nanti. (gurau je jangan amik serius). dan ucapan terima kasih kepada semua yang wish me seawal jam 12 malam tadi. lenguh jari reply wish kalian di Facebook. (haha bajet popular uwekk). dan cerita tentang tajuk, semalam. aku ada banyak masa mengunjungi blog rakan-rakan maya. kebanyakkannya yang pertama kali aku jejak blog mereka. sekarang ada mood sikit la nak jalan blog orang. ini pun semenjak web GengBlogger pulih dari gejala malware kejadah apa ntah tu. rupanya dah 3 bulan tak ma

pendapat seorang kawan pengkid, tentang ciri lelaki yang aku suka.

Image
bukan nak cerita pasal kawan pengkid. tak. tak. cuma nak cerita point-point yang diteka oleh dia, tentang macam mana orangnya, lelaki yang aku suka. mari lihat:- - kau mesti tak suka lelaki yang kurus kan?.. mesti nak lelaki tu tinggi. badan cam sedap-sedap sket.  - kau mesti tak suka lelaki pendiam kan?.. mesti nak lelaki tu banyak point boleh bercakap, boleh buat gelak, supaya kau tak boring. mesti kalau lelaki yang buat ko rasa bosan so cepat je kau nak blah. kan? antara ciri-ciri yang diteka oleh kawan pengkid aku. kehkehkeh. entah macam mana dia boleh keluarkan ciri-ciri ni aku pun taktau.. tapi kalau you all nak tau. memang tepatlah 2 ciri yang dia teka nih. and last dia cakap.. "boyfriend kau tengah on the way nak datang...." HAHAHAHA!

hati yang riang ria..

Image
buka mata hari ini. masih bisa menghembus nafas lagi. hati riang ria. kawan-kawan ceria. errr. aku tak suka berangan banyak. tapi gambar di atas memang satu angan-angan aku.  p/s: update blog dengan entry-entry yang semakin pendek. kamu tetap datang baca. TQ ya!

lets play.. the next game!

Image
kadang-kadang. aku rasa macam aku ini tak sekuat mana. lelah. ya. aku tak gagah. tiap kali episod hidup aku ini melibatkan manusia lain. aku banyak pasrah. mungkin aku tak bagus dalam memahami manusia. mungkin aku lebih sesuai menyendiri. aku selalu gagal. sudah acapkali, akhirnya aku kembali sendiri. macam main catur. sang Raja yang selalu kita nak jaga itulah yang selalu membuat kita dalam kesusahan. kita penat berjuang. kita kalah bila mana pada akhirnya sang Raja tetap ketemu jalan buntu. mati langkah. lalu gagal mengorak lagi. so next game. buah catur diatur kembali. dan kita mencuba lagi. dan lagi. p/s: bilakah waktunya.. akan pencen bermain catur?

perempuan gedik tergedik-gedik..

hey guys.. welcome back. dah habis cuti raya. dah puas makan ketupat, lemang, rendang ayam, serunding daging. now dah selamat sampai KL. dah start kerja esok. weeeehooooo! pulang kali ini membawa adik perempuan form 4 yang baru nak kenal KL. tak tau la dia akan stay kat rumah sewa ni sampai bila. rasanya rumah ini bakal sesak seperti sardin beberapa hari kemudian. bunyi-bunyi macam ada beberapa teman yang nak menumpang. mungkin hasrat adik aku nak stay lama tak kesampaian.  aku mungkin akan kerja sampai 24hb sahaja. lepas tu konon-konon nak fokus study. errmmm. baiklah. kembali pada tajuk. siapa tu perempuan gedik yang tergedik-gedik? JENGKEL. haha, tau tak baik. tapi tetap nak rasa Jengkel. Gelis. Nyampah. Uwekk. Muntah. HAHAHAH! biasanya kan. yang gedik dan suka menunjukkan kegedikan terlampau ni adalah perempuan-perempuan yang berkepit dengan foreigner.  dah selalu sangat aku nampak. mentang-mentang BuayaPren dia mat saleh. pastu dia sukalah nak tunjuk perangai mengada-ngada d

balik kampung!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!! p/s: jumpa lagi next 5 days..

Everything Will Be Allright

Image
Apabila kita berdua mengambil langkah mula.. Kita tidak pasti, tapi kita mencuba..  Kita pejamkan mata, ingin merentas mesin masa..  Kalaulah 'percubaan' kita ini, benar-benar berkesudahan baik. Kita tertanya-tanya lagi.. Suatu hari, apakah penamat episod ini? Malam ini.. Lena kita seperti biasanya.. Bisikkan dalam hati.. "Everything Will Be Allright" p/s: sayang kamu!

Say No to Benjamin Williams?

Image
gara-gara beliau mengadili perlawanan Malaysia vs China dengan begitu tidak adil sebentar tadi. sekejap saja. dah ada Hate Page beliau. hehe. inilah dia yang dinamakan Facebook. pantas. merentasi masa. kui.kui. rasanya admin page ni malaysian kot. sebab status pun dalam bahasa Melayu. aku?.. err. like saja. tak komen banyak. dan sebenarnya aku pun tak puas hati. ada ke sampai 3 kad merah. memang macam jahanam je. pengadil World Cup pun tak ada sampai layang 3 kad merah untuk satu team. gila ke hapa kan. nak tau lanjut pasal pengadil hampagas ni, boleh lah google sendiri. (Benjamin Jon Williams). apapun, Malaysia ada game seterusnya menentang Iran kalau aku tak silap. All the best untuk Malaysia Football team. Go.Go. Malaysia Boleh. p/s: malam ni dok google je perkembangan sukan. semua referral utama adalah blog. kalah kot paper online. errkk. maju betul bloggers2 semua.. :p

Malaysia?.. Oh! KLCC is it..?

Image
sebut saja Malaysia pada orang asing. European, Asian. kebanyakannya akan teka. Aaaa. KLCC rite? (ini masih lagi bercerita tentang YM. sometimes la. aku ada masuk chatroom oversea. borak-borak pasal negara masing-masing. cita-cita aku ni boleh tahan besar. aku nak melancong sepuas-puasnya. travel merata. mungkin 1 hari aku nak buat blog macam NicoleKiss punya blog. (lihat link special click kat sidebar blog). blog dia memang cerita pasal travel around the world kot. banyak giler negara dia dah pegi. huhu ini gambar kawan aku. tapi gambar ni aku suka. aku cilok kat Facebook dia. :p kenapa aku letak gambar ni. dan kenapa aku taip entry ni?.. korang as Malaysian mesti tak ada perasaan sangat dengan klcc nih. mungkin dah jemu jelak kot. tapi, sebabkan bila-bila nanti kalau aku chat dengan foreigner. bolehlah aku bagi dia link ni. even dia tak faham bahasa malaysia. dapat tengok gambar cun macam ni pun orait gak kan?. haha p/s: aku teringin nak naik jambatan antara KLCC tu. dulu..

YM oh YM.

sebelum menyentuh tajuk entry, kita cerita sikit pasal rumah baru. Ahh. segalanya telah selamat. Alhamdulillah.  berakhir proses perpindahan. makan masa dua hari iaitu semalam dan hari ini. setelah bertungkus-lumus membungkus, mengangkut. sampai sakit pinggang. sekarang masih lagi dalam episod mengemas. menyusun. oh! sungguh tidak mudah. sampai lambat update belog. kehkeh! rumah baru ni betul-betul depan masjid. kalau azan memang konfem dapat dengar begitu jelas. bila solat jemaah pun, sebutir-sebutir bacaan imam boleh dengar. ni tadi maghrib dapatla dengar ceramah agama. sejuk hati.  selain mengemas. aktiviti hari ini adalah membuang-buang masa di depan laptop. bukak balik email lama. fuh,  sudah beribu notification friendster. rupanya masih ada akaun friendster. tapi apa kabar kah akaun tersebut?. password apa agaknya?. Oh! lupa semuanya. alah. tak ada apa yang boleh dikenang tentang friendster, bukan ada jumpa pakwe handsome pun. kalau pun handsome. mesti sudah berpunya. HaHA. sud

selamat tinggal..

sedihnya nak berpisah. rasa macam baru kelmarin kita bersama. dan kini tiba jua harinya. banyak sangat kenangan pahit manis masam masin sepanjang berada di rumah ini. selepas ini akan berpindah ke rumah baru. suasana baru. Ahh.  ya, ucapan selamat tinggal ini ditujukan khas buat rumah yang telah kami sewa hampir 2 tahun ini. walaupun rumah ini kecil comel. tapi disinilah tempat kami berteduh. tempat belajar. tempat bergelak ketawa, tempat memantapkan skill masakan, tempat kami menumpangkan rakan-rakan hingga rumah penuh dan tidur bersepah-sepah. dan, di sinilah kenangan En.Sasuke menghantar saya hingga ke muka pintu. sob.sob. tentu kelak akan merindukan rumah ini. Oh ya, kami terpaksa mengosongkan rumah ini atas perintah pihak atasan. haha. kononnya perumahan ini bakal dirobohkan. tapi nanti kita lihat saja. rasanya sehinggalah aku naik pelamin pun perumahan ini belum tentu diroboh. lambat lagi lah naik pelamin. mungkin tahun depan. Hahaha! (bergurau saja). dan sekarang keadaan

Nokia C3 Cik Siti

Image
semalam mendapat call dari adik aku yang blaja nursing PPUM. katanya hari ini nak pergi beli handphone baru. ok. setuju. hari ni dia datang rumah kul 11 pagi. maka aku decide beli phone kat Digital Mall sajalah. dekat pun dekat dengan rumah. dan sudah tentu tak kan serabut cam LowYat. aku tak suka sangat pergi LowYat. 2 bulan lepas aku pegi sana. aku tengok banyak pulak pekerja bangla. macam sana sini punya kedai ada diorang. pelik.pelik.  sebenarnya pergi beli phone ni agak susah tang mencari penjual yang tidak auta. walaupun kadang-kadang penjualnya adalah under company yang sama. tapi mereka boleh menjual dengan harga yang berlainan. mungkin berbeza 20-30 ringgit. ahaaaa!. orang kata normal la tu penjual ni menipu. jadi kita pembeli ni cubalah buat muka semanis mungkin. seramah mungkin dan semenggoda yang mungkin. my sis bagitau awal-awal, bajet dia dalam 500 sahaja. tapi dia pun belum tau nak beli phone apa. aku je yang beria-iya suruh dia beli Nokia. lagipun Nokia dah banyak

ni sapa yang cari pasal?

hari ini bekerja. aku tak senyum banyak. lebih banyak bermuka serius. 1st sebab kesihatan macam tak sihat. tekak aku perit macam nak kena selsema. 2nd, geram ngan tuan rumah ni haaa. suruh pindah beria-iya. tapi bila kita dah ready dah packing. dia asyikla tangguh-tangguh. aku banyak plan lain semua tak jadi. eii. nasib baik orang berumur. kalau tak! mau aku sembur kaw-kaw.! tiba-tiba. masa didatangi customer. ditanya pula. ni pastri ni sedap tak kak? aku angguk ja. tak senyum malah tak menjawab dengan suara. cuma angguk. pastu mamat ni pandang aku lain dah. aku bungkus pastri tuk dia, ambik wang n bagi wang baki. still aku diam ja tak bersuara langsung. pandang dia pun tak. lepas tu dia boleh tanya. "akak ni apa yang tak puas hati dengan saya?". Eh! aku dah pelik. dia ni apsal.  "akak kalau tak puas hati dengan saya cakap. saya cakap elok-elok tadi.." ni aku dah makin bengang. now siapa pulak yang tak puas hati ni. dia ke aku? aku diam je dari tadi then dia p

sakitnya sakit perempuan..

bukan senggugut, tapi perut sakit dah 2 hari. sampai badan lemah macam zero tenaga walaupun telah makan nasik sehingga kenyang. menggigil  dan berpeluh, walaupun baru lepas mandi. tak terdaya menaip lagi. macam nak pengsan!.. -mengadu kat mr.S. lepas tu macam nak menangis. cengeng!.. baik. nak tido. moga hari esok beransur sembuh.

macam bangang gak kadang-kadang..

hari ini aku bekerja. mana lagi kalau bukan Swiss Oven KL Central. lewat petang sikit. masa tu aku dengan Bad. kami didatangi polis yang memakai seragam polis. dan kemudian pegawai polis ini bertanya. ada tak. kami di kedai ni berhadapan dengan apa-apa masalah melibatkan orang awam KL Central. penipuan atau sebagainya.  yes I do. jawab aku yakin. Selasa lepas. dalam pukul 3. masa tu aku jaga kedai dengan dua orang staf lain. supervisor aku tak ada, Bad selaku full time staff pun tak ada. kami bertiga ni cuma pekerja part time, aku sendiri memang jarang ada kat kedai. seminggu cuma 2-3 kali. yang dua orang lagi, belum pun ada sebulan diorang kerja sini. kami ni. memang muka-muka yang agak tak meyakinkan. tapi itulah. dalam pada situasi macam ni. ada yang aim kami. mengambil kesempatan. apa lagi kalau bukan kes tipu. yes. aku sendiri macam rasa bangang. tak percaya yang aku kena tipu bodoh-bodoh. jahanam.! didatangi seorang customer time kami sedang agak busy. yes. ada beberapa custo

Cinta:- Berani untuk Gagal

Image
aku tak rasa cinta itu begitu kompleks. begitu susah dan rumit. sampai cinta boleh ke tahap komplikasi. cinta itu simple je kan? kalau kita suka dia dan dia suka kita. just go on.kapel lah, tunang lah. kawinlah, ur choice. then if one day dia dah tak sukakan kita dan mahu berpisah dengan kita. fine, let it be. tak payah 'berjuang' lama-lama. kumbang bukan seekor. bunga bukan sekuntum. surrender je. tak yah buat muka tebal sangat. kalau memang dia dah suka orang lain so what u waiting for. kita cari lah lain gak, come on. kita tetap ada air muka kan? kisah cinta macam filem hindustan? no.no.no, itu cuma ada dalam novel. novel itu direka supaya orang suka baca.  kan ke orang kita suka baca alkisah cinta yang kompleks. yang kononnya bersama jua selepas 10 tahun berpisah dan eh! rupanya dia cinta zaman kanak-kanak. alahai. hakikatnya in reality. kisah cinta tidaklah se'gah' itu. sebenarnya kebanyakkannya adalah biasa-biasa saja. kehidupan sebenarnya adalah mengikut

review film:- R.E.D (Retired Extremely Dangerous). aksi hebat hero-hero tua!

Image
weekend lepas. ada masa sikit. keluar sekejap dengan my sis. MidValley. weekend aku memang bukan apa-apa sangat. paling menghiburkan adalah acara tengok wayang. dan makan KFC. tak apa. bukankah keluar dengan adik sendiri?. dapat juga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama adik beradik. dah tentu mak abah pun redha. daripada keluar dengan pakwe pastu peluk-peluk dalam panggung, aaa. mak abah mana yang redha?  ok. ini dia. kakak mithali mula memberi ceramah free. :p ok. meneruskan entry ini dengan kembali ke pangkal tajuk. cerita yang kami tonton. RED. masa plan nak tengok wayang ni. mulanya nak tengok cerita lain. tapi sold out nyahh! sebab cerita tu baru hari ketiga ditayangkan. Rise of Mummy apa ntah tajuk dia yang macam seram-seram tu. jadi RED ini sebagai galang ganti. sumpah taktau dan tak pernah tengok trailer dia. jadi memang masuk panggung dengan perasaan suprise. ok. suprise. moga-moga terhibur. yea! teraju utama adalah Bruce Wilis. hero tua ini memang aku minat

kenangan itu abadi..

Image
setiap kali menatap gambar yang begitu ceria ini, hati rasa sayu. airmata seakan bergenang. I love them.(Sunway Pyramid 29 Okt '10) mereka adalah rakan UM yang tak akan aku lupakan. satu semester terasa singkat. kelas amali Bioteknologi yang berjalan 2 kali seminggu rupanya dah habis. dan tak pernah. sepanjang menuntut di UM, boleh menjadi begitu rapat dengan semua ahli kelas. seperti kelas ini. friendship is what we call, magic!  - - - - - - - - - - - - - - - dari Stesen Universiti, ke Sunway Pyramid. sebuah Land Rover, Myvi dan Kancil. kami bertujuh belas bergerak ke Sunway Pyramid, plan makan di Flaming Steambot. dan kemudian meneruskan destinasi ke I-City. dari jam 5 petang. hinggalah ke 3pagi. begitu berjam-jam. tetapi masa seperti pantas berlalu. dah habis pun episod jalan-jalan, makan-makan, bergambar dan bergelak ketawa. pasti aku akan rindukan kamu semua. best buddies!  sekarang dah tiba minggu study week, mungkin IPT lain dah mula exam pun. U kami