Posts

Showing posts from October, 2010

beras menjadi bubur

sejujurnya, ini kali pertama aku masak bubur secara sendirian. biasanya kalau makan bubur nasi. dah tentunya adalah dari air tangan emak. atau dari Mekdi. kes semalam. langsung tak menjamah apa-apa kecuali semangkuk mee maggi tomyam. tidak lah lapar, tetapi tidak bertenaga. kat dalam kepala cuma nak makan bubur ayam. mulanya ingat nak call delivery je. tapi delivery mekdi pesan bubur?. malu je dengan abang delivery tu nanti. mesti akan gelak kat aku. setakat bubur baik masak sendiri. Heh. ok. jam 2 pagi. mengeluarkan ayam dari peti sejuk. sesi memasak bermula setengah jam kemudian. dalam pada dah mamai, tersukat beras dengan banyak. macam nak masak nasik. padahal nak masak bubur. sukat 1 cawan beras. Aaaa. apabila beras itu sudah bergenang sebati bersama air rebusan ayam. tiba-tiba aku terkesima. ni awatla beras secupak sudah menjadi segantang. apakan daya, sudah tersalah sukat dari awal. nasik ini menjadi bubur dengan susah payah aku. sebab asyik kena tambah air. bila tambah air, k

pendirian aku

setiap kita, walau tak punya banyak harta. walau hanya sederhana rupa. kita semua sekurang-kurangnya harus punya teguh pendirian. jangan jadi seperti butiran pasir di tepi pantai. sekali air bah, sekali pantai berubah. teguh atau tidak pendirian itu, tak penting untuk orang lain tahu. selagi kita berpegang padanya. maka ia akan jadi nilai pada diri kita. dan nilai itu. kita tahu. dan Allah Maha Tahu. pendirian masing-masing tak sama. sebagai contoh, ada orang berpegang teguh dalam diri bahawa dia tidak akan pernah masuk panggung wayang. ada orang lain pula meletakkan diri dia supaya tidak akan sesekali bercakap bohong untuk kepentingan peribadi. yes. apa jua pendirian yang kita pegang kemas dalam hidup kita tidak akan sama. tak perlu ukur pendirian siapa yang lebih baik. dan tak perlu perlekehkan pendirian orang lain. show respect. si polan ini boikot Mekdi. si polan itu boikot Starbucks. itu semua mungkin pendirian mereka masing-masing. bagaimana pendirian anda?.terpulang masing-ma

bloggers: when people started loving you..

*entry ini agak panjang. sila baca secara menyeluruh untuk pemahaman yang jitu. suka kiranya penulis kasi tau awal-wal. bahawa entry ini mungkin 'terkena' kepada mana-mana pihak. tapi tidak akan ada sebarang nama yang akan digunapakai demi kemaslahatan bersama. penulisan ini. tiada menyebelahi sesiapa. peace no war! -yang namanya blogger- *tak ada syarat untuk bergelar seorang blogger. hari ini anda sign up kat Blogger (blogspot). hari ini jugak anda boleh terus post entry. hari ini jugak anda boleh promote url blog, dan hari ini jugak anda akan mempunyai pembaca. dan mungkin esok anda akan mempunyai follower. dan mungkin minggu depan anda dah boleh sign up Nuffnang. really tak susah pun. tak ada syarat bahwa anda mesti post entry sehari lima kali. tak ada syarat bahwa anda mesti letak gambar wajah sebenar atau gambar Maria Ozawa sekalipun. benar-benar suka hati anda.  *kini anda seorang blogger. penulisan bagus maka ramai yang suka. ramai yang follow. ramai yang admire. ra

jalan-jalan makan-makan near Bangsar South.

Image
ini cerita khamis lepas. walaupun macam dah basi sikit sebab lambat update, namun. terimalah ini apa adanya. entry bergambar. saat makan-makan. saat jalan-jalan. saat sama-sama kita mencipta kenangan. akan datang bila kita semua dah bawa haluan masing-masing. jangan lupa. memori itu ada. kita sematkan di hati masing-masing. dan kalau ada rindu. tataplah entry ini. kamu semua. benar-benar kawan kesayangan. sayang ketat-ketat! zati, yatie n izzah. penulis, zahidah dan hasni. mungkin ini nama kedai makannya. Dangau Andalucia. minum-minuman. jus tembikai dia sodap! makan-makanan. tomyam campur, kailan ikan masin, kerang bakar dan kerabu mangga, nasi putih sorang sepinggan. ais-ais kacang aiskrim keladi. ais-ais kacang aiskrim kopi. kedai makan bertentangan dengan old town white coffee n secret recipe. bergambar dengan cover malu. sebab ini depan traffic light. mereka tunggu lampu hijau sambil ushar kami. :p kami tetap posing maut muka tak m

entry ini biasa-biasa saja.

salam sejahtera. moga semua sihat-sihat belaka. hari ni, dan semenjak beberapa hari aku tak berapa sihat sangat. demam datang dan pergi, badan kejap rasa sejuk kejap rasa panas. ada selsema, ada batuk. sakit tekak. sakit pinggang. cepat keletihan. ops! ini bukan sejenis keluhan. ini cuma penceritaan. sebenarnya aku tertanya-tanya jugak. apa kena dengan aku. pembawaan budak barangkali . oh. aku tau. ini mungkin sebab cuaca KL yang panas agaknya. kat dalam kelas orang lain pun ada batuk-batuk n selsema. bukan aku seorang saja yang dilanda sakit. dan bila tak sihat sangat. semua perkara kelihatan tak menarik. nak fokus study pun rasa tak tertarik. eh, pernah ke benar-benar fokus study?.  cop. itu bukan alasan. rasanya fokus belajar memang tak pernah ada sejak masuk U. adik-adik semua jangan contohi ya. dah masuk U belajarlah untuk fokus belajar. jangan jadi macam saya. ~nasihat ini ikhlas~. ok. selsema ini sudah mula menyakitkan kepala. sabar. tentang cinta hati yang satu. eh. seben

kerana takdir itu, bukan dalam genggaman kita.

aku: salam, wei. lama dah tak jumpa ko. sorry la raya hari tu handphone shutdown terus takleh idopkan. ija: aaaa. ok. takpe. kitorang aritu ada raya sama-sama. nak contact ko tak dapat. aku: itulah kan. ruginya. takpela next time ada masa jumpa lagi. weh ko apa cerita sekarang? dah dapat kerja lom? ija: sedang mencari. sementara masih duk kat umah je ni tanam anggur tapi belum berbuah. aku: haha. wei. mr.A apa citer? ija: hah. si gila tu. jangan tanya. mungkin dia tengah bahagia ngan minah gila. aku: aaaaaaaa. apa dah jadi ni, siapa pulak yang gila? ija: ko klik kat link aku bagi tu. tengok sendiri. aku: uhuk! benarkah ini. dia dah ada gf baru eh. wah. bergambar mesra lagi. sejak kapankah ini? ija: mungkin dah lama. tanpa pengetahuan aku. aku: jadinya korang dah break la ek? ija: apa lagi nak dikata. macam yang kau tengoklah. aku: sobs!. sobs!. apahal aku rasa sedih lak. sayangnya. dah lama kan korang.... ija: itulah. mulanya aku banjir gak. menangis s

review film:-Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Image
ok. cerita yang dijayakan oleh Lan Pet-Pet dan Cat Farish ni aku tengok kat MidValley malam jumaat hari tuh. jam 9.30malam. duration dalam 1jam 20 minit. aku tengok dengan seorang rakan blog. siapa dia tak payah lah cerita. buang masa tau jaga tepi kain orang banyak sangat nih. huahuahua! sebenarnya tengok cerita ni dengan harapan dapat redakan stress belajar. rehat jap dari belenggu assignment n lab report yang ntah apa-apa. sebab tu lah pilih cerita yang kelakar dan santai. sebab kalau ikutkan, mana nak tengok sangat cerita local nih. buang duit tau 10ringgit duduk sejam 20minit je mana berbaloi. eh, tapi kali ini orang belanja yahoo. save duit aku. ok. shaheizy Sam tak ada. huh. hilang sikit mood pada mulanya. tapi tak apalah. layan jela. cerita ni sungguh kelakar pada 40 minit pertama. memang berdekah-dekah ketawa sampai nak pecah perut tengok telatah Lan Pet-Pet dan Cat Farish yang berusaha berjumpa macam-macam bomoh demi membuang badi hantu dalam badan mereka, yes. Mustika l

pengalaman anak Johor dapat minum bersama football player Kelate.

Image
semua pun dah cerita pendapat masing-masing tentang perlawanan semalam. macam-macam pandangan yang aku baca. walaupun kebanyakkannya dari mereka yang tak jejak pun stadium semalam. errm. patutnya yang tak pergi sendiri jangan main hentam je bagi pendapat. tak elok memandai-mandai dengan hanya bersumberkan dengar-dengar dari mulut orang.  entry kali ini taknak sentuh sangat bab gaduh mahupun bab kematian. walaupun sebenarnya aku tau banyak tentang kisah yang sebenar-benarnya. cuma malas aku nak cerita. yang pasti, kisah kat media memang tak boleh pakai -jangan percaya cerita media. banyak auta.-  ok. semalam aku pergi dengan housemate aku orang kelantan. kakak dia yang drive. kami dapat seat yang agak hadapan jugak. thanks to kazen housemate aku yang reserve kan tempat untuk kami bertiga. punya semangat aku malam tadi. turun pakai baju merah. haha. baju gathering Bloggers Times Square tu la. seswai sangat sebab baju tu kaler merah ada line putih sikit-sikit. dengan Shida. seb

relationships are nothing but a nuisance!

Guys/girls are troubles, love is frustrating, and relationships are nothing but a nuisance. How many of you agree with me on that? Raise your hand. I presume most, if not all, people would throw their hands up in the air to this question. She loves him, he loves her friend, but her friend loves another. It’s an on-going cycle. And even when we agree on the point above, we will still fall into the love trap, again and again and again and again. Think about it, we have spent the early part of our puberty worrying about puppy love, teenage life suffering in one sided love, young adulthood playing with love, late 20’s searching for true love and the rest of our lives committing suicide to what we naively thought was true love during our 20’s. We love LOVE. It’s a love-hate relationship. Even we hate love, we can’t seem to get away from it, cause we still love to LOVE. We love falling in love, building love, making love, fight for love, repairing love, and eventually learn to fall ou

bakal ada anak angkat..

hari ni terlihat baby comel dalam gambar. comelnya dia.. baby boy. tapi sayangnya dia tak punya ayah. dan hanya punya emak yang masih bersekolah. aku dah mintak dah kat ayah angkat baby ni. nak tengok sendiri. nak jumpa budak ni depan mata, InsyaAllah weekend nih. bila memikirkan. betapa ramainya bayi yang senasib seperti ini. boleh buatkan aku sebak macam nak nangis banyak-banyak. betapa bersyukurnya aku punya emak, abah, adik-beradik dan sebuah  famili yang sempurna. yang sayang aku dengan tidak berbelah bahagi. hidup ini adalah tentang membuat pilihan jawapan. kita berharap agar jawapan kita itu adalah tepat. supaya natijah yang kita dapat adalah terbaik buat kita. dan pilihan paling tepat saat ini, adalah memikirkan tentang keluarga sebagai prioriti lebih dari yang lain-lain. InsyaAllah. semua akan baik-baik saja. Amin

Nuffnang pun setuju dengan background biru. Hahah!

Image
sebelum ni bila dah metered earning untuk Nokia E5. memang ingatkan nak rehat-rehat tak perlu nak update blog everyday. tak update sehari visitors jatuh jadik 50 UV je. tup-tup! esoknya Nuffnang masih lagi bermurah hati bagi Buffered Earning seterusnya juga dari Nokia. agaknya macam nak naikkan semangat aku supaya terus tegar berblog, dan kali ni macam lebih istimewa sebab iklan Nokia X3 ni begitu sedondon dengan background color blog nih. tak sia-sia tukar template baru. dapat pulak B.E baru yang sama color. cun kan? TQ nuffnang! 10/10/'10. dan sibuk semua orang pun memperkatakan tentang tarikh hari ini yang begitu istimewa. baiklah. memang istimewa. bukan hanya kerana Dr.Angkasawan kita berkahwin. tapi banyak orang pun ada hati tuk menjadikan tarikh ini istimewa dengan pelbagai cara. ada yang jadikan tarikh ni tarikh create page, tarikh 1st time bagi anak makan nasik dan sebagainya. tak apa. terpulang anda lah. asalkan anda semua bahagia.  dan hari ini. 1st time juga En.Sasuk

Nasi Goreng Miss Sakura.

Image
hi all. sebenarnya hari ini hari sibuk. sibuk menyiapkan kerja sekolah yang bertangguh n pulun siapkan dia last minute sebab due date hantar report tiba-tiba diawalkan. sambil buat kerja sekolah, sambil menghadap Facebook. sebab taknak ikut teladan En.Sasuke yang tak ada akaun Facebook. report jadi tak siap-siap. padan muka aku. errr, untuk pengetahuan, ini bukan blog pelajar cemerlang. pelajar cemerlang bukan blogger ini. tapi mudah-mudahan ini adalah blog kekasih cemerlang. *muntah! dah lama sebenarnya tak ambik port mengasapkan dapur. tak boleh macam tu. perempuan kena masuk dapur memasak. <- fikiran tipikal orang kita. padahal lelaki ke perempuan kena sama-sama boleh memasak. sebabnya kelak nanti kalau pasangan anda sakit dia mesti nak rasa air tangan anda. baru boleh sembuh cepat. ok. nampak tak. tips dari kekasih cemerlang dah muncul. *tetiba! ok. jangan terpedaya lalu terpercaya. sebab fakta yang betul ialah. acara memasak sememangnya tiada kaitan langsung dengan kekasih

I heart You. Farid Kamil.

Image
my love:- Farid Kamil. ini entry santai je. saja release penat setelah 13 jam bekerja pada hari Jumaat. memang letih tapi puas hati. mungkin puas hati sebab berharapan apabila bekerja keras maka dapatlah membakar lemak-lemak degil. tambahan pula malamnya tak makan berat. cuma makan jemput-jemput bilis air tangan housemate baru. Khamdiah. nak harap aku masak memang ke laut lah. moga harapan menjadi kenyataan. nak kurangkan 1-2kg sebelum berakhirnya tahun ini. :p oklah. kembali pada tajuk. sebenarnya nak dijadikan cerita. aku dah minat kat mamat ni sejak zaman sekolah lagi. masa tu dia hanya pegang watak pelakon tambahan dalam cerita apa tu. yang ada Khai AF dengan Zarina AF berlakon kat UM tu. walaupun masa tu tak bajet langsung mamat ni akan terus berlakon lebih banyak filem. ingatkan hanya akan kekal sebagai watak sampingan je. tapi sampai kini. banyak pegang antara hero jugak. tak semestinya filem romantis macam Lagenda Budak Setan. tapi citer-citer yang aksi. aku paling suka

teringin..

Image
hari ni nak rasa happy. sebab bila datang hari khamis. itu bermakna esoknya adalah hari Jumaat. walaupun Jumaat adalah harinya aku akan bekerja secara extremely busy di KL Central. itu adalah apa yang aku mahu. sebab dah lama dah tak bekerja berpenat-penat seharian. lemak degil sudah mula muncul dimana-mana. mari kita salahkan nafsu makan. nafsu makan sungguh jahatlah! lama dah tak pegi pantai. last time pergi pantai adalah pada Raya Haji tahun lepas. Family Day staf ofis abah, buat kat Pantai Klebang Melaka. sebenarnya aku bukanlah suka acara mandi pantai sebab aku benci sunburn dan masin air laut. aku cuma sukakan bunyi ombak menderu memukul pantai. serta angin malamnya yang begitu sejuk. boleh buat aku lupakan segala masalah.    Mr.S demam sejak semalam. kesiannya kat dia. get well soon ya my fren. En.Sasuke pulak ada exam hari ni. wish you all the best dear. aku memang cukup sihat hari ini. tapi aku selalu mengantuk macam tak boleh blah punya mengantuk. Haishhh!

entry khas:- behind the story of En.Sasuke.

Image
hari ini. diterjah dengan soalan-soalan peminat tak henti-henti. sama ada dari rakan kampus mahupun rakan blog. antara soalan-soalan anda..:- "siapa dia ehem-ehem?.. " siapa..?.budak UM ke?.. Blogger ke?...". "korang dah declare ke?.. "bila?.. ok. anda yang begitu excited. buat aku senyum ja. kelakar la korang nih. hahaha!..demi menjawab soalan anda. sila baca entry ini hingga tamat. # ciri-ciri En.Sasuke saya adalah:- - dia bukan student UM. - bukan juga Johorian. - bukan lahir tahun 1987. - bukan di kalangan blogger-blogger. - tak ada memiliki akaun Facebook. # macam mana kenal? -yang ini masih belum boleh reveal lagi, remain secret. sebab cara kami kenal adalah begitu bermakna sekali. (poyo je kan. tapi pedulilah). this is my decision. to keep it secret. untill when belum tau lagi. dan kepada rakan terdekat yang dah tau. tolong simpan ia kemas-kemas ya.  # macam mana boleh suka ? - pernah sangka akan datangnya rasa suka. tapi sel

my dream..

Image
antara entry aku dalam blog yang satu lagi. blog ni tak ramai yang tau. mungkin ada antara kalian yang tau. tapi aku memang taknak sebarang orang membacanya. actually entry ni ditulis pada 21 September 2010. dan 10 hari selepas tarikh ni. I met him. tengah makan-makan kat Menara Tinjau tu. tengah bertukar-tukar cerita suddenly he told me..that he loves to travel... dalam hati aku kata. " kebetulan lagi kah ? .  memang banyak tentang dia yang aku taktau. sebab jarang gila contact. then bila jumpa macam tu baru tau satu-satu tentang dia. selain minat memanah, ini antara kebetulan-kebetulan yang ter'reveal' malam tersebut.  and this is my dream. travel together. p/s: sebab semuanya masih baru, maka tapi aku tak boleh yakin sangat. anggap ini adalah satu bentuk ujianNya untuk aku. 

open house at Kajang.

Image
ini cerita semalam. bersama member sebiotek sekali lagi. menghadiri open house di Kajang pula. rumah junior lelaki. kali ini. haruslah menaiki Komuter dari KL Central. cuma kurangnya pada kali ini. Ros tidak bersama kami. dan bagaimanapun. kami tetap ceria. ceria beraya. ceria bergambar. bukan ceria bercinta. haha. you all memang excited eh kalau bercerita tentang bunga-bunga cinta. padahal baru di tahap dedaunan je nih.  dikelilingi kawan-kawan yang manis. err. kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 12.20 tengah hari.  ok. kami dah sampai kira-kira jam 1.40petang. dan ini sesi makan buah langsat. manis.manis! Hasni dan Zati yang di tepi sekali berbaju hijau tu. ehem-ehem tuan rumah .  ambik gambar ni masa dah nak balik. haha. lupa ambik gambar makanan. tapi menu semalam adalah sate ayam. laksa penang, dan spagheti bolognaise. dan aku makan kesemua menu. makan puas-puas. sebab You kata I tak gemuk. Hahaha! :p yang jejaka. tuan rumah yang belakang sekali. Ha

I selesa dengan You.

I know, u will read this. thanks untuk semuanya semalam. maaf sebab banyak bersusah. at least. you dapat tunaikan janji nak belanja I makan rite? Oh ya. dah berapa lama u berjanji.? mungkin dalam 3 bulan lepas. sebabkan memang u sibuk. sesi penangguhan demi penangguhan dimaafkan. ermm. I just love workaholic people. errr, tapi Grilled Chicken semalam tu memang sedap..! Mocha with Choclate Chip tu pun. Thank You so much. I dah ceritakan pada you hampir kesemuanya yang you nak tau. malah my experience last year yang hampir sama dengan situasi semalam juga. sekalipun situasinya sama. perasaanya adalah berbeza. I dah bagitau you apa bezanya kan? cuma Ais Batu Campur je tak ada. haha! what more can I say.? sememangnya I tak boleh komen lebih-lebih. what you can expect in just 3hours dating. komen terbaik adalah. I cukup selesa dengan you. errr, one day boleh tak bawak I pergi memanah kat Sunway Pyramid tu?. dulu bape kali I ke sana. I teringin nak memanah kat situ tapi sebab I was a

blog berwajah baru.

short update sebelum pergi kerja. just nak kasi lihat kepada anda sedikit perubahan blog ini. ada yang di tolak tambah selari dengan kematangan penulis dan pembaca. ewahhh!.. perubahan ini dilakukan lewat malam tadi. ambil masa kurang dari 2 jam jugak. memang hasilnya sebenarnya di tahap biasa-biasa saja. tapi asalkan kita berpuas hati dah ok la kan. antara perubahannya:- # blog berwarna biru. (tema puteri biru Opss!) # shoutbox sudah kembali. (sila-sila jangan malu tinggal jejak) # formspring me sudah kembali. (boleh tanya apa saja. jangan tanya soalan kimia eh) # sudah ada FB like button. (sudi-sudilah Like banyak-banyak eh) # sudah ada recent comments. (jangan malu-malu leave komen) # sudah ada popular posts (boleh tengok entry paling popular phewitt) # ada poll. (jawab jangan tak jawab) rasanya tak ada pun widget yang menserabutkan anda. sebab dah cuba diatur dengan baik sekali. maka dengan itu diharap anda menyukai suasana baru pemandangan baru blog ini. terima kasih

How hurt can a heart hurt?

Image
How deep…. can a heart hurt? the most painful experience, is to see the love of your life, falling in love with the person you trust the most.. So painful till you want to hurt yourself, to divert that pain to something more physical. To work till you fall ill. To intoxicate yourself until reality detaches itself from you. To run away so to avoid facing the truth. To cut yourself because it hurts so much on the inside you rather it hurts on the outside. You close your eyes, and hope you will never need to wake up tomorrow, and forever live in your dream. but nothing changes in dreams.. Broken hearts are never healed. They haunt us for a lifetime even if we find someone else. Our past teaches us lessons that make us more aware and more human. p/s:The stupidest mistake in life is thinking the one who hurt you the most, won't hurt you again..