Thursday, September 30, 2010

paling tinggi setakat ini


sandal yang paling tinggi setakat hayat ini. sebenarnya aku tak suka sangat pakai yang tinggi, tak leh nak jalan lama. sudahlah aku ni jenis suka jalan sampai seharian.


padahal sebenarnya aku nak post entry pasal lain. tapi itu topik memerlukan kupasan yang panjang lebar lagi bermaklumat. oleh sebab aku tak berapa nak senang atau lebih tepat lagi, macam terasa malas. maka. ini lah yang jadi.. entry rambang. bebel-bebel.

patutnya esok hari aku present assignment, tapi lecturer menangguhkannya untuk memberi laluan kami study untuk test next Tuesday. bila ia ditangguh, itu yang jadinya hari ni aku macam melepak je.  assignment tersebut macam dah 80% siap. cuma kena topup sket-sket. cadangnya nak setelkan esok. atau lusa. InsyaAllah masih sempat.

dan sepatutnya juga aku pindah rumah Ahad ni, tapi rumah baru kami tu elektrik belum ada. adei, tak paham la tuan rumah aku ni, hari tu bukan main suruh kami pindah, tiap-tiap pagi ketuk pintu umah aku cakap pasal kena pindah. then bila kami nak pindah rumah pulak tak setel lagi. kalau dia setelkan rumah tu awal-awal kan senang. bikin panas betul la. bukannya apa, makin tangguh makin susah kami nak arrange benda lain. tau jelah, minggu-minggu terakhir ni, banyak benda nak setel, lab report, presentation, test, aku cuma taknak acara pindah rumah tu menganggu life aku, ingat pindah rumah ni tak penat ke. seminggu pun belum tentu hilang penat.

tengah-tengah menaip ni, tangan duk raba kulit muka yang ada tanda-tanda nak munculnya jerawat, haaa. yang ni pun tak kurang annoying jugak nih. 





aku memang tak tinggi.



nampaknya jodoh aku untuk bekerja kat Swiss Oven ni makin panjang. belum decide nak berhenti, atau dengan kata lain, mungkin tidak berhenti sehinggalah benar-benar mendapat kerja lain yang lebih berbaloi. berbaloi itu bukan hanya refer pada gaji. tapi pada semuanya. termasuk tahap fleksibelnya masa untuk pekerjaan tu. aku suka kerja kat sini, sebab ianya ikut jadual aku. sebabkan bawah title part time, aku boleh bercuti tanpa gaji bila-bila masa. termasuk lah bila aku busy dengan assignment mahupun test.

sebenarnya aku dah jatuh hati dalam sektor F & B ni. aku anggap ini ilmu dan pengalaman yang berharga. walau kadangkala ada pahit manisnya. just kena ingat. semua bidang kerja ada stress dia. memang bukan mudah nak cari rezeki yang halal. dan bukan mudah nak usaha di jalan yang benar. bukan ke ramai orang boleh buat duit, tapi berapa ramai yang duitnya dari sumber yang halal? Log In Fb dapat RM100?..Infinity Downline klik-klik dapat duit? jangan berkhayal please..!

oklah. dah lewat ni, aku ada kelas esok pagi. Nite All..=))

Tuesday, September 28, 2010

Lelaki Sejati....?








" ayang tak kira, walau macam manapun ayang nak jugak kat abang. "

" tapi I dah tak ada hati kat You."


" abang bohong! ni sebab mak abang kan? kenapa abang buat ayang macam ni. dah 3 tahun dah kita bersama"

" boleh tak kalau kita tak ungkit lagi kisah 3 tahun tu, kita sekarang cakap pasal sekarang... I dah buat keputusan. kita tamatkan semuanya, kalau kita teruskan pun tak ada gunanya. I dah tak ada hati kat You lagi. "


" tolonglah abang. tak apa kalau abang tak sukakan ayang lagi. ayang tak kisah. ayang cuma nak hidup dengan abang je.. tolong jangan tinggalkan ayang...."

" You nak ke I kawen dengan You, tapi I tak cintakan You?.. You rela makan hati kalau kelak I tak pedulikan You. malah tak ambik tahu perasaan You?.."


" ayang tak percaya..! abang cakap macam ni sebab mak abang dah ada calon lain untuk abang kan?.."

" tolong jangan sebut pasal my mom boleh?. hal percintaan kita ni tak ada kaitan langsung dengan Mama mahupun calon lain atau apa. the only reason is.... I dah tak suka You lagi. You tak faham-faham ke?!.."


dan terus berlalu pergi...

-----------------------------------------------------------------------------------------









' maafkan abang sayang. sekalipun abang sangat menyayangimu. namun abang hanya punya satu-satunya kasih seorang ibu yang tiada galang ganti '




p/s: ini bukan cerita tentang penulis.

Monday, September 27, 2010

kisah lucu di kaunter pembayaran


kisah ni berlaku minggu lalu. masa aku keluar tengok wayang dengan Yati, aku pun ada singgah Carrefour kat MidValley tuh. ada la beli barang makanan sket. then masa kami nak buat pembayaran kat kaunter dia tu, macam ramai la gak customer lain. maka kami mestilah kena beratur kan. tiba-tiba tengah kami beratur tu, ada sorang minah gemuk ni (chinese), selamba badak je dia memotong barisan dan tanpa ragu-ragu mendahului kami.

cis! orang lain semua penat-penat ambik barisan, kau sedap-sedap je bermuka tembok potong barisan. mentang-mentang la badan kau besar kau ingat kami takut ke, (errr, ni berbunyi secara bisik-bisik dengan Yati). sebabkan lama je beratur. kami pun panas je tengok muka minah ni. tak sudah kami membisik, "eei, tak malu la minah ni. dah biasa buat agaknya.mentang-mentang nak bayar 1 barang je. agak-agakla n bla.bla.bla... terus bisik-bisik tanda tak puas hati.

pempuan tu pun macam ada pandang ke arah kami, tapi muka dia terus pamer rasa tak bersalah. Ewah-ewahhh! cantiknya perangai..!!

then tiba-tiba, masa customer lelaki kat depan minah ni bayar barang dia yang sebakul tu, dia pun letak barang dia yang satu tu sekali. Eh! aku dan Yati berpandangan sesama sendiri. alamak! malunya. malunya..! rupanya minah ni girlfriend pak arab kat depan dia la. laaa. apasal dari tadi duk jauh je. apasal dari tadi tak letak barang dia yang satu tu dalam bakul laki tu. apasal dari tadi depa dua takde bercakap satu sama lain. apasal minah cina ni bercinta ngan pak arab? mana la kami nak tau.kan kami dah tersalah paham.

walaupun kami tau yang kami tersalah paham. tapi kami tetap gelak-gelak. gelakkan perangai kami berdua yang tak senonoh ni. haa. itulah. kan dah malu. Yati plak boleh cakap sambil-sambil. "Oh, bf rupanya, sorila sampai tersalah paham..".. wakaka!! aku plak tak habis-habis nak gelak. apasal la kelakar sangat aku rasa. penat aku bebel ngan Yati tak puas hati dari tadi. Cis!

mungkin minah tu sengaja pada awalnya duk jauh-jauh ngan bf dia demi mengenakan kami. haaa. itulah yang ada dalam fikiran aku. sebab biasanya kalau couple. mesti akan mengendeng-ngendeng melekat kat pakwe dia kan. lagipun sorang chinese sorang cam pak arab. mana tak kami ingat mereka tiada kaitan. wahahah!.. gelak lagi bila teringat kisah lucu nih. Lol..




Yati, rakan sejawat. tapi dia nak resign dah.


lain kali aku taknak serkap jarang lagi kalau ada sesapa potong barisan time nak bayar. sebab dah termalu dengan kejadian ini. nasib baik juga kami cuma bisik-bisik. cuba kalau aku terus sound dia. tak ke ia lebih memalukan lagi? kahkah!!




Saturday, September 25, 2010

cerita bergambar:- menghadiri rumah terbuka di Ampang..



hari ini hari raya. eh. silap. hari ini hari beraya. atau lebih tepat lagi. hari makan sedunia. sebab ini lah satu-satunya peluang untuk kami sama-sama menghadiri rumah terbuka seorang rakan/junior course kami. Cik Dalilah. jadi akan ada banyak gambar. mungkin ini yang terakhir kami beraya bersama dengan title student, tahun depan mungkin beraya bersama suami masing-masing. Opsss!

bertolak dari Stesen Universiti jam 11.30 pagi. masa itu cuaca masih elok. tetapi sampai saja di rumah Dalilah hampir 12.45 tengah hari. Hujan menderu turun dari langit. elok sangatlah tu. sampai pun terus boleh menjamu selera. kebetulan kami memang sangat lapar. tenaga dah jadi zero sebab bangun pukul 4 pagi memasak bihun goreng untuk 85 polisterin. masak 4 round. 1 round guna dua kuali. coz kami takde kuali besau. 




ini untuk Biotech Club UM. ada karnival kat Pusat Sains Negara. our junior mintak tolong masakkan. n  macam tak sampai hati untuk say No. lagipun inilah last chance nak berbakti pada adik-adik kan. sedap ke tak. tak pasti sangat sebab kami pun tak makan. dapat masak cukup-cukup je. yang penting memasaknya dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. haha. serius.




seterusnya gambar raya, mesti ada muka penulis baru dikira adil. haha. ini dia, Puteri Biru dan Ros Merah.ermm. imbau balik. sebenarnya kami pernah beraya rumah Dalilah raya tahun lepas, cerita dan gambar ada di entry INI, setahun sudah. kalau dulu rumah dia sedang dalam renovation, kali ini rumah dia dah cantik dah. hehe




Zahidah. and Ros again?




masih background yang sama. Jihan, n Ros.





Zati dan Ros. ha.. Ros dimana-mana.




cik Hasni dan .. ya. Ros lagi..



minah nama Ros ni nak bergambar dengan semua orang.  I thinks she's photogenic..




 dan kami bertujuh, bergambar di Lrt Masjid Jamek to Ampang.




Ros, orang pertama cop seat di meja makan. haha





menu bihun soto ayam, angel hair with chicken curry. lemang with rendang n pulut kuning. 





my main menu. sedap tau mama Dalilah masak. hehe! nak tambah tapi segan. ekeke






zati




Ros selaku yang paling akhir meninggalkan meja makan. dan Dalilah (tuan rumah..)





sesi makan kuih raya atau sesi bergambar?





muka dia saja in my camera. maaf eh. tapi tangga ni cantik. hehe





and  last pic, sahabat seBiotek UM yang hadir. 3 lelaki di belakang tu sampai lewat sebab sesat entah ke mana-mana. siann. :p



besar betul rumah Dalilah ni. selesa sangat untuk open house raya. nanti one day aku ada rumah sendiri, memang akan buat acara makan-makan. ajak kawan-kawan datang. mungkin kawan skola, mungkin kawan kampus. mungkin kawan blog. haha. maybe next year bakal terkabul kowt, mana tau?.


seperti tahun lepas. kami tetap juga dapat duit raya dari mama Dalilah. tenkiu banyak-banyak ya Dalilah. err. tilam kat bilik Dal tu empuk betul. memang lena tidur. take a nap sampai 50 minit kowt tadi. haha. oklah. Selamat Hari Raya, kem salam Pak Long yang friendly tu eh. hehe


p/s: esok adalah hari kerja, ayuh jangan masam muka. :p




Friday, September 24, 2010

love like this..




Sometimes love is paining you. but it wont kill you.  you'll be just fine.



lately, hidup aku macam begitu sibuk. a lot of things to do. nak packing barang nak pindah rumah Sabtu depan. nak prepare untuk presentation Environment Biotech next Thursday. petang ini masuk kerja. malamnya pulak kena siap-siap untuk gorong royong memasak bihun goreng untuk 80 orang. haa. bakal bersilat dengan 5 lagi rakan satu course yang lain, tentang ini. aku bakal bercerita lebih detail dengan gambar next time. esok. nak menghadiri rumah terbuka rakan di Ampang.

dengan masa yang tak cukup-cukup ni. boleh lagi fikiran aku melayang kepada benda-benda remeh macam soal cinta. ini mungkin sebab lately kerap baca alkisah cinta orang lain. eii. meracuni fikiran gak ya. kalau nak ikutkan. aku kena insaf dari fikirkan benda-benda remeh camnih. banyak benda nak kena fokus terutama bila nak masuk bulan Oktober nih. semester dah nak berakhir. have to work hard. Chaiyok2!. 





Thursday, September 23, 2010

alkisah menghadapi stranger jalanan yang menagih simpati..

salam sejahtera semua.

entry kali ini, kita nak kasi cerita yang panjang. sebuah pengalaman yang mungkin boleh jadi pedoman. ok. sila baca sehingga tamat. kalau tak akan mengalami kesukaran penghadaman pemahaman. ok. baca elok-elok.

sebelum bercerita. nak tanya la. pernah kah anda sewaktu sedang ke mana-mana. berjalan-jalan di tempat pengangkutan awam selalunya. tetiba ada seseorang yang tidak dikenali cuba menghampiri anda. dan kemudian dia mula bercerita akan 'nasibnya'.

ok. ini cerita Isnin lepas. tengah duduk-duduk. aku didatangi oleh seorang lelaki. macam lebih kurang baya aku. tapi dia panggil aku kakak. dia sehelai sepinggang je. takde bawak beg ke apa.. di tangannya tergenggam tiket LRT. ya. masa itu aku sedang menunggu LRT dari KL Central ke Stesen Universiti. mula-mula dia tanya "Dari sini boleh pergi UIA PJ ke?", aku cakap. mana ada lrt direct ke sana. kalau turun stesen U boleh la ambik bas ke sana.  

then dia kata, dia bukan orang sini. dia dari Terengganu. dia taktau langsung pasal jalan KL nih. dia datang KL ni nak jumpa kawan. tapi tak ada contact number kawan tu. (kat sini dah tak logik dah. takkan dia bahlul sangat nak turun jumpa kawan jauh-jauh tapi tak ada contact number). so aku plak tanya dia. tiket dia pegang tu turun mana. dia mulanya mengelak untuk jawab dengan mengatakan mana dia punya destinasi tiket tu tak penting. kononnya masalah dia lagi penting. Eh?

lepas tu dia cakap. "saya tau kalau saya cakap bukan senang orang nak percaya cakap saya. yela bukannnya kenal pun." dalam hati aku. 'haaa. kalau kau tau tu memang dah bagus sangat lah tu.'

dipendekkan cerita. aku tanya dia direct. "ok sekarang ni u nak apa sebenarnya. boleh terus terang tak?"

(aku memang tak suka orang berbasa-basi cipta cerita sedih bagai, apa lagi kalau cerita sedih tu tak logik. memang buang masa aku je..kau tak kena maki dah untung sangat dah)

dia kata. macam nilah, saya ni 1 sen pun tak ada sekarang nih. (aku dah agak dah!). saya tau kalau saya nak mintak tolong mintak tambang ke Terengganu tu mustahil la ada yang nak bagi.. (haaaaaa. kau ingat tambang pi Terengganu tu 40sen?). jadi ingatnya saya nak mintak dalam belasan ringgit. dapat lepas saya ke Sabak Bernam pun jadilah.

(tadi kau kata nak jumpa kawan kat UIA. ini skang citer Sabak Bernam pulak. ko ni buat kelakar ke apa).

"Sabak Bernam tempat siapa plak you nak pegi?". 

" tempat makcik saya "

" oh. you ada makcik kat sini, then nape tak call je dia mintak tolong dia terus la kan senang..

" saya tak ada number dia, ini saya nak cuba-cubalah carik dia..

(hah. ini lagi kelakar. kau ingat ini game hide n seek ke apa. kalau Sabak Bernam tu sebesar KL Central ni pun belum tentu kau boleh carik kalau kau takde contact number).

" you takde contact number dia you ingat you boleh cari dia?...

" InsyaAllah kalau kita usaha dapat lah...

(kau tengok, dia boleh keluarkan ayat macam tu. agaknya supaya aku lembut hati dengan perkataan 'InsyaAllah' yang dia guna tu..oklah. senang kata. aku memang tak percaya dengan ceritera yang kau cipta nih. mintak maaf sangat. sungguh tak logik ah cerita simpati kau nih. kurang latihan aku rasa. nak menipu pun training la dulu. aku yang jujur ni lagi terer kowt menipu. huh!).

" orait. macam nilah. dalam masa sekarang ni memang I tak ada duit lebih nak bagi you. ATM card je ada. maybe kalau you jumpa I sebelum tunggu LRT nih boleh kowt I tolong.

(muka aku ni takde nampak ah macam aku tak caya kat dia. aku tetap bagi alasan paling cun punya. dalam hati aku, ermm. tak apalah dik. pasni boleh try 'berlakon' lagi. lakonan you ni tak berkesan kat I.)

" saya tau. memang susah 'orang luar' nak percaya. bukan senang nak cari orang yang boleh tolong kat KL ni kan..saya tau.."


(I dun know la. aku rasa nak hempuk je mamat nih. nasib baik LRT pun sampai. aku naik. tapi dia tak naik pun.dia tak naik tu pun pelik gak. apa agaknya plan dia seterusnya?. meneruskan lakonan lagikah?)

now. Can you see? ketidaklogikan this weird stranger. mana logik kalau memang datang dari Terengganu. konon macam jauh gila. tapi tak ada bawak beg langsung?  nak jumpa kawan. contact number tak ada. nak jumpa makcik. contact number tak ada. kejap UIA, kejap Terengganu, kejap Sabak Bernam. hey. kalau nak tipu pun bagi la cerita logik sket. 

andai kata anda. menganggap aku serkap jarang kata dia menipu. anda memang salah. sebab. aku ni, ada pengalaman 'kehabisan duit' secara tiba-tiba. one day. hp tercicir dalam teksi dari Mid nak ke UM. semua number hilang. esoknya beli hp baru. 500 habis terus duit dalam bank. cukup beli tiket train balik Labis. (balik kat umah  abah la kan bila dah susah camni) malangnya aku ketinggalan keretapi. dalam poket cuma ada 12 ringgit. aku tak kembali ke UM. terus ke Seremban dengan Komuter. 6 ringgit tambang. balance?.6 ringgit.!! bas dari Seremban ke Segamat. 11.80sen.!!

aku tau aku tak punya sesiapa nak mintak tolong. ramai sangat orang kat Terminal 1 Seremban tuh. anda tau? aku sampai berfikir. "patutkah aku mengemis?"

Ya Allah. rasa tak terbantu. tak mungkin aku jadi peminta. tak mungkin!! menggeletar bibir aku bila nak dekati orang nak 'suarakan' simpati. kurang 5.80sen je. tapi. lidah aku tak boleh keluar suara. hati aku kata. Ya Allah. mana mungkin aku jadi peminta. meski aku tau aku tak punya pilihan. 

berjam-jam aku terperangkap kat terminal 1 Seremban tuh. lebih 4 jam. aku hanya termenung. dan berdoa. Ya Allah. bantulah, tunjukkan jalan..

tiba-tiba. aku nampak seorang kenalan UM. aku memang tau dia orang Negeri 9. tapi aku memang tak ada contact number dia. Ya Allah!. aku tau ini dia 'jalan' yang Dia beri. aku terus dapatkan kawan aku tuh. aku cerita kat dia 'nasib malang' aku. aku mintak pinjam duit. dah tentu dia budak UM. mestilah aku boleh pulangkan duit dia kan. maka semuanya setel..! Alhamdulillah..

aku cuma nak cerita. aku ni dah ada pengalaman rasa sendiri bagaimana menjadi 'pelarian' yang tak cukup wang. maka aku tau. sama ada stranger itu benar atau palsu. 

aku tahu aku tak menipu orang. maka aku yakin Allah boleh tolong aku mengenali si penipu. ok mungkin you all nak cakap. tolong jela kalau dia menipu itu hal dia dengan Tuhan. tapi bagi aku. aku tak tolong sebab aku tak nak bagi dia peluang. jadi penipu ni satu je. once dia berjaya menipu. dia akan menipu lagi dan lagi. 


p/s: clap.clap. anda berjaya baca habis! hahah, panjang gila entry nih.

Wednesday, September 22, 2010

menonton Step Up 3, feel dia memang rasa nak menari dalam panggung..


ok. ini dia review sket tentang movie yang aku tonton malam semalam. yes. STEP UP 3. taktau pun kalau sebelum ni ada Step Up 1 or 2. tak kisah la kan. ini sebab ada orang suggestkan aku supaya tengok sendiri filem ni. katanya cerita ni cool dan smart habis. maka aku yang memang nak tengok wayang. terus tak fikir cerita lain. mahu tengok yang ini juga tak kira macam mana.

semalam habis kerja pukul 3.30 petang. walaupun penat dan mengantuk. paginya jam 6.40 dah kena ada kat kedai. semalam adalah hari pertama aku kerja weekdays untuk after raya. dah lama dah tak rasa suasana 'busy gila' kat kedai kami. sebulan puasa b4 ni kurang sikit customer. dan semalam. memang rasa. sampai tak sempat tengok jam langsung. sampai kul 6.40pagi. sekali time tengok jam lagi sekali. eh. dah pukul 11 pagi. Fuh!

balik rumah dulu. pukul 6 petang baru gerak ke MidValley. dengan Yati. sampai sana beli tiket dulu. Step Up 3 yang biasa. bukan 3D. (tak pandai tengok 3D nanti pening kepala, haha sian). RM10 tiket dewasa.  panggung no 11 jam 7malam. ok. dalam pukul 6.30 kami makan KFC. pukul 7 pergi surau kat Jusco Floor 2. relax la kan. iklan kat panggung kan 15 minit. azan je pukul 7.12 minit terus solat maghrib. lepas solat berlari-lari ke tingkat 3. Golden Screen Cinema.

sampai panggung dah pukul 7.22malam. wah. panggung dah gelap gelita. cerita dah mula. tapi pelik. apsal ada dengar orang jerit-jerit plak. bukankah kami cuma nak tonton cerita pasal show dance. tapi kenapa cerita macam seram pulak nih. adakah kami tersalah masuk panggung?

dan demikian memang benar. sebab rasa lain macam. pi tanya orang sebelah. ni panggung no berapa. dia kata ni panggung no 12. cepat-cepat tarik tangan Yati. salahkan Yati sebab dia yang masuk pintu nih. walhal aku memang dah pelik sejak awal lagi. dengan laju-laju kami terus keluar. sampai terpijak kaki seorang lelaki. bhahaha. maaf der. kami budak baru belajar. belajar berlari masuk panggung inilah dia sampai salah masuk. Lol.

kami adalah orang terakhir yang masuk dalam panggung. tapi tak apa. semuanya baru bermula. heeee.


full review:-





STEP UP 3


semuanya adalah demi sebuah pertandingan tarian berkumpulan. diterajui oleh watak hero:- Luke, dan heroin:- Natalie.  Luke, berperanan sebagai ketua kumpulan Pirates bercita-cita menjadikan tarian bukan sekadar persembahan latar. tetapi sebuah penghormatan. menganggap ahli kumpulan tariannya ibarat sebuah 'keluarga'. dan tarian adalah 'makanan' mereka.

konflik bermula apabila Luke dan Julien. yang masing-masing dahulunya adalah kawan baik. tetapi bermusuhan dan masing-masing membina kumpulan baru. dan keduanya berhasrat untuk memenangi Battle Of The Dance. mengahampiri hari pertandingan, Luke dikejutkan dengan berita bahwa Natalie yang selama ini setia bersamanya rupanya adalah adik perempuan Julien. manakala gudang tempat latihan mereka menari akan dilelong kerana tunggakan hutang.

bagaimana mereka boleh terus mara ke pertandingan akhir?. haa. kenalah tonton sendiri ya.




Moose, salah seorang penari yang cool disamping watak bersahaja yang kelakar. sweet






ini adalah video final Battle diorang. cool. and so smart.!!


kepada yang minat tengok tarian yang super duper cool n smart. ini adalah cerita terbaik buat anda. memang tak rugi menontonnya. watak-watak yang cool. funny. olahan drama yang ringan tetapi menarik dan cantik. scene terbaik adalah time menari atas air. smart habisssss! sangat puas hati menontonnya. 8/10 stars.!! over all. cerita ini. sangat comel. Hahahah! tapi antara Luke dan Julien. aku suka Julien. muka jahat yang handsome. wahh. Im melting. ^_^


Sunday, September 19, 2010

ur life partner is ur mirror.?

ehem.ehem. nak cakap pasal cinta boleh? hehe.

macam yang you all tau, aku sekarang kerja part time kat KL Central. tempat  aku kerja ni. kalau tak ramai customer, cam boleh rilex sket. sabtu ahad biasanya tak ramai orang. boleh la cuci mata tengok orang lalu lalang depan kedai aku tu. selalunya yang aku suka nak tengok. adalah couple-couple. sama ada couple tu makan kat kedai kami, atau mungkin mereka masuk kedai kami tapi tak jadi order. haha.

well, bila tengok diorang kan. aku selalu punya pendapat tersendiri. macam tadi. ada couple tu. aku rasa diorang macam cermin. maksudnya. aku tengok si bf tu macam si gf. diorang dua macam sama. saiz yang sama. warna kulit yang sama. senyuman yang sama. Aaaaa. macam lebih dari sekadar sepadan. boleh paham tak maksud aku?

pakcik aku yang baru kawen bulan Julai lepas pun aku rasa macam tu. bila tengok diorang, rasa macam both of them memantulkan imej serupa. macam dalam cermin. lemah lembut tutur bicara diorang. senyum manis tanpa suara diorang. mai God. macam benar-benar serupa. macam aku cakap tadi. ianya lebih dari sekadar sepadan.






menantu my grandmom ni dah 'berisi' tau. my uncle akan jadi Daddy. wowo!



now aku nak tanya you all plak. sama ada yang dah berpartner atau belum officially berpasangan. adakah salah satu faktor kita tertarik dengan seseorang itu, dan berkeputusan untuk bersamanya. adalah kerana kita macam nampak diri kita ada dalam diri dia. is that so?



mungkin itu juga yang kita panggil sebagai serasi. errrrr,  walaupun aku bukan tau sangat. apa agaknya definisi sebenar serasi. now. what say you?

 

Saturday, September 18, 2010

never say goodbye..


rakan sekerja yg best!.. sayangnya, kita akan berpisah juga. satu hari nanti.




I miss You. Naeimah. masakan kamu, terutamanya. =)


 
malam ini. syahdu. rindu. menghantar pergi seorang rakan serumah dengan ekor mata. yang dahulunya lima. kini tinggal empat sahaja. pun begitu, kenangan kita bersama. tetap tersimpan kemas dalam ingatan.

kita semua akan meniti dewasa. maka selama mana jua. kita semua kekal bersama?

kawan sekampus, kawan serumah, kawan sekerja. kawan nangis tawa, perhubungan kita ini. utuh bertahan biarpun suatu hari nanti ada jarak memisahkan. Ya. harinya akan tiba. dimana kita sama-sama akan meninggalkan kampus. meninggalkan rakan serumah, dan juga rakan sekerja.

tak pernah sekali terlintas. untuk menamatkan apa jua yang pernah kita mulakan. persahabatan dan semua perkongsian kita selama ini tidak akan pernah berakhir.



suatu hari nanti, kita akan bertemu lagi. berkongsi tawa lagi.






p/s: kamu kamu yang membaca. kita juga kawan. sampai bila-bila!


Google menjuarai carta dan trafik sesat dari Bulgaria?






itu dia Encik Google. juara carta. eh!. site url yang tersenarai tu semuanya blog lelaki nampaknya. haha. Mekasih ya abang-abang handsome di alam blog. =)






Bulgaria tu negara apa?.. muahaha. mungkin pembaca dari South Korea itu adalah Kim Hyun Joong. haa. perasan!




p/s: dah sampai KL jam 9 malam tadi. berseorangan di rumah malam ini. esok kerja. lusa pun kerja. errr. tak online seminggu dah ketinggalan banyak berita sensasi. eh. selamat berbahagia la kepada yang di Moscow n Washington tu. hehe.

Friday, September 17, 2010

eh. raya dah habis ek?


inilah dia yang tak berapa bestnya bila balik kampung berhari raya. masa berlalu macam sekejap sangat. bukan ke baru hari tu 1 Syawal. ni dah 8 Syawal. alahai.

ini aku kat rumah. kat Labis, Johor.hari tu raya boleh tahan la meriah. sebab jumpa ramai sedara-mara kan. nak citer panjang tunggu aku balik KL la petang nanti. ini guna broadband jiran sangat la slow.

raya tetap best. sebab tahun ni still gak ada menerima duit raya. campur semua adalah cecah 70 ringgit. walaupun dah tua-tua begini. ada gak yang sudi menghulur. mekasihhhh!

lama dah tak update blog. seminggu lebih dah. memang takde connection internet. so macam berehat la dari online blog mahupun facebook. tadi tengok visitors kat Nuffnang. still orait lagi. B.E pun, still run lagi. Alhamdulillah. Thank You semua.

sebenarnya nak upload gambar raya. tapi tenet slow sangat. takleh upload. tunggu malam nanti ok. untuk itu. kita bersurai disini dahulu. kembali bersiaran secara normal menjelang malam ini. siaran normal tu maksudnya. update setiap hari lah. heheh!



 

Thursday, September 9, 2010

ini benar-benar BALIK KAMPUNG TUK RAYA!


Alhamdulillah. Raya tetap hari Jumaat. kalau tak menangis la aku kat KL nih. haha. tak sangka. tahun ni aku berjaya pulang dengan kadar terpaling lewat. biasanya sempat la puasa 2-3 hari kat umah mak kat Johor. tapi tahun ni. betul-betul aku balik sehari sebelum raya. yes! esok (Khamis). baru aku balik Johor.  terus balik ke kampung mak abah di Muar. sempat berbuka jela kat sana. sahur tetap kat KL gak. ok la kan.

tahun ini. pertama kali beraya tanpa atuk abah. atuk meninggal November tahun lepas sebab sakit tua. dan tentunya feel beraya kali ni lain. mesti lepas solat Hari Raya kami akan ziarah pusara arwah atuk. dan bacakan surah Yasin tuk arwah.moda Arwah tenang di sana. Amin.

oh ya! tahun ini... akan kah dapat duit raya lagi?

yep. aku memang dah kerja. tapi aku masih jugak belajar. maka kiranya aku tetap layak dapat duit raya jugak kan? ala.. gaji keja part time ni cuma lepas belanja makan, tambang, n sewa umah je. errr. lepas la gak nak shopping raya. tu pun kena berbelanja ketat-ketat. maksudnya. berbelanja dgn rasional lah.. haha!

ok. sebut hal duit raya. Nuffnang dah bagi dah duit raya . ~cek kedua dah sampai umah~ dan hari esoknya terus masukkan dia dalam mesin deposit. terima kasih Nuffnang! dalam akaun pun sebenarnya dah boleh cash out untuk yang ketiga kali. tapi biar lah dulu. kali ni nak biar dia banyak-banyak berbukit. ceh! macam la boleh berbukit. tipu sungguh.

baiklah. maka dengan ini. penulis blog Dihatisara.Blogspot.Com secara rasminya ingin mengucapkan SelamaT HarI RaYA AidilFitRI, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca budiman sekalian. semoga Lebaran kali ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan untuk kita semua InsyaAllah. Amin.

jangan lupa bertakbir, pi sembahyang raya, saling bermaafan. n kalau makan ketupat dengan rendang daging tu. jangan makan banyak-banyak. kalori tu! n kalau makan kuih bahulu, ingat daku selalu. hehe.



p/s: blog juga bakal bercuti raya selama beberapa hari. harap maklum. =)


Wednesday, September 8, 2010

say sorry?.. mimpi lah!


Owhh! bintang-bintang di kediamanku di KL ni dah lama pulang ke kampung halaman masing-masing. sejak Sabtu lalu rumah sewa ini begitu sunyi. tiada hilai tawa. tiada bunyi televisyen, tiada berasap dapur. yela. duk sorang kat umah ni mana nak masak. masak sendiri makan sendiri buat membazir gas je. sebenarnya berat tulang. baik mengaku. tak elok wat statement palsu. :p

dah dua hari berbuka tanpa nasik. berbuka puasa minum air je. hanya dapat makan jam 9.30 malam. biasalah. kerja sektor F&B memang macam ni. layan orang berbuka puasa lebih utama. layan customer kerek?. ampun.! lalalala. nak gelak jap. Hahaha!

ini tadi time buka puasa kat kedai kami lah. time nak dekat bukak puasa pukul 7 lebih tu. time tu lah 'perkakas' yang tak puasa (nonmuslim) pun menyibuk nak order. kalah orang yang berpuasa. untuk pengetahuan. kedai kami bukannya kedai fast food macam mekdi atau kfc ok. tapi banyak customer salah faham. nak order je terus dapat. ewahhh! cantik sket eh.

berbalik pada citer jam 7 lebih tu. ada 4 orang sekawan mat saleh ni pun konon macam buka puasa. 3 orang daripadanya dah dapat order sebab memang yang diorang order tak perlu tunggu lama. dan yang sorang ni. dia order menu nasik. pastu cam nak melenting sebab order dia lambat. yela. customer muslim lain ramai kot order menu nasik. so order nasik ni jadi beratur la ikut turn. customer yang muslim ni boleh je sabar. takde melenting pun macam dia.

haaa. u know what? by the time order mat saleh ni sampai ke meja dia. kawan-kawan dia dah abis makan. (ala mat saleh kalau makan memang laju bukan main macam u all tak tau). then, nak tunjuk la konon dia bengang dengan kami. maka dia tak sentuh langsung menu dia yang berharga 12.90sen tu. dan mereka keempat2 blah dari situ. sian kan. sebab nak tunjuk ego dia tu, dia kena berlapar dan membuang duit dia saja-saja. Muahaha!. aku gelakkan je dia. dalam hati aku. "Eleh, nak tunjuk protes konon. blah la!!"

lepas tu, my supervisor cakap. rasanya Mat saleh tu silap order sebenarnya. takkan la kawan-kawan dia langsung takde ambik menu nasik then tetiba je dia order menu nasik. macam pelik disitu. tapi entahlah kan. dan, muka bengang dia tu memang. memang nak aje aku cakap. "kau ingat kau buat muka camtu ada aku kesah?". lol. kalau aku cakap macam ni mana lah dia paham. mUahAha!

aku just malas nak layan perkakas yang semacam ini. biarkan aje dia ngan ngada-ngada dia tu. tak kuasa mak. lagipun kan ke bulan puasa ni. pukul 7 lebih tu masa untuk kita yang muslim ni berbuka puasa. show respect la. padahal aku cuma berbuka puasa dengan segelas sirap je. still boleh sabar tunggu makan time dah sampai rumah kang.

ergghh! tak kuasa nak layan orang asing yang macam ni. Huh! please la.

Tuesday, September 7, 2010

Noktah Cinta.


aku selalu berharap. agar masa boleh diputar kembali. supaya saat itu. aku bisa mengubah keputusanku. betapa menerima kamu, adalah penyesalan terbesar dalam episod hidup ini. kenapa ya. wujudnya insan sekejam kamu dalam dunia ini. aku tahu. yang namanya manusia itu. adalah hambaNya yang seringkali di uji.

aku tak harap luka ini terubat. izinkan aku untuk terus membenci. walhal aku bukanlah seorang pendendam. banyak yang datang, dan mereka pergi. maafkan aku. kerana tulusku suatu ketika dulu. tiada bersisa lagi. terima kasih kepada kamu. 

walau apa pun. aku tidak sepi sendiri. kerana begitu ramai di arena ini. TEmAn SEjAtI. limpahan kasih sayang buat kamu, mengikuti aku tanpa jemu.



Lebaran ini, bukankah begitu beerti.. bagi yang mensyukuri luasnya nikmat ILAHI.


p/s: salam Aidilfitri buat anda semua. saya sayang anda banyak sekali!

Monday, September 6, 2010

mengapa mengharap orang lain beri bahagia?








banyak kali aku tengok, manusia yang begitu berharap bahawa akan ada seseorang yang akan memberikan bahagia dalam hidupnya. menjadi cahaya menerangi hatinya. memberi sinaran dalam hidupnya. sama ada terbaca kisah cinta artis, mahupun kisah cinta penulis blog. adakah kerana sukar benar peroleh bahagia dengan diri sendiri.?

membaca entry saudara Ariff Shah, pada link http://ariffshah.com/grant-me-three-wishes/

aku agak tertarik dengan entry beliau kali ini. tapi aku lebih tertarik kepada jawapan/respon yang diterima dalam entry tersebut. membaca wishes mereka. ada point seperti yang aku utarakan di sini. point 'mengharap orang lain beri bahagia'.

aku suka point ketiga Ariff Shah. dalam entry tersebut:-


A Girl That I Love Till I Die:-

"Susah sebenarnya nak cari orang yang kita boleh cintai sampai mati".

lebih tepat lagi. susah sebenarnya nak berikan seseorang kebahagiaan hingga hujung nyawanya. this is Ariff's wish. berharap bahwa dia sendiri boleh berikan bahagia itu untuk seseorang sampai nafas terakhir. mungkin bimbang, takut-takut diri tak boleh grant that wish. nampak tak. satu harapan yang dia sendiri boleh berusaha ke arah itu

cuba kita tukar ayat:-

A Girl That Love Me Till I Die

contoh ada, aku print screen salah satu respon pembaca di sana, ampun ya kepada penulis komen ni. aku hanya buat contoh sahaja. takda niat lain.





contoh di atas. harapan yang mengharap kepada usaha orang lain. yang sudah tentunya tak ada gerenti. ada bezakan?


bila bercakap tentang kehendak dan harapan. selalunya kita berkehendak dan berharap tentang 'apa yang patut kita terima'. jarang sekali kita memikirkan, apa yang boleh kita usahakan sendiri? teutama dalam aspek percintaan. mungkin sebab banyak sangat pengaruh novel atau drama. (gadis kampung yang tiada apa-apa istimewa tiba-tiba dicintai separuh nyawa oleh jejaka kaya, handsome, penyayang and so on.)


dan kemudian, kita berharap. si dia mampu menanggung makan minum kita, mampu bimbing kita hingga ke syurga. mencintai kita sampai mati. setia bersama kita walau badai melanda. and so on. sampai kita jadi lupa. semua harapan kita itu. tiada satu pun bahagian yang 'kita beri'.


sekiranya bagi anda pembaca yang sudah bertunang/berkahwin. apa ada dalam doa anda sehari-hari?. adakah berdoa supaya pasangan anda setia kepada anda sampai mati. atau berdoa moga anda terus setia dengan pasangan anda sampai mati.


pada aku. aku mahu bahagia tanpa sebarang syarat. bukan semestinya jika aku dah berpasangan maka barulah aku akan bahagia. bukan semestinya lepas kawen baru aku rasa bahagia. TIDAK!. bahagianya aku tanpa apa-apa syarat. bukan rasa bahagia dengan syarat aku mesti kaya raya. itu juga tidak. aku yakin bahawa bahagia itu milik Allah. Dia beri kita kebahagiaan dengan apa jua cara yang berbeza-beza.


bukanlah maksud aku. aku tak kisah langsung kalau pasangan aku kelak (kalau ada) benar-benar cinta setia pada aku ke tidak. bukan bermaksud aku tak kisah kalau dia curang ke apa. jangan salah faham. ini sebenarnya hanyalah bermaksud seandainya memang aku akan mendapatinya satu hari nanti maka aku bersyukur. dan kalau memang tiada. kehidupan tetap terus. dan aku tetap berhak bahagia.


the idea of this entry. originally come from me. and credit to Ariff Shah atas contoh-contoh sesuai. :p


Saturday, September 4, 2010

Playfull Kiss


satu lagi drama bersiri korea terbaru yang dibintangi oleh Kim Hyun Joong (my bro). errr. tak tau la cerita ni best ke tak sebab aku sendiri pun belum menontonnya, baru saja launch. tapi bukan di Malaysia. dah mula ditayangkan di Korea Selatan sejak September ini. dikatakan bahawa drama ini adaptasi daripada manga Jepun. dan sebelum ini juga sudah ada jalan cerita yang sama dalam versi Jepun dan Taiwan. so kali ini ia datang dalam versi korean drama. bergenrekan romantik zaman sekolah. heroin nya adalah Jung So Min. yang mana aku pun macam tak kenal siapa dia. tapi pastinya aku akan tonton cerita ini kelak sebab ada abang Kim Hyun Joong yang handsome tu. Muahaha!

Drama korea terakhir yang aku tonton sebelum ini adalah lakonan Lee Min Ho dalam cerita Personal Taste. best tengok Lee Min Ho berlakon tanpa curly hair. ermm. mungkin sebab aku minat abang-abang Boys Over Flowers maka macam teruja nak tonton lakonan diorang dalam drama korea yang lain pulak. kalau Koo Hye Sun pun ada berlakon cerita lain pun aku tak nak ketinggalan ikuti. just nak tengok cam mana performance diorang bukan dalam versi BOF. Heeee..








Playful Kiss is about a popular and genius male student named Baek Sueng-jo who has a stand-offish personality and Oh Hani who is a female student who makes up for being not-so-genius by always being smiling and happy. An earthquake destroys the girl's home and she and her dad end up living with the boy's family. The girl has kept this boy in her heart but she has never received any assurances of her love being reciprocated. Fun and groans ensue as they interact and rub off on each other.


~ gambar dan sinopsis dari ViiKii.




p/s: update pagi-pagi. err. aku kerja hari ni. 8pagi-8malam. esok cuti.  maka akan pergi mengukur baju di badan sendiri di Sogo. tak.tak. sebenarnya mahu cari new sandal. bukan untuk raya. tapi ianya pembelian tahunan. sandal tahun lepas kian usang di mamah usia. yelah, setahun sudah. :p

Friday, September 3, 2010

memasang pelita. tradisi yang kian luput.




salah satu perkara tentang menjelang hari raya yang menjadi kegemaran aku sejak kecik adalah bila mana dapat melihat nyalaan pelita yang bersusun-susun berderet-deret di semua halaman rumah setiap penduduk kampung. Ya. hanya di kampung saja dapat melihat yang demikian. di Kuala Lumpur seperti biasa. hanya nyalaan lampu jalan menerangi malam. kurang syiokk! that is y. I love kampung very much. tapi sayang. kampung hanya sinonim dengan Hari Raya sahaja. nasib baik juga ada Hari Raya. kalau tak tentu kita akan terus melupakan kampung. Kasihan kampung. :p

dulu masa sekolah menengah, satu-satunya adik lelaki dalam famili aku akan excited lebih bab pasang pelita. sibuk dia cari kayu nak pacakkan atas tanah. sibuk beli pelita, beli stok minyak tanah. nanti lepas buka puasa. pelita dah siap pasang dah. saja seronok tengok nyalaan pelita. rumah orang lain ada maka rumah kita pun nak ada jugak. tapi sekarang adik lelaki aku dah malas dah. paling rajin. beli lampu kelap-kelip tu pasang kat siling anjung rumah. ada benda ni pun dah kira meriah dah.

kalau diikutkan. sekarang memang dah jarang jugak nampak orang pasang pelita macam ni. mungkin sebab sekarang mercun dengan bunga api tidak dijual secara besar-besaran macam zaman aku sekolah dulu. maka kalau ada deretan pelita tapi tak dapat main bunga api atau mercun bukan kah berbunyi macam tidak best. maka kadang-kadang malam raya pun tak have fun. hanya duduk dalam rumah. tengok Buletin Utama. Arghh!. zaman kanak-kanak sekarang memang tidak seronok macam zaman kanak-kanak aku dulu. sungguh berbeza feel dia.

tak pasti. adakah tahun ini. dapat melihat deretan nyalaan pelita lagi di halaman rumah-rumah di kampung. mungkin masih ada yang terus mengekalkan tradisi Hari Raya sebegini. demi cucu-cucu mereka. tiba-tiba rasa rindu sangat ke zaman kanak-kanak dahulu kala. Isk!


Thursday, September 2, 2010

telatah budak demam..sila jangan gelak.!



2 September. demam tu macam dah orait. tapi selsema ni bikin rimas. jadinya demam itu masih bersisa. tapi sisa demam ni jangan dilayan sangat. nanti makin melarat. hidup perlu terus. nak makan mee maggi makan. nak online FB online. nak study?.. Ops, orang demam mana larat study. ceh! diskriminasi di situ. banyak cantik muka diaaa!


walaupun tak cantik, nak tayang jugak muka. mari lihat ia. satu demi satu:-






testing, 1..2..3..


 



try kenyit mata.. ok. tak cute!!

 


hurmm! nak buat gaya apa nihh?






ok. promote kuih raya lah. Butter Cookies. 20ringgit sebalang. boleh dapatkan di Swiss Oven KL Central. sumpah sedap!.. err. empunya mata tu. tak jual ehhh! :p



 

sebenarnya gambar-gambar dirakam setelah wajah disolek dengan alat make-up diatas. ini bukan iklan berbayar. tapi hanya telatah seorang budak yang mensisakan demamnya.!







p/s: IN2IT. pilihan saya.!! yeah. bunyi tetap macam sejenis iklan bukan?.. jangan gelak plezz... :p



Wednesday, September 1, 2010

kalaulah boleh dapat m.c hari ini..

pagi 1 September.

awal bulan baru yang tak berapa cantik. sebab kondisi kesihatan yang merudum sebab diserang demam selsema. ni gara-gara kehujanan time balik kerja Isnin lalu. sebabkan penat sangat kerja, walaupun dah kena hujan, sampai umah terus bantai tido 3jam. haaa. sebab lewat mandi. esok paginya. tekak mula sakit, kepala mula pening. badan lemah je. errr. pastu asyik terfikir. larat ke tak nak teruskan puasa. sampai la jam 5 petang. masih fikir nak puasa ke tak. nak puasa ke tak. akhirnya semalam berjaya meneruskan ibadah puasa. walaupun badan memang dah lemah gila.

start malam tadi, selsema dah datang. Arghhh! sakit yang diundang. kalaulah balik rumah semalam terus pi mandi tiadalah akan bersusah begini. errrrr. hari ini ada lab. sungguh macam tak larat gila-gila. macam kepala otak tak boleh berfungsi sangat. tapi lab ni sangat penting. antara hidup dan mati. sebab lab hari ini akan ada praktikal test. dan yang paling penting. lab petang ni giliran aku buat lab report. Ishh. sungguh tak cantik giliran yang aku dapat. Hurmmm!

nak cepat-cepat sembuh. sebab Sabtu ni nak shopping Raya.! sebab nak shopping Jalan Tar n Sogo. perlu ada stamina yang luar biasa. kalau tak boleh pengsan.


Sekiann.