Saturday, July 31, 2010

Live Blogging dari Swiss Oven. hahahaha!




ok, ni sekarang aku tengah break 1 hour, aku print screen je pic konon-konon macam guna webcam. hahah. nampak macam betul-betul live rite? haih. pada yang belum tau. aku sebenarnya kerja kat Swiss Oven KL Central. kalau yang tau kedai makan ni kat mana tu taulah, kalau taktau tak payah tau. hahahah!

kerja kat sini tak boleh sambil-sambil. busy je sentiasa. dia punya penat tak payah cerita, tapi so far aku masih sihat dan gagah lagi. aku bukan permanent staff kat sini . aku cuma buat part time je cari rezeki dan cari pengalaman. siapa yang pernah keje kat mana-mana kedai makan mungkin tahu macam mana letih dia. tapi buat apapun, harus have fun.

makanan kat sini, eherm, boleh tahan mahal la bagi aku. rasanya paling murah pun 6.90sen. itupun cuma mushroom soup n garlic bread. kebanyakan makanan memang western, unsur roti, salad, sosej n spagheti. ada jugak nasik, tapi cuma 3-4 jenis je.  tapi standard la, kat kl central ni makan tang mana la yang murah.

aku tak kerja kat sini setiap hari sebab ada hari aku ada kuliah. aku kerja 3 hari je seminggu. kat atas tu gambar aku dengan kawan sekerja merangkap kawan sekelas, Jihan. ada sorang lagi. Hasni tapi dia duty esok. dan esok aku plak cuti. Yahooo!!!!

ok, masa untuk aku break dah nak tamat dah. Choww!

Friday, July 30, 2010

sebelum lelap mata, ada teringatkan siapa?

eii, kenapa mood bertukar jiweng pulak nih. bencila. tak rock la. alala. gelis.

menerawang dia datang dalam kotak ingatan bila saja kepala mencecah bantal. alahai. bagai pungguk rindukan cahaya bulan gamaknya aku nih. phew


ok, cerita tak jiwang dia ialah. semalam bukak puasa housemates yang masak, hari ni pun sama jugak. huhu, bertuahnya. muga kawan-kawan rumahku semuanya diberkati Allah. Amin. sebenarnya bukan aku taknak masak, tapi tenaga aku dah tahap zero bila sampai rumah dah pukul 6 petang..akhirnya aku tumpas di atas tikar. terus terlelap begitu sahaja. betapa mudahnya.

bukankah abah pernah bilang, anak kedua dia ni boleh tidur di mana-mana juga?... pandai abah menilai. sejak aku darjah 3 dia dah cakap macam itu. sekarang umur dah 23 masih kekal begitu. mustajab kata-kata abah. abah tolong doa aku berjodoh dengan lelaki kaya dan handsome boleh? Dushhh!  takdela, nak si dia yang baik hati lagi manis saja cukup. tapi kalau kaya dan handsome lagi I sayang. kahkahkah.

ok, episod seterusnya adalah, aku akan bekerja esok dan lusa dari pagi hingga malam. jangan kecik ati ya kalau aku tak singgah balas blog anda. seriously aku sangat tak sempat wehhhhh.

ok. tataaa ya, take care semua.


Thursday, July 29, 2010

rindu semakin jauh...

gambar hiasan.


semalam, mood aku melayang-layang. happy kan diri tapi tak jugak terasa happy. sedih tu tidak jugak. tapi mode rindu datang sampai sebak di dada. rindukan beberapa orang dan rindu mereka atas sebab-sebab tertentu. rasa macam, I need one of them tolong hiburkan aku sekarang. tak banyak pun. just senyum kat aku, atau gelak tawa dengan aku atau dengar apa aku nak cerita saja cukup.

yelah. mana aku ada masa untuk jumpa diorang. diorang pun belum tentu jugak ada masa nak jumpa aku. yang ada tu, dahla jauuhhhh. Sob.Sob.! kasihannya.

agak-agak, mereka yang aku rindu nih, ada rindukan aku tak?. Isk!






Wednesday, July 28, 2010

bukan sebarang kuli..

cerita malam tadi. kawan-kawan rumahku sekaliannya gigih mahu berbisnes. dah buat sample yang pertama, kek coklat mini. sempena Ramadhan yang bakal datang ni bisnes makanan memang adalah yang terbaik. aku ni pun part time dalam arena bisnes gak apa. cuma aku ni kuli je la untuk setakat ni. akan datang mana tau boleh ada rezeki bukak kedai makan sendiri. dah aku ni minat tu ada ke arah ini. so untuk permulaannya, carik je la pengalaman banyak-banyak. try n error. cuba dulu baru tahu.

pengalaman bukannya kau boleh dapat senang-senang saja, tiba-tiba dia jatuh atas riba. bukan jugak kau boleh kutip di tepi-tepi jalan, selagi belum pernah mengalaminya. kau memang takkan tahu.

apa yang boleh aku cakap, aku ini berpengalaman 3 kali sebagai kuli. tak kisah pun. dan kalau boleh aku nak pengalaman yang 3 tu menjadi 10 ke 20 ke. biar banyak-banyak pun tak apa. biar kita pernah jadi kuli tapi kita dapat ilmu, daripada terus jadi bos tapi hanya tahu komplen je, try buat sendiri tak reti. jadi bos pun kena ada ilmu. terutamanya ilmu menghargai pekerja yang ramai orang tak ada. duhai bos sekalian, siapalah anda tanpa pekerja anda? duhai orang atasan, siapalah anda tanpa orang bawahan?

melibatkan diri dalam bidang 'servis' kepada orang. mengajar aku untuk menjadi seorang customer yang baik. bila customer tak banyak cekadak. kami boleh bekerja dengan senang hati. actually banyak cekadak is fine. tapi kerek is not. banyak cekadak means cerewet, tapi yang macam ini bukanlah ramai pun. so sabar still boleh sabar. tapi spesis kerek, memang mengundang menyampah dan menyumpah. so jadilah customer yang tahu berterima kasih, tak mintak banyak pun, asal jangan masam mencuka, dan boleh balas balik senyuman pun dah cukup kan?. really. ianya tak susah.

Tuesday, July 27, 2010

ke-500an Followers dan Tahniah Ariff Shah..



bercerita mengenai blog aku yang serba sederhana ni. Syukran kepada yang sudi bersama-samanya. yelah, tuan blog tak comel, pic sendiri pun jarang letak. still, anda masih bersama saya di ruangan ini. Terima Kasih. entry ini tidak lain adalah sebagai penghargaan kepada semua pengunjung blog ini. kali terakhir buat entry pasal jumlah followers adalah pada July 2009, ketika followers blog mencecah 100.

dan laginya, pengunjung setia blog ini semakin ramai yang menjadi senyap membaca diam-diam sahaja. Its ok. tak kisah sangat. anda semua tetap comel sama ada silent atau vibrate. eh, vibrate ada ke?.. :p

pencapaian komen terbanyak dalam blog ini adalah pada entry lelaki-lelaki-hot-di-alam-blog- yang dipublish awal April lepas. menerima sebanyak 40 komentar. lucu pulak bila ingatkan entry tue, ramai yang tanya kenapa mereka aku pilih sebagai lelaki hot. semalam baca entry kat blog Ariff Shah pasal Pengalaman Jadi Artis. memang terus teringatkan entry tersebut. haih, memang tak salah aku pilih beliau sebagai ranking 1st lelaki HOT kan? tengok tu , dah ada bau-bau artis dah tu. Ehemm. tahniah. tahniah.




haha, imbau balik komen balas Ariff Shah pasal rank 1st lelaki Hot. yeke tak layak tempat pertama?. yeke peminat tak sampai tahap berbaris?. Haaa..

erk. rugi tak mintak autograf beliau Sabtu arituh. HAha!








bercerita tentang lelaki.





hari ini rasa syiok. sebab dapat bercerita tentang perasaan pada seseorang lelaki yang boleh dipercayai. sebabkan dia paham, sungguh, make me happy.

dalam banyak-banyak orang, aku hanya ceritakan padanya. because I trust him. damn much.

sebenarnya bebanan perasaan tidak boleh dilayan sangat. then bila ada tempat untuk berkongsi, hati rasa lega. Terima Kasih Kawan.

siapa tu yang membuatkan perasaan saya terbeban?.


-------------------------------------------------------------------


ok. tadi ada mamat handsome. the last customer kat kedai kami yang datang jam 9 malam. I think he is Singaporean. sebab dia cakap melayu ada bunyi Inggeris. tetiba kawan pengkid aku 'Bad' cakap. "badan dia sedapp..". then aku dan Jihan terburai ketawa.

"haaa, apa ek yang korang pk?" Bad bertanya sambil jeling.

KahKahKah. kami sambung ketawa lagi. entahlah apa yang lawaknya.  

badan sedap tu macam mana?. ala.. kononnya yang macam Aaron Aziz. Haha, nak jugak bagi contoh Singaporean.

sebenarnya kami gelak sebab tak sangka, pengkid pun ada hati puji lelaki. so maknanya lelaki tu memang betul-betul physically market la kan. alaa, rugi tak mengorat beliau. HaHaHa!

Aih. gedik ek. Haipp!


Monday, July 26, 2010

saya tetap bahagia..

semalam ada kawan tegur..

muka aku nampak berseri-seri. eh, yeke. heh. kawan aku cakap, mungkin sekarang aku sedang lakukan perkara-perkara yang aku suka tanpa bimbangkan apa-apa. eh, terus dalam hati aku tertanya-tanya. muka aku sebelum ni kelihatannya stress atau apa.

dalam dunia ni, banyak benda yang membuatkan kita tidak gembira, tapi kita harus yakin bahawa semuanya akan baik-baik saja.

dalam episod persinggahan ini, masih ramai watak yang datang menggembirakan hati. dan watak-watak itu kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi. sehingga bangunnya pagi. wajah boleh mempamer seri. sekalipun yang membenci dan yang mengecewakan tetap ada di mana-mana. biarkan saja mereka disana.

kita semua, punya komitmen besar terhadap kehidupan peribadi kita. memikirkan komitmen yang demikian. what can I say. walau apapun. saya tetap bahagia.


Sunday, July 25, 2010

behind the story:- met Ariff Shah at Mid Valley


seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ini, today (Sabtu) is my offday. cuti yang sangat bermakna. disamping berehat, ambik peluang berjumpa dengan seorang rakan blog. Alaa. bukannya apa. jalan-jalan makan-makan ja. kepada peminat beliau. jangan marah ya.

mulanya Ariff Shah macam malas-malas nak keluar dengan aku hari ni. sebab plan tadi pun dah tengah hari dan dia plan nak godek blog dia. tapi aku bagitau yang aku tak ada masa lain pasni. then aku ajak dia jumpa petang sikit teman aku bukak puasa dan akhirnya beliau setuju.

aku pergi Mid sempoi ja. kamera pun lupa nak bawak. aku ni memang gesa-gesa kalau tetiba dapat tau orang yang aku nak jumpa dah sampai dulu. Cis, Ariff Shah ni dah tiba sana pun tak ada nak bagitau aku.

owh. Mid Valley macam biasalah. ramai giler orang.

masa mula-mula jumpa Ariff Shah, terkejut sket. sebab aku dengan dia sama-sama dress in black n white.  aku pakai tudung hitam dia pakai cap hitam, aku pakai sweater putih dia pakai t-shirt putih. n jeans sama-sama hitam. tak janji tapi kebetulan bleh sama. Lol.

nak terus pergi makan, tapi bukak puasa lambat lagi. so kitorang jalan-jalan saja tanpa arah. jalan dan berbual-bual. pasal macam-macam, bukan saja pasal blog dan blogger. masuk sekali cerita pasal kerja aku. dan apa-apa saja yang terlintas. haha, spontan.

nak makan kat Level G. tapi semuanya penuh sesak. macam tak best pulak nak makan sembang-sembang dalam keadaan sesak-sesak. suara Ariff Shah dahla slow. nanti aku jadi tak dengar kan susah. maka aku ajak Ariff  Shah makan kat L2, NooDle StatiOn. dekat-dekat dengan Reject Shop. haa. kat situ memang lapang. sesuai la kalau you all nak date tanpa gangguan.

sementara tunggu waktu bukak puasa, aku sempat ushar Samsung Galaxy S yang dia baru dapat dari Maxis 10. adalah try ambik gambar. tapi tak ambik la gambar aku dengan dia. sebab gambar aku eksklusif. ok poyo sangat. bukanla. bukan. sebab tak sesuai kot. tapi kalau keluar ramai-ramai boleh la nak ambik gambar. hEh.

Samsung Galaxy S tersebut sangat cool. gambar yang terhasil sangat cantik.


ok. sedikit sebanyak tentang Ariff Shah realitinya:-

- suara dia slow.
- rabun sejak sekolah rendah.
- tak suka pakai jam tangan. tak suka pakai apa-apa kat pergelangan tangan.
- mungkin jenis yang jaga kesihatan, tadi dia minum green tea n soya milk.
- kalau makan Big Apple, dia prefer yang bercoklat.
- sporting, boleh diajak sembang dan gelak.
- haa, ciri-ciri lain..  haruslah simpan sendiri. HahaHa!


aku rasa Ariff Shah ni jenis gentleman jugak, sebab masa bukak puasa tu aku yang belanja dia. sajalah nak belanja sebab aku dah menang contest kat blog dia hari tu. macam tanda terima kasih la kiranya, tapi mungkin dia tak puas hati kot bila perempuan je yang belanja. so after solat maghrib dia offer nak blanje Big Apple. padahal perut aku dah sangat kenyang. but I just say yes to him. HahAha!

apa lagi?

erm, tak ada apa sangat dah, jam 9 malam kitorang pun decide untuk pulang. lagipun aku kerja esok nih. kalau tak kerja, dah lama ajak beliau tengok wayang. HahaHa!


Sekian.


p/s: to Ariff Shah. betulkan kalau aku ada cakap salah. :p


Saturday, July 24, 2010

nilai CUTI bagi seorang pekerja..

selamat pagi..

entry ini ditaip pada pagi yang hening. semasa aku sedang bersahur. Alhamdulillah. sekalipun semalam adalah pertama kalinya aku bekerja selama 14 jam, pagi ini masih gagah lagi. Syukur.

ini adalah pekerjaan ketiga dalam rekod hidup aku. dan untuk ketiga-tiga pekerjaan yang pernah aku lakukan dalam tempoh 3 bulan ini. kesemuanya memerlukan aku berdiri sepanjang hari. walaupun bidang kerja ketiga-tiganya adalah berlainan sama sekali. Owh. aku bukan lah seorang yang suka bertukar-tukar pekerjaan. tapi sememangnya dua pekerjaan sebelum ini aku hanya diperlukan untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja.

pernah rasakan? berdiri selama 14jam? bukan berdiri saja-saja. tapi bekerja yang memerlukan berdiri. nak bagi kau senang faham. bekerja di restoran. just imagine apa ruang kerja seorang pekerja restoran/cafe. multiple work.

kalau dua kerja sebelum ini aku ada banyak gap. so aku bolehlah punya banyak hari cuti. tapi untuk kali ini, aku bekerja dan dalam masa yang sama aku juga ke kuliah. makanya dia punya 'letih' tu jadi extravaganza. kalau hari aku tak ada kuliah, aku akan pergi kerja. so dia jadi double decker penat. satu saja off day untuk aku dalam seminggu. sebab tu yang aku nak highlightkan. nilai offday yang satu itu. value dia begitu tinggi.

aku pasti, sesiapa juga yang jika anda seorang pekerja, dah tentunya CUTI bagi anda adalah sangat bermakna. kalau boleh nak rehat sepuas-puasnya. taknak  buat apa-apa yang boleh menyumbang kepada rasa letih.dan tidak mahu masa anda diganggu dengan benda-benda yang tak penting. err, tapi lainla kalau bidang kerja anda adalah tidak meletihkan. mungkin feel dia lain. agaknyalah.

owh ya. aku masih lagi seorang blogger. walaupun aku dah tak banyak masa untuk baca blog orang lain. tapi aku akan still update blog selagi terdaya. aku akan taip apa saja. TERIMA KASIH buat anda yang sudi setia membaca coretan di sini. kunjungan balas untuk kalian memang hampir mustahil pada hari aku tidak bercuti. kehidupan adalah sedemikian. jika ada tuntutan yang lebih penting. maka banyak benda lain yang perlu kita korbankan.

Happy Weekend to All.




Friday, July 23, 2010

Sang Singa Gagal Membaham Badak Air..

Alahai. kelakar je bunyi tajuk. bukankah ianya berbunyi macam salah satu tajuk dalam Koleksi Himpunan Cerita Kanak-Kanak di zaman sekolah rendah?. HeHeHe..

ini cerita tadi petang, ermm. maghrib sebenarnya. dalam pukul 7.30 malam. aku menonton rancangan National Geografi, sambil-sambil berbuka puasa. sambil menonton tv. Ops. rumahku tak dapat siaran TV3. jadi aku gagal menonton Naruto. tapi tadinya aku menonton Badak Air. bukan rancangan Badak Air.  tapi aku menonton sang Badak Air yang mempunyai kulit yang gagah. haa, tahukah anda?

Tahukan Anda?

Badak Air mempunyai kulit badan yang sangat kukuh. sehingga sekawan Sang Singa sekalipun gagal bekerjasama membaham seekor Badak Air. dan badak air pun jalan berlenggang kangkung tanpa risau bila sekawan Singa datang menghampiri. mungkin Badak Air tu gelakkan sang Singa dalam hati sambil mengomel, "kau ingat taring kau boleh tembus kulit aku? Jangan mimpilah". maka sang Singa pun malu sendiri. Hahaha! comel saja menonton discovery tentang badak air. comel okey si badak air. aku memang tak comel. tak payah cakap aku pun tau. HikHik!

Badak Air juga berSUMO sesapa jantan. alaa. nak tunjuk sapa terer untuk menakluki satu-satu kawasan. maka dua ekor badak air akan berSumo gigit menggigit hingga ada salah satu yang luka lalu menyerah kalah. cara menyerah adalah duduk diam tiada reaksi, dan yang menang akan menduduki badan si kalah lalu mulutnya dinganga luas tanda kejayaan.

eh. ini bukan cerita dongeng, ini cerita betul aku tengok kat rancangan National Geografi maghrib tadi.

sememang nya aku ini sejenis yang minat sangat dengan rancangan macam ini hingga kalau termiss Naruto pun tak apa. sebab Naruto ada manga dia so tak apalah tak tengok pun jalan ceritanya memang aku dah hafal semua.

ok. aku dah mengantuk. esok Jumaat aku kerja. siapa tau aku kerja kat mana bolehlah jumpa aku di sana esok. HeHeHe. daaa






Thursday, July 22, 2010

Terima Kasih Ariff Shah...

terima kasih daun keladi kepada pemilik http://ariffshah.com/ iaitu saudara Ariff Shah sendiri atas pengumuman keputusan Contest Tulis dan Menang anjuran blog beliau. untuk pengetahuan, penyertaan aku memenangi tempat kedua berkongsi dengan dua blogger famous iaitu Melromeo dan Eyriqaz.oh ya, tempat pertama dimenangi oleh Fndrocka. sorry tak letak link diorang. update nak cepat nih. heheh!

dan terima kasih kepada para penaja contest tersebut, para pengundi dan juga sesiapa yang terlibat dalam mengadilinya. moga akan datang akan ada contest lain yang lebih menarik dan bolehlah aku mencuba nasib buat kali kedua. hehehehe.

eii. ariff shah jangan cari aku di tempat kerja ya. time kerja aku kena concentrate tak boleh jumpa kawan bloggers yang fames macam anda. nanti kucar-kacir terus kerja aku satu hari. Hahahahaa! selepas gagal menghadiri Gathering GB awal bulan tempoh hari, diharap dapat menghadiri bowling gathering awal bulan depan. owh. tapi jangan terkejut kalau bowling balingan ku bukan saja masuk longkang, mungkin juga boleh terbaling ke belakang. Muahaha!


status:- sampai rumah jam 10pm. penatnya kerja... dapat update sikit dah kira untung..mood happy dapat hadiah contest. and again, thank you to Ariff Shah.

Tuesday, July 20, 2010

agi idup agi ngelaban.

sejak semalam, jadual aku terasa penuh. baru sedar, aku kini dah dewasa. bukan lagi remaja yang boleh melepak 24jam, goyang kaki makan tidur bergelak ketawa have fun setiap waktu. kedewasaan adalah tentang memikul tanggungjawab. sekurang-kurangnya tanggungjawab menyara diri sendiri tanpa bergantung pada orang lain. ianya tidak mudah semudah petik jari.

sekalipun aku masih belajar. aku harus hadapi ini. terus berusaha berdiri di kaki sendiri. Ya Allah. permudahkanlah urusan hambaMu ini.

ramai orang boleh cari duit, tapi tak ramai yang boleh cari keberkatan untuk setiap sen yang kita dapat. sebut pasal rezeki, jangan panggil ia rezeki jika ia datang dari jalan yang salah. usaha dengan jalan benar, sesungguhnya Allah Maha Tahu. bidang kerja walau apapun ia, hanya terbahagi kepada dua. dosa dan pahala.  yang halal itu berkat, yang haram itu bala.

entry kali ini pendek saja, kerana esok aku bekerja. selamat malam semua.


Monday, July 19, 2010

siapa gerangan pengunjung tetap dari south korea sepanjang Julai?




pai chart visitors minggu ini.



mula-mula aku macam berangan bahwa pengunjung tetap itu adalah Lee Min Ho atau Lee Jun Ki atau Lee Hong Ki. tapi memang mana mungkin ianya adalah mereka hero-hero pujaan penyeri mimpi. setakat bermimpi boleh. realitinya mana mungkinlah hero-hero popular seperti mereka nak jenguk blog aku. accidentally jenguk pun seakan mustahil. jadi siapalah.. siapakah gerangannya pengunjung tetap dari south korea itu?..

Jeng.Jeng.Jeng..




my coursemate, Zati Ismail.


beliau berada di South Korea selama sebulan untuk mengikuti program student exchange bersama 2 lagi rakan satu kos yang sama. so aku memang tau bahwa pengunjung blog ini yang dari sana memang adalah dia. di samping masuk lab (bukan buat kosmetik Simplysiti). beliau sempat jugak berjalan-jalan mengelilingi korea. tak tau banyak mana dia berjalan, tapi kat FB beliau boleh tahan banyak gambar-gambar. so aku 'crik' sikitlah untuk perkongsian rakan-rakan blog. curik dengan izin. dia dah bagi permission lama dah untuk aku buat entry ni. Heheh!





ini mungkin di tepi-tepi jalan yang ada deretan kedai. oh ya. kawan aku ini berada di sekitar Busan.





itu mungkin rakan korea yang satu lab dengan dia. nama university tu, Inje kot kalau tak silap. hahah!




Zati dan Asmida. baju tu kalau saiz remaja cam aku harga dia 45 ribu won, atau 135ringgit duit malaysia. paling murah dah tu.



ni nama apa ntah. tak sempat nak tanya..



Haeundae Beach. tak dapat nak pi Pulau Jeju. mahal tambang dan kos hidup. heheh





jambatan belakang tu berlampu di malam hari. punya cantik. nama jambatan tu, Gwangali Bridge.




sewa baju ni, 5ribu won. boleh la sewa untuk bergambar. cun jugak. =)





makan-makan, katanya kalau jalan, bila makan kawan-kawan korea diorang akan belanja. fuh. bertuah sungguh.



ni pun entah kat mana aku tak sempat tanya. hehehhhh



semua gambar-gambar diambil dari album korea di facebook beliau dengan izin. 21 malam ini beliau akan kembali semula ke sini. aik. rasa macam pejam celik je dah sebulan dah dia kat sana. so lepas tu tak ada dah lagi pengunjung tetap dari South Korea yang akan baca blog ni, Hahahah!

sekian..

Sunday, July 18, 2010

kalau memang blog boleh buat duit.


ok, entry kali ini nak cerita pasal duit. tiba-tiba buat entry duit-duit sebab 'barang naik'?.. Opss! mana boleh guna perkataan 'barang naik'. tukar! harusnya guna perkataan 'rasionalisasi subsidi' dan 'penjimatan kerajaan'. kerajaan berjimat dengan meletakkan 'harga baru' untuk minyak dan gula. lepas ni boleh jaga kesihatan dengan berlari pergi kerja dan minum teh O tanpa gula tiap-tiap hari. bolehlah kerajaan jadi maju apabila semua rakyat sihat walafiat.  kalau semua orang sihat, kurang sikit bebanan pembiayaan kesihatan. so para doktor boleh rileks sikit. eh. saya ada silap cakap ke?...

balik pada tajuk. err, aku ni tak boleh diberi peluang bagi pendapat. tu baru 0.1%. kau tak dengar lagi hujah 99.9% lainnya. tak apa. simpan saja. nanti ada yang muntah susah pulak.



hasil Nuffnang selepas 6 bulan 2 minggu.



Im talking about my experience making money through blogging. orang lain mungkin rezeki dia lagi banyak dari ini, atau mungkin lagi sikit dari ini. tapi this is my blog. so perkongsian ini untuk rakan-rakan yang mahu tahu. jangan dengki please. life saya bukannya ada apa-apa istimewa. muka tak cantik, harta tak ada. kais pagi makan sampai esok. syukur. rezeki ada untuk yang berusaha.

yes. blog memang boleh buat duit. tapi apa yang boleh aku katakan. jangan letak harapan menggunung tinggi. jangan bandingkan rezeki blog anda dengan rezeki blog orang lain. memang tak sama.

masa aku pasang Nuffnang dulu. followers blog dah 200 orang. usia blog pun dah 9 bulan. so aku bermula dengan Nuffnang ketika blog dah agak stabil. so jika anda masih baru dalam berblog dan anda sudah memasang Nuffnang. macam kawan aku Aniza. tak apa. anggap ia eksperimentasi. dan anda boleh lihat bagaimana 'perkembangannya'. cuba ambil tahu. jangan pasang dan anggap 'lantak dialah nak membiak ke tak'. sebab akan datang mungkin anda boleh berkongsi dengan bloggers lain. pengalaman 'make money through blogging'. banyak mana dalam tempoh bape lama dengan trafik yang macam mana. itu ilmu juga kan?

kalau anda berblog dalam English. ok, aku spesifik benda ni untuk kawan aku Safina Salim atau sesiapa yang situasi sama. baik, beliau dah lama dah blogging tapi masih baru berkongsi network dengan rakan-rakan. Im happy bila dapat tahu dia dah pasang Nuffnang. tapi aku tetap nak suggestkan supaya kau pasang GooGle Adsense. status Glitterati Nuffnang (exclusive member) still ada kalau kau letak GooGle Adsense. oleh sebab kau memang menulis totally in English. memang Google akan approve punya. 

sebenarnya bukanlah aku nak suruh dia blogging sebab duit. aku tahu kawan aku memang dah menulis lama, sejak 2008 lebih lama dari aku. so isu semata-mata duit tak timbul. tapi aku suggestkan dia pasang GooGle Adsense sebab kalau boleh one day dia boleh share story behind it. mana tahu akan datang aku pulak akan ada blog in English. so dia boleh jadi 'senior' aku.

dan now kat blog aku dah pasang Mangga Ad. tapi sebolehnya aku design blog aku supaya tak nampak macam blog iklan. sebab tu template dah pun bertukar. macam blog kanak-kanak. tak apalah. janji rock!

berblog sebab duit?

soalan berbangkit everytime bloggers bercerita tentang Nuffnang atau company pengiklanan lain. ironinya orang berblog dengan begitu banyak sebab. sendiri tau sebab tu cukup. sebab nanti kalau kau cakap kau blogging sebab MINAT. akan ada juga orang argue kata kalau sebab minat takyah la pasang iklan. hey. what's wrong with you?. adakah seorang guru bekerja sebagai guru semata-mata minat?. adakah seorang doktor berkhidmat sebagai doktor semata-mata minat saja? back to reality. people wont work without salary. duit bukan segalanya tapi segalanya perlu duit. so kalau memang blogging boleh buat duit why not we give a try? bukan ke 'something is better than nothing'.


" happy blogging to all "

Saturday, July 17, 2010

cerita Gigi Geraham Bongsu. heh. I welcome you.




sindrom sakit-sakit gusi belakang belah kiri bermula sejak Khamis lepas. masa mula-mula sakit. macam sampai naik ke kepala. serius. tapi tak lama. dia datang sekejap-sekejap. tapi sakit. gusi macam kebas-kebas. kalau mengunyah guna geraham kiri, akan menjerit 'Auww!'. terasa sakit memang tak boleh buat mengunyah. maka kena mengunya dengan geraham kanan saja. sampai lenguh kadang-kadang. haa. kantoi makan tak henti-henti.

dulunya aku tak percaya gigi bongsu aku ni akan tumbuh. sebab orang lain dah tumbuh lama dah. aku ni dah tua-tua kenapa tak tumbuh lagi. atau aku assume entah-entah memang dah tumbuh tapi aku yang tak perasan sebab ianya tumbuh tanpa sindrom sakit. sebab begitu tak percaya akan sindrom sakit tumbuh geraham bongsu. ni haa, dia datang. and prove it as well.

tadi aku baca pasal gigi geraham bongsu kat wikipedia. katanya dia akan tumbuh antara umur 18-30 tahun. umo aku sekarang 22 tahun 8 bulan. tapi gigi gerahambongsu tu baru ada simptom sakit-sakit nak tumbuh dan belum pun tumbuh lagi. katanya pertumbuhan gigi bongsu ni ambik masa lama. ntahla aku pun tak pasti sangat.

you all plak?. dah tumbuh ke gigi geraham bongsu masing-masing?. dia tumbuh umo berapa?. ada simptom sakit ke cam ne. mehla share ngan aku.....


Friday, July 16, 2010

adik saya bakal jururawat PPUM.

masuk minggu ni, dah 3 minggu adik perempuan aku bermastautin di Kuala Lumpur. masa dia mula-mula daftar dulu, aku tak dapat hantar sebab aku kerja. lepas minggu kerja, aku pulak balik kampung. so aku memang tak sempat-sempat nak lawat dia walaupun rumah aku dengan hospital dia punyalah dekat. boleh naik bas Metro12 dalam 10minit boleh sampai.

so semalam, lepas kelas. aku ajak dia gi Masjid Jamek beli kain baju raya. pergi Mydin sekali belikan dia heater. kebanyakan kat Jalan Masjid India sekarang kain cotton je semua kedai banyak jual. oleh sebab ianya macam trend masa kini. so aku pun belilah jugak 3 pasang. kebetulan hari ni kawan adik aku yang duduk sefelda dengan kami balik kampung. haa. boleh terus kirim kat dia.

lepas balik dari Masjid Jamek, aku ikut dia balik asrama kat PPUM. hospital universiti aku ni aku memang dah pernah pergi wad dia sebanyak dua kali. sekali masa arwah sepupu kawan aku Wanie sakit masuk ICU and meninggal kat situ. lagi satu kali masa Kak.Izat haousemate aku kena operate buang darah beku kat ovari dia tahun lepas.

ok, cerita semula bab nursing PPUM. sebenarnya aku jugak yang bertanggungjawab mohonkan untuk dia bulan 3 hari tu. sebab permohonan ni dibuat secara online, tentang tarikh dia bila. memang kena alert sendiri. kat my hometown mana ada laptop. so aku lah yang isi borang tu tentang result SPM and profail adik aku semua. masa aku isi tu pun, itu adalah hari tarikh tutup permohonan. sebab aku la yang lewat-lewatkan nak beli nombor pin dia kat BSN.

Diploma Nursing ni adalah untuk lepasan SPM. tak semestinya kena ambik sains tulen baru boleh mohon. sains biasa pun boleh. yang penting subjek teras BM, MATH, kena kepujian dan Bahasa Inggeris kena kredit la. sebab belajar semuanya dalam English.

lepas dah isi. dia akan panggil temuduga. bulan April lepas kan aku ada cerita adik aku datang KL untuk temuduga kat entry 20 April masa kebetulan juga birthday dia dulu. masa dia pergi temuduga pun bukannya aku yang hantar, dia pergi sendiri. hahah, gila aku latih adik aku supaya berdikari macam aku. tapi memang dia dah boleh berdikari dah. siap cakap tak kisah kalau tak balik kampung sampai raya. hahah.

Alhamdulillah sangat. akhir Jun lepas dia dapat surat tawaran. mungkin memang rezeki dia Allah mudahkan. akan tetapi, bila saja dah setuju nak ikuti program pengajian Diploma Kejururawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya ni. ada perjanjian bahwa tak boleh berhenti tanpa alasan kecuali sakit yang kronik. kalau nak quit saja-saja. kena denda 50 ribu ringgit. so, hanya yang benar-benar serius nak jadi jururawat saja yang sepatutnya apply program ni.

ok, berkenaan kelas dia. seminggu penuh ada kelas, dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari, bersambung 2 ptg- 4 ptg. Isnin hingga Jumaat. kalau amik degree kat UM boleh la nak kehadiran 80% sekurang-kurangnya. kalau pengajian adik aku ni, kehadiran 100%. tak boleh tak hadir kecuali ada surat doktor. ponteng sekali dah terus kena panggil dengan Pengetua dia. displin gila. sesuai dengan adik aku. tak sesuai dengan aku. hahah!

ok. selepas pengajian Diploma selama 3 tahun, secara automatik lepas grad akan terus berkhidmat di PPUM sebagai staff nurse sekurang-kurangnya selama 5 tahun perkhidmatan. after 5 tahun baru boleh fikir nak sambung Degree atau nak tukar hospital. tapi menurut 'senior nurse'. sangat susah untuk bertukar hospital. kalau pun boleh tukar, kebanyakkannya di hospital universiti jugak. maybe HUKM ke. HUSM ke.

ok. dah begitu panjang bercerita tentang ini. dengan itu, kepada adik-adik atau ibu bapa yang berminat  mahu anak anda mengikuti pengajian Diploma Nursing di PPUM, inilah serba sedikit tentangnya yang terdaya dikongsikan.  

Thursday, July 15, 2010

ke sekolah seperti biasa.

ayuh kembali ke sekolah. ayuh!

dah besar-besar masih lagi ke sekolah. sekolah di UM. rupanya aku belum abis blaja lagi?. haha. yep. yep. aku masih ada semester lagi perlu dihabiskan. total jam kredit belum cukup lagi untuk grad. tak apalah. bersekolah saja macam biasa. jangan malas-malas. padahal memang malas.

baca update status FB rakan-rakan yang dah abis blaja. aduhai. masing-masing berkira-kira nak naik pelamin. aduhai. bahagianya mereka. turn aku entah bila. but my target is. sebelum aku kawin, aku mesti dah ada sebuah rumah dan sebijik kereta dari hasil titik peluh aku sendiri. dan bakal suami aku pun mesti macam tu jugak. mesti! kalau tak kita reject saja dia. kahkahkah!
 
ramai yang tanya, lepas grad aku nak kerja apa. bidang yang aku blaja kat UM ni boleh kerja apa. ok. biar aku jawab. aku sebenarnya tak berhasrat nak kerja dalam bidang yang aku blaja. sebab aku macam tak minat sangat.bukan saja tak minat malah tak suka  makanya aku akan kerja apa saja yang bukan semestinya ada kaitan dengan bidang sains Bioteknologi. mungkin bidang makanan. atau pakaian, atau mungkin fotografi, atau apa-apa saja. terpulang aku.

dulu-dulu memang aku rasa aku masuk Universiti untuk dapat kerja bagus. tapi now mind set aku dah berubah. aku belajar kat Universiti sebab nakkan pengalaman sebagai pelajar. aku terima susah senangnya .  akan datang bila aku jadi emak. aku boleh lebih faham suasana perasaan yang dilalui oleh anak-anak yang belajar di Universiti. actually bukanlah sekadar belajar dan ambik periksa dan dapat kerja bagus. ianya lebih dari itu. dan ianya tak semestinya macam itu.
 
 


kehidupan adalah tentang pilihan. kita pilih dan kita hadapinya sendiri.



Wednesday, July 14, 2010

Johnny's Restaurant.

salam semua....

ini cerita makan-makan yang minggu lepas punya tapi dah tertangguh lama. tak sempat sebab bercuti di kampung. ini Rabu lepas punya jalan-jalan makan-makan. mulanya kami berempat ke Sungei Wang, Low Yat dan Times Square.  1st nak cerita pasal Sungei Wang yang orang cakap tempat banyak pilihan shopping murah. padahal sebenarnya tak. tak banyak pun pilihan. kebanyakkan kedai-kedai dalam dia jual menda alah yang sama. style baju yang lebih kurang dan tak banyak pilihan cantik. harga pun takde la murah sangat. tali pinggang besar semuanya 25ringgit ke atas. design pun tak bape comel. ahh. so tak best!

Times Square lebih heaven. lagi bannyyakk pilihan dressing lelaki dan perempuan. lagi seronok untuk merambangkan mata. akhirnya aku juga dapat 1 tali pinggang besar. dengan harga yang separuh harga dari harga tali pinggang di Sungei Wang. lagi cantik design dia. lagi puas hati. ok. rupanya jalan-jalan semata-mata tali pinggang. iya. itulah sebenarnya. tapi gambar tali pinggang tak mahu tunjuk kat sini. nak tunjuk kat tempat lain. mana tu?. blog lagi satu. hahahah!

kat sini kita nak tunjuk gambar-gambar acara makan makan di Johnny's Restaurant. pada hari itu. aku berpuasa. senang kata. aku berbuka puasa di Johnny. sebelum ini memang tak pernah makan kat Johnny. sebab sebelum ini tak pernah tertarik nak pergi. Johnny bukanlah restaurant yang mahal. tak semahal Dome. Dome punya bil memang boleh cecah lantai. Johnny ni tahap standard restaurant macam Old Town White Coffee.

menu utama kat Johnny adalah steamboat. tapi tak semestinya kena try steamboat dia. kalau taknak boleh try menu lain. oleh sebab hari itu aku berpuasa. haruslah berbuka dengan sepinggan nasi. kami pilih menu ala carte. ok. jom tengok gambar:-



 



menu list!


 



tadaaa!


 



gelas paling tinggi is mine. float choc.


 


tak ingat nama menu ni apa. tapi ianya sangat pedassssss! ada mushroom, udang n ayam. like it.




semua piring ada timun.



 

pun lupa apa nama menu ni. tapi nasik dia macam rasa pulut.



 
 

Sarimah.


 


kak Izatt.




Naiemah.




puteri biru yang serong. haha. malas rotate.





ok. licin! Alhamdulillah.

 

 



pencuci mulut. banana split harga dia 5.90sen. kongsi 4 orang memang macam tak cukup. hahah!

 



ok. dah habis boleh pulang....




sebenarnya total kami berempat makan kat sini dalam 43ringgit camtu. but. including tax and service charge. dia jadi 50.12sen. mahal ke murah?...


Tuesday, July 13, 2010

entry Afif khas untuk blogger Seimura.

inilah cerita di halaman kampung Felda ku. eh, baru tahu ya aku ni tinggal di Felda?. yes kawan-kawan. bapa ku berkhidmat sebagai penyelia felda. siapa tu berani memfitnah Felda bankrap?! sungguh tak berwibawa fitnah sedemikian. padan muka kena banned, silap-silap kena saman. itulah, menggunakan media tuk menyebar fitnah. kan, tu Allah marah.

eh.eh. bukan entry emosi. saja je tu, kasi panas enjin. kehkeh.

ok. ini entry khas untuk saudari Seimura yang berada di Mesir. beliau begitu mahu untuk menatap gambar Afif. ini dia Afif dah datang bersama aksi comel super saiya. sumpah comel sebab dia body mantap. baru 4 bulan dah pandai meniarap.

lagi sifat dia. dia suka melompat-lompat bila kita dirikan dia. suka sangat. bila kita dudukkan kat pangkuan dia sibuk nak berdiri untuk beraksi. bila  dibaringkan mulalah dia nak meniarap, tapi dia reti pusing arah kiri je. arah kanan dia failed. tapi sebabkan badan dia berat, dia tak tahan nak meniarap lama. then mulalah dia teriak mintak tolong. Huwaaaa. bunyik dia camtu. ok tipu. Afif memang jarang berbunyi, silent je selalu. senang aku. 






pegang botol susu ni kalau dah ringan dia boleh dah pegang sendiri. kalau time penuh lagik dia mintak kita pegangkan. ok. dia tak mintak, tapi kita pandai2lah.





Afif yang paras dan body serupa dengan ayahnya. sebijik macam En.Zul kan seimura? photocopy habisss!




ingat tak bantal yang ko 'curi' dari flight balik Malaysia tahun lepas? bantal tu dah jadi Afif punya. hahaha.




abah pegang Afif, dan kemudian dia melompat-lompat tak henti-henti. kan dulu mak cakap, adik-beradik kita mana ada yang time baby pandai melompat bila dipegang. haa ini dia mak dapat dah. anak orang yang terer melompat. sampai sakit pinggang emak 'layan' dia melompat.




kalau melompat, setengah jam pun dia tahan. kalau meniarap baru 5 minit dia dah meraung letih. tapi kalau dibaringkan semula, dia tetap akan meniarap lagi. pelik betul perangai baby ek.


bestnya Afif ni, dia sejenis yang susah menangis. dia diam je baik je tak banyak ragam. dengan siapa pun dia tak kisah. err, tapi letih nya jaga dia sebab dia berat, dah 7kg lebih. kalau jaga dia 3 jam dah boleh keluar peluh dah. sejak Afif ada, kakak dengan Farah dah tukar panggilan jadi Along dan Angah. tapi Afif dipanggil abang. Angah dah makin petah bercakap. tapi tetap suka nak tanya secara berulangkali. soalan favret dia. "ni apa ni Cik?" duk tanya soalan tu sampai sepuluh kali. sabar jelahhhh.


kalau ko balik Malaysia tahun depan, for sure Afif dah boleh berlari. ehh, tau tak yang mak pun tolong jaga anak Zura?. lucu betul anak-anak Zura panggil emak 'nenek'. hahah. tapi memang pun emak dah jadi nenek. kan dah pun ada cucu sedara. tak lama lagi belah atuk mak pulak dapat cicit. sebab isteri abang Udin dah pun mengandung.

ok. cukup setakat itu dulu. semalam cerita bab kawen, hari ni cerita pasal baby. ish.ish.

Monday, July 12, 2010

lupakan World Cup dan Paul sotong, jom cerita pasal kawin..

sudah-sudahlah bercerita tentang Paul Sotong. sekalipun ramalannya benar belaka, anggap ia satu kebetulan cukup. ingat, percayakan ramalan boleh membawa kepada syirik. Nauzubillah. Apapun. aku cukup gembira dengan dua kegembiraan. pertamanya sebab Belanda kalah kepada Spain. hahah! dan kedua sebab Diego Forlan dapat title Bola Emas. at least pasukan Uruguay pulang dengan 'sesuatu'. Ye tak?

ok. cerita kawin my uncle. Alhamdulillah. segalanya selesai dan beliau sudah selamat bergelar sang suami di usia 28 tahun. semoga masjid yang dibina akan terus kekal bahagia dan doakan beliau segera boleh menimang cahaya mata InsyaAllah.

seperti yang anda maklum, aku pulang sejak hari Khamis lagi. thats why blog ni bersawang lama. then pagi ni aku online dekat rumah, streamix sesat mana ntah aku guna jelah. sebenarnya aku bukanlah berfungsi sangat menyumbang tenaga untuk majlis kawin pakcik aku. tapi adalah tolong-tolong sikit-sikit. macam belajar jugak 'rewang kenduri'.

oklah. jom tengok gambar. the theme is blue:-





7 dulang hantaran dari pihak lelaki.




maskawin rm22.50. ala, gulung-gulung duit je pun dah cantik. hehehhh.




di luar rumah, pengantin menyaksikan acara persembahan silat. taktau tempat orang lain ada ke tak acara ni, tapi kampung aku memang mesti.




pelamin angan uncle ku musnah. ahaha, my uncle cakap bukan pelamin ni yang dia nak, tapi ini yang dia dapat. tak apa, janji kawennnn.



menepung tawar. (jangan tanya nape istilah dia camtu, aku tau sebut je)




potong kek. jap nak ingat, berapa potong saya baham kek ni ya?




makan-makan. tengok tu my uncle bukan main hepi dapat makanan. tapi hepi lagi mendapat isteri. kahkah apakah?



yang tengah-tengah pengantin tu adalah my single grandmom. yang duduk tu my lovely auntie yang kat KL, tengah2 cucu sulung keluarga, kak fiza dan ibunya.



ok. gambar penulis memang tak ada. next time aku kawen baru ada muka aku. hahah. boleh gitu?




rombongan bas terdiri daripada kawan-kawan pasangan pengantin. (my uncle and wife dia satu tempat kerja.) berjaya gak bas ni menembus masuk kampung kami yang jalan rayanya begitu comel. hahaa 



dan sekadar itu sajalah. Oh ya. hadiah untuk my uncle belum sempat beli sebab hari tu aku tergesa-gesa ikut dia balik kampung. tak apa. bab hadiah tu kita cerita lain entry okeyhhh.



dan Selamat Pengantin Baru kepada uncle Faizal (28) dan auntie Rina (24). semuga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn.

Thursday, July 8, 2010

saya tidak akan menghadiri Gathering Geng Blogger.

walhal pada mulanya aku macam berkobar-kobar nak pergi Gathering pertama GB di Putrajaya. sibuk-sibuk menangkan Putrajaya as venue gathering. sebab mulanya tarikh yang dipilih memang sesuai dengan jadual aku yang kononnya free. tapi nak buat macam mana. kita hanya merancang, dan Allah yang menentukan. tiba-tiba wedding pakcik aku dipercepatkan tarikhnya. dan ia tepat jatuh ke hari yang sama dengan Gathering Geng Blogger iaitu 10 Julai.

nampaknya aku tak berjodoh nak jumpa dengan bloggers yang akan ke gathering GB ni nanti. mintak maaf ya semua. lain kali kalau ada kesempatan kita buat second gathering ke apa. boleh ke?

ok. ini pun quick update. malam tadi janji nak cerita pasal makan-makan bergambar kat Jhonny. tapi tiba-tiba my uncle call kata balik sama-sama dengan dia jam 11 pagi. ok, terkelam kabut lah aku nak mengemas nak mandi, nak update blog. hahah. ok semua. mungkin blog ini akan berhabuk hingga hari Ahad. salam sayang, kalau rindu jengah la entry lama yang tak seberapa tuh. Babai ya.

=)

50 ringgit terasa tiada apa-apa..

nilai duit semakin kecil, atau nilai barang yang semakin mahal, atau mungkin kedua-duanya?

abah cakap, kalau pergi mini market bawak 50 ringgit, barang yang boleh dapat. alahai. punyalah sikit macam tiada apa-apa. dapatla beberapa item. aku pun rasa macam tu. kalau keluar jalan, bawak not 50. dengan mata  aku yang melilau-lilau nih. alih-alih. habis 50 ringgit. apa yang dapat?. dapat la bedak padat jenama in2it, dengan eyeshadow dia yang dwicolor. begitu mudah kita nak setelkan sehelai wang 50. sungguh!

belanja makan kat KL, kalau time aku duduk kolej kediaman UM dulu. 50 ringgit tu selalunya bertahan untuk seminggu sahaja.  kalau beli nasik putih dengan lauk ayam+sayur, 3.50sen. kalau masakan panas, kebanyakannya 4ringgit. kalau beli air minum, hah. memang boleh cecah 10 ringgit sehari. kalau nak jimat, kena skip makan berat, ganti dengan makan roti ke rendam maggi ke. haa, macam tulah. tak ke terasa duit sebenarnya mengalir macam air, walhal untuk isi perut juga.

itu cerita dalam kolej kediaman, cafe dia memang boleh tahan murah dah tu. sejak aku duduk luar tahun lepas. fuhh! kalau beli makanan di luar. tak payah pegi jauh, beli makanan kat susur gajah depan Vista Angkasa, nasik putih lauk ayam+sayur. konfem 5ringgit. padahal bukanlah sedap sangat masakan dia. roomate aku masak jauh lagi super sedap. ok. aku masak pun lagi sedap. tapi tak apa, dilarang bangga diri, nanti mengundang dengki. hahah! 

tapi abah pernah cakap, bab makan jangan berkira. yang penting tak sampai berlapar. sampai jatuh sakit. abah kata, jaga kesihatan yang paling utama. sebab kalau kita sihat kita boleh buat banyak benda. ok abah. anakmu ini memang jarang sekali berlapar. kenyang selalu itu iya. sebab tu berat badan tak pernah turun, once dia naik, maka mustahil untuk turun, sekalipun bekerja ke busy ke, tetap juga gagal menguruskan badan. eh kejap. ni topik dah ke laut dah ni....

sebenarnya topik 50 ringgit ni datang dari total kami makan di Jhonny malam tadi. bab makan-makan bergambar tu esok jelah aku update, tapi dari situlah, datangnya topik 50 ringgit ni haa..errr, pendapat you all plak macam mana?. besar mana nilai sekeping 50? komen sket..




Wednesday, July 7, 2010

review film:- Knight and Day. gandingan mantap Cruise dan Diaz.

hi semua,

dah lama tak buat review wayang, last time rasanya review citer Lagenda Budak Setan. hahah.

okay. semalam, sesi membelah awan di Mid Valley. pergi Mid semata-mata untuk tengok wayang. dalam kepala cuma ada satu nama. 'Tom Cruise!'. mahu menengok Tom Cruise. pedulilah Lisa Surihani ke Lan Pet-Pet ke sapa-sapa ke. aku cuma mahu Tom Cruise sahaja. Tom Cruise pun mahu aku tengok dia. ok. deal. kita 'jumpa' di panggung No 1, seat D13 jam 4.00 petang. sebelum itu, makan roti La Boheme made in Jusco. sebotol Coke berjaya dibawa menyelinap bersama. nak beli minuman area wayang tuh, Mahal laaa. saya sedang berjimat nih. kan nak raya dah. ahaha!

---------------------------------------------------------------------------------





segalanya tentang bateri. sebuah bateri kecil yang kononnya super power yang dicipta oleh ahli fizik yang nerd, Simon, kawan kepada Roy (lakonan Cruise). June (lakonan Diaz) terjebak dalam 'hidup' Cruise ketika di lapangan terbang menuju ke Boston. Roy yang diburu gara-gara bateri telah menembak kesemua penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk kedua-dua juru terbangnya. (kesemua penumpang merupakan spy). dengan itu, Roy terpaksa memandu kapal terbang tersebut sendiri dan mendarat secara cemas di sebuah padang. demi memastikan June tidak 'membuka mulut', Roy sentiasa mengejar wanita itu dan June akhirnya rela menjadi teman Roy melarikan diri ke mana saja.


apa yang berlaku seterusnya?. benarkah bateri itu begitu hebat?

kalau nak tau.bolehlah tengok sendiri di pawagam berhampiran anda. hahahah!


cerita yang penuh aksi dan dialog berunsur komedi santai menjadikan cerita ni sungguh menghiburkan. Tom Cruise dan Diaz kedua-duanya adalah bintang yang mengagumkan walaupun mereka sebenarnya hero dan heroin yang bukan lagi 'muda'. masing-masing sudah nampak garis-garis kedut. tapi keduanya tetap hebat..! citer omputih biasalah, adegan kiss tu ada gak sikit-sikit. tapi takat tu jelah. tak over.


p/s: 8/10 untuk movie Knight and Day! 12ringgit yang berbaloi.

Tuesday, July 6, 2010

putus cinta ke?

~bukan mood sedih~

sejak hari ini, di mana hari aku berehat semahu-mahunya, macam terasa bosan. aku ini memang cepat bosan, belajar pun bosan, bekerja pun bosan, mengadap blog pun bosan, facebook lagi bosan, jalan pi Mid pun bosan. memang ada masa, aku rasa everything depan mata aku begitu tak menarik perhatian. aku jemu mengadap benda sama tiap-tiap hari, aku jemu buat sesuatu yang sama dalam tempoh lama. bila mood jemu tu datang, mood aku jadi tak berapa nak orait sangat. mood yang tak orait ni pun menjemukan jugak. err, kau paham ke?

dan, mood yang tak orait ni selalu membawa aku ke alam nostalgia. ke alam yang tidak bahagia. macam aku berada di alam sepi sendirian tak berteman kesorangan. macam aku tak ada sesiapa. macam aku putus cinta. walaupun aku taktau sangat status aku sebenarnya apa. mungkin kekasih terbuang. mungkin pondok persinggahan. alahai. kasihan kan?

chop!

aku tak suka mood yang tak orait nih!

sikap aku yang cepat bosan ni memang sukar dibuang. sebab tu aku tak rasa aku boleh jadi permanent staff di mana-mana company. mungkin aku akan jadi seorang yang suka bertukar-tukar pekerjaan. mungkin aku akan bagi alasan kerja aku tak sesuai dengan jiwa, atau apa saja mungkin. so aku memang respect dengan mereka yang boleh mengadap benda sama 9 jam sehari sampai lebih 6-7 tahun. 10-11 tahun. macam kerja kat fast food restaurant. atau cashier ke typist ke apa. I dun think i'll be able to do that thing for long term. kalau pun aku boleh, pastinya mental aku akan terganggu.

mungkin kau nak tanya, adakah aku akan bosan dengan partner aku kelak?

sudah lebih sedekad, aku masih ada hati pada orang yang sama. belum juga bosan atau jemu. untuk kes ini, aku sangat berharap bahwa aku akan berasa bosan dengannya. bosan hingga tak mahu ambil tahu tentang dia lagi. tapi aku still nak tau tentang current life dia.  and sometimes, it makes me feel pain. haha! such a loser huh?!




Monday, July 5, 2010

ragamnya yang nama manusia

apa yang aku dapat daripada pengalaman pertama bekerja?

banyak yang aku pelajari. dan ia sememangnya benar-benar memberi satu persepsi baru dalam hidup ini. tentang yang positif dan negatifnya. tentang bagaimana 'kerenah' orang awam dari pelbagai ragam. antara yang baik budi dan yang penuh emosi, antara yang tahu berterima kasih dan yang sombong berhidung tinggi. aku semakin banyak mengetahui bagaimana manusia mempersembahkan perilaku. kadangkala begitu menyenangkan hati, dan adakala begitu menggugat kesabaran diri. tak apa. ragamnya manusia memang 'penuh seri'.

aku kini lebih tahu, bahwa bukan mudah untuk seseorang itu 'faham bahasa'. bila dikatakan rules & regulations adalah begini dan begini, spesis yang protes akan tetap melemparkan caci. untuk Archidex 2010. hanya 16 tahun ke atas dibolehkan masuk. ada parents yang 'maki' kami yang bertugas sebagai pemudahcara. "apsal tak cakap awal-awal?, takde pun mention kat paper?!".walhal salah kamikah jika peraturannya adalah begitu? sesungguhnya kami hanya ditugaskan dalam tempoh event sahaja. kami bukan pengiklan yang bertanggungjawab memberitahu awal-awal kepada orang awam tentang segala peraturan.

sebelum aku bertugas untuk Archidex, terlebih dahulu aku mencari maklumat tentangnya di internet. daripada pencarian aku, laman web rasmi Archidex 2010 yang aku google sudah 'lengkap' dengan segala peraturan. tentang 'proper bussines attire', tentang '16 tahun keatas', tentang 'student days'. semuanya memang sudah ada. jadi aku merasakan bahawa pihak penganjur sudah sedia menjalankan tanggungjawab mereka. dan sebagai orang awam, jadilah orang awam yang 'memahami' bidang tugas orang lain. show respect.


aku cuma jadikan cerita Archidex itu sebagai contoh. tapi aplikasinya adalah sama dalam situasi yang lain dalam kehidupan kita.

sememangnya kadang-kadang ada orang merasakan bahwa dia betul semua. sebab tu dia hanya nampak orang lain yang salah. jangan jadi macam itu. kerna kita semua manusia berada di taraf yang sama. kalau kita hormat orang, orang akan hormat pada kita. dan begitulah sebaliknya.




Sunday, July 4, 2010

bukan kalah sikit-sikit, 4-0 maa..

hi semua. salam pagi ahad yang damai. kali ini, cerita pasal bola lagi. haha. tak jemu-jemu.


rekod tanpa kalah pasukan Argentina di World Cup 2010 akhirnya lebur di tangan Germany dengan kekalahan yang bukan sikit-sikit. Argentina dilihat benar-benar kalah kepada Germany apabila gagal menyumbat satu gol pun dalam tempoh 90 minit. mungkin skuad Maradona mengalami 'moral  down' apabila Muller berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-3 (rekod gol terpantas WC '10). ditambah lagi dengan jaringan gol Friedrich selaku pemain pertahanan serta dua gol jarak dekat dari Klose. what else should we say? sesungguhnya Germany memang menang dengan bergaya sekali malam tadi. SYABAS!


Spain yang menyandarkan harapan kepada David Villa akhirnya lega apabila berjaya menyingkirkan Paraguay dengan gol 1-0. dan ini bermakna Spain akan bertemu Germany untuk separuh akhir World Cup 2010. mengulangi kembali pertemuan final Euro Cup '08. kalau dilihat pada rekod persembahan di WC'10, Germany mungkin lebih berpotensi untuk menang dan seterusnya melangkah ke peringkat final. tapi football its not only about power, its also about luck.


p/s: messy selaku pemain terbaik dunia? what a mess in WC'10..


Saturday, July 3, 2010

Belanda dan Uruguay ke separuh akhir World Cup '10

siapa sangka. cempedak jadi nangka. siapa duga, Brazil kecewa.

haaaa. siapa yang berteka-teki bahwa Brazil akan mengenggam  trofi Piala Dunia kali ini boleh lah simpan kemas-kemas harapan anda dalam laci. next 4 years boleh keluarkan harapan tu balik ok. kehkehkeh. yes, aku adalah antara orang yang bersorak sakan akan kemenangan Netherland. bukanlah bersorak sebab aku penyokong Netherland. tapi bersorak sebab Netherland berjaya menyingkirkan Brazil. pedulilah bab gol sendiri ke apa. yang penting Brazil bungkus. HahaHa

lebih menggembirakan, Uruguay juga berjaya mengiringi Belanda ke peringkat separuh akhir WC'10. terima kasih kepada Diego Forlan atas gol penyamaan pada minit ke 55 di separuh masa kedua. pada awalnya pasukan Ghana berjaya mendahului 1-0 melalui Muntari. masa ni aku dah cuak sket. then bila Uruguay berjaya menyamakan kedudukan, memang dah agak ianya akan ke masa tambahan. Ghana mungkin 'tidak bertuah' dalam penalti. tapi bagi aku, Ghana tetap wakil Afrika yang boleh dibanggakan.

tengah malam nanti, giliran penentuan antara Argentina dan Germany, juga Spain menentang Paraguay. diharap antara Germany dan Spain, salah satu haruslah layak. negara final Euro Cup '08 tu. jangan la bikin malu. hehehe.


 

Friday, July 2, 2010

jumpa Wardina dan Arni Nazira.

seperti yang anda maklum. ceh padahal baru nak maklumkan, untuk 4 hari ni, (1-4July) aku bertugas sebagai event crew kat Archidex 2010 kat KlCc. actually event ni adalah event tahunan bidang architecture and interior designer. untuk Khamis dan Jumaat ia hanya dibuka untuk mereka yang bekerja sahaja. untuk Sabtu Ahad student boleh masuk, tapi 16 tahun ke atas sahaja.

maklumat lanjut boleh layari web ini :-


berbalik pada tajuk, actually aku bertugas di level 3 convention centre berdekatan dengan surau n toilet, lewat petang tadi, Wardina n suami dia naik atas area tempat aku tu untuk solat asar. (suami Wardina seorang arkitek). 3 anak dia ada bersama. serius Wardina sangat cun sama macam dalam TV. hubby dia plak senyum tak lekang. anak lelaki dia sangat comel. haha. sempat aku mengushar. Arni Nazira aku nampak kat Suria KlCc. pun cun jugak walaupun tak solek sangat. owh. rupanya hari ni kebetulan nampak dua orang artis wanita yang bertudung.

event hari ni kira okla. sebab kebanyakkannya dah wat pre-registration online. so takdela ramai sangat yang aku kena guide isi form. dan untuk hari Khamis tadi kebanyakkan yang datang pun with proper attire. cuma ada 1-2 orang je yang pakai shorts n slippers. event-event yang dilaksanakan hari weekdays memang tak akan benarkan shorts n slippers. sama je macam  event SME, SubSea n MiHas hari tu. kalau orang yang dah biasa pergi event camni, memang diorang akan pakai proper attire.


heheh. esok ada orang yang berkira-kira nak belanja aku makan jam 7 malam kat klcc. hahaha. tiba-tiba je perut aku terasa lapar. ekekeke.