Wednesday, June 30, 2010

accidentally met him again.

hari ini aku pergi sesi briefing untuk next exhibition kat klcc esok. then lepas tu aku pergi Times Square. macam biasalah jalan sorang-sorang. actually 'rakan sekerja' aku ada ajak minum-minum dulu kat NZ b4 balik, tapi aku segan sebab diorang berenam semua lelaki.  kat Times Square aku cuma beli perfume. then balik ke KL Central.

kat KL central tulah, aku terjumpa Micheal. alaa.. jejaka Chindian yang sama-sama kerja dengan aku kat exhibition kat KlcC awal June aritu. hari ni dia ada kat tengah-tengah ruang kl central jadi part timer Gillete. of coz la aku tegur dia. rupanya dia dah kerja part timer Gillete sejak minggu lepas lagi. patutlah dia tak terlibat dengan exhibition halal kat matrade hari tu. 

He still the same. handsome dan smart. dan ramah macam selalu. tapi oleh sebab dia sedang kerja. aku pun tak sembang lama. dalam 3 minit je camtu.

dalam hidup ni, memang bertemu dan berpisah tu adat kan. but its okay. sekurang-kurangnya kita ada kenangan. kenangan tu takkan luput di ingatan.

kalau ditakdirkan. kita pasti akan berjumpa lagi. kan?


Novel Ombak Rindu bakal difilemkan.

selepas filem Lagenda Budak Setan berjaya mencapai sasarannya di pawagam, novel seterusnya yang bakal mengikut jejak adalah karya Fauziah Ashari bertajuk Ombak Rindu. dikatakan bahwa Osman Ali bakal menjadi Director untuk filem ini. menurut FanPage Lisa Surihani di laman sosial Facebooknya. watak-watak yang dicadangkan telah pun ada. iaitu Aaron Aziz sebagai Haris, Maya Karin sebagai Izzah dan Lisa Surihani sebagai Mila. 

novel Ombak Rindu mengisahkan Izzah, gadis kampung yatim piatu yang terperangkap bahana dari bapa saudaranya sendiri yang 'menjualnya' di kelab malam sebagai penghibur. di sanalah dia bertemu Hariz, dan Hariz 'merosakkannya' serta mahu memilikinya. namun Izzah merayu supaya tidak dijadikan perempuan simpanan sebaliknya meminta Haris menikahinya diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa.

Haris yang merupakan anak seorang usahawan (Tengku Sufiah) seorang lelaki yang sangat sombong dan ego. walaupun Izzah sudah dinikahi sebagai isteri namun dia melayan Izzah dengan penampar dan sepak terajang. (alaaa, ini cerita yang mula-mula tak suka lama-lama jatuh cinta gak...biasalah. novel kannnn, macam korang tak paham.) actually novel ni ada sekuel dia. tapi sekuel dia bagi aku tak bape best sebab berbelit-belit sket. siap Izzah tetiba ada kembar la pulak. well, taktau style macam mana novel ni akan difilemkan, bersama sekuel dia atau apa. kita tunggu saja.

---------------------------------------------------------------------------------

novel Ombak Rindu ni aku baca time aku form 4. memang sedih la menangis-nangis feel habis. masa tu aklau ada orang yang tak baca lagi novel ni memang kitorang akan paksa suruh baca gak novel ni sebab kononnya macam best gila. tapi dedulu masa zaman sekolah menengah aku memang kaki novel cintan melayu alaf 21. tapi kau faham-faham jelah, cerita dalam novel flow dia mana lari sangat. lebih kurang je pun. balik-balik cerita lelaki anak orang kaya perempuan lak gadis kampung je. pastu si lelaki ego gila-gila mula-mula benci padahal dalam hati dah suka. ala, memang macam tu jelah selalunya. kan?

zaman kat Universiti ni aku memang dah jarang layan novel. kalau gila-gila orang kata best barulah aku nak baca. cam novel Habiburrahman Al-Sherazy dan Hlovate.

apapun, diharapkan filem adaptasi novel bukan saja bergantung pada 'peminat novel' semata-mata. biarlah ceritanya digarap dengan baik demi kepuasan penonton. biar kita boleh berdiri bersama dengan filem adaptasi novel di Indonesia dan negara-negara lain.




Tuesday, June 29, 2010

apabila anonymous menjentik.

sekali lagi anda datang ke ruangan saya dengan status anonymous.


sebagai anonymous, sebagaimana anda datang dengan tidak bernama, maka anda tidak diberi hak untuk comment anda dipaparkan di blog ini. walaupun pendapat anda mungkin tahap 'terbaik dari ladang'. apapun, comment anda tetap saya baca. jutaan terima kasih atas 'keprihatinan' anda. susah-susah meluangkan masa di sini. mungkin anda tak punya blog, atau mungkin anda tak punya google account. jadi tak mengapa. sebarang komen anda selepas ini (itupun kalau ada), bolehlah menghantarnya ke inbox email saya di nursarahputeri@gmail.com

kenapa saya berbuat begini?. kerana saya malas nak berkasih sayang dengan anonymous dalam blog secara public. nanti readers saya yang lain jealous plak dan makin ramai pulak nak jadi anonymous. kalau anda berminat sangat nak bagi pendapat peribadi, saya merasakan bahwa saya perlu memberikan jawapan balas. tetapi tidak adil untuk 'kita berkomunikasi' secara public. untuk tidak perlu kepada penglibatan pembaca yang lain. maka email adalah cara terbaik.

sebarang kritikan, saya terima dengan terbuka jika ianya adalah berasas. tidak perlu menghantar 'kau macam bagus sangat' di formspring me saya dengan tanpa arah. kalau mahu menegur, lakukan dengan berhemah, just let me know tang mana yang anda tak puas hati. tang mana saya patut perbaiki. ingat! saya bukan musuh anda. dan saya tidak memusuhi sesiapa.

saya hanya punya life yang di tahap biasa-biasa saja. penulisan saya juga di tahap biasa-biasa saja. tak perlu tertarik sangat untuk menaruh dengki atau sakit hati. hidup saya bukan best sangat untuk anda menaruh sebarang hasad. saya cumalah blogger tepi parit yang tiada apa-apa istimewa.

sekian.


Netherland dan Brazil menepati ramalan ke Suku Akhir.

cerita bola lagi...

Slovakia dan Chile tepaksa akur dengan kekalahan mereka di tangan lawan yang sememangnya mempunyai rekod unggul di arena bola sepak. Netherland yang menang 2-1 ke atas Slovakia sememangnya bermain dengan baik, sekalipun Slovakia turut memberi tentangan hebat. skuad Samba yang bermain 'lengkap' berjaya menyudahkan permainan peringkat kalah mati dengan jumlah gol 3-0 ke atas Chile.

malam ini pula, giliran Japan menentang Paraguay, serta Portugal menentang Spain. berharap sekurang-kurangnya Jepun dapat menjadi wakil terakhir negara Asia setelah kegagalan Korea Selatan tempoh hari. ramai yang menjangkakan Portugal bakal menghantar Spain pulang kerana rekod kenduri gol mereka semasa menentang Korea Utara. diharap Casillas dan pasukannya dapat menafikan pendapat ini. (ku tetap sokong Spain).


--------------------------------------------------------------------


komen di blog ini telah di setting kepada moderate comment. formspring me dan shoutbox juga telah dimansuhkan sama sekali. tak sangka blog tepi parit macam ni pun ada orang nak hasad dengki. tertanya-tanya juga, apa agaknya salah saya kepada si pendengki tersebut.

saya hanya mahu berblog dengan biasa-biasa saja. tiada paksaan untuk sesiapa membacanya. namun pendengki adalah tidak dialu-alukan. tapi kalau masih berminat untuk menaruh dengki, terpulang anda kerana Allah tetap menaungi saya. Alhamdulillah.




Monday, June 28, 2010

jangan mudah menilai orang.

entry ini ditujukan kepada manusia yang berkaitan sahaja...



apabila anda membaca sesuatu cerita. anda memang berhak menilai, tapi ingat, penilaian anda tidak semestinya betul, jauh lagi tepat. cerita yang anda baca. bukan 100% lengkap dari awal hingga akhir. ia mungkin sebuah penceritaan ringkas yang akan datang diharap ada sesuatu yang dapat diperbaiki.

jangan mudah menilai sesebuah penulisan dari sudut 'komplen' semata-mata. cuba lihat ia dari sudut 'harapan untuk masa akan datang'. biasanya manusia. dia tidak akan menulis suara hati tanpa sebab. bila dia kongsi sesuatu dalam blog, itu bermakna dia harap pembaikan di masa akan datang.

anda tidak akan tahu apa-apa, selagi anda tidak berada dalam posisi si pencerita. nak bagi pendapat, nak bagi buah fikiran. semua orang pun terer. tapi hanya yang mengalami yang akan tahu bagaimana. oleh itu,  jangan anda mudah mempertikaikan 'bidang tugas' orang lain.

bagaimana saya menerima training, berapa saya dibayar, itu tidak ada kaitan dengan luahan rasa saya di alam blog. saya berkongsi sesuatu di sini bukan untuk menyesali bidang tugas saya. tetapi berkongsi sesuatu supaya akan datang flow sesebuah exhibition/showcase akan menjadi lebih baik. pandanglah dari sudut itu.

saya suka kerja saya. dan turut berbangga menjadi salah seorang tulang sisi kepada sesebuah exhibition atau showcase. tetapi saya bukan bertugas untuk sekali (mihas sahaja). saya sudah memberi khidmat yang sama untuk exhibition lain sebelum ini, dan tetap akan bertugas di posisi sama  untuk showcase yang lain akan datang. sebab itu saya katakan, jangan melihat cerita mihas itu dari sudut komplen semata-mata.

jangan mudah mempertikaikan tahap profesional orang lain jika anda tidak pernah berada di posisi orang itu. ya. blog adalah public. sesiapa pun boleh baca. dan jika anda adalah seorang pembaca, jangan assume sebuah cerita yang 10% sebagai 100%.

apapun. terima kasih kepada 'anda' yang memberi komen tanpa cas (neutral) dalam bahasa yang baik. saya menerima ia dengan hati terbuka. dan berharap 'anda' menerima jawab saya ini dengan hati terbuka juga.


sekian.

Sunday, June 27, 2010

Uruguay dan Ghana semakin bersinar.

kita kembali bercerita mengenai Bola Sepak. atau lebih tepat lagi World Cup 2010. Uruguay dan Ghana menjadi pasukan pertama yang melepasi peringkat kalah mati. dengan keputusan 2-1 kepada lawan masing-masing. South Korea dan USA yang kelihatan bersedih dengan kekalahan tipis mereka harus akur bahawa bola sepak ini memang kadangkala 'nasib' tidak menyebelahi. bukan tak terer. tapi tak ada luck. kalah tak apa asalkan dengan bermaruah.

tidak sia-sia aku menaruh harapan pada pasukan Uruguay. tidak sia-sia menukar jersey Uruguay dalam Facebook. hahaha. bangga sekejap.

---------------------------------------------------------------------------

semalam di Mihas 2010, aku ada berjalan-jalan di booth-booth tertentu. jap. ada orang tanya aku kat Formspring Mihas tu menda apa. adoi.. kalau ditanya pada En.Google kan lagi cepat. Mihas tu adalah singkatan pada Malaysia International Halal Showcase. orang kampung panggil 'karnival halal'. semua produk sama ada makanan atau kosmetik atau ubat segala ditanggung halal oleh pihak Jakim.

apa lagi?

errmm. semalam ada peserta-peserta Imam Muda kat Mihas. lepas tu kan. aku gatal-gatal nak menyelit-nyelit siap laga bahu sket ngan salah sorang peserta. ahaha. gatainya aku. ada hati nak mengurat Imam Muda. tak sedar diri betul. tapi kan. muka diorang. suci bersih je tengok. orang kampung kata ada 'nur' gitu. seswai dibuat calon suami. tapi aku ni pulak tak layak jadi calon isteri diorang. :p


p/s: nak taip panjang tapi masa tak mebgizinkan. chow dulu.


Friday, June 25, 2010

lawak France dan Itali di World Cup '10

akhirnya. title Juara dan Naib Juara Dunia World Cup 2006 di Jerman 4 tahun lalu sememangnya hanya tinggal nostalgia semata-mata. untuk WC '10, France dan Itali sama-sama 'bungkus' di peringkat kumpulan. macam 'adil' sebab mereka sama-sama pulang awal. so mereka masing-masing sama ada pemain mahupun penyokong, bolehlah bersedih bersama-sama. meratapi 'kemenangan' terdahulu yang hanyalah 'kenangan' cuma. siapa jangka, mereka akan pulang seawal ini. sekalipun kononnya dikatakan berada dalam kumpulan 'selesa'. 

kekalahan 3-2 Itali kepada pasukan Slovakia malam tadi benar-benar memusnahkan harapan terakhir team mereka. apa yang boleh dikatakan lagi. Sayonara. dan sampai berjumpa lagi di EuRo 2012, dua tahun lagi. (itupun kalau layak. ekeke). perlawanan seterusnya, Netherland yang menduduki tangga paling selesa di kumpulan E hanya perlu bermain seperti biasa untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan. manakala Japan harus menundukkan Denmark untuk sama-sama layak mengiringi Korea Selatan ke peringkat seterusnya.



p/s: World Cup 2010 tetap berseri, walaupun banyak 'kejutan' dari team underdogs.

Thursday, June 24, 2010

kedai mamak? kan ke mahal, tapi tetap ramai customer.

siapakah dikalangan anda yang langsung tak pernah makan kat mamak stall?

walaupun anda mungkin bukan 'kaki mamak stall'. paling kurang pun, mesti ada sekali kot pernah try. kalau lelaki jangan cakaplah. kalau pempuan lak. memang jarang-jarang. tapi tetap ada.  sekalipun bukan semua kedai mamak ni owner n pekerja dia semuanya beragama Islam. tapi still gak. ramai orang kita yang 'layan kedai mamak'. apa yang istimewa sangat ya?

orang kata mamak stall ni adalah ibarat restoran 1 Malaysia. orang India, Melayu malah Cina pun layan kedai mamak. padahal semestinya layan kedai mamak sebab teh tarik dia yang kaw, takpun roti canai yang macam-macam, roti bom lah, roti kapas lah, dan macam jenis. nak carik kedai makan melayu yang ada variasi macam itu. dalam 28. satu pun belum tentu ada.

cerita sket pengalaman aku layan kedai mamak. 1st time dulu masa aku 2nd year. keluar lunch dengan kawan lelaki bangsa cina. dia belanja aku makan kat kedai mamak kat area Bangsar. masa tu aku makan nasik lauk sotong pedas, segelas air oren. kawan aku makan nasik lauk kari daging kambing dengan air sirap limau kot. tau bape harga dia? RM26. terkujat aku. ni macam makan kat KLCC je harga. aduhai.

pagi tadi sebelum ke Mihas 2010. aku sarapan dengan kawan aku kat area Jalan Duta. boyfriend dia la bawak gi situ. nasik lemak daun pisang (sambal+telur rebus dipotong separuh). harga dia RM 3.50. padahal kalau nasik lemak setaraf itulah, dekat Stesen U cuma RM1. alahai. mamak owh mamak. kalau hari-hari layan mamak stall. memang cukup bulan 'kopak' gak la poket aku. ekeke

tapi kan, aku heran gak, cam mana orang leh tahan pi layan mamak setiap hari. (makan sambil sembang-sembang baca newspaper) cuba kira. sarapan sekali, lunch, then malam layan bola pun mamak stall lagik. eii. janganla laki aku kelak 'kaki mamak stall'. daripada dia melabur kat kedai mamak, baiklah berjimat simpan duit untuk aku shopping kasut. :p


--------------------------------------------------------------------------------


walaupun tidak mempersembahkan kelayakan bergaya seperti Argentina dan Uruguay. at least England tidak mensia-siakan peluang terakhir mereka pada perlawanan akhir menentang Slovenia malam tadi. dan peminat England tidak perlu berasa hampa. dan seperti yang diduga oleh aku pada awal dulu. England harus sekurang-kurangnya tidak pulang di peringkat kumpulan. ramalanku benar. no.no. saya tidak berjudi. :p

tengah malam nanti giliran kumpulan D pula mencuba nasib. apapun aku sokong kemaraan Ghana sebagai wakil dari benua Afrika. dan Germany pula. aku tak kisah dah akan nasib kau. haha. gile kejam ayat aku. kahkahkah! Australia sememangnya akan pulang. Serbia pula masih lagi boleh menyandarkan harapan. tak kisah. tak kisah. asalkan jangan Miroslav Klose kena kad raya lagi sudah. Podolski jaga-jaga. penalti pun takleh nak umpan. alahai. berat tuh.

oklah. kerja esok nih. nitez. esok pagi tengok berita je pasal bola. nak nonton memangtak larat ah. haha

Tuesday, June 22, 2010

MIHAS 2010 Di Kompleks Kerajaan Matrade.

Mihas (Malaysia International Halal Showcase) 2010.


Venue:  Hall D, E, F di Kompleks Kerajaan, Menara Matrade, berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan.

Time: 23rd-25th June 2010 (trade visitors only, housewifes, children are not allowed)
         26th-27th June 2010 (public visitors, all are allowed)
         open from 10am-7pm.

Attire: smart casual, t-shirt with collars, shoes. (no slippers, no shorts n mini skirt)

Important reminder: Camera is consider as prohibited item (except for journalist with bussines card).


------------------------------------------------------------------------------



MIHAS 2010 akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada hari Rabu (23 Jun 2010) jam 3 petang. semua pelawat dikehendaki mengisi borang pendaftaran di Hall D dan mendapatkan badge untuk masuk ke Showcase ini. ( adalah lebih mudah jika anda datang bersama sebatang pen kerana kemudahan attachable pen adalah terhad ).

Datanglah beramai-ramai!!


p/s: kalau nampak aku kat showcase ni, sila buat-buat tak kenal.

saranghae David Villa.. miss you Fabregas!

malas nak komen pasal Goal SuperSaiya TUJUH bijik oleh pasukan Portugal. tapi ia memang SuperSaiya macam Dragon Ball. ada tujuh bijik kesemuanya. sebijik di separuh masa pertama dan 6 bijik di separuh masa kedua. boleh tahan hebat. sehingga tahap tak sampai hati melihat Korea Utara kalah dengan tak bermaruah. err, terkena badi Korea Selatan yang kalah dengan Argentina b4 ni kowt. ekekeke..!!!  makin tak sabar nak tunggu perlawanan pelengkap kumpulan antara Brazil dengan Portugal. 

semalam Spain bangkit dari kekalahan memalukan keatas Swis tempoh hari. 2 jaringan dari David Villa akhirnya 'melegakan' para penyokong mereka. Chile juga turut menang ke atas Swis dan membolehkan mereka menduduki tempat teratas kumpulan H. Spain perlu menang bergaya ke atas Chile jika mahu menyandang kedudukan juara peringkat kumpulan. lawan mereka di peringkat kalah mati. sama ada Portugal atau Brazil. aishh. memang tak mudah.

Uruguay dan Mexico hanya perlu seri untuk layak ke peringkat kalah mati. tapi aku berharap Uruguay boleh menang. walaupun Mexico ternyata tak kurang hebat. kita tengok saja, ia mungkin antara pertemuan yang dijangka menarik malam ini. France dan Afrika Selatan dah boleh start packing barang. kasihan pula tuan rumah. kasihan juga atas France. mungkin England dan Itali bakal mengikut jejak mereka?. England deserve to balik kampung. Alahaii.. bekas juara Dunia '06 sudah hilang bisa. walhal di Euro '08. Itali bermain dengan bagus juga.

sebenarnya nak taip panjang lagi pasal World Cup. tapi.. ermm. kita sambung sembang bola malam ini sajalah ya. bola dan bola saja. kan I dah kata, tak lama. sebulan saja. haha


Monday, June 21, 2010

nak jumpa tukang cat tak bertauliah.

salam Isnin. selamat bekerja. dan selamat bersekolah.


Ivory Coast kalah 3-1 dengan Brazil. ermm, aku macam dah nampak bayangan Brazil n Argentina ke Final World Cup. Arghh. tak cun ah! tapi aku kini penyokong Uruguay. jersey 10. Diego Forlan. biarpun Forlan muka cam orang jahat. tapi yang penting dia hebat. ekeke. nak dia jadi penjaring terbanyak boleyhhh? ermm, tengah malam nanti Spain lawan Honduras, kalau diorang tak menang dengan 'cantek' memang lah nak kena! errr. mukadimah bab bola saja kalau masuk blog ni. sabar jelah kepada yang tak minat bola. :p

hari ini hari Isnin. musim persekolahan sudah bermula. tapi demam bola semakin rancak. Uruguay for sure akan ke pusingan kalah mati, kalau Uruguay juara Group A, mungkin bakal bertemu Korea Selatan sebagai naib juara group B. mintak tolong Argentina. sila belasah Greece supaya Korea Selatan boleh lepas peringkat kumpulan. Korea Selatan takkan takleh menang dengan Nigeria? alamak, siannya kat Nigeria kalau kalah semua games. France n England dah out kot. Itali pun macam sangap je. eh, perenggan kedua pun citer pasal bola lagi?. tension je kan. haha

siapa tu si tukang cat itu?

hari ini beliau menyambung tugasan sebagai pengecat tak bertauliah di kediaman ibu-bapanya di Melaka, haha. dengar kata gaji yang diberi adalah seutas jam tangan dan pakej yuran pengajian peringkat sarjana. boleh tahan lumayan. apa lagi. sila mengecat dengan baik-baik. jangan sampai comot. eh, malam tadi layan Brazil lawan sampai 4.30 pagi. tentunya hari ini tugasan mengecat akan bermula sesi petang. kahkahkah!

oleh sebab tukang cat busy. biar sajalah beliau dengan tugasnya. postpone sajalah plan untuk berjumpa. errr. ingatkan dapatla paw beliau tiket wayang Karate Kid+ McD ke apa. alahai.


Sunday, June 20, 2010

Busuk punya Perempuannnnnnnnnn!

kalaupun kau tu wangi, pakai minyak wangi semerbak bau bunga sundal malam. kalaupun rambut kau punya lurus panjang mengurai angkara teknik rebonding salun jalanan. kalaupun kau suka sangat bergaya dan berlagak macam kaya. kalaupun kau nak nampak cantik dengan barang berjenama yang kau tak mampu beli dengan cash. kau tetap aku cop sebagai perempuan paling BUSUK sebab engkau PENCURI.


Busuk punya Perempuan.!! buat malu aku je sebangsa dan sejantina dengan kau!! gila busuk lah kau tiga perempuan genit!!


Sabtu Ahad, aku jadi promoter secara lebih masa di Jusco. 9 jam berdiri. dan hari ini, jam 8 malam lebih kurang, aku didatangi 3 gadis genit yang mulut dan muka lebih manis dari gula. rupa-rupanya tangan panjang berdepa.  bukan setakat curi aksesori kat ruangan yang aku jaga. malah turut mencuri barang berjenama yang lain, hasil curi bernilai lebih RM 150.!!

modus operandi?

diorang datang macam the real customer, siap mintak nak try. then try-try depan cermin, sambil sikit-sikit melempar senyum ke arah promoter yang keletihan. then tanya bape harga, dan siap tanya berapa harga lepas diskaun and so on. bila dah mintak bil, kau buat-buat macam nak pergi site lain, nak tengok barang lain. taknak direct ke kaunter bayaran. bila orang dah tak perasankan kau, senyap2 kau masuk dalam fitting room. kau gunting kesemua tanda harga dan kau masukkan barang-barang yang kau curi tu dalam beg kau. dan kau cepat2 berambus. then bila orang jumpa tanda harga yang dah digunting tu. kau bertiga dah lesap. macam pelesit!

kalau tengok hasil curi, perempuan busuk ni bukan pencuri junior, ini memang spesis lebih busuk dari biasa. semestinya kau bertiga memang dah tahap profesional mencuri di supermarket. pandai!! mencuri di hari ada Mega Sale, hari minggu pula. customer ramai. kau bertiga buat kerja camni dengan bertopengkan wajah nan manis. tapi hakikatnya? betapa busuk!!!

kali ini kau terlepas. tapi cuma satu doa aku. semoga di lain kali, kau bertiga akan kantoi juga. sebusuk-busuk bangkai tertanam, lambat laun berbau juga. Ingat tuh!



p/s: bangkai pun lagi wangi dari spesis macam ini.

Saturday, June 19, 2010

lawak Spain dan Germany.

Villa:- "malunya pasukan kita kalah dengan Swiss".

Torres:- "alaa..apa nak malu? tu Germany pun lingkup lawan Serbia".

Villa:- "kira kita ada Geng la nih?"

Torres:- "yela. Germany tu kan opponent kita time final Euro '08 dulu"


(Spain dan Germany sama-sama berkongsi 'malu'. mati kutu mencari Goal walaupun satu.)

'sampai hati aku gelakkan team favret sendiri, jahat gila aku nih'



perasaan yang hambar, sama hambar dengan musim World Cup. yes! ternganga dengan keupayaan Mexico mengalahkan France. juga Switzerland menundukkan Spain. tak lupa Serbia mengejutkan Germany. semua team underdogs rupanya telah menyimpan 'kejutan' ini bersama-sama.  Ops! terkejut. terkejut. England? tak payah cerita!

hanya Argentina yang masih kekal 'cemerlang'. bakal bertemu Greece untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan. tapi kedudukan dah begitu selesa. entah kenapa aku membayangkan Argentina akan berjaya hingga ke peringkat Semi Final. walaupun aku tak sokong team ni. tapi nampak gayanya begitulah.

mr.S, 'sahabat baik dunia bola sepak saya'. untuk kali ini beliau memihak kepada Netherland. satu lagi team yang belum tentu nasibnya walaupun berada dalam kumpulan 'mudah'. sebabkan World Cup kali ini penuh kejutan, kita tunggu saja. mungkin Netherland mahupun Brazil bernasib sama?. ditundukkan pasukan underdogs juga. siapa tahu.

berkira-kira menghadiahkan sesuatu untuk mr.S sempena beliau menyambung pelajaran ke peringkat Master. juga sempena bezdaynya awal June lalu. semalam dah survey. mungkin hari ni boleh beli. hadiah yang sangat comel as perhiasan dalam kereta. Ops! He is my bestfriend rite?. Yes. He is.




Friday, June 18, 2010

Buffered Earning:- kempen dari Nokia dan DiGi.

DiGi Oh DiGi!

DiGi dengan baik hatinya telah menghadiahkan blog ini B.E yang ke-3. iaitu DiGi Live Tour. sebelum ini B.E dari DiGi adalah DiGi Prepaid King dan DiGi Weave. terima kasih DiGi. terima kasih Nuffnang.


Nokia Connecting People.

Nokia juga telah menghadiahkan blog ini B.E buat kali ke-2. sebelum ini Nokia Email Rookie dan yang terkini adalah Nokia Navigation Phase 2.



Nuffnang sangat handsome! kan.kan. dengan itu. blog ini tidak akan mendua atau mentigakan Nuffnang. Mangga Ads? haha. ada gak try kat blog 'puteribiru'. baru daftar je. as eksperimentasi. hehe




p/s: pasukan UnderDogs mula meNyinga! nganga semua orang.

Usharrr Awek! ada berani?







hari ni kita nak cerita santai saja. no.no. tutup kejap alkisah World Cup. team favret aku semuanya ke laut. merajuk lah. merajuk!. nanti kalau team aku mula 'menyinga'. kita bukak balik topik bola. okeyh. setuju ya semua.

tajuk tu bukan khusus untuk lelaki, tapi sebenarnya untuk perempuan juga. mari-mari, kita berbicara tentang 'meNgushar'. Ushar menurut kamus Nursarah bermaksud melihat/memandang/menengok sehingga tahap macam tertarik untuk cuba menarik perhatian orang tersebut supaya dia perasan kehadiran kita. Ushar tidak juga bermaksud mengurat/mentackle. tapi dia lebih kurang macam Test Market. macam suka-suka. macam seronok-seronok. tapi bergantung pada niat masing-masing.

tujuannya? bila lelaki Test Market. aim dia biasanya sekadar nak tengok, apa respon perempuan tu. sama ada +ve ataupun -ve, ia macam result kepada jauh mana seseorang lelaki tu 'market'. disamping nak tahu. level-level seorang perempuan. sama ada di tahap jual mahal ke, jual murah ke, ada diskaun 30% ke. and what so ever. mungkin lelaki pandai menilai 'level-level' tersebut. ntah betul ke tidak penilaian diorang tu. bergantung pada 'pengalaman meNgushar' masing-masing.


bila perempuan di Usharrr!

kalau aku. bergantung pada situasi. kalau angin hari tu tak bape nak elok. sebab malamnya pasukan favret World  Cup kalah dengan tak bermaruah.(contoh je) haaaaa. lebih baik. lebih baik jangan try test. aku ni dikurniakan wajah yang dari kejauhan boleh nampak mood aku sedang dalam lampu hijau ke lampu merah. kalau tatkala itu aku tiada mengukir senyum. muka serius saja macam sang Harimau sedang kelaparan. maka kau faham-faham sajalah.

tapi kalau mood sedang di alam fairytales (sedang berkira-kira mahu jumpa 'kawan tersayang'). itu contoh. haa. maka nak ushar sepuluh kali pun aku tak apa. macam semalam. ada seorang lelaki berani mengushar aku. sebabkan dia ada rupa. dan muda pula. dengan senang-senang aku bagi hadiah senyuman. ye aku tau dia nak tarik perhatian, so aku bagi senyuman je dia terus puas hati. (situasi dia ala-ala entry Encik Pengawas di pagar sekolah hari tu). ceh! kauuu! bukan main suka lagi kalau aku bercerita macam ini. :p

respon +ve dari perempuan tak juga bermaksud 'kami ni melayan'. tak semestinya. kadang-kadang aku macam dalam situasi nak tak nak kena 'layankan' je orang yang sedang Test Market nih. lagi kita menyombong lagi dia nak Test Power. sebabkan nak bagi dia perasan macam 'market' dia dah bagus dah. maka bagi jela respon +ve. YA. kau memang dah cukup power bab mengushar awek. sekarang kau boleh la perasan sorang-sorang. haaaa. bagi la dia feeling macam itu. biar hati dia berbunga-bunga keriangan.

bagi perempuan juga, lelaki yang tak pernah Test Market lagi mahal harganya. Yep. ada lelaki yang 'gila pemalu'. Ushar-mengushar ni bukan 'dunia' dia. sebab yang jenis macam ni percent dia sedikit. maka yang sedikit ni biasanya perempuan suka. tapi kadang-kadang golongan macam ini boleh jadi membosankan. sebab dia tak ekspresikan feeling dia. macam kita pun sampai kesudah tak tahu. dia ni suka ke tak, ada perasaan ke tak. takkan kita nak tanya direct. haa, dia jadi macam serba tak kena. walaupun perasaan serba tak kena/berteka teki ni macam 'indah'. tapi lama-lama jadi bosan. (eceh, macam ada pengalaman je. kahkah).

dan semua diatas adalah pandangan peribadi aku yang tak semestinya betul semua pada pandangan anda. tapi tak apalah. kita kongsi-kongsi cerita. kot-kot anda punya pandangan/cerita yang lebih berharga?


p/s: mood penulis sudah dinyatakan dalam entry. bab contoh tu bukan sekadar contoh. ~wink-wink~






Thursday, June 17, 2010

Sultan Brunei dan Azrinaz Putus Kasih.

ini cerita pagi ini. dengan mata yang membengkak akibat menangis akan kekalahan Spain malam tadi. ok. dia punya feel macam nak menangis. punya kuciwa. tapi tak nangis pun. redha. itulah Abg David Villa, kan syg dah pesan jangan over confident. tengok apa jadi?.

dengan kecewa yang amat, bukak jugak kosmo online n metro online. Kosmo kata Spain diratah. sabar jela punya tajuk. klik kat Metro online, jumpa pulak berita perceraian Sultan Brunei dengan Azrinaz (bekas personaliti tv3). aikk! dah berceraikah?. mengapakah?.

tak ada cerita lanjut pasal kenapa mereka bercerai. erm. anak dah dua orang masih kecil pula. kesian kat anak-anak. tak apalah. nafkah dari seorang billionaire agak-agak sebulan dapat bape ek? cukup tahun cecah sejuta tak? $$$$$$$$!

tukar tajuk jap:-

Uruguay belasah Afrika Selatan 3-0?.. Aikk. ada can depa jadik juara Kump A kalau macam nih. Kump B pulak?. sama ada Korea Selatan atau pun Argentina akan jadi juara. mungkin boleh diagak bergantung pada keputusan perlawanan mereka malam ini. eiii. Korea Selatan. sila jangan mengecewakan hamba.!






Wednesday, June 16, 2010

Encik Pengawas pujaanku ialah.....



"Oh Mai God. aku lambat lagi hari nih", pelan-pelan aku melangkah dari pagar sekolah ke tapak perhimpunan. semua murid sudah sedia berbaris.

" Ops! siapa kata awak boleh lepas? "

Aku memandang wajah pengawas lelaki yang tiba-tiba menghalang jalanku. Senyum. Sudah tahu bahwa bukannya namaku yang bakal dicatit. Itu hanyalah modalnya menyapa pagiku. Pagi itu, dan pagi-pagi sebelumnya juga sama. mungkin sebab inilah. Aku selesa datang lambat ke sekolah. Sekurang-kurangnya, 'dapat hadiah' sebaris teguran dan sebuah senyuman.


-----------------------------------------------------------------------------------


sebelum dapat masuk kelas selepas waktu rehat, harus beratur dulu di luar kelas. kali ini Encik Pengawas yang sama juga 'bertugas' menyoal beberapa istilah sains. kalau jawapan betul baru diizinkan masuk. lepas semua pelajar menjawab soalan dan masuk. Aku akan menjadi 'peserta' terakhir.

" Awak nak soal apa? "

" No more science questions, Ermm. tadi time rehat makan kenyang tak? "

Gelak sekejap sebagai jawapan. " Dahla, jom masuk kelas ".

Setiap hari pun, hari yang riang gembira sebab ada Encik Pengawas. HeHeHe.


------------------------------------------------------------------------------------


siapakah gerangan Encik Pengawas?


Jeng.Jeng.Jeng...

-

-

-

-

-

-

-

-




David Villa





p/s: Go.Go. Spain!!! sila menang dengan bergaya okeyhhh!

sembang World Cup:- 1st match England, Italy, France dan Portugal sekadar seri.

macam biasalah. kali ini, kita sembang pasal World Cup lagi.


team kegemaran ramai England hanya mampu seri dengan United States. Juara World Cup '06 hanya mampu seri dengan Paraguay. begitu juga dengan nasib Naib Juara World Cup '06 France, juga setakat seri dengan Uruguay. terkini, tempat ke-4 World Cup '06, Portugal juga seri tanpa jaringan menentang Ivory Coast. aik.. takkan masing-masing simpan taring kowt. hurm. anggap jelah begitu. :p

penjaga gol England  Robert Green dikatakan membuat kesilapan sehingga gawangnya bolos dengan mudah. United States, Uruguay dan Paraguay pastinya sangat berpuas hati dapat menyamakan kedudukan dengan 'pasukan-pasukan gah'. haa, siapa kata laluan mereka adalah mudah? Ivory Coast aku anggap sebagai pasukan yang tak kurang hebat sebab ada Drogba. tapi macam mana team dia perform aku tak amik port sangat. hehe.

ramai peminat berpuas hati dengan pencapaian pertama pasukan Germany, Korea Selatan dan Netherland. tapi antara tiga-tiga ni, Korea Selatan lebih dilihat sebagai 'HERO' kerana Greece adalah pasukan hebat kalau nak dibanding dengan Australia dan Denmark. rasanya Germany, Korea Selatan dan Netherland boleh pergi jauh untuk World Cup kali ni. kita tunggu saja. err, Argentina sekadar 1-0 dengan Nigeria. belum boleh dibanggakan laa. haha.

Jepun pula tak kurang berbisa. mungkin sebab naik semangat dengan pencapaian negara jirannya Korea Selatan, akhirnya berjaya menundukkan Cameroon 1-0 hasil jaringan Keisuke Honda. katanya pertahanan Jepun agak mantap. heh. orang Asia lawan bangsa Afrika. siapa kata tak boleh menang? kecil jangan disangka anak ayam. hitam jangan disangka gagah. hahaha. apakah?!

tengah malam ini Brazil bakal bertemu Korea Utara. pendapat peribadi aku. Brazil tak akan menang mudah. malam esok. Spain bertemu Switzerland. juara Euro '08 mungkin berlawan tanpa Torres untuk malam esok. tengok senarai pemain kesebelasan kat livescore.com tak ada nama Torres. mungkin direhatkan ke apa. tak bape pasti. tapi David Villa tetap ada sebagai tunggak utama. 

ok. setakat ini dulu sembang WC kali ini. kita tunggu pula nasib mereka di perlawanan seterusnya. England, Italy, France dan Portugal kena buktikan sesuatu untuk perlawanan kedua mereka. tak boleh kalah, dan tak boleh seri. mesti menang. okeyh.




Tuesday, June 15, 2010

music box :- where do i begin.







entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan muzik lagu 'Where Do I Begin' yang selalu digunakan sebagai irama dalam music box. dulu masa sekolah menengah, music box adalah hadiah favret. sama ada untuk kawan baik mahupun kawan istimewa. macam setiap orang mesti pernah dapat hadiah music box. tak pun beli sendiri buat koleksi. dan irama paling selalu dimainkan dalam music box adalah dari lagu 'Where Do I Begin'. dia punya muzik. Perghh! membelai ke jantung sanubari. boleh terbawa-bawa sampai berangan di alam FairyTales. punya indah penangan sesebuah irama.


-----------------------------------------------------------------------------------


" tRue LovE is that Which cAn GiVe tHe MosT wiThoUt AskinG, or dEmaNdinG aNyThiNg in reTurN ".



" Are your palms sweaty? is your heart racing? and your heart cought within your chest? its not love. Its LIKE."



" Would you give them your heart? your life? and your death? then Its LOVE."







" Are You Attracted to Others but Stay with Them Faithfully with No Regrets? then Its LOVE "


"Do You Accept Their Faults because its Part of Who They Are? then Its Love"



"Do You Cry For Their Pain? Even When They Are Strong? then Its Love. TrUe LoVe"






 






Monday, June 14, 2010

"anak Mama mesti kaki bola, macam Daddy dia".





eh. eh. semacam apakah tajuk kali ini. HahahA!


ok. ini nak cerita pasal bola sepak. dan bola sepak lagi dan lagi. makan bola, tidur bola minum Coca Cola. (aku tak boikot Coke, so what?!. nak boikot blog aku?. haa. sila-sila!). dan peduli lah jika anda golongan yang tak suka bola sepak. jangan  adakan masa untuk pertikaikan minat orang lain. "apalah best sangat bola?. bosan je". haaa. kalau kau bosan kau layan lah benda lain. pergi layan gosip Fasha Sandha 'bergaduh' dengan Tiz Zaqyah ke. apa ke. pergilah kau. pergi!

World Cup ni bukan lama pun, sebulan je dalam 4 tahun. cuba kira nisbah dia?. sangatlah kecil rite? kalau 'lelaki anda' berpergian tidak mempedulikan anda gara-gara World Cup. biarkan sajalah. memang World Cup lagi penting dari anda buat masa ini. begitu juga kepada lelaki yang tak minat bola tapi 'perempuan anda' gila bola. bagilah peluang girlfriend anda layan bola. layan World Cup jauh lebih best daripada 'main mesej dengan boyfriend'. alahai. bosannya bermesej-mesej, "syg buat apa?, dan makan lom? makan apa? dengan siapa? makan kat mana?". Erghh!!. layan Park Ji Sung lagi best!

ok. point penting daripada tajuk adalah:-


" saya tak minat lelaki yang tak layan bola sepak, yang tak tau apa-apa pasal dunia bola sepak bukan pilihan saya "


sekalipun dia seorang pemain bola tampar/keranjang terhandal, kalau dia tak boleh bertahan menonton bola selama 90 minit. He's out. out of my list. eceh! 'lelakiku' kelak. seharusnya ada pasukan kegemarannya yang tidak sama dengan pasukan kegemaran aku. macam kalau aku sokong Korea Selatan, beliau mestilah sokong negara lain. Belanda ke. so nanti aku boleh 'bertaruh kosong'.

"Kita tengok pasukan kegemaran siapa yang akan menang? pasukan Mama atau pasukan Daddy?":- itu dia dialog kepada anak lelakiku kelak. kahkahkah!




# score SuperSaiya terkini World Cup 2010. Germany vs Australia 4-0!. siapa kata Germany lumpuh tanpa Ballack?


Sunday, June 13, 2010

sembang World Cup: Korea Selatan berpotensi besar?



hai semua. hai.

demam bola sudah bermula. tapi aku masih belum sempat menonton mana-mana match pun. letih dan mengantuk saja menjelang malam. tapi tadi sempat tengok gol tunggal Argentina vs Nigeria. itupun sebab gol dia di minit-minit awal. lepas tu aku pun surrender. dalam hati dah pasti. takkan lah Argentina akan kalah dengan Nigeria. tak akan kowt. haha. tapi Nigeria still ok sebab cuma bolos satu gol saja.

walaupun tak bertahan nak menonton bola, tapi masih berupaya mengambil tahu keputusan-keputusan perlawanan. setakat ini, belum ada lagi jumlah gol yang berciri SuperSaiya. Afrika Selatan vs Mexico 1-1,  Uruguay vs France 0-0, paling terror punya result dilakar oleh Korea Selatan. Greece (juara Euro '04) tumpas. 2-0. Argentina vs Nigeria 1-0.

tengah malam nanti perlawanan antara England dan USA. walaupun aku suka team England. tapi aku macam tak yakin pasukan ni boleh pergi jauh. tapi at least England harus melepasi peringkat kumpulan dan mara ke peringkat seterusnya. hah. macam tak percaya World Cup kali ini tiada David Beckham dan Micheal Owen. macam hilang seri di padang. tak apa lah. ermm. belalang kan ada?.. Eh!

lihat. korea selatan bukan sahaja hebat dengan drama cinta, malah hebat di 'ranjang bola sepak'. ok. makin jatuh cinta dengan South Korea. sungguh jeles dengan rakan-rakan sealiran Biotek yang berada di korea selatan untuk program 'pertukaran pelajar'. untungnya dapat berada di sana di kala musim World Cup. mesti meriah sakan. ok. take note. aku penyokong South Korea. welcome to mata sepet club. HaHaHa!.

oh ya, Argentina dengan South Korea satu group kan. agak-agak nya. siapa menang antara diorang nanti?. heheh. tunggu jela. tapi teringin gak. nak Messi tebal muka. kahkahkah!

disebabkan kita berada di musim bola piala dunia. maka akan mengupdate tentang sembang World Cup secara selalu. tak lama pun demam bola nih. sebulan je pun. and this is for my record. akan datang kalau anak lelaki aku baca blog nih. maka dia tahu bahwa mama beliau seorang 'kaki bola'. walaupun realitinya. berkaki bangku. kehkehkeh.


p/s: saranghae, Park Ji Sung!. :p


Saturday, June 12, 2010

aku ini, mudah jatuh hati. Ya. MEMANG. tapi...






hahahhahahaa!

aku nak gelak besar. ada seseorang buat aku gelak besar. Wakakakakkaakaa! macam sangat lawak lah beliau tuh. haha. so funny. berjaya buat aku gelak melampau.

tadi aku call mr.S. mula-mula sembang pasal World Cup. perlawanan pembukaan antara Mexico dengan Afrika Selatan berkeputusan seri 1-1. pastu cerita pasal kenduri kawin rakan2 beliau yang tidak dihadiri. dan kemudian aku pulak buka cerita pasal kenduri kawen pakcik aku July nanti. pastu aku cakap kat dia jomla datang wedding my uncle tu kalau tak malu. haha. dan kemudian idea dia mengenakan aku terus datang secara Zasssssss!

tak sangka dia telah mengenakan aku tentang 'the korean look' yang dulu aku jatuh hati time kenduri kawen my cousin. what the Fish. rupanya dia baca my story tentang tu. kahkah. malunya saya baik menutup muka dengan tong air sekarang juga.! tapi aku macam gelak-gelak saja bila mr.S 'mengimbau cerita lama tersebut. yalah. nak terpikat ni memang senang je. tapi after that bila dah tak lagi berjumpa. ia macam episod 'datang dan pergi'.

seriously, sangat banyak yang datang. dan banyak yang buat aku jatuh hati. (sama ada yg dicerita dalam blog atau tidak) tapi semuanya spesis yang 'datang dan pergi'. belum ada lagi yang datang dan stay still dengan aku. belum berjodoh mungkin. tak apalah, aku have fun dengan episod-episod 'terpikat' dengan lelaki-lelaki tersebut.  terpikat saja tapi tak sampai tahap nak mengurat. "err, Hai Handsome!"... haha..jangan. aku ni pemalu daaa.

kadang-kadang dalam blog aku memang suka kongsi feeling aku yang ntah apa-apa. korean guy lah, jejaka chindian lah. macam seronok kan kongsi-kongsi dengan you all my readers. (ntah2 aku je seronok bercerita padahal you all tak seronok pun baca, haha, perasannya aku nih). aku rasa mungkin lepas ni ada pulak watak-watak baru. yalah. selagi belum ada yang bertitle kan 'my destiny partner'. maka aku berhak nak terpikat dan terpikat dengan sesiapa. termasuklah Gu Jun Pyo or Hwang Tae Kyung.

tapi, jangan salah faham, aku bukannya playgirl. bukan dan bukan sama sekali. situasi tepikat ni adalah biasa. sebab aku belum officially berpunya. once aku dah betul-betul dingurat dan dilamar kelak. time dah macam nak ke arah kawin ( tapi ntahla bila). no point lah aku nak terpikat lagi dengan orang lain. aku tetap seorang perempuan yang jiwanya setia pada yang satu. setia itu ibarat 'harga diri'.anda harus rasa bangga jika anda seorang pasangan yang SETIA. kerana apa?. kerana sangat ramai...yang gagal untuk setia dengan pasangan. (eceh, bagi ceramah cinta pulak dia, Dushh!).


p/s: menunggu episod 'datang dan tidak akan pergi'.

Friday, June 11, 2010

menguap/sangap? gara-gara World Cup 2010!




mengantuk dah. time taip entry ni, aku dah menguap untuk kali yang kesebelas. ermm. nak cerita sket tentang diri sendiri. ermm. ada berita tergempar. aku dan housemates dikehendaki berpindah dari rumah yang kami sewa sekarang. bukan kena halau sebab tak bayar sewa. (ini bukan macam drama). kami kena pindah sebab kawasan kg kerinchi ->berhadapan LRT Universiti ini mahu diroboh dan dibangunkan menjadi sesuatu yang bombastic. kononnya berbunyi macam itulah. nak kasi roboh rumah kami yang rendah ni. Aiyyo. malasnya nak fikir pasal pindah rumah. malas nak cari rumah, malas nak packing barang, malas nak uruskan segala hal. dan malas dan malas lah. Arghhh!.

malam ini tak makan nasik. tak ada selera. tapi makan Yong Tau Foo. beli segala bola2 ikan ketam udang kat Carrefour dan kemudian rebus sendiri di rumah. bukan itu saja. gigih pula menyediakan kuah Yong Tau Foo tersebut secara hentam saja. blender bawang, cili kering, ikan bilis. panaskan minyak then masak hasil blender dalam kuali. letak kicap, letak sos tomato, letak serbuk BlackPepper, tuang sket air rebusan Yong Tau Foo tadi, then tambah garam dan gula sikit. haaa. macam boleh tahan lah hasilnya. sedap je resipi bantai saja ni. malah lebih sedap dari kuah Yong Tau Foo kat Food Court kl central. hoh!

kat Johor, sangap seerti dengan menguap. tapi sekarang 'sangap' macam digunakan untuk situasi 'teringin sesuatu tapi tak dapat-dapat'. err. tak faham sejak bila 'sangap' diertikan sedemikian rupa. apa-apa jelah you all. haaaa. menjelang 11 June. menjelang juga World Cup 2010. pastinya kekerapan 'menguap' di tempat kerja akan meningkat secara mendadak. di usia 23 tahun ini. nampaknya aku bakal menonton ramai pemain-pemain yang lebih muda dari usiaku. kalau dulu boleh macam logik nak admire kat football player yang muda-mudi. sekarang.? sangap jelah-- ok.


p/s: aku bukan penyokong Brazil dan France!


Thursday, June 10, 2010

Penggemar Yogurt Sejati.


hi semua.. hye.hye.

ini entry berkisarkan makanan. bukan masakan. eii. tak sama ek? Ya, tak sama. ini perihal makanan yang beli saja terus boleh 'ngap'. you all dah tau kan aku ni seorang 'peminum susu'. InsyaAllah semua jenis susu boleh lalu di tekak, tapi susu kambing tak pernah try lagik. susu unta pun belum cuba. err, susu kucing pernah? teringat my youngest sister. dia kata dia pernah try susu kucing. ntah la macam mana dia buat. tak pulak mak kucing tu cakar ke apa.

cerita pasal susu sebab nak kaitkan dengan yogurt. susu dan yogurt ni macam adik beradik tiri la. induk dia 'Dairy Product'. orang kampung kata 'produk tenusu'. camtulah. biasanya yang tak minum susu juga tak makan yogurt. tapi mungkin bukan semua. rasa yogurt bila dah combine 'menjadi perisa tertentu' maka dia jadi enak dan tidak mual. sekali try macam tak best. dua kali try macam boleh telan. haa. (tutorial menjinakkan anda mengambil produk tenusu).

minuman yogurt kat pasaran sangat banyak jenis. kalau pergi hypermarket tengok barisan yogurt yang pelbagai. rasa macam nak borong semua perisa. tamak gila! yes. tiap kali 'outing' mesti akan beli yogurt. suka sangat. beli satu cuma 1.40 sen. selalunya beli satu atau dua. tapi kadang2. beli lebih-lebih juga. buat stok. :p





jarang sebenarnya beli yogurt MariGold ni. tapi sesaja je nak try. boleh tahan sedap. harga dia 1.60sen camtu. mahal sket dari DutchLady.








haaaa, yogurt Berries adalah favret!. ini dua hari lepas membeli sebanayak 4. (1 dah makan dengan laju2 tak sempat nak snap, so gambar yang ada cuma 3 saja).




apa dia bagusnya Yogurt nih?

*mengandungi nutrien dan bakteria baik yang mampu menguatkan antibodi badan sekaligus membantu tubuh menghadapi sebarang masalah kesihatan yang ringan seperti sakit perut, selesema dan sebagainya.

*mengandungi kalsium dan protein agak tinggi. sesuai untuk anda 'yang berdiet secara sihat'. kerana ia juga mengenyangkan dan membekalkan tenaga. lemak?.. 0%! (sesuai untuk yang fobia gemuk).


# dairy product biasanya ada tarikh luput. so jangan simpan lama-lama sampai more than 1 month. dan sentiasalah simpan dibawah suhu 4 darjah celcius. (in case tak habis makan, terus simpan dalam fridge).



ada orang kata yogurt juga bagus untuk kulit muka (buat masker). hoho! tapi aku tak pernah try lagik. sebab nafsu nak telan yogurt tu sangat membuak-buak maka tak sampai hati nak melumurkan ia di muka. lagipun kulit muka aku dah cukup berkhasiat kot. EheHe!

Wednesday, June 9, 2010

cek pertama selepas 4 bulan bersama Nuffnang.


inilah dia. inilah dia yang dinanti sejak sebulan 10 hari yang lalu.


this is for my record. tak ada tujuan lain. income selepas 4 bulan bersama Nuffnang, termasuk duit Gathering Gatsby. ermm. buat pengetahuan, aku tak pernah dapat duit project Alpha. (pernah try wat entry sekali, bila tak dapat terus malas nak wat dah). hehe, sebenarnya memang 'malas'. ekekeke

dapat cek ni minggu lepas lagi. tapi bermalasan je nak mention tentang ni kat blog. well, memandangkan esok aku akan masukkan cek tu kat mesin cek deposit. maka snap le gambar buat kenangan. untuk pengetahuan, dah 10 bulan berblog barulah aku pasang iklan Nuffnang. selepas 3 bulan bersama Nuffnang baru start dapat B.E.

Thanks to Nuffnang, dan thanks to all yang support blog nih. tanpa you all. tak mungkin blog ni dapat collect total B.E sehingga hampir  mencecah RM50 (melalui 6 campaign yang dah metered). and again, thanks a lot!

Nuffnang sangat handsomelah! kan.kan.

Tuesday, June 8, 2010

keperluan kaki:- kasut yang selesa.

hari ini kita nak cerita pasal keperluan kaki. haha. kaki yang sihat menjana minda yang sihat. sebab kaki yang sihat boleh jalan-jalan dengan senang hati sambil melihat panorama indah ciptaan Tuhan. hee. cantik tak mukadimah kali ni?. haha

tak perlu kepada refleksologi mahal-mahal. kaki kita tidak akan sakit kalau kita memilih kasut yang tepat. sebab tu pereka kasut die punya income bukan sikit-sikit. designer kasut boleh jadi jutawan tau. haa, boleh bayang tak. betapa pentingnya kasut dalam hidup?

bab kasut, bukan semestinya kena beli yang mahal. yang ada brand, beli mahal-mahal tujuan menunjuk-nunjuk buat apa kan. tapi belilah yang kualitinya berbaloi dengan harga. yes!. kita beli sebab kualiti, keselesaan, tahan lasak, tahan lama. cantik dan sebagainya. tapi kalau beli saja-saja tapi tak pakai simpan saja dalam kotak buat koleksi tu dah kira membazir pulak. jangan membazir, Allah tak suka. syaitan suka. 

ok. now mari bercerita tentang kasut penulis:-




kasut yang dibeli pada bulan puasa yang lalu. (september '09)




now dah bulan june '10. maknanya dah 10 bulan aku pakai kasut tersebut kemana saja. you all tau kan yang aku ni kuat berjalan. kalau pergi mall tu memang tak boleh kira dah. jalan kaki kat UM, lagilah tak payah kira. and kadang-kadang dari Masjid Jamek, jalan kaki pi Sogo. pernah gak dari Pasar Seni berjalan kaki sampai The Mines (lalu Puduraya). kalau letak 'meter' kat kaki aku nih. dalam sebulan tu mau berbatu-batu kowt aku berjalan. yes, aku boleh berjalan kaki seharian, asalkan aku berjalan kaki dengan kasut yang menyelesakan. macam kasut kat atas tuh. sangat selesa, dan lasak. walaupun berharga 59.90sen. kasut tu boleh bertahan until now. dan mungkin boleh lebih setahun. walaupun aku pakai ia hari-hari.

bila aku beli satu-satu kasut. aku sebolehnya akan cari kasut yang mustahil untuk buat aku sakit kaki. tak peduli dia tak bape lawa ke apa. kalau beli kasut jenis sandal, aku tak suka jenis yang tapak nipis. sebab anywhere kat KL ni selalu hujan. kalau pakai yang agak tinggi selamat sket dari jalan becak. tapi bukanlah high heel. high heel aku tak akan pakai kowt. (tapi kasut untuk hantaran kawin mesti high heel rite?.. alahai.). bab warna, sebolehnya akan cari yang kaler hitam. (tak nampak kotor). atau krim or putih. senang match dengan baju kaler apapun. mustahil la aku nak beli kasut kaler hijau ke merah ke pink ke. haha. tak akan kowt.





kasut beli semalam. harga yang sama. 59.90sen.


yes. setakat umo 22 tahun 7 bulan hidup kat dunia nih. aku belum pernah beli kasut dengan harga more than RM60. beli kasut mahal sangat nak bawak pi mana kan. paling jauh pun bawak berjalan kat mall. bawak pi dinner kolej kat Hotel (UM la asal dinner je mesti nak kat hotel grand ball room la ape jadah la), selain tu,errr. bawak pi kenduri kawen?. alahai, pakai sandal sudah. jalan atas tanah jugak. HAhA!

taktaulah. mungkin kasut ni boleh dianggap sebagai kasut raya. ceh. padahal raya 3 bulan lagi. (jap, puasa dah habis ganti lom ek?) ni dah masuk bulan Rejab dah ni. ai. main-main dengan kewajipan bayar hutang. ~insaf jap. esok kena puasa!

sebenarnya bukanlah nak beli sangat kasut nih. tapi lebih kepada persediaan nak kerja part time akan datang. so kena ada kasut hitam la at least 1 pair. sebab biasanya kerja kena pakai kasut bertutup kan. umo dah lanjut nie dah kena pk untuk cari duit sendiri. tak boleh mengharapkan parents lagi dah walaupun aku masih blaja lagi sem depan. err, nak harapkan pakwe kaya?, jangankan yang kaya, yang tak kaya pun tak ada di sisi. HahaHa. 




ok. try tengok tapak dia. getah punya. sebab aku tak suka kasut yang 'bising' bila kita berjalan. bunyi 'tok'-'tok' for me adalah annoying. rasa macam, wehhh! boleh diam tak kau kasut?. haaa. camtulah.







mengidam nak beli kasut Skechers. (dijamin lasak dan selesa habis) err, tunggu duit nuffnang membiak-biak dululah. HahA!


Monday, June 7, 2010

Koc Wanita & komen tentang Lagenda Budak Setan.

hari Sabtu lepas dalam sejarah:-

- 1st time naik komuter koc Wanita.
- 1st time tengok wayang kat TGV The Mines.
- 1st time tengok wayang cerita melayu. (Lagenda Budak Setan)


dah lama dah tau pasal adanya koc wanita untuk perkhidmatan komuter. baguslah kan. tapi that day was saturday. sangat ramai orang yang naik komuter. nak tak nak kalau penuh, mesti ada sikit-sikit lelaki yang 'termasuk' kat koc wanita nih. then ada sorang kakak/makcik taktau la status dia apa. punyalah garang giler. awal2 kat kl central dia dah 'halau' lelaki2 daripada menunggu di hadapan area koc wanita. dia sound bukan perlahan. jarak sebatu boleh dengar, just like, koc tu macam dia yang punya. macam menjengkelkan la dia. kalau tegur elok-elok macam tak boleh.

then dalam komuter, bila sampai stesen Mid V. biasanya memang ramai orang akan turun dan ramai gak akan naik kat stesen nih. biasalah kan ada penumpang yang terkejar-kejar ingat komuter dah nak jalan. so kita pun gabra lah. maka ada la beberapa lelaki yang rush2 terus redah je masuk koc wanita. at that time aku plak duduk dekat dengan perempuan jengkel tersebut. guess what, mata dia melilau-lilau cuba tengok kalau ada lelaki masuk koc wanita ni then dia dengan minah sebelah dia buat muka tak puas hati then cakap penumpang2 lelaki tu bodoh lah tak reti baca signboard lah apelaah. how 'kerek' she is.

yes. koc wanita tu memang more than 80% adalah wanita. sikit je pun lelaki yang termasuk kat dalam tu. for me, as long as diorang tu tak bikin masalah, n berdiri diam-diam berhampiran pintu, biar jelah. normal la kan public holiday. dan permulaan cuti sekolah. memang ramai la orang. aku pun masa balik dari serdang ke kl central berlari-lari turun jejantas coz komuter dah sampai. aku ngan Jihan pun mana sempat nak pi cari koc wanita ke apa. just masuk je la mana-mana pun. janji dapat masuk. so consider la dengan orang lain. tak payah nak hamun orang tu bodoh la apelah. jengkel!


----------------------------------------------------------------------------


tentang acara menonton wayang pulak. Sabtu lepas merupakan hari pecah panggung untuk filem Lagenda Budak Setan. memang penuh dan penuh dan penuh la setiap panggung yang tayang citer nih. maybe sebab penangan Lisa Surihani dan novel asal dia yang laris gila. so everyone rasa macam, mesti tonton, mesti tengok sendiri. tak terkecuali aku. no.no, aku sebenarnya nak tengok Farid Kamil je. my hero malaya. HahaHa!

aku tak expect tinggi sangat setiap kali aku tengok wayang. dan b4 ni pun aku memang ada mindset. "alaa, filem melayu kan, jauh mana lah boleh pergi, setakat mana lah boleh dipuji." berpuluh kali tengok wayang, ini adalah pertama kali aku tengok filem Melayu. haaa, pecah dah rekod.


so, in my opinion:-

duration filem 106 minit. tak sampai pun sejam setengah. boleh imagine tak macam mana scene2 filem ni bergerak. ianya macam sangat pantas. sampai aku tak sempat nak feeling. kenakalan Budak Setan tak banyak ditonjolkan berbanding novel, begitu jugak macam mana Ayu boleh 'terima' Kasyah. it was like. "eh, dah jatuh cinta ke ni, laa. dah start bercinta ek?".

bab lakonan teraju utama, memang tak dapat disangkal. Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar memang dah terbaik dah. cuma itulah, kekurangan boleh nampak pada jalan cerita. contohnya, watak Raja Farah as kawan Lisa macam tiba-tiba hilang sejak Emilia and Kasyah kembali bercinta. sampai kat wedding diorang pun tak muncul watak ni. aishh. pelik sket disitu. 

bab dialog pun. ada scene-scene yang dialognya macam kaku. contohnya masa Ayu hilang ingatan n Kasyah tunjukkan nama dia ada kat cincin Ayu. sama gak bila Kasyah bagi balik gambar-gambar Ayu sebelum pembedahan muka supaya Ayu ingat balik kat dia. dialog Ayu macam tak bape berkesan kat scene nih. tak sesuai. dan juga, sampai kesudah tak ada scene yang tonjolkan Ayu dah ingat balik siapa Kasyah. yelah. sebab cerita ni macam singkat. banyak part penting dibuang.

audio atau sound effect. ada yang tak berapa nak kena dengan scene. padahal sound effect sangat penting untuk penonton dapat feel. ok, tapi aku feeling gak masa Kasyah nak pergi tinggalkan Ayu untuk siapkan tesis dia kat pedalaman. sedih di situ. touching. heheh. lagi satu scene Azmi bakar artwork Kasyah depan Ayu. sangat gerun la tengok Ayu kena belasah dengan Azmi. haha, gila psiko watak Azmi memang hanya Que je boleh bawak watak tu.

ok. after all. cerita ni dah bagus sebab ia adaptasi novel terlaris. dan para pelakon pun bukan calang-calang. tapi yang kurangnya, cara ia digarap sebenarnya boleh diperbaiki lagi. senang kata. kena buat 'homework' lebih sketla untuk kepuasan penonton. tiket harga 11 ringgit kowt. dah macam harga tiket filem luar dah tu. so untuk sekuel dia akan datang, harap pengarah n produksi filem ni akan lebih 'bekerja keras'. filem unsur cinta, scene-scene dia mesti kena sampai di hati penonton. kalau tak, ia tidak dikira berjaya.

apapun, syabas kepada para pelakon! mereka memang hebat. for me, cerita ni best. tapi ada kekurangan. dan itu adalah biasa. siapa yg belum tengok lagik, dia sangat tak layak nak komen lebih-lebih. mind you!



p/s: err, 7/10 bintang. but 5 stars belongs to Farid Kamil. Hahaha!

Sunday, June 6, 2010

nostalgia di zaman sekolah rendah: cerita Kasut Sekolah.

selamat berhujung minggu,


err, kalau tak silap. adik-adik kita baru mula bercuti sekolah secara panjang rite?.. wah. kalau aku dulu. sekalipun cuti panjang, acara nak basuh kasut tetap liat. still gak nak tunggu sabtu terakhir sebelum sekolah dibuka. baru nak terhegeh-hegeh pi basuh kasut. padahal dah berbuih-buih mulut emak memerintahkan. "pi basuh kasut. pi basuh kasut!". jawapan aku. "ye mak, sekejap lagi. sekejap lagi Sara basuh". ok. kalau tak silap. abah tak pernah bagi perintah suruh basuh kasut. abah cuma tanya je. "dah basuh kasut lom?". haaaa. secara magic. pertanyaan itu dijawab dengan "errr, belum, ni nak pegi basuh la nih", dan serta-merta mencapai kasut sekolah tanpa bertangguh. tu dia 'kuasa' my dad. power gila.

errrr. bila tidak lagi bersekolah. ketiadaan acara basuh kasut adalah yang terpaling diraikan. Heh!






masa zaman sekolah dulu. aku suka sangat dengan hari Isnin. sebabnya. hari Isnin adalah hari di mana kasut sekolah ditahap bersih yang paling superb! time duk ikat tali kasut yang putih bersih dan berbau segar. memang 'aura' dia lain macam. maka terus bersemangat nak kayuh basikal laju-laju. dan terus bersemangat nak hadiri perhimpunan pagi Isnin. dan terus semangat nak dengar apa cikgu ajar dalam kelas. dan tak happy bila loceng tamat sekolah bunyi Krinnggg! kalau boleh taknak berakhir hari Isnin (cewah. cerita gebang. mana ada orang tak suka bunyi loceng tamat sekolah. :p)

ishhhh. rindu meh suasana sekolah. you all tak rindu ke?

lagi cerita bab kasut sekolah. paling aku tak suka...bila hari hujan dan becak sana-sini. lebih-lebih lagi kalau hari itu ada acara senam kat padang sekolah. malam tadinya hujan lebat. terus terbantut semangat kesukanan aku. baru beberapa langkah masuk padang, kasut putihku sudah bertukar warna. lepas tu cikgu tetap suruh warm up lari keliling padang. aiseh. kalau boleh nak aje aku habaq kat cikgu.. "saya ada penyakit asma cikgu,!". ok. budak yang sakit asma/lelah selalunya tak payah lari keliling padang. tak aci! (fikiran dikala hingusan, aku mahu ada penyakit juga, then bolehla skip lari satu padang.)


bila aku dah darjah 5 n 6, dah pandai sket nak mantain bersih. balik je rumah. tengok kasut yang comot. rasa tak puas hati. pergi bilik air, carik berus gigi yang lama yang dah tak pakai. basahkan berus gigi tu dengan air sabun, pastu berus part-part yang kotor macam belacan tu. so bahagaian dalam kasut tu tak akan basah. cepat je dia kering. haha, comel gak perangai basuh kasut guna berus gigi nih. kan.kan. lepas dah kering mesti kena kapur kasut. tujuannya. nanti kotoran tu akan melekat pada lapisan kapur. so senang cuci. kalau tak kapur kasut. kotoran terus lekat kat kasut. haa. susah nak sental dia. so everytime dah basuh, mesti kapur.! (macam tutorial plak. :p).


mungkin you all dulu time sekolah ada memiliki lebih dari sepasang kasut. siapa yang ada banyak kasut sekolah. dia memang tak payah susah hati kalau hujan ke kasut tak kering ke kotor ke apa. (banyak kawan2 aku macam tula). but for me yang memang darjah 1-6 cuma ada 1 kasut je dalam satu-satu masa. memang kena pastikan keadaan kasut yang satu itu tidak basah dan tidak super comot. haaa. kalau kasut lembab je tak kering sebab hujan lebat Sabtu Ahad. kena keringkan kasut bawah peti ais. atau letak kasut jarak 1 meter dengan kipas. haish. sungguh nostalgia.


p/s: ehermmm. dulu aku suka pakai kasut sekolah jenama pallas jazz. hehehe


Friday, June 4, 2010

Chindian.? yes. he is!

salam jumaat. salam bahagia.


eii, macam lama dah meninggalkan internet. macam tak biasa pulak mengadap lappy. err. err. bagusnya kemajuan sebegini. tak rasa apa-apa pun kalau tak update blog atau tak jalan-jalan blog. facebook apatah lagi. langsung tak rindu. HAhaHa! yes. kemajuan. kemajuan. feel free without internet. sebab ia bukan keperluan seharian. cuma keperluan 3 hari sekali. :p

okla. sebagai seorang rakan. aku dah mula rindu. rindu dengan teamwork aku. (padahal lepas ni akan jumpa lagi). err. rindu gak dengan jejaka Chindian seperti yang anda teka. ok. ceritanya. semalam aku sempat berbual-bual panjang dengan beliau. tanya itu ini macam reporter.. haha. no la. as friend what. apa salahnya meramahkan diri. :p

dia bagitau bahwa ibunya India dan bapanya Cina. thats y he got Malay look. haa. 1 Malaysia la his family. but I dun think he can speak Tamil n Mandarin very well. dan agama dia:- Kristian. and of course la he celebrate Christmas. and Tahun Baru Cina as well. Deepavali?.. No. that is what he told me.

what else?

susah nak cakap. rasa macam kesian pulak kat dia sebab dia bukan Islam. tapi takkan aku tetiba nak terus ajak dia, "mehla convert Islam". mana boleh drastik macam tu rite. aku pun taktau sejauh mana dia 'taat' dengan agama dia. macam tak respect la kalau terus je nak tanya bape kerap dia pergi Church ke apa. baru kenal je kan. tak boleh la buat macam tu. sebab dia memang macam budak baik. soft spoken. and polite. oh God. aku ada perasaan macam. kalaulah satu hari nanti dia boleh masuk Islam. alangkah bagusnya. doa jelah. muga Allah bagi dia petunjuk. Amin.

umo dia? 21 tahun. haha, 2 years younger than me. tapi kan, dia pun ingat aku baru 20 tahun. haha. (ehem, awet muda yep saya nih?). and ada chinese guy lain plak cakap aku ni umo 18 tahun. haha. sebenarnya aku ni rendahh. tu pasal la nampak macam..errr. kanak-kanak kowt?. haha.


ok. info terakhir. ehemm. he is single.!

(hah!. amacam? boleh tahan kan aku cungkil rahsia. lalala...)


tu jelah yang boleh aku kongsi, dia blaja mana n study apa. takyah la you all tau. biar aku je tau. haha.



p/s: kami tetap boleh berkawan baik. at least!



Thursday, June 3, 2010

mengidam itu mengada-ngada?

hello semua readersku..!

assalamualaikum dan salam sejahtera.


errr. cerita terkini tentang penulis?. ehem. belum ada perkembangan sangat. tapi body mmg berkembang. hahaha. makin sihat. alhamdulillah. masih bernafsu. NAFSU makan okey selalu. nafsu bersenam tak ada. thats why lah. tubuh selari dengan makan. baiklahhhhhhh. perkataan gemuk tu. macam tak lama lagi disandang juga. haha. Bangga! 

(kenapa perenggan atas ni macam cerita bahwa penulis ni macam mengandung. Ish! ntah hapa-apa..?).


masih mengidam mee kuning yang dimasak sedap. Aikkk! ni pun statement macam orang mengandung.

masih mengidam la selagi belum dapat. hohhh.

nak makan mee. nak makan mee. nak makan mee. tolong bagi cadangan, mee kat kedai makan mana kat kl ni yang Ummpphh!. dapat bedal semangkuk dua jadikla. ok. bila ntah bleh makan mee. tak apa. malam ini bedal mee maggi. ~loser.


selain itu. aku turut mengidam nak pegi Melaka, nak pergi pantai dan mengambil gambar. hal ini akan di plan sebaik mungkin. kalau ada peluang. tak kira. memang nak pergi. eii.bukan nak mandi laut. sorryla tak berkenan nak mandi air laut. cuma nak jalan kaki ayam kat atas pasir pantai. dengan kawan lama yang duduk Melaka. eh. eh. sapa tu, sapa?!


selingan:-

*macam2 isu kan sekarang nih, isu crocs, isu demonstrasi. ermmmmm. aku ni sejak azali memang tak minat crocs. ntahla tak masuk ngan jiwa. sikit pun tak berkenan. maka kalau orang ajak boikot ke apa. sangat tak ada kaitan dengan aku. lantak korang lah. isu kekejaman Israel, tak update pasal Israel bukan bermakna tak sensitif okay. aku tengok berita kat TV. berita dunia tv1 lagi. muga misi bantuan semua baik-baik aja. ya!. satu dunia mengutuk. yelah kan, selain mengutuk. apa lagi yg terdaya. PBB pun nganga tak buleh buat apa. negara lain apatah lagi. Israel tu walaupun negara depa kecik, tapi pengaruh besar. terutama bab ekonomi. tu pasal negara lain kecut perut. hurmm. doa beb. doa!. itu je senjata yang kita ada.

okla kawan-kawan. nak pergi mandilah. daa.

Tuesday, June 1, 2010

nak bukak kedai mee!








semenjak kebelakangan ini. aku dilanda rasa kempunan nak makan mee! nak makan mee!. nak makan mee! tapi bukan mee segera. ada sedozen mee segera dalam almari dapur. tapi dah luak 3 sejak 2 minggu lalu.

ok, aku sebenarnya nak makan mee kuning yang dimasak sedap-sedap. tapi tiap kali beli mee kat kedai. langsung macam hampas. Oi! ang tak pandai masak toksah meniaga buleh?. wat rugi duit aku ja. grrr! aku pesan mee goreng basah kat food court kl central. dia bagi aku mee kicap macam mee hailam yang tawar. aku beli mee rebus kat pasar malam kerinchi. rasa kuah dia macam bancuhan tepung gandum. makan sesudu. terus buang.!

serius. bila aku makan masakan mee yang tak sedap. hati aku cakap. aku boleh masak 10 kali ganda lagi sedap. justeru aku haruslah buleh bisnes mee! cakap ja mee apa. mee bandung,mee udang, mee kari kerang. mee rebus. mee sup, mee goreng mamak. semua aku nak blaja masak yang sehabis sedap. sebab aku sangat benci perasaan selaku customer yang sedang lapar lagi kempunan tapi dapat makanan yang dibeli macam hampas. sakittnyaa hatiiiiii!

*ok. now aku dah berangan bahwa aku ni tauke kedai mee. boleh makan mee yang sedap hari-hari. eceh. macam Naruto pulak.! mee ramen 1 plez.. Heh!


*menu special kedai mee aku kelak. ehemmm! Spagheti Bolognaise Puteri Biru. RM10 sepinggan.! hehe. ada gaya tak?! =)