Friday, April 30, 2010

post terakhir. sebelum blog di private.

berapa lama blog akan di private?

- mungkin hingga orang terlupa dengan kewujudan blog ini.


contest macam mana?

- mungkin dibatalkan. lagipun setakat ini belum ada penyertaan.


nuffnang macam mana?

- biarkan saja. saya tidak begitu 'jakun' dengan nuffnang.


kenapa di private secara tiba-tiba?

- kerana medan perkongsian ini terbatas untuk mereka yang ikhlas bersama saya sahaja.


maksudnya?

- saya tidak mahu ada yang menyampah dengan saya. bukankah saya tidak minta duit kamu untuk tanggung saya makan setiap hari. saya juga tidak pernah menganggu hidup kamu. berhenti menilai saya. izinkan saya aman dalam dunia saya.


jangan sangka anda benar-benar kenal saya. kerana sangat banyak sekali dalam diri saya yang anda tidak akan pernah tahu. jika saya menangis sedu sedan. jika saya dalam tekanan perasaan, dan apa jua yang saya lalui, saya tidak pernah mengheret anda. maaf! saya tidak perlukan mereka yang tidak ikhlas.!

baik anda adalah teman, kawan, pembaca, sezaman sekolah atau sezaman universiti, sama ada dari blog atau facebook. sila jauhkan diri anda dari saya jika sememangnya anda rasa menyampah. seadanya saya tidak meminta diambil peduli oleh sang pembenci.


maaf, blog bakal ditutup.

atas sebab-sebab tertentu, blog ini bakal ditutup (private) pada malam ini. jam 12malam dan belum pasti bilakah akan dibuka semula (public). untuk pembaca yang masih ingin membacanya. sila tinggalkan email anda untuk di approve. terima kasih.

harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.

Thursday, April 29, 2010

di sini aku menulis, dan kamu membacanya.

hari ini selepas post entry 'aku tercabar'. aku terus tidak online. kerana laptop dalam fasa dibaikpulih. sekarang baru online untuk baca komen. hanya jalan ke dua blog. blog dokter farhana n si kodok. terima kasih ya kodok atas review kamu. dikatanya aku blogger cerdik. mekasih. kembang bijik mata membacanya. baiklah. untuk pengetahuan rakan-rakan, segala gambar aku di Facebook telah di delete. tag gambar juga sudah di remove serta-merta. maaf ya kawan-kawan. now aku memang tak mahu ada gambar sendiri dalam Facebook. jangan tanya kenapa. siapa komplen nanti aku delete terus akaun Facebook aku tu kang.

malam ni malam jumaat, tapi aku tak buat pun jelajah blog. sebenarnya kali ini dah kali ketiga malam jumaat aku tak buat entry jelajah blog. maaf ya. aku busy. komitmen untuk jelajah terganggu buat sementara waktu. harap faham.hurm. terima kasih atas komen kalian pada entry sebelum ini. terutama komen dari Frodo Baggins. setiap komen anda pembaca sangat 'warm' di hati aku yang beku ni. terharu hingga bergenang airmata.

ada yang komen pada entry Tips Tingkatkan Trafik melalui Penulisan. bertanya pada awal aku berblog macam mana aku tarik visitors. kalau lah anda yang bertanya itu rajin membelek entry aku di awal berblog. anda sendiri boleh lihat selama 3,4 bulan pertama berblog aku memang tidak menerima walau satu komen pun dalam setiap entry. kerana pada mulanya aku buat blog memang sekadar untuk menggembirakan hati aku. serius aku pun tak ada teknik khas untuk tarik visitors ke apa. aku memang menulis sahaja. dan hari ini walaupun tidak menjejaki mana-mana blog, aku tetap menerima lebih 120 unique visitors untuk entry pagi tadi. terima kasih kepada anda semua. para pembaca setia.

aku memang jarang jalan blog orang. kalau ada yang pertama kali komen n mintak dikunjungi semula. buat masa sekarang memang aku tak sempat. please jangan kecil hati. dan jangan sesekali cop aku ini sombong. sebenarnya ramai sangat pengkomen tegar blog ini yang aku tak lawat balik blog diorang. 10 kali pembaca tu datang komen blog aku, aku nak balas sekali pun susah. apatah lagi kalau yang datang sekadar letak mesej 'singgah' dekat chatbox. memang sukar sekali aku nak balas kunjungan. maka sebab itulah aku buang chatbox. serius. sekarang ni aku tak letakkan komitmen untuk melawat blog orang lain. bila-bila aku kelapangan dan mood sangat baik aku akan jalan ke blog you all.

dan sebenarnya entry ini macam berbentuk laporan penjelasan sahaja.


Sekian.

p/s: terima kasih kerana terus setia membaca penulisanku di sini.





aku tercabar


dalam pada bersabar
kadangkala tercabar. 

dalam pada membiarkan
kadangkala menyakitkan.

aku tidak mengalah
tetapi aku berserah.

oh. Tuhan
tunjukkan jalan.

aku yang lemah
gusar dan lelah

manusia selalu berjanji
manis dibibir tiada membawa erti

sementelah
aku pasrah.



Wednesday, April 28, 2010

Tips Tingkatkan Traffic melalui Penulisan (kajian peribadi).

peringatan*baca setiap patah kata untuk kesan pemahaman yang optimum!

* ini bukan tips asas. rasanya kalau bincang bab tips asas, anda semua pun dah tahu caranya. dan banyak blog dah bincangkan tentang itu. tips yang bakal dikemukakan ini tidak merangkumi slot'blogwalking'/tinggal jejak dan yang sewaktu dengannya. kali ini kita nak kongsikan tips dimana anda yang 'busy' (like me la bz always) tetap boleh mendapat traffic yang 'mencurah-curah' dengan penulisan entry yang menarik. entry tentang earning nuffnang terkecuali. (kalau bab duit je semua terbeliak mata).


* blogger pun ada life tersendiri. kita perlu jalani kehidupan macam biasa. belajar, bekerja, buat kerja rumah, buat kerja sekolah. dan masing-masing sebenarnya ada 'tugas' dalam hidup. kebanyakkan kita, saya dan anda semua memang bukan fulltime blogger, dan bukan juga selebriti blogger. kita tidak punya banyak masa untuk menghadap pc 24/7. (boleh blogwalking 365 blog sehari). dan kita juga tidak glamour macam Hanis Zalikha. (tak update blog pun still ada visitors).


* jangan berharap pada permintaan traffic 'exchange link'. aku list blog kau, kau list blog aku. aku klik blog kau sumbang traffic, kau pun klik blog aku sumbang traffic. hari-hari kita buat macam itu sampailah kita bosan dan akhirnya buang semua list blog. sebab visit bukan sebab suka baca tapi macam sebagai rutin untuk up traffic.up traffic. haiiyyya! fun ke jadi blogger macam itu? ingat! blogger adalah penulis. tarik traffic melalui penulisan adalah lebih 'manis'.


* ini adalah tips hasil kajian saya terhadap 'penulisan entry' di blog ini.


# menulis tentang entry yang 'dekat dengan semua'. contoh paling simple. makanan. dan jangan lupa letakkan gambar. kalau boleh gambar sendiri. thats why digalakkan anda mempunyai kamera. bila ada gambar. for sure  ramai yang  akan 'tertarik'. juga letakkan tajuk yang boleh buat readers tertanya-tanya. contohnya dalam entry di link http://dihatisara.blogspot.com/2010/04/spagheti-terpaling-cun.html. orang akan tertanya-tanya. "cun sangat ke spagheti tu, meh nak tengok". tapi ingat. tajuk macam ini wajib ada gambar. entry ini walaupun disiapkan dalam masa 2 minit sahaja tetapi tetap menerima 17komen.


# menulis tentang entry yang 'ramai sedia tahu/ kenal'. contoh paling mudah. hiburan. terpulang anda. local atau international. dan hiburan tidak semestinya perlu letak gambar artis seksi pakai baju nampak lurah, atau tajuk gempak 'video Hot pelakon popular' or anything shit like that. kembangkan idea dan pemikiran anda. contohnya dalam entry http://dihatisara.blogspot.com/2010/03/drama-korea-industri-seni-terhebat-di.html. dalam 21 komen yang diterima,  11 komen darinya adalah 'pembaca senyap/baru'. mungkin disebabkan mereka adalah Big Fan of korean drama, maka mereka tertarik untuk baca sekaligus komen.


# menulis tentang 'bloggers' lain atau yang berkisarkan tentang alam blog. contohnya pada entry http://dihatisara.blogspot.com/2010/04/lelaki-lelaki-hot-di-alam-blog-part-i.html. entry ini menerima 39 komen dan 17 darinya adalah komen 'pembaca baru'.  tidaklah semestinya anda perlu guna word HOT macam yang saya gunakan. ianya adalah mengikut daya kreativiti anda. macam kak jie guna word TAMPAN. hee, hai kak jie, tumpang lalu. :p, entry begini akan membuatkan pembaca curious. "sapa tu yang Hot sangat tu? sapa tu yang Tampan tu". haa. macam tulah. (tapi ingat, story pasal bloggers lain fakta tak boleh silap).


* pesanan terakhir. variasikan penulisan anda. kerana kebanyakan pembaca sukakan kepelbagaian. ada bloggers yang bertanyakan 'macam mana nak tingkatkan traffic bla,bla.bla, tapi dalam masa yang sama diri sendiri mempertahankan aku menulis ikut suka hati aku. hari-hari entry pasal aku dan kisah aku n bla.bla.bla demi kepuasan aku. kalau memang benar anda puas dengan penulisan anda, seharusnya anda puas juga dengan traffic ke blog anda.


p/s: pastikan anda mendapat pemahaman yang optimum dari entry ini, jika tidak, sila ulang baca berkali-kali. happy blogging. =)

Tuesday, April 27, 2010

hati ini untuk siapa?




perasaan di kala ini. kenyang. sebab baru lepas makan nasik lemak. jangan risau. aku takkan upload gambar nasik lemak. nanti you all kata aku ni tadak kerja lain asyik upload gambar makan saja. ermm. ada orang kata, kalau setakat hal makan pun nak cerita kat blog baik tak payah. lepas tu ada orang cakap cerita-cerita macam ini adalah 'sampah'. tak apa. aku tidak kecil hati. sebab aku memang tidak menulis selari dengan citarasa orang lain. aku menulis blog menurut apa yang aku suka. bak kata puan chika. 'jangan buat macam blog sendiri'. setuju!

perasaan di kala ini. syahdu. entah kenapa asyik mengimbau kenangan. yang indah dan yang pahit. semua macam berlegar-legar di ruang minda. dalam hati ada cinta. tapi hati ini untuk siapa?

tentang entry ini, aku sebenarnya bukan negatif, aku redha  kalau memang Allah menguji aku. setiap orang juga diuji. dan masing-masing ada bahagian tersendiri. cerita kita semua sememangnya tidak akan pernah sama. tapi itulah. manusia memang tidak dapat lari dari sesekali 'mengeluh'. tapi tak apa. macam yang aku kata. aku tetap redha. dan tak akan putus asa. sungguh aku tak harap kan cerita fairytales atau cinderella story berlaku dalam hidup aku. cukuplah sekadar. pada akhirnya nanti, aku tidak sendirian. ada yang memahami, dan menemani tangis juga tawa aku.


nak taip apa lagi ya?

semalam malam. tengok drama taiwan 'Romantic Princess'. hero utama kumpulan Fahrenheit Taiwan. belum habis tengok lagi. sebenarnya bukan nak tengok sangat drama ni, tapi lebih kepada nak tengok hero tu berlakon. gila macho. sebelum ni dia ada berlakon dekat cerita Hanakimi Taiwan dengan Ella ahli kumpulan S.H.E. nanti bila aku dah khatam cerita ni (entahla bila). aku akan wat review. okey.

itu saja coretan kali ini. terima kasih kerana sudi membacanya.


ayam golek terbaikkk!



 hi semua,


seperti yang dijanjikan. ewah. tengah hari ini kita post entry makanan. entry ini sure akan buat korang lapar then kemudian rasa nak cari kedai makan yang ada ayam golek. hahaha. gila dengki aku dengan you all. :p

hidangan ni rakan serumah aku yang masak. aku tak ambik port langsung. sebab aku tak sihat. eceh. tetiba mengaku tak sihat. tapi betul weh. aku selsema dan batuk-batuk. maklum la semalam pagi-pagi dah duduk dalam peti ais/exam building UM.

cerita sikit pasal exam. kalau kat UM kan. kita akan exam duduk berhadapan dengan student course lain. pheww! semalam kan. we all duduk berhadapan dengan student kejuruteraan. wowwee! sambil jawab soalan sambil ushar lelaki-lelaki. macam sedang buat pilihan mana satu seswai di ajak dating. haha. no la, aku bukan la gatai. saja je cuci mata. sekali sekala apa salahnya. :p

-

-

-

-



ayam golek cik Hasni. sos cendawan+lada hitam tu best.! walaupun beliau pandai memasak, tapi beliau  sudah berpunya. ehehe


-

-

-

-




lewat malam makan kek coklat plak. ini plak kak izat yang buat. walaupun rupa kek macam tak handsome, tapi rasanya sungguh enak cair dimulut. superbb!




p/s: hari ni housemate masak nasi lemak pulak. wowee! best.best!

earning nuffnang kembali RM 0.00



dah klik kat cash out dah. maka earning kembali RM 0.00



cepatnya masa berlalu. dah genap 4 bulan bersama nuffnang. duit nuffnang sesuai tak untuk beli sepasang kasut? dah 6 bulan tau I pakai kasut yang ada sekarang. ok. aku bertegas nak peruntukkan duit nuffnang untuk beli sepasang kasut baru. yea!

ada satu buffered dah ke metered. campaign yang berbaloi gak. berjumlah RM13.75sen. ada 3 lagi buffered sedang run. run lama-lama tau. =)

macam biasalah. update pendek saja. mode bizi. ekekeke. atau ada permintaan supaya aku update entry panjang?

n sorry guys. aku buang jap chatbox sejak semalam. sesiapa yang mintak nak exchange link, nanti-nanti aku kemas kini ek bloglist aku tu, sekarang bukan musim-musim mengemas blog. ahaha!


p/s: esok tengah hari time you all lapar, I update pasal dinner tonite. gila special tau my housemate masak.

Monday, April 26, 2010

cayang cik epal n miss lolly!

hehehe...


kenapa aku cayang kat cik epal n miss lolly?


* aku ni jarang-jarang leave komen kat blog you all berdua walaupun aku membacanya diam-diam. tapi you all berdua gadis-gadis blog yang Hot sudi baca entry aku dan leave komen. nak ikutkan. komen-komen kat blog you all berdua lagi berbakul-bakul mesti tak terjawab. aku ni yang dapat komen tak sampai puluh-puluh pun tak cukup masa nak visit back visitors n pengkomen blog aku.





weet2!, entry ku yang gile pendek cap ayam pun cik epal sudi komen. dua hari berturut2 lak tu. mekacihh! hehe, aku pernah nampak cik epal kat pasar malam PJ. tapi malu la nak tego beliau. ekekeke





miss lolly yang cun. kawan blog@ kawan kampus, bile kita nak berjumpa ni miss lolly? satu univ tapi tak pernah jumpa. adeishh!



* you all yang lain-lain, kalau nak jadi blogger yang disayangi. contohilah mereka berdua. walaupun famous tapi friendly. aku suka baca blog cik epal n miss lolly sebab diorang suka wat ayat kelakar. tapi aku memang pembaca senyap je malu-malu gitu sebab you all dua famesss n fofularrr! walaupun aku tak jadi follower diorang tapi aku letak blog diorang dalam list aku tauuu. :p

* sorry semua, aku memang dalam mode kebizian. aku memang jarang sangat dapat leave komen kat blog rakan-rakan. fahamilah aku. cewah, merayu tetiba. sesapa yang datang blog aku ni sebagai pembaca setia ke pembaca lompat-lompat ke jogging ke guling-guling ke, I welcome You. mekasih bebanyak. sayang banget.!

* yang wish aku goodluck kat blog n facebook or mesej hp semua. mekasihhhh.  akan ku kenang sampai bebila. you all memang sweet-muit. walaupun hati macam derita, tapi so happy dengan you all semua. sekali lagi. sayang banget! 


adios. selamat menjamu selera* =))

Sunday, April 25, 2010

kawan2, tolong saya.


when we decide to take the step to date someone, we could ask ourselves "Do I see myself marrying that person?" If not, save yourself the pain of an inevitable break-up.




Can we see? the future?!





I hate to say this, but really. I love you.




~because Im stupid~

%^$^&%*#@#$%#





aku berharap. mood aku adalah begini.




tolong doakan aku dapat hint soalan apa yang keluar exam esok. dan tolong doakan juga supaya selsema aku ni cepat baik, exam building UM tu giler rendah suhu dia. boleh mengalami kegagalan pernafasan kalau berterusan selsema macam ni.

oh ya, gambar tu dari pakcik google.aku ni manalah ada seni menghias makanan. :p


oleh itu, entry...tamat!

~ update kurang dari 2 minit ~

Saturday, April 24, 2010

spagheti terpaling cun!


weee! bestnya makan-makan orang masakkan. untung dapat housemates yang rajin memasak. lagi-lagi di kala musim peperiksaan ini. heaven gila.






jom makan!

-

-

-

-





licin beb!







dah kenyang, apa lagi...study!


p/s: update dalam masa 3minit.!

kelebihan dan kekurangan lelaki handsome.


hi semua,

selamat berhujung minggu. hari ini kita nak sembang pasal lelaki handsome. dan ianya adalah mengikut sudut pengamatan penulis sama ada dari zaman sekolah mahupun universiti. siapa rasa dia handsome, tampan, kacak,dan mungkin Hot. jom baca.







kelebihan:-

-terlebih dahulu mendapat perhatian berbanding yang tidak handsome.
-ramai peminat perempuan. berbaris kot!
-senang nak tackle awek cun.
-'market' tinggi. glamer di mana-mana juga. (kampus/ofis).

kekurangan:-

-mungkin digilai hanya kerana paras rupa sahaja.
-mungkin diminati oleh kaum sejenis Auchh!.
-susah nak setia kerana banyak godaan gadis-gadis yang lebih Hot!
-kuat perasan. macam dia saja yang handsome. wekk!


(ciri lain yang kurang yang lebih boleh tambah sendiri okey).


perempuan cenderung memilih lelaki handsome?

- bab handsome, kacak, cantik dan lawa ni. semua orang pun suka, sesiapa pun suka kepada 'keindahan'. but for me, kalau setakat nak pandang muka saja. kali pertama tu boleh lah terpaut, tersuka. tapi kalau nak go on as partner. rupa saja tidak ke mana. ia macam jatuh ciri ke lima or ke enam kot. yang paling utama mesti nak 'serasi'. dia pokok kita tanahnya. (ewah cilok daripada joegrimjow, jangan marah ea).


banyak lelaki handsome tidak memilih perempuan cantik as partner?

- yup. memang banyak yang aku nampak macam itulah. mungkin sebab perempuan cantik demand sket. bukan demand harta, tapi demand nak dilayan manja. (bukan semua kes, mungkin ada yang terkecuali). sedangkan lelaki handsome ni pun selalu nak dilayan lebih dan malas nak layan perempuan melebih-lebih. so bila dua-dua pun cantik dan handsome dia macam tak berapa nak kena. sebab dua-dua nanti demand mengada-ngada so akan jadi banyak gaduh.

------------------------------------------------------------------------------------------------

ok. kalau aku cakap lebih-lebih kang ada pulak yang tak setuju then hentak-hentak meja segala. diingatkan, ini hanya pendapat dari pengamatan penulis. mungkin pendapat anda adalah bertentangan. which I dun know. semoga anda happy dengan pasangan anda. sudah pastinya pasangan anda adalah handsome di mata anda. =)



handsome saja tak bawak ke syurga,
iman dan amal tunjang utama.
biar kita sederhana paras rupa.
cantik peribadi semua pun suka.



p/s: now. what say you?

Friday, April 23, 2010

Candiru :- ikan yang boleh memasuki alat sulit.


hi semua,

ini bukan entry lucah. just nak share sikit about something. I baru tahu tentang ini. wow! dalam dunia ni memang banyak benda yang kita tak tau. itulah pentingnya sesekali kita memilih untuk menonton siaran TV yang ada manfaat. siapa kata dengan menonton tv tak boleh tambah pengetahuan?..

malam tadi, semasa menonton siaran astro discovery channel of amazon river. dapat menambah ilmu tentang satu fakta. nak tau tak, sebenarnya terdapat sejenis ikan kecil yang lebih merbahaya daripada seekor piranha di AmaZon River. ia adalah ikan Candiru. si karnivor yang kejam.





ok. cuba lihat gambar x-ray di atas. apa yang anda nampak?




percaya tak? ikan Cindaru ini boleh memasuki tubuh manusia melalui lubang kemaluan, tak kira sama ada anda lelaki mahu pun perempuan.







daripada tontonan di astro malam tadi, ikan Candiru ini biasanya menyerang mangsa secara beramai-ramai. hingga terdapat kes, manusia mati kerana di dalam tubuhnya diserang beratus ekor Candiru yang memasuki tubuh melalui lubang kemaluan dan kemudian memakan organ dalaman sehingga tubuh manusia menjadi 'kosong' di bahagian dalam. how scary?!

tak dapat imagine bagaimana rasanya 'dimamah' dari bahagian dalam, nak tepis ke nak usir memang tak boleh. heii. gila kejam haiwan ini. serammm aku.

-mangsa yang 'dibaham' oleh Candiru ini sedang mabuk semasa berada di persisiran Sg. Amazon-

tetapi terdapat juga kes ikan ini 'mungkin terlepas' ke perairan lain. haa, mungkin ianya terlajak berenang ke Laut China Selatan. siapa tahu? dunia laut memang banyak 'rahsia alam'. ingat tak dulu pengacara rancangan buaya tu pun mati dalam laut akibat kena tusuk dengan duri ikan pari. Oh My God. seram nak menyelam. bahaya gila.


ada apa dengan status 'in a relationship'?

in a relationship



hi semua.

ok. sebenarnya macam tak tau macam mana nak kupas this topic. tapi kita sembang-sembang jelah. i taip you all baca. itu pun dikira sembang juga kot. semblog. sembang blog. errk, taktau la boleh pakai ke tak istilah tu. macam biasa. kita hentam sahajalah. haha!

baru-baru ni, aku menukar status di facebook daripada single kepada its complicated, dan kemudian kepada in a relationship. amboi, semua pun gelabah nak komen pheewitt, tumpang happy. then tanya siapa-siapa, bila dan bla-bla.bla. macam wartawan melodi pulak. itulah kan, kalau soal cintan-cintun je, semua orang nak tau. tapi kalau dalam blog asyik cerita pasal kisah cinta saja sibuk pulak orang komplen, dia ni tak ada modal lain ke, balik-balik cerita pasal kapel, dating, sambut anniv dan bla.bla.bla. pelik kan manusia?. dia suka nak ambik tau kerana kemudiannya bolehlah dia mengutuk. errr, ini bukan semua la, maybe sesetengah orang je.

bila set status single ada orang kata, 'eleh, nak di ngorat lah tu'/' nak jaga market lah tu' dan bla.bla.bla.. bila tukar status 'in a relationship' ada pula yang kata, 'ala, dia bajet dia dah berpunya kononnya tanda dia tu laku'. macam tu pulak?. ramai sangat yang 'peduli' dengan status cinta. tak kira la kat facebook ke friendster ke blog ke. sebenarnya yang memang nak ambik tau sangat tu sebab apa ya? nak kata tumpang happy. err, anda fikir 'bercinta' itu happy sentiasa kah? erm..

bila dalam blog tulis sajak sedih. anda tertanya-tanya, kenapa dan kenapa. hehe, caring gila.

nak tau tak, sebenarnya dalam hati manusia ni, dia macam ada mode tertentu. aku taktau la hati you all macam mana kan, tapi kalau aku. memang ada masa-masa tertentu, aku akan berada dalam mode sedih. lepas tu mulalah aku nak cari feeling yang betul-betul sedih. kadang-kadang sampai aku menangis. taktau la kalau mode begini adalah akibat pertukaran hormon ke apa. tapi dia memang macam itulah. haha!

bab status aku di facebook tu. erm, meh aku nak bagi jawapan artis malaysia. err. 'no komen'. wakaka! ada macam artis tak?..:p

so sekarang, apa kata kalau you all bagi pendapat sikit, ada apa dengan status 'in a relationship'? hehe. mungkin you all lebih tau... 'teettttt'.


Thursday, April 22, 2010

gambar Gatsby Street Fair.


baiklah, memang tahu dah, semua orang pun dah bosan dengan cerita Gatsby. tak apa. kita tak nak cakap banyak-banyak. just nak letak gambar yang ada muka aku. dan kemudian sesiapa yang rasa ada ternampak muka aku kat sana tapi tak cam ke apa aku tak kisah. dan bagi yang kata aku pendiam, err, aku memang tak kecoh-kecoh. padahal mula-mula datang tak jumpa sesiapa sampai berniat nak balik je lepas daftar. nasib baik jumpa kapten. kalau tak memang lama dah aku blah. oleh sebab kapten kenal ramai blogger, aku boleh lah kenal-kenal dengan diorang. cumanya aku rasa macam rugi pulak tak snap gambar si ~0~ dan pejazul. ekekeke.






IntanNurul, HudaLuna, CikCumey, aku dan Azuan.



gambar ni aku cilok dari FB cik cumey. ini saja gambar yang aku boleh kongsi dengan you all. aku tak sempat weh nak upload gambar-gambar. anyway. best dapat kenal dengan HudaLuna dan Cik Cumey. diorang memang friendly habis. next time ada waktu kita jumpa lagi okeyh. =)


entry habis. update cepat sebab aku kebizian.


cinta ini membunuhku..




kamu tidak akan tahu, sejak bila
kamu tidak akan nampak, air mata


tanpa bicara
kamu mengajar tentang cinta


kamu bukanlah sebuah kisah silam
dan bukan juga kisah masa depan








betapa aku berharap
kamu juga yang menghapus airmata ini
walaupun hanya dalam mimpi


sungguh
cinta ini
membunuhku


----------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday, April 21, 2010

Contest:- Nursarah's Blog di mata saya.




berita baik untuk semua:-

bersempena dengan 'kejayaan' blog ini menurunkan Alexa Rank ke lingkungan bawah 1 juta meskipun hanya mempunyai kurang daripada 400 followers. penulis berbesar hati untuk menganjurkan satu contest. khas untuk anda pengikut setia. yang tak berapa setia pun boleh masuk jugak. haha!


syarat penyertaan:-

-terbuka kepada semua pembaca yang mempunyai blog.
-contest tamat pada 14 Mei 2010.



cara penyertaan:-

- buat satu entry yang bertajuk ~ Contest :-"Nursarah's Blog di mata saya"~.
- berdasarkan tajuk tersebut, nyatakan tentang:-

 # jenis entry/penulisan yang anda suka di blog ini
 # ciri-ciri yang disukai/tidak disukai tentang blog ini
 # ciri-ciri yang disukai/tidak disukai tentang tuan blog ini
 # kritikan pedas yang membina untuk blog ini
 # cadangan/ saranan/ harapan kepada blog ini.
 # lain-lain perkara yang anda ingin bangkitkan, (terpulang).

- entry anda mesti sekurang-kurangnya mengandungi 150 patah perkataan.
- 5 penyertaan terawal akan diberi markah bonus.
- link entry contest hendaklah di letakkan di ruangan komen.







hadiah:-

- bukan berupa wang tunai. mungkin voucher.
- hanya seorang pemenang utama akan dipilih.
- dan 3 hadiah saguhati untuk dimenangi.
- hadiah bernilai 50% daripada earning nuffnang blog ini.


@ pemenang dinilai berdasarkan penyampaian entry dan isi-isi penting yang terbaik.



p/s: sebarang persoalan boleh diutarakan di ruangan komen.

Ayam Goreng A &W


hi semua. hari ini kita nak cerita pasal makan-makan. yep. semalam petang aku bawak adik aku makan-makan untuk celebrate birthday dia. sekaligus konon2 macam nak bagi semangat untuk temuduga dia hari ini. pergh, gila baik kan dapat kakak yang macam aku ni.

destinasi makan adalah A &W. dah setahun lebih rupanya aku tak makan kat A&W. rindu gila kat float A&W yang woweee! ok. float dia memang terbaik. sekali lagi aku ulang. TERBAIK! baru tengok float saja sudah rasa damai di hati. sumpah, memang damai di hati.





kentang goreng pun terbaik. kalah McD n KfC punya kentang.


memang rasa damai je makan kat sini semalam. orang tak ramai, nak main snap-snap gambar pun tak segan-segan. yeeha! suka-suka-suka. anda tak suka?..sila tutup mata jangan menengok gambar. hahaha!



inilah dia restoran A&W yang terletak berhampiran stesen LRT Taman Jaya. hanya satu stesen selepas LRT Universiti. dan hanya 70sen tambang untuk seorang. kalau dua orang, maka ianya perlu didarab dua. kalau tiga orang. haaa, kau fikirlah sendiri. tapi kalau anda bukan dari stesen universiti, sila bertanya di kaunter berapakah perlu anda bayar. (ini tutorial naik lrt ke apa?). shut up you!




ini siapa? siapa tanya macam itu memanglah dia. berani ya anda tak kenal penulis blog. sudah beratus kali menampal gambar sendiri dalam blog, tetap anda tidak kenal juga. serius. sungguh terkecil hati. dan sebab itu gambar pun jadi kecil. muahaha!




ini dia ayam goreng seperti yang tersebut pada tajuk entry. phewittt! ayam goreng ini sangat sedap. sangat mendamaikan perasaan. kalah aroma KfC.  memang kalah. sebab hari ahad lepas telah makan KfC di Kl central dan merasakan ayam KfC tersebut macam hampas. rasa menyesal makan KFC malam itu. sudahlah tak habis. terbazir-bazir. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. kalau tau ia macam hampas pada malam itu memang tak akan beli. dan sebab itulah meng'order' ayam goreng di A&W.  dan tiba-tiba ayam goreng ini begitu sedap dimakan. begitu damai.

ok, gambar burger malas nak letak. sekarang semua pun aku malas. nak letak watermark kat gambar pun malas, ada sesiapa berminat nak curi gambar?. sila-sila. aku tak ada buat disable right click. maka anda boleh copy sesuka hati. copy lah. then simpan dalam dekstop anda. buat wallpaper ke, print tampal kat dinding ke, nak letak kat blog anda pun boleh juga. sumpah, saya tak marah. woweeeeee! ada ke yang berminat?.. hahaha!


entry habis. selamat menjamu selera. *tetiba

Tuesday, April 20, 2010

Aku dan Joegrimjow:- Awas! Kami tak ada Skandal.


kalau nak cerita tentang blogger pujaan hati sanubari yang terpaling lama bertapak di hati. memang Joegrimjow adalah orangnya.


'jangan sentap baca intro, ini kisah baru nak mulo, entry bukan sebarang bicaro, ini khas sempena Birthday Joegrimjow'


kalau nak cerita sejak bila, pastinya pada tahun 2009. kalau tak silap, dalam beberapa bulan selepas aku berblog. aku memang lupa yang mana satukah entry pertama blog dia yang aku baca. tapi entry yang terpaling aku 'terkena' adalah entry beliau naik bas waktu bulan puasa. then mengatakan ada awek cun duduk disebelah dan mereka mula berdialog. dan rupanya entry itu adalah rekaan beliau semata-mata. tepuk dahi sebaik saja sedar tertipu. cis!

~ sekali U tipu, selamanya I terus terpedaya ~

ya. sejak itu. baru ku tahu bahwa blogger joegrimjow ini berbakat sebagai 'penglipur lara'. dan mulalah aku godek-godek entry Pak Belalang yang versi-versa. dan entah macam mana. aku jadikan blog beliau sebagai blog wajib klik. aku sedar. joegrimjow punya ramai pembaca. aku yang ketika itu bukan seorang blogger yang 'dipandang orang' mula memasang azam.

~ aku mahu joegrimjow kenal aku ~

bukan senang nak 'dekati' joegrimjow ni. jadi pembaca blog sudah, jadi pengkomen blog sudah, jadi friendlist di Facebook pun sudah. justeru apa lagi. apa agaknya jalan yang boleh membuatkan joegirmjow lebih menyedari akan 'kehadiran aku dalam hidupnya'. apakah cara? perlukah menghantar email 'AiLeBiU' kepada beliau?

~ dulu dia single ang tak mau try, la ni dia dah tak available mulalah ang nak gatai ~

tu lah kan, joegrimjow ni market pun 'cantik', " bijok, comey, kayo, meghato doh dio gi, Taiwe, Korea, holah, pitih dio ado sokmo. tuoh oghe niago kali. ke guano?.. (erk, percubaan kecek klate ni aku tibai je, kalau salah jangan gelakkan, aku ni orang johor okeyh. HahaHa). 




walaupun 'awak' sudah menjadi pokok, 'saya' tetap menjadi daun. ewah!, apa ni merepek?!


joegrimjow dan blognya. joegrimjow dan misi mencari jodoh melalui blog. masih ku ingat, joe bagitau nak cari pasangan yang ada blog. supaya malam-malam boleh update blog sama-sama. ewah. romantik! kalau aku pulak. aku nak cari pasangan yang membaca blog. dan membaca blog pasangannya sebelum tido. ok. cuba compare mana satukah yang lebih romantik?..

joegrimjow dan cintanya pada dunia blogging. imbau balik 'cabaran' beliau hadapi semasa berada di 'wordpress'. blog asyik meragam. sampai satu tahap dia sendiri tak boleh update blog dengan pc sendiri, hingga mengupdate blog di library beberapa minit sebelum kuliah. aduhai. begitu dalam cintanya. respect!


joegrimjow di usia 22 tahun.


masih begitu muda, tetapi sudah mengecapi banyak kejayaan. beliau adalah orang yang tepat untuk dijadikan idola. bukan sahaja kepada yang lebih muda, malahan kepada yang lebih tua darinya. (macam saya). walaupun sudah kehilangan ayah sejak di Tingkatan 4. beliau tetap tabah dan berjaya menghapus kedukaan. si anak bongsu yang sudah bergelar 'papa joe' kepada 'koleksi anak buah'. mungkinkah akan bergelar papa sebenar kepada anak sendiri setahun dua lagi? ~ macam soalan melodi plak ~


adikku joegrimjow:-

selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22. semoga segala impian dan harapan menjadi kenyataan. tahun depan buat big-work jangan lupa bagi kad jemputan. teruskan berblog dengan semangat jitu, kami di sini membaca tak jemu.



ikhlas:-

Nursarah Puteri.

traffic blog minggu ini. (graf semakin cun).



traffic yang cun. untuk minggu ini.



serius. sebenarnya bukan nak cakap pasal traffic blog. itu cuma 'lauk' entry saja. ok tak traffic minggu ini? update cap ayam secara 12 jam sekali pun boleh mencecah lebih kurang 200 unique visitors. wah. ada peningkatan. clap.clap! errkk.! yang sebenarnya. niat di hati nak update pasal lain. tapi semuanya jadi draft. sebab idea tak berkembang. dia duduk kat perenggan pertama saja tak nak berganjak.

eiii, kepala otak macam tak nak bagi kerjasama. betul sangat meradang dengan kejadian macam ini. mengarang entry contest joegrimjow pun tak berjaya juga. ok. aku kalah tapi aku belum mengalah. aku nak cakap yang aku kalah dengan kepala otak aku yang 'PMS'. ok. taktau. taktau kalau kepala otak pun ada gejala PMS. dia macam tak nak keluar idea yang excellent.

oleh yang demikian, now aku nak pergi meninggalkan rumah secara sementara. walaupun ini bukan kehendak aku untuk keluar ke mana-mana. baiklah. ini memang tiba-tiba. demi mengembangkan idea. mesti keluar meninggalkan rumah. kalau tak keluar, takut-takut laptop ni pula jadi mangsa dera.

nak keluar ni, kononnya macam nak celebrate bezday adik. lagipun kami memang belum makan. percaya tak. now dah masuk waktu asar. kami belum makan. tapi pagi tadi ada bersarapan nasi goreng kampung 'bersamamu'. itupun makan jam 10 pagi. bukan diet. sumpah bukan.

menurut nuffnang, rahsia traffic cun minggu ini adalah kerana banyak backlink dari blogger famous. macam Joegrimjow dan Kapten Luffy. dan blogger-blogger lain juga, macam Azuan, ~0~ dan Pejazul. terima kasih kepada jejaka-jejaka handsome sekalian. sayang kamu semua.

-sorry aku tak sempat nak letak link-



p/s: contest joegrimjow bikin hari ku tidak tenang. aduhaiiiii. aku akan pastikan aku join. sila nantikan penyertaanku.

Happy Birthday to You!.

hari ini, 20 April adalah ulangtahun kelahiran adik perempuan aku yang lepasan SPM tahun lepas. Ya, memang sama tarikh dengan hari lahir Joegrimjow jejaka Hot UK. so, selamat ulangtahun kelahiran kepada kedua-dua mereka. oh ya. ini bukan entry contest Joegrimjow. entry contest tu 12 jam dari sekarang baru aku submit. ceh, padahal belum mengarang satu apa lagi. tolonglah. aku mahu idea. mahu menang untuk makan besar bersama Joegrimjow. baiklah, jeles ni dengan Farhana Dr yang menang contest RTM yang Jard anjurkan. boleh aku tak tau pasal contest tu. alahai. rugiiiiii....


 this is my sister, gambar fresh, baru snap semalam.


yup, my sis ada kat k.l, baru datang semalam, sebab dia ada temuduga Nurse Pusat Perubatan Universiti Malaya lusa nanti (rabu). doakan beliau sukses dalam temuduga tersebut. my sister ni memang tak akan masuk matrik, my dad tak bagi sebab from now on my dad nak anak-anak dia ambik course yang confirm ada kerja, macam nurse atau cikgu. I sokong je. muahaha!

so selain peluang ini, harap sangat my sis ni dapat panggilan maktab Tesl or nurse SPA8. kalau dapat antara dua ni senang sket, confirm ada elaun. so my dad tinggal topup belanja sikit-sikit je. lagipun my sis ni jimat giler orangnya, dia punya biasiswa belajar dulu. dah abis skola still ada rm900 dalam akaun. bukan macam aku, habis semester, akaun negative, berhutang dengan abah. muahaha!

memang susah nak fight dalam pasaran kerja. macam aku ni, entahlah. aku tak suka kerja dengan barang (duduk dalam lab buat research). dan aku pun tak suka sangat kerja dengan orang. macam aku rasa aku nak jadi bos. doa jelah ada anak orang kaya baca blog ni then masuk meminang aku. so nanti aku boleh buat loan dengan dia untuk buka bisnes. jap. aku nak bisnes apa ek, bisnes restoran ok tak? pergh, jauh gila berangan. pheww!

nak tau tak?

income nuffnang yang klik-klik tu cuma naik 2ringgit. err, nampaknya memang semua orang dah stop mengklik iklan kot. nasib baik buffered earning membiak-biak mencapai belasan ringgit. mintak-mintak boleh terus membiak sampai berpuluh-puluh ringgit. ehehe. cayang nuffnang.!

baiklah, ini sebenarnya update bebel-bebel je. haha.


sekian, bersurai.

Monday, April 19, 2010

Blog anda, Maruah anda.

hi semua, selamat Hari Isnin.

hari ini kita nak sembang pasal blog. mungkin blog saya dan mungkin blog anda. mungkin blog sesiapa juga.


actually, tengah hari tadi, semasa bersembang di ruangan chat Geng Blogger. ada diantara ahli-ahli di sana yang sedang bersembang pasal blog. dan satu yang buat aku sangat tertarik, adalah apabila bro Ben Ashaari yang mengatakan bahawa 'Blog Kita adalah Maruah Kita'.

bagaimana kita menghasilkan entry, bagaimana kita membina hubungan dengan blogger lain. itu semua mencerminkan siapa kita. bagaimana kita mahu dikenali, bagaimana kita mahu dinilai. semuanya tergantung bagaimana 'tindakan' kita dalam berblog.

malam tadi, ada terview satu blog yang memaparkan gambar 'tak senonoh'.  sememangnya gambar dalam entry itu 'tak senonoh'. malah meloyakan dan menjijikkan. hingga membuat aku terfikir, apa yang ada dalam fikiran tuan blog semasa dia press kotak 'publish'. maaf. itu saja yang bermain di benak fikiran tatkala melihat gambar 'tak senonoh' tersebut. aku langsung tidak memikirkan tentang 'seni' gambar. dan terus-menerus berfikir. apa yang tuan blog itu mahukan. mahu berkongsi/ mahu buat kelakar/ atau apa sebenarnya. 


blog anda, maruah anda


memenuhi Tagline di atas, ingin sekali memberi tips, bagaimana kita boleh make sure yang blog kita adalah blog yang bermaruah.

sebelum post satu-satu entry. fikirkan dulu perkara-perkara di bawah:-


- kalau yang baca/tengok entry ini adalah emak aku, atau ayah aku, atau nenek aku, diorang nak mengaku tak yang tuan blog ni darah daging diorang?

- kalau yang baca/ tengok entry ini adalah bakal bapa/mak mertua aku, akankah diorang terima aku sebagai menantu?

cukuplah fikirkan dua benda diatas. InsyaAllah kepala otak akan berfungsi seperti sediakala. aku bukanlah nak blame sesiapa. memang blog kau suka hati kau. memang blog kau bukan blog aku. dan memang kau boleh kata kalau tak suka tengok sila blah. I know that. fine. tapi satu je aku nak tanya.

" kalau apa yang kau post tu boleh mendatangkan dosa, bukan kah aku patut menegur "


entry ini bukan aku nak spesifik pada sesiapa. kalau yang pernah buat silap tapi dah sedar, Alhamdulillah. lain kali jangan buat lagi. dan kepada sesiapa yang ada rancangan dalam kepala otak dia nak letak gambar-gambar tak senonoh dalam blog demi meningkatkan trafik 'haram'. sila buang rancangan sebegitu jauh-jauh. plez la. tolong bersikap senonoh sikit. jangan kau kata 'ala, suka-suka je'. kalau suka-suka tu boleh dapat dosa dan menambah saham dosa orang lain. siapa nak jawab?


melainkan kalau blog kau tu kau saja yang baca. nak masuk longkang ke nak apa ke, silakan.


teringat kata-kata seseorang.

"kita ni kalau tak mampu nak ajak orang buat pahala, jangan kita jadi pencetus orang supaya buat dosa".


p/s: I hope, there's no hurt feeling. peace no war ^_^

kamu tetap Hot di mata saya.

sejak aku post tentang entry 'lelaki-lelaki Hot' minggu lepas, banyak pula request aku terima. semua pun nak jadi lelaki Hot part II. anda semua memang Hot jika terus membaca corat-coret di sini.

petang tadi, aku terima lagi mesej mahu jadi Hot di shoutbox blog ini. fine, aku berbesar hati klik link lelaki tersebut. tidak terjangka. nampaknya empunya blog tersebut sememangnya lelaki yang lebih Hot daripada biasa. kalah kot senarai lelaki Hot part I.

siapakah yang berjaya mengalahkan aura Hot saudara Ariff Shah, Joegrimjow dan Zackzukhairi?


-
-
-
-
-
-



en.sukur


terima kasih kerana mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ni. begitu terharu saya dapat mengenal blogger seperti kamu.



kamu Hot kerana:-


kamu gigih dalam memperjuangkan hak kamu untuk berjaya walaupun dilahirkan dengan sedikit kekurangan. kamu berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, sedangkan ramai lagi yang tidak dapat memilikinya.

kamu gigih menulis tentang kehidupan kamu, berkongsi tentang 'semangat' menjalani susah senang. hingga akhirnya kamu berjaya membuka bisnes sendiri walaupun kamu seorang OKU.

mengkagumi semangat kamu, muga ia menjadi inspirasi kepada saya dan pembaca lain untuk gigih berusaha mencapai kejayaan.


kamu tetap Hot di mata saya. semoga terus sukses.

layarilah blog beliau:-




p/s: gambar di cilok dari blog beliau. peace ^_^.

Sunday, April 18, 2010

komen sket tentang Nuffnang & Gatsby.

tahniah Nuffnang. dan tahniah Gatsby!semalam memang event yang superb. berbaloi-baloi siapa yang join nuffnang. ahaha! I sekarang setia sangat dengan nuffnang. sebab nuffnang semakin baik dengan semua.

bab berjumpa bloggers tu, err. sangat ramai rupanya yang tak cam muka aku, adakah kerana aku jarang letak gambo dalam blog?. err, dan macam pelik jugak, blogger yg rajin komen kat blog ni boleh tak kenal aku, dan blogger yang tak pernah komen kat blog ni boleh pulak kenal aku. aduhaii. macam tak mengerti sangat bab ini. konfius gila.

dan terpaling pelik, bila baca update kalian, cerita pasal ah fatt n dude. padahal semalam aku tak pernah berenggang kot ngan diorang, tapi still kalian tak perasan kan aku. wallawehh. macam perlu untuk aku kecik ati. dan sekarang aku malas nak terpelik-pelik sangat. anggap lah aku ni tak glamer. wakaka! sedih gila. loser.

nasib baik yobsumo n cik cumey cam aku, kalau tak, memang I nak beduk you all berdua. HahaHa! dan aku berbesar hati dapat kenal ngan ~0~ dan peja. muka bersih je depa dua nih. tumpang tanya, dah ada makwe lom?...

----------------------------------------------------------------------------------------


berbalik pada tajuk, sedikit pendapat tentang nuffnang. banyak yang aku baca kat blog orang, mereka mengatakan tentang dapat buffered earning daripada nuffnang. dan kebanyakkannya dapat selepas 'musim email amaran'. pada pendapat aku kan, rasanya apabila bloggers tak buat click abuse, maka banyak advertisers yang makin berminat nak 'sewa tapak blog' untuk iklan. yelah, kalau macam ini, advertisers tak rugi bila bloggers 'jujur'.

so, sama-sama kita jadi bloggers yang jujur. dan tak perlu lagi tulis kat atas bawah iklan nuffnang 'u click mine, i'll click yours'. atau 'sila klik untuk bantu tuan blog beli kasut' and what so ever. better remove semua tulisan yang macam itu. supaya anda tidak menjadi contoh 'yang kurang bagus' kepada generasi bloggers yang baru.

dan, baiklah, semua orang dah cerita pasal gatsby. dan cerita semua pun memang sama. anyway, ah fatt, azuan n dude memang best sebab diorang telah menemani aku sepanjang semalam. tak lupa gak si Qiha n Shahril. best ah dapat kupon free dari you all. nanti dah cash out nuffnang I belanja kamu berlima. but no mamak stall okeh. Hahaha!


p/s: gambar aku secara dekat ada dalam entry INI.


Saturday, April 17, 2010

senarai bloggers yang aku jumpa di Gatsby Street Fair.

senarai blogger yang aku jumpa di Gatsby Street Fair. Times Square.

-kapten luffy
-~0~
-Azuan Budak Memandai
-yobsumo
-sekut tawar
-encikdude
-eyriqazz
-melromeo
-bro framestone
-shahril
-darkbatman
-azrul hisham
-Jard
-QIha
-Ery Farieha
-otak ketat
-cik cumey



gila tak larat nak update panjang. nak upload gambar pun tak larat. anyway. best dapat kenal ngan you all semua. haha, thanks to kapten sebab 'payung' lunch kami berlima. haha. lain kali jumpa lagi boleh belanja lagi. lalalala.

sebenarnya ramai sangat blogger yang aku tak 'cam'. kalau ada yang tertinggal nama dia tu aku mintak maaf. maybe tak terjumpa url blog anda. hehehehe.




tak menang lucky draw. dapat deodorant pun kira ok la. muahaha!



p/s: real update bersama gambar-gambar, hari Isnin kot. tengoklah nanti, bila dapat semua gambar dari kamera kawan-kawan.

Gatsby Street Fair, here I come.

17 April akhirnya menjelma, sungguh pantas masa berlalu, rasanya baru kelmarin mendapat email tentang Projek Sulit 400 dari Nuffnang. dan kini telah sampai harinya. macam tak percaya. owh! perjumpaan ini bakal melibatkan lebih 400 bloggers dan dijangka ramai yang tak dijemput pun akan turut datang memeriahkan event. sangat excited. sebab aku belum lama dengan nuffnang. baru 3 bulan 1 minggu.

untung saja aku buang iklan Advertlets dulu. 2 minggu saja advertlets bertahan di blog ini. bila status Glitterati itu hilang, aku mula gelabah. macam tak best jadi nuffnanger yang tak eksklusif. dan 2 minggu selepas buang iklan advertlets, aku dapat balik status glitterati nuffnang. dan seminggu selepas itu, terima pula email Projek Sulit 400 dimana syarat penyertaan adalah berstatus Glitterati.

walaupun pernah 'curang' sekejap dengan nuffnang, tapi nuffnang tetap sayang aku. walaupun blog aku cuma blog yang suam-suam pizza hut saja, tetap juga ada pengiklan yang sudi sewa tapak blog ini untuk iklan mereka. terima kasih to Digi n Nokia. tak sangka buffered earning dari dua syarikat telekomunikasi ini sudah mencecah belasan ringgit. Yahooooooooo! terima kasih Nuffnang!

ok. kepada bloggers yang bakal ke Times Square pada pagi ini. andainya anda dapat 'cam' muka saya, sila jangan malu-malu menegur. saya ni ada masalah susah nak 'cam' orang. lagi-lagi kebanyakan bloggers suka guna user name pelik-pelik dalam blog. pening kepala nak panggil apa bila jumpa. aduhaii.


ok, jumpa anda di Times Square!




Friday, April 16, 2010

apabila pelajar sekolah sudah bergelar bapa..


selamat Hari Jumaat. selamat datang kepada hari minggu, ceh. padahal hari biasa pun bukan kah macam hari minggu, goyang kaki menghadap cerita korea seperti selalu. soal buku kita tangguh dulu, selagi ada waktu. HAhaHA! macam berpantun pula. tak kelakar.

bila mood tidak bagus, ubatnya adalah dengan menonton cerita korea. anggap ia macam terapi mood. ibarat berjumpa pakwe. yalah kan, I bukannya ada steady buaya pren macam you all, yang boleh dibawa berkepit ke sana sini. tapi macamlah aku kisah. buat apa simpan buaya, nanti kena Ngap baru padan muka. eh, ada yang terasa ke. lalala.

asyik korea.korea.korea. tak bosan ke? kalau kau bosan baca aku update pasal korea, kau boleh blah sekarang juga, aku halau ni. aku halau. serius. aku tak main-main. sorry. im not really peduli dengan apa yang kau suka baca. dan apa yang aku peduli adalah perkara yang aku suka tulis. mind you.

susah kan bila ada spesis yang datang blog orang tapi nak orang itu update seperti apa yang dia suka. amboi macam Director Ahmad Nisfu pulak dia. suruh jadi Hang Kebun pegang cangkul baru tau! ok, merepek. jangan marah. this is Nursarah's page. walaupun ayat selalu pedas, tapi dalam hati ada taman. HahAha! sekarang semua pun nak pakai ayat 'dalam hati ada taman'. itulah dia penangan Adnan Sempit. di mana ada kemahuan, di situ ada highway. sumpah mengarut. 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


berbalik pada tajuk hangat kita pada hari ini. tatkala negara kita begitu kecoh dengan kes buang anak. dan di waktu yang sama, aku baru mendapat tahu tentang sebuah filem korea yang mungkin dapat menyejukkan hati yang lara dek kisah tragis buang-buang baby nih.

sebuah filem duration 1jam 40 minit, yang mengisahkan seorang pelajar nakal yang tiba-tiba menjadi bapa kepada baby lelaki yang comel. sebab beliau ni nakal, mungkin pernah tidur dengan girlfriend dia yang entah mana satu ntah, dan baby itu secara tiba-tiba dihantar kepadanya untuk dijaga.

its not easy to be a single daddy. bayangkan seorang pelajar sekolah tinggi yang perangai macam mafia tiba-tiba terpaksa melalui hidup sebagai seorang bapa?..boleh bayangkan?! kehidupan menjadi serba kalut. lebih-lebih lagi bila terpaksa berhadapan dengan situasi ini seorang diri.





saatnya mak dan ayah pulang ke rumah, dan mendapati mereka tiba-tiba sudah ada cucu.





saat membuat pengakuan kepada ibu bapa.




memohon supaya situasinya difahami.





membawa anak ke mana-mana.





comel sangat baby nih.





lagi comel bila dia senyum.





ekspresi muka baby yang sangat bersesuaian dengan scene.





hati yang keras, boleh luluh bila anak kecil di tahan di wad.



menonton cerita ini dua kali. dan perasaan ketika menonton adalah bercampur baur. ada gembira dan juga sedih. sehingga terkenang kasih seorang ayah. dan airmata pun bergenang.

siapa yang belum tengok lagi cerita ni, memang harus juga tengok, banyak pengajaran di samping unsur humor. tiada kisah cinta merpati sejoli, yang ada cuma nilai cinta sebuah keluarga, guru, dan rakan-rakan. serta nilai cinta seorang ayah kepada anaknya. ~  BABY AND ME:- 1 jam 40 minit berbaloi-baloi.~


p/s: lakonan jang geun suk dalam filem ini sangat wajar dipuji. saranghae jang geun suk!