Sunday, February 28, 2010

Kisah Paling Seram~ GengBlogger.com

Arghh. Penatnya. Lepas kelas prep nak kena attend mesyuarat asrama pulak. Kacau je orang nak tido. kenapalah diorang ni buat rules macam ni. Diorang ingat student ni robot ke apa. memang celaka punya rules. Asyik-asyik buat mesyuarat. Orang nak tido pun tak senang.

“Weh sara! Ko tak pergi meeting ke, surau dah nak penuh dah tu?”

“Aku pergi kejap lagi, aku nak ke tandas dulu. Sakit perut. Kau orang pergi la dulu.”

Memang aku sengaja pergi tandas lewat sikit dari orang lain. Sebenarnya aku berniat nak skip dari mesyuarat asrama puteri. Malas dowh. Sumpah malas. Nak menghadap muka senior-senior yang berlagak bagus memang rasa nak muntah hijau. Lepak kat toilet lagi bagus.

Huh! Takde orang dah dalam toilet, semua pintu toilet terbuka luas. pheww!

Aku memasuki salah satu dari 7 toilet yang ada. Dan terus mengunci pintu.

Ermm. bila aku fikir-fikir, aku macam tertanya-tanya. aku ni degil ke?. Nak attend meeting aspuri pun malas. Dah tu sanggup melepak dalam toilet sorang-sorang macam ni. Gila ke apa aku ni. Kalau ada hantu ke apa macam mana?.. Tak boleh. Aku tak boleh fikir yang bukan-bukan. Aku kena berani. Manalah ada hantu di zaman moden ni.

Sedang fikiran aku menerawang entah ke mana-mana. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang flush tandas.

Terus kencang degupan jantung aku. Macam nak meletup. Darah terus menyerbu ke muka. MasyaAllah. Bukan ke aku takde dengar sebarang bunyi tapak kaki sesiapa masuk ke tandas sejak dari tadi. Then siapa pulak yang tarik flush?

Ya Allah. Selamatkanlah aku! Haish! Apa aku nak buat ni?. Apa patut aku buat? Patut ke aku keluar then cek siapa yang flush tandas? Tapi kalau yang flush tu bukan orang then apa aku nak buat?

Sumpah! Bulu roma aku dah meremang. Aku rasa buntu gila!

Tiba-tiba aku dengar bunyi pintu di kuak. Ya Rabbi. Siapa yang kuak pintu tu. Mak! Tolong sara! Tolonglah. Siapa-siapa plez tolong aku sekarang. Tolong! sesungguhnya aku hanya mampu menjerit dalam hati je. Suara aku seperti tersekat di ruang kerongkong.

Aku betul-betul tak dapat berfikir apa-apa. Jantung aku macam nak tercabut dari tempatnya. Urat saraf aku semua dah tegang akibat aliran darah yang semakin laju. Dan aku semakin susah untuk bernafas. Rongga mulut dan hidung macam dah tersumbat sama sekali. Saat ini aku ibarat seorang pesakit ICU yang memerlukan bantuan pengaliran oksigen.

Aku dapat rasa yang tubuh aku betul-betul lemah lesu kerana begitu takut. Tidak pernah aku rasa selemah ini sepanjang usiaku 16 tahun sudah. Aku betul-betul rasa macam nak pengsan.

Sebelum aku pengsan, lebih baik aku keluar dari toilet ini sekarang. Kalau aku pengsan dalam toilet yang terkunci ni, siapa yang boleh tolong? Aku mesti keluar dari toilet ni. Kalau aku nak pengsan pun, biarlah aku pengsan di depan sinki luar.

Dengan sisa tenaga yang berbaki, aku menolak sendal kunci toilet. Menggigil-gigil tanganku menguak daun pintu. aku toleh kiri dan kanan. tiada sesiapa. senyap sunyi.  

aku berjalan menuju ruangan sinki. aku nampak seseorang.

Izni?

mataku terbeliak memandang kelibat Izni yang baru hendak membuka paip sinki untuk membasuh muka. Izni memandangku lantas tersenyum. dalam keadaan diriku yang masih menggigil lemah, aku hanya mampu memandang Izni dengan rasa terkejut.

Walaupun 1001 persoalan berputar-putar di benakku, aku tidak mampu membuka mulut. teringin sekali aku bertanyakan Izni. adakah dia juga ponteng meeting seperti ku? sudah lama kah dia berada di dalam tandas? diakah orangnya yang flush tandas sebentar tadi?

bibirku terkunci. aku lantas mengatur langkah untuk keluar dari situ. memang dalam fikiranku cuma satu, aku mesti keluar dari tempat ini dengan kadar segera. aku perlukan udara...

sedang aku berjalan di koridor, tiba-tiba aku merasakan bahawa bahuku di tepuk seseorang. dengan pantas aku menoleh.

Asma?

Hatiku beransur lega setelah mendapat sentuhan seseorang. Terasa seperti tubuhku ini dicas semula. Pheww!

"eh, Sara! pelik ah. cepat gila kau keluar dari surau. kenapa orang lain tak keluar lagi? ermm. tadi time meeting Kak Sheri cakap pasal ape ek?"

" hah! meeting. aku tak tau. aku tak pergi meeting. aku ponteng. aku lepak kat tandas tadi," secara pantas aku menjawab soalan Asma.

" lah! ko duk dalam toilet ponteng meeting?! berani gila ko ni! nape tak join kitorang kat bilik sakit je?"

" ko dari bilik sakit ke?"

" yela. Izni kan demam. aku temankan dia tidur kat bilik sakit. ni aku nak pergi ambik air water cooler untuk tuam badan dia."

terkebil-kebil mataku mendengar jawapan Asma. jadi siapakah gerangannya yang aku nampak di tandas sekejap tadi?



**********************************************************


sebenarnya banyak kisah seram yang pernah aku alami di asrama, biasanya aku akan 'diganggu' apabila aku buat benda jahat macam ponteng kelas dan sebagainya. macam sebenarnya Allah tak redha aku jadi budak nakal. bila difikirkan. memang meremang bulu roma, sampai kengkadang aku confuse, aku mengalami halusinasi atau apa?

tapi nasib baik. aku tak pernah mendapat gangguan yang 'thrill' gila. ~huhu~

aku pernah ceritakan pada Asma tentang 'Izni' yang aku nampak di toilet. then dia jawab.

" haha, Izni tu memang ada 'orang' suka kat dia. dulu kat skola lama aku pun ada orang nampak 'benda pelik' macam 'bola api' duduk dengan dia".


blergghh!



ini adalah entry contest web gengblogger. kalau menang bakal dapat hadiah hosting percuma selama 2 tahun. siapa berminat nak join, sila rujuk ke link~ gengblogger





kadang-kadang~tak perlu skema sangat.

selamat sejahtera semua.

walaupun penulis macam tak sejahtera sangat di waktu ini, tapi masih juga berkeinginan untuk post entry. mungkin inilah yang dinamakan blogger tegar. pheww!

baru saja selesai membersihkan diri selepas bertungkus lumus menyediakan hidangan makan malam. lepas memasak memang berpeluh-peluh macam baru lepas tamat larian sejauh 5 kilometer. eh, tiba-tiba teringat acara merentas desa di sekolah rendah. lalu teringat kan juga 'lelaki pujaan zaman sekolah' yang tidak hebat acara merentas desa, tetapi hebat dalam acara pecut 100meter. #@%$^%&$! kenapalah peristiwa sekolah rendah selalu saja terimbau di ingatan. =p

ok. hari ini kita masak menu ayam goreng dan sambal. mulanya plan nak masak ayam masak merah. tapi ayam goreng dan sambal tersebut tidak menjalani upacara bergabung di episod akhir. maka tak terhasil lah ayam masak merah. tetapi hanya menjadi ayam goreng dan sambal sahaja. sebenarnya aku dah lama tak memasak. macam malas gila. sejak 3 hari lepas pun tiada upacara makan malam. kononnya nak diet. tapi...... pipiku tetap tembam juga.#$%%^#$!


 simple saja dinner untuk hari ini. apa yang penting. I masak sendiri. =p



 
dah lama kan, tak letak gambar penulis dalam blog? jom.jom letak gambar penulis. nak tengok gak adakah beliau sudah bertambah gemuk atau muka dah gelap or dah berjerawat ke apa. jom.jom tengok!



 


tau.tau. memang gemuk pun. diet tidak berhasil, so apa lagi, berhenti berdiet sekarang. malam ini kita makan ayam goreng!






entry tak skema tamat. bye.bye

GengBlogger~komuniti blogger anda.

kalau cerita tentang tarikh, aku memang tak ingat. tapi ianya start sekitar awal Januari lalu. dimana aku membaca blog si Tedi dan ternampak banner Geng Blogger di side bar blog beliau. aku pun macam tertarik nak klik. dan sejak itulah. aku mula menyertai Geng Blogger~'komuniti blogger anda'.

musim-musim perkenalan:-
sebagai freshie, aku ini malu-malu. so aku tidaklah datang ke 'rumah' ini dengan membuat bising. walaupun banyak benda yang aku tak tau, tapi aku 'explore' sendiri satu-persatu. tetapi kehadiranku disini tetap dihidu oleh rakan blogger lain seperti ezany-kun dan melz. mereka berdua ini sudah lama ku kenali dalam dunia blog.

 dan mereka berdua antara yang terawal melawat profile ku di GB dan mengalu-alukan kedatanganku disini. pergh. memang terharu!





dan hingga setakat ini, lebih 110 blogger di GB yang telah melawat profile ku di sini. aku sendiri pun tak sempat nak melawat kembali mereka yang melawat profile aku. profile orang lain yang aku lawati mungkin tak sampai pun 20 jumlahnya. haha, jom sekeh kepala aku.



kerana GB, aku join twitter. tapi sampai sekarang aku masih blur dengan 'twitter'. sumpah tak faham. tapi tak apa. pelan-pelan kayuh. =p




antara ahli GB yang aku  follow di Twitter adalah kak jie, dan ariff. aku memang admire dengan kakjie sebab beliau adalah super senior dalam dunia blog. memang respect sama beliau. manakala ariff si jejaka moscow ni plak merupakan pemenang mencipta tagline GB~ 'komuniti blogger anda'. kedua-dua mereka ini boleh dikatakan orang penting dalam Geng Blogger. kalau tengok blog diorang, memang respect beb! ilmu pasal blog memang dalam poket baju je.

bro eyriqazz ni plak aku dah lama kenal, sebelum join GB lagi. kengkadang beliau ada gak leave komen kat entry aku. blog beliau pun fames jugak. beliau ni suka betul buat 'edisi terjah' blog orang lain. cuma dia tak buat lagi 'edisi terjah' blog aku. hahaha! =p

orang yang sebenar-benar penting dalam Geng Blogger adalah kong. web GB ni kong la yang cipta. tapi serius aku tak kenal pun kong ni sapa. aku cuma tau nama dia je. yang pasti, sebagai admin Geng Blogger, beliau memang super duper hebat lah. double respect lah untuk beliau!


ini adalah antara penulisanku yang telah di ping ke GB. rekod terbaik adalah 439 viewers untuk entry anjakan paradigma diikuti dengan kisah saya bersama trofi piala dunia iaitu sebanyak 84 viewers.


dalam Geng Blogger juga terdapat ruangan forum @ sembang. aku memang suka ruangan forum kat sini, boleh tukar-tukar pendapat. antara topik-topik yang aku cipta di ruangan forum seperti:-




best gak bila berforum then orang bagi respon kat persoalan/pendapat yang kita utarakan. tapi janganlah sesuka suki mencipta topik. main hentam je create topik baru padahal topik itu sudah berbelas kali diutarakan oleh blogger lain. haa. sindrom 'topik berulang sampai 11 kali' memang menjadi perkara yang terpaling aku menyampah dalam forum ni. dush!


dan sekarang mari kita lihat statistik pengunjung dari Geng Blogger.




berdasarkan nuffnang, statistik pengunjung pada minggu ini memang tidak begitu banyak. tidak sampai pun seribu unique visitors, mungkin disebabkan jumlah update yang hanya sekali sehari sejak 3 hari yang lalu.




dan total pengunjung yang datang dari Geng Blogger adalah sebanyak 92. iaitu lebih kurang 10% daripada jumlah keseluruhan pengunjung 'deep in my heart' pada minggu ini.


apa-apapun, terima kasih kepada GengBlogger, yang telah banyak membantu blog yang 'bertatih' ini untuk terus 'hidup'. malah kerana GengBlogger inilah aku dapat mengenali blogger-blogger hebat yang tidak pernah aku kenali sebelum ini. Arigato and Kumawoyo!


TammaT.

Saturday, February 27, 2010

Sunway Pyramid.


disebabkan my sister masih berada di KL, jadinya si kakaknya yang comel ini sungguh tak sampai hati membiarkan dia terperap saja di rumah. walaupun ekonomi aku macam tak stabil, tapi tak apa. perjalanan 'jalan-jalan' harus diteruskan. phew!





oleh kerana ekonomi aku agak merudum, maka perjalanan yang dipilih haruslah berbaloi, maka kita tidak akan berjalan-jalan di tempat yang biasa. so tolong lah jangan sebut MidValley, aku dah muak sama sekali. kali ini kita pergi Sunway Pyramid. oleh sebab aku tidak punya kenderaan sendiri, maka kita naiklah bas Rapid KL.

macam biasa, aku cuba memandai-mandai menunggu bas di KL Central. owh! nampak bas U63 tulis sunway maka terus saja tahan bas tersebut. haa. memandai-mandai bukanlah susah mana pun. tambang bas 2.50sen per person. ok. nak kenal Sunway Pyramid, senang saja. sebab ia adalah satu-satunya mall yang di bahagian luarnya ada ukiran sang Singa yang besar punya. aik! semalam ada singa, hari ini pun still ada singa juga. biarkan sajalah sang singa ini tersergam disitu, kita snap lah gambar dan teruskanlah perjalanan.

.
.
.
.




masuk saja pintu utama, terus nampak customer service. tapi hari ini kita tak perlukan service dia, explore sendiri lagi bagus dan lagi fun. walaupun baru kali pertama ke sini, kita mesti buat muka macam tau sangat. padahal sebenarnya taktau apa-apa pun. hahaha!

.
.
.
.




eh! benda alah ini pun ada kat Sunway. ingatkan kat Genting je ada. ok. I tak naik. malu dowh dah besar-besar camni nak naik benda tergantung pusing-pusing ni. kalau you all nak try, boleh ja. tapi kena bayar la dulu. 5ringgit setiap seorang.

.
.
.
.



ok. benda ni sangat menarik perhatian aku. kat sunway ada tempat memanah. rasanya kat MV tak ada. aku minat sebenarnya aktiviti memanah. dulu pernah wakil kolej 11 untuk sukan UM tapi tak menang pun. tangan menggeletar tapi ada hati nak join memanah. kalau dalam pertandingan, jarak memanah adalah 100 meter. tapi kat sunway ni kita memanah jarak dekat je, tak sampai pun 50 meter. sangat sesuai untuk yang baru nak belajar or have fun. satu game di caj 9 ringgit. tapi aku tak pasti plak berapa arrow dia bagi shoot.

.
.
.
.


ok. ini tempat games! game lumba kereta, game bola, game tembak-tembak, dan macam-macam ada. tapi aku tak minat nak duduk sini lama-lama. bingit tahap gaban. kat sini memang ramai budak-budak sekolah, siap ada yang nak ushar aku. mungkin sebab aku ini masih kelihatan macam budak sekolah. padahal aku ni lebih tua sedekad dari depa semua. hahaha!


.
.
.
.


.
.
.
.


.
.
.
.


.
.
.
.



sunway pyramid memang cun! dari luaran hingga kedalaman memang cantik di pandangan mata. senang di explore. tak pening even pertama kali jejak sini, terus boleh ingat mana jalan masuk keluar naik turun. restoran yang sangat banyak. bukan sekadar ada fast food tapi memang macam-macam restoran ada kat sini. selain itu, ada juga jusco, parkson, giant as pasaraya besar.
.
.
.
.



aku makan kat food court Jusco. cerita pasal Jusco, hari Sabtu merupakan hari NO beg plastic untuk negeri Selangor. so kalau beli barang, dia bagi paper bag. (yang macam envelope besar kaler coklat di staple), kalau nak guna plastik jugak, kena bayar 20sen.

.
.
.
.

.

Nasi Goreng Paprik~ rm5.30 sen.

.
.
.
.


nasi putih + tomyam ayam~ rm6.00.

.
.
.
.


ok, yang paling best kat Sunway Pyramid ini dah tentunya Ice Skating. dari pengamatan yang dibuat, kebanyakan 'peserta' yang main kat sini mesti jatuh then basah-basah. yang tahap profesional pun jatuh tergolek-golek. biasalah, ramai sangat orang, so kalau nak main better bawak la baju spare ke apa. dan aku suka tengok semua orang saling menolong bila nampak other person jatuh. bila jatuh memang susah nak bangun sendiri, so akan ada yang hulurkan tangan untuk tolong. jangan risaukan pasal 'bersentuhan' bukan muhrim, sebab kat dalam ni you all wajib pakai glove.

.
.
.
.


ok. tempat ice skating dah kosong, maknanya entry pun dah tamat. =)



Friday, February 26, 2010

central market at Pasar Seni



sudah hampir 3 tahun menetap di kuala lumpur. baru kali ini tergerak hati nak pergi central market yang terletak di Pasar Seni. jujurnya. sudah berpuluh kali aku menjejaki pasar seni, tapi tak pernah berminat nak ushar Central Market. padahal yang paling glamer kat pasar seni adalah central market. weeee! Petaling Street pun glamer apa?.. hahah. pasal petaling street kita cerita lain kali, sebab entry ini adalah entry khas untuk central market sahaja.



pintu utama Central Market.
.
.
.
.




sebaik sahaja kami masuk, dengan tak semena-mena, terus diserang oleh sang singa. terkejut beruk aku dibuatnya. aish. belum habis lagi ke sambutan raya cina?. sang singa dan pengunjung cina memenuhi ruangan pintu utama. sambil bergendang-gendang. ok. baiklah. kita snap lah gambar sang singa. buat kenangan-kenangan. lebih  la sikit modal nak cerita dalam blog. weeeeee!

.
.
.
.



.
.
.
.



kat central market ni, hampir  98.88% barang yang dijual adalah handmade. bukan buatan kilang. jangan kau ngada-ngada nak cari ubat gigi atau berus gigi kat sini. tak jual. tak jual. kenapa tak 100%?. sebab aku ada nampak kedai minyak wangi kat dalam CM ni, so aku rasa minyak wangi itu bukan handmade. haha!

.
.
.
.



nampak tak? jalur gemilang @ bendera Malaysia. itu tandanya central market ini terletak di Malaysia. bukan di Brazil. so kepada pengunjung blog ku yang bukan malaysian. I welcome you. jom visit Malaysia.
.
.
.
.



beg-beg handmade yang kelihatan seperti perca-perca kain 'bergabung menjadi beg'. tak pasti beg ini trend terkini atau apa. siapa rasa tertarik boleh la beli 1. nak beli 2 pun boleh. nak sekadar tengok pun boleh. =)
.
.
.
.


gelang pun ada. tapi ini gelang perempuan, macam biasalah, lelaki hanya disarankan menjadi tukang beli sahaja. haha!

.
.
.
.


masa itu emas. (tagline wajib bila nampak jam). ada jam tangan, ada jam loceng. harga pun dah tertera. tak mahal. beli 1 dapat 1, beli 2 dapat 2. kalau tengok saja tak beli tak dapat apa-apa.

.
.
.
.


haa, ini adalah jam yang tidak murah. serius memang tidak murah. ada yang berharga mencecah 4 angka. tapi jam-jam ini sangat cantik. sesuai untuk diletakkan di rumah yang besar-besar. ermm. rumah yang kecik pun boleh letak juga.
.
.
.
.



senilukis cina. bukan aku yang kata. orang kedai itu yang kata. kita percaya sajalah.

.
.
.
.


nursarah really like this, hanya like sahaja, tidaklah sampai ke tahap nak beli. hahaha!



selain barang-barang kraftangan, ada juga spa ikan. (yang rendam kaki dalam tab ikan then ikan gigit-gigit kaki anda dengan manja sampai rasa geli hati), kalau nak isi perut,  kedai makan pun ada, kalau sakit perut,tandas pun ada. and over all, seluruh CM ni agak kemas juga. nice view. sangat ramai pelancong yang jalan-jalan sini, serius, tak banyak orang Malaysia yang jalan sini hari ini. mungkin sebab semua orang pergi Sogo, sempena adanya sale start hari ini hingga 5 March. (bukan promote sogo. sumpah bukan).


sebenarnya banyak lagi barangan best-best yang dijual kat CM ni, ada kain batik, seluar batik, frame gambar, topi, kasut, keychain, pasu, dan macam-macam. tapi sebenarnya bukanlah senang kita nak snap gambar. sebab kita bukan wartawan, kita hanyalah seorang blogger. seriously, aku ada ternampak board tertulis 'no camera'. so, aku terpaksalah snap gambar secara curi-curi. no flash. no shake. haha. tengok,  bukan senang tau nak promote malaysia.




TammaT.

percintaan~ apabila penasihat menjadi perampas.

p/s: anda dinasihatkan tidak emosi apabila membaca entry ini. =)

 


watak 'penasihat' selalunya dimainkan oleh perempuan. so watak 'perampas' dah tentu juga perempuan. tiba-tiba ada pembaca nak bidas. oklah. demi untuk tidak ada bias jantina, kita anggap la lelaki dan perempuan bernisbah sama dalam memegang watak 2P ini.

mana ada percintaan yang tidak bermasalah. orang kata, salah faham itu biasa. sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula suami isteri. bukan senang bagi dua jiwa nak get along. yang sini kaler biru, yang sana kaler hijau. yang sini pemalu, yang sana buat tak hirau. ~penulis merepek, jangan layan~

episod bercinta, memang macam-macam. kadang-kadang ceria. kadang-kadang suram. sudah memilih untuk bercinta, maka hadapilah apa jua cabarannya. sama ada kau menangis atau ketawa. bukankah si dia itu pilihan kau juga?


~penulis bebel panjang, bila entah nak sentuh point sebenar!~ 


seiya sekata sehati sejiwa menghadapi cabaran, kami setia. kami sedia berkorban untuk negara.


but still, u need someone else as 'love adviser'?
-yes I am. sebab kadang2 aku sakit kepala ngan gf/bf aku.

then, why u prefer to choose an opposite gender as your love adviser?
- I just feel like......


u know what? watak penasihat yang berlawanan jantina adalah merbahaya!


because of your adviser always comforting you. lama-kelamaan. timbul pula perasaan aneh. (macam jatuh suka). of course you didnt do it on purpose. but.....that's your fault. by choosing the opposite gender as adviser. 


gejala 2P ini bukan hanya berlaku pada 'couple'. malahan turut melibatkan mereka yang telah mendirikan rumahtangga. sebab itulah adalam Islam. jika rumahtangga dilanda badai, orang utama yang perlu di refer adalah ibu bapa dan mertua. dan bukannya 'bestfriend'.

situasi paling aku benci, bila akhirnya kau kata yang kau dah sayangkan kedua-duanya. betapa tamaknya!



kaedah penyelesaiannya. senang saja.

.
.
.
.
.
.

 dun get involve! as simple as that.

Thursday, February 25, 2010

jangan demand dalam persahabatan.

orang kata, dalam apa jua situasi, hati kena ikhlas. cuba untuk feel free dan  berlapang dada. mungkin susah. tapi sebenarnya itulah yang terbaik.

memang menyusahkan kalau kita asyik 'ambil hati' dalam setiap perkara. perasaan kita jadi tak best, perasaan orang lain pada kita pun jadi tak best jugak.

selalu saja kita nak orang lain memahami kita. tapi sebenarnya kita sendiri tidak pernah memudahkan mereka untuk memahami kita. lebih teruk lagi, jika kita pun tak faham dengan diri sendiri.

memang mustahil kalau semua orang nakkan kemenangan. sebab persahabatan bukan satu pertandingan. 

apa-apa pun, teruskan mengukir senyum. kerana.........





ianya bukanlah susah pun.

jom heboh TV3..

pengaruh iklan. pengaruh hiburan. inilah dia. hari jumaat ini kita bakal meraikan Maulidur Rasul, keesokkannya ada pula karnival jom heboh tv3 di Bukit Jalil. ada apa dengan Jom Heboh?

katanya ada artis. alahai. macam best sangat jumpa artis. tak tau la best ke tak, aku tak pernah jumpa artis then gedik-gedik nak bergambar ke apa. well, aku pernah jumpa Rosma AF (bini Khai) and Shaari AF pada tahun 2008. diorg datang rumah terbuka my uncle yang kerja as fotografer. aku pulak boleh je wat bodoh ngan diorang. tapi masa tu kan, aku memang kagum dengan Rosma. slim giler!

sebenarnya tak nak cakap lebih-lebih tentang jom Heboh. tak sokong,  tak bantah. yang penting. aku tak join. weeeeeeeeeeee!



anak bongsu pakcik aku. nak jadi fotografer cam ayah dia agaknya. haha!



sebenarnya aku pun minat dunia fotografi. macam best. income pun masyuk. dalam 2 hari boleh dapat ribu-riban. eh. tapi itu kalau profesional la. kalau setakat pakai kamera compact macam aku sekarang siapa pula yang nak upah jadi jurugambar. dulu pakcik aku adalah ketua fotografer Karangkraf. tapi now dia dah kerja secara sendiri. ada studio sendiri. beliau share dengan seorang rakan fotografer.  


..................................................................................


baru semalam post entry pasal curang dengan nuffnang, hari ini nuffnang yang sedang tido pun terus 'disappear'. pelik sungguh.


nasib baik iklan advertlets yang baru semalam dipasang sudah menyala-nyala. sejuk sikit hati ini.





hah. apa lagi. dah abis baca. boleh tolong klik iklan. bagila support sket dengan penulis yang sedang pokai sekarang. =p

Wednesday, February 24, 2010

curang dengan nuffnang.

blog berubah lagi..

ini semua gara-gara kegagalan meletakkan nuffnang ads di side bar, dah tukar template baru still bermasalah jugak! geramnya. geramnya. sampai template pun terus jadi bertaburan dalam sungai kekecewaan. dan sekarang blog sudah bertukar. dah jadi seperti minah jiwang yang sedang menagih cinta sang jejaka korea. jang geun suk plez come to me.!


dan now, aku telah mendaftar ads yang lain. kuciwa dengan nuffnang yang &^%*&*@%$! ini bukan simbol maki, tapi itu simbol nak minta izin curang.


aku terus jadi pening. perut pun sakit. pinggang pun macam nak patah.(ish macam org mengandung lak). hei. esok nak jalan2 la.


haish, apa ntah aku merapek kat sini. blah ar dulu. bye semua!

tak macho la kalau.......

tadi masa kuliah, pensyarah aku bagi 'taklimat free'. then now aku nak cilok kata-kata dia.

kehidupan ini sebenarnya satu trend. time zaman sekolah trend nya lain, time zaman belajar kat U trend nya lain. selalu saja bila kita ini masih budak-budak, kita macam berlagak nak jadi matang. rasa macam, 'apa barang nampak childish'. kita selalu tertanya-tanya, "bilalah aku nak besar ni. bosannya jadi budak-budak, kena pi kelas mengaji lah, tusyenlah, bosannya!".

then apabila kita dah meningkat dewasa. rupanya kita masih belum puas menjadi budak-budak. rasa macam nak hentikan masa. taknak lagi bertambah usia saban tahun. demi untuk menyedapkan hati yang nak bajet nampak muda, maka kita pun menjadi seorang dewasa yang sedikit kebudak-budakan. kononnya nak nampak comel.

sebenarnya kita hanya perlu 'enjoy' dengan zaman yang kita lalui. kalau kita masih lagi budak sekolah, maka enjoy la dengan kehidupan sebagai seorang budak sekolah. tak perlu 'tergesa-gesa' nak nampak matang. apabila kita berstatus single. maka nikmatilah kehidupan sebagai si 'single' dengan rasa bahagia. tak perlu 'gopoh-gapah' nak kejar partner.

selain itu, jangan kita 'down' apabila melihat 'fasa-fasa indah' milik orang lain. bukankah setiap dari kita ada 'fasa bahagia' masing-masing. cuma mungkin waktunya saja yang belum tiba.

walau apa adanya yang kita miliki, ia adalah yang terpaling 'sesuai' yang Allah kurniakan untuk kita. dan nikmatilah ia dengan rasa kesyukuran.


haaa, kan macho tu...








TammaT.

blog oh blog!

'kita memang dijodohkan bersama. sehati serta sejiwa, walau esok, atau akhir nanti, kita tetap berblog'.

aku pernah dengar orang kata. blogger ni takde life. kejenye ngadap PC 24 jam. makan blog. tido blog. minum coca cola. haha! dulu-dulu aku memang ada sindrom sedemikian, nape ntah aku macam excited giler dengan blog. best giler jalan-jalan blog orang then tinggal jejak. kengkadang sehari sampai cecah 70-80 blog aku terjah. dahsyat tak?

namun demikian, sejak tahun ini. segalanya mula berubah. aku sudah tidak lagi menjalankan blogwalking secara konsisten. aku hanya terjah secara random. secara suka hati. kalau rasa macam nak klik kat blog tu aku klik je. kalau malas, maka malas lah.

aku juga jarang melawat kembali blog-blog yang meninggalkan jejak komen mahupun mesej di shoutbox. so aku nak mintak maaf sangat-sangat pada you all. sebenarnya aku macam pening juga. adakah aku bersalah jika aku tak melawat update blog kalian.

memang sebenarnya masa aku sangat terhad. kalau aku balas kunjungan pun, aku akan baca entry-entry sekali banyak. maksudnya. bila you all dah 3 or 4 kali update barulah aku pi baca. nowadays pun aku jarang hasilkan entry yang 'best'. asyik membebel entah apa-apa. tapi you all still datang sini dan baca entry aku. kenapalah...you all ni comel sangat perangai?

ok.

blog dah siap di design. memang inilah design blog aku rite now. hitam putih kelabu. terima kasih 7 lautan kepada miz sue yang telah berpenat lelah memasang template untuk aku, si blogger yang 'buta IT' ni. jasamu akan dikenang. meh nak bagi flying burger chicken Mcdeluxe. hehehe!


ok.

ok.

ok.

ok.




TammaT.

Tuesday, February 23, 2010

blog sedang di renovate..


haa, datang sini lagi ya korang. then nak tanya. ada nampak something new tak kat blog aku nih? jangan pelik sangat. ini memang blog aku. sila-sila duduk. dan baca entry ini diam-diam.

ok. mintak maaf. blog ini sedang dalam proses renovation. tapi bukan aku yang renovate. ada orang lain yang sangat baik hati hulurkan tangan membantu aku pasang template n design blog ini. dan terima kasih kepada laman Geng Blogger kerana menghimpunkan bloggers yang pakar bab design blog. aku just chat kat GB then ada blogger yang pantas nak hulurkan tangan ringankan beban.

sebenarnya template aku bermasalah sejak 3 hari lepas. tapi aku tak perasan pun. aku view nampak elok je. bila aku view blog aku guna laptop kawan aku barulah perasan yang template blog berterabur bersepah-sepah. hahah!

nuffnang ads pun takde skang. nanti bila dah siap semua baru akan letak balik nuffnang ads beserta poll. then kalau ada apa2 tak kena, boleh la bagi komen kat entry ni.


chow!

Monday, February 22, 2010

YM dan FB membosankan

jangan panik ok. aku bukan nak ajak you all HATE ym and fb. haha, ada ke orang buat group hate FB. nak kena banned profile fb try la buat.YM dan FB keduanya berguna. tapi sekarang aku macam serabut gila. so semua benda pun aku rasa serabut. nak balas ym org pun rasa serabut. tengok wall fb penuh dengan gift yang entah apa-apa pun rasa semak. sudahlah send gift then mintak send back. what the fun.

siapa tau macam mana nak off application send gift/smile/pillow segala bagai tu?

cerita kedua.

aku geram dengan orang atasan bisnes yang tunjukkan muka berlagak. mentang-mentang kau berjawatan (bukan kuli), kau ingat aku heran?. macam bagus sangat!


ok. siapa dah siap baca, sila jawab poll nuffnang terbaru di side bar. 2 minggu lepas aku pasang poll survey readers cuma 90 orang je yang jawab. sekarang I paksa you all jawab poll tu. I paksa!

rekod kenaikan earning nuffnang terpaling sedikit.


macam biasa, menjelang Isnin, kita akan cek earning nuffnang. oleh sebab sepanjang minggu lepas, nuffnang ads 'demam cuti raya cina'. so kita memang dah boleh agak dah. pastinya pendapatan nuffnang kali ini pun demam juga. tapi tetap tidak boleh nak bermuram durja, terimalah ia apa adanya. syukur!

saya memang tak pernah bagitau anda tentang pendapatan nuffnang saya. walaupun banyak blogger lain yang kongsikan jumlah earning masing-masing, tapi saya tetap berahsia. so ini kira 1st time lah saya nak bocorkan rahsia. jengjengjeng.!

bila saja buat entry tentang jumlah earning, ramai lah yang pakat-pakat menyibuk nak tau. maybe nak buat perbandingan. or nak buat analisa. walaupun macam takda effect pun kat diri you all. tapi tetap sibuk-sibuk nak tau. kenapa ya?.. ekekeke!


oklah. saya pun tak punya banyak masa. dan kenaikan earning nuffnang saya pada minggu lalu adalah berjumlah:-







RM0.25 sen


jumlah terpaling sedikit setakat 7 minggu saya bersama nuffnang.!







p/s: total earning mana boleh bagitau. hahahahaa!


Sunday, February 21, 2010

ok. sambung berblog..

maaf ya, tadi saya ada hal mendadak. sekarang saya sambung balik update blog.

sebenarnya dah terlupa nak buat sambungan dari entry sebelum ini. so sekarang kita sambung dengan cerita lain sajalah. hahaha! ok. tadi saya ke putrajaya. sebelum ini pernah ke putrajaya sendirian, tapi b4 ni saya ke sana menaiki perkhidmatan ERL. tapi tadi saya memilih untuk naik bas Rapid. kalau naik ERL tambangnya 9.50sen, kalau naik bas, tambang cuma 3.80sen. jimat 5.70sen!

saya naik bas dari Pasar Seni. dalam jam 5pm. hujan wo! lepas 10 minit perjalanan, mata saya terus mengantuk. dan saya tertidur dalam bas. bangun saja dari tidur, seorang lelaki India menghulurkan tiket bas dan not seringgit kepada saya. malunya! saya tertidur nyenyak hingga terlepas not seringgit n tiket bas dari tangan. nasib baik mamat tu India, kalau melayu manalah saya nak letak muka. adei!

saya sebenarnya ke putrajaya untuk menjemput adik perempuan yang cuti panjang (lepas SPM). dia datang dari johor tumpang kereta kawan saya yang bekerja di putrajaya. (saya pernah mention tentang beliau b4 ni). sengaja saya ajak adik saya duduk dengan saya kat kl, belajar sikit-sikit tentang dunia. maklumlah, adik saya ni tak pandai 'berjalan' sendiri. guna internet tak reti, naik bas pun tak pernah. so. kita nak ajar dia. biar dia pandai hidup.

macam saya juga, sampai sekarang masih belajar 'hidup'. sebab saya bukan sedia tahu semua perkara. contohnya, dari putrajaya tadi, saya tidak naik bas ke pasar seni (sebab driver tak ada, mungkin bas sedang rehat), sebab hari dah lewat, kita naik saja bas yang available. iaitu bas ke Bandar Utama. memang bandar utama tu jauh dengan UM. saya tau. tapi tak apa. kita try.

saya tak tau bas ni akan lalu mana, tapi saya alert dengan jalan yang ia lalui. then saya nampak bas ini mendekati stesen LRT Kelana Jaya. ok. fine. kita turun kat sini! serius. saya tak pernah sampai Kelana Jaya. tapi saya tau ini adalah stesen terakhir LRT Putra. jadi boleh la kami pergi ke stesen LRT Universiti. (maka sampaila ke rumah). jom tepuk!

seperkara yang ingin saya bagitahu.



adik saya tak tahu pun yang saya jemput dia hari ini dengan cara 'memandai-mandai'. sebab saya buat muka macam expert gila. haaa. terer kan saya?. apa lagi. jom tepuk! hahaha!

sirih pulang ke gagang.


p/s: terima kasih kepada semua yang wish goodluck untuk contest blog joegrimjow, dan terima kasih juga kepada anda yang wish congrats sempena ulangtahun pertama blog ini.


sebenarnya tak pandai sangat guna peribahasa, entah betul ke tidak ejaan, tapi tak apa, kita memandai-mandai pun kira oklah juga. saya telah pulang ke rumah sewa, setelah menumpang di bilik kawan di kolej 11 selama 4 hari 3 malam.

cerita pasal rumah, streamix sudah dibaiki sejak semalam. nasib baik servis ini dibaikpulih dalam masa 3 hari walaupun pada mulanya janji boleh setel 2 hari. oleh sebab dah baikpulih, jangan bebel lagi, mari kita bagi TM sedikit pujian, Bagusnya servis TM. weeeee! jom tepuk-tepuk semangat.







maaf, saya ada hal secara tiba-tiba. nak kena pi putrajaya sekarang, bye!


selamat ulangtahun sayang....




21 February 2010, genap setahun blog 'deep in my heart' @ http://dihatisara.blogspot.com/ bersama saya. dan entah sejak bila, ia juga berada bersama anda. blog yang pada mulanya hanya dibaca oleh diri sendiri, kini mempunyai sekurang-kurangnya 130 pembaca dalam sehari. jika saya tidak update selama 5 hari, masih lagi blog ini masih menerima at least 40 orang pengunjung. this is statistic without 'blogwalking', then about this statistic, what more can I say?



terima kasih, thank u, arigato gozaimas, kumawo!








saya mahu mengucapkan terima kasih yang tersangat-sangat kepada anda semua, terutama kepada 'followers', pengunjung tetap dan pengkomen tegar. tak lupa juga, pengklik nuffnang, my silent readers and anonymous commentators.  juga yang singgah secara kadang-kadang or random or yang sesat terklik my page. anda semua begitu berharga, thank u again and again.







sepanjang setahun ini. andai saya pernah mengasari anda, terlajak kata, terover bicara. tersyok sendiri, terbuang masa anda, atau telah membuat anda lalai dan sebagainya, ampun dan maaf yang saya pinta.

dan akhir sekali, diharap anda akan terus menyokong saya di alam penulisan ini, dan muga saya dan anda akan terus bersahabat baik sampai bila-bila.




" forever love for u sayang, my lovely blog ever"


Saturday, February 20, 2010

true meaning of love

~ ini adalah entry contest ~



ok, semalam joe invite me to join this contest. baiklah. I join. I join. demi joegrimjow, oh silap. demi 50 pound. hahahaha!

mempersembahkan entry sempena contest weekend @ sheffield 


" true meaning of love ".


true love. bullshit. it doesn't exist.
- bila saya kata begini,ada yang sound, " kalau kau tak percaya ia wujud, maka kau takkan jumpa ".


i believe, there is true love for me, someone in this world which is my destiny partner.
- bila saya kata begini, ada yang sound,  " ur life partner pun belum tentu your true love "


apa jua yang kita percaya tentang cinta, akan ada pula pendapat lain yang sentiasa argue dengan kita. bila kita bercakap tentang cinta sejati manusia, orang mula argue bahawa cinta sejati hanya kepada Allah Taala.

Allah yang menciptakan manusia, dan menganugerahkan cinta. kalau tiada cinta sejati sesama manusia, untuk apa dianugerahkan rasa cinta di hati kita.


" Allah tidak menciptakan rasa cinta itu tanpa tujuan "


kita adalah apa yang kita percaya.






mr. joe
- sila marking simple entry ini baik-baik.
- ia simple kerana Im a bit busy n  penyertaan pun last minute.
- now kat malaysia dah jam 1.40 pm, saya hasilkan entry ini dgn irama gendang dalam perut.



TammaT.






mengubah perspektif orang lain~ saya tetap berdegil




saya ym selama 1 jam dengan seorang kawan lelaki. topik cinta. tak boleh blah punya topik, buat saya sebal. mind set kami tak sama, sama-sama argue pendapat. dia try nak ubah perspektif saya, dan saya pula macam degil. dan memang dia kata saya degil.


mempertahankan apa yang anda percaya bukan dikira sebagai degil. ia lebih kepada prinsip. kerana anda adalah apa yang anda percaya. ada sebab tertentu kenapa anda mempunyai kepercayaan sebegitu. apabila ada orang lain argue dan cuba mengubah mind set anda. anda silap jika terus bulat-bulat berpaling daripada apa yang anda percaya.


saya percaya cinta itu tidak dikatakan sebagai SEJATI selagi belum akad nikah. dan dia pula percaya bahawa relationship yang dia lalui sekarang adalah cinta sejati dan begitu yakin bahwa mereka pasti akan berkahwin.


macam mana anda boleh begitu yakin bahwa anda pasti akan berkahwin dengan 'cinta sejati' yang anda miliki sekarang? even though there still long way to go...?






cinta juga ujian dari Allah. berapa banyak orang yang bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, then berkahwin dengan orang lain?


bukanlah saya egois atau apa. tapi saya berdoa, kalau memang saya berjodoh dengan seseorang, biarlah didatangkan dia kepada saya pada masa yang tepat. jika dia datang lebih awal, saya bimbang jika saya tidak mengiktiraf dia sebagai cinta. 


dan sebenarnya saya tidak suka buat entry tentang cinta. dush!

Friday, February 19, 2010

iklan nuffnang you all yang annoying!


ok, I update pantas.

for today, tiada panggilan dari TM, maknanya streamix rumah saya masih mogok. eei! rasa nak baling mercun kat menara TM berhampiran UM ni ha. tak. tak, saya boleh sabar lagi, kita tunggu lagi, sampai bila mereka nak duduk goyang kaki. mungkin sampai saya buat panggilan kedua kali untuk maki. haa! jangan terkejut, bab servis memang saya 'garang' daripada biasa. sebabnya servis wireless ni kita bayar dengan DUIT. bukan dengan PASIR!



back to the tajuk entry.






boleh sesiapa bagitau saya, macam mana nak baca entry sebegini. ini dipanggil terlebih nuffnang dari blog. huh! dan bagi saya, page begini jauh lebih annoying kalau nak banding dengan page yang pasang auto-audio. tiba-tiba sound effect berbunyi "aku punya blog aku punya suka lah ". haha, tak kelakar. malas nak bebel, U FIKIRLAH SENDIRI.