Sunday, January 31, 2010

bile lelaki kelihatan cute..

jalan-jalan di MV lagi hari ni. minggu ni sampai 3 kali pergi MV. nak sebut pun macam nak muntah. asyik MV saja macam takda tempat lain lagi dah.

cerita tentang hari ini simple saja. pergi MV untuk tengok wayang. tengok lelaki cute berlakon. taktau pun lelaki ini bakal kelihatan cute dalam lakonannya kali ini.



 


lelaki akan kelihatan cute, apabila mereka sedaya mungkin melayan kerenah anak kecil dengan sehabis baik.





lelaki akan kelihatan lebih cute semasa mendukung kanak-kanak?






haruslah menjadi lebih cute demi seorang wanita.



filem ni sangat kelakar. bikin aku tergelak lebih banyak daripada biasa. kebanyakan scene adalah sangat lucu. tapi ada scene yang touching juga. sampai kami berdua mengalirkan airmata. sob.sob.


lepas makan, time to isi perut.  McD, Pizza, KFC, semua pun tak lalu. macam dah bosan. erk! sebenarnya dah bosan memilih tempat makan di MV. semua pun bosan. serius!


sebenarnya minggu ini memang tiada nafsu terhadap makanan. tiada nafsu untuk masakan juga. serius, tiada sesi memasak dalam hidup aku pada minggu ini.







ok, The Chicken Rice Shop menjadi destinasi mengalas perut. makan sebab lapar. dan memilih makan di sini sebab dah lama tak makan di sini. last makan di the chicken rice shop adalah 3 tahun lepas.






Jihan. aik! handphone match dengan dress! dilarang jatuh hati dengan beliau. kerana status nya adalah 'in a relationship'. (tiru ayat laman sosial FB).





kami pakai baju kaler sama. memang kebetulan. walaupun aku takda selera makan this week, tapi aku masih tembam seperti biasa. haha!





makan di  the chicken rice shop tapi order mee kari. (kes tak lalu makan nasi sebab hari ini adalah 31 januari, apakah kaitan?). makanan adalah sedap, siapa kata tak sedap tu suka hati dia la kan. haha!





apa lagi nak diceritakan?..

pulang ke rumah terus sakit kepala. pening datang mencurah-curah ke dalam kepala akibat terlampau ramai sangat makhluk-makhluk yang membasahi MV.






TammaT. 

Saturday, January 30, 2010

coretan.

dah lama, tidak mention mr.S dalam blog. kali terakhir, mungkin entry disember. maknanya dah sebulan. wow! ada tak sesapa yang rindukan beliau?

aku masih rasa mr.S adalah kawan baik aku. walaupun kadang-kadang aku macam lupa bahawa aku ada dia sebagai kawan. 

3 hari lepas aku YM dengan dia, then dia tanya, lagu apa yang fames sekarang. then aku jawab,  lagu Ressa Herlambang, tajuk Menyesal.

....................................................................................................


petang tadi, satu panggilan telefon dibuat. bukan kerana apa-apa. hanya kerana tiba-tiba mahu bersembang dengan seseorang.

antara keratan perbualan:-

"saja ja call, nak tanya......"

"nak tanya khabar aku?, sihat je Alhamdulillah"

" betul ke sihat, suara macam selsema"

"owh, habuk ni, baru je kemas-kemas bilik, alahan habuk"

" owh, ya? rajin eh kemas-kemas?"

" haha, tak sangat. kemas sambil dengar lagu Menyesal, dah download, seharian dengar lagu tu. haha"

" hoho. dah hafal ke lagu tu?"

" aku lambat la bab hafal lagu nih. haha, dengar je"

" okla tu, hari ni tak kuar mana-mana? tengok wayang ke"

" haha, lama dah tak da plan nengok wayang, paling last ada niat nak tengok wayang masa jumpe ko kat melaka dulu"

" fuh, lama dah tu, setahun dah"

" tu lah, itupun niat je, tak dapat tengok pun. haha"

...............................................................................................





kadang-kadang, dia seperti dekat. dan kadang-kadang, dia semakin jauh. 




FATE, it cant be put into words.


esok, 31 januari , pada tarikh inilah, aku berjumpa dengannya, iaitu setahun yang lalu.







TammaT.

kisah saya bersama trofi piala dunia.

belum habis lagi episod 'bersama piala dunia'. dan kali ini ianya adalah cerita bergambar. aku menganggap ini sebagai kenangan dalam kehidupan, dan kerana itulah, ianya tercoret di sini. inilah dia, cerita yang gembira.




blog aku menjadi sumber kedua selepas harian metro dalam google search tentang 'trofi piala dunia di mid valley'. memang betul lah blog sebenarnya adalah sumber informasi. that's why perlunya bloggers memberikan informasi yang tepat.




nak dapatkan tiket, kena beli coca cola di booth ini, bukan beli di carefour atau jusco, (nyampah giler bile sebut jusco). tak. tak, dah tak marah lagi. tapi geram tu ada. haha!
.
.
.




perlu ke ada gambar penulis?
.
.
.




dalam area pameran ni, banyak betul games, tapi aku tak terliur nak main. game pada gambar diatas ni antara yang menarik. you all akan nampak diri you all sendiri dalam skrin, mainla bola-bola tersebut secara sepakan ke ape ke, walaupun hakikatnya macam main dengan angin je. haha!
.
.
.




 ini adalah ruangan tayangan. best sangat tayangan ni, iklan coke yang wow! siap review final match world cup tahun-tahun sudah. maradona, zidane, ronaldo. (terimbau kenangan menonton fifa dulu-dulu). lagu iklan pun best. (ok, disebabkan aku peminat bola mestilah semua pun aku komen best, kalau kau tak minat bola mesti kau melopong je tengok macam takda perasaan. haha!)
.
.
.




ini adalah slot terakhir di pameran ini, slot 5 saat bergambar bersama real trophy  piala dunia yang pernah dikucup oleh Fabio Canavarro 4 tahun lepas. tapi kami semua dilarang sentuh kaca yg melindungi trofi tersebut. trofi emas seberat 6.1 kg ni bukan main-main ok. ini real punya emas. 18 karat!
.
.
.




tiket dan spek 3D untuk tayangan.
.
.
.




memang kabur kerana ini adalah gambar diatas gambar, iaitu gambar berukuran 4R kami bersama trofi piala dunia yang diberi secara percuma. gambar ini sangat berharga buat aku. bukan senang nak bersama dengan trofi piala dunia. 
.
.
.




jangan tanya kenapa fridge rumah aku tiba-tiba dipenuhi dengan coca cola. ini semua demi bola. dua botol coke tu diberi percuma dalam area pameran.
.
.
.
.
.
.



ok, gambar dah habis. tapi cerita tak habis lagi. haha!



aku masuk pameran ni jam 8.30 malam, dan keluar jam 9.30 malam. yang menyebabkan lama adalah kami perlu beratur panjang untuk masuk ke area tayangan. mereka limitkan dalam 40 orang sekali masuk. lepas tayangan kena beratur lagi untuk slot bergambar. itulah yang menyebabkan lama.

keluar saja dari pameran, aku nampak ramai lagi peminat bola yang nak masuk, tetapi oleh sebab kat dalam pameran tu still ramai manusia, maka mereka tak dibenarkan masuk. tak pasti adakah diorang tu still dapat masuk ke tak, sebab pameran ni ditutup jam 10 malam. nampak muka mereka masing-masing macam merah padam menahan bengang. 

aku terus pulang setelah berasa puas hati.


 walaupun adanya cabaran dari cashier jusco yang bengong hingga menyebabkan aku mencurahkan air coke atas lantai jusco. tetapi seyes, semalam adalah hari yang gembira bagi aku!



ok, now kau percaya tak bahawa aku adalah peminat bola sejati? buktinya, aku hanya ke midvalley semata-mata kerana trofi piala dunia. fuh!  




TammaT.



Friday, January 29, 2010

kadang-kadang saya hangin juga.

ada dua cerita, satu cerita yang gembira, satu lagi cerita yang hodoh, kenapa hodoh, sebab cerita bab emosi marah-marah memang hodoh untuk dibaca. cerita yang gembira, next entry baru ada, untuk kali ini, bacalah cerita hodoh ini dahulu.

perasan tak?.macam aku dah lama tak kongsikan rasa marah dalam blog, selalu aku simpan je diam-diam. tapi kali ini aku ada sebab nak kongsikan rasa marah ni. oleh sebab kau orang dah pun klik ke sini, maka silalah baca entry ini baik-baik, semoga menjadi iktibar kepada yang  berkenaan.


bukan senang nak dapatkan peluang 5 saat bersama trofi piala dunia.


pameran eksklusif ini berlangsung di tingkat 3 MidValley Exhibition Centre, mulanya aku ingat boleh lah masuk ke area pameran ni sewenang-wenangnya. (ceh, kalau camtu dah lama area pameran nie memuntahkan manusia). nak masuk kena ada tiket, sama ada dapatkan tiket dengan membeli McD prosperity burger, atau beli 5 tin coca cola. oleh sebab aku dan kak izat dah kekenyangan, bagi prosperity percuma pun belum tentu aku berselera. so aku decide beli jela coca cola (di ground floor). 5 tin coca cola free 1 ticket, so kami kena beli 10 tin baru boleh dapat dua tiket.

macam tak fun kalau usung 10 tin coca cola ni pergi pameran, maka aku decide cari locker berkunci di jusco, memerlukan 2 keping syiling 50 sen. tapi aku dan kak izat sama-sama tak ada duit syiling tersebut. then aku suruh kak izat pergi beli something cheap dekat jusco, then mintak dibalikkan syiling 50 sen supaya kami boleh guna untuk locker berkunci tersebut. tapi cashier jusco tu memang hampas, dia taknak bagi kerjasama.

aku naik tingkat atas dengan menggunakan eskalator dalam jusco. di tangan aku tengah pegang satu tin coke yang dah luak separuh. ikutkan hati aku nak curahkan saja air coke tu dekat deretan pakaian. tapi macam aku ni masih berhemah agaknya, so aku tak buat la macam tu. dalam hati aku dah berbuku, mana boleh aku bersikap baik dengan hampagas bengong. so aku pun curahkan air coke tu atas lantai jusco. 3 kali curah time line clear. ambik kau!

kau pernah dengar tak pepatah buat baik dibalas baik, buat bengong dibalas bengong, inilah dia yang aku nak tunjukkan.


entry habis secara tiba-tiba.




TammaT.



Snap Via Mirror Contest



merujuk kepada tajuk entry dan banner diatas, bahawasanya saya dengan senang hatinya menjoinkan diri. semoga penyertaan saya diterima, dan dinilai sehabis baik oleh pihak penganjur iaitu Cik Blog



syarat-syarat penyertaan:

1) Copy & paster banner contest kat atas tue kat sidebar blog. pastikan link yang tepat ke entry contest ni.

2) Jadi follower untuk blog DARI KACA MATA YANG BERBEZA & Q-FIRST BOUTIQE.

3) Pastikan jugak add blog DARI KACA MATA YANG BERBEZA & Q-FIRST BOUTIQE kat blog list.

4) Buat entry berkenaan "SNAP VIA MIRROR CONTEST" dalam blog dengan tajuk entry tersebut.

5) Upload hanya 1 KEPING pixel sama ada seorang atau berramai-ramai yang di 'snap' melalui cermin dengan gaya yang teramat kreatif lagi inovatif.  x kisah kalu nak edit gambar  untuk bagi cun tapi pastinya gambar asli lagi tulen adalah lebih baik.

6) Wajib memberi cadangan secara ringkas lagi padat untuk kedua-dua blog CIK BLOG untuk lebih menarik di masa hadapan.



baiklah, setelah sedaya mungkin memenuhi syarat-syarat no 1 hingga 4, dengan ini saya mempersembahkan syarat ke-5 iaitu gambar yang dipertaruhkan untuk contest kali ini.





dan ini pula syarat ke-6 contest yang sedaya saya lengkapkan, walhal sebenarnya saya sangat kekeringan idea. haha!

Dari Kaca Mata Yang Berbeza
~ kongsikan tentang pengalaman sebagai student master. mungkin boleh beri inspirasi kepada ramai undergraduate student macam saya supaya sambung belajar after degree. ('',).

Q-First Boutiqe
~ gambar-gambar perlu dikemaskini selalu supaya pembaca akan lebih tertarik.


'jomla pakat join ramai-ramai! bersamalah kita memeriahkan contest ini."

Thursday, January 28, 2010

Trofi 'Piala Dunia' dipamer di MidValley.





esok, bermula jam 10 pagi. Trofi Piala Dunia akan berada di Mid Valley MegaMall. siapa yang rasa ini satu peluang yang baik, maka bolehlah beramai-ramai memenuhkan MV esok. siri jelajah Piala Dunia 18 karat seberat 6.1 kg ini adalah bersempena dengan World Cup 2010 Afrika Selatan. Malaysia merupakan negara kelima di Asia yang menerima siri jelajah Piala Dunia ini selepas negara sebelumnya Vietnam.


................................................................................................


sesi menyejukkan badan di MidValley petang tadi berjalan lancar. walaupun berseorangan menonton wayang, tapi aku tetap rasa ini fun. aku menonton filem Black Ransom. today merupakan hari pertama filem ini ditayangkan. merupakan filem dari HongKong yang berkisarkan geng mafia dan pasukan polis.

oleh sebab aku suka cerita hongkong, maka peratusan bintang yang aku boleh bagi kat cerita ni adalah tinggi juga. jalan cerita yang tidak kompleks. tetapi unsur action yang memang boleh tahan. (citer hongkong punya belasah-belasah memang superb, sound effect paling tak boleh blah).

..................................................................................................


tadi malam tengok Buletin Utama tv3. oh! my back ter'appear' di kaca TV untuk beberapa saat. ( berbaju kurung hitam, tudung putih). adei, kenapalah hanya dari belakang saja. tapi tak apa juga, malulah kalau ter'appear' muka aku yang tak siap waktu tu. tentang keputusan pilihan raya kampus UM, kebanyakan mereka yang aku undi menang. dan untuk pengetahuan, macam ada kecelaruan yang berlaku berkenaan keputusan pilihan raya kali ini, macam kena undi semula. ntahlah aku tak pahamlah UM ni, selalu saja bikin celaru.


InsyaAllah esok aku akan ke MV sekali lagi, peminat bola macam aku ni mana boleh lepaskan peluang. haha!








TammaT.


Pilihan Raya Kampus UM.

28 Januari 2010.
Dewan Tunku Canselor. Universiti Malaya.

salam sejahtera kepada semua.


berbeza dengan campus election kali lepas, hari ini saya lebih excited. I dun know why. mungkin kerana proses memancing undi selasa dan rabu yg lalu berjalan aman, maka saya terasa dituntut untuk beri kerjasama. yes, I realize that I'm a part of UM. tahniah kepada semua gerak kerja campus election kali ini atas keamanan sepanjang anda berkempen, tidak lagi huru-hara dan haru-biru seperti penggal lepas. tiada lagi kes bakar-bakar banner/poster. tiada lagi kes belasah bertumbuk segala. tiada juga kes kepala babi dalam surau. oleh sebab tiada 'kekotoran polemik politik', maka dengan senang hatinya saya turun mengundi.


berbeza dengan campus election yang lepas-lepas, kali ini, e-undi system dipakaiguna. pendapat peribadi saya, e-undi ini ada baiknya juga. just click at the box, then 'X' will appear. so, takda lagi tangan gatal yang boleh menconteng-conteng kertas undi hingga menyebabkan undi rosak. macam bodoh bila susah-susah turun buang undi then merosakkan undi tersebut. kan lebih baik tak payah mengundi jika hanya datang bikin undi rosak. ok, tetiba saya membebel lebih.


berbeza dengan campus election kali lepas, kali ini, saya mengundi sebagai mahasiswa luar kampus. maka saya dikehendaki mengundi di Dewan Tunku Canselor. oleh sebab excited, jam 10 pagi lagi saya sudah sampai di sana. Oh My God. saya macam...'WOW'. banyaknya fotografer berkamera besar! banyaknya wartawan. TV3, RTM, NTV7, dan wartawan surat khabar semua pun ada. dan tetiba saya rasa macam "Oh, bertuahnya mahasiswa luar kampus". dulu waktu saya mengundi di kolej kediaman satu kamera pun saya tak nampak. ok, tetiba saya bangga sekejap.


saya tidak hairan pun dengan wartawan atau jurugambar, sebab mereka kan cuma jalankan tugas. dan saya pun jalankan tugas juga. lagipun mereka bukannya snap gambar saya seorang, tapi tak apalah. bukankah ini adalah kenangan saya sebagai seorang mahasiswa. kenangan macam ni perlulah disimpan baik-baik dalam diari kehidupan. sebagai bukti, bahawa saya pernah berada di sini.


dan hari ini, cuaca lebih panas daripada biasa. sangat lah terik. sampai saya juga terasa lebih hangat daripada biasa. disebabkan hangat begini, maka saya berhasrat nak pergi sejukkan badan di MidValley.



setakat ini dulu laporan skema dari saya, sekian.







TammaT.




Wednesday, January 27, 2010

beer & tapai ada persamaan.

percayakah anda bahawa kandungan etanol dalam beer dan tapai adalah sama iaitu sebanyak 5%. then you all jangan gedik tetiba cakap aku buat fatwa boleh minum beer. takda, aku tak cakap macam tu pun. then apa yg aku nak sampaikan ni?..haa.. silalah baca entry ini sampai habis.


Arak, apa jua jenis pun, beer ke, wine ke, wisky ke, vodka ke, semuanya adalah HARAM diminum. sama ada segelas, atau satu jag, atau setitis pun, ia tetap HARAM diminum. jangan sanggah lagi hukum ini.


walaupun haram diminum, tetapi arak bukan najis. ia haram diminum kerana sifatnya yang boleh mendatangkan kemabukan/ hilang kewarasan. bukannya diharamkan sebab bersifat yang najis. tapi ironinya masyarakat kita mengatakan arak adalah najis, supaya kita bertindak menjauhinya. sama juga macam kita jauhi binatang yang najis seperti anjing dan babi.


100% etanol yang tulen (cecair jernih tanpa warna) tidak mendatangkan kemabukan, kalau someone minum seteguk, dia tak akan sempat mabuk, tetapi akan mati serta-merta. kerana etanol sebenarnya adalah sejenis racun. di dalam arak, terdapatnya unsur etanol. arak yang berbeza, mengandungi peratusan etanol yang berbeza.






makanan seperti cuka, tapai, kicap, kordial mengandungi tidak lebih dari 5% etanol didalamnya. selagi makanan tersebut tidak  memabukkan (peratus etanol yang sedikit), maka ianya boleh dimakan.


then macam mana pula kalau makan tapai banyak-banyak sampai 1 besen. adakah boleh menyebabkan mabuk?
tak sempat mabuk, kerana tubuh kita secara automatik akan menolak (dengan cara muntah) sekiranya tapai/kicap diambil secara over dose.

(siapa tak percaya boleh try minum segelas kicap, tengok cam mana, muntah hijau agaknya).


selain dari makanan, penggunaan etanol adalah sangat luas dalam bidang perubatan, industri penghasilan perfume dan bahan bakar. pelbagai jenis ubat batuk mengandungi unsur etanol, begitu juga ubat cuci luka dan sebagainya.







(that is why minum segelas/sebotol ubat batuk boleh menyebabkan khayal, apabila sampai tahap mengkhayalkan, maka jatuh hukum HARAM).


dalam industri perfume, etanol bertindak sebagai bahan pelarut, semua jenis perfume yang beralkohol adalah halal dipakai. so tak payah gaduh cari perfume tanpa alkohol. asalkan perfume bukan diperbuat dari bahan najis, maka bolehlah di bawa solat.




jelas/ tidak?. if u still confused, u can send email to mana-mana penceramah agama. bukan send kat aku. Im not penceramah, I sampaikan setakat yang I sure sahaja.


..............................................................................................



* update

Tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisan arak. Jika tidak ada dalil, maka hukum asalnya ialah suci. Tidaklah semestinya pengharaman sesuatu itu menjadikan zat benda tersebut sebagai najis. (contohnya) Racun adalah suatu yang haram (dimakan/diminum), akan tetapi ia tidak pula dikira najis. firman Allah taala (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenun nasib itu adalah najis dari amalan syaitan..”

Maka yang dimaksudkan dengan najis di sini adalah najis maknawi bukan hissi, ia merupakan sifat, kerana tidak mungkin berjudi, berhala dan bertenun nasib juga menjadi najis dari sudut hissi, maka ia dikira najis kerana termasuk dalam perbuatan syaitan, dan syaitan bertujuan menimbulkan permusuhan dan kebencian, perkara ini adalah pekerjaan najis (keji) dari sudut maknawi.
 
 
.........................................................................................

macam tak jadi pergi MV hari ni. err, ntahlah. taktau lagi nak pergi ke tak..adei.






TammaT.



Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna di bawa ke Johor.

siapakah beliau..?  seorang penulis blog, apa yang beliau dah lakukan?. semua pun tahu. kalau tak tahu juga, pi baca berita harian ke, malas dah nak ulas.

muka Aduka Taruna ni, aku belum nampak lagi, tapi now dia dah serah diri pada pihak polis kota bharu. InsyaAllah esok keluar lah muka dia kat paper.

Aduka Taruna ni rupanya duk kat kelantan. tapi pelik kan apa kes dia tetiba nak biadap dengan Almarhum Sultan Johor. berumur 29 tahun, dan bekerja sebagai pereka grafik.

terkini, Aduka Taruna akan dibawa ke Johor untuk soal siasat lanjut. kalau boleh, aku nak dia ni pergi menghadap pusara Almarhum Sultan Iskandar.


..........................................................................................




hari ni, penat sesangat, plan nak tido awal, tapi tak jadi, sebab nak tengok citer SuperNatural pukul 11 malam. esok, plan nak tengok wayang. Spy Next Door. MV. siapa nak join?..=p

 oleh sebab penat, entry setakat ini sahaja. bye.








TammaT.

post entry untuk bacaan siapa?..

merujuk soalan diatas, masing-masing pasti punya jawapan tersendiri. anda tulis entry, maka anda lebih tahu kepada siapakah entry anda ditujukan.



1) pada diri sendiri
 entry yang berbentuk monolog dalaman, yang menggunakan bahasa dan kata-kata yang hanya dirinya saja yang faham.


2) kepada ahli keluarga/kekasih/kawan yang mengenali anda
 entry seperti jenis penghargaan, sempena ulangtahun kelahiran, atau juga luahan perasaan sama ada menyebut terang-terangan siapakah sasaran anda atau merahsiakannya. boleh jadi luahan negatif atau positif


3) kepada bloggers sahaja
 entry yang hanya bermanfaat kepada bloggers sahaja. maka pembaca anda yang bukan dari kalangan bloggers memang tidak akan faham apakah yang terkandung di dalam isi entry anda. contohnya, entry tentang tips berblog seperti traffic, nuffnang, dan yang sewaktu dengannya.


4) kepada semua.
 entry yang general, isi kandungan yang sesuai untuk semua pembaca tak kira sama ada mereka ada blog, atau tidak. entry berbentuk cerita santai/ pengalaman peribadi yang mungkin terselit pengajaran dan pengetahuan am. ada juga entry yang berbentuk perbincangan pendapat tentang isu-isu tertentu.





ini adalah analisis peribadi, terhadap genre entry yang di post dalam blog.

ada blog yang lebih mengutamakan golongan 'bloggers' sebagai sasaran yang akan klik dan baca entry mereka. blog jenis ini menjadikan blog mereka lebih kepada genre blog tutorial kepada bloggers. biasanya entry tutorial mempunyai hit yang tinggi dan berkesan menarik lebih banyak pengunjung.

dan ada pula bloggers yang lebih mensasarkan 'pembaca umum' (yang tak ada blog) yang akan membaca blog mereka. entry yang peribadi / cerita umum biasanya kurang pula mendapat sambutan melainkan blog anda hot seperti Hanis Zalika dan Chika.






bagaimana aku boleh menganalisis?

kerana aku menulis blog, dan aku juga membaca.




tak kira apa juga, hasilkan lah entry yang boleh membahagiakan hari anda.






TammaT.

Monday, January 25, 2010

lihatlah dengan mata.


Alhamdulillah, tentu saja para pembaca di sini masing-masing mempunyai indera penglihatan yang sempurna. masih mampu melihat dengan baik. that is why u are here rite now. jika anda tidak dapat melihat, mana mungkin anda bisa membaca blog ketika ini.

pernahkah anda terfikir, betapa bermaknanya kehidupan anda dengan memiliki sepasang mata sebagai deria penglihatan.

tatkala bangun saja dari tidur, perkara pertama yang kita lakukan, adalah membuka kedua-dua mata kita. pada saat itu, kita harus panjatkan rasa syukur, "Alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi."

dengan adanya sepasang mata, kita dapat melihat jalur cahaya, juga spektrum warna yang indah. lebih hebat lagi, kita dapat melihat orang kesayangan yang sering bersama kita. masih dapat melihat senyuman dan tawa mereka. Alhamdulillah.









mulai saat ini, biarkan mata kita bebas melihat dunia. kerana akan datang, bila tiba waktunya, kita mungkin tidak akan terjaga lagi.






TammaT.

Sunday, January 24, 2010

tips bagi mereka yang baru nak belajar memasak.

jangan citer bab masak air, masak mee maggi atau goreng telur. benda kacang camtu tak perlu kepada tutorial. pandai-pandai la sendirik.

ok. walaupun aku ni bukanlah pakar bab memasak. maka tak semestinya aku tak boleh bagi tips. siapa yg dah pakar memasak, boleh tolong add on mana2 kekurangan dalam tips nih. ok!





ini hiasan je la, pi baca tips sana. dush!



dan tips ini adalah yang asas je, yang level terbawah la senang kata. lelaki dan perempuan boleh praktik. tiada diskriminasi. ok, jom ushar apakah tipsnya.



1) jangan segan masuk dapur.
segan kat sini bermaksud malas. jika tidak masuk dapur untuk tujuan memasak, at least masuk dapur untuk tengok orang lain masak. bukan masuk dapur untuk tujuan makan sahaja.

2) membuat pemerhatian.
basic dalam belajar, adalah dengan membuat pemerhatian. contohnya, perhatikan cara emak basuh beras. perhatikan cara emak siang ikan/udang/sotong. perhatikan cara emak potong daging. dan lain-lain.

3) bertanya.
sambil membuat pemerhatian, boleh juga bertanya sebarang persoalan kepada emak anda. macam aku pernah tanya mak aku, kenapa mesti potong daging secara tidak selari dengan urat daging. then emak jawab, supaya daging cepat empuk apabila dimasak. mesti bertanya untuk tujuan ilmu pengetahuan, bukan banyak tanya sampai emak anda rasa rimas then menghalau anda supaya keluar dari dapur.

4) mencuba sendiri apa yang anda perhatikan.
takkan selamanya asyik jadi pemerhati, maka haruslah mencuba lakukannya sendiri. dan lebih baik jika dilakukan di bawah pemerhatian emak anda,  supaya dia boleh tegur anda jika anda tersalah. kalau pertama kali siang ikan, cuba la dalam 3,4 ekor ikan. jangan cuba siang sekilo terus, dibimbangi hancur pula ikan-ikan tersebut. belajar slow-slow. jangan tergesa-gesa.

5) jangan takut 'memasak'.
sesetengah orang takut kupas bawang nanti pedih mata, atau takut dengan minyak panas dalam kuali. yelah, mungkin takut terpercik kena tangan ke apa. aku pernah kena marah ngan emak bila bagi alasan takut terpercik minyak time nak terbalikkan ikan goreng dalam kuali, kena sergah ngan emak, "bukannya mati pun kena minyak sket". adei. ambik kau terkena sebijik. pastu aku dah tak gelabah dah bila goreng ikan ke ayam. pandai-pandai la menjauh sket dari kuali panas tu kalau takut terpercik.


....................................................................................................


ok, setakat ini dulu tips yang aku boleh kongsikan. akan datang aku bagi pulak tips memasak untuk level seterusnya.







TammaT.

Saturday, January 23, 2010

masjid jamek, bukan masjid india.


dah dua hari berturut-turut aku jalan pergi masjid india. semalam aku habiskan rm160. hari ni aku cuma belanja rm6, semalam aku keluar sorang-sorang, hari ni aku keluar dengan Hasni. semalam aku.. dah, takda lagi dah pengulangan ayat yang sama. haha!

masih ingat lagi time dulu-dulu pertama kali aku pergi sini. orang tanya aku nak pergi mana, aku kata nak pergi masjid india. then bile tengok stesen LRT, yang ada stesen lrt masjid jamek. then aku bagitau balik kat kawan aku yang aku bukan pergi masjid india, tapi pergi masjid jamek. adei. cam bongek je aku dulu-dulu.

ok, bercerita plak pasal pasar malam di sini, adei, tiap kali datang sini kepala aku terus jadi pening-pening lalat. ramainya orang. sampai terkonpius, mana customer dan mana peniaga. haha! bila masuk pasar malam, aku wajib beli air. then beli kopok lekor, sambil jalan sambil makan dan minum. memang buruk perangai aku nih, tapi tabiat ini hanya dilakukan dipasar malam sahaja. haha, sumpah tipu, kat MV pun aku selalu ja wat perangai ni.. sambil jalan sambil makan popcorn. maklumla, popcorn tak habis makan time tengok wayang, nak buang rasa sayang. daripada buang, baik makan sambil jalan. haha, baiklah, aku macam dah mula terpesong dari cerita asal, suka tak suka, kau dah pun baca. haha. padan muka.

yang best bab pasar malam, adanya makanan. haha, makanan pasar malam ni memang nampak sedap, bau pun sedap. tapi taste die, sebenarnya bukanlah sedap terlampau, hanya taraf biasa-biasa saja, konpem bini korang masak lagi sedap. kalau korang takde bini, anggapla macam dah ada juga. haha.

pasar malam kali ni aku dapat beli dan makan aiskrim potong. yang ini memang sedap. perasa kacang merah. adei. macam nak makan sepuluh potong je. tapi melampau la kan kalau makan sepuluh. nanti mamat yg jual tu perasan yang aku ni beli aiskrim sebab nak ngurat dia pulak, demi mengelakkan yg demikian, maka beli sepotong sahajalah. tak puas makan pun buat-buat puas pun jadilah.

sebab semalam aku dah berhabis banyak, maka hari ni aku hanya jadi peneman Hasni memilih benda yang dia nak beli. dan sekarang, secara tiba-tiba tanpa diduga......rasa mengantuk datang melamar sang mata. so, aku nak pegi mandi, n tido. lab report bioproses, aku siapkan esok jelah. haha!









TammaT.

jemput-jemput ikan bilis.


sebagai anak jati johor, aku juga ingin mengucapkan sembah takziah kepada kerabat negeri johor atas kemangkatan Sultan Iskandar pada 7.15 malam tadi. Al-Fatihah buat Almarhum Sultan.


di hari sabtu ni, rumah sewa aku cuma dihuni oleh aku dan kak izat sahaja. shida balik umah kakak dia, hasni pergi belai anak-anak ikan dia, naeimah plak kerja part time kat MidValley. adei, sunyi pulak rasanya. bila sunyi camni, mood memasak tiba-tiba datang. haha, magic gila.


dah sebulan tak balik kampung, rindu sangat nak makan jemput-jemput ikan bilis. selalunya makan hasil tangan emak, skang ni kena makan hasil tangan sendiri. walaupun cuma makan berdua ngan kak izat, sekurang-kurangnya ada gak teman. hehe


ini pertama kali aku sediakan sendiri jemput-jemput ikan bilis, sebab dah kempunan, then terus saja bersemangat nak buat. bagus juga sifat kempunan nih. berguna bila kita takda pilihan. mana nak cari jemput-jemput ikan bilis kat kedai makan. sumpah orang tak letak dalam menu. haha!


sebab pernah tengok emak buat, maka ingatan terhadap cara nak buat tu sentiasa ada dalam kepala. bila masak dengan emak di kampung, mak selalu kata "bukan susah pun memasak". tak mungkin kan emak berbohong. memang tak susah, cabut rumput di kebun abah lagi susah. haha. tetiba teringat kenangan mencabut sayur kucai. lucu betul.






breakfast  makanan kampung je. I memang orang kampung, so what?..haha







TammaT.


Friday, January 22, 2010

kami adik beradik blogger.


tentang entry lepas, aku malas nak ulas, pendapat you all semua aku terima je. dan you all kena terima gak style aku berblog.  nak banyak cekadak. pegi makan cekodok. muahaha! tak lawak!

ok, aku happy. sebabnya aku baru je beli beg sandang belakang yang size besar punya. haha, bila galas beg tersebut rasa macam diri aku seorang perantau. ala-ala pengembara pun ada gak. mungkin persediaan melatih diri menjadi seorang traveller. macam cerita kat TV Destinasi Bajet. haha!

ok, back to tajuk entry aku.

rasanya ada beberapa blogger lain yang dah tau pasal nih. ceh, mulanya aku nak berahsia juga tapi terkantoi plak dengan mereka yang berfikiran lebih tangkas daripada biasa. muahaha!

"kami memang adik-beradik blogger tegar, dia kakak dan aku adik. kami memang close giler."

tapi penulisan kami berbeza. penulisan dia lebih all out dan sempoi dari aku. sebab tu dia ramai peminat setia. ok, tetiba aku nak cerita kat you all pasal dia.

dia ni, memang minat menulis sejak kecik lagi. sejak skola rendah, banyak sangat tulisan dia ada di mana-mana buku juga. macam ala-ala diari, terlampau banyak sangat. sampai skola menengah pun dia menulis dan menulis. kadang-kadang aku baca juga 'karya' dia. tapi curi-curi baca la. dia tak suka aku baca, tapi dah 'karya' dia macam best je. so aku pun mestila tertarik nak baca. haha!

after baca, aku mesti macam tergelak-gelak sengsorang. lucu. kengkadang aku konfius, 'karya' dia ni citer betol ke citer bohong. kalau citer betol, nape cam gamble sangat. kalau citer bohong, cam mana die leh begitu kreatif mencipta cerita. haha!

dalam adik beradik aku, dia sorang je yang kaki 'menulis diari'. bukanlah diari sebenarnya, tapi ntah apa-apa isi penulisan dia. semua benda ada. pasal chester bennington vokalis Linkin Park pun ada juga. haha!





 ini blog beliau. (klik je)



to seimura,


sorry beb, tetiba je aku rindu giler kat ko. that's y aku buat entry nih. rindu plak rasanya nak baca 'karya-karya' ko yang panjang berjela dan berjilid-jilid tu. haha. but. nasib baik la ko tulis blog. bleh gak wat hilang rindu.

ko duk kat negara orang tu, jaga diri baik-baik. makan banyak-banyak. makan daging unta ke. biar dapat mengatasi kegemukan aku nih. seyes weh, aku makin gemuk skang nih. haha!

gambar2 kediaman ko kat sana, nanti aku copy n save buat tatapan emak ngan abah. so, rajin-rajin ambik gambo bebanyak n publish kat blog. haha!




...........................................................................................



eh!, tetiba rasa  sayu semacam, kena berhenti dulu nih. aish!




TammaT.

wahai pengkomen blog..



terima kasih sebab kalian sudi mengkomen entry di sini. yang hanya baca dan tak komen pun, aku ucap terima kasih jugak kerana sudi baca. dan yang tak baca langsung n cuma klik iklan pun, aku hargai jugak. at least ada sen jugak yang disumbangkan ke tabung aku. terima kasih dan sila ucap sama-sama kasih.

nak citer sket, semalam masa aku blogwalking melalui lama Geng Blogger, aku ada terjalan di satu blog. then, blog itu wat entry pasal membalas komen. bila abis baca entry tu, dan membaca komen2 nya juga, aku tiba-tiba macam dirundung rasa bersalah, dan tertanya-tanya.

adakah benar semua orang berpendapat sama seperti entry tersebut.


"kalau tak reply komen, baik tak payah letak ruangan komen".


Bom! Dush! Dush! (dan segala sound effect yg sesuai). terasa macam aku di bom. adesh!


kalau you all perasan, aku memang jarang giloz reply komen-komen entry. sebabnya aku tengok komen-komen kadangkala macam tidak perlu di reply juga. contohnya time aku post entry pasal makanan, then komen yang aku dapat macam "pergh, sedapnya!". then apa yang harus aku balas? perlukan aku jawab "memang sedap. silalah cuba". kalau 10 komen bagi ayat lebih kurang sama, then mestikah aku jawab perkara sama juga?..


kalau jenis aku plak, bila aku leave komen, aku langsung tak mengharap penulis entry tu reply komen aku. lepas nyatakan pendapat aku dalam satu2 entry, aku pun akan melompat ke entry yang lain, dan leave komen lain pula.


apabila ada sesetengah blogger yang kata sikap tidak mereply komen adalah seperti berlagak maka aku tak boleh nak cakap apa. biarlah masing-masing punya pendapat mmg berbeza. tapi sumpah. aku bukan tak reply kerana aku ni berlagak. kalau aku ni berlagak tidaklah aku akan mengadakan sesi blogwalking 2 jam sehari.


aku cuma harap pembaca feel free bila datang baca n komen blog aku. dan bukannya datang dengan rasa tak puas hati itu dan ini. kerana aku sendiri mengamalkan demikian. menerima blog orang lain, cerita dan style mereka berblog, dengan apa adanya.




TammaT.




Thursday, January 21, 2010

Pizza Hut free lagi...

masih ingat lagi entry aku makan pizza hut free di One Utama 2 minggu yang lepas?.. dan Selasa lalu, sekali lagi aku dapat makan pizza hut secara free. kalau kat OU hari tu Naeimah yang belanja, kali ini Hasni pulak yang bermurah hati untuk belanja. dan kali ini acara makan pizza dihadiri oleh sahabat satu kos.


kalau dah nama student UM, tempat paling ideal mestilah MidValley. tak payah susah nak cari yang jauh-jauh. lagipun restoran pizza hut MV sangat menyelesakan. kami memilih menu combo untuk 6 orang. iaitu satu large pan, n satu regular pan.







besar punya!




actually, ini adalah pertama kalinya, aku makan pizza hut tanpa mentapau untuk bawa pulang, b4 diz, setiap kali makan pizza, mesti ada kes tak habis makan then tapau bawak balik. tapi tidak kali ini, ada dua orang dari kalangan kami yang berjaya makan dua slice besar dan satu slice kecil. hebat tul perut mereka berdua.. haha





zahidah, izzah, n zati. masa ni diorg ngah lapar..so senyum pun macam kelihatan tak bermaya..haha.







jihan, aku dan hasni..time ni kami dah kekenyangan. that y muka cam hepi je. haha. dan aku diapit oleh 'pemakan terbanyak malam itu'..hehehehehe






setiap kali makan pizza, aku tak pernah berjaya menghabiskan sup cendawannya. separuh je yang boleh sumpat dalam perut. tapi aku macam terkejut giler bila tengok Jihan boleh habiskan sup cendawan tu dalam masa 5 minit sahaja.

best makan kat pizza hut MV berbanding kat OU, tempat duduk berkusyen, servis pun pantas walaupun customer ramai. senang kata, memang puas hati.








TammaT.














Wednesday, January 20, 2010

mahu bercerita..

.....tentang camp 2 hari 1 malam di Ulu Gombak.


macam mana aku leh join camp ni?

ini adalah camp 'kemahiran berorganisasi' yang merupakan subjek kokurikulum yang aku ambik untuk grad. ko-k adalah wajib, oleh sebab aku ni pemalas nak pegi kelas 2 jam seminggu, maka sebab itulah aku pilih 'kemahiran berorganisasi'. tak yah pi klas, just bayar rm120, pergi camp. then lulus!


bercamp dimana?

di Ulu Gombak. tempat ni tak jauh la ngan UIA gombak tu. tempat ni actually adalah tempat orang asli. memang kawasan hutan simpan yang terletak di pedalaman, dan macam area gunung ganang juga. kami tidak lah camping secara pasang2 khemah or nyalakan kayu api segala. kami tetap tido atas katil yang ada tilam dan bantal. sebab tempat camp ni adalah kawasan 'berbangunan mini' yang dimiliki oleh UM sendiri.


tentang peserta?

seramai 39 orang, kesemuanya of coz la student UM, dari pelbagai course, ada engineering, accounting, sastera, syariah dan pelbagai lagi.


tentang makanan?

makanan secara tempah catering, memang mables, sangat sedap sekali, dua kali dan berkali-kali sedap hingga menjilat sudu. paling takleh lupa adalah menu sup mamak time supper. makan dua mangkuk sup pun rasa tak cukup juga.


tentang aktiviti?

ada 4 aktiviti penting. yang pertamanya sesi ice breaking. bukan ice skating. haha. aktiviti ni simple ja. memperkenalkan diri kepada semua. introducing a little bit abaut ourselves. yang penting, setiap org kena ingat setiap nama peserta lain. selepas suaikenal, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan. 5 orang setiap kumpulan.

aktiviti kedua, sesi ceramah dari en.wahid. mana ada org suka sesi ceramah. tapi aku suka. sebab en.wahid ni sangat kelakar. dia punya nada suara saja dah boleh buat aku gelak. haha!

sesi ketiga adalah malam persembahan daripada setiap kumpulan. each group dikehendaki menyanyikan 3 lagu untuk 3 slot yang berbeza. masa prepare adalah dari pukul 5 petang hingga 9 malam. memang tak sempat, sebab kitorang ada break untuk solat/mandi/makan. tapi tetap kena prepare sehabis baik. apa yang penting?..'kerjasama'!

di malam persembahan inilah, aku bergelak sakan sampai nak pecah perut dan lenguh tulang pipi. ketawa dan ketawa sepanjang malam melihat gelagat setiap kumpulan membuat persembahan. masing2 rupanya ada talent jadi raja lawak. kelakar habis bila tengok mereka nyanyi dengan gaya masing2. yang rap tak menjadi, yang lupa2 lirik. lawakz tol!

aktiviti keempat adalah 'kembara dalam hutan'. which is one of the best experience in my life as student. aku ni memang teruja sesangat bila masuk hutan beramai-ramai. perasaan suka tu memang takleh digambarkan dgn kata-kata. tapi sayangnya kami tidak dibenarkan membawa kamera/handphone. kerana dibimbangi perkakas seperti itu bakal masuk ke dalam lumpur dan air terjun. so assistant en.wahid la yang  bawak kamera untuk snap gambar kami semua. gambar masuk lumpur, gambar mandi air terjun, semua pun di snap oleh assistant en.wahid.


then, mana gambarnya?

sorry. gambar2 mmg belum dapat lagik. untuk 39 orang student mana la sempat en.wahid nak kemaskini gambar2 n burn 39 CD dalam masa dua tiga hari. oleh sebab kami diberitahu bahawa CD hanya boleh diambil pada 2 februari, maka kami pun redha sajalah, dan readers blog ni pun kenalah redha juga. nanti bila dah dapat, i promise to publish it. ok.


tapi ada satu gambar yg aku bleh kongsi, iaitu gambar di malam persembahan. gambar ni macam tak menarik pada pandangan orang lain, tapi gambar ini ada kenangan tersendiri yang kekal dalam memori.





diz in my group. yang bertudung hitam berbaju biru kat belakang tu adalah aku. time ni kami tengah wat persembahan lagu joget lambak, tapi tak joget sangat sebab asyik tergelak-gelak dengan gelagat si Ato (mamat kat depan tuh).




seyesly, even cuma sekejap, really rasa ,macam dah kenal you all lama. friendship mmg superb!






TammaT.

1 Litre of Tears.







mungkin aku sebenarnya macam ketinggalan. aku tau cerita ni dah lama dah, kebanyakannya dah tengok sejak zaman tok kaduk lagi. tapi aku baru saja habis tonton cerita nih Jumaat lepas. aku sebenarnya tertarik nak tengok sebab ramai kata cerita ni sedih giler, aku dah save citer ni dalam laptop sejak awal semester lagi. tapi simpan je.. then hari jumaat lepas tetiba je aku macam feel nak sedih-sedih secara banyak. maka, itulah sebabnya aku memilih untuk bersedih dengan sebuah drama jepun.


sedikit review tentang drama ini.

tentang seorang gadis bernama Aya, yg baru berusia 15 tahun, menghidap penyakit 'spinocerebellar degeneration disease'. penyakit ini menyebabkan si penghidap mengalami gangguan dalam kestabilan sistem saraf, sedikit demi sedikit akan kehilangan upaya untuk berjalan, malah bertutur. hingga akhirnya menyebabkan maut.

bayangkan jika kita hilang keupayaan sedikit demi sedikit. malah kita tahu, keadaan kesihatan kita semakin memburuk hari demi hari dan tidak mungkin sembuh. mesti kita rasa hilang semangat. akan tetapi, walaubagaimana 'gelap' pun hari esok berbanding hari ini, kehidupan harus diteruskan juga. itulah yang dilakukan Ayane. meskipun sakit, senyuman harus terukir juga. sekurang2nya dia tahu 'limit' masa yang dia ada, maka menjadikan dia lebih 'menghargai' setiap detik yang tersisa.


..............................................................................................


seyes! airmata aku mengalir tak henti-henti time tengok citer ni..mmg feeling habis. air mata air hidung semua keluar. berjurai-jurai. penat juga asyik lap airmata yg leluar hampir 1 liter.(sumpah bohong), last2 aku biar je pipi aku kebasahan.


sebenarnya cerita ni adalah adaptasi daripada cerita yang benar. dan sebahagian quote dalam cerita ni pun adalah quote yang originally datang nya dari penulisan pesakit asal. ok, dibawah ini aku sertakan juga gambar mendiang ketika berumur 15 tahun dan 23 tahun.











.............................................................................................


fate, it cant be put into words.



ironinya kehidupan mmg macam teka-teki. kita tidak tahu what future will bring to us. walaupun kita sentiasa mengharapkan yang terindah dalam kehidupan, kita tak punya kuasa untuk menentukan. dan hanya Allah saja yg tahu, 'rahsia disebalik takdir'.




TammaT.

Tuesday, January 19, 2010

kenapa saya suka rumah saya.......sebab die best!

p/s: tentang entry sebelum ini, aissh! mentang2 den tumpang keta mamat myvi semua duk tanya hensem ke tak, die minat I ke tak, ewah2, bab bergosip mmg tak mau kalah. dia tu kawan coursemate. sama je ngan kengkawan lain, tolong menolong bahu membahu kan ke amalan mulia..haa, cam tulah.




back to the tajukz.

"kenapa saya suka rumah saya? sebab die besh"

jangan kata I ciplak quote iklan, walaupun hakikatnya mmg ciplak.haha!


ok, update ringkas. just nak share tentang pengalaman memasak menu baru dan memakannya bersama2 housemates di rumah sewa kami.

balik dari kem kat Ulu Gombak aritu, aku mmg terkezut dengan kehadiran org baru dalam rumah kami. really teruja dengan 'ketuhar' baru yg dibeli oleh cik Hasni. wow! pasni bleh la selalu main bakar2. bakar ayam, bakar ikan, bakar kek, bakar kentang. jangan bakar sampah dalam ketuhar sudah. haha!

bila dah ada ketuhar, maka mulalah plan macam2. nak try masak itu dan ini. (macam practice jadi suri rumah la).

Hasni dan Naeimah la yg paling berkobar-kobar nak panggang ayam ngan ketuhar tersebut.
dan aku pun setuju je.(bab makan setuju manjang).

oleh sebab dapur tak besar mana, maka tak bley la masuk memasak ramai2.. so, untuk kali ini, yang benar2 menjadi tukang masak adalah mereka berdua. dan aku plak cuma jadi tukang cuci pinggan selepas makan..haha.!



ok, terus saja kepada klimax cerita, iaitu gambar. haruslah ada gambar, barulah namanya seorang blogger yang tidak buat citer gebang..haha!







separuh dari seekor ayam yang selamat dibakar dalam ketuhar baru. bersama kuah sos lada hitam cendawan yang mables!






inilah sebabnya saya suka rumah saya.! bukan hanya makan, tapi belajar banyak benda baru dalam arena masakan. mana tau, akan datang ilmu2 ini bleh menjadi punca rezeki dalam kehidupan, siapa tau?







TammaT.

Monday, January 18, 2010

muka tak malu.

bukan orang lain, tapi aku sendiri. memang dalam hidup ni kengkadang kita kena bermuka tebal. kalau malu saja 24 jam sehari, 7 hari seminggu maka kita akan membataskan 'peluang' yang ada. tapi janganla sampai takde rasa malu langsung. kan ke malu tu 'penjaga maruah' kita. so, apa yg penting, kita mesti ada rasa malu yang kena pada tempatnya.

tetiba aku teringatkan peristiwa yang berlaku setahun yang lalu. walaupun perkara ni menunjukkan yg aku ni kengkadang 'bermuka tembok'. tapi muka tembok ni ada masanya berguna juga dalam kehidupan kita. apakah kisahnya..check it out!




"perkara paling memalukan yg pernah aku lakukan adalah.. bg sms kat sorang mamat.. n mintak tumpang naik kereta dia.. so, aku dgn tak malunya.. suruh dia datang kolej aku, ambik aku kat kolej 11 nih.. tp aku ada alasan kukuh berbuat demikian, sebab hari tu aku demam, tp aku taknak miss kelas biokimia ngan prof amru.. mulanya aku nak tumpang naik motor wanie, tapi wanie kata die bawak shima.. jd ntah naper aku ngan nekadnya terus sms mamat tu..huhu. nasib baik dia baik hati nak tolong..(padahal sebenarnya aku tak pernah lagi dalam sejarah bercakap direct ngan mamat ni).. selalunya cuma sms jer, dapat no dia pun sebab adanya hari Biotek masa 1st year dulu..huhu..

bila masuk ja kereta dia.. (myvi), aku pun tegurla dia macam da kenal lama.. padahal aku gabra n malu!.. n bleh plak aku sembang ngan dia.. ontheway ke KDK aku rasa cam lama.. n mamat ni plak bawak kereta slow giler.. sampai je KDK, aku ucap thanks, n blah.. huu.. malunyer taktau nak kata.. aku naik surau, bebudak ni tanya aku.. aku g kelas ngan apa? aku pun jawabla ngn jujur.. diorg pun aper lg terkejut ngan tindakan aku yg tak malu tuh.. dan balik dr kelas tu, hujan lebat plak, aku pun (sekali lg) sms nak mintak tumpang balik kolej.. dan bukan sahaja aku.. malah tiga lagi kawan aku turut jd penumpang kereta dia petang tuh..kepada mereka yg berkenaan, pasti tau cerita nih.. dan kepada pemilik myvi hitam tu.. timer kasih byk coz sudi menolong kawan yg di dalam kesusahan, dan mintak maaf byk2 kerana telah menyusahkan kamu pd hr tu.."





sebenarnya ini adalah entry recycle. aku pernah publish cerita ni dulu2. (masa tu aku still lagi stay kolej). semenjak 2 sem kebelakangan ni, takde plak kelas yg sama dgn dia, kalau lah ada. macam nak tumpang juga wat kali kedua.. muahaha!
 
 
 
 
 
TammaT.