Thursday, December 31, 2009

selamat tinggal 2009.

ini adalah entry terakhir di tahun 2009..tapi aku tidak berminat untuk buat entry yang panjang. kerana tidak ada apa2 yang nak diceritakan.

kesimpulan tentang life aku sepanjang 2009, memang ada pahit dan manisnya, malas nak cerita,
 biar aku saja yang tahu.

sebagai penutup entry, silalah tatap foto aku di bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




nampak tak muka aku?.





entry tamat, see u next year.=p


Wednesday, December 30, 2009

sebesar manakah?

sudah bergaji tetap beribu-ribu sebulan, masih lagi tamak memilih untuk 'makan suapan'.

sudah mempunyai isteri/suami yang baik hati dan setia, masih mahu pasang 'kekasih gelap'.

sudah dikurniakan rupa paras yang elok tiada cacat cela, masih lagi mahu 'cucuk2 sana sini'.

sudah begitu kaya, harta dan wang ringgit berjuta-juta, masih juga 'kedekut' untuk menderma.




seorang manusia itu, sekalipun dianugerahkan untuknya dapat memiliki separuh daripada dunia ini, dia masih akan bertanya, 'bagaimana pula dengan yang separuh lagi'?


betapa besarnya nafsu manusia. masih juga tidak merasa cukup dengan apa yang ada. semakin banyak yg dimiliki, semakin nafsunya bertambah besar.



CONTESTO de LOUR






mintak maaf, tuan blog post entry ni semata2 kerana satu contest yg simple, jom masuk ramai2..ini adalah contez dari seorang blogger yang bermurah hati nak belanja topup sebagai hadiah kemenangan. oleh sebab aku mmg ngah sengkek untuk topup kredit maka aku pun teruja untuk join.haha.



syarat contest sangat mudah, pertamanya, hanya perlu copy gambar di atas dan paste dalam sebuah entry khas anda join this contest. keduanya, upload sebarang gambar yang dirasakan menarik dan pertaruhkan gambar tersebut untuk pertandingan ni. gambar dari apa jua sumber. syarat ketiga, letakkan caption yang menarik dan bersesuian dengan gambar mengikut kreativiti masing2.


gambar yang aku pertaruhkan adalah..
.
.
.
.
.
.




ini gambar from internet.wink!


syarat keempat, sila link kan entry ke http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/giveaway.html. Iaitu yang berhormat tuan penganjur Contest.

dan akhir sekali, publish entry dengan meletakkan tajuk CONTESTO de LOUR.




ok, senang kan?..jom sama2 memeriahkan kontez, tarikh tutup 31 DISEMBER.









Tuesday, December 29, 2009

dah sejuk hati gara-gara...


dalam panas2 hati petang tadi, teringat plak nak transfer gambar dari digital cam..gambar tak banyak pun. tapi ade la sket2..buat penyejuk hati..haha. bukan gambar makanan ok..(err, rindu giler nak publish gambar makanan macam masa bulan2 ramadhan dulu..hikhik)..


penyejuk hati ialah si kucen comel. kucen ku di rumah abah yg namanya Oren. nama dia siapa yg bagi kalau bukan aku. haha, padahal masa baby nak bagi nama Miko. sebab lahirnya kembar tiga, kononnya nak bagi nama Miko, Niko n Chiko. tapi salah satu mati. dan yang satu lagi pulak lari dari rumah, maka tinggallah kucen ini besendirian tanpa adik beradik. tapi takpa dia masih ada emak dia si Hinata.






pandai dia posing..seperti teruja tengok org yg snap gambar..
maybe comel sangat si tukang snap..=p




ok, tengok apa ntah dia, tak pandang kamera dah.
penat aku ngurat2 panggil ngan cara manja.. tak layan.huh





tengok, dia malas dah nak layan si tukang snap gambar.





hah, ni lagi..dia terus paling tak mau kawan ngan aku dah..cis.



comel tak my kucen?

si Oren ni suka sangat duduk landing atas kusyen.  kat situlah tempat tido dia di siang hari. my Oren ni pembersih. rajin sangat kasi polish dia punya body, kasi bersinar-sinar, mmg hensem giler. dia ni suka makan jajan, bukan je jajan, kerepek ubi pun dia makan. kucen ni bangun lagi awal dari tuan dia. pukul 6 pagi my dad kuar pi masjid dia terus masuk rumah mintak makan sarapan. kalau time bulan ramadhan, dia pun bersahur juga.


walaupun umah aku bela kucen, tapi bukan 24 hours kucen ni duk dalam umah. dia masuk untuk makan, bermain-main ngan tuan dia, or tidur di siang hari.. malam dia tidur luar, kalau dia nak berhajat nature call ke apa dia mmg pandai untuk keluar rumah. dia akan duduk depan pintu bagi signal 'ngiaw-ngiaw' suruh orang bukak kan pintu untuk dia.


kucen ni bijak juga. kalau kena marah ngan tuan dia, dia akan terus bawak diri. bukan makna dia merajuk. tapi dia paham emosi tuan dia. haha, comel sekali. walaupun Oren ni jantan, dia tidak pula suka merayap. selalu saja ada di rumah. tapi kalau adik aku jalan kaki pi kedai (jalan dalam 10 minit sampai), Oren ni akan ikut juga pi kedai sama-sama. perangai sweet dia ni, belum pernah aku jumpa lagi kucen sweet sebegini.


siapa sayang kucen bleh geng ngan aku..tetiba nak main teka-teki, (takda hadiah ok). cuba korang teka berapa umo kucing ni.. jawab dalam tahun dan bulan dan hari..=p

bila last time kau dapat penumbuk?!

masih dalam minggu add n drop. sakit jiwa dan sakit otak fikirkan waktu subjek yang clash n tak da gap. minta dirombak, orang lain tak setuju..

waktu subjek yg dah sedia ok untuk jadual aku, mahu dirombak oleh pelajar lain pula..malah mahu ditukar tarikh peperiksaan.. nak tak nak aku consider bersetuju juga.


semua tak seperti yg aku mahukan, semua tidak menyebelahi aku. boleh tak..aku nak bagi penumbuk biar berterabur gigi mereka semua yg menyusahkan aku?!


mangkuk jamban betul!

......................................................................................................



aku memang....macam nak menyumpah!

Monday, December 28, 2009

pengalaman pertama..

menaiki kenderaan-> pengangkutan awam.


pertama kali naik bas henti-henti adalah di usia 13 tahun. masa tu aku duk asrama. nak keluar ngan kawan2 pi pekan berhampiran. on the way tidaklah jauh, tapi kalau jalan kaki dalam 20 minit la jugak..tambang nya masa tu sangat murah cuma 50 sen.  and now bas henti-henti tanpa air cond tu still lagi ada tak jugak tukar2..cuma tambangnya mungkin dah naik kot. rasanya 1.20sen.

pertama kali naik bas exprez adalah di usia 17 tahun (berseorangan). dari shahab perdana alor setar ke segamat. itupun hampir ketinggalan bas, sampai kena marah dengan pakcik driver. bukan sebab aku yang terlambat, tapi sebab akak kaunter tu salah bagi no platform bas. nasib baik aku ni rajin merayau-rayau tengok platform lain, kalau tak sia-sia je burn tiket bas rm52.00. perjalanan waktu malam, memakan masa selama 8 jam. naik bas malam lampu tutup, so tido memang nyenyak.

pertama kali naik train adalah di usia 18 tahun, dari wakaf baru kelantan ke labis johor. berdua dengan kawan. perjalanan makan masa 10 jam. memang teruja naik train kali pertama, macam terbayang filem hindustan yang ditonton sejak kecik. tapi sebenarnya tak sama. sebab train kat malaysia lagi lawa daripada train kat india. haha. walaupun ontheway time malam, lampu tetap dibuka. so, tido dalam keadaan terang benderang.

pertama kali naik lrt, ketika usia aku 19 tahun. lrt putra dari stesen U ke KLcc,  petang lepas asar @ waktu puncak dimana gerabak lrt sesak giler ngan manusia yang pulang dari kerja. bertiga dengan kawan UM, jihan n wanie. masa tue just nak tengok pameran kesenian tamadun Islam. itu adalah pertama kali juga aku ke KLcc. jalan-jalan cari port pameran tapi sesat. asyik turun naik eskalator dalam KLcc, padahal tempat pameran berdekatan dengan area Aquaria.

pertama kali naik komuter, di usia 20 tahun, berseorangan, dari kl central ke seremban. haha, lawak sebab tersalah turun eskalator. kena naik balik then turun kat eskalator yang satu lagi. tersilap sebab nak elakkan diri daripada jurujual celcom, malu je muka aku kena naik balik guna lif and turun jugak kat eskalator yang ada jurujual tuh..haha.!

pertama kali naik ERL klia transit di usia 22 tahun..senang kata baru je minggu lepas aku naik. juga berseorangan, dari putrajaya ke kl central. walaupun mahal, tapi puas hati sebab laju, senyap dan tak sesak.

kalau dihitung berapa kali aku naik pengangkutan awam, tentu saja sudah ratusan kali. setakat silap naik tu cam dah biasa dan tak malu dah. walaupun pengangkutan awam kat malaysia ni tidak sebagus seperti di negara jepun dan korea, tetapi still jugak dapat membantu golongan yang tidak berkenderaan sendiri macam aku. dan ramai juga di kalangan mereka yg berkenderaan sendiri, juga memilih menaiki pengangkutan awam seperti lrt dan komuter untuk ke tempat kerja. mungkin kerana  mereka tak sanggup mengalami proses ketersangkutan dalam jam agaknya.





pemandangan dalam lrt star.



p/s: kelas today belum start juga. malah ramai student belum juga pulang ke kampus.



Sunday, December 27, 2009

conteng-conteng cakar ayam.

p/s: ini mmg blog aku, sedikit sudah bertukar wajah, kenapa?..tak percaya?


kenaikan harga rokok, adakah berkesan untuk mengurangkan jumlah perokok tegar? .

ok, just now dgr berita nih. harga rokok naik sebanyak rm1.40 sen..si pemberita kata ia adalah usaha kerajaan supaya ramai perokok tidak lagi ghairah membeli rokok. seyes kelakar.! padahal agenda sebenar adalah sambil menyelam minum air. senangkata, sambil kurangkan perokok, sambil juga dapat untung. kalau nak kasi naik harga supaya perokok tidak lagi membeli, naik la banyak2 terus. rm1 sebatang ke. barulah berkesan. sengal !

kajian terhadap kemalangan Bas Ekspres.

bukan hanya salah pemandu. memang betul, pemandu bas juga manusia, manusia ni secara normalnya tidur di waktu malam. walaupun dah tido siang berjam-jam, tetap juga akan mengantuk. so ada baiknya juga mansuhkan saja trip lepas jam 12 tengah malam. selain itu, tentang struktur besi pembahagi jalan. kemalangan Sani Expres ni lain dari yg lain, bas tidak terbalik, kematian 10 mangsa adalah disebabkan besi pembahagi jalan yg tertusuk ke dalam bas lalu memecahkan cermin penumpang bhgn bawah. mangsa mati akibat tertusuk besi dan terkena serpihan cermin yg pecah. that is y ada yg putus kepala. mungkin struktur besi pembahagi jalan harus ditukar?..

realitinya, kat malaysia ni, kemalangan maut di jalan raya berlaku setiap hari. bukan hanya bas, kereta, lori, motosikal, malah pejalan kaki juga tidak terkecuali. semua pengguna jalan raya berpotensi mengalami kemalangan. dan penyebab kematian tertinggi di malaysia saban tahun bukanlah penyakit2 kronik seperti kanser dan sakit jantung, tetapi adalah kemalangan maut di jalan raya.

..................................................................................................

kebelakangan ni entry aku pendek2 je. aku taktau kenapa... oklah, contengan tamat.. walaupun entry macam takda pendahuluan dan penutup, thanks sebab sudi baca..hahahaha!



apa aku nak taip nih?

serius, aku tak malu nak mengaku yg aku bangun jam 10 pagi sejak 3 hari weekend ni. bangun je tido aku terus pi mandi. jam 10.30 aku on laptop..blogging sambil minum segelas air suam. sejak balik kl nih, bangun tido je badan sakit2..masih mengalami kejutan sebab tido atas toto.. maklum la kat umah abah tido atas tilam empuk queen size...zaman belajar memang begini. bersusah-susahan.

serius, 3 hari bercuti umum ni aku tak ke mana-mana pun. hanya terperuk dalam rumah. dah macam seorang suri rumah tangga. cuma tak ada suami je.haha. aku main masak-masak, main sabun basuh2 baju, then bila dah settle tugas suri rumah aku on TV, sumer drama aku tengok. pastu aku mulalah emosi dengan watak2 dlm drama tv nih..

serius, walaupun esok aku dah start kuliah.tapi aku belum juga rasa bersemangat nak masuk semester baru. dan oleh sebab bila hadir ke kuliah boleh jumpa ramai kengkawan, maka mood seronok terus datang. tapi....dah2, aku tak boleh bertapi-tapian..esok tetap kena masuk kuliah juga..

serius, aku bersemangat bila pembaca komen entry aku. walaupun entry aku macam bengap2 je bunyi dia..hahaha..



p/s: mood aku cam ok lepas tergelak2 baca Alif Firdaus Azis malam tadi..kahkahkah!


Saturday, December 26, 2009

mood-------> &^*%@#%*!^$%&#*@!^?/&

bila hati rasa sakit ,  aku berdiam diri. cari port tiada orang, sunyi sepi. aku ketap gigi. genggam penumbuk. aku tahankan mata aku supaya tidak berkelip. hingga mata aku sakit dan berair. akhirnya, kelopak mata terpejam dan pipi aku terasa hangat. ya. aku menangis.

lepas menangis, aku tidak juga berasa lega. maka aku ambik bantal dan lelapkan mata. bestnya tido. mimpi jumpa Naruto di Kampung Daun. dan bersahabat baik dengannya.


kalau boleh, aku nak terus tido. supaya boleh berada di sisi Naruto selama2nya.




kerana Naruto sanggup pertaruhkan nyawa demi temannya.









tapi realitinya, aku bukan seorang yang akan membebankan teman. apepun, terima kasih. aku sayang kamu semua.


p/s: aku okey je. ngah senyum nih..=)



Friday, December 25, 2009

apa yang kau rasa bila.....

KAU MENIPU...



-> rasa sesak dada?
-> sedih
-> macam diri tidak berguna



ATAU KAU RASA



-> happy
-> puas hati
-> nak menipu lagi dan lagi




kau bagi alasan..kau menipu demi jaga hati orang.. tapi ternyata kau salah..kau sebenarnya menipu, demi menjaga air muka kau..


orang yang ditipu, akan lebih rela jika kau berkata benar meskipun mengabaikan hatinya.


ia jauh lebih baik daripada kau menyakitinya dengan penipuan.







p/s: aku ingin lari ke tempat yang jauh.

wanita dan kemeja lelaki.

p/s: ari ni jumaat ada pasar malam.yea! nak beli nasi kerabu..yes! rindu giler nak makan nasi kerabu.=p







sempoi, dan punya gaya. dulu time skola menengah, aku suka tengok senior2 pempuan dress up
tshirt lengan pendek ( bhgn dlm) n sarung pula kemeja lelaki ( di luar). jenis yg kotak2 byk kaler.
 biasanya pakai pergi dewan makan, or pi prep..


lagi besar kemeja lagi sempoi. walaupun sempoi tetap nampak cantik dan cool. kenapa kemeja lelaki?
sebab dulu2 time skola menengah, kemeja perempuan yang ada semua fit (ikut body).
dan tak nampak sempoi malah nampak kasual. macam nak masuk ofis. budak skolah pakai macam tak sesuai kot.


tapi now dah banyak kemeja perempuan yang agak longgar dan selesa.

aku memang sedang mencari-cari kemeja perempuan yang sesuai supaya nampak matured n tak ladies sangat.  mungkin macam kemeja di bawah..








jenis yang labuh dan bercorak abstrak. tapi lengan singkat pulak.
tapi takpe, boleh tutup dengan stongan.

ok, jangan salah faham, aku bukan jual kemeja dalam blog. gambar ehsan pakcik google..=p


sebenarnya kalau jalan2 aku asyik la pakai tshirt lengan panjang.. pastu org akan ingat aku ni budak skolah lepas SPM. (tau la aku ni kureng tinggi cis). so aku rasa nak update skit gaya supaya tak
nampak budak2 sangat.

 kenapa mahu bergaya matured ngan kemeja?

sebabnya... takkan nak nampak matured ngan baju kebaya lak..hahahahaha




p/s: sape nak belanja aku tengok wayang cerita AVATAR? cepat booking ticket this weekend..KLCC plez, hahaha,=p










Thursday, December 24, 2009

ciri-ciri blog yang aku suka..

ceh, sila teruja wahai para blogger sekalian..

ini adalah senarai kepada ciri blog yang aku suka (yg mesra pengguna), tapi yang tiada ciri-ciri berikut, bukanlah bermakna aku tak suka dengan blog tersebut. cuma bererti ia mungkin akan menjatuhkan keseronokan aku untuk terus membacanya..haa, macam tulah.

1) font yg menyelesakan.
 font size yang sederhana (tak kecik sangat tak besar sangat) dan seragam, bukan kejap kecik kejap besar. (sampai ada 3, 4 saiz font yg diguna pakai). mungkin blogger tersebut begitu rajin sekali membesar-mengkecikkan font. sampai dia lupa kerajinannya itu sama sekali tidak menseronokkan pembaca. dan lagi dalam bab ni, font yang tak kalerful. melainkan kalau ada dialog nak bagi beza kata-kata siapa memang ok la nak kalerkan.

2) blog yang ringan
 rasanya dah banyak blogger lain yang mention cam mana nak timbang blog. blog yg ringan adalah yg bawah 200kb..sapa yg overdose mmg la berat blog dia..pentingnya ringan ni kerana viewer tak perlu tunggu lama nak loading ke blog tersebut. boleh jimat masa tak gitu?

3) letak blog archive.
 sangat suka lah kalau tuan blog meletakkan blog archive. maka senang aku nak view entry yg mungkin aku terlepas. atau mungkin dengan adanya ia maka aku boleh gak mengira, berapa entry yang blogger tu post dalam sebulan, senang nak tau sama ada blogger tu rajin update ke tak..haa.macam tulah.

4) adanya bloglist
 aku suka kalau blog tu letak bloglist, lagi suka kalau dalam bloglist dia tersenarai blog aku..haha! (gurau jer).. bloglist masing2 sebenarnya tidaklah sama, mungkin kalau list yang dia ada tidak ada dalam list aku, maka bolehla aku klik, lagi2 time aku rajin nak blog walking secara banyak. maka ia sangat lah membantu..

5) yang rajin update, tapi bukan terlampau rajin sangat
 memang aku suka kalau blogger tu rajin update secara konsisten.(setiap hari ada 1 entry baru) or at least 3 entry seminggu. tapi kalau asyik update sampai sehari 5 kali aku kelelahan pulak nak pi baca.. dan terpaksa skip baca sebab tak larat. (kerana aku insan biasa, ada komitmen makan tidur,haha)

6) yang mesra
maksudnya...blog yg punya kelima-lima ciri diatas.simple kan?.


p/s: kerana blog anda, begitu berharga..


reaksi terbaik apabila tersalah orang..

entah kenapa tetiba aku teringatkan peristiwa ini, peristiwa yang berlaku pada hari terakhir aku exam semester lepas, sedang aku duduk di koridor sambil baca2 nota, tetiba ada sorang mamat ni dengan konfidennya menegur aku sambil melempar senyum..

" hai Zati.."

aku nampak mamat tu pandang aku, tapi oleh sebab nama aku bukan Zati, aku pun wat bodoh je. senyum tidak, ape pun tidak. agaknya disebabkan mamat tu perasan bahawa dia dah tersalah orang, dia terus jalan tak pandang aku lagi..then kawan yang duduk kat sebelah aku masa tu terus tanya..

" mamat tu tadi panggil nama Zati tapi pandang ko, dia salah orang ek?"

"haha, agaknyalah tu. biarlah dia. mesti dia tengah malu tuh.kahkah".




sebenarnya memang itulah reaksi aku bila ada orang tersalah ingat aku kawan dia padahal bukan. sebenarnya aku tak sampai hati nak tengok orang tu mengalami kejatuhan air muka, so bila dia dah blah barulah aku akan gelakkan..hahahaha


pelik juga kerana sebenarnya kejadian macam ni selalu juga terjadi. agaknya kerana rupa aku ni hampir serupa dengan ramai orang kot..




p/s: macam mana kalau tetiba ada readers blog ni cam aku n terus tegur, aci tak kalau aku kata, "maaflah, kamu salah orang nih". =p

Wednesday, December 23, 2009

aku tak boikot, so what?!

semalam, tetiba ada seorang kenalan ym BUZZ aku. aku macam terkujat jugak sebab sebelum ni tak pernah empunya ID tersebut berym dengan aku melainkan aku yang tegur dia terlebih dahulu. lagipun empunya ID tersebut merupakan blogger tegar yang sangat fames dan berstatus OtaI, malah punya follower beribu. aku layankan saja chat dengan dia.








"hi!"


"=)"


"ada pic tak wak?"


"biar betul en.B nak tengok pic saya? macam tak caya je"


"kenapa plak?"


" kan ke en.B ni blogger fames, tak sesuai kot"


"eh, haha.yeker? sebenarnya saya orang lain, empunya PC ni kuar jap. saya tumpang guna saje2."


"owh..mmg tau dah mesti kamu bukan en.B"


"eh, mana tau?"


"saya ada kuasa psikik. err, kalau nak tengok pic, ni url bog, http://dihatisara.blogspot.com, banyak kot gambar"


"ok, tak banyak pun gambar?"


"try cari kat entry NOV".


"banyaknya entry, bagi tajuk yang mana yang ada gambar".


"errm, 'gambar-gambar semalam'-> entry makan kfc di midvalley"


" eh, tak boikot KFC?"


" tak, saya hanya akan boikot sekiranya di tempat saya ada pengganti restoran KFC"


" susahla macam tu".


" lagipun kalau saya boikot KFC, saya kenalah memboikot McD, dan semua restoran fast food lain, jadi saya nak makan apa?"


" goreng sendiri la kat rumah"


" excuse me, burger pun goreng?"


" yup. dagingnya kan digoreng".


"kalau duduk rumah bolehla goreng sendiri, kalau pergi mall? takkan nak bawak bekal?"


"yup. bawakla bekal. saya buat macam tu juga"


"ok, that's the way you do, it's up to u, not my own bussines".


 ..................................................................................................




kalau kita boikot tak membeli, kita sebenarnya memboikot punca rezeki pekerja2 restoran tersebut. kalau si pekerja disana adalah sedara-mara atau adik beradik kita, kita boikot jugakah?

suruh diorang cari kerja lain.


kepala hotak engkau! kalau semua pekerja Islam di semua cawangan restoran tersebut berhenti kerja, kau boleh bagi diorang makan nasik tiap-tiap hari? mind U, kat tanah malaysia ni, berapa sangat owner/big bos bisnes adalah melayu Islam, kalau kau rasa kau tak boleh bina empayar bisnes yang boleh selamatkan pekerja2 kita yg bernaung bawah company asing, kau tak layak cakap lebih PUNG PANG PUNG PANG. sekian.


p/s: aku memang tak boikot, so, nak hentam aku? sila2.


Tuesday, December 22, 2009

selamat sampai rumah dan sambungan lagi....

selepas seharian berada di rumah kawan di putrajaya. akhirnya aku decide untuk pulang ke rumah sewa pada hari ini juga..disebabkan tak biasa menaiki kenderaan awam di sana, maka terpaksa menunggu kawan ku abis kerja barulah bergerak dengan bas awam ke Putrajaya Central. tambang bas sekitar putrajaya hanya 50 sen sahaja. menaiki ERL Transit dari Putrajaya Central ke K.L Central dengan tambang RM 9.50, disebabkan lapar, singgah McD K.L central melahap prosperity beef burger.. kemudiannya barulah menaiki LRT Putra ke stesen U dan berjalan ke rumah..


CONTEZ? YA atau TIDAK.


dah kata sebelum ni, ada hadiah untuk pembaca setia, maka teruskan saja membaca.. ada contest atau tidak, masih 'misteri'.. selepas baca, komen adalah dialu2kan, mungkin komen kalian juga dikira sebagai markah.. jengjengjeng...oklah, readers ku tercinta, dengan sukacitanya mempersembahkan siri sambungan...enjoy reading..


......................................................................................................


Setelah beberapa bulan belajar di sekolah ini, aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan kesemua rakan-rakan. Malah kehadiran aku di sini semakin mendapat tempat di hati mereka. Walaupun pada mulanya ramai di antara mereka yang menganggap aku sebagai murid yang sombong. Mungkin kerana aku sukar sekali untuk melemparkan senyuman, malah selalu saja moody dan bertindak tidak mempedulikan orang lain. Dan lagi, aku juga dianggap tidak bersopan kerana selalu berbahasa dengan cara yang kasar. Tapi ada bagusnya juga apabila sesekali aku dikritik sebegitu, at least aku dapat improve diri aku supaya menjadi lebih baik.


Diam tak diam, aku kini sudah pun melangkah ke darjah 6. Sejak dari itu, aku jadi sukakan perhimpunan pagi di sekolah. Walaupun aku hanya murid biasa yang berdiri di belakang, tapi aku tidak pernah jemu memerhatikan pentas tapak perhimpunan. Kenapa? Sebab S berdiri di situ setiap pagi. Sebenarnya aku sendiri tidak sedar, sejak bila aku mula suka padanya. Apa yang aku tahu, aku rasa sangat gembira setiap kali melihat wajahnya. Dan yang pasti, aku yakin dia masih tidak tahu bahawa ada seorang budak sombong yang meminatinya dalam diam.


Dalam kelas, aku duduk di tepi tingkap, barisan hadapan sekali setentang dengan meja guru. S pula duduk di barisan paling hadapan di bahagian tepi pintu kelas, kami berada di barisan yang sama. Aku berasa seronok duduk di meja paling hadapan, kerana ia memudahkan aku untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh cikgu. Terutamanya subjek matematik, Cikgu Shah Bani gemar menyoal siapa antara kami yang dapat menjawab soalan yang tertera di papan hitam. Selalunya kami di barisan hadapan akan berebut-rebut menyelesaikan masalah matematik dan akan terus mengangkat tangan sejurus mendapat jawapan. Selalunya murid yang dapat menjawab dengan pantas adalah S dan teman sebelah mejanya, Aliff. Tapi kadangkala mereka juga dapat ditewaskan oleh aku.


Oleh sebab aku dan Aliff selalu fight secara sihat dalam pelajaran, maka ianya sedikit sebanyak mengakrabkan hubungan kami sebagai kawan. Dan di mana juga adanya Aliff, di situ juga akan adanya S. tetapi aku dan S tetap juga tidak bertegur. Cuma sekiranya S kebetulan ada sama ketika Aliff berbual dengan aku, maka kami hanya akan berbalas senyuman. Walaupun sekadar senyuman, bagiku ianya adalah sangat mahal kerana senyumannya itu boleh buat mood aku happy sepanjang hari.



bersambung lagi daaa.....

di putrajaya, dan sambungan cerpen..

p/s: belum ada idea/ belum rajin nak jawab TAG..mungkin esok lusa baru ada kerajinan...hehehehe


bertolak ke k.l malam tadi, bukan naik pengangkutan awam, tetapi ditumpangkan oleh bos kawanku..jadi, my tambang is free, kepada En.Mok, thanks ya kerana menjadi pemandu berhemah malam tadi...(buat aku bleh tido nyenyak di belakang)..tapi tidaklah sampai ke k.l juga kerana sudah lewat malam (12.30 am), maka terus saja ke putrajaya,aku menumpang di kediaman kawan. ada sesiapa blogger yg tinggal di putrajaya? aku bagi peluang supaya belanja aku makan untuk hari ini..kalau taknak belanja, tak payah jumpa.=p


kenapa cerpen tersebut dikatakan sebagai hadiah? kerana siapa yang membacanya dengan teliti, mungkin akan mendapat hadiah di hari kemudian. aku tak nak jelaskan lanjut, sila pandai-pandai memahami maksud yang tersirat..


sambungan cerpen....

...............................................................................................................


Aku ke sekolah setiap hari dengan menaiki basikal, tempoh perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dalam perjalanan, aku yang menaiki basikal akan memintas S yang berjalan kaki. Rumah dia agak dekat dengan sekolah, dan setiap hari dia akan berjalan kaki berdua dengan jirannya. Walaupun jirannya itu bukan sekelas kami, tapi mereka nampak agak akrab juga.


Walaupun satu kelas, tapi aku tak pernah bertegur sapa dengan S. Dia pun tak pernah nak tegur aku. Aku sebenarnya takda modal nak tegur dia terlebih dulu. Mungkin dia juga sama. Pada satu hari, tiba-tiba saja guru kelas kami membuat rombakan kedudukan meja, dan entah macam mana, aku boleh ditempatkan disebelah S. Baru saja duduk beberapa ketika, sudah ada di kalangan kawan sekelas yang mengusik dengan berdehem-dehem apabila lalu di depan meja kami.

Aku cuma tersenyum tawar dan berkata dalam hati, “diorang ni kalau jeles cakap jelah, cis!”. Sebenarnya aku rasa tak selesa ditempatkan di sebelah S kerana aku rasa seperti diperhatikan, walhal orang yang menjadi perhatian sebenarnya adalah S. Bukannya aku.

........................................................................................................

Walaupun duduk bersebelahan, aku dan S sama-sama membisukan diri, aku hanya bercakap dengan kawan perempuan yang duduk di sebelahku yang satu lagi. S juga sama, hanya berbual dengan kawan lelaki yang duduk disebelahnya yang satu lagi. Entah kenapa aku rasa segan dengan dia, tapi dia, takkanla rasa segan juga dengan aku. Dan hati aku berkata  "kan best kalau dia ajak aku berbual"..

Duduk dekat dengan dia, macam satu peluang juga untuk aku ‘selidik’ dia secara diam-diam. Walaupun tidak bertegur, tapi aku sempat menjeling dia juga sekali-sekala. Dan aku berkata dalam hati, “putihnya tangan dia, kemasnya tulisan, dan boleh tahan wangi juga dia ni, pakai minyak rambut apa ya?”. Namun proses selidik tidakla terlalu obvious, sebab takut juga kalau terkantoi dengan murid-murid lain. Malulah aku nanti.

Selepas waktu rehat, aku mengambil keputusan mengubah tempat duduk. Aku berpindah ke belakang, di tempat duduk Mastura, murid yang tidak hadir pada hari itu. Senang kata, aku berpindah tempat kerana berasa janggal untuk duduk di sebelah S. Maka aku bertindak mahu menjauhinya secara sementara.

Keesokkannya, aku sampai lewat dari biasa, pada mulanya aku ingin meletakkan beg di mejaku yang disebelah S, tapi aku tengok meja tersebut sudah ada beg. Aku diberitahu bahawa Mastura telah mengambil tempat itu. Walaupun rasa sebal, aku hanya membiarkan saja. Dan hati aku berkata, “ bila masa pula aku kata nak bertukar tempat duduk dengan Mastura? Tak sangka dia begitu teruja sekali tanpa bertanya pada aku terlebih dahulu, menyesal aku duduk di tempat dia semalam, cis!”

Waktu subjek pendidikan seni, kami semua dikehendaki menghasilkan cerapan daripada warna air. Dari jauh aku dapat melihat S dan Mastura berkongsi warna air sambil bergelak tawa. Entah kenapa aku rasa tidak senang hati melihatnya. Aku terfikir-fikir, kenapa S tidak pula semesra itu dengan aku. Cis!



bersambung......



Monday, December 21, 2009

aku ketinggalan..dan (hadiah kepada pembaca setia).


p/s: tentang entry lepas (gambar yg di delete), siapa yg dapat view memang sangat bertuah. dan siapa yg tak dapat, mungkin next time akan diberi peluang sekali lagi, tapi seperti yg disyaratkan, ia hanya akan dipublish secara sementara sahaja.=p


3 hari tak online sudah ketinggalan berbakul-bakul cerita dari blog rakan-rakan. sangat tak sempat nak cover baca kesemua update entry you all, sorry ya..biasalah hidup menumpang streamix jiran sebelah memang begini.. tapi now aku bukan lagi berada di rumah, tetapi menyinggah rumah kawan sebelum kami sama2 pulang ke k.l petang nanti. so aku meminjam Maxis Berukband milik kawan. tapi line 3G disini sangat mangkuk hayun, dan aku gagal mem'view' blog kalian apatah lagi yang berat2 bila loading asyik gagal saja. jadi aku hanya mampu melihat tajuk entry yang terpapar di blog list sahaja, kebanyakannya tentang gathering di genting..

lagi satu, aku sebenarnya memang ketinggalan bab TAG. kalau you all perasan dekat blog aku ni tak pernah ada entry jawab TAG, aku sebenarnya tidak pernah di TAG, jadi aku tak faham la tag-tag nih, so disebabkan tetiba aku tengok kat shout box cik merr kata dia telah TAG aku maka aku macam bingung2, siapa yg pakar bab ni boleh tak terangkan dengan jelas macam mana nak jawab TAG ni..hehe

nanti malam bila aku sampai k.l baru aku akan menjenguk kembali blog anda semua ya. dan sebenarnya aku ada hadiah untuk pembaca setia. hadiahnya berupa cerpen khas tentang aku, dia dan dot.dot... di bawah ini aku letakkan intro kepada cerpen tersebut... siapa yang bersetuju supaya sambungannya dipublish sila tinggalkan komen..


...............................................................................................


Pagi itu, pada tarikh 16 Mac 1998, aku mendaftarkan diri di Sek.Keb.Felda Maokil 1, rasa berdebar-debar juga mahu masuk ke sekolah baru. Agaknya budak-budak sekolah ni baik-baik tak ya? Darjah 5 kesemuanya ada 4 kelas, kelas di bahagikan mengikut tahap kecerdasan murid. Tak sangka aku dapat masuk kelas yang pertama. Mungkin cikgu menilai kecerdasan aku berdasarkan buku rekod pencapaian aku di sekolah lama.

Sebagai budak baru, aku agak segan dan takut-takut untuk memulakan perbualan dengan kawan sekelas. Untung saja ada murid sekelas yang peramah. Aku masih ingat lagi nama si mulut becok ini. Berwajah matang berkulit kuning langsat, namanya Idayu. Begitu ramah sekali Idayu memberitahu aku nama murid-murid sekelas kami satu-persatu. Dan nama yang paling aku ingat adalah nama S, kerana itulah kali pertama aku mendengar nama yang begitu unik dan istimewa. Idayu membebel tentang S secara panjang lebar, sedangkan murid yang lain hanya disebutkan nama sahaja.

“ Budak yang tinggi pakai baju pengawas tu nama penuhnya S, tapi semua orang panggil dia M, dia adalah budak lelaki yang paling handsome dan pandai dalam kelas ni. Birthday dia 4 Jun, dia tu anak bongsu ”.

Aku hanya senyum mendengar celoteh Idayu. Dan anehnya, biarpun itu kali pertama aku mendengar butiran tentang S, otak aku terus dapat mengingatinya secara automatik. Aku memandang S,dan hati aku berkata,“ tengok saja dah tahu, mesti dia ni anak manja ”.



........................................................................................


cerita sambungan akan dipublish sekiranya permintaan adalah memberangsangkan...

Friday, December 18, 2009

gambar di entry ini akan di delete, sapa cepat dia dapat...

ok, siapa yg lambat view, aku dah delete gambar tersebut, haha! tapi keji juga ya Boneka bertindak mengcopy nya cis! sudah aku duga akan ada yg bertindak demikian.huh! Boneka, aku tak halalkan ko sebarkan gambar tersebut. jika tidak, see u in court! (ini seyes).


ok, semalam aku siap membagitau yg aku nak mimpikan dia, rupanya betul2 aku mimpikan dia, mimpi aku tengok dia dari jauh..dan dia tak nampak pun aku..(jenis mimpi yg macam takde jodoh je, =p )

tapi nape aku cam bangun pagi dengan mood yg baik hari ini?..hanya kerana bermimpi mood juga boleh jadi baik sebegini..(kalau jumpa betul2 mesti mood lagi baik..=p)




Thursday, December 17, 2009

sedar tak sedar...

p/s: walaupun masalah datang melanda, ku yakin pada Allah. pasti akan ada jalan keluar untuk aku hadapi semua ini.


dalam keadaan mood yg tidak gembira, tidak gembira kerana gagal menggembirakan orang lain. di usia 22 tahun, apa yg boleh dibanggakan dengan diri sendiri?

azam tahun baru kali ini, aku mahu lebih gagah berdiri di atas kaki sendiri. ya Allah, naungi hambaMu ini agar aku terus kuat menghadapi ujianMu.


rupanya hari ini adalah hari terakhir untuk tahun ini, esok kita semua akan sambut Awal Muharram di tahun baru kalendar hijriah. pada petang ini, walaupun mungkin ada di kalangan kita sedang menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Laos ke 25, pasukan Malaysia vs Vietnam, jangan kita lupa untuk membaca doa akhir tahun hijriah sebelum terbenamnya matahari (b4 azan maghrib). sepanjang setahun ini, mungkin begitu banyak dosa dan kealpaan yang kita lakukan. jika kita baca doa akhir tahun, maka syaitan akan berkata "sia-sialah usaha aku menggoda manusia sepanjang tahun ini". maka InsyaAllah, dosa dan kealpaan kita akan diampunkan Yang Maha Esa. Amin.


dan selepas maghrib, sama2 lah kita baca doa awal tahun hijriah, semuga perjalanan tahun baru yang akan bermula pada malam ini sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Amin.



" Selamat Tahun Baru Hijriah kepada semua"

Wednesday, December 16, 2009

hukuman kepada kesilapan.

p/s:- begitu byk feedback dari entry lepas, terima kasih aku ucapkan kepada maklum balas anda semua. anda boleh anggap entry ini sebagai kesinambungan. semuga kita semua (aku dan kamu) lebih mengerti dan bukan setakat apply dalam dunia blogging, tetapi in real life juga.



Sedangkan lidah lagi tergigit.


Peribahasa yg simple tapi penuh makna, bukan ke si lidah dan si gigi sudah begitu lama hidup berjiran dibawah satu bumbung (rongga mulut), dan keduanya saling memerlukan untuk bekerjasama menjalankan tugas ‘makan dan bercakap’. Namun, biar betapa akrabnya si gigi dan si lidah, kadangkala si lidah tergigit juga. Biarpun tergigit sehingga luka, ia akan sembuh kembali. Dan rutin kehidupan tetap diteruskan seperti biasa.

Mesti kau akan kata,

“ Aku ni manusia, ada hati dan perasaan. Mana sama dengan si gigi dan si lidah. “



Buang yang keruh ambil yang jernih.

Selama mana kau nak rasa ‘sentap’? selama mana kau nak simpan ‘amarah’? selama mana kau nak berdendam kesumat? tak rugi kalau berlapang dada. Kalau kau rasa teraniaya, jangan kau risau, Allah Taala dah berjanji bahwa Dia tidak akan sesekali mensia-siakan doa hambaNya yang dianiaya. Tapi tak perlu la kau minta doa supaya si penganiaya itu mati digilis lori, jangan kau berdoa sekejam itu kerana doa kau itu akan termakbul sebab ianya akan naik ke langit tanpa hijab. senang kata 'Allah akan bayar cash di dunia lagi kepada si penganiaya itu'.

Cukup jika kau berdoa begini :-

“ Ya Allah, jika benarlah hambamu ini insan yang dianiaya, maka kau berilah balasan setimpal kepada orang yang menganiaya aku. dan jadikanlah pembalasan itu sebagai pengajaran kepada dirinya.”



Aku sendiri pernah teraniaya, walaupun perkara tu tak besar mana (setakat mengalami kerugian RM150), tapi oleh sebab hati aku sakit, maka aku minta juga supaya Allah balas penganiayaan itu. Lepas beberapa bulan, doa aku makbul. Seriously aku tak happy pun bila si penganiaya tu rugi RM 900. Malah aku turut rasa simpati. kenapa? sebab aku ni masih ada sifat ehsan pada orang lain.



Tak ada manusia yang tidak pernah buat silap- nobody’s perfect.

Semua dari kita, mereka , engkau , dan aku , tiada yang terkecuali daripada membuat kesilapan.  Sama ada kau buat silap pada orang, atau orang lain buat silap pada engkau. Nisbahnya adalah sama. Apa yang penting bukan hukuman kepada kesilapan, tetapi pengajaran daripada kesilapan. Moga ia tak terulang lagi.


Jika kita silap, jangan kita berbangga diri dan bersifat egois, kalau kita menganiaya orang lain, dan kita tidak meminta maaf kepadanya, maka kita sebenarnya 'berhutang' dengan dia, satu hari nanti, sama ada di dunia atau akhirat, kita wajib 'langsaikan' juga hutang itu.



p/s:  memohon maaf adalah sesuatu yang mulia, tetapi memaafkan adalah jauh lebih mulia.

Tuesday, December 15, 2009

bila kita memilih untuk berkata2 dari berdiam.

salam sejahtera kepada semua, sama ada anda sedang berbahagia atau derita, anda telah pun klik ke sini, maka sila baca juga entry ini.

sebenarnya malas nak wat entry pasal nih, tapi sebagai salah seorang dari ahli komuniti bloggers, maka rasa terpanggil untuk berkata-kata juga.

tumpang tanya, ada ke bloggers yg create blog sebab terpaksa? mesti takda kan. mestilah buat blog dengan kerelaan diri sendiri. bila kita ada blog , dan kita set blog itu public, maka kita sebenarnya dah masuk ke dalam komuniti bloggers. senang kata, jangan fikir macam kau sorang ja ada blog. ok, bila seorang blogger publish satu2 entry, memang dia tak suruh orang baca, tapi orang tetap baca juga. kenapa? sebab kau tulis blog, bukan tulis email. so, apa juga isi kandungan entry kau, kau harus bayangkan bahawa, "aku sedang berkata2". walaupun sebenarnya kau hanya menulis.

apabila readers ambil peduli dengan apa yang kau tulis, maksudnya entry kau 'terkesan' di hati mereka. sama ada yg kau tulis tu baik atau buruk, berfaedah atau lagho, readers akan ada tanggapan tersendiri terhadap diri kau. dan kau tak boleh halang tanggapan mereka.

memang kita tak dapat kenal seseorang hanya dengan 'kata2 dia dalam blog'. tapi hakikatnya manusia memang akan judge manusia lain melalui ekspresi yg terpamer, bila kau tulis blog, orang akan judge kau melalui penulisan kau, sama ada positif or negatif, kau kena terima juga.

ok, masuk plak bab 'judge blogger'. ada dua jenis, judges yg senyap dan judges yg berkata-kata, kalau jenis yg berkata2 ni ikhlas, dia akan tonjolkan diri sebenar, kalau dia adalah Anon, maka dia adalah pengecut. bila kau judge orang lain, sila lakukannya dengan berhemah, jangan judge dengan cara yg bodoh. kutuk-kutuk secara kaw-kaw siap bagi ayat pedas bercili macam nak gaduh sememangnya menonjolkan yang diri kau tu tak cerdik malah boleh dikatakan sebagai bodoh.

sebab apa dikatakan bodoh?..

meh aku tanya kau balik, apa untungnya kau mengutuk orang/blogger lain secara kaw2? apa untungnya kau membenci? kau dapat pahala ke? dapat emas? or rasa kenyang bila mengutuk?

kalau kau baca blog orang lain hanya kerana kau nak semai rasa benci, baik kau pi baca Quran lagi bagus. 

sebenarnya aku rasa annoying bila komuniti bloggers saling berbalas kutukan tak henti-henti.hentam sana, hentam sini. sungguh kebudak-budakan. dan macam tak berkesudahan. kan ke lagi bagus kalau berblog untuk share benda2 yg baik, yg ada manfaat dan berinformasi. malah kalau kau buat entry pasal kucing bergaduh dengan anjing juga lebih baik daripada kau buat entry pasal nak mengutuk bloggers lain.

aku bukan buat entry ini untuk buat sesiapa terasa atau niat mahu bergaduh. aku cuma mahukan keamanan dan kesejahteraan dalam dunia blogging. maka sila anggap entry ini sebagai teguran untuk membetulkan, memang aku pun bukanlah bagus sangat. tapi at least aku usaha juga ke arah masa depan dunia blogging yang lebih baik. InsyaAllah.



p/s: yg baik datang dr Allah, yg buruk datang dr kelemahan hambaNya ini. sekian


Monday, December 14, 2009

entry kawin tamat.

sudah-sudahla cerita pasal kawin untuk tahun ni, tahun depan baru buka lagi topik kawin (walhal lg 15 hari je nak melangkah ke tahun depan). takpe, memang topik kawin ni takkan habis, tiap2 hari pasti ada kisah perkahwinan, walaupun bukan kisah aku.

baiklah, nak cakap sket pasal komen2 you all di entry2 aku, semua komen anda amat aku hargai, malah rasa mahu cium ja semua pengkomen2 di entry ku.(I bohong je jgn perasan). setiap komen yang memberi info juga amatlah dialu2kan, terima kasih daun keladi, jangan segan2 datang komen lagi.

ok, cumanya ada sikit perkara yg aku nak terangkan..aku tau ada di kalangan readers yg mungkin 'masih baru' di sini dan mungkin tak baca tentang life aku yg sebelum ni. maka mereka macam ada salah faham juga dengan isi entry ku, bila aku cakap pasal gelang tangan putih purple ada yg ingat ia ada kaitan ngan blogger putih purple, padahal itu adalah gelang pemberian seseorang, (aku siap wat entry pasal ni). sebenarnya memang kengkadang entry aku ni selalu je ada kaitan dengan entry yg lepas2, (macam berangkai juga).

contoh lain, 'pembaca setia' aku mesti perasan juga kengkadang pesanan terakhir ( p/s ) yg aku tulis di ruangan bawah entry ada mention about mr.S, siapa yg dah 'lama' kat sini cam takkan pelik sangat kalau ruangan 'p/s' aku mention pasal dia. tapi bila aku buat satu2 entry, point utama adalah isi entry, 'p/s' ku itu adalah suka-suki dan sekadar 'aksesori' sahaja, janganlah you all terlampau tertarik dengan 'p/s' ku itu lagipun (bagi pengunjung baru), mesti cam tak faham sangat dgn pesanan 'p/s' aku yg biasanya tiada kaitan dengan entry.

ok, biar aku terangkan untuk kali terakhir, kini mr.S itu bukan siapa2 dalam hidup aku, dia cumalah kisah lama yang belum mampu aku delete, now kami cuma kawan biasa. kalau aku mention pasal dia, ianya sekadar memuaskan hati aku saja (sementara belum ada pengganti). lagi pula, blog aku ni juga dibaca oleh kengkawan sekolah, dan kawan sekampus, bukan hanya kawan alam maya semata-mata. kebanyakan kengkawan rapat aku juga tau pasal mr.S, so bila aku mention pasal dia, macam aku sebenarnya more kepada memberitahu kawan2 aku tentang dia juga.

dan untuk pertama kalinya, dan terakhir kali juga, (no more after this) aku kasi you all tengok pic mr.S.( suka lah tu boleh tau taste aku cam mana, cis! )..silalah tatap puas2..dan kalau nak komen pic dia ni pun boleh, haha..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



sh*********n.




tetiba I boleh nampak muka u all yg cam tak puas hati, maaf ya gambar sebenar tak boleh di publish, kot la mr.S sudah ada 'org baru' nanti habis la aku kena saman sebab letak gambar pakwe orang dalam blog, muahaha!





p/s: kali ni bukan pasal mr.S, pasal bola, tahniah Malaysia menang 3-1 ke atas LAOS dan berjaya ke Final Sukan SEA ke 25!


cuma RM22.50, maskawin termurah di......

salam, selamat pagi semua, muga sihat2 sejahtera di hari isnin, jagalah keselamatan diri walau dimana anda berada. akhir2 ini banyak sangat tragedi yg tragis berlaku, pasal KB mall, pasal pengantin accident, pasal mati lemas, pasal rumah terbakar dirempuh lori tangki, memang malang tak berbau, kalau malang tu bleh dihidu pasti kita dapat mengelakkannya.

berbalik pada tajuk entry, rupanya belum abis lagi entry tentang kawin, harap2 readers belum jemu dengan cerita kawin-kawin ni.

siapa yg tinggal di johor, pasti sedia tahu berkenaan maskahwin yg negeri johor tetapkan. siapa yg dari negeri lain mungkin taktau, ok, take note ya, maskahwin di negeri johor hanya rm22.50 sahaja. entahla kenapa murah sangat, malah mungkin yang termurah di dunia. tapi di johor, maskahwin dan wang hantaran adalah berasingan sama sekali. walaupun maskahwin dah tetap, tapi wang hantaran terpulang kepada keluarga pihak perempuan, mungkin RM 10,000, dan mungkin lagi murah, or lagi mahal. tetapi kalau ikut agama, yg wajib sebenarnya adalah maskahwin, wang hantaran tak wajib, tapi orang melayu kita macam dah jadikan wang hantaran sebagai wajib. I dun know Y.

maskahwin mahupun wang hantaran, bukanlah simbol kepada 'harga' seorang isteri. mana mungkin seorang isteri boleh dibeli dengan wang tunai, tapi Islam memang dah tetapkan bahawa adanya maskahwin sebagai hadiah dan penghargaan kepada kaum hawa, maka berilah hadiah dan penghargaan seikhlas dan semampu yang boleh. bukan meletak jumlah kerana unsur glamour dan niat menunjuk-nunjuk. tak salah juga kalau merahsiakan wang hantaran dari pengetahuan luar, tapi susah nak cakap juga,kerana biasanya jiran-jiran dan saudara mara pasti mahu merisik khabar, nak tau juga berapa jumlah wang hantaran, kalau sekadar tahu tak apa juga, ini ada pula yang suka canang cerita. I dun know Y.

sebabkan bercerita bab kawin, maka perlu diselitkan gambar kawin juga, baru match...
.
.
.
.
.





gambar pengantin ni dah tersiar di entry lepas, ada yg komen gambar entry lepas, ditanya apa motif pakai baju pengantin tapi duduk atas rumput berlumpur, sebenarnya bukan, gambar2 di snap di kawasan tepi sungai/kolam. aish, tetiba je aku kena terangkan pasal gambar, padahal bukan aku si pengantinnya..apalah




p/s: gelang putih purple tersarung di pergelangan.

Sunday, December 13, 2009

apakah penyelesaian 'peningkatan jumlah bujang terlajak'?

pagi tadi time sarapan abah tetiba buka topik ni, aku hanya jadi tukang dengar, dan apa yg abah cakap, aku mahu share dengan readers. sama ada mahu bersetuju or bangkang. boleh bg pendapat di ruangan komen.

umo abah tahun ni dah 54 tahun. lagi 4 tahun abah akan pencen. abah dan hampir tiga dekad bekerja dengan Felda, as government officer, memang tak nafi bahawa pengalaman abah bersama 'orang ramai' cukup banyak. abah dah kenal banyak orang. memang kebanyakannya peneroka Felda, dan ada juga orang atasan, pengarah itu pengarah ini. abah beri pendapat bahwa untuk atasi masalah peningkatan bujang terlajak ni, ada dua perkara penting.

yang pertama, kena usaha. ada dua aspek usaha, pertamanya usaha dengan doa, doa itu senjata mukmin. Allah Maha Mendengar doa hamba2Nya. doa setiap jam pun takpe, bila dah berdoa kena yakin dengan doa kita. bila yakin dengan Allah, maka jalan akan dipermudahkan InsyaAllah.  keduanya berusaha dengan mencari, anak kena usaha cari calon pasangan, kalau still tak dapat maka mak bapak dia pun kena usaha juga cari calon menantu, parents jgn biar saja jika anak dia tak kawin. itu adalah tanggungjawab sebagai mak bapak. macam kawan aku Nadia, abg sulung dia yg adakan kenduri cukur jambul 2 bulan lepas, dijodohkan oleh ibunya. bagus betul abg dia skit pun tak bantah. jgn kata cara ni dah lapuk.ini adalah cara evergreen.

yang kedua, mak bapak dan anak kena ubah mind set. jgn pentingkan sangat 'status'. sama ada dari segi kewangan mahupun pendidikan pasangan/menantu, kalau ada pilihan yang baik, syukur alhamdulillah. tapi kalau umur dah makin meningkat, menghampiri 30an, bertimbang rasa lah dengan masa depan diri sendiri/anak.berkawin dan berzuriat adalah sunnah nabi. takkan lah hanya kerana jaga status, sanggup juga tidak berkeluarga sampai ke tua?

penting ke berkeluarga?

sangat penting, Rasulullah saw bersabda bahawa di akhir zaman nanti, Baginda berbangga dengan ramainya umat manusia yang mengamalkan Islam. nak dapat 'ramai' dari mana?  ( lu pikirla sendiri ).


ini adalah pandangan dari abah, pandangan dari aku sebagai orang yang masih tiada calon dan belum berlayak untuk kawin berbunyi begini.

"banyakkan kenalan, banyakkan berkawan, jalinkan silaturrahim dan bersosial lah dengan baik, joinlah gathering bloggers, kita sebenarnya punya banyak pilihan, so janganlah pilih untuk berskandal, bercinta baik-baik, kalau berjodoh sila jemput aku ke majlis kawin anda, sekian".






ini kawan sekolej kediaman aku 07-08, dia dah graduate bulan Ogos lalu, baru saja berkahwin Syawal yg lepas.


p/s: esok UTM dah start kuliah. erm. ada apa dgn UTM? ada Fakulti Kejuruteraan Elektrik.


setelah kemas kini. apa lg yg tak kena sila komen.

di malam ahad, aku hanya blog walking sket2 ja. cam malas ntah la nape..siapa yg tak tervisit tu, akan ku visit esok lusa okay..malam ni, aku hanya mengemas blog. blog pun kena kemas, kasi hilang segala sawang dan kotoran degil. kasi polish sampai readers silau..haha..ok.serius sekarang.

aku bukan blogger baru, dan bukan blogger lama juga. haa, pandaila nilai sendiri..

aku baru saja mengemas blog selepas membaca entry kat blog MELZ.sori malas mahu link..tapi entry tu memberi teguran kepada bloggers mengenai blog masing2 lah. siapa nak ikut dipersilakan.

Melz tgur pasal gajet jam, tak payah ada. so aku delete. dia tegur gak pasal lagu dalam blog, patutnya tak payah,  tapi aku tetap nak ada lagu..sebab lagu blog adalah lagu jiwa yg mahu dikongsi bersama readers, kalau readers taknak dengar, boleh la tekan pause dekat gajet lagu di blog ku ini. tak susah. klik sekali je. macam kau org klik iklan nuffnang tu, haa, macam tulah.

ada gak readers komen chatbox aku kenapa di bawah, ok. aku dah naikkan dia bagi duk atas, bagi readers nampak my chatbox so bolehla selalu bagi greeting selamat pagi/selamat malam dan sebagainya, sapa nak letak iklan pun boleh tapi tak sure aku akan view back ke tak.

aku juga dah limitkan hanya 4 post dalam page aku..so you all tak yah scroll down dgn berpeluh-peluh. bloglist pun aku tak show all, mana yg terkini update saja akan ter'appear'. selain kemas kini blog, aku juga manage blog yg aku follow, aku un'follow' blog yg aku rasa macam tak 'connected' ngan aku.maksudnya cam blog tersebut dah berbulan tak update. atau aku tetiba cam dah tak tertarik untuk follow..dan aku juga un'follow' blog yg tetiba bertukar setting kpd 'invited readers only'. oleh kerana aku tak di invite maka aku tak bleh dah nak view blog tersebut,that is why aku stop follow.

aku dah design blog ni se'simple' yg boleh. supaya blog ni ringan, maka dgn internet lembab cam siput pun readers tetap boleh view tanpa masalah 'loading' yg lama. ceh, betapa aku ambik berat soal keselesaan readers ku semua yg tersayang..oklah, sampai sini saja. jika ada lagi yang tak kena pada blog aku ni silalah komen selepas baca..




p/s: aku harap sangat kau orang tinggalkan komen untuk entry nih..sila ye jgn malas2..=)

Saturday, December 12, 2009

entry ni tak best..tapi ada gambar pengantin,

selamat hari Sabtu yang bertarikh 12/12/09.
apa yg anda lakukan di hujung minggu begini?
gathering blogger?
dating ngan bf/gf??
pi kenduri kawin?


hari ni.
bangun pagi-pagi. (6.20 a.m)
gosok gigi (macam tak payah bagitau).
cuci muka, ambik wudhuk, solat subuh.( macam tak yah mention juga).

eh, tak mandi pagi ke?
.
.mmg tak mandi pagi, I mandi tengah hari.haha
.
.

pukul 6.45 pagi dah masuk dapur.
sediakan sarapan bertajuk mee goreng kicap.( tiada lagi mee goreng anggur).
bukan memasak sendirian, tetapi memasak sambil dipantau oleh emak.
skit-skit tanya emak. (mak, garam cam ni dah cukup kan?)
ok, sebab macam dah pakar juga, maka emak always angguk saja.
yes! maka aku sebenarnya macam dah pandai memasak juga. (bukan masuk bakul angkat sendiri, tp ada org angkatkan bakul tu, hahaha).

so aku dah berlayak untuk kawin. (ceh tak abis lagi bab nak kawin.muahaha).
.
.
.
.

jom tengok gambar pengantin comel.bukan pengantin baru tetapi pengantin lama.semalam dah ada letak gambar dia, hari ni letak lagi. gambar dia bersama pasangannya.haaa, macam tulah. baru adil.hehe
.
.
.
.
.
.
.


sweet kan?..


ada readers komen entry lepas, nak kawin kena usaha. takda pasangan kena cari, tak da duit, kena cari jugak, memang betul la komen dia tuh. but aku belum ada masa nak cari pasangan, belum ada masa juga nak cari duit (coz I masih blaja). lagipun bila tengok life orang lain, yg dah ada calon pun tak kawin2 juga, yang dah ada kewangan pun, masih single juga. makanya walaupun somebody tu dah mampu, kalau belum sampai jodoh nya, maka tak kawin la juga kan?..


maka aku pun tidakla bersusah hati. sampai seru pasti akan berkawin juga. bukan hanya aku, tetapi kamu juga..=)




p/s: tahukah anda bahawa Sukan Sea ke 25 di LAOS kali ini tiada sebarang liputan siaran langsung di televisyen?..kononnya nak semai semangat kesukanan, tapi cakap tak serupa bikin. apalah..









Friday, December 11, 2009

rasa nak kawin.

p/s: perasan tak blog ni dah lama sepi tanpa gambar?. huhu, maka aku pun cari gambar yg seswai dan muncul la idea nak wat entry ni, haa. macam tulah.



3 perkara tentang  aku sebagai pengguna Maxis prepaid:-

1. aku last topup credit hp pada 23/11/09 dgn nilai RM10.
2. aku tak wat call sejak seminggu yg lalu.
3. credit hp skang tinggal 8 sen.


5 perkara tentang diz semester break:-

1. 'mood' happy sebab dapat blogging di rumah dgn adanya streamix sesat. trimas kpd owner, I mintak halal yea.
2. 1/6 dari masa seharian dihabiskan untuk berblog/blog jumping.
3. dah 10 hari skip makan malam. sampai adik aku gelar 'si pen'diet'. whatever.
4. tugas sebagai pekebun tak bertauliah berjalan cam biasa, tapi hari ni tetiba abah bagi cuti.haha
5. tiap2 petang weekdays tengok cerita dongeng indon. malam tak tengok tv sebab suka tido awal.



tetiba ada readers sound penulis...
.
.
.
.
.

" orang datang sini nak baca entry yg ada kaitan dengan tajuk lah!"
.
.
.
.
.
maka penulis pun jawab.
.
.
.
.
.
" aku memang rasa nak kawin, tapi aku takda calon, dan aku juga takda duit satu sen pun untuk wat majlis kawin, so cam mana ni?..nampaknya belum ada rezeki untuk ke arah kawin, jadinya aku kena duk diam-diam jela, mungkin boleh practice memasak dan kemas rumah, itu jela yg aku mampu buat."
.
.
.
.
baiklah, tak dapat kawin, dapat tengok gambar pengantin pun jadilah kan..haha
.
.


diz is my friend ( kami ni sebaya) yg kawin bulan Mei yg lalu..boyfren dia dulu berdozen2, tak sangka dia kawin awal.hehehe

rupanya jadi raja sehari kena 'sopan ayu' cara begini. imagined jap gaya aku jika seperti gambar di atas..muahahaha. akankah mungkin lebih ayu?..





p/s: siapa pernah tengok citer kungfu cina SUPREME MASTER? tetiba aku rindu ngan hero citer tu, mau kawin ngan dia bole?

tentang cinta.....dunia

“ mereka meragui, wujudnya cinta yang sejati. Tidak hati ini, semenjak dari mula, ku yakin ada cinta….”




Entah kenapa aku dah mula suka dengan lagu terbaru Datuk Siti Nurhaliza nih. Hari-hari kat radio pasang lagu ni sampai aku dah terhafal, tak hafal semua tapi kalau nyanyi sket2 tu boleh la sedap gak. (ayat perasan). Jujurnya aku tak minat pada penyanyi lagu ni, tapi nak buat macam mana kalau aku dah terminat lagu yang dia nyanyi. Haa, begitulah. Tak semestinya apa yg menjadi kesukaan aku maka aku akan totally jatuh suka. No, No, No (tiru nada Fafau).

Begitulah juga kalau aku sukakan seseorang, tak mungkin aku akan suka dia secara total. Maksudnya tak mungkin segala perkara tentang dia akan jadi kesukaan aku. Kalau tak ada 14 ciri, mungkin sekurang-kurangnya ada 7 ciri yang aku tak suka. Dan apabila kita menyukai seseorang, walaupun dia punya ciri yang kita tak suka, it does’nt matter. Sebab dah suka, maka kita akan mahu juga. Haa, macam tulah.

Bercerita bab SUKA. Akankah seseorang yg benar-benar suka pada seseorang, boleh STOP menyukainya sesuka hati? Contoh macam entry Ah Fatt semalam. Refer pada SINI. Boleh ke seseorang berasa RAGU-RAGU @ KONFIUS dengan cintanya apabila membayangkan OBJEK yg dicintainya bakal berubah wajah. mungkin kalau wanita, akan berubah jadi tak langsing spare tyre sana sini. kalau lelaki plak, mungkin berubah jadi BOROI dan BOTAK.

Adil kah kalau kita menyukai seseorang dengan syarat seseorang itu mesti CANTIK secara fizikal sepanjang hayat?

Memang bodoh la kalau kita bercinta dengan manusia, tapi kita anggap ia seperti OBJEK. Kalau kita beli kasut, kita akan pilih kasut yang cantik dan selesa dipakai. tetapi kasut itu (jenama Adidas ke apa) tidak selamanya akan cantik, ia akan lusuh dan sudah pasti kita akan gantinya dengan yg baru. Macam tulah manusia, kalau kita menganggap pasangan kita sebagai OBJEK, yang suatu hari akan LUSUH, maka dari situlah datangnya kerisauan tak bertempat. (kononnya bimbang membayangkan kedut-kedut pasangan di hari tua, bajet macam dia tu takkan berkedut, perasan sungguh!).

Kecantikan di usia muda memang takkan kekal, sebab ianya hanya pinjaman Allah Taala. Malahan kalau Allah nak tarik balik apa yg dipinjamkan masa muda lagi pun boleh. (melalui kemalangan/ kebakaran). memang apa jua di dunia ini tiada yg kekal. semuanya akan musnah. Satu-satunya yang kekal adalah amalan kita yg akan kita bawa ke alam akhirat. Siapa yang banyak beramal baik, InsyaAllah akan masuk syurga.

So, tak payah sibuk kejar yang everlasting ke apa ke, tak boleh beli tiket syurga pun semua tu.


p/s: selamat hari jumaat.