Sunday, November 22, 2009

al-Fatihah buat Allahyarham datuk tercinta..

baru maghrib tadi aku menerima panggilan telefon dari emak.. memang emak tak pernah call time maghrib.. rupanya mak nak sampaikan berita yg atuk abah dah meninggal dunia.. rasanya raya aidilfitri baru2 ni atuk nampak sihat2 ja.. malah aku dan abah sempat urut kaki atuk, dan sapukan minyak angin pada perut dia.. rupanya itu adalah kali terakhir kenangan antara aku dan atuk.. dan kini atuk telah pergi selama-lamanya menerima jemputan Ilahi..

sebelum bulan puasa tahun lepas atuk jatuh sakit lepas atuk cuba buat kerja berat.. masa tue kondisi atuk tenat sangat, sampai kami semua rasa atuk dah nak pergi... tapi alhamdulillah time raya atuk kembali sihat, cuma atuk tak dapat lagi berdiri, cuma boleh duduk dan bergerak guna kerusi roda.. atuk nampak sihat sepanjang setahun berlalu.. atuk boleh mengengsot untuk ke bilik air.. atuk masih kuat untuk uruskan diri sendiri..walaupun usia atuk sudah mencecah 80 tahun..

aku on status 'al-fatihah buat atuk' dalam ym..  dengan harapan my elder sis kat mesir akan perasan status tersebut.. tak lama lepas tu my sis terus tanya.. bila bagitahu kakak tentang atuk dalam ym airmata aku terus jatuh berjurai-jurai..entah kenapa aku sebak sesangat...benar2 tak sangka atuk dah pergi buat selama2nya..

aku memang tak dapat balik malam ni.. aku tak reti nak balik tergesa-gesa malam-malam macam ni.. lagipun abah dan mak pun terus balik muar.. tentu kedaan kat sana sibuk dan kalut, maka aku taknak susahkan abah time2 camni.. lagipun abah adalah anak sulung dalam adik-beradik.. abah pesan mintak aku doa dari sini saja. dan aku akan balik esok pagi..

mesti you all tertanya-tanya kenapa aku tak balik lagi sedangkan aku dah habis exam..aku sebenarnya plan balik esok sebab esok adalah harinya pendaftaran awal subjek untuk semester depan.. kat rumah takda kemudahan internet so susah aku nak daftar online.. semester lepas aku lambat daftar sehari terus full kuota subjek.. bila full aku kena bersusah payah merayu kat lecturer untuk bukak lagi kuota subjek time minggu 'add n drop'.. UM ni lain sket, kuota dibuka bukan ikut jumlah student.. tapi ikut suka diorang ja..

ok.aku kena stop by now..aku nak solat isyak.. dan nak sedekah yasin buat arwah atuk..aku sedih sebab tak dapat tengok atuk buat kali terakhir, tapi tak apa..wajah atuk tetap terbayang di mata aku.. dan kini, aku hanya punya nenek di sebelah emak, dan nenek di sebelah abah..muga Allah panjangkan usia nenek berdua.. Amin.




p/s: sama2 sedekahkan al-Fatihah buat arwah atuk aku..al-Fatihah..


-----------------------------------------------------------------

update,

aku bergegas pulang malam ni jugak..berjaya contact kazen di kajang, maka bersetuju balik dgn beliau dengan kereta..alhamdulillah dapat gak balik..doakan kami balik dengan selamat..amin.

seni origami..

dulu masa zaman2 sekolah rendah. kengkawan kelas aku memang ramai yang bertangan seni, buat sampan dari kertas buku tulis, buat kapal terbang..dan aku plak memang jenis tangan tak da seni..tak reti langsung membuat sampan or kapal terbang daripada kertas, tapi ada sesuatu seni melipat, yg pernah aku pelajari dari seseorang... iaitu seni origami..

seni origami melipat-lipat kertas membentuk burung jenjang aku pelajari daripada kawan pakcik, seorang gadis jepun..masa tu aku masih di sekolah rendah..pakcik bawak kawan dari jepun, berkampung di rumah nenek..macam ala2 homestay gitu..best sebenarnya membawa pelancong ke tempat kita.. dia belajar adat kita, dan kita juga mempelajari sesuatu dari dia..

melipat-lipat kertas origami sebenarnya adalah lebih mudah daripada melipat kertas dari buku tulis..sebabnya kertas origami ni lagi lembut structure dia..maka ia lebih mudah dibentuk..dan sayangnya, oleh sebab sudah lebih 10 tahun aku meninggalkan seni origami burung jenjang, aku sudah kehilangan skill 'melipat'..lagipun aku taktau mana nak beli kertas origami..macam sayang sekali bila hilang 'skill' ni..






origami paper.






burung jenjang atau burung jinjang?







p/s: terimbau kenangan zaman sekolah rendah..hurmm..


Saturday, November 21, 2009

mengundang padah!

p/s: ini adalah entry kesedaran...plez baca dan sedar!


nowadays, impian menjadi 'individu sempurna' bukan sesuatu yg mustahil.. kau boleh kelihatan super duper cantik, super duper perfect!.. tapi sayangnya kau hanya kelihatan 'super duper' di mata orang lain.. hakikatnya kau sebenarnya tersiksa! dan lebih teruk lagi, kau mungkin menyiksa orang lain..


memiliki 'kesempurnaan' idaman kadangkala boleh mengundang padah, apabila sains dan teknologi semakin canggih, maka manusia semakin mahu 'memandai-mandai' dalam segala perkara.. sikap 'memandai-mandai' yang terlampau inilah yg secara tidak sedar, bakal 'memusnahkan' diri sendiri..


apabila adanya teknologi yg bisa 'merubah' segala-galanya... manusia jadi semakin lupa dengan 'limitation'. hakikatnya manusia penghuni bumi ini adalah makhluk yang lemah kerana secanggih mana pun penciptaan dari tangan manusia, ianya pasti ada batas tertentu..


etika teknologi dalam Islam adalah memberi keutamaan kepada penciptaan yang 'berfaedah dan selamat'. sayangnya segala teknologi pada masa kini bukan dari saintis yg beretika Islam.. teknologi semasa kebanyakkannya datang dari saintis barat tidak beretika yang hanya mengutamakan 'keuntungan'... dan dasar keselamatan tidak diambil endah sama sekali..malangnya orang kita juga ramai yg 'gila untung' seperti mereka!


yg hairannya pengguna teknologi kebanyakkannya seperti tiada otak! dan punya tahap kesedaran yang 'miskin'.. percaya bulat2 dengan iklan 'set pencerahan', 'set pembesaran', 'set pelangsingan', 'set penegangan', 'set tahan lama' dan segala bagai lagi yang entah apa2..


memang mereka si 'pembuat set' tersebut ada testimoni sebagai bukti keberkesanan.. tapi itu hanyalah testimoni hasil 'testing' selama beberapa bulan, paling lama mungkin setakat 6 or 7 tahun, macam mana dengan kesan jangka masa panjang? kesan di hari tua?.. dan macam mana dengan kesan ke atas pewarisan genetik ur future child?


sila percaya bahawa mereka si 'pembuat set-set magic' itu tidak mungkin melakukan research sehingga 7 keturunan..which means mereka tidak akan kaji side effect terhadap anak-anak si pengguna.. atau cucu-cucunya.. so how come you can put 100% trust on their magic product?


masihkah kau ingat tentang entry lepas yg mention about 11 years old patient at PPUM? doktor sendiri gagal menjelaskan macam mana seorang budak perempuan usia 11 tahun boleh dapat ketumbuhan rahim.. ketumbuhan atau bahasa pasar nya 'kanser' berlaku apabila 'useless cell' membahagi dgn pantas tanpa kawalan, hingga memakan sel-sel sihat sekitarnya..


kanser biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan maklumat yg dibawa oleh DNA @ berlakunya mutasi gen.. gen bermutasi akibat drpd pendedahan bertahun-tahun kpd bahan kimia rokok, radiasi termasuk sinar UV, bahan kimia (karsinogen), jangkitan virus dan radikal bebas.


logically budak seusia 11 tahun tidak terdedah dengan faktor2 yg menyebabkan gen bermutasi.. maka mungkinkah faktor2 itu datang dari ibu dan ayahnya?


sekiranya kita semua masih ada rasa belas ehsan pada 'our next generation'... kita boleh berbuat sesuatu untuk mereka...


fikir-fikirkan..dan ingatlah, jangan lagi kata 'tak mengapa' kerana sesungguhnya anda mampu mengubahnya..!



p/s: Today Mr.S balik dari Indonesia selepas 5 hari ber'holiday' with rombongan Fakulti Kejuruteraan Elektrik..err,kenapa tetiba teringat kan dia nih?..huh!






Friday, November 20, 2009

Finalis Anugerah Juara Lagu -24

hai.hai. aku sebenarnya taktau nak update pasal apa, so..aku dgn senang hatinya mempromote AJL...mari lihat siapakah finalis yg layak ke AJL-24 kali ini...




aku skandal -Hujan


tak mungkin kerana sayang -Alyah


aurora -Estranged


bengang -Akim


aku rindu sayang kamu -Black


dan sebenarnya -Yuna


rindu terhenti -Tomok


pakai buang -Stacy


kau aku -Aizat


pergi -Aizat


situasi -Bunkface


bencinta -Faizal Tahir


cinta adam dan hawa -Misha


masih jelas -Hafiz




kalau you all perasan, para finalis ni kebanyakannya adalah 'muka baru' dalam dunia seni..dan aku...pastinya sokong Faizal Tahir...sebab dia adalah anak kepada lecturer di UM..haha..bongek giler alasan...hukhuk!



p/s: anda sokong siapa?....



menerima kad jemputan..

2 hari lepas, sebelum masuk exam hall 4 my last paper, tetiba farhana bagi aku satu envelope..mulanya aku macam tertanya2..tapi neuron2 dlm otak aku sepantas kilat dapat pick up sesuatu..ini pastinya kad jemputan kawin..memang aku dah sedia tahu bahwa farhana akan kawin akhir tahun ni selepas 2 tahun menjadi tunangan orang...

aku hanya senyum menerima envelope itu..terus menyimpannya dalam beg..aku fikir, nanti after exam aku tengoklah kad jemputan tu..bila dah abis exam, aku langsung lupa untuk tengok kad tu..baru tadi aku kemas2 beg dan nampak envelope krim...langsung aku menulis disini..

sebenarnya,  farhana merupakan kawan UM aku yg ke-4 melangsungkan perkahwinan..alangkah bertuahnya mereka kerana dah bertemu dgn soulmate masing2..melangkah ke alam rumahtangga sudah tentu berbeza dr hidup single-mingle..macam lagu acha septriasa.(berdua lebih baik)..

tetiba aku terfikir, bila agaknya turn aku untuk mengedarkan kad jemputan kawin diri sendiri kpd kawan2..berpeluang kah aku?

walau apapun aku percaya setiap dari kita semua ada rezeki dan bahagian masing2..tentang jodoh?..kita hanya boleh merancang, tetapi perancangan Allah adalah yg terbaik..kerana Dia yg Maha Mengetahui yg terbaik untuk hamba2nya..dan aku tumpang gembira pada kengkawan yg sudah or bakal bergelar isteri.. semoga kehidupan berdua adalah lebih baik..dan semoga masjid yg dibina sentiasa mendapat redha Ilahi...






kad jemputan yg ku dapat 2 hari lepas.





aku tak sure aku boleh pegi ke tak..terengganu jauh beb!



p/s: bila lah kawan bloggers ku semua nak bagi aku kad jemputan...huhuhuhu

Thursday, November 19, 2009

gambar2 semalam..

hari ini, aku hanya duduk dirumah saja, bangun pagi jam 11.30 pagi..maklum saja, kepenatan akibat wayang midnight 2012..dan kaki aku, sakit yg amat, maybe sebab perjalanan semalam di MV memberi tekanan pada kaki...huh!

hari nih, sesi sarapan merangkap makan tengah hari? jam 3.30 ptg..huh!

ermm..seperti tajuk yg tertera, marilah mentengok gambar2 semalam..





sampai MV jam 9 malam..ramai sesangat manusia yg beratur mahu beli tiket wayang...2012 tayangan jam 9.00, 9.30, 11.15, 11.45, 12.15 sold out! maka terpaksa juga membeli tayangan 12.45 am!






 isi perut dulu..makan KFC..sampai pintu dia tutup separuh baru kitorang blah....haha





Shida n me...the belang2 T-shirt.





Hasni n Shida..





Naimah, Shida n Hasni...p/s: jgn tengok gmbr seksi di tabir..hakhak





penat weh tggu wayang nak mula, penantian adalah penyiksaan!




sila klik pd gmbr untuk view yg lebih jelas

pic kapel nakal yg aku sempat snap secara curi..diorg ni malay..!



p/s: apa nak buat hari esok ???.. buhsann

2012...

2012.

menonton pd hari ke-6 tayangan..tiket sold out! then terpaksa tonton midnight..nak buat cam mana..hati berkeras nak tengok 2012 kat panggung..baru ada feel!memang feel habis..sebab skrin luas n sound kencang, itulah bezanya menonton di panggung berbanding menonton di laptop..

tentang 2012:-

penemuan mengenai ketidakstabilan lapisan dr dalam perut bumi oleh seorang ahli geologi dr India pd tahun 2009..beliau juga adalah kawan kepada ahli geologi AS..dr sinilah bermulanya ramalan dr kedua2 mereka tentang kemusnahan besar bumi yg dijangka berlaku pada 21/12/2012.. lalu berita ini dibawa ke White House. dan satu plan dilaksanakan.. plan membina bahtera terbesar dan tercanggih..1 billion adalah harga tiket menaiki bahtera..(scene pak arab/jutawan minyak sign agreement)..seakan duit boleh beli sebuah kehidupan..tenaga membina bahtera?..China-penduduk kapasiti terpadat di dunia.. ramalan ini walaubagaimanapun dirahsiakan sama sekali..rakyat tidak berhak untuk tahu, demi mententeramkan keadaan dan mengelakkan panik.

watak utama adalah family Jackson..penulis buku yg tidak begitu terkenal.. memiliki sepasang cahaya mata yg comel.. dan merupakan duda kpd ibu dr anak2nya.. perceraian kerana passion Jackson terhadap dunia penulisan.. anak lelaki Jackson tidak menyukainya.. dan dia lebih rapat dgn bf ibunya..what a miracle, bila Jackson secara tak sengaja dapat tahu tentang kemusnahan yg bakal menimpa bumi..melalui kata2 seorang DJ yg gila..yg ditemui semasa membawa anak2nya camping di Yellowstone..pada mulanya Jackson hanya menganggap kata2 DJ tersebut adalah karut. tp dia mula percaya kebenarannya apabila anak kembar kepada bosnya, Yuri (billionaire) mengatakan bahawa semua org di AS akan mati, dan mereka akan selamat kerana dapat menaiki bahtera..

Jackson bergegas mencari pesawat kecil dan seorang pilot lalu mendapatkan anak2nya kerana beliau yakin sesuatu yg buruk bakal berlaku.. dengan sebuah limousin. Jackson menjemput anak2nya, bekas isteri Jackson dan teman lelakinya turut serta..time ni lah scene yg agak mencemaskan.. limousin tersebut seakan dikejar oleh rekahan bumi dan mengelak dr runtuhan bangunan dan jalan raya..dan akhirnya mereka sempat menerbangkan pesawat dan lari dr gempa yg sangat dahsyat..bukan lg menggunakan khidmat pilot sebenar, (pilot asal cedera akibat gempa).. tetapi menggunakan khidmat pilot 'terjun'..iaitu teman lelaki bekas isteri yg sebelumnya pernah mengikuti kelas penerbangan..(bila terdesak kita boleh atasi apa saja)..

adakah mereka berjaya terbang ke China untuk menaiki bahtera demi menyelamatkan diri drpd gempa bumi dan tsunami terdahsyat?

siapa nak tau, silalah ke pawagam berdekatan dan tontoninya sendiri..

benarkah 2012 adalah gambaran kiamat?

ia hanya gambaran kemusnahan dahsyat dr pandangan mat saleh..sesungguhnya kiamat itu rahsia Allah dan ianya adalah lebih dahsyat sehingga tidak tergambar dek akal fikiran manusia..

benarkah ramalan ini bakal terjadi?

Allah berfirman bahawa kiamat itu pasti berlaku dan ianya adalah rahsia.. tiada siapa yg tahu bila, dan bagaimana..justeru jangan difikirkan tentang 'bila'.. fikirlah tentang amalan kita, satu2nya bekalan untuk kehidupan selepasnya..


p/s: bila dah merdeka taktau nak buat aktiviti apa..huhu

jam 5 pagi aku publish entry nih..bacalah dgn nurani kamu..

pukul 5 pagi belum tido?
yup! baru balik dr MV kul 4.00am..tgk wayang midnite movie  2012..

so la ni duk wat apa ?
update blog..(gagah giler aku nih)

cam mana kaki?
belum sembuh..malah kaki kiri plak yg bengkak..

dah tu bleh lg gi MV?
mestilah..merdeka celebration..! dan demi 2012..(memang gagah)

merdeka?
yup..exam da tamat!

bleh jawab tak exam?
boleh..(konfiden2..hu)

ok, kak izzat cam mana?
ahaa, tadi abis exam kul 5 ptg terus melawat dia..dia nampak sangat lemah tak bercakap sepatah pun..

pembedahan berjaya?
alhamdulillah, berjaya.rupanya bukan hanya buang darah beku. tapi buang salah satu ovari..darah beku bersaiz besar..terpaksa buang terus ovari, maka ovari dia hanya tinggal sebelah saja...

so akan datang dia masih ada peluang pregnant kan?
yup..sebab ovari sebelah lagi masih berfungsi..masih boleh hasilkan ovum...tp..ada something yg sedih..(sebak kejap.)

nape sebak, something apa tu??
err, jiran depan katil kak izzat lagi kesian..

kenapa dgn jiran depan katil dia?
erm,patient tu budak perempuan umo 11 tahun..ada ketumbuhan di rahim..

so?
maka, rahimnya terpaksa dibuang..maka,bila dewasa.. budak tu takkan boleh mengandung..(sebak lagi...bergelinang air di kelopak mata)..

gulp!...ermm..ada apa2 lagi nak cakap?
ermm.ada. err..beringatlah bahwa penyakit dtg tidak mengenal usia..syukurilah nikmat kesihatan yg Allah kurniakan kepada kita..

ada lagi pesanan?
ermm..baru ku sedar, sakit kaki ku ini bukan apa2 jika nak dibanding dgn kehilangan organ buat selama2nya.( sebak sekarang!...)

ada lagi, nak teruskan pesanan?
ermm..sesungguhnya manusia yg beriman itu, akan selalu didatangi ujian kesakitan dan kesedihan. itu tandanya Dia menyayangi kita..jgn mengeluh dan merungut..bersabar dan selalu beringat.bahawa ramai lagi insan yg menerima ujian yg lebih getir dr kita..

ok..dah cukup?
dah..entry dah habis..


p/s: aku redha dgn ujianMu Ya Allah...

Wednesday, November 18, 2009

penyunguman, penyunguman.

assalamualaikum..selamat pagi semua..

(ayat macam seorang guru kelas.macam tak boleh blah..haha).

ok murid-murid. hari ni cikgu nak umumkan...(????????)

baiklah, ada dua penyunguman penting,

pertamanya..hari ni my sister (siti zubaidah) yg comel macam kakak dia nih akan menduduki peperiksaan SPM..maka kakak dia yg gagah ni ingin meminta kengkawan blog yg tersayang agar turut sama mendoakan kejayaan pelajar2 SPM pada tahun ini..

keduanya..kakak serumah ku yg amat kami cintai, (kak izzat) akan menjalani pembedahan di Pusat Perubatan UM pada pagi ini.jam 9 pagi..harap juga kalian kengkawan blog dan semua readers ku disini agar sudi mendoakan keberjayaan pembedahan tersebut..pembedahan apa? pembedahan membuang darah beku di salah satu ovari..

ketiganya..(eh tadi kata ada dua ja???)

ermm..nak buat macam mana tetiba je terfikir penyunguman ketiga..hikhik..baiklah..penyunguman ketiga esok jelah aku umumkan..muahaha!



p/s: tq kpd supporterz yg beri semangat supaya aku kembali gagah! dan maaf ek aku belum sempat nak jengah blog anda semua..

Tuesday, November 17, 2009

aku update blog..

tadi kol emak..sebak, rupanya aku masih macam anak kecil yg menangis-nangis bila mengadu sesuatu dengan emak,sumpah sebak, time tulis entry ni pun masih mengalir air mata..sebenarnya aku cam tak suka mengadu dekat emak, sebab aku taknak emak risau. bila aku dah buat emak risau maka aku jadi sedih..

entahlah sampai bila aku baru nak bersikap gagah.. si gagah yg tidak mengadu sakit pada emak, si gagah yg tidak menangis bila berada dalam kesakitan.."come on sara, u are almost 22 years old!"

dah, dah. aku tetiba kehujanan sampai basah keyboard ni ha..tak boleh menaip dah.aku stop dulu.daaa



p/s: last paper esok petang..gagahlah wahai diri!

perghh!!!!!

perghh!!!!!!!

 kaki kanan aku membengkak lagi...kondisi makin gawat..
sampai tangan kanan pun bengkak jugak..
time jawab exam aku sebenarnya hanya menahan sakit yg menggila..
sampai otak aku blur.
aku cuma harap, aku boleh lulus sahaja.

aku dah pantang makanan laut!
tapi kenapa membengkak lagi?!

mungkin aku tak boleh makan apa2..
tapi aku sangat lapar sekarang!
nampaknya.
hanya boleh makan roti cicah milo ja.

tadi pakcik bas nampak kondisi aku yg terdengkot-dengkot.
dia suruh pi klinik.
hasni pun suruh pi klinik.
minta injection.mungkin lagi berkesan.
habislah ongkos!
hari tu dah abis rm50..
kali ni berapa plak?..
nampaknya plan nak tengok 2012 after exam terpaksa dibatalkan.

now!
mood aku down giler! damn!
aku macam mahu menangis saja..



p/s: jom menangis sama2!


selamat hari selasa..

17 Nov 2009,

bangun pagi, gosok gigi..cuci muka..jatuh tersungkur di bilik air!
pagi2 sudah ditimpa kemalangan..macam kasihan..isk!

happy bezday yg ke-20++  kepada seseorang,
sorry naik lorry.
takda hadiah nak bagi.
yang ada cuma pesanan.
pesanan I dah send melalui SMS.
I tau U dah baca.

oklah, tu je.update skit je.
nak sarapan..lapar weh!
agaknya jatuh tersungkur memakan banyak tenaga..
sakit pinggang I..huh



p/s: exam.exam..

Monday, November 16, 2009

hujan-mutiara-naga

haha, apa ntah tajuk macam org kekontangan idea.

baiklah, mengumumkan bahawa. kegagahan aku telah kembali.. mmg gagah giler lah aku pada hari ni.. meredah hujan (tp berpayung la) untuk ke kampus.. berperang dalam exam hall yg sejuk macam kat kutub utara sampai menggigil-gigil dan terketar-ketar memegang pen.. soalan exam hari ni mmg sangat membuatkan aku terkujat..(terkejut la tu pun taktau ish!).. dan sesi hentaman pun berlaku! tapi tak apa, semua org pun mengalami keterkujatan macam aku..maka ini adalah adil.. muahaha!

balik dr exam, hujan masih lebat..dengan kaki yg belum sembuh, berjalan terdengkot-dengkot ke bus stop.. one thing yg aku benci bila exam petang?.. exam yg abis jam 5pm tidak bermakna apa2 bila aku sampai rumah jam 6.20pm. bas penuh! jalan sesak! tapi aku gagahkan gak diri... gagahkan diri untuk bersabar, bersabar demi readers tercinta.(ceh apa kaitannya???)

makan malam hari ni?..cik hasni yg masak.. beliau masak tomyam ayam dan telur dadar goreng.. sekali lagi aku hanya buat taktau..aku belum ada mood untuk memasak..yg ada cuma mood memakan sahaja sekian.

barusan (baru tadi) aku menengok update blog Lumut, dan aku tersenarai di peringkat undian.. maka! disini.. ada pesanan penting untuk bloggers @ followers tercinta yg mencintai aku.. jika anda mencintai aku, maka undilah aku supaya aku tersenarai sebagai pemenang... pastikan anda mengundi dgn ikhlas ok! hehe..

untuk undian, sila klik SINI.

ok..pesanan penaja tamat..

p/s: aku ada paper esok pukul 11.30am.. sejenis killer paper! maka aku belum sempat mahu jengah blog korang untuk komen-mengkomen..

Sunday, November 15, 2009

badan aku kenapa ni?

sakit perut..
sebu, kenapa yea?

sesak dada,
sampai muntah.

kepala sakit,
perut sakit,

macam nak pitam.

tak boleh baca notez.
betul2 mahu muntah.

jalan terbaik?
tidur

mahu bgun tgh malam,
moga dapat berjaga.

i have paper tomorrow,
3.00pm















p/s: kegagahan hilang sementara waktu.........



aku, dalam kehidupan..





siapakah kita dalam sebuah kehidupan??? adakah sinaran? atau cuma kegelapan?


.
.
.

kadangkala kehidupan terasa seperti tiada apa-apa.sendirian. kosong. cuma ada nurani yg setia menemani.


.
.
.

biarpun sendirian, kita harus juga mengukir senyum, walaupun senyuman itu hanya kita seorang saja yg melihatnya..


.
.
.

biarpun tanpa sesiapa, kita tetap harus berusaha menggapai sesuatu. sekurang2nya, kita memperoleh apa yg kita usahakan..dan pencapaian itu akan menemani kita.


.
.
.

kita berusaha dalam arena yg telah ditakdirkan untuk kita, biarpun insan lain hanya melihat pada kekurangan, kita tetap akui, kita punya kelebihan.


.
.
.

memang kita bukan tarzan yg tinggal dalam hutan, kita adalah insan yg menghuni komuniti masyarakat.. sekurang2nya, kita adalah teman kepada seorang kawan..


.
.
.

apabila kita berteman, kita akan lebih teruja untuk mengecapi keseronokan hidup, berkongsi tawa ria..


.
.
.

 berkongsi pengalaman dalam menjalani kehidupan..kehidupan yg dikelilingi orang lain...


.
.
.

bersama rakan2 yg sentiasa memudahkan perjalanan hidup kita...mengecap kemanisan dalam perjalanan yg masih panjang..


.
.
.

manisnya perjuangan, apabila kesedihan dan kegembiraan dikongsi bersama..


.
.
.

saat kekenyangan..tidak akan bermakna  tanpa kehadiran orang lain..


.
.
.

maka, kehidupan kita yg indah ini sebenarnya disinari cahaya, sinaran cahaya dr mereka yg di sekitar kita,  termasuk kamu. yg mengunjungi page ini...


terima kasih, kerana hadir dalam dunia aku.






p/s: ini adalah entry khas, sempena contezz cik bulan... aku hanya mencuba nasib, dan memeriahkan kontezz!

Because I'm Stupid


p/s: lagu blog ni bahasa korea?..tak dapat difahami?..disini ku letakkan lyrics lagu ni in english version.



BECAUSE I'M STUPID BY SS501


I'm really, very foolish.
I know of no one other than you.
You are looking at someone else.
Yet you have no idea of my feeling like this.

I wont be at your days.
I wont be in your memories either.
However, only you.
I looked only at you.
And the tears keep coming.

I watch you walking past.
I'm still happy.
Even yet you still don't know my heart.
I should stop this and go.

I really want to see the day.
I'm withstanding the pain each day.
'I love You' is playing on my lips.
Alone once again, I'm crying for you
Alone once again, I'm missing you.
Baby I love You I'm waiting for you.

I'm making memories alone.
Loving you is like having a beautiful wound.
I look at your pretty smile also.
But i cannot laugh with you.

I'm thinking about you so much everyday.
My heart is hurting in all these sad days.

Bye Bye Never Say Goodbye.
Even though I cannot hold you like this.
I need you.
I cannot say anything more.
I want you.
I keep on hoping too.
I'll keep hoping.


I really want to see the day.
I'm withstanding the pain each day.
'I love You' is playing on my lips.
Alone once again, I'm crying for you
Alone once again, I'm missing you.
Baby I love You I'm waiting for you.






SS501


Saturday, November 14, 2009

begedil dan dot.dot.dot..

kenapa tajuk entry berbunyi semacam..dot.dot?,haha..dot.dot tu maknanya 'dan lain2' ..mentang-mentang entry sebelum ni ada gambar tandas kau pk lushah eh, nak baca entry lushah bukan sini tempatnya..

kan dah in4m kat entry sebelum ni, kawan serumahku masak begedil, aku tak gebang tau. siapa buat cerita gebang dalam blog mmg ah dia.. haha..

entry ini khas untuk show off makanan saja..sapa yg lapar meh la mentengok makanan..tak dapat makan dapat tengok pun jadilah kan...hehehe

jom ushar hasil kerja kencang kawan serumahku di dapur..
scroll down..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




begedil comel, sama comel dgn org yg buat (naemah).




sayur campur goreng..(naemah jugak)..




ikan masin import from sabah..(hasni)




sup bebola ayam+cendawan. (naemah lagi)




hidangan lengkap.






aiseh, kan dah kata, aku cuma buat taktau saja, maka tidaklah ada nama aku sebagai tukang masak pada hari ni..maklum saja, sakit kaki sikit, terus malas nak bersilat di dapur..



p/s: habis dah entry, semua org boleh gigit jari sekarang...!

ketagih berblog..?!


tetap berblog walaupun di musim final exam?..definitely its me!  macam sudah ketagih/ addicted dengan blog.. sindrom blog addict..ada ke camtu?.. dan aku tau kengkawan aku pun tetap juga baca blog aku walaupun di musim exam..thanks to kengkawan kesayangan ku..you all mmg comel sekali..siapa tak baca blog kawan dia ni mmg kurang skit tahap kecomelannya..hahaha..

gurau saja, better you all baca buku drpd baca blog aku, dan better ko pi tanda buku2 skolah anak murid ko drpd baca blog yg ko tak suka..(ayat apa ni kenapa ada watak cikgu plak?)..hahahaha..

kengkawan rumah sedang memasak dengan kencang didapur, aku buat taktau saja menghadap laptop dan  menaip ntah apa2..tak apa,  yg memasak di dapur dapat pahala, dan yg berblog di ruang tamu dapat makan sekejap lagi..kahkah. sorry to my horsemate (woi bukan horsemate lah)..baiklah, guna bahasa inggeris tak pakar, guna saja bahasa melayu, (kawan serumah)..penat sidang dewan rakyat bertekak pasal pemansuhan penggunaan b.i, now dah mansuh, maka jom guna bahasa melayu..kempen apa ni cam tetiba je?..

sapa kat sini ketagih berblog/ ketagih baca blog?tak apa kalau ketagih...tak dosa, tapi jgn sampai kau ketagih sampai tahap gaban..tahap gaban tu cam mana?..scroll down..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




berblog dalam jamban.!




p/s: makan tengah hari, kawan serumah masak begedil...sapa taktau begedil pi tanya pakcik google.

lelaki yg cantikk!

wujud ke lelaki cantik??. kalau lelaki ambik title cantik, takkan wanita nak ambik title handsome pulak?..haha.

lelaki cantik biasanya songsang?..huh..dun judge the book by its cover, dun judge a man by his face.
blum try blum tau..haha. but dun ever try this at home.. (????????)

lelaki cantik turn to be 'nyah'?? haa..taktau.taktau..sapa nak tau, sila buat kajian sendiri..

'nyah' lebih cantik dari wanita tulen?.. haaa..dun no..dun no...sapa nak tau, sila buat research sendiri..

contoh lelaki cantik menawan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.






ji hoo (boys over flower)





cantik bukan semestinya pada rupa paras, biarlah kecantikan lelaki itu terletak pada hati dan peribadinya.. kalau peribadi cantik, semua akan nampak cantik dan indah.

 dan yang indah itu menenangkan..
contoh wajah yg indah?

.
.
.
.
.
.





ji hoo sunbae ( boys over flower)



"kecantikan adalah hak milik setiap insan"






p/s: sakit kaki kembali..i hate tablets!


Friday, November 13, 2009

jagung..jagung..

jagung.jagung. yeeha! mood happy selepas makan jagung..sedap walaupun kurang manis..sejak duduk di rumah sewa, aku mmg tak komplen tentang makanan..asalkan mood makan mmg sedang bagus, maka semua makanan jadi sodap! (sebenarnya nak puji bahawa seisi rumah aku ni mmg semua pandai menjadikan masakan menjadi sedap)..

tetiba teringat time aku kecik2 dulu, rasanya time tu aku umo 2 tahun, kakak aku umo 4 tahun, abah selalu ambik gambar kitorang time tu..(sumpah aku tak ingat apa2 sebab umo br dua tahun)..tapi masa aku tengok gambar2 tu umo aku dalam 5 tahun cam tu..aku pelik tengok gambar2  time kecik2, sbb semua gambar tengah mamam jagung..dan akak aku tak pulak makan jagung cam aku..kenapa ntah abah mesti ambik gambar time aku makan jagung..pelik betul.. gambar kat laman rumah makan jagung, gambar dalam rumah pun makan jagung jugak..alahai...macam comel saja..huahua!






setongkol rm 1.50, 3 tongkol = ?????



aku makan setongkol ja...




p/s: mentengok Nur Kasih, layanzzzz!

air mata cinta

cinta kadang-kadang adalah sejenis air mata. kau boleh sorokkan perasaan cinta dari orang lain, tapi kau tak boleh sorokkan air mata supaya ia kekal tersimpan dalam mata kau. apabila air mata menitis dari kelopak mata, maka ia akan dapat dilihat oleh orang lain. sekalipun tiada org yg dapat melihatnya, pipi kau pasti merasai kehadiran air mata itu.

cinta adalah sejenis tangisan. cuba tengok baby yg sedang menangis, baby sebenarnya menangis sebab dia minta supaya ibunya mencintai dia. apabila ibunya memeluk dengan kasih sayang, maka baby tu akan berhenti dari menangis.

cinta adalah sejenis kesedihan, apabila cinta itu terlarang dan tidak kesampaian, macam cerita Cinta Balqis yg ditayangkan pukul 6.30 ptg isnin hgga khamis..(tetiba ada sesi promote).

cinta adalah kesakitan apabila ada jiwa yg terkorban, macam cerita Nur Kasih jumaat jam 9 malam. (promote lagi)..

cinta airmata dr seorang lelaki bernama lee min ho dalam cerita boys over flower sungguh menyentuh hati.
(sekali lagi promote).




Boys Over Flower



p/s: dah berapa kali kau menangis kerana cinta sepanjang hayat ini?

saya budak baru belajar..

important reminder: entry ni bakal buat mata kau letih membacanya, tapi kau tetap kena baca sampai abis!

ok..ni bukan lagi entry pasal beruk, aiseh..nak mention jugak perkataan beruk, macam tak boleh blah saja.. baiklah..selamat pagi semua..dah puas senyum?..sila teruskan senyuman menawan anda tu, dan teruskan baca entry ini..muahaha! tetiba aku bajet diva kat sini..kahkah..tak lawak pun sebenarnya..baiklah..teruskan saja..

aku nak kembali kepada tajuk..tajuk entry macam budak baik, guna perkataan 'saya'..tapi dalam entry guna perkataan 'aku'.. tak apalah..janji selesa..

ermm..ok.apa yg aku baru belajar nih?

"baru belajar berblog.."

untuk pengetahuan, umo blog ni adalah seusia bayi yg matang di dalam kandungan ibu iaitu 9 bulan..maka kau anggap sajalah blog ini seperti baru dilahirkan, blog ini baru saja mahu melihat dunia 'bloggers'..

blog ini adalah blog aku yg pertama..dan aku tak pasti kalau lepas ni aku akan 'melahirkan' blog yg kedua atau tidak..setakat ini, ini lah satu2nya blog yg aku ada..dan blog ini sahajalah yg bertuankan aku..

ok, teruskan saja..

bab design blog, ni dah masuk kali ketiga aku mencorakkan blog, mula2 dulu kaler putih, then kaler biru, now kaler hijau..bukanlah aku minat kaler hijau, tp tak semestinya kaler blog kena sama dgn kaler favret aku, jd biarlah blog aku menghijau begini, suka tak suka, terimalah kaler blog ini seadanya..

kalau you all perasan, b4 ni aku guna disqus komen, tapi disebabkan kejahilan dalam mengedit html untuk meletakkan iklan nuffnang, maka aku telah merosakkan segala2nya..dan disebabkan kejadian kerosakan berlaku time mggu exam, maka aku malas nak baiki kerosakan tersebut, dan terus saja menukar ruangan komen seperti asalnya..dan terus malas mahu susah2 letak code nuffnang..lgpun bape sen sangat lah nuffnang tu boleh bagi..dan aku pun bukan rajin mahu klik iklan nuffnang orang lain..maka.. jgn lagi kau bertanya pasal nuffnang..aku dah fed up! kalau kau rasa nak jenguk blog aku semata2 supaya aku  akan menjenguk blog kau kembali dgn misi klik nuffnang, maka lebih baik kau tak payah susah2 datang sini..sekian untuk tajuk nuffnang..

teruskan..

ok, bab ruangan komen, aku taktau mana satu yg memudahkan readers untuk post komen, jadinya b4 ni aku guna embedded below post.. oleh sebab internet streamix rumah aku ni laju saja, maka tiap kali aku post komen kat blog org, aku takda masalah langsung sama ada orang tu guna, embedded below post, pop up window or full page..tapi semalam, ada seorang blogger ni wat permintaan..suruh aku guna pop up window, katanya lagi mudah dia nak post komen..permintaan dia berbunyi begini..


"p/s : weih...susah ar nak komen kat kau pnye entry...asik hang jer..kau tukar pd pop up window ah...



fed up aku tau nk kna log masuk byk2 kali blog kau sbb nak komen je putus...huahauhauhauah


tukar pd pop up window tau..."


baiklah, thanks kepada blogger jane, aku dah tunaikan permintaan kau. dan aku harap org lain pun tak mengalami sebarang kesusahan pasni bila nak komen kat entry aku..ok..full stop bab komen.

teruskan..

ini plak bab penulisan aku di dalam blog.. aku mmg tak pernah hadiri sebarang kelas tutorial 'menjadi blogger terbaik'. aku juga tak pernah mempunyai 'mentor' dalam berblog.. aku menulis blog ikut sesuka suki aku.. blog aku ni, adalah tulisan mengenai apa2 saja..tentang peribadi, famili, kawan2,malahan tentang orang awam juga.. dan aku selalu menulis dr dalam hati aku.. itu pasal la header blog ni adalah 'deep in my heart'.. maka segala yg tercoret bukan diciplak dr mana2 surat khabar, majalah, atau blog engkau.. semuanya adalah dr dalam hati aku... kalau hati aku kata tak suka, maka aku akan tulis aku tak suka, kalau hati aku kata nak mem'beruk'kan mereka yg layak, maka aku akan tulis juga.. aku mmg takkan guna istilah 'mulia' kepada mereka yg tidak layak dimuliakan.. itu adalah diri aku yg sebenar.. aku tak mahu jadi penulis yg hipokrit, ataupun penulis yg cover cara penulisan supaya readers jd respect pada aku.. im not that type of person.. kalau aku menulis dengan cara berpura2, dan tidak menjadi diri aku yg sebenar, maka aku tidak akan mencapai klimaks dalam berblog..(tiru ayat Ah Fatt ).

so. apa point aku sebenarnya?..

baiklah, kau ni mmg takkan faham selagi aku tak jelaskan..mari sini aku explain, biar lepas ni kau lebih jelas!

membaca blog orang adalah hak milik setiap insan..

tak faham jugak?

ok..kau tidak dipaksa untuk membaca entry satu2 blog..kalau kau suka, kau baca, kalau kau tak suka kau blah.

tak faham lagi?

baiklah, yg ni kau pasti faham..

yg sebenarnya dragon ball ada tujuh biji kesemuanya. eh, bukan, yg sebenarnya kau tak layak untuk tentukan cara penulisan blog yg kau nak baca. kau tak berhak untuk bagi perintah "tulisla guna perkataan berlapik, lagi elok didengar".. atau "jgnla guna perkataan lushah, tak manisla", atau lagi "bleh tak jgn guna gua lu dlm blog"..

selagi penulisan seorang blogger tu tak menyebabkan kematian si pesakit jantung..atau juga tak menyebabkan keguguran si ibu yg hamil, dan juga tak menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan undang2 negara, maka penulisan seseorang blogger itu adalah sah disisi undang2..

baiklah..penat weh tulis panjang2 cam ni...kalau kau tak faham jugak baik kau pi masuk tadika semula..

so, apa yg penting..........bukan kerjasama lah..kau ingat ini cerita wonderpet ke?..apa yg penting, dah baca kau kena fahamkan..ok! kalau dah faham, semua org boleh buat kerja masing2 sekarang..


p/s: pasar malam hari ni aku nak beli jagung rebus..eh, cam takda kaitan ngan entry..eh, suka akulah. ni kan blog aku...muahaha!

Thursday, November 12, 2009

saja ja macam tiada kerja..

mari senyum semua..senyumlah..senyumlah, tolong la senyum walaupun hati cam terguris ke apa ke, senyumlah walau rasa sentap dgn entry blog ni.. senyumlah walaupun blog kau telah di dis'follow'. muahaha! apa ntah aku cakap ni. mengarut macam tiada kerja..sebenarnya aku saja mau post entry banyak2..mau test power, adakah kau orang masih mahu jenguk blog ni..weh, mau kasitau nih, ada ke aku pernah sound cara kau menulis blog?.. blog aku ni ada kata2 tak berlapik?..alahai, aku ni bukannya cikgu sekolah nak tulis blog tanpa carca marba..setakat perkataan 'beruk' pun ada org nak sentap..belum lagi guna perkataan yg hebat cam  'babi, anjing', nak buat macam mana, rupanya ada readers yg hanya mahu baca blog yg guna perkataan mulia dan sopan saja..mungkin mereka mmg golongan sopan penuh tatasusila. aku ni golongan selamba yaya, tulisan campur2, beruk ada, monyet pun ada..baiklah, biarlah mereka dengan keluarga mereka.. aku nak seru pada kalian si pembaca..marilah senyum..senyum la biar urat2 muka dapat mengekalkan awet muda..macam heroin  drama korea boys over flower..walaupun dah umo 25tahun tapi macam baru 20 tahun...jom senyum semua! senyummmm!












p/s: memang menawan senyuman kamu semua..hehehehe

baca jelah, entry ikhlas nih..

yg namanya manusia..akan sentiasa melakukan kesilapan..my dad selalu cakap 'jgn amalkan sikap tak apa'. sikap 'tak apa' ni akan membuahkan sikap 'degil'..contoh. bila anak buat silap, biasanya golongan emak akan back up anak..'tak apa lah bang. budak ni kan kecik lagi'.. dan tanpa sedar, si emak akan selalu ulang ayat begitu setiap kali si anak buat salah..sampaila anak dah besar panjang, nak jentik pun tak sampai hati.. sebenarnya sy bukan nak kata kedegilan anak berpunca dr emak dia..ini hanya sekadar contoh sahaja...apa yg nak ditekankan adalah kedegilan kita semua adalah berpunca dr sikap 'tak apa'.. contoh lagi.. bab gf/is3 pakai seksi-meksi, bila ditegur akan menjawab 'baju ni tak sendat la bang / ala, skirt ni labuh la bang, still bawah lutut'..ok, kalau dengan diri sendiri pun, kita bermonolog 'takpela solat lewat sikit. selagi belum abis waktu kira sah apa solat / takpela masuk ofis lambat sikit hari ni, bukannya selalu pun wat camni / takpela miss solat jumaat hari ni, baru sekali je miss'.. sikap 'tak apa' yg pertama biasanya akan dilanjutkan pada 'tak apa' yg kedua dan seterusnya..

jika kita adalah mangsa kepada sikap 'tak apa' nie, 1st kena bolehlah kita bersabar..contohnya 'tak pe kan aku pinjam kereta kau kali ni?' kawan pinjam kereta sekali mmg la mulanya kita rasa kita sedang menolong dia, tapi kalau dia duk ulang ayat 'tak apa kan?..kita kan kawan?' sampai sepuluh kali. kita pun hangin juga. ok..contoh seterusnya.. bila time raya..jiran2 yg ada anak kecik skola rendah, main mercun sakan, dentam-dentum..bingit tu bolehlah tahan lagi..kita akan kata, 'tak apalah. raya setahun sekali je'..tup2..tetiba mercun yg bebudak tu main dibalingnya kat baju raya kau yg tengah tersidai di ampaian..abis berlubang baju kau yg baru dipakai sekali..(ni pengalaman aku sendiri). masihkah kau akan kata 'tak apa'?

mari kita lihat contoh yg lebih besar lagi, bila kita guna jalanraya..kita ni punyalah berhati2 drive..tetiba ada pemandu lain yg tak ada hati memandu laju nak potong kereta kita, sekali tak sempat, trailer laju di arah bertentangan, trailer tu nak mengelak kereta dia, tp melanggar kereta kita..akankah kau katakan 'tak apa'?

contoh lg..pasal stadium bukit jalil, (belum basi lg cerita nih..) kau tu tengok kat tv ja mmg kau tak rasa yg 'manusia mulia' yg main bakar2 tu mensusahkan engkau. tapi petugas cam polis n security kat sana siap dibaling dengan mercun sehingga membahayakan nyawa..(weh mercun tu kalau kena mata boleh buta tau!).. kau yg duduk rumah boleh plak rasa sentap bila 'manusia mulia' yg main bakar2 tu digelar beruk..padahal kalau engkau yg jadi petugas yg dibaling mercun pada malam kejadian sudah pasti engkau juga akan mengeluarkan caci maki taraf handalan kepada 'manusia mulia' yg main bakar2 tue..

ok..yg namanya manusia..(bukan beruk) secara normalnya akan berperangai tidak mensusahkan org lain.. akan tetapi yg namanya beruk (bukan manusia) sentiasa mahu buat kacau/ buat huru-hara/ buat sepah.. tak caya cuba datang UM ni ha..tanya budak kolej kediaman 8 dan 10..betapa beruk2 suka mensusahkan diorang..beruk ini suka betul menterbalikkan tongsampah lalu mensampahkan koridor dan tangga kolej..tapi macam beruk tersebut lagi mulia la plak sebab beruk2 ini tidak bertindak membaling mercun kat pelajar UM..(tetiba ada sesi pujian terhadap beruk di UM, maklum saja beruk2 ni terpelajar juga).

yg namanya manusia, mmg selalu mengamalkan 'tak apa'...

"tak apalah diorg tue main bakar2, jgn lah kita panggil diorg tue beruk.. kesian kat mak bapak diorang..mehla kita manja2kan lagi si pemain mercun ni ha.. biar diorang ni rasa disayangi walaupun diorg ni dah mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit, maafkanlah diorang ni.."

kita mmg akan kata tak apa, jika bukan kita mangsanya, kita akan kata tak apa, jika bukan kita yang tanggung kerugiannya, dan  kita mmg akan kata 'orang yg menggelarkan manusia lain sebagai beruk adalah beruk juga' jika kita tak selami kenapa orang itu memberi gelaran beruk kepada golongan berkenaan.

pernah tak tengok cerita p.ramlee seniman bujang lapok?

 "kamu tiga ekor, nampak itu pintu besar?..dengan perintah aku, berambus sekarang"...

kalau kau selami, kenapa director ahmad nisfu tu menghalau 3 ekor manusia tu, tentu kau takkan kisah kenapa mereka digelar 3 ekor.

apa ntah entry ni melalut sampai cerita p.ramlee..muahaha!

nak tau berita beruk lagi?..wajib klik

p/s: apa lg tak puas hati? aku tutup blog ni kang baru tau!

ulasan akhbar..

kebelakangan ini sy seperti selalu dapat luang masa mendengar berita utama jam 8mlm..macam2 cerita la bila kita dengar berita ni...tetiba sy mahu beri ulasan kepada berita2 tersebut..dah terlanjur kau kat sini maka baca jelah ulasan ni...huahua!



'kerugian kerosakan stadium bukit jalil dianggarkan berjumlah RM 200, 000.00'

-> hah!ni siapa nak jawab nih?..you all pastinya sedia maklum macam mana kejadian ni boleh berlaku..perbuatan vandalisme ini telah dilakukan oleh beruk2 utan yg tersesat mahu tengok perlawanan bola tapi sentap bila pasukan pilihan mereka tak dapat perform dengan baik lalu spesis ini menyerang org kampung yg tak bersalah..habis kerusi2 dibakar, cuma nasib baik ja spesis ni tak bawa bom..spesis sebegini mungkin fikir stadium tu diperbuat drpd titisan peluh kambing gurun agaknya..terbayang $$$$ yg terbazir gara2 kejadian spesis tak bermoral cam mereka nih..moralnya..kalau rasa diri se'spesis' beruk, jgn sesekali masuk stadium..kecik2 taknak mampus, dah besar susahkan org saja!

'hukuman gantung terhadap seorang lelaki yg telah didakwa membunuh gf nya sendiri Allahyarham Norzi Ayu'

-> 'cinta ini membunuhku' cam sesuai dengan berita nih, pembunuhan berlaku 4 tahun lepas, mangsa ditikam hingga membawa kepada kematian. sadis bukan?.. bagaimana seorang 'pakwe' boleh tergamak membunuh 'makwe' dgn tangan sendiri, sudah tiada hati dan jantung barangkali...moralnya, walau apapun yg berlaku dlm sesebuah hubungan cinta, jgn lah sampai hilang pertimbangan sehingga ada nyawa yg terkorban. cubalah guna akal yg Allah anugerahkan sebaik2nya..dan kepada yg ada pakwe, anda belum tentu selamat di tangan pakwe anda itu..huhu..

'hukuman mati cara suntikan kepada penembak curi yg menembak mati 10 orang awam di amerika syarikat 8 tahun lepas'

-> kat amerika kejadian ni cam dah biasa..kejadian amuk dan menembak mati org awam cam perkara main2.. biasanya kes camni berlaku dgn cara selepas menembak, si penembak akan menembak diri sendiri.
minggu lepas pun ada kes cam ni.. di mana seorang pakar psikitari tentera menembak rambang hingga menyebabkan 13 tentera terbunuh..suka-suki ja membunuh, ingat nyawa tu ada stok spare macam cerita dragon ball goku dah mati boleh hidup balik.. moralnya jgn senang ati pergi amerika silap2 ada penembak rambang tetiba shoot engkau habislah...muahaha!

' penjaga gol jerman bunuh diri dilandasan kereta api'

-> penjaga gol ni pa ntah nama dia. tapi dia sepatutnya bakal beraksi di piala dunia 2010 afrika selatan..mmg dikatakan dia sengaja bertindak untuk tidak berganjak dr landasan walaupun nampak keretapi sedang meluncur laju..weh negara jerman adalah negara maju kau ingat kereta api dia yg punya laju tahap gaban boleh stop senang2 ke? itulah kan.ada kerjaya lumayan dan glamer pun belum tentu hati bleh bahagia..aku comfirm dia rasa tak bahagia tu pasal la dia pilih untuk menamatkan riwayat hidup..moralnya jgnlah kawin dgn pemain bola sepak.. eceh..bukan2.. moralnya ialah jgnlah mengasakkan fikiran sampai boleh stress terlampau lalu membunuh diri... mereka yg bunuh diri adalah mereka yg berputus asa dengan Maha Pencipta, alangkah malangnya..


p/s: macam2 cerita yg terjadi kat dunia ni...ambillah sedikit pengajaran darinya..=)

Wednesday, November 11, 2009

blog baru..err..baru ke?

sori kerana blog diprivate selama 3 jam sebentar tadi...sy taktau apa sy dah buat..tp sy tak dapat nak 'timbulkan' ruangan komen dr disqus..masalah..masalah!..ayok! cam mana?..dan blog tetiba bertukar kaler jadi hijau terang sampai sakit mata..alahai..apa dah jadi ni?...abis ku godam blog ku menjadi huru-hara begini..kahkah! maka ruangan komen kini telah menjadi seperti sediakala dan disqus telah kumansuhkan...muahaha!

digital camera.

p/s: disqus comments telah dimansuhkan atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..sekian


semalam sy jalan-jalan kat MV, terpandang sebuah kamera digital Kodak. sy jatuh cinta dengan kamera tersebut..harganya now cuma RM 450.00 sahaja.siap memory card Panasonic 2GB.sy memasang impian nak memikinya..ntah kenapa sy tak minat dengan kamera digital jenama lain, sama ada Canon or Sony..mmg Kodak design dia macam tak cantik, n jenama macam tak glamer, tp tak apa.sy sukakan kualiti gambarnya..now sy guna digital camera Kodak 6.3 megapixels. sy beli pada bulan Oktober 2007 dgn harga RM 499.00, alhamdulillah dah dua tahun lebih kamera tu berbakti pada sy selama ini..mmg ada kekurangannya kamera yg sy gunakan sekarang ni..bila snap gambar yg bergerak jd tak sharp..lagi satu, kat kawasan yang ada light sy tak boleh guna flash, silau terus gambar..maka sy kena buang flash..apabila buang flash, snap gambar tangan tak boleh shake..akan bg kesan pada gambar jd shake jugak..tp apapun sy puas hati dengan Kodak.sy compare gambar yg dicuci dr kamera Kodak, Sony n Samsung, hasil gambar cuci dr Kodak adalah paling cantik.sekiranya sy berjaya membeli digital kamera baru maka kamera yg dah banyak berbakti tu sy nak bagi kat adik lelaki sy pakai..(eceh inilah dia kakak mithali)..










Basic Specifications


Resolution: 12.20 Megapixels

Lens: 3.00x zoom

(32-96mm eq.)

Viewfinder: LCD
LCD Size: 3.0 inch

ISO: 80-1000

Shutter: 8-1/1400

Max Aperture: 2.9

Mem Type: SDHC / SD

Battery: 2 x AA

Dimensions: 3.8 x 2.4 x 1.1 in.
(97 x 62 x 28 mm)

Weight: 4.4 oz
(125 g)


sy dah try2 guna kamera ni..mmg sangat menepati citarasa, tak perlu buang flash bila ambik gambar bawah light.hasil snap adalah 100% sama dgn gambar sebenar..skrin LCD juga besar...sy akan beli dgn duit sendiri...sy akan earn money by myself!