Sunday, August 30, 2009

selamat menyambut kemerdekaan ke 52..

Bulan ogos hampir melabuhkan tirai. Dan semua org tau bahawa Ogos akan diakhiri dengan sambutan kemerdekaan. Dan tahun 2009 ini, kita menyambut hari kemerdekaan tanah melayu yang ke 52. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat kemerdekaan di tanah tumpah darah ini.

Ingin sekali melihat kemerdekaan ini bukan dari sudut kebebasan, kerana frasa 'kebebasan' itu sendiri selalu disalah ertikan. Kita raikan kebebasan tanah kita dari belenggu penjajahan. Bukan raikan 'kebebasan' dengan bebas menjadi apa saja hingga melupakan agama dan budaya kita.

Kemerdekaan ini, begitu besar ertinya bagi mereka yang mengenali sejarah bagaimana episod ratusan tahun bangsa kita dijajah. Dan siapa yg tidak kenal sejarah itu, maka dia tidak layak meraikan kemerdekaan ini.

Saban tahun kita dihadiahkan konsert malam ambang merdeka di mana-mana dataran berdekatan. Tapi hadiah sebegitu tiada manfaatnya kerana ia ibarat satu peluang ke arah lebih banyak kelakuan sumbang.

Kemerdekaan kali ini, yang pertama kali disambut dibawah naungan Perdana Menteri kita yg ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Moga Malaysia terus aman sejahtera di bawah naungan pemimpin negara.

Kemerdekaan kali ini, jatuh pada bulan puasa iaitu Ramadhan. Moga semua org akan kekal berpuasa biarpun keletihan dalam perbarisan sempena kemerdekaan. Barulah namanya seorang pejuang. Dan moga sambutan malam ambang merdeka tidak mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan.

Kemerdekaan kali ini, disambut dalam situasi kesihatan yg membimbangkan gara-gara Swine Flu. Moga kita tidak melupakan mangsa-mangsa H1n1 dan tak lupa berdoa supaya mereka yang masih sakit akan beransur sembuh.


"Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52 Tahun"

betul atau salah?

pertama sekali, betul atau salah telah ditentukan oleh pegangan agama masing2..
yang halal itu adalah 'betul' dan yang haram adalah 'salah'.. simple lagi senang.. seorang penceramah pernah berkata.."Islam itu berkenaan 5 perkara iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram." Maka sebagai seorang Islam, kita wajibkan yang wajib, memperbanyakkan yang sunat, meneliti sebelum mengharuskan yang harus, meminimakan yang makruh dan menjauhi yang haram.
yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan yang diantara keduanya itu adalah syubhah. Dan sesuatu yang syubhah adalah menghampiri kepada haram. Syubhah ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang diragui. Dan apabila kita berasa ragu, adalah lebih baik jika kita menjauhinya.
Sebagai contoh ada orang meragui bahawa tengok wayang tu boleh atau tak boleh. Sebab ada orang kata siapa yg masuk panggung sama macam masuk tempat maksiat. Penulis plak berpendapat, kalau ada sesetengah yang rasa macam tu, so dia tak payah la masuk panggung. Dan kepada sesetengah yg anggap masuk panggung tu tak apa, maka masuk jelah jgn ragu2. Dengan syarat anda masuk panggung dengan niat nak tonton cerita yang ditayangkan di pawagam. Tapi kepada spesis yg masuk panggung semata2 nak buat maksiat (adegan yg biasa dilihat bagi pasangan yg ambik seat penjuru belakang), maka itu mmg salah dan haram.
Contoh kedua adalah bab makan McD. Bukan hanya McD, tapi byk lg barangan lain macam barang Nestle dan sebagainya. Sesetengah orang kata tak boleh makan, siapa makan maka berdosa kerana McD dan Nestle akan bagi income dekat Israel. Dan Israel akan guna income tu untuk serang negara Islam. Jadi diorang kata tak boleh makan sebab akan dapat dosa, bukan tak boleh makan sebab McD dan Nestle tu tak halal. Jadinya siapa yang taknak dapat dosa dengan makan McD maka janganlah anda berkunjung ke McD. Dan siapa yg tak beriman dengan pendapat sebegini maka silalah makan McD tanpa rasa ragu-ragu. Apapun penulis tengok, usaha memboikot McD hanya berkobar2 masa Israel menyerang Gaza je. Habis drpd tempoh 'serang' maka takda lg dah orang boikot McD. Siapa nak jawab tu?..
Contoh ketiga adalah bab pakai seluar jeans. Ada yang kata perempuan tak boleh pakai jeans. Katanya jeans ni seluar yang ketat dan pakai seluar jeans seakan menyerupai lelaki. Memang betul Islam larang perempuan berpakaian ketat kerana ianya sama seperti anda tidak berpakaian. So, as long as jeans yg dipakai tu tak ketat maka boleh lah dipakai. Dan sila luaskan pandangan anda bahawa seluar jenis lain pun ada yg versi ketat. Tak terkecuali seluar track n slack n apa jua jenis seluar. Bab menyerupai laki-laki, mmg haram untuk perempuan berpakaian seperti lelaki dan begitu juga haram bagi lelaki berpakaian menyerupai perempuan. Tetapi sekiranya perempuan yang memakai jeans tersebut sedang memakai tudung, adakah masih terkategori sebagai menyerupai lelaki. Dan disini ingin diberitahu bahawa penulis tidak ragu-ragu tentang pemakaian seluar jeans bagi perempuan adalah boleh dan tidak salah.
Sebenarnya banyak lg contoh lain yang org masih berdebat sama ada ianya boleh atau tidak, betul atau salah. Tapi penulis malas mahu ulas secara lebih kerana bimbang readers boring nak baca. Dan entry ini hanyalah untuk pembacaan umum. Tiada niat untuk provokasi.

Saturday, August 29, 2009

cerita ini.

Selamat pagi sabtu..Cerita kali ini membawakan tentang sesuatu cerita..Haha..Jangan bingung, inilah ceritanya..hehe..
Penulis macam sedang meminati bidang masakan secara lebih sejak tinggal di rumah sewa. Rasa macam nak belajar secara mendalam segala resipi masakan. Beruntung kerana housemate kesemuanya jenis suka berada di dapur. Malah kami semua seronok memasak di dapur dan kemudian makan bersama-sama. Tidak perlu jadual memasak, siapa pun sedia bertolak ansur untuk memasak sekalipun pulang lewat dari kuliah. Dan walaupun di bulan puasa, tetap bersemangat menyediakan juadah berbuka puasa. Tak perlu membeli di bazaar ramadhan. Cuma kadang-kadang penulis akan membeli kuih-muih sebagai juadah sampingan. Kuih kegemaran di bulan puasa ini adalah kuih kole kacang, manis dan sedap. Dua hari sekali mesti beli kuih kole kacang. Sumpah sedap!

Alhamdulillah penulis dilahirkan sebagai seorang yg tak cerewet bab makan. Senang kata asalkan halal, tolak batu dan kayu. Pasti akan disebat. Jadi bila bersama dengan orang yang berlainan negeri, tak pernah rasa kekok nak cuba makanan diorang. Contoh macam ketupat palas, kenal ketupat palas masa umur 19 tahun. Sepanjang membesar kat negeri johor tak pernah kenal pun ketupat palas. Tapi bila kawan negeri lain ajak makan, even pertama kali makan, terus jatuh hati. Macam orang jakun, sebab selama sebelum itu hanya kenal ketupat nasi sahaja.

Orang kata negeri johor terkenal dengan mee bandung muar dan soto. Tak pastilah betul ke tidak statement ni, tapi penulis memang sangat suka makan mee bandung muar n soto. Lagi-lagi kalau ianya disediakan oleh my mom. Hidangan yang perfect! Kalau makan mee bandung atau soto kat k.l, tak pernah dapat makan yang sedap macam yg ada kat johor. Agaknya betul lah tu org k.l tak pure masak makanan ni. Atau mungkin penulis belum jumpa lagi kedai yg terer masak soto n mee bandung kat k.l ni.

Kat pasar malam kg kerinchi yg sangat dekat dengan rumah penulis memang banyak jenis makanan. Tapi ada satu yg paling penulis suka makan. Iaitu nasi minyak. Ada satu kedai tu nasi minyak dia buat sangat lembut dan sedap. Dan housemate penulis pun suka makan nasi minyak tu. Selalunya kalau pergi kat kedai tu, ramai betul pelanggan. Kedai tu jugak ada jual nasi dagang, nasi kerabu dan nasi kukus. Dan rasanya yang selalu datang beli kat situ adalah pelanggan setia mereka. Satu lagi kegemaran penulis adalah keropok lekor. Suka sangat dengan keropok lekor. Agaknya dulu masa kecik, kalau pergi pasar malam, memang cuma kenal keropok lekor ja. Jadi sampai sekarang pun suka dan terus suka takkan jemu terhadap keropok lekor. Tapi sejujurnya dalam bulan puasa ni belum pernah lagi membeli keropok lekor. Asyik tertarik dengan kuih kole kacang je sampai terlupakan keropok lekor.

Dah seminggu rupanya berpuasa di bulan ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah selama seminggu ini kami serumah tak pernah lg membazirkan makanan, apa yang dimasak akan dihabiskan. Kalau tidak dimakan semasa buka puasa, akan dihabiskan juga time bersahur. Tiada pembaziran tandanya kita bersyukur terhadap rezeki kurniaan Allah. Lagipun bulan ramadhan adalah bulan mendidik jasmani dan rohani. Mendidik jasmani dalam usaha menahan lapar dan dahaga, mendidik rohani dalam usaha menyucikan jiwa. Semoga melepasi bulan ramadhan kali ini, seperti kelahiran baru seorang insan yang bersih jasmani dan rohaninya. Amin.

perjalanan ini..

shima ( my coursemate) n penulis..( gambar hiasan tiada kaitan dengan entry).
perjalanan dalam meniti kehidupan,
tak pernah berhenti..
selagi jantung masih bernadi..
perjalanan yang kelihatan jauh,
padahal ia hanyalah dalam waktu yang singkat..
dalam pada kita terus melangkah ke arah destinasi akhir sebagai insan..
adanya persinggahan yang mengikat kita untuk tempoh tertentu..
persinggahan di
zaman kanak-kanak..
zaman remaja..
zaman dewasa..
persinggahan yang sebenarnya begitu pendek tempohnya..
begitu berharga..
kerana dalam tempoh ini..
seorang insan membina karakter..
membangun peribadi..
menjadi 'diri sendiri'..
alangkah sayangnya..
apabila kita gagal menghargai tempoh yang singkat ini..
hanya kerana..
kita tidak nampak betapa 'berserinya'
kehidupan bersama teman-teman sepersinggahan..
pernah hati ini merasai derita..
kerana menahan pahitnya sengketa..
dan sejak itu..
ada azam yang tertanam..
supaya derita seperti itu..
tidak terulang lagi..

Friday, August 28, 2009

ustaz kata.....

just simple thing..
nak cerita kat sini..
tentang kata2 seorang ustaz dalam kuliah pagi tadi..
dia bercerita sedikit..
mulanya ustaz cerita pasal buah kurma baik untuk wanita nak bersalin,
then bertukar ke topik bahawa bersalin adalah sangat sakit..
dan berkata bahawa lelaki patut hargai pengorbanan isteri..
jgn jadi macam 'seseorang'
senang2 beralih arah..
baru sebulan bercerai dgn isteri, dah menikah lain..
bekas isteri belum sampai separuh pun tempoh iddah..
itulah perangai lelaki..
dan tiba2 ustaz kata..
kalau betul nak ikut sunnah nabi..
" Nabi Muhammad s.a.w hanya berpoligami selepas kematian zaujah pertama Baginda
iaitu Saidatina Khadijah"
mmg betul..
itulah sunnah Nabi yg sebenar2nya..
dan dalam banyak2 isteri Baginda..
hanya Saidatina Aisyah sahaja yang bukan seorang janda..
memang peribadi Rasulullah sangat agung..
teladan sepanjang zaman..
apapun,
nice words from ustaz..
thank you!

kuih raya untuk emak abah.

kuih raya.

mmg belum pun melepasi 10 hari pertama ramadhan, tp penulis dah menempah kuih raya dr seorang pengedar kuih raya yg juga adalah housemate penulis..berminat ngan kuih yg kat atas tu..katanya sedap..sejenis kuih raya yg berunsurkan biskut disalut coklat dan di taburkan nestum..penulis decide untuk beli satu bekas.. satu bekas tu rm21 dengan 50 biji didalamnya ..beli bukan untuk makan time raya, tapi beli untuk makan time bulan puasa.. haha.. kuih raya ni adalah khas untuk mak n abah kat rumah..serta my siblings..50 biji bahagi ngan 10 org, haha..sorang dapat makan 5 biji jer..kahkah! sekali hadap jer dah boleh habis..tapi takpe, at least ada gak something yg boleh diberi dgn ikhlas..better than nothing..kuih raya tak semestinya dihidang untuk tetamu, tapi ianya boleh juga diberi sebagai hadiah kepada sesiapa pun..lagipun cuma time ni jer ada org jual kuih raya yg macam2 jenis..jadi, ambik kesempatan ni untuk beli yg sedap2..dan makan bersama org tersayang..hehe..

friday..

te'ah, mamek n me..


dah berakhir pun mggu kuliah kali ni.. mggu yg tension coz ada 3 test..apapun hidup mesti tak boleh selalu tension..nanti cepat tua dan cepat dapat sakit..apapun..badan yg sihat datang dr akal dan emosi yg sihat..so, buang jauh2 segala mood tension..
bulan puasa yg sejuk..sejuk kerana selalu saja hujan.. bila hujan, rasa cam nak tido je..
my elder sis nak datang kl mggu depan..katanya nak uruskan pinjaman pelajaran dgn MARA..
whatever it is, doesn't matter..tapi aku kena jemput dia kat puduraya tu..maklum bahawa dia bukan tau k.l ni cam mana..tak kisah la..janji dia kenalah blanje aku..terlanjur dia ada kat cni, bleh la shopping tudung raya sekali, haha..rupanya tak sabar nak shopping..kuangkuangkuang!
macam entry ini adalah ntah apa2..takda idea pun..saja bebel sorang2..suka ati akulah nak bebel, ni kan blog aku..kahkahkah!
weekend ini wajib bincang assignment..tak bleh tangguh lagi.. dan kenalah pergi library untuk berbincang dengan ahli group.. weekend ni cuti 3 hari.. isnin adalah hr cuti sempena kemerdekaan, yes! seronok takda kelas hr isnin..bleh lepak puas2..haha..sejenis manusia apakah yg asyik lepak bemalas-malasan..rasa macam nak berjalan pergi cari kasut baru..ya Allah hebatnya aku kerana belum pernah membeli kasut/ sandal pada sem ini...pencapaian bagus yg patut dibanggakan..kahkah..
petang jumaat adalah petang pasar malam..dan campur bazar ramadhan jugak..barang basah kat dapur dah habis.. jd harus membelinya pada petang ini.. of coz kami hanya membeli di pasar malam..InsyaAllah harga adalah murah..agak murah berbanding harga di jaya jusco! kahkah..
macam teringin nak makan nasi ayam..jadi akan beli nasi ayam di bazar ramadhan petang ini..
hanya setakat ini..berhenti di sini..wassalam.

Thursday, August 27, 2009

im sorry!

"iff all things could be forgiven with the word sorry,
then why are there laws and police in this worlds?.."
is it so hard to forgive and forget?
the 1st thing that will come to my mind when i did something wrong to people
of coz is = ask for the apologize!
its look like just simple thing to ask for forgiveness. but actually its so hard depends on the situation. sumtimes, things go wrong and we didn't realize that we already hurt others..
n it was not on purpose to hurt somebody's heart..i swear! it was not on purpose.
sometimes people turn to be very sensitive mood..or bad mood..or not in good mood.
a lot of reason behind the bad mood.. but doesn't matter if we try much not to let the 'bad mood' to become worst..
there are so much things for us to share together in this short life,
so why are we still have to keep the past mistakes too long?..
is it so hard for us to forget and give forgiveness?
why sometimes people turn to be childish?
maybe some people may think that
giving 'mad expression' to friends that make
mistake to them can make them feel satisfied..
and maybe they are happy to be like that..
so, let them be in that happiness forever.
for the people that involve in this case, i sincerely ask for the forgiveness.
let us smile to each other again.........
thank you!

Tuesday, August 25, 2009

sekembali...

salam ramadhan..nak ucap selamat berpuasa kepada semua bloggers n readers yg mengunjungi blog ni..selamat bertarawih juga di malam hari.. lama dah tak update, rasanya dah lebih 10 hari kot..sampai blog pun dah jadi berhabuk nampaknya..bukan skrin laptop yg berhabuk okay..ceh, tetap nak kata yg skrin laptop penulis sentiasa clean n clear..kahkahkah..

blog tak dapat di update kerana penulis bercuti semester selama seminggu, dan selama seminggu juga berada di kampung halaman..dan selepas naik cuti pun penulis sibuk dengan aktiviti sebagai pelajar..haha..musim-musim test baru rasa diri ni macam seorang pelajar..kalau tak, tak rasa pun diri adalah seorang pelajar..kahkah..mungkin terasa diri adalah seperti seorang penulis bebas?..

test pada hari isnin sangat tidak memuaskan hati..test hari selasa juga sama..tinggal satu lg test hari khamis nanti harap2 boleh jawab dgn cemerlang..Amin..dan esok adalah hari untuk pembentangan dan men'submit' report..padahal belum siap lagi..malam nanti baru berbungkus-bungkus untuk siapkan..haha.. seronok wat kerja last minute..rasa macam best jadi pelajar yg jenis camni..(jenis tangguh2 kerja)..tetap bangga dengan perangai sebegini walaupun tahu perangai sedemikian akan men'tension'kan diri..kahkahkah..

cerita bab berada di kampung selama seminggu..semua adalah menarik..best dapat duk rumah n dapat makan masakan emak secara banyak..makan dan makan..abah kata anak dia ni dah 'berisi'..tp rasanya anak no 2 dia ni mmg dah lama 'berisi'..ceh, guna perkataan sopan..guna perkataan 'gemuk' jer lg senang org nak paham..abah suruh kurangkan makan n banyakkan minum air..ish..nape abah tak cakap jer yg anak dia ni kena berdiet....

cuti yg lepas ni juga penulis dan keluarga dapat bertemu dengan pakcik n keluarga dia yg tinggal di Jepun..banyak benda yg pakcik ceritakan tentang kehidupan di negara matahari terbit tu.. life kat sana totally different dengan kat malaysia..dan beliau kata, sesekali balik malaysia, dia rasakan yg life org malaysia ni terlalu bebas dan tiada displin..mmg sedia tahu yg org jepun sangat membudayakan kehidupan berdisplin..sangat tertarik dengan cerita beliau bahwa anak2 yg pergi ke sekolah diwajibkan berjalan kaki dr darjah 1 lagi.. dan anak beliau berjalan kaki selama 40 minit untuk sampai ke sekolah..ibu bapa dilarang menghantar dengan kenderaan.. bagusnya jepun boleh buat peraturan sebegitu..bukan macam kat malaysia.. naik basikal 10 minit ke sekolah pun dah merungut-rungut secara banyak.. apatah lagi kalau disuruh berjalan kaki selama 40 minit..menangis agaknya..dan pakcik turut bercerita bahawa kerajaan jepun membiayai setiap anak yg bersekolah dengan pembiayaan rm350 sebulan.. dan jika bukan warganegara jepun sekalipun, tetap mendapat pembiayaan sedemikian..terasa negara tersebut adalah negara yg murah hati..pakcik juga bercerita bahawa di musim sejuk semua warga yg bekerja akan membawa bekal makanan ke tempat kerja.. ianya bukanlah wajib.. tapi dah jadi satu budaya.. rasanya kat k.l ni nak tengok org bekerja bawak bekal makanan ke tempat kerja mmg hampir mustahil dijumpai.. bercerita pula tentang kebajikan pesakit.. di sana, adalah mustahil untuk pesakit menunggu giliran untuk bertemu doktor..ini kerana sebelum ke hospital, kita terlebih dahulu akan menelefon hospital dan menceritakan masalah kesihatan yg dihadapi, ianya seperti pendaftran awal..dan apabila tiba dihospital.. pesakit akan terus dilayan dan tidak perlu lg menunggu giliran berjam-jam.. sistematik! seperti cogankata 'rakyat didahulukan'.. bilalah agaknya sistem kebajikan pesakit di malaysia akan di upgrade seperti itu? cuma kalut dengan cogan 'satu malaysia'..tapi tiada perubahan juga..

bercerita tentang bulan ramadhan.. bersyukur kerana dipertemukan lagi dengan bulan penuh barakah ini.. sangat teruja menyambutnya kerana kali ini penulis menyambut ramadhan di rumah sewa..dapat bersahur dengan sempurna..makanan sahur dapat dimakan panas2.. dulu masa duduk kolej kadang2 tiada makanan sahur.. cuma minum nestum sahaja.. kalau ada nasi pun, cuma makan nasi sejuk yg dibeli selepas tarawih..beli awal sebab tak larat nak turun cafe jam 4.30 pagi..rupanya musim sebegitu dah berlalu..alhamdulillah.besar hikmah duduk di rumah sewa..semoga ramadhan kali ini dapat beramal ibadat dengan lebih sempurna..Amin.


Friday, August 14, 2009

bersama housemate..

oh..ini adalah sejenis entry yg ditujukan khas buat pembaca yg mahu mengenali siapakah gerangan mereka yg selalu dekat dengan penulis, mmg dekat kerana mereka yg terpapar dalam entry ini adalah rakan2 serumah penulis, walaupun baru saja tinggal serumah selama sebulan setengah, tapi rasanya macam kita berlima dah lama hidup bersama.. dan foto2 dibawah telah dirakamkan ketika kami sama2 berkonvoi ke feskum 09 malam semalam..
with shida, ( chemistry student from kelantan). we both dress pink color!

with naemah, shida, n kak izzat. hasni takda dalam foto..kerana dia si pengambil gambar..hihi..
3 pinky girls vs 1 greenish.


with hasni (as coursemate too) n naemah. masing2 pegang bear yg matching dengan dressing..hahaha.. actually dapat ambik gmbo jer dan tak mampu nak beli teddy bear tersebut walaupun org beranggapan harganya murah..cuma rm50..murah tak?




p/s: all of you are the best housemate forever!



H1N1..

Mangsa h1n1 yg melibatkan kes kematian di malaysia mencatat jumlah yg membimbangkan iaitu sebanyak 51 kes kematian. 6 kes kematian dicatat di Uitm Segamat hinggakan ipt tersebut terpaksa ditutup untuk satu semester. situasi yg benar2 mengundang kerisauan seluruh rakyat malaysia. suasana sekitar tempat2 awam juga dah bertukar, ramai yg mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng menutup rongga mulut dan hidung, malah budak umur 2-3 tahun pun pakai jugak..mmg mangsa terlibat ramai di kalangan kanak2 yg berada di tahap imunisasi yg masih lemah..
rakyat menunggu tindakan drastik kerajaan bg mengatasi dan mengawal wabak swine flu ini drpd terus memangsakan penduduk awam.. sampai ada yg komen bahawa kementerian kesihatan hanya bertindak mengira jumlah kes dan jumlah kematian sahaja tanpa ada sebarang tindakan yg lebih efektif..

suspek yg dijangkiti h1n1 boleh sembuh sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kebanyakan kes kematian adalah berpunca drpd merebaknya virus terhadap organ2 penting terutama paru-paru seterusnya menyebabkan keradangan yg tidak dapat diselamatkan. masalah timbul apabila pesakit tidak tahu bahwa diri mereka dijangkiti h1n1 kerana apabila mereka menjalani pemeriksaan, banyak klinik kesihatan gagal mengesan bahwa pesakit dijangkiti virus ini..
saringan melalui pemeriksaan kesihatan bukan hanya perlu dijalankan di lapangan2 terbang sahaja, malah di seluruh kawasan awam yang melibatkan orang2 ramai, ini kerana jangkitan tempatan mencatat jumlah yang lebih tinggi drpd jangkitan luar..h1n1 mmg telah merebak di kawasan seluruh malaysia maka kenapa kerajaan hanya membuat saringan pemeriksaan kesihatan di airport sahaja..
pamakaian mask/topeng muka perlu diwajibkan dan kementerian harus memberikan mask kepada rakyat secara percuma..lebih2 lagi di kawasan yg sesak seperti stesen lrt dan stesen bas..bagi rakyat awam, perlu amalkan langkah pencegahan..tidak perlu keluar ke tempat2 awam yg sesak dengan orang jika tidak berkeperluan.. lebih baik duduk dirumah sahaja..
penulis juga ada mendengar komen drpd seorang lecturer yg menyatakan kita perlu makan banyak buah-buahan segar untuk meningkatkan kualiti imunisasi tubuh, contohnya dengan memakan buah yg bagus seperti epal hijau..dan perlu diingat bahwa prevention is the best cure!

Thursday, August 13, 2009

13 08 09

semakin difikir, semakin menyakitkan hati, so..berhenti berfikir tentangnya dan adalah lebih baik memikirkan hal2 lain yg lebih berfaedah..aik! apakah jenis perkara yg jika difikirkan adalah tidak berfaedah itu? no..no.. jgn byk tanya..lupakan saja..anggap lah ia perkara tahap sulit ibarat penyiasatan CSI..haha, dah lama tak tengok CSI...macam mana nak tengok, kat rumah sewa ni mana ada tv..huhuhu..
maggi goreng jawa..
percaya tak, penulis dah berpuasa drpd makan mee maggi selama 3 mggu?..aduhai seperti pencapaian yg amat bagus..maka hari ini penulis telah mencemar duli dgn memasak maggi mee.. dan memakan nya dengan penuh selera..macam biasa, maggi perisa kari jadi pilihan..mmg sedap dan best tahap dewa..
malam ni, penulis dan semua housemate akan menjengah gerai feskum..saja nak pergi di malam hari..macam suasana adalah lebih syok drpd siang hari..dan sengaja kami serumah plan untuk berjalan2 sebelum cuti mid sem break bermula lusa nanti..rasanya macam penulis akan beli satu teddy bear..sesaja beli demi menggembirakan hati sendiri..(bunyi macam sedang sedih)..takda.. tak sedih pun..sumpah tak sedih...sangat ingin berada dalam mood gembira..so..lets go..! jumping to happy mood..!

Wednesday, August 12, 2009

12 08 09

hari ini, dengan sangat kebetulan tanpa dirancang, kami berenam kesemuanya memakai baju kurung ..maka kami dengan senang hatinya mengabadikan gambar yg sweet ini untuk kenangan bersama, bg penulis, we are the best coursemate in the world..
zati, sara, jihan, zahidah, hasni n izzah..


gerai yg bertuah..

masih lg dalam mggu n mood feskum 09.. maka nak cerita bahawa penulis n the geng telah meneroka feskum buat kali kedua demi mencari hadiah untuk senior2 kami yg terpilih, haha.. maaflah tak semua senior dapat gift drpd penulis dan rakan2, dalam byk2 gerai yg jual-jual ni, cuma satu gerai jer yg bertuah kerana terpilih untuk appear dalam blog ini, haha.. terima kasih kepada pemilik gerai tersebut kerana sudi berunding harga dengan kami, berbanding dengan gerai2 lain, harga yg diletakkan banyak yg terlalu mahal dan macam tak berbaloi untuk membelinya..sangat comel2 patung2 kat gerai ni sampai rambang mata nak pilih yg mana.. malu jugak sebenarnya coz masa jalan2 kat feskum ni nampak ramai sangat senior yg grad, cuma dapat ucap tahniah je dan tak bagi diorang hadiah pun, bajet mmg takda sebenarnya, jadi no money no talk lah..haha..duk diam2 n tengok jer hadiah yg cantik2 tu ok..



gambar kenangan feskum 09..

Tuesday, August 11, 2009

11 08 09..

bersama bunga2..
sangat pening saat menaip entry kali ini..ntahla pening disebabkan aper, tapi rasanya pening ni datang akibat jalan2 tengah hari tadi kat Feskum..sebut pasal feskum, penulis baru hari ini berkesempatan mengunjungi gerai konvo sempena konvo um 2009..cuaca sangat panas saat berjalan-jalan sekitar feskum ni..hari ini student yg graduate tak ramai sangat coz hari ni hanya melibatkan pelajar sarjana sahaja, esok pasti ramai sebab esok adalah hari pertama konvo bagi student sarjana muda,konvo kali ini dimulakan dengan fakulti akademi pengajian Islam (esok) dan diakhiri dengan fakulti sains (sabtu)..rasanya gerai2 yg ada macam tak berapa banyak sangat, penulis tertarik nak ambik gambar bersama bunga2 mawar merah ni, mmg terharu kalau grad dapat bunga macam tu..hihi, dan kepada sesiapa saja org luar yg nak kunjungi um, masa Feskum ni adalah masa paling sesuai sekali..jemput2 datang ok.

10 ogos 09..

yahoo! nak ceritakan mood penulis yg hepi sangat kerana test pada rabu ini ditangguhkan ke tarikh 24 ogos iaitu selepas cuti mid sem break..aduhai bohonglah klu ada org tak hepi dgn penangguhan test apatah lg orang yg tak ready macam si penulis blog ini..macam rasa dibebaskan dr beban bila test ditangguhkan..mggu ni mmg bukan mood untuk ulangkaji pelajaran, bukanlah kerana malas tetapi adalah kerana tidak rajin..yelah, org lain bergembira masa feskum tapi ada plak kita kena menelaah pelajaran, mana aci?..
dengan penangguhan test tersebut maka plan asal untuk study pada malam hari terus terbatal dengan automatik..dan diganti dengan aktiviti menonton drama korea, drama korea ini adalah adaptasi drpd drama taiwan bertajuk Meteor Garden..mesti sapa2 yg minat drama korea akan terus dapat tahu tajuk cerita ni..Boys Over Flower.. cerita ni sangat panjang berjela-jela of coz takkan dapat terhabis untuk tonton secara terus, malam ni cuma dapat tengok 3 episod sahaja..mmg cerita ni persis dengan meteor garden, cuma hero2 BOF ni lebih cute dan tidak segagah f4 Taiwan..dapat cerita ni drpd kak izat, kak izat mmg orang yang bertanggungjawab sebagai informer cerita korea mana yg best dan yg tak best..lagipun kebetulannya satu rumah ni berkongsi minat sama iaitu suka tengok cerita korea dan suka baca novel..serasi bersama gitu!
gerai konvo um dah semakin meriah dan rancak..hari ini merupakan konvo bagi student Phd, dan esok pula adalah konvo bagi student master dan lusa adalah hari pertama bagi konvo student degree,penulis belum sempat mengunjungi gerai konvo um gara2 kesibukan yg amat.. hari ini kelas tamat pukul 6ptg dan badan pun berasa sangat letih maka terus saja pulang ke rumah..esok pun rasanya takda masa jugak nak jengah2 tapak gerai konvo tersebut..mungkin hari yang sempat adalah hari rabu atau khamis..tak sabar gak nak nengok senior penulis yg grad konvokesyen kali ini..tahniah buat semua senior2 ku, ramai sangat senior jadi berbelah bahagi plak nak bg hadiah kat siapa..ambik keputusan untuk tak bg hadiah kat siapa2..haa, barulah adil. hihi.
anyway entry hari ini setakat ini dahulu, penulis perlu berehat..menghargai hari ini dengan mempostingkan at least 1 entry untuk tatapan my frenz, followers n silent readers! thank u!

Sunday, August 9, 2009

9 ogos 09

hari ini bangun dengan agak awal..dikategorikan awal kerana patutnya hari ahad adalah hari untuk bangun lewat.. sebenarnya dah berjanji dengan hasni untuk ikut dia memberi khidmat bakti di sebuah asrama anak yatim..program bakti ini sebenarnya adalah aktiviti subjek ko-k iaitu subjek wajib universiti.. subjek ko-k tersebut ialah subjek khidmat masyarakat, kagum betul bahwa student um ramai yg pilih subjek ni padahal ada lebih daripada 50 pilihan subjek ko-k lain yang ditawarkan..jgn salah faham, sebenarnya bukan la student um ni suka berbakti sangat, tapi subjek ni sangat mudah kerana student tidak perlu menghadiri kelas setiap mggu..cuma hadir dua kelas di awal semester untuk briefing, dan kemudian boleh pilih mana2 institusi kebajikan untuk memberi khidmat selama 20 jam, boleh berkhidmat apa saja sama ada program gotong royong atau ceramah atau apa sajalah.. dan yg terakhir adalah pembentangan tentang program yang telah dijalankan..it sound so easy rite? student u macam tak biasa menyumbang bakti jadi fasilitator kat kampung2..haha. termasuklah penulis suka menyibuk join benda2 macam ni padahal sebenarnya takda kaitan dengan program, hanyalah join untuk membizikan diri supaya dapat melupakan perkara yang sedih dlm hidup..

bertolak ke asrama darul falah (Asdaf) pada jam 7.45 pg..menaiki teksi wira HWD apa ntah no pendaftaran kereta nya tak ingat plak.. nak puji sket abang teksi tersebut kerana bertimbang rasa terhadap kami berempat, mana tak bertimbang rasa apabila sanggup call kami guna public phone untuk tahu bilakah kami nak pulang, almaklum bahawa Asdaf ni terletak jauh sikit dari kemudahan awam seperti bas dan LRT..malahan tak cas kami lebih dan hanya meminta bayaran mengikut meter..padahal selalunya teksi lain akan cas lebih jika kita yang panggil mereka untuk datang menjemput, so thanks again to the abg teksi tersebut, jasamu dikenang walaupun gambar beliau tiada dalam entry ini..haha..

gambar beramai-ramai meliputi 30 org pelajar um dan pelajar2 Asdaf yang mungkin dalam 40 orang..tak pasti sangat jumlah sebenar mereka..bangunan tersebut adalah bangunan asal Asdaf. mmg dapat dilihat bahawa bangunan ini adalah bangunan lama..penghuni Asdaf ini 90% daripadanya bukanlah anak2 yatim, tetapi mereka merupakan anak orang asli pribumi di tanah melayu..mereka ditempatkan disini demi menyelamatkan akidah mereka supaya mereka dapat mempraktikkan cara hidup Islam dengan betul..dan supaya anak2 orang asli ini dapat mengubah nasib keluarga mereka yang selama ini agak kurang berpendidikan..kalau dengar bahasa 'asli' semasa diorang bercakap sesama diorang memang bahasanya sangat aneh dan tidak akan difahami oleh orang biasa..jadi apapun yang mereka umpatkan tak dapatlah kami fahami..isk!


penulis sungguh tidak tahu menahu aktiviti apakah yang bakal diadakan pada hari ini, malah terkejut rupanya ada aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Asdaf sama ada di dalam mahupun di kawasan luar..dengan ayunyer bergotong royong dengan berbaju kurung. kelihatan sangat pelik membakar sampah sarap dengan berbaju kurung sebegitu..tapi malas nak ambik kisah yang penting dapat bereskan kerja dengan jayanya..kami berempat dalam gambar tersebut bersama seorang budak perempuan 5 tahun..



ini adalah gambar semasa aktiviti menampal alamat yg telah comel dikerat pada envelope.. alamat2 ini dihantar untuk meminta sumbangan sempena bulan ramadhan nanti, envelope sangat banyak rasanya mencecah seribu envelope kesemuanya ..alamat2 tersebut adalah alamat badan2 karporat dan syarikat bisnes di seluruh malaysia tak terkecuali sabah dan sarawak, dan sebenarnya ada jugak nama2 lecturer um termasuk lah nama naib canselor um..mmg Asdaf mengharapkan sumbangan orang yang berkemampuan seperti mereka kerana Asdaf tidak mahu lagi meminta sumbangan dari rumah ke rumah..

rasanya best jugak dapat berkenalan dengan anak2 orang asli yg cara hidup diorang agak berbeza drpd cara hidup kita..antara yg berbeza adalah mereka ni sentiasa berkaki ayam dimana2 juga, telah dipesan supaya memakai selipar tapi tetap berdegil tak mahu..mereka ni jugak sangat pandai menyanyi dan ada diantara nya yang pandai bermain gitar tapi sangat malu2 untuk teruskan main gitar apabila akak um datang dekat pada mereka..hihi..
anyway penulis bergembira dengan aktiviti hari ini di Asdaf.. learn sumthing new and had very nice experience..kagum dengan sukarelawan persendirian drpd singapore yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk give something kat asrama Asdaf.. mmg semangat dan sifat mulia yang wajar dicontohi.. penulis yang ada dekat dengan Asdaf selama lebih 2 tahun ni pun baru jer tahu kewujudan institusi ini..by the way sebagai penutup entry kali ini penulis nak ucapkan terima kasih kepada hasni, jihan n izzah kerana membenarkan penulis menyibuk dalam program korang..dan terima kasih kepada pakcik razak dan en.fahmi yang banyak membantu dalam khidmat bakti ini.. jika ada kesempatan maka kita akan bertemu lagi..InsyaAllah.



hey ladies!

Rossa – Hey Ladies


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong
Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus
Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

baru semalam penulis dapat dengar lagu ini secara penuh dan dapat hayati bait2 lirik lagu rossa ni..lagu ni sangat rancak muziknya dan sesuai untuk ladies2 yang di indonesia dan seluruh malaysia jugak..rossa yang sweet lagi comel semakin matang dalam pembawaan lagu2 beliau. lagu duet beliau dengan Pasya melalui Terlanjur Cinta pun sangat best banget! so, mari ladies sekalian kita dengar lagu Hey Ladies ni sama2..search je kat google pun pasti jumpa punya.. pada kaum adam kalau u all nak dengar pun dialu2kan jugak, tiada diskriminasi dalam entry kali ini..hahaha..

Saturday, August 8, 2009

Apakah Ini ??

Bukanlah sebenarnya aku sukakan dia. Tapi kenapa aku gembira bila nampak dia. Sumpah aku takda hati pada dia. Tapi memang dia ada daya tarikan tersendiri, daya tarikan yang menarik minat aku untuk rasa hepi bila tengok dia. Macam dapat tenaga yang di cas semula saat nampak wajah dia. Walaupun cuma nampak kelibat dia dari kejauhan pun dah cukup menggembirakan. Aku menafikan sekerasnya bahawa perasaan begini adalah rasa cinta. Betul-betul tak masuk akal untuk jatuh cinta pada dia. Ish, entah kenapa rasa geli mengistilahkan perasaan aneh sebegini sebagai cinta. Tetapi kenapa ianya adalah seperti perasaan yang begitu aneh dan asing. Nampaknya gagal untuk menganalisa dan memahami hati sendiri. Atau mungkin cuma akal yang sengaja menidakkan perasaan hati. Ada orang percaya bahawa akal tak menjalankan fungsi dalam kes-kes yang melibatkan percintaan. Percintaan adalah sesuatu yang hanya melibatkan hati sahaja. Tapi benarkah begitu? Patutlah orang yang dilamun cinta selalunya gagal berfikir dengan rasional. Mungkin kerana mereka hanya bercinta dengan hati semata-mata. Boleh jadi pepatah bahawa cinta itu buta adalah kurang tepat. Sepatutnya pepatah yang lebih tepat adalah cinta itu gila. Gila kerana walaupun dapat melihat dengan mata, tapi gagal menganalisa dengan akal fikiran. Lebih tepat lagi menjadi gila sekejap gara-gara cinta. Mungkin akal aku bertegas dan belum mahu untuk menjadi gila. Boleh jadi aku juga dah serik berada dalam kondisi gila yang pernah aku lalui sebelum ini. Tiada jawapan pasti.

Friday, August 7, 2009

mggu ke-5 kuliah..

mggu ke kelima kuliah dah pun berakhir, penulis memonteng kelas pada hari isnin kerana menyambung cuti mendadak dengan alasan yang tak dapat dielakkan..sekali lagi memonteng kelas pada hari pagi khamis kerana mengikuti trip ke hulu langat, (ceh padahal cuma pergi 4jam je tetap nak kategorikan ia sebagai trip).. belum dapat menaip sebarang assignment kerana masih belum berjaya mencari bahan dgn banyak..sumer masih on the way..lab report juga telah terlambak dengan menggunung..harap dapat mula menyiapkannya hujung mggu ini juga..


berasa hampa lagi kecewa kerana streamix masih belum dipasang padahal telah membuat deal sejak 2 mggu lalu..ntah kenapa geng streamix ni lambat sangat buat kerja, kesian dekat kak izat sebab terpaksa secara baik hati meminjamkan broadband celcom beliau kepada penulis, malah penulis mmg tak malu asyik meminjam broadband beliau demi mengupdatekan blog kesayangan ni. tolonglah wahai geng streamix..kau orang mesti datang pada mggu depan kalau tak datang jugak mmg aku akan bertindak antar komen kat paper harian metro..berani diorg ni buat kerja cam siput padahal kat iklan bukan main lagi.. suruh org gunakan streamix..geramnya!


hujung mggu ni jugak perlu peruntukkan masa untuk ulangkaji subjek fisio kimia mikrob kerana test akan diadakan pada rabu depan, tajuk yg dicover sangat banyak..nota telah diprint oleh hasni akan dipinjam untuk difotostat pada hari esok..student um mmg asyik memfotostat nota sahaja tapi segala nota seakan expired apabila tamat semester..mmg malas nak menyimpan nota secara lama..lagi bagus bagi jer kat junior..haha..sikap nakal seperti ini jangan dicontohi okay..


feskum dah pun bermula, banyak kanopi memenuhi ruang kawasan kompleks perdana siswa dan dewan tunku canselor..bayak gerai dah pun mula beroperasi..tapi tak sempat lagi nak singgah, rasanya mggu depan pasti lagi meriah..konvo sarjana muda bermula hari rabu dan berakhir hari sabtu 15 ogos..penulis ada jugak mengajak kawan2 dari U lain untuk berkunjung ke um sempena feskum kali ni..ntahla yg diajak tu akan datang atau tak..


belum beli tiket lagi untuk pulang bercuti mid sem break mggu depan, hajat nak beli tiket secara on the spot sahaja..mungkin bakal pulang pada hari sabtu atau ahad..tak pasti lagi sama ada nak naik train atau bas..mggu depan baru decide..tak sabar nak balik rumah sebab dah sebulan lebih tak balik..agaknya si oren mesti dah bertambah gemuk.. mungkin jugak semakin nakal..ntah2 dah membuntingkan kucing betina jiran sebelah..hahaha.oklah entry kali ini terhenti disini.

Thursday, August 6, 2009

hari ini dalam berjalan-jalan..

hari ini penulis telah bangun dengan awal..jam 6.40pagi..tidaklah awal, tapi masih nak kategorikan sebagai awal kerana penulis tidak tido semula selepas solat subuh..ini adalah gara2 rancangan untuk ke hulu langat selangor demi mencari seorang penternak ikan yang berjaya, actually kepergian kesana adalah kerana final year project my housemate cik hasni, tapi dengan ngada2 penulis tetap nak menyibukkan diri sebab dalam hati cam ada minat gak nak ternak ikan bila dah grad nanti, ceh, tiba2 impian ingin diceritakan disini jugak, apalah tak malu! nama penternak yang kami interview adalah En.Shah!..macam nama seseorang, ceh, tiba2 sibuk teringatkan Shah yang seorang tu..haha, kenapalah??..
masa ni kami dah nak sampai pun ke destinasi.. iaitu hulu langat..rombongan secara berlima menaiki perodua kancil yg disewa secara khas dr sorang student master..khalila yg drive dibantu oleh jihan sebagai pemandu palancong..haha..suasana masih sangat pagi..masa yg diambil untuk ke sini tak sampai pun satu jam..


ini adalah ikan keli yang dah cukup matang, boleh dibeli oleh pelanggan untuk dimasak dan dimakan secara sedap, boleh makan sampai puas kalau beli dgn pengusaha secara terus, coz dapat murah kalau beli banyak2..apa lagi, carilah en.shah ni..dia sporting dan baik hati mesti bersifat pemurah punya..haha.tiba2 macam ada iklan komersial kat sini..huahua..


penternak iaitu en.shah sedang bercerita mengenai ikan2 beliau yg beribu2 ekor tu, beliau baru berusia 35 tahun dan wife dia adalah dgree holder from um..bercerita ttg sumer hal2 ikan..dan kami semua telah menanyakan macam2 soalan berkenaan penternakan ikan secara komersial ni.menurut beliau, kos untuk menjadikan kawasan berkeluasan dua ekar ini kepada sebuah tempat penternakan ikan adalah dalam rm100,000.nilai tersebut tidak termasuk kos tanah yang beliau beli untuk buka kolam ni. tapi, modal tersebut dah tentu berbaloi dan mendapat pulangan berganda jika gigih berusaha.


ikan keli remaja dalam ruang ni menjangkau 5000 ekor, dikatakan remaja kerana belum matang dan belum sesuai untuk dijadikan lauk makan tengahari..haha.. ikan2 tu tengah berebut memakan makanan ikan, katanya ikan keli ni sangat kuat makan..gambar ni di snap ketika penternak menaburkan makanan ikan..haa..sapa yg kuat makan sama lah macam ikan keli ni jugak..hahaha..statement refer pada diri sendiri yang kuat makan sejak duduk rumah sewa..hah!



masa hasni sedang sibuk dengar penerangan dr en.shah, penulis dan seorang lg kawan iaitu jihan sedang sibuk berposing disamping anak2 ikan di dalam kolam..haha.. penulis dress pinky pada hari kejadian..actually ni adalah satu2nya baju kaler pink yang dimiliki penulis.. sajer celup tangan dalam kolam ikan tersebut demi melengkapkan gaya..lagipun air tu bukanlah kotor sangat pun..percayalah!
kitorang yg bertolak dr um jam 8pagi telah kembali ke um semula pada jam 12tgh hari..masa yg pack dan kami siap makan tengah hari jugak kat kedai makan di hulu langat ni, cuma tak ambik gmbo kat kedai makan berkenaan kerana kamera telah kehabisan bateri secara tiba2..oklah setakat ini dulu perkongsian kali ini..jumpa lagi lain kali..hihi.



6 ogos 09

hati rasa pedih sangat, kepedihan yang tak dapat digambarkan dengan kata2.dalam keadaan ni betul2 rasa nak pergi ke suatu tempat yang dapat mengurangkan bebanan perasaan yang sarat dengan duka. lupakan semua episod sedih dan mulakan life dengan hati yang ringan tanpa sebarang bebanan lagi. tapi keadaan sekarang tak mengizinkan. sangat2 tidak punya waktu terluang yang panjang untuk 'honeymoon'. masa dah suntuk, lagi 2 mggu akan melangkah ke bulan puasa. nampaknya perlu jadikan ramadhan kali ini wadah untuk menenangkan jiwa yang kusut. bulan yang merupakan hadiah dr Allah khas buat umat Nabi Muhammad hampir tiba. rasa syahdu pulak dengan kedatangan nya kali ini. abah selalu kata, jangan doakan yang bukan2 dalam bulan ramadhan, cukuplah dengan berdoa supaya Allah mengampunkan dosa kita. life untuk ramadan kali ini sedikit berbeza kerana menyambutnya bersama housemate2 baru. kami sama2 excited nak lalui bulan ramadhan kali ini. lebih2 lagi untuk bangun sahur dan makan bersama2..to hasni, naimah, shida n kak izzat, terima kasih kerana selalu bertimbang rasa dan menjadikan setiap kita dapat bergaul mesra. moga kita akan selalu ceria dan happy menghuni rumah ini bersama2..sayang you all!

Wednesday, August 5, 2009

yang nampak cam sedap..

sila bergembira bersama penulis apabila melihat hidangan sambal sotong ni.
sambal sotong jawa

walaupun balik rumah dah jam 5.40 petang dan terus mengadap laptop untuk mengupdate blog, penulis tetap berjaya mengasapkan dapur dengan masakan air tangan sendiri. jam 6.30 penulis dan housemate merangkap coursemate (cik hasni) tetap gigih untuk sediakan makan malam.. sebenarnya penulis main hentam je masak sotong sambal ni..tapi oklah sumer org komen positif.
sori cuma letak 1 gmbar sahaja kerana penulis terlalu menghargai masakan ini dan entry ini khas untuk menunjukkan masakan ini di sini..padahal ketika menaip entry ini, sambal sotong ini telah selamat dihadam dan mungkin telah diserap dalam usus kecil..hahaha..terima kasih kepada kamera cik hasni kerana berjaya merakam foto ini dengan penuh bergaya..sumpah comel!

5 ogos 09..

meja group kami..(group 3) di bawah bimbingan Aaron..

izzati mengambil bacaan OD..(optical density)..



piring petri perlu dilabel..kenapa serius sangat si jihan ni?..



this is pH meter..


posing kejap sebelum practical class start..



hari ini penulis menulis entry dengan sedikit bersemangat kerana entry kali ini disertakan gambar..perasan tak bahawa entry penulis dah lama kesunyian dr gambar2? mesti reader rasa penulis ni syok sendiri menulis yang ntah apa2..haha, dengan adanya gambar..maka kali ni reader dijemput menghantar komen ikhlas anda supaya penulis tambah semangat lagi untuk berblog..ini adalah kali pertama penulis meng'upload' gambar di dalam lab..lab fisiologi biokimia mikrob..lab yang agak best jugak..byk benda baru dipelajari..terutama bab bermain2 dgn mikroorganisma such as bacteria n fungus..bahaya sebenarnya bermain dengan diorg ni..lagi2 bagi mereka yang alahan..tapi macam biasa tutor kami selalu ingatkan supaya kami selalu berhati-hati dan rajin mencuci tangan..lab abis pukul 5ptg..terus mengadap laptop demi meng'update' blog ini..haha..

Tuesday, August 4, 2009

ogos ke 4..

best nyer dapat tengok baby..

lepas kelas culture tissue tadi, sambil jalan nak turun lab komp fak sains, ternampak akak2 senior yg datang um untuk ambik jubah konvo, dan salah seorang dr mereka memangku anak kecil yang sangat comel, rupanya baby girl tu adalah anak kepada kak zara..sumpah baby tu sangat comel mewarisi kecomelan ayahnye..(ayah dia mat salleh)..rambut blonde, kulit putih kemerahan.. tapi kak zara pun comel jugak muka chinese..hehe..umurnya baru 52 hari..baby tu sangat comel walaupun dalam keadaan lena..betul2 macam anak patung..sangat sejuk hati tengok baby tersebut. yelah, baby kan berjiwa suci bersih..wangi kerana tiada secalit dosa. dan ibu yang melahirkan nya juga berada dalam keadaan suci seperti bayinya..itulah ganjaran kesusahan si ibu melahirkan seorang anak.mendapat ganjaran lumayan daripada Allah Yang Maha Besar dan Maha Pengasih.. betapa beruntungnya wanita yang diberi peluang bergelar seorang ibu..Subhanallah.

tidak berhasrat untuk makan tengah hari pada hari ini. Perut masih terasa kenyang walaupun cuma diisi dengan dua keping roti dan segelas susu awal pagi tadi. lagipun memang dah biasa tak makan tengah hari sejak mula semester lagi.. Lab petang nanti aku bakal berdua je dengan jihan..dua org lagi ada aktiviti kokurikulum. harap2 tugasan praktikal petang ini tidak berat.
cuaca di luar tidak panas, dan tidak hujan. cuaca yang menyenangkan semua orang. moga ia akan kekal sehingga waktu petang.

Duhai hati, berhentilah daripada memikirkan perkara yang di luar batas kemampuanmu untuk menilaikannya. Positiflah dan tanamkan rasa yakin bahawa pemerintahan Yang Maha Agung itu menaungi setiap langkahmu, yakin dan percayalah bahawa hati yang ikhlas akan sentiasa dapat melihat kebenaran.

Alhamdulillah.

bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, mandi pagi..

Alhamdulillah, mencelikkan mata di pagi 4 ogos 2009, rupanya Allah masih memberikan kesempatan untuk hambaNya ini bernafas pada hari ini. Pagi yang cerah dan indah, matahari tunduk patuh pada hakikat kejadiannya sebagai pemancar pencahayaan menerangi seluruh alam, moga manusia yang menikmati kurniaan ini tidak berhenti berfikir betapa agungnya kebesaran Ilahi.Subhanallah.

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nikmat kesihatan yang baik demi meneruskan perjalanan yang penuh liku, moga nikmat sihat ini akan selalu disyukuri dan rasa syukur perlu dibuktikan dengan ketaatan tidak berbelah bagi sebagai seorang hamba.

Alhamdulillah, hati ini masih dalam keimanan terhadap agama yang satu. Nikmat Islam yang dikurniakan sejak lahir ke dunia tetap hidup di dalam diri. Moga nikmat ini tidak akan terlepas dari menghuni jiwa selagi nyawa dikandung badan.

Alhamdulillah, diri ini masih dikelilingi insan yang menghargai apa itu nilai kasih sayang. Kasih sayang yang terjalin ini masih dapat menceriakan hari yang suram, malahan kasih sayang ini dapat merawat segala duka di hati. Terima kasih kepada semua insan yang menghadiahkan jalinan kasih sayang ini. Semoga ia tetap berkekalan sehingga hujung nyawa.

Monday, August 3, 2009

aku tak percaya C.I.N.T.A !

tajuk entry ini memperkatakan tentang cinta manusia terhadap manusia..cinta antara lelaki dan perempuan..cinta adam dan hawa, cinta romeo n juliet..cinta rahul dan anjali, dan apa saja nama pasangan yg sewaktu dengannya..penulis tak percayakan cinta..ops! apakah ini satu prinsip baru penulis di kala hati sedang kacau..

andai lah penulis punya kuasa misterius yg dapat membaca yg tersirat di hati manusia, tentu keadaan akan jadi lebih mudah..tapi bukan kah manusia itu lemah, keupayaan yg sedia ada pun tak mampu untuk digunakan sebaiknya apatah lagi kalau punya keupayaan luar biasa sebegitu, mesti manusia akan jadi kacau bilau dan haru biru..bukan kah ciptaan Allah ini adalah sebaik2 kejadian dan Allah Maha Bijaksana dalam setiap PenciptaanNya..Subhanallah..moga penulis sedar dan tahu apa itu erti syukur..

manusia memang kejam..kejam terhadap orang lain dan kejam terhadap diri sendiri..kenapa sangat mudah tersasar langkah dan selalu saja menidakkan petunjuk dari akal yg waras?.. tersalah langkah kerana tergoda dengan manisnya nikmat dunia walhal sedia tahu dunia ini bersifat sementara..abah selalu kata, dunia ini adalah syurga kepada sang kafir, dan neraka bagi yang mukmin..tiada yang lebih indah bg seorang mukmin, melainkan apabila perjalanannya di dunia ini berada di bawah naungan redha Ilahi..

segunung emas permata, bukanlah jaminan manusia untuk merasakan bahagia..biarpun bertemu dengan pasangan pujaan hati, tiada jaminan untuk kekal bahagia..abah selalu kata, bahagia itu milik Allah s.w.t, bahagia itu tidak dipunyai oleh manusia, dan bukan manusia yang boleh berikan kebahagiaan..cuma manusia kadang2 tersalah sangka bahwa kebahagiaan itu datang dari cinta manusia sedangkan ianya adalah anugerah dari Allah Yang Maha Kaya.

abah pun selalu ingatkan anaknya.."perbanyakkanlah mengingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"

Duhai Pemilik Ketenangan dan Kebahagiaan, Kau titipkanlah kepada aku secebis ketenangan biarpun ia datang dengan seberat-berat ujian..Kau titipkanlah kepada aku sinar kebahagiaan, walaupun ia datang dengan sebuah episod duka.

Saturday, August 1, 2009

mggu ke 4 kuliah..

mggu ni tak byk beza dengan mggu sebelumnya, alhamdulillah tak miss sebarang kelas, cuma kelas plak ada yg dibatalkan gara2 prof tak sihat..mana ada student yg tak hepi bila kelas batal.. of coz penulis mmg hepi..(jgn contohi perangai ini)..

mggu ni penulis dapat berjimat duit makan dengan sejimatnya..haha..alhamdulillah..mmg masak ala kadar kat rumah dan makan beramai2 adalah sesuatu yg indah dalam kehidupan..lagi2 kalau dapat housemate yg berbakat dalam memasak..bolehla penulis curi tulang..haha...(sekali lg jgn contohi perangai ini juga okay)..terima kasih kepada housemate2 penulis yg memasak, paling puas ati adalah cempedak goreng cik hasni yg mmg tak bleh lupa.. juga aiskrim walls beliau yg berperisa milo 3in1 tu..mmg class! mggu depan penulis akan masakkan spaghetti untuk you all..
masakan ala western tak bleh selalu makan..hihi..sebulan sekali jerk..

saat menulis disini, adalah bertarikh 1 ogos..tarikh keramat bg penyokong yg mengikuti perhimpunan haram membantah ISA..tengok berita kat tv, situasi perhimpunan sangat teruk.. beribu2 org terlibat termasuk student ipta..lg2 kat sogo, masjid negara, masjid jamek dan masjid india..sampai tahap kedai2 kat masjid india diarahkan tutup oleh pihak berkuasa, malahan stesen lrt masjid jamek turut diarah tutup..keadaan agak huru hara sampai pihak polis terpaksa gunakan gas pemedih mata untuk disembur kearah ribuan yg berhimpun..

penulis mmg no komen pasal perhimpunan haram ni..masing2 dah besar panjang, boleh fikir sendiri..tapi agak kesal kerana sebenarnya kita punya cara yg lebih baik untuk mengatasi masalah untuk mengemukakan sebarang bantahan terhadap apa yg kita tak puas hati..anyway..setakat ini dahulu..berlabuh tirai 1 ogos!