Monday, May 18, 2009

hometown

lusa adalah hr untuk pulang ke halaman rumah?
aik apsal cam pelik bunyinya..
pulang ke kampung halaman..kampung ke?..macam bukan kampung..tak kisahla..
kecewa kerana gagal dapatkan kerja part time di k.l..
baik aku pulang bertemu famili tercinta..
dan esok akan menjemput kakak sulung di klia kerana kepulangan beliau dr mesir..
maka kita 10 ahli sekeluarga bakal berkumpul..
excited..mesti byk cerita nak kongsi bersama..
even br setahun berpisah..chewah..

so..nak kemas2 barang..
tak banyak masa lg dah..
insyaAllah..panjang usia kita bertemu lagi..eceh macam ada date plak..
bye bye semua..

iljimae..

sedih..

itulah yg aku rasakan..

bila cerita yg aku ikuti kat tv..

bakal tamat..

ampun..

mmg sedih nak nangis..(alamak apsal airmata tak nak kuar ni..?)

cerita iljimae kat 8tv setiap isnin -jumaat jam 8.30mlm..

akan tamat 20hb ni..

kenapa? rasa macam br lg..

sedih nye..dahla cerita ni mmg sedih...maka lg sedih n tambah sedih...bila ia dah nak tamat..

cerita ni..mmg tak bosan langsung menonton dan mengikutinya..

ada kelakar, sedih, romantik..

mmg cukup segala perasa dan perisa..

8tv..tolong ulang tayang semula cerita ni..plez..

terpaksa terima hakikat..

bahawa tak dapat tengok aksi junki lg..selepas 20hb..

waaa....serius..sedih giler...

sedih..
sedih..
sedih..

bila lg dapat tengok lee jun ki berlakon..?

hua......

dulu masa cerita the time between dog n wolf tamat..pun aku cam nak nangis..

aku nak tengok jun ki berlakon lg...

tolong...

lg 2 hr jer..

huhu..

sedih..

aku dalam mood sedih..

Sunday, May 17, 2009

oprah's big give.

mlm td adalah malam ahad..aku telah menonton satu rancangan tv yg aku rasakan sangat bermakna dan bermanfaat..rancangan tv yg bertajuk oprah's big give kat ntv7..kalau tak silap rancangan ni baru saja diterbitkan, ianya berbentuk realiti tv dimana ada hampir 20 peserta yg join untuk merebut hadiah bernilai 1juta us dolar..bila dgr tajuk nya mesti dah terbayangkan bahawa rancangan ini adalah berbentuk amal jariah..maksudnya program yg bukan hanya realiti yg kosong semata2..dan bukan program realiti bertanding siapa cantik, siapa suara sedap..tak perlu buang undi untuk sokong sapa2..tak perlukan undian sms sapa2..rancangan yg aku rasakan sangat bagus dan patut dicontohi dan ditiru oleh penerbit malaysia..tiap mggu peserta diberikan cabaran untuk membuktikan siapa antara mereka yg terbukti berjaya meringankan beban yg ditanggung org lain..cthnya sepasang regu peserta diminta mencari dana bg membantu seorang wanita yg telah menabur bakti memelihara kanak2 sindrom down...dana yg dikutip 100% akan diberi kepada wanita tersebut...

ala2 macam rancangan bersamamu kat tv3, tp dipersembahkan dalam bentuk realiti tv..maklum je sekarang byk sangat program realiti tv..tp aku sangat suka rancangan ni...walaupun kadang2 kita fikir bahawa amerika bukan negara yg baik, tp bila tengok rakyatnya yg sangat berjiwa insan mmg rasa tersentuh hati susah nak cerita, semangat kekitaan dalam kelompok kejiranan mmg berbeza dengan suasana kat k.l,yg baik kita jadikan teladan, yg buruk jadikannya sempadan..ermmm..mmg berhasrat nak terus tonton rancangan ni utk next episod..jom sama2 kita tonton...

Friday, May 15, 2009

ntah ape2..

episod2 sara makan free kerana dibelanja oleh org..haha

kali terakhir makan KFC free?
isnin lepas, 11/5/09, kat plaza tol sg besi, dgn pakcik azhar sekeluarga.pakcik la yg belanja.

kali terakhir makan McD free?
selasa lepas,12/5/09, dibelikan oleh pakcik bujang aku..mc chicken.

kali terakhir makan Pizza Hut free?
sabtu bersamaan 31/1/09, kat pizza Hut mahkota parade melaka, dibelanja oleh kawan lama.

episod2 sara menonton wayang..haha

pertama kali menonton wayang?
klcc, 6/7/07. transformers, dibelanja oleh pakcik azhar, pergi bersama adik lelaki aku n keluarga
pakcik.


tempat2 menonton wayang..

berjaya times square:
kali pertama dengan abby n amy natasha pd akhir tahun 2007, cerita seram omputih.
kali kedua dgn izzah, jihan n zahidah pada awal tahun 2009. brides war.

midvalley megamall:
kali pertama berdua dgn jihan, cerita seram thailand.
kali kedua berdua dgn nano, cerita seram omputih.
kali ketiga berseorangan, slumdog millionaire.

city square jb:
hanya sekali..dengan seorang kawan yg kini bukan lg kawan.

episod2 sara bermain bowling:

lokasi: midvalley megamall.

kali pertama: dengan una, zahidah, izzah n jihan.
kali kedua: dengan zatie, odeng, wanie, izzah n zahidah.

episod2 sara bershopping dgn wang saku sendiri:

kali terakhir membeli jeans?
bulan february, jeans hijau kebiruan jenama goggles, midvalley.

kali terakhir membeli tudung?
september tahun lepas, tudung bawal kaler pink n putih.jalan masjid india.

kali terakhir membeli tshirt?
march lepas.tshirt oren lengan panjang toms girl,midvalley

kali terakhir membeli kasut?
april lepas, esarli kat midvalley.

kali terakhir membeli kain pasang?
bulan ogos tahun lepas.pesta konvo u.m.

kali terakhir membeli brooch tudung?
februari lepas. jalan masjid india.

kali terakhir membeli handphone?
april tahun lepas,sony ericsson,midvalley.

episod yg ntah apa2:

kali terakhir membuat panggilan melebihi sejam?
5/05/09, selasa malam rabu. call kawan yg kat melaka.

kali terakhir membaca blog orang?
pagi tadi, blog chika.

kali terakhir topup telefon?
3hari lepas, celcom rm5.

p/s: untuk makluman dan tindakan..chewah mengarut..

kalau aku bukan di bidang ini...

mengenali dunia sains sejak sekolah rendah..kalau tak silap masa darjah 4 baru ada subjek sains..sekarang beza, darjah 1 lg dah belajar subjek sains..bagus2..memang sangat jatuh cinta pada subjek sains, maaf dah lupa nama cikgu sains masa darjah 4..tp masih ingat lg wajah garang beliau..yg drjah 5 pun tak ingat namanya..betul2 mintak maaf cikgu..tp cikgu sains darjah 6 masih ingat nama n wajahnya.. cikgu mashitah...cikgu yg best tp berjiwa sensitif, pernah merajuk ngan budak kelas kitorang..kelas 6 harmoni..puncanya ada budak pempuan yg degil ngan dia, then cikgu terus merajuk taknak masuk kelas kami..semua org ramai2 kena g bilik guru demi untuk memujuk dia masuk kelas..sori2, cikgu mashitah tu cuma topik sampingan dalam entry ini..hihi, sebenarnya entry ni pasal subjek sains, harap2 jgn tersasar lari topik..pertama kali exam besar dalam hidup adalah peperiksaan UPSR...aku cuma dapat B untuk subjek sains..mmg sedih menangis takleh nak ingat..coz masa percubaan upsr aku dapat A subjek ni, tetiba exam yg sebenar dapat B, mmg sadis punya kisah..isk2, taknak ingat dah..

even cuma dapat B mse upsr, aku tetap amat meminati subjek sains..meneruskan perjuangan masa menengah rendah iaitu form 1 sampai form 3..alhamdulillah mendapat A untuk subjek sains dalam PMR, melayakkan aku mengambil jurusan sains tulen..tp bila ambik sains tulen, aku rasakan sains adalah subjek yg susah, mana taknya, sampai 3 subjek sains iaitu bio, kimia, n fizik.. asyik masuk lab.. (LAB bukan tempat yg aku suka)..suka belajar tp tak suka buat eksperimen..subjek kimia byk betul eksperimen..paling tak lupa eksperimen tentukan takat didih n takat beku naftalena..huhu..yg lain dah lupa sorry lah ye..

ambik ketiga2 subjek tersebut, aku dapat rasakan aku cuma cenderung menguasai subjek biologi kerana purata markah biologi adalah sangat baik malah pernah dapat high mark masa ujian form 5, chewah bukan nak berlagak tp itulah salah satu bukti bahawa aku tak cenderung pd fizik n kimia..mmg pulun baca bila kita ambik biologi.. aku paling suka tajuk digestive system..n aku suka segala tajuk anatomi manusia, bila bab tumbuhan macam fotosintesis mmg aku kureng sket..even minat biologi, SPM aku menunjukkan result yg berbeza..aku dapat B4 untuk bio n fizik, dan dapat B3 untuk subjek kimia...mmg aneh padahal kertas 3 untuk kimia aku tersalah buat eksperimen, soalan suruh buat ester aku pegi wat benda lain.. mmg sengal tp berjaya gak dapat B3..padahal aku bayangkan bahwa aku mybe dapat C..

Bila masuk matrikulasi, aku mmg nak lari dr fizik, kat kepala otak aku time tu cuma fikir sains fizikal adalah untuk jd engineer..dan aku rasa sains fizikal tak meluas macam sains hayat, maka dgn itu aku memilih sains hayat..bertemu semula dgn kimia n bio..tp aku masuk matrik cuma sebulan lbh je.. tak tahan sebab lecture lab bio tu garang macam singa betina nak beranak.. yes, jgn tak caya bahwa aku kuar dr matrik changlun hanya kerana tak mahu tengok muka singa betina tersebut..aku blah dr situ dan ambik asasi sains gunaan dengan pengajian Islam under universiti malaya...mmg mengimpikan untuk jd student u.m, n kebetulannya asasi ini hanya ada dua pengkhususan iaitu sains biologi n sains komputer..maka sudah tentu aku pilih sains biologi..

menghabiskan asasi selama 2 tahun di nilampuri kelantan dan menyambung sarjana muda sekarang di kampus utama universiti malaya kuala lumpur..masa 1st year penentuan utk memilih pengkhususan..ada 8pilihan, iaitu biokimia, ekologi, alam sekitar, genetik, bioteknologi, biokesihatan, mikrobiologi n bioinformatik..kitorang diberi pilihan untuk memilih, tetapi keputusan adalah berdasarkan kuota n result asasi..ntah kenapa aku memilih biotech sebagai pilihan pertama..dan sekarang inilah bidang aku..bioteknologi..

lecturer plant biotech aku bgtau dalam kuliah, bahwa bila grad nnti, jgn tanya pasaran kerja ttg pekerjaan di bidang ini..no specific job for biotech.. biotech job lebih kepada research..untuk hasilkan new product..so biotech is bisnes..research bukan setakat sebulan dua, malah makan masa bertahun2..sebabnya bukan mudah nak hasilkan produk baru yg selamat digunakan dan menepati kehendak pasaran..tak faham? sbagai contoh negara mungkin kekurangan beras pada masa ini hgga harga beras jd mahal. maka reseacher akan cari jalan bagaimana nak hasilkan beras sampai 4kali setahun dengan kualiti yg sama..lebih kurang macam tulah..n byk lg cth lain..

kalau aku bukan di bidang ini, aku mgkin berada di bidang penulisan..atau perniagaan..ini adalah dua bidang yg ingin aku ceburi dan akan juga aku ceburi suatu masa nanti..

Thursday, May 14, 2009

sebagai seorang blogger..

kenapa aku ber'blogging'?

saja2..coz aku bila online taktau nak buat ape..chatting sekarang adalah benda yg membosankan..bukan musim lg dah..main friendster pun da tak serancak dulu..kalau on internet pun, just baca paper online, tengok gosip2 hangat artis2..n internet ni untuk buka perdanasiswa u.m, bila musim mendaftar subjek mmg terus menyambar pc, berebut mendaftar subjek..masa ni internet lbh pnting drpada segalanya..huh..dan itu jelah...jd maka dengan itu, habit ber'blogging' ni dapatla aku membebel sorg2 kat cni..even mybe cuma aku jer yg baca blog aku...sedey ayat tak boleh blah!..

http://dihatisara.blogspot.com

kenapa url blog aku adalah seperti itu...erm.. sebab semua yg tertulis di sini berada di hati aku..sure i tak tipu ok..dan byk perkara yg asasnya kekal di dasar hati aku...dan hanya hati ini yg mengetahuinya..chewah!

cinta di hati

kenapa tajuk blog ini adalah seperti itu? kerana di hati lah terletaknya cinta..dan cinta itu tak terlihat..seperti tidak terlihatnya isi hati..yg tersembunyi sama seperti cinta itu..ada faham ke?

blog ini diharap jd medium tuk aku menyampaikan sesuatu, memahami sesuatu, dan mendapatkan sesuatu..mungkin dapat rakan baru seperti anda (si silent reader, kau la sapa lg jgn tak ngaku plak..), malah dapat follower2 yg dikenali dan baru dikenali..tq kepada sesiapa yg jd follower blog aku..even blog ni tak best pun..(ayat humble tak boleh blah)

dengan adanya blog ni aku pun dapat memview lbh byk lg blog org lain yg selama ini aku tak kenal..dan dapat la berkenal2an..dan ini lebih baik drpd chatting ngan org yg kita tak kenal..(haa, kantoi aku suka masuk room chatting)..at least blogger ni tak menipu macam org yg chatting..jujur n telus gitu..chewah jgn perasan yer blogger2 di luar sana..haha

dengan berblogging ni aku juga mendapat hobi baru iaitu membaca blog org lain, wow tengok blogger lain rupanya byk umo diorg lg muda dr aku..umo 15 tahun pun dah ada blog, mantap betul budak2 zaman skang..aku dulu umo 15thn friendster pun blom ada akaun lg...ish2..remaja skang mmg maju..akak respek la dek oi..tp tak leh gak nak compare..dulu internet mahal nak mampus..sebulan sampai 300rggt kalau asyik online..sekarang dengan broadband pun baru 90rggt sebulan, murah betul..tak campur lg ngan wireless free yg dah ada kat semua ipta..mmgla org skang lg bertuah dan advance..ish2..

semalam tengok satu blog ni, owner dia baru umo 2 tahun..jgn tak caya, rupanya parents dia watkan blog tuk dia, kiranya mmg 100% cerita pasal budak kecik tu, fuh..kisah macam ni pun ada erk..mmg macam2 kisah...

sebagai seorg blogger, mesti lah ada blog yg sentiasa diikuti ceritanya saban hari...blog yg aku setia mem'view' setiap hari adalah blog CHIKA, kenal tak chika? atau web blog beliau Nurulism.com, search je kat google n yahoo pasti you all ketemu..blog beliau mmg comel macam tuannya..dan beliau mmg telah lama berblog..kenapa aku jatuh cinta kat blog chika? ermm, korg view lah sendiri.. msti korang akan suka jugak, gerenti 88%..haha mana ntah 12 percent tu hilang..tp paling aku suka blog dia adalah kerana beliau telah bertemu jodoh dengan suami beliau melalui blog beliau yg comel..nak tau lg lanjut p baca sendiri..ewah.. promote blog Chika pulak kat cni, seswai ke?..

so, sampai cni jelah entry ini..bebel pnjg tak guna nnti korang mls baca...haha..

p/s: ada kawan aku suruh aku supaya setia berblog sampai la aku dah kawinn ...InsyaAllah jika dipanjangkan usia pasti aku akan berbuat demikian..

Wednesday, May 13, 2009

the story..

akhirnya aku menapak juga ke rumah baru..ops..rumah nye tak la baru, tp baru la jugak utk aku, mlm td berlakunya proses memindah barang...even berhujan lebat semasa mengangkutnye..time kasih kat pakcik n makcik ku kerana diorglah yg membantu mengangkut barang2 tersebut..aku dapat housemate baru iaitu kak izat n kak long yg sangat baik hati dengan aku..thanks ye kakak2..berkenalan gak ngan tuan punya rumah yg hanya tinggal berjiran sebelah..kak bedah yg dipanggil kakak even berusia 50 tahun, ermm..ikut jela dah dia suruh pggil kakak..

impian nak duk umah sewa termakbul juga akhirnya..pelik, padahal org lain berebut2 nak duk kolej, sampai merayu2 nak stay kolej..tp aku awal2 lg mmg decide tak nak stay kolej n nak try duk umah sewa...bukan sikit manusia yg bertanya kenapa aku nak sangat kuar dr kolej... sampai aku tak larat nak jawab soalan diorg.. cukuplah 2tahun aku stay kolej 11 tu.. aku saja nak tukar angin.. nak menyewa rumah pulak..even rumah pangsa yg serba tak mewah..tp aku rasa ok sebab kedudukannya yg strategik berdekatan ngan bus stop n stesen lrt..so sangat memudahkan aku yg kaki jalan ni..lgpun rapid kl sentiasa ada even time cuti..tak macam bus u.m yg asyik lambat je sampai aku pernah menitiskan air mata akibat menunggu bus um yg terlalu lambat dan lembab..tggu sampai sejam sapa bleh tahan?..dah2, malas nak ingat peristiwa menyayat hati tersebut..huhu

sekarang aku lg serabut memikirkan kos untuk perabot..ish, bukan la perabot sangat pun, cuma almari untuk menyimpan baju2 yg melambak2 tu, sementara belum ada almari terpaksalah baju2 tu duduk diam2 dalam beg, nak wat cmna bajet takda lg nih..haiiyyaa! manyak susah woo..
takpe..nasib baik housemate amat memahami keadaan, syukurlah..

selain itu harus juga memikirkan tilam toto untuk tido di waktu malam..(ceh padahal siang pun tido gak)..tak kisahlah..tp masih memikirkan kat mana nak dapatkan tilam toto yg agak tak mahal..maklumlah kegawatan ekonomi sekarang..semua tak boleh lari bajet..sementara ni sedang menumpang tido atas toto kat izat..thanks akak sebab sudi berkongsi tidur dengan saya..saya janji akan mendapatkan tilam toto sendiri secepat mungkin. percayalah..1st time tido mlm tadi aku dilanda sakit perut yg amat...aku tau kenapa aku sakit perut..aku sakit perut sebab 3 hari berturut2 makan mcD ngan air coke n pepsi..padan muka aku, tp nak buat macam mana, pkcik bujang aku tu bukannya nak beli makanan lain, dia beli mcD jer...sampai sakit perut aku..pukul 3pg br leh tido ngan aman, huhu..

seterusnya aku sedang memikirkan peluang pekerjaan yg masih belum dapat lg...weh, mana2 majikan yg baik hati, berilah aku kerja..plez2..aku perlu kerja utk bayar hutang...hutang ptptn 21000..dah tahun akhir sem depan mesti dah mula pikir untuk melangsaikan hutang...mana boleh tggu grad br byr hutang.. coz after grad aku nak pikirkan masalah kos untuk kawin plak..adus berangan je, ntah sapalah yg nak kawin ngan aku...uhuhu..erm, rupanya bukan senang nak dapat kerja...takpelah, aku try lg n lg, jumaat ni ada karier day kat pwtc aku mesti pegi, manalah tau ada rezeki...mudah2an lah..

Friday, May 8, 2009

my girl..

jgn fikirkan yg enggak2, sememangnya betul apa yg kau fikirkan itu..

mmg aku tengah mentengok cerita my girl ni buat kali kelima..ish..sebenarnya aku nak ulang tengok sampai 25kali pun tak pe..aku takkan bosan, cuma mungkin aku tak punya begitu byk masa untuk tengok sampai 25kali..itulah masalahnya..

teringat kata2 yg aku katakan pada coursemate aku masa exam hari tu bahawa aku teringin nak tgk lg cerita my girl...dan keinginan aku seperti didengari..dan termakbul mggu ini..semalam aku dah tengok 8 episod..so ada 8 apisod lg..wah..apasal hebat sangat bab menonton tanpa henti ni?..
mmg hebat tak ingat..mujurlah laptop tu tak bernyawa, kalau tak pasti sudah mogok tak mahu layan keinginan membuak2 aku terhadap my girl..

aku suka keempat2 watak dalam cerita ni..apsal la diorg tu handsome2 n comel2 sangat, n apsal la diorg mmg best betul menjiwai dan menjantungi watak..n apsal la penulis skrip tu sangat pandai mengolah cerita macam yg aku suka..apsal.apsal?..mmg la cerita ni buat aku gila menontonnya sampai tak makan pun tak apa.(tipu! sara tetap makan maggi smalam depan laptop sampai abis licin kuah maggi asam laksa tu)..

sebenarnya mmg byk cerita korea g best2, tp kenapa aku tak berminat untuk ulang tonton cerita lain, cerita cam full house, winter sonata, sassy girl, lover in paris n byk lg tak mampu disenaraikan semuanya aku cuma tengok sekali je, tak terliur nak ulang tengok sampai 2kali..ish2, kenapa ni nak menangkan sangat my girl tu? sorry ini bukan diskriminasi menjatuhkan mana2 produser ok..cuma ntah apsal ntah yg aku sungguh menggilai cerita ini..help me, help me..tolong jgn contohi sikap buruk seperti ini ok..

takpelah, biarlah..bukannya sikap ini merugikan mana2 pihak, cuma di akhir nanti aku pasti akan teringat2 wajah comel lee jun ki tu saban malam..angau jadinye..tak boleh blah!

jam tangan..

semalam, jam tangan kerinduan aku telah kehabisan bateri..betapa tak berertinye saat2 yg berlalu tanpa jam di pergelangan tangan kiriku..sedih betul.. tp memang hayat bateri jam tu cuma 2 tahun..dan mmg dah genap 2 tahun pun..mmg patut jam tu mati sekejap...huhu, dah sampai ajal dia, tp takpe, nnti aku akan kasi nyawa baru kat dia..maka ini adalah kali ketiga dia mendapat nyawa...

walaupun jam ALBA pemberian abah tu dah melangkaui 4 tahun, tp itulah jam yg paling lama pernah kekal terhias di tangan kiri aku..pernah byk kali tercicir di mana2 akibat keterlupaan tuannya terhadap dia.. tp mujur bila ingatan tuannya kembali pulih terhadap jam ini, jam ini masih setia menanti di tempat keterciciran itu..apa pasal la jam ni setia bebenor..isk.sumpah aku terharu..

jam ni adalah jam ketiga pemberian abah, pertama kali dapat jam masa aku darjah 2, jam tali jenis kulit.. aku tak ingat jenama ape, tp hayat jam tu tak pnjg akibat keganasan aku yg malas nak mencabutnya dan asyik memakainya tak kira apa..jam tangan kedua abah belikan masa aku tingkatan 2, jam jenama ORIENT, jam nadi yg sangat aku sayang kerana ia teramat cantik, dan tanpa bateri, tp cuma bertahan setakat aku tingkatan 5, itupun selepas rosak dan kos memperbaikinya adalah rm60..mana boleh tahan..dan sebelum masuk matrikulasi, abah belikan pula jam yg sekarang tengah tersadai sebab baterinya habis..

sebenarnya aku mmg tergantung pada jam tangan 24 jam..di mana n bila.. aku sentiasa pakai jam tangan, even g bilik air, mahupun tidur.. tak pernah mahu berganjak dr jam tangan..thats y aku hanya pakai jam tangan yg kalis segala apa..n even jam tu rintang terhadap apa juga, ia tetap menjadi semakin lusuh dek kerana aku yg buas mencintainya..(eh, ayat apa tuh?..)

rasanya aku takkan mintak abah belikan lg jam untuk aku, asyik belikan jam padahal anaknya ni bukan tahu uruskan masa..ermm..nnti bila aku dah ada pendapatan sndiri aku nak beli jam tangan yg pernah aku ternampak dan terushar kat satu tempat tu..rahsia la.. mana boleh bgtau...ahaha.. sebenarnya bukan aku tak pernah beli jam sendiri, tp jam yg aku beli ngan duit aku sendiri mestilah jam tangan yg tak mahal, bawah harga rm30..yelah.. belum kerja lg..mana la mampu..hehe..dan jam dengan harga sedemikian manakan mampu bertahan lama..paling lama pun setahun lebih..alahai..mmg kesian pd tuannya..isk.isk.


p/s: jam couple pun comel gak...

Wednesday, May 6, 2009

dunia hiburan..

eh2, ni bukan nak bergosip..tp suatu petang, aku telah diinterview oleh sebuah majalah hiburan yg terkenal kat kolumpo ni...berikut adalah soalan2 yg telah diutarakan dan aku telah pun menselatankannya...(aik, betul ke penggunaan bahasa tu?..whatever)..

majalah S: Penyanyi wanita paling diminati kat Malaysia? nyatakan kenapa..
cik sara: Fauziah latiff.. dia evergreen..

majalah S: Penyanyi lelaki paling diminati kat Malaysia? nyatakan sebab..
cik sara: Rem.. humble sangat..

majalah S: Penyanyi wanita antarabangsa paling diminati?
cik sara: Rihanna..

majalah S: Penyanyi lelaki antarabangsa paling diminati?
cik sara: Akon..

majalah S: Artis tempatan paling cantik?
cik sara: Maya Karin..

majalah S: Artis tempatan paling macho?
cik sara: Farid kamil..

majalah S: Artis antarabangsa paling cantik?
cik sara: Katie holmes..

majalah S: Artis antarabangsa paling macho?
cik sara: Daniel Craig..

majalah S: Aktres wanita tempatan paling berbakat?
cik sara: Nabila huda..

majalah S: Aktres lelaki tempatan paling berbakat?
cik sara: Que haidar..

majalah S: Aktres wanita antarabangsa paling berbakat?
cik sara: Gong Li..

majalah S: Aktres lelaki antarabangsa paling berbakat?
cik sara: Jackie Chan..

majalah S: Artis tempatan wanita paling seksi?
cik sara: Fasha sandha

majalah S: Artis tempatan lelaki paling seksi?
cik sara: Jehan miskin

majalah S: Artis antarabangsa wanita paling seksi?
cik sara: Kate winslet..

majalah S: Artis antarabangsa lelaki paling seksi?
sik sara: Brad pitt..

p/s: ape pendapat you all?.. hehehe

mei ini..

salam..

rupanya kita sama2 telah meninggalkan bulan april..memang april adalah bulan yg penuh tekanan, disitulah adanya mggu ulangkaji, mggu exam, mggu aku jatuh gering..huh, benar2 mencabar minda dan jiwa insani...so, selamat tinggal april...

selamat datang kepada bulan mei, bulan yg memberi warna2 ceria pada aku dan kamu..(kamulah yg tengah baca, sapa lg)..kenapa aku suka bulan ni?

sebab ini bulan cuti semester...bebas dr belenggu kuliah tambah assignment bercampur test berdarab presentation..cukup2, aku mahu istirehat dr itu semua...

bulan ini juga adalah bulan meraikan hari ibu... kat tv skg pun penuh je iklan2 hari ibu...so, selamat hari ibu to my beloved mom..i love you so much..my mom is the best mom ever in the world..

bulan ini juga sebenarnya adalah bulan kelahiran my beloved dad..14 mei 1955... so tahun ni abah akan menyambut ulangtahun ke 54 tahun, dont worry dad, u still look younger than my lecturer basic biochemistry kat u.m.. hahaha..

dan bulan mei ini juga, adanya hari guru khas untuk menghargai jasa guru2 iaitu 16 mei.....so, jutaan terima kasih kepada kesemua guru2 yg pernah mendidik aku dr tadika hggalah aku tamat sekolah..jasamu guru akan dikenang sampai bila2..selamat hari guru..

lg..lg..apa best nye mei ini?

eh..diam2...jgn menyampuk time org tengah blogging..

ini adalah bulan di mana aku selalu belajar sesuatu yg baru..jadi untuk mei tahun ini, aku pun belum tau apa agaknya yg aku bakal pelajari..
takpe2.. aku tgh usaha ni nak belajar ape..sabar yek...nnti aku juga bakal kasitau kamu..

dan yg menghepikan aku bulan ini adalah aku dapat menonton jun ki berlakon cerita kungfu kat tv8.. jun ki yg cute tu mmg menjadi pujaan hatiku...mesti tonton setiap episod.. mesti..mesti..

dan seterusnya, aku taktau apakah lg...nnti bila aku dah tau..aku akan ceritakan..

Friday, May 1, 2009

selamat bercuti..

cuti semester dah hampir bermula.. kebanyakan ipt cuti 2 bulan..dan kebanyakan kengkawan aku buat latihan industri/praktikal sepanjang 2bulan tu, aku je yg mengecualikan diri drpd membuat l.i, ntah la kenape aku malas nak wat praktikal untuk cuti kali ini..so, to all my frens yg wat l.i, selamat menjalani l.i di tempat masing-masing.. n kepada siapa yg dapat elaun tu , jgn lupa belanja aku makan2 naik semester baru nanti ok..

mesti you all tertanya2 apakah aktiviti yg bakal aku lakukan untuk cuti semester kali ni.. ermm, plan asal, aku nak g melaka sekejap/sehari.. utk berjalan2 dgn seseorang.. oleh sebab aku ada krisis dgn dia beberapa hari lepas, maka aku rasa dengan automatiknya plan itu dibatalkan..aku tak terkilan pun bila yg dirancang tak menjadi..maybe kitorg tak ditakdirkan utk berjumpa lg..ntahla..

jadi apa plan seterusnya?

ape lg.. balik kampung tanam jagung..eh, mana nak cari tanah nak tanam jagung? takkan nak tanam kat depan rumah? ish2..tak sesuai..tp kan, bukan ke abah hari tu dah kursus tanam sayur kat serdang, n abah pun dah beli tanah bakar, pasir, n biji benih untuk bercucuk tanam..ermm, rasanya kawasan tepi n belakang rumah tu sesuai kot untuk bertanam-tanaman..
ceh..aku ni cerita macam lah mmg aku nak tolg abah bercucuk tanam n sekaligus berlatih jadi petani moden..aik, ni dah macam aku buat l.i under abah sendiri..abah jd supervisor la nampaknya..hihi..

selain bertani, aku pun bleh menjalani kursus memasak dengan my mom..my mom mmg the best in cooking..n anaknya plak the best in eating.. hahaha.. tak sessuuai ok..aku nak belajar masak sampai pro.. coz semester depan kan aku duk umah sewa.. blh masak2 hari2...cthnya prepare breakfast sendiri tiap2 pg.. n then jemput housemate2 aku terutama si hasni bersarapan bersama2..ewahh..berangan sungguh..cukup2..

dan lagi, aku jugak boleh menjadi tutor di rumah... coz my sisters ada 3 org yg bakal menjalani 3 peperiksaan penting this year..UPSR, PMR, n SPM...aih..jgn tak percaya akan kemampuan ku menjadi tutor tak bergaji kepada adik2 sendiri..selain beri tunjuk ajar, bleh gak membebel-bebel kat diorg supaya jgn main2 n seriyus dalam study..chewahh...lebih2 pulak..

dan lagi, aku boleh isi masa terluang..dengan baca semua buku2 yg abah beli under readers digest yg satu buku berharga lebih dr rm100..dan jumlah buku2 tu adalah melebihi 30 buah buku.. sampai rumah aku dah jadi macam mini library..ntah kenapa abah beli n terus beli buku2 yg lebih mahal dr harga buku rujukan aku kat universiti..ish2..

dan lagi, aku bleh melapangkan waktu main ngan farah..aku nak ajar dia bercakap..cian dia tak pandai cakap lg..tp aku kena berhati2 ngan budak kecik ni coz die pernah mintak air from my mom hanya kerana dia nak simbah air tu kat muka kakak dia.. dahsyat betul dia..padahal umo baru 2 tahun..

eh..byk jugak sebenarnya benda yg bleh aku buat sepanjang tempoh cuti kali ni.. so.. jgn cemburu pd kengkawan aku yg buat l.i, aku tetap hepi tanpa l.i..yo! bersemangatlah!

p/s: selamat bercuti ea..