Tuesday, March 31, 2009

kawan yg penting..

kawan yg penting..

ada kawan aku tanya aku.. antara dia dgn kawan aku mr.(",). ehem..(takleh sebut kat cni)..mana lg penting? ermmm...
memang aku jawab, mr.(",) lg penting..dan kawan aku tu terus merajuk..

apa sebenarnya maksud soalan tu?
penting maksudnya..important, haha.. yg perlu..kawan yg aku perlukan, bukan bermaksud ada plak kawan yg aku tak perlukan, tapi ironinya... memang aku akui, aku perlukan seorang kawan kerana dia penting dalam hidup aku, bukannya dia berkepentingan tertentu, ermm.korang paham ke?..

kawan yg penting merujuk pada kawan yg "ada dgn kita".. bukan semestinya depan mata kita.. tapi, tak kira dia kat mana, kita merasakan bahawa kita ada 'dia'.. yg sentiasa menjadi kawan kita no matter what happen..

mungkin sebab kita selesa untuk berkawan dgn dia, mungkin sebab dia adalah kawan yg memahami kita..dan mungkin kita juga kawan yg memahami dia..kawan yg tak pernah ucap selamat tinggal pada kita..kawan yg kita rasa selamat bila kongsi rahsia..maka bg aku, dia penting...mungkin gak dia paling penting sebab aku belum bertemu kawan yg lg penting dr dia..dan keberadaan dia sebagai kawan aku..dalam perjalanan hidup di dunia ini..adalah kurniaan Allah yg aku syukuri..

aku menghargai siapa jua yg menjadi kawan aku.. tapi aku pohon maaf, kalau aku tak dapat jadikan kalian kawan yang lebih aku pentingkan berbanding dia..mr.(",)

ANtitokSIn..

antara sebab wajah kusam, dan ditumbuhi jerawat adalah berpunca drpd toksin yg berlebihan dalam badan..toksin ni datangnya dari makanan yg kita ambil sehari-hari.. terutama makanan daripada sumber dr hasil laut, dan masakan yg tinggi kandungan garam dan perasa tambahan..
toksin yg berlebihan juga boleh membawa kepada masalah berat badan..maka usaha untuk berdiet akan jadi sia2 kalau kandungan toksin dalam badan tinggi.. toksin dalam badan bukan boleh dibuang macam tu ja..ia tak dapat dibuang dengan cara biasa..(urination)..tapi sebenarnya kita perku makan makanan yg antitoksin seperti buah2an dan sayur2an..cth sayur macam bayam..tapi sebaiknya kita perlu makan sumber antitoksin yg tak perlu di masak.. contohnya tomato. n buah strawberry.. ini kerana, sayur yg dimasak sebenarnya telah kehilangan lebih 50% daripada vitamin yg terdapat pada sayur tersebut.. lebih baik jika kita pilih sumber antitioksin yg fresh! jadi kita dapat lebih 90% vitamin drpdnya. kalau tak suka makan sayur/buah untuk sumber antitoksin, boleh jugak ambil supplement antitoksin dalam bentuk tablet yg byk dijual kat farmasi... tapi, aku tak percaya sgt dengan benda yg tak semulajadi nih.. jadi..after fikir, buatlah keputusan..jaga kesihatan, anda mampu mengubahnya!

yang aku pelajari..

yang aku pelajari dan baru aku ketahui.. adalah tentang uniknya proses bagaimana pisang menjadi masak.. kenapa pisang boleh masak even ia bukan lg berada kat pokoknya.. ops! pokok pisang sebenarnya bukan sejenis pokok.. tapi ia adalah pohon jenis herba/renek yg paling besar..berbeza plak dengan buah durian..yang akan gugur setelah ia masak.. ermm.. buah2an punya ciri yg berbeza.. unik kan? pisang boleh masak even kita dah petik dr pohonnya sebab tindakan enzim pada pisang tersebut..kenapa plak pisang yg mentah (kaler hijau) boleh tukar warna bila masak? (kaler kuning).. ianya disebabkan warna hijau dr klorofil tu telah diuraikan, dan warna kuning tu adalah warna karotin.. kalau kita biar lg lama.. kulit pisang tu akan jadi lebam kehitaman disebabkan tindakan enzim polyphenoloxidized..pisang muda rasa kelat? ya, dan ianya adalah rasa kanji (molekul yg besar)..bila masak, pisang jadi manis sebab kanji tu dah bertukar jadi glukosa dan rasanya manis..thanks to vj..coz dia yg bgtau hal ni masa kelas fundamental biotech mggu lepas..

apa tu??

kasut/ sandal yg aku beli sendiri..saiz 5 semuanya..

telefon bimbit.. s.e w200i..dah setahun aku guna



barang keperluan yg dipakai sebelum ke mana2, or sebelum tido..


apa persamaan pada beg-beg ni?



stok yang ada kat bilik aku..sumber di kala aku lapar..

makan malam bersama kelab penyayang kuaz

aku n fina

meja kitorang, yg lelaki tu sumer dak2 bawah umo..hihi




hari sabtu baru2 ni, aku g sunway piramid.. tapi bukan shopping.. datang untuk join dinner kelab penyayang kuaz..(aku bukan member).. tapi tak malu join gak.. coz dah lama aku nak pergi tempat yg diorg pilih untuk jamuan ni.. flamming steambot.. bayar rm12..kitorang pergi kul 6.30, ngn bus um.. sampai sana, solat maghrib dulu kat masjid depan sunway piramid tu.. pastu barulah serang restoran tu, boleh makan semua makanan yang ada kat situ, boleh tambah byk mana pun, tak kisah.. tapi aku tak makan byk sgt. coz aku bukan minat sgt makan steambot ni..aku byk makan aiskrim, sampai 4kali tambah..ada cabutan bertuah, tp cam biasa, aku mana pernah bertuah! haha.. aku sebenarnya tak segan sgt join diorg ni coz kebanyakannya aku kenal,enjoy mkn n bergambar.. sampai kul 10.45mlm.. dan bergerak pulang ke kolej jam 11mlm..

farah farhana..


siti farah farhana.. umo dia dah masuk 2 tahun, bermakna dah genap setahun mak aku jaga dia..dia ni tak la susah dijaga, tapi kalau datang angin meragam tu.. ermm. mengamuk jelah..padahal dia mengamuk sebab dah penat main..ermm..dia belum pandai cakap lg.. yg lucunya, dia cuma tau sebut perkataan yg guna vokal A.. contohnya AYAM..kalau suruh sebut itik..dia akan sebut ATIK..ibu plak jadi ABU.. hahaha..tp jgn keliru, dia ni bukan adik aku, dia adalah anak cik zul..kawan ofis ayah aku..hihi

Friday, March 27, 2009

earth hour.

cuma sejam jer.. kita tak rugi klu sama2 memberi sokongan.. 28/3..8.30-9.30pm..

ianya sokongan kita terhadap usaha sejagat untuk selamatkan bumi drpd bahaya pemanasan global..dalam sejam tu.. even tanpa cahaya lampu, kita tetap boleh lakukan sesuatu..contohnya berzikir, berdoa, solat sunat..atau tido sekejap..bleh gak klu makan2 guna cahaya lilin..tak kisahla apapun, tapi sebenarnya usaha sebegini harus berterusan.. sebagai warga yg menghuni bumi ni, kita usahalah untuk tidak menyumbang kpd pemanasan global, dan penipisan lapisan ozon..selain meminimumkan penggunaan elektrik, kita kurangkan gak penggunaan polisterin dan pembakaran terbuka..usaha kita yg kecil pada zahirnya sebenarnya amat bermakna pada generasi akan datang..maka, tunjukkan sokongan kita, kesatuan kita..untuk menyelamatkan...dunia!

Thursday, March 26, 2009

selamat tinggal kuaz..


diam tak diam rupanya semester 4 ni da nak berakhir..bermakna tinggal sebulan jer lg aku bergelar penghuni kolej kediaman ungku aziz.. sem depan aku nak duk luar..sewa umah..aku taknak duk kolej..da ramai yg tau plan aku ni..maka ramai jugak yg bertanya..apsal aku nak duk luar? aku ada jawapan tuk soalan tu..byk jawapan yg tersurat dan tersirat..apepun..aku gembira kerana aku ditakdirkan menjadi penghuni kolej 11 ni.. agaknya kolej ni mengingatkan aku pada seseorang...ermmm..sepanjang duduk kuaz, aku dah stay kat 4 bilik yg berbeza..sem 1-c218, rumate aku wanie, mariam, n syairah..sem 2- c303 satu bilik ngn kak najah,kak dayah kcik n kak dyah bsr, sem3-c315, duk dgn una,uda n faz, sem4-c320 aku duk ngn faz, kak mimi n kak im..wahh..ramai rupanya yg pernah jd roomates aku..huhu..dan sepanjang hampir dua tahun aku menghuni kolej 11 ni.. sepanjang mengenali warga kuaz, join projek, n macam2 lagi..byk jugak pengalaman yg aku kutip..anyway..kolej ni tetap dalam ingatan aku sampai bila2.. dan pada kawan2 aku yg still duduk cni sem depan, jgn sedih bila aku takda kat kuaz nnti..love u all..mmuuahhh!

Wednesday, March 25, 2009

kenapalah macam tu yek..

lagi2 dibangkitkan pasal isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dlm Inggeris).. ramai plak nak jadi hero melayu.. membantah sistem ni.. dengan alasan nak martabatkan Bahasa Melayu.. matlamat tu pada aku mmgla baik, malah bagus sangat2.. tapi, kenapalah kita tak berfikir di luar kotak? berfikir dalam dimensi yg berbeza.. sistem ni dah berlangsung lebih dr 5 tahun..dan pastinya ia bukan satu ujikaji..atau eksperimen..ia adalah satu perubahan ke arah satu dimensi baru yang mendatangkan byk kebaikan pada kita semua, terutama kepada adik2 kita yg melalui sistem ini.. siapa yg berhak komen bahawa sistem ini tak bagus? "anda sebagai tukang bg komen nak kata sistem ni tak bagus sedangkan bukannya anda yg laluinya..open your eyes ok, dont compare our country with countries like germany n japan, there both are not develope country like us..yes! both germany n japan use their own language..they deserve to do that..it becoz they are really high tech.."
bahasa melayu or bahasa Malaysia boleh dimartabatkan dengan byk lg cara lain.. kenapalah kita hanya nampak sains n math saja sebagai penyelamat bahasa kebangsaan kita.. is it because we were lack of idea? apa salahnya kita kuasai kedua2 bahasa dengan baik, malahan sekarang ramai org nak belajar pelbagai bahasa, sampai nak mahirkan diri dalam 3 or 4 bahasa.. tambah bahasa mandarin..perancis..bahara arab..
kat sini saya nak kongsikan satu cerita, saya pernah sembang ngan seorang foreigner.. then dia bgtau bahawa dia hanya kenal org Melayu di Malaysia ni sahaja.. dia tak nampak org Melayu travel ke negara luar n cari makan kat sana macam bangsa cina n india..yes! org melayu jarang sangat berhijrah ke luarnegara.. kita lupakan budak2 yg dapat tajaan belajar luar negara! they are traveling only becoz of scholarship..macam mana kita nak travel klu cuma kuasai satu bahasa ja?
rezeki ada dimana2.. Allah limpahkan kurniaNya di mana2 tanah di muka bumi ni... kita bising bila byk sgt org luar masuk cari makan kat negara kita, kononnya risau kalau rakyat negara kita tak cukup makan pulak.. padahal mereka tu berusaha cari kurnia Allah kat bumi ni...siapa yg usaha maka Allah akan bagi rezeki pada dia.. kita plak rakyat malaysia asyik nak kena suap ke mulut! kalau tak disuap, maka tak henti2 komen itu dan ini..kata kerajaan tak bagi itu, tak bagi ini.. sebenarnya kita tak bersyukur..
ermmm..tepuk dada tanya selera, (lu pikirlah sendiri!)..

Tuesday, March 24, 2009

banyak mulut..

pernah dalam hidup anda, menemui insan yg 'banyak mulut'.. @ 'over peramah'.. haa.. kalau kena batang idung, sorry yek..bukan apa, aku cuma nak cakap sket pasal sikap byk mulut ni.. bukannya salah kalau kita jadi peramah, tp apapun, kenala ramah pada tempatnya.. sebagai contoh, aku adala kenal seseorang yg byk mulut, aku tak kisah pun sebenarnya, tp kengkadang dia ni bercakap pada benda yg tak layak untuk dia bercakap..contohnya adalah.. dia ni bagi komen bahawa "org tu bercinta takkan lama punya"..sebenarnya siapalah kita untuk wat andaian macam tu.. apa salahnya kalau pun kita rasa macam org tu kapel takkan kekal, perlu ke kita luahkan nya pada org yg terlibat? kita ker yg tentukan hubungan cinta orang lain? ermm..

mungkin la agaknya kita kena belajar untuk 'bercakap pada tempatnya'.. aku sendiri bukanlah tak suka org yg peramah.. tapi untuk seseorang tu bersuara/komen ttg sesuatu, haruslah berpada.. takkan sampai nak ada org tegur, "watch your mouth!".. tak sesuai kan? ermm.. selebihnya.. "lu pikirlah sendiri!"..

definisi cantik..

siapa yg taknak jadi cantik?
semua org sebenarnya nakkan diri mereka cantik.. tapi apa sebenarnya definisi cantik?
kat majalah selalu kata kena cantik luaran dan dalaman, org kata kena cantik wajah dan peribadi, dan aku plak kata, biar org tak kata kita cantik, tapi kita yakin bahawa Allah ciptakan kita seindah ciptaan, yang tercantik dan terindah.. pada aku, semua org miliki kecantikan tersendiri dan seharusnya kita bersyukur dengan apa yg Allah anugerahkan..
biasa tak dengar org kata.. "alah muka ja cantik, perangainya belum tentu".. selalu aku dengar dialog ni ditujukan untuk org yang cantik dan pandai mencantikkan diri.. tapi kenapa erk kita ni sering prejudis terhadap org yg cantik/ handsome? kesianla kat diorang..agaknya sebab manusia ni tak dapat lari dari sifat dengki kot..ntahla..
aku.. aku lebih suka tengok org yg good looking... sedap mata memandang.. mungkin sebab adanya cahaya keimanan.. jadi even tanpa solekan, org tu tetap nampak lawa.. dan berseri..aper pun, kecantikan bukan sesuatu yg kekal abadi, satu hari kecantikan akan hilang, bila kita dah berusia..tapi yg cantik pada peribadi, biarpun jasad dah bersemadi, org akan kenang sampai bila2..kita semua punya kecantikan.. cantik jasmani, cantik rohani.. tak perlu cemburu, tak perlu rendah diri, yakinlah bahawa kita semua tetap cantikk! "cantiknya dia".

Monday, March 23, 2009

kisah di suatu petang yang mendung..

this semester, perkara paling memalukan yg pernah aku lakukan adalah.. bg sms kat sorang mamat.. n mintak tumpang naik kereta dia.. so, aku dgn tak malunya.. suruh dia datang kolej aku, ambik aku kat kolej 11 nih.. tp aku ada alasan kukuh berbuat demikian, sebab hari tu aku demam, tp aku taknak miss kelas biokimia ngan prof amru.. mulanya aku nak tumpang wanie, tapi wanie kata die bawak shima.. jd ntah naper aklu ngan nekadnya terus sms mamat tu..hhu..nasib baik dia baik ati nak tolong..(padahal sebenarnya aku tak pernah bercakap direct ngan mamat ni)..cuma sms jer, dapat no dia pun sebab adanya hari Biotek masa 1st year dulu..huhu.. bila masuk ja kereta dia.. (myvi), aku pun tegurla dia macam da kenal lama.. padahal aku gabra n malu!.. n bleh plak aku sembang ngan dia.. ontheway ke KDK aku rasa cam lama.. n aku dapat rasakan die bawak kereta slow giler.. sampai je KDK, aku ucap thanks, n blah.. huu.. malunyer taktau nak kata..aku naik surau, bebudak ni tanya aku.. aku g kelas ngan apa? aku pun jawabla ngn jujur.. diorg pun aper lg terkejut ngan tindakan aku yg tak malu tuh..dan balik dr kelas tu, hujan lebat plak, aku pun (sekali lg) sms nak mintak tumpang balik kolej.. dan bukan sahaja aku.. malah tiga kawan aku turut jd penumpang kereta dia petang tuh..kepada mereka yg berkenaan, pasti tau cerita nih.. dan kepada pemilik myvi hitam tu.. timer kasih byk coz sudi menolong kawan yg di dalam kesusahan, dan mintak maaf byk2 kerana telah menyusahkan pd hr tu..

Sunday, March 22, 2009

ntah apa2 ntah

hr ahad yg membosankan, nak wat asgnment, tp takda idea, nak study, nota tkleh download lg.. nak y.m, takda org online..ermm. nak sembang tepon, org tutt tu sibuk..so aper aku nak wat nih?
menyampahnya! da pukul 12.40tgh hr.. tapi aku malas nak makan.. aku taknak makan hari nih.. aku nak merajuk ngn diri sendiri..

selamat ulang tahun ameen..

aku dan ameen

semalam, aku n zatie g kajang, umah nadiah, katanya ada kenduri kesyukuran sempena ulang tahun anak sedara sulung dia. aku n zatie bertolak kul 12.20tgh hr.. naik teksi g kl sentral, then naik komuter ke kajang.. nad amik kitorg kat stesen kajang.. kenduri ni wat kat rumah rehat mak dia.. ameen, cucu sulung mak nad sgtla comel.. lasak, n berat!. haha, sejuk ati bila dukung baby nih.. yelah, baby kan takda dosa.. kita yg pegang dia pun rasa tenang jer..bab makan, aku makan nasi ptih n gulai ikan keli.. soto, n roti jala.. makanan sampingan mcm kek n buah2an turut masuk dalam salur penghadaman aku..balik pukul 5, zatie sempat jumpa mr.s kat shell sg ramal dlm. mr.s bg bunga kat dia.. huhu, ntah apa reason bunga tu diberi aku pun taktau, tp thanks so much to nadiah coz sudi antar aku n zatie balik kolej..

Friday, March 20, 2009

Dear John..

novel inggeris yg aku da baca 3 kali khatam..novel ni sememangnya berkisarkan cinta.. even aku da 3 kali baca, aku tak rasa jemu.. dan setiap kali aku baca, aku mesti menitiskan air mata, n air hidung.. hihihi..aku bayangkan cerita dalam novel ni betul2 berlaku, wlupun ianya cuma karangan penulisnya jer..nak tau ceritanya pasal apa? ermm.. korang kenalah baca sendiri.. boleh pinjam kat aku..huhu..tp at the end bila korang dah abis baca.. korang akan menyedari bahawa cinta itu bukan untuk dimiliki, tetapi ianya untuk dirasai dan dikongsi..biarpun tanpa melihat insan yg kita cinta berada di depan mata, cinta pada dia tetap ada di hati kita.. dan biarpun kita terpaksa merelakan dia hidup bersama orang lain, kita harus tetap gembira untuk dirinya!

buat sahabat2ku..

ntah kenapa akhir2 ni ada sesuatu yg membuatkan aku bersedih hati.. sebenarnya aku terkenangkan kenangan dengan kawan2 aku tika mula2 kami semua berkenal2an..masa tu, semua org berusaha utk jadi kawan yg yg baik, proses untuk dekati dan fahami sahabat baru, tapi masa tetap berlalu..dan seharusnya dgn peredaran masa itu, kita sepatutnya semakin mengenali dan cuba memahami antara satu sama lain...kita sepatutnya tahu ada di kalangan kawan kita yg berjiwa sensitif, ada pula yg bersifat keras seperti batu..itu semua adalah peribadi kawan2 kita.. dia tetap kawan kita walau bagaimanapun dia..tp keadaan kdgkala bukan seperti yg kita harapkan, dan mungkin keadaan sudah berubah pabila masing2 semakin tidak dapat memahami satu sama lain.. walhal sebenarnya kita mampu untuk berbuat demikian..aku yakin dalam dunia ni takda siapa yg sempurna.. aku juga selalu buat kesilapan.. dan org lain juga turut buat kesilapan.. bila ada kesilapan yg berlaku, maka akan ada pula rasa tidak puas hati yg membeku di hati, mujurlah aku bukan seorang yg berdendam dgn sesiapa, dan aku seorang yg sangat tidak kisah tentang hal yg telah lepas, jujur aku katakan, aku sentiasa memaafkan segala yg berlaku sepanjang tempoh persahabatan kita semua, tapi itu mungkin cuma usaha dr pihak aku.. bagaimana dgn usaha dr org lain? ya! aku memang tak punya kuasa untuk tentukan apa yg org lain mesti lakukan.. cuma aku mampu berdoa dalam diam, mungkin dalam tangis.. agar semuanya kembali seperti sediakala.. kerana biarpun di luarnya aku mampu tertawa ceria, hati aku tidak tenang pabila persahabatan antara kita semua menjadi seperti atom2 yg menjarak jauh dalam ketulan ais yg kian melebur, jauh di sudut hati aku, aku ingin kita semua berkongsi tawa semula, kerana hakikatnya perkongsian itu cuma hanya beberapa ketika lagi sebelum tamatnya tempoh pengajian ini........

Wednesday, March 18, 2009

genting..

trip ni sebenarnya tahun lepas..bulan ogos..kitorang bayar rm 42, pakej pegi balik, indoor n outdoor games..kitorg pergi berempat..naik bus dr stesen lrt putra. pergi kul 9pg, balik kul 6.30ptg. perjalanan yg best tapi memenatkan. nak tau tak? time balik tu. aku terus berlari p toilet! muntah2. agaknya sebab naik roller coaster kot. makanan kat sana punyalah mahal! jd kitorg beli siap2 kat stesen putra. tp cuma beli nasi lemak je. air mineral pun bawak siap2..jimat punya hal. hihi


nilah 3 gadis yg bersama aku..una, huda n wani..aku yg tukang amik gmbar la.. ape lg.


huhu..poyo!

gmbr dalam kereta kabel kat genting highland. takut beb naik benda lah ni.. bukan apa, bygknlah klu terjatuh..huhu..takutnya!..yg sebelah tu..huda


siapa tu?

yang bertudung hitam tu. kak fairus, my only elder sister..(1985).. dia skg study kat egypt..baru je terbang ke sana bulan ogos tahun lepas..status belum berkahwin, tapi mungkin dah berpunya..aku pun tak pasti..org kata muka dia ikut rupa my mom.. n ada plak org kata aku ngn dia macam kembar.. tapi we are totally different..actually, antara adik beradik, aku paling rapat dgn dia ni..sumer rahsia die aku tau..huhu..errrr....perangai dia? hanya aku yg tau.. kui3.. sorry sis!

muhammad fitri (1989), the only brother in my siblings..n the most tallest in my family..174cm i guess..n siti fatimah (1994) .. 158cm even she's only 15years old..

fakta menarik tentang kakak aku:

suka makan telur goreng mata kerbau, chooser giler bab makan..tak makan sayur n makanan berkuah macam mee bandung/mee kari, mee rebus,laksa..

fakta menarik tentang adik lelaki aku:

cuma sms aku untuk mintak aku topupkan kredit die, or nak mintak pinjam duit dr aku..err.. tau2 jer akak dia ni baik ati..ehemm..

fakta menarik tentang siti fatimah:

semua benda yg dia buat, mesti nak cepat2.. makan nasi tak sampai 5minit da siap..cepat betul!
pandai bergaya dan menggayakan diri...lg advance dari aku..isk isk..

height..

152cm..

aku nak cakap pasal ketinggianku yg tak tinggi.. org kata aku ni rendah@tak tinggi, aku mmg rendah dan rendah diri, tp bg aku, ketinggian aku dah ok, sebab aku kan perempuan, tak kisahla kalau tak tggi pun..tp aku suka lelaki yg tinggi. sebab aku rasa selamat klu ber'partner' kan org yg tinggi.. tp jgn la terlampau tinggi hingga terserlah la diri aku yg seperti pohon yg rendang..umo aku skang da 21, maknanya ketinggian aku takkan bertambah secara semulajadi.. ehem, (katanya skg ni ada ubat yg bleh tmbh ketinggian)..tp aku dapat rasakan, dalam adik-beradik aku, aku bakal jd org yg paling rendah? akak aku tggi dia 155cm.. adik aku yg lelaki tu 174cm, adik pempuan aku yg form5 skg da 157cm, n si fatimah yg baru form3 tu pun dah cecah 158cm! ,zulaiha yg darjah 6 pun ada potensi untuk kalahkan ketinggian aku..tidak! tidak! tidak!

Tuesday, March 17, 2009

siapa tu?

siti nur aisyah. lahir tahun 2002, antara adik beradik, dia ni yg paling tak cerah sejak kecik lg..
fakta tentang aisyah:
1.mula pegang pen sejak umo 2tahun..conteng2 n melukis..sampai la skang itulah hobi die..
( taknak lukis ngan pensel, demand betul)
2. takkan makan sarapan b4 g skolah..da jd habit sejak umo 4thn..
3. suka terjaga malam, nangis, then mintak air teh o sejuk (mmg ada sntiasa dlm peti sejuk)..
4. sangat suka tengok kartun wonderpets..(per yg penting...kerjasama)..



siti hajar-lahir tahun 1999, adik aku yg no 7. yg paling berat time dilahirkan 4.15 kg
fakta tentang hajar :
1. suka sangat makan durian sejak kecik... bila nmpak durian dia akan kata.."mak, kite lapar la"..
2. muka macam cina sebab mata dia cam sepet sikit..

myself..

perkara yg aku suka:-

1. bergayut di telefon dgn seseorang. ntah nape aku suka sembang ngan dia..agaknya dia best kot.
2. membaca. aku baca apa jua bahan bacaan sama ada ilmiah or fiksyen, majalah or suratkhabar.
3. dengar lagu. ada bebrapa lagu yg aku sgt suka. so aku akan ulang dengar lagu2 tu byk kali.
4. berjalan, pada aku ianya satu aktiviti paling menyihatkan tubuh, jadi klu tak panas, aku akan berjalan.
5. air terjun, dapat tgk je pun da cukup. tp klu dapat mandi, lg best!
6. milo 3 in 1. mesti ada stok, aku akan minum bebila masa pabila aku nak. sedap, tak kisah panas sejuk.
7. mee maggi perisa kari. aku makan sejak tadika lg, abah takkan beli perisa lain, jd sampai skg aku jd suka mkn maggi ni. kat rumah or kat hostel, aku akan makan maggi ni.
8. naruto. anime jepun yg aku obses sejak skola menengah. ntah nape cerita naruto ni menggamit rasa di jiwa.
9. football match! tp yg antarabangsa ar. coz aku tak tgk local. tak best! haha. liverpool kelab pujaan!
10. keropok ikan makan ngan sos cili. favret aku n kakak aku. giler keropok ikan!
11. tomato, sejenis sayur yg aku akan makan begitu saja.
12. spongebob! kartun yg aku suka tgk sejak pas spm. aku tgk ngan adik bongsu aku. lucu!
13. segala barang yg ada unsur mickey mouse, bag, kasut. sgt cute la!
14. kucing yg comel. masa kecik dikelilingi dengan org yg suka kucing, adik bradik mak aku sumer suka kucing, sampai berpuluh ekor dalam rumah, ada pkcik aku yg tido ngn kucing! tp mak aku ja, tak suka ngan kucing. jd kat umah aku, kucing tak bleh 24jam dlm umah.
15. epal fuji. antara buah yg aku selalu beli, rangup n manislah!
16. bersendirian. kdg2 aku suka berseorangan, layan perasaan. tp sebenarnya ada benda yg aku fikirkan.huhu

perkara yg aku tak suka:-

1. kelewatan.. coz aku benci untuk menunggu!
2. cheese. aku tak makan hidangan yg ada unsur keju.
3. makanan laut yg 'big size'.. aku ngeri nk tgk, apatah lg nak makan. cth: sotong kurita!
4. daging kambing. aku taktau nape aku tak suka..??
5. high-heeled. rasa cam nak jatuh klu pki. tak leh stabilkan diri..
6. org yg pki tudung, tp rambutnya nmpk.. meluat aku tgk.
7. lelaki pki seluar pendek..selamba g kuliah pki camtu, bongok ke hapa ntah!
8. org yg menipu, its better to say nothing than lying!
9. org yg suka bergantung pd org lain.. da besar tp mcm budak kecik!
10. couple yg taktau malu tunjuk aksi daring kat public.. rasa nak bg penampar je sbijik!
11. laki yg tak g solat jumaat n selamba jalan2 kat shopping mall ngn aweks diorg yg sama bangang!
12. org wat bising time aku sedap tido.. plez dont disturb when im dreaming!

annual dinner 09

tema hitam putih, sapa paling cun? mestilah org yg snap gmbr ni..haha
me n fieza


dinner kolej aku berlangsung pd 16 mac 09 bertempat di hotel crowne plaza mutiara yg terletak kat bukit bintang. tema malam tu, black n white, dan hidangan yg disediakan adalah masakan cina. erm, semuanya ok! cuma pada aku, makanan yg dihidang tak sedap, huhu. tu ja kot. aku tak nak komen byk, dan kehadiran aku mlm tu cuma untuk makan n bergambar ngan teman2 aku..yg kat atas tu, gmbr aku ngn fiza....at that nite,fiza was the one of my friend who got handphone from lucky draw! dan nak dijadikan cerita, time amik no 2 kat kaunter pendaftaran b4 masuk, kitorg cuma berdua ja, betapa unlucky nyer aku..huhu


kem motivasi..

aku n shera, partner fasi group 1..jaga checkpoint no 1 kat pagar sekolah.hihi

pengarah program.. kak faezah..dia ni sebelah bilik aku je..

gmbr beramai2 bersama guru2 sekolah..hr terakhir kat sana

hai hai hai..aku datang dengan cerita n pengalaman yang best! ianya adalah pengalaman aku join program kem motivasi kat s.k parit serong kat tanjung karang Selangor. program 3hr 2 mlm ni berlangsung pd 6-8 Mac 09, ni adalah program anjuran kolej kediaman ungku aziz, datang kawasan luar bandar utk menabur bakti pada anak2 bangsa. chewah! memang penat. tapi aku enjoy sepanjang program ni berjalan. ini kerana mereka yg join program ni kebanyakannya adalah kawan-kawan baik aku. dan senior-senior yang dekat di hati. jawatan aku sebenarnya adalah sebagai s/u. jadinya sebulan sebelum program ni diadakan aku kenalah ditugaskan membuat surat2 rasmi. persiapan yg dibuat oleh kami seramai 25 org adalah dibuat secara bersama2. malah kami semua berlatih menari poco2 pada minggu akhir sebelum program dijalankan. banner untuk program ni pun kitorang yang buat sendiri, guna kain rentang putih n pelaka yg disediakan oleh kolej. rombongan kami bergerak hr jumaat jam 3.20ptg. dan kami sampai kat sekolah tu jam 5.30ptg, jalan yg dilalui agak memeningkan, biasalah kawasan kampung. kami menjalankan program bersama-sama 50org murid tahun 6 s.k parit serong. badak2 ni semua kira okla, tak nakal sangat, tp 1 perkara yg aku suka, diorg ni cepat belajar. kami fasi2 ajar sekali ja nyanyian lagu Gemuruh beserta gaya, diorg cepat tul pick up. huhu. bab bermalam di sekolah rendah, biasalah, cuma tidur dalam kelas, bentang tikar, tanpa bantal mahupun selimut, lelapkan jugak mata. ermm, nyamuknya boleh tahan byk. huhu, kawasan kampung mmg camtu. modul program, cam biasa, pagi ada sukaneka, ceramah, l.d.k, qiamullail, muhasabah diri, explorace, n alhamdulillah senuanya berjalan lancar. malah pihak kami dr ungku aziz juga telah mengecat mural pada dinding sekolah berkenaan sebagai tanda kenangan abadi. hihi..dan b4 balik, kitorang telah mengambil gbr kenang-kenangan bersama cikgu2 sekolah tu. hihi

Thursday, March 5, 2009

sesuatu yg disukai syaitan..

sebenarnya byk perkara tak baik yg dengan sengaja dan tidak sengaja, kita lakukan juga. walhal kita tahu, perkara tak baik dah tentu tidak disukai Allah, dan hanya disukai oleh syaitan.tapi manusia tetap manusia, mungkin kerana degil, mungkin kerana cinta dunia, kita jadi alpa. sedar tak sedar. kita lakukan perkara yg membuatkan si Syaitan menepuk-nepuk bahu kita, menyokong tindakan dungu yg kita lakukan, tak perlu sentuh bab yg besar2, cukup dengan hal2 yg kecil dan nampak cam remeh iaitu persengketaan antara saudara seagama. realitinya dunia hari ini, penuh dgn sengketa, sengketa antara negara, Israel dengan Palestin, Kemboja dengan Thailand, India dengan Pakistan. dalam negara kita sendiri tak terkecuali, sengketa antara kerajaan dengan pembangkang, sengketa antara parti2 politik, sengketa antara rakyat dan pemerintah, malah sengketa antara kita dgn kawan sendiri? sengketa ini adalah hasil daripada sifat manusia yg pentingkan diri sendiri, selalu merasakan diri sendiri paling betul dalam segala hal, tiadanya sikap toleransi, tidak ada perbincangan dan keputusan yang dibuat atas persetujuan bersama, sang syaitan pun berpesta gembira dengan sikap manusia yg berpecah-belah, tiada penyatuan. apabila kita tidak bersatu, sebenarnya kita sangat lemah, ibarat tangan kita yg terdiri daripada 5 jari..cubalah kita mengangkat pinggan dengan hanya 1 jari? pasti gagal bukan? itulah ibaratnya diri manusia itu tidak akan lengkap tanpa insan lain disekelilingnya. sengketa tidak akan menguntungkan sesiapa, malah Rasulullah saw sendiri menyelar ummatnya yg bersengketa hingga tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, malah diharuskan berbohong untuk mendamaikan 2 pihak yg bersengketa. Islam adalah agama yg cintakan kedamaian dan bukan persengketaan. kita akan lebih tenang jika hubungan dengan semua org berjalan lancar tanpa sebarang pergaduhan, jauhi persengketaan, anda mampu mengubahnya!

Wednesday, March 4, 2009

Slumdog Millionaire

wahh.. dah masuk bulan mac 09 rupanya, rasanya baru ja bermula tahun 2009..sem ke-4 dah aku kat UM ni. macam2 perkara yg dah aku lalui, pahit manis perjalanan hidup sebagai mahasiswi. dah tentunya segala-galanya aku rasai bersama teman-teman aku disisi. even kdg2 aku rasa keseorangan, sebenarnya aku sendiri yg nak bersendirian. yup. memang ada masanya, aku rasa aku nak sorang2, aku taknak berhadapan dengan sesiapa pun yg aku kenal, jd semalam, aku wat keputusan untuk tidak ke kelas. maksudnya aku pontenglah. aku rasa nak berjalan-jalan, lalu aku pergilah ke midvalley megamall. jalan2 masuk jusco, masuk butik padini, seed, masuk kedai buku MPH, jalan punya jalan, tetiba rasa nak tengok wayang plak. tp mulanya taktau nak tengok cerita apa, kononnya nak tengok Geng Upin Ipin. tapi tak jadi bila aku terpandangkan poster filem Slumdog Miliionaire. disebabkan filem tu aku dgr macam2 kontroversi, jadi ia menarik minat aku untuk menonton sendiri..aku belilah tiket, harga RM10. mahal la jugak. before tengok wayang, aku isi perut dulu, ingatkan nak makan KFC, tapi aku cuma berseorangan, KfC plak penuh ngan manusia, aku pun mengubah rancangan, aku makan kat RasaMas@Ayamas. takda org pun kat situ. lapang dan tenang je. aku amik set RM7.50, spaghetti n sup cendawan. oklah, not bad gak rasanya. pas makan, aku naik balik kat floor 4.. masuk panggung no 14. ermm, ramai gak yg memenuhi panggung tu. kebanyakannya couple lah.. tapi its ok. aku dapat seat f 03. agak depan gak aku duduk. aku enjoy tengok cerita ni, pada aku cerita ni memang layak menang anugerah Oscar. perjalanan cerita secara keseluruhannya menarik, dan nampak hidup. even pelakon2 utamanya semua masih baru, tapi lakonan diorang aku respect. lagi2 pelakon kanak2 yg pegang watak Jamal Malik waktu kecil. sweet sangat. the whole story memang memuaskan hati.aku bg 5 bintang penuh, tak sia-sia Rm10 aku melayang untuk tengok filem ni, tapi aku tertanya2 jugak, adakah realiti kehidupan masyarakat negara India memang macam dalam filem ni? paling tragis sekali masa babak sorang kanak2 lelaki dipengsankan dan dibutakan matanya dengan asid, tujuannya untuk kanak2 tu lebih dikasihani bila dia mintak sedekah. eksploitasi kanak2 adalah perkara realiti? kanak2 perempuan tidak dicacatkan kerana ianya aset untuk menggunakan mereka sebagai pelacur bila meningkat remaja..pihak tertentu ambil keuntungan sewenang2nya? ermmm.. kalau memang ianya realiti sebenar, bila agaknya keadilan dapat ditegakkan..perlu ambil iktibar. bukan sekadar untuk tontonan, ada mesej tersirat yg perlu kita fahami.