Friday, February 27, 2009

lirics..

Patri - Jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo


Cinta Tak Bersyarat- Element


Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Kerna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau fahami
Layaknya erti kasih sejati
Kerna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat


Pelangi Petang-Sudirman


Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku, Kau buat ku termenung seorangan,
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini,
Perpisahan tak kuduga..
Ku mengerti, Ku fahami,Keputusan diri..
Biar saja aku sebegini,
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan,
Simpan saja kata-kata
( korus )Jangan diucap elamat tinggal,
Jangan kau ucap selamat tinggal,
Jangan diucap selamt tinggalKepadaku...
Walaupun seketika...
Walaupun sekelip mata,
Simpan saja kata-kata,
Ke akhir hayat yang ada.

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata..
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

hihi, saja letak lirik2 lagu ni, sebabnya aku suka dengar lagu2 ni..puitis gitu.. hihi

cinta di hati sara

Apabila bercakap soal cinta yg membabitkan diri aku sendiri, ianya sangat sukar ditafsirkan. Aku yakin di hati aku punya rasa cinta kepada ramai insan. Aku cintakan mereka yang selama ini berada di samping aku, menemani perjalanan hidup aku hingga ke saat ini. Aku cintakan mereka yang tak pernah jemu menjadi tulang belakang aku, menjadi dahan yang kukuh tempat aku berpaut tatkala diri sendiri berasa lemah dan goyah. Malah aku cintakan mereka yang pernah singgah dalam episod hidup aku, yang pernah memberi sinar menerangi jalan gelap yang aku lalui, sekalipun mereka mungkin datang dan pergi.Ingin sekali aku memberikan cinta aku kepada semua insan yang sentiasa memberikan kekuatan pada aku, sekalipun hanya dari kejauhan. Sesungguhnya aku amat cintakan kalian dan aku ingin mengucapkan terima kasih yang takkan berpenghujung kepada siapa jua insan yang pernah membuat hati aku bahagia, biar pun kadangkala kebahagiaan itu datang dengan sekelumit duka. Dan akhirnya, aku ingin sekali meluahkan kepada mereka bahawa "aku cinta padamu".

Wednesday, February 25, 2009

puteri gunung ledang..

dari melaka ke gunung ledang..
sekalian kalinya, aku ingin menyentuh soal cinta. cerita cinta, hikayat cinta dari tanah air kita, tanah Melayu.

Puteri Gunung Ledang dikatakan sangat cantik sehingga Sultan Melaka menghantar rombongan yg diketuai oleh Tun Mamat untuk meminangnya. namun sang Puteri meletakkan syarat yg cukup sukar untuk pihak Sultan memenuhinya. syarat2nya ialah:

1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.


Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.

sebenarnya memang wujud ke Puteri Gunung Ledang? dan yang sebenarnya memang betul ke cerita di atas? betul ke Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah saling mencintai?

sama ada cerita ni betul wujud atau tidak, inilah kisah cinta yang paling glamor kat tanah air kita. betapa cintanya Sultan Melaka pada sang Puteri, hingga syarat2 yg pelik bin ajaib sanggup ditunaikan asalkan Baginda memiliki si jantung hati. cerita ini turut dimuatkan dalam Komsas sekolah menengah, sebenarnya memang sangat banyak maksud yang tersirat disebalik kisah Puteri Gunung Ledang ni. Antaranya kepatuhan dan taat setia rakyat kepada Sultan selaku pemerintah yang berdaulat. Pembinaan jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang menjadi bukti betapa dalamnya cinta Sultan kepada sang Puteri, tetapi permintaan semangkuk darah segar putera Sultan sebenarnya melambangkan bahawa Puteri Gunung Ledang tidak mahu menerima cinta Sultan Melaka. pasti sang Puteri sudah menduga bahawa tiada ayah yang sanggup mengorbankan anaknya demi sebuah cinta, maka terbukti cinta Sultan kepada anaknya jauh lebih mendalam berbanding cinta Baginda kepada sang Puteri. walaubagaimanapun cinta Hang Tuah dan Sang Puteri juga tidak kesampaian kerana daulat dari Sultan yang tidak merestui Puteri Gunung Ledang untuk bersama insan yg dicintainya. Sungguh ironis cerita cinta yg menjadi lagenda bagi masyarakat Melayu. Malah cerita cinta ini juga diketahui oleh orang asing yang bukan warga Malaysia.

Kampung aku sendiri memang dekat dengan Gunung Ledang, tetapi sejak aku dewasa, aku belum berkesempatan lagi untuk pergi. teringin juga aku nak datang ke Gunung Ledang dari Melaka. aku nak lihat dan bayangkan sendiri perjalanan dari Melaka ke Gunung Ledang, dan membayangkan juga seandainya wujud jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. dan seandainya aku adalah Puteri Gunung Ledang? apakah aku akan memilih Sultan, atau aku akan memilih Hang Tuah?


kuch kuch hota hai

siapa yg tak tau filem kuch kuch hota hai? tapi aku bukanlah nak cerita pasal filem yg pernah mencapai rating box office suatu ketika dulu, tapi sebenarnya ada yang tersirat di sebalik cerita ini.
aku masih ingat lagi, filem ni ditayangkan masa aku darjah 6, semua orang minat cerita ni, tak terkecuali aku sendiri, aku tengok cerita ni berulang-ulang kali, pada aku cerita ni best sangat, dan macam biasalah bila kita menonton cerita hindustan, kita mesti berangan kononnya kita hero atau heroin cerita tuh, huhu.. dan aku? aku membayangkan aku memegang watak Tina, budak baru yang masuk kolej, anak kepada pengetua lagi, cantik menawan pulak tu, gadis yang berjaya memikat hati hero kolej/hero cerita..wow.. hebatkan angan2 aku? tapi mungkin sebab realiti zaman sekolah dulu, aku punya cerita sama macam watak Tina dalam kuch2 hota hai, aku adalah budak yang baru bertukar sekolah. dan dalam masa yang sama ada pulak seorang hero kat sekolah tu minat kat aku. biarlah aku gelar dia Rahul..(tp aku bukan anak guru besar sekolah tu) hihi. amacam? sama tak watak aku ngan Tina? tapi mesti korang tertanya2 siapa pegang watak Anjali?
haha, dalam cerita aku waktu tu, Anjali ni takda, sebab Rahul aku takda kawan baik perempuan masa sekolah rendah, apatah lagi kawan perempuan yang tomboi, hihihi..jadi watak aku sebagai Tina masa zaman sekolah dulu lebih baik daripada watak Tina yg sebenar. sebab aku tak rampas Rahul daripada sesiapa. tapi itu semua cerita dulu2. cerita 10 tahun yang lalu, jadi apa pulak cerita yang sekarang?
cerita yang aku pegang watak Tina hanya sementara je. lagipun aku tak pernah bagi respon pada Rahul yang sebenarnya aku pun suka kat dia. tp hakikatnya memang aku suka kat dia, dah tentulah dia hero cerita nih. mestilah aku suka.hihihi. aku cuma nak berkawan dengan dia, tapi itu pun aku tak mampu lakukan, sebab aku ni pemalu. aku cuma berkawan ngan dia setelah aku form 2, dan masa tu aku ngan dia bukan lagi bersekolah di tempat yg sama. (so tak la malu sangat).. itupun cuma melalui panggilan telefon talian tetap rumah. hihi. sedar tak sedar, rupanya dah lama aku berkawan dengan dia, dan aku berkawan dengan dia sehingga saat ini. tanpa aku sedari, sebenarnya akulah Anjali dalam cerita ni, Anjali kawan kepada Rahul. kawan paling lama. lebih 10tahun. dan sememangnya ada Tina diantara Rahul dan Anjali. Tina tu dah tentulah gf Rahul yang sekarang. Rahul memang cintakan Tina, dia pernah beritahu aku tentang itu, walaupun ianya sangat mengguris hati aku, tapi bagi aku, aku puas hati jika itu adalah perkara yg menggembirakan dia. sebagai kawan baik, aku cuba memahami dia, dan apa sahaja yang membahagiakan hati dia, ianya adalah kebahagiaan buat aku.
Berbalik pada cerita kuch2 hota hai, Anjali mengundur diri, meningggalkan Rahul. mungkin aku harus berundur diri, andai ada jodoh, mereka pasti berkahwin dan aku juga harus meneruskan jalan hidup aku. mungkin dalam pelayaran aku melalui hidup ini, Rahul bukan sebagai nakhoda.
hidup perlu diteruskan, bukan semua yg kita impikan akan tertunai, kadang2 cinta itu tidak dapat kita miliki, tetapi bagi aku, cinta itu dihati, walau bersendirian ia pasti menemani, walau tiada di mata kini, ia hadir tatkala dirindui, tiap yang manis mampu dikenangi. kerana asasnya, ia kekal di dasar hati...

Saturday, February 21, 2009

ci comel penyeri rumah..

aishah bersama gemuk.. masa ni, gemuk sihat lg.. tp skg gemuk da takda..

Kucingku sayang..
Sebenarnya rumah aku tak bela kucing time dulu-dulu. Tapi kami mula bela kucing sejak tahun 2007. Mungkin sebab adik bongsu aku dah besar. Jadi mak dan abah tak kisah nak bela kucing. Balik hari tu 23 januari 09. Dua ekor anak kucing yang lahir bulan ogos tahun lepas dah semakin membesar. Si Oren dan Si Belang. Yang Oren tu bulunya warna oren semua. Yang Belang tu warnanya belang oren dan putih. Ibunya Si Hinata still garang macam dulu. Rupanya tinggal 3 ekor kucing ja yang masih hidup. Tak sangka Si Gemuk yang dibela sejak akhir tahun 2007 mati awal januari lalu. Sedih juga. Gemuk tu comel, datang rumah masa bulan syawal, masa tu dia kecil lagi. Comot dan hitam. Selang beberapa hari datang pula si Putih. Kucing remaja betina yang garang. Aku namakan dia Hinata sebab bulunya putih semua. Nama Hinata yang aku rasa sesuai. Aisyah (adikku yang bongsu berumur 7tahun) bagi nama si Hitam itu Winnie sebab ingatkan dia kucing betina. Makin Winnie membesar, makin dia bertambah gemuk. Jadi akulah yang tukarkan namanya. Si Gemuk! Memang sesuai dengan kucing berbulu hitam yang gemuk. Aisyah cukup manjakan Gemuk. Kadang-kadang dibawa tidur bersama. Gemuk memang comel. Awal tahun 2008, abah bawa pulang dua anak kucing baru, abah kasihan dua anak kucing itu tercari-cari makanan kat tepi tong sampah kat depan sekolah. Sebab itu abah bawa kucing-kucing tu balik rumah. Satu dipanggil Si Comel, satu lagi dipanggil Gelap sebab bulunya hitam berkilat. Pertengahan tahun 2008, semasa Gelap dan Comel meningkat remaja, Comel sakit. Tak mahu makan, selang beberapa hari, Comel mati. Masa nak kebumikan Comel, aku menangis, entah kenapa aku sedih sangat. Sebab aku rasa umur dia pendek ja. Seminggu selepas Comel mati, si Gelap pula mati. Mulanya aku pelik kenapa kucing-kucing aku mati. Tapi ada kawan aku bagitau mungkin mati disebabkan makanan yang kucing-kucing tu makan masa kat tepi tong sampah sewaktu dulu. Antibodi lemah. Maka kucing kat rumah tinggallah si Gemuk dan si Hinata. Sepasang kucing yang putih dan hitam. Entah sejak bila Hinata bunting aku pun tak tahu. Tapi kucing jiran depan rumah aku tu suka sangat kejar si Hinata. Agaknya tak lama pastu si Hinata bunting. Dan lepas beberapa bulan, lahirlah si Belang dan si Oren. Masa Hinata beranak, anaknya ada tiga ekor. Tapi yang seekor lagi umur tak panjang. Jadi tinggallah dua ekor. Dan alhamdulillah hidup sampai hari ni bersama ibunya Hinata. Aku gembira tengok dua anak kucing yang makin membesar kat rumah aku. Walaupun Comel, Gelap dan Gemuk dah tak ada, aku tetap mengingati saat-saat waktu mereka masih bersama kami sekeluarga. Dan aku masih menyimpan foto-foto kucing-kucingku di dalam laptop. Agaknya akan ada ke penambahan kucing selepas ini? Nanti kalau ada, akan aku ceritakan lagi ya.

kahwin muda.

Kahwin masa muda.. bukan under age ok.. dah melepasi 18 tahun. Tapi kurang dari 22 tahun. Kategori kahwin muda la tu. Sebab yang kahwin umur 23 dah ramai. Merata-rata malas nak cerita. Berapakah usia yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga? Berkahwin bukan perkara main-main. Itulah ayat yang selalu kita dengar. Mana ada orang berkahwin main-main. Ingat main pondok-pondok masa zaman tadika ke? Perkahwinan adalah perkara yang besar dalam hidup seseorang. Berapa pun usia bukan sesuatu hal yang perlu diperbesarkan. Apa yang penting adalah sejauh mana dan sedalam mana ilmu pengetahuan untuk menjayakan rumahtangga yang bakal dibina. Usia untuk berkahwin adalah sesuatu yang subjektif. Tepuk dada tanya selera. Sebenarnya ia banyak bergantung pada latar belakang individu dan persekitaran mereka. Apa hak kita nak sentuh hal peribadi orang lain. Sebelum seseorang itu berkahwin. Mestilah dia sudah fikir semasak-masaknya. Kalaupun kita kata kahwin muda banyak masalah, banyak tanggungjawab, lagi-lagi kalau kedua-duanya belum bekerja, dan masih belajar, kewangan belum stabil dan sebagainya. Walaubagaimanapun tentunya perkara yang kita fikirkan tu telah pun ditimbang-tara oleh individu yang nak kahwin awal tu. Dan sudah tentu mereka lagi tahu tentang hidup mereka dan keputusan yang mereka ambil. Jadi kita jangan bising-bising, jangan banyak komen. Itu memang sudah tersurat bahawa jodoh mereka sudah sampai. Seandainya rumahtangga pasangan muda ni goyah, kita doakan lah yang terbaik buat mereka. Dan seandainya ditakdirkan mereka berpisah (jangan pula didoakan), kita anggaplah jodoh mereka tidak panjang. Allah lagi Maha Mengetahui apa yang tidak hamba-hambaNya ketahui. Kepada yang terdiri daripada mereka yang berkahwin awal, tahniah diucapkan, kerana anda telah pun tergolong dikalangan mereka yang melaksanakan sunnah dan sesungguhnya Rasulullah bersabda bahawa baginda berbangga dengan umatnya yang ramai di akhir zaman nanti. Dan umat yang ramai itu, sudah tentunya adalah generasi yang lahir daripada sebuah perkahwinan. Kepada yang belum berumahtangga, bersabar dan berdoalah ke hadrat Ilahi semoga dipertemukan jodoh dengan insan yang seagama, sekufu, sehati, dan sejiwa untuk sama-sama melayari hidup menuju redha Ilahi. Amin.

kehidupan.

Hidup ini berlangsung dengan baik kerana kita menjalinkan hubungan dengan orang lain. Kita tidak keseorangan seperti tarzan yang hidup di dalam hutan. Tarzan tak tau dunia manusia. Dia hanya tahu dunia flora dan fauna. Wujud lagi ke tarzan abad ini? Atau sememangnya tarzan tak pernah wujud pun dalam dunia? Mungkin cerita tarzan ni hanya cerita dongeng. Yang pasti, kita bukan tarzan, kita perlukan orang lain untuk kelangsungan hidup. Hidup seorang diri? Pernah bayangkan ke? Pasti tak dapat dibayangkan. Jalinan hubungan dengan orang lain adalah sangat luas. Hubungan yang terjalin kerana pertalian darah adalah hubungan yang paling kuat dan dekat. Hubungan mak ayah dengan anak-anak adalah ikatan kuat dan hubungan ini adalah anugerah dari Allah. Jadi, macam mana pun. Kita mesti utamakan keluarga dari yang lain-lain. Hubungan tanpa pertalian darah juga adalah sesuatu yang perlu dihargai. Selepas keluarga biasanya kita akan merujuk kepada hubungan dengan rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat handai, tak kiralah apa pun gelaran yang kita beri pada mereka, mereka ini juga adalah anugerah dari Allah untuk kita. Ini kerana bukan sepanjang hayat kita akan berada 24 jam bersama keluarga. Sedar tak sedar, sejak kita mula sekolah, kita sebenarnya menghabiskan lebih daripada 50% masa kita bersama mereka yang bergelar kawan. Kita membesar bukan saja dikelilingi keluarga, tetapi pembinaan karakter kita juga adalah dipengaruhi oleh karakter kawan-kawan. Sebab itulah orang kata, kalau nak kenal peribadi seseorang, kenali juga peribadi kawan baiknya. Walau tak 100% sama. Dalam 50% mungkin sama. Rasanya ramai yang setuju jika dikatakan kebanyakkan daripada kita lebih selesa habiskan masa dengan kawan-kawan. Mungkin sebab usia yang lebih kurang sama, dan minat yang serupa. Study group dengan kawan-kawan, shopping dan makan-makan dengan kawan-kawan. Dan banyak lagilah kalau nak cerita bab kawan ni. Selain kawan-kawan, kita juga dikelilingi oleh orang yang jauh lebih tua daripada usia kita, orang yang kita gelar makcik, pakcik, auntie, uncle ( samalah tu)..tak terkecuali nenek dan atuk kita. Mungkin juga nenek dan atuk orang lain. Dan kita juga menjalin hubungan dengan yang lebih muda daripada kita. Mungkin adik-adik kita, atau adik-adik kawan-kawan kita. Mungkin juga anak saudara yang baru nak masuk usia setahun. Dan sesiapa saja yang lebih muda dari kita. Kita sebenarnya membina jalinan perhubungan dengan orang sekeliling kita yang terdiri daripada pelbagai golongan. Mungkin mereka adalah guru sekolah, tukang gunting rambut ( biasanya kita suka pergi satu salon rambut ja), makcik jual goreng pisang, pakcik yang jual air tebu, tutor kita kat universiti, lecturer kita yang kedekut markah, ibu kepada kawan baik kita ( sebab kita selalu lepak rumah dia). Dan sesiapa saja yang sewaktu dengannya. (maaf tak disebutkan di sini). Jalinan hubungan inilah yang kita sebut sebagai tali silaturrahim. Jalinan kasih sayang sesama manusia tidak dibatasi dengan perbezaan usia, kedudukan, dan bangsa. Kerana jalinan kasih sayang ini adalah anugerah Allah kepada hambaNya. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Maka dilimpahkan perasaan kasih sayang itu dalam diri manusia untuk kita sama-sama berkongsi kasih sayang dengan hati yang ikhlas.